lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan
Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan
Oleh: Azhar Yusof HULU TERENGGANU, 21 Mei - Dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya, mereka yang kurang bernasib baik terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim yang juga YDP PIBG SEBUDI bersama isteri Ustazah Paizah Ghazali turut meyantuni dan meyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terpilih dalam program ini. Seramai enam pelajar miskin dan anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri daripada guru-guru (SMK) Bukit Diman . Bagi pelajar Tingkatan 5, Mashitah Marzuki, 17, sumbangan sempena Aidilfitri itu menggembirakan dia dan rakan-rakan lain yang senasib dengannya. Dia juga bersyukur kerana pemberian itu dapat membantu meringankan beban ibunya yang hanya menjual kuih setelah kematian suami. “Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dillaksanakan, ibu hilang punca pendapatan "Adik- beradik saya enam orang dan salah seorang adik menghidapi masalah kegagalan buah pinggang yang merupakan anak kelima dalam keluarga. Persiapan kami menyambut Aidilfitri memerlukan perbelanjaan tambahan. Jadi sumbangan ini boleh tampung pendapatan ibu," katanya. Raja Shamira Raja Sukri ,13, pula berkata, sumbangan tersebut bernilai buat dirinya untuk membeli keperluan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban bapanya yang hanya bekerja kampung dengan jumlah pendapatan tidak seberapa. "Saya pun tidak pernah meminta ayah  menyediakan kelengkapan raya kerana sedar ada perkara lebih penting untuk ayah gunakan wang, termasuk perbelanjaan harian kami," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, Maliaman berkata sumbangan berkenaan membuktikan keprihatinan guru guru terhadap kebajikan pelajar selain memuliakan Ramadan dengan meraikan golongan yang memerlukan.  “Paling utama ialah kita berkongsi kegembiraan dengan mereka dan membantu menceriakan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri pelajar berkenaan. ”Pelajar-pelajar ini perlu diberikan perhatian dan sumbangan agar mereka juga berpeluang merasai kemeriahan hari raya. "Kita mahu mereka merasai yang pihak sekolah sentiasa mengambil berat perihal mereka dan keluarga. Meskipun sumbangan yang diberikan tidak sebesar mana, diharapkan penerima mampu merasai sedikit kelegaan," katanya.
05 Jul 20
127
Sektor Perkhidmatan Penyediaan Makanan Antara Terjejas Teruk
Sektor Perkhidmatan Penyediaan Makanan Antara Terjejas Teruk
KUALA TERENGGANU, 2 Julai -  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Dato' Wira Mas Ermieyati Shamsudin mendedahkan sektor perkhidmatan penyediaan makanan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia. Katanya, sektor berkenaan mewakili 55.74 peratus daripada keseluruhan sektor yang terjejas. "Ia diikuti sektor peruncitan (26.08 peratus); pembuatan (8.25 peratus); kontraktor kecil (5.91 peratus) serta pertanian dan perusahaan tani (4. 03 peratus). "Bagaimanapun, setakat ini pihak kami tidak menerima aduan tentang usahawan yang terpaksa gulung tikar susulan wabak berkenaan. "Saya percaya mereka tidak tutup kedai, tetapi berhenti sementara untuk stabilkan kembali perniagaan,"katanya pada sidang media selepas Program Turun Padang Bertemu Usahawan di Dataran Parkir Pmint di sini hari ini. Menurut beliau, Medac melalui Tekun Nasional menyalurkan RM200 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan (Prihatin Tambahan) kepada usahawan mikro yang terjejas dengan harapan dapat membantu menaikkan kembali perniagaan masing-masing. Tambahnya lagi, dibawah skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) ini disalurkan pembiayaan dengan nilai maksimum sehingga RM10,000 serta tanpa faedah dikenakan. "Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin PKS bagi melaksanakan skim itu untuk syarikat mikro. "Kita telah menerima 27,803 permohonan sejak skim CBRM dilancarkan pada 8 April lalu dengan anggaran nilai sebanyak RM 222.4 juta. "Daripada jumlah itu, sehingga 29 Jun lalu, sebanyak 24,207 permohonan diluluskan dengan nilai RM181.4 juta," ujar beliau. Sementara itu, di Terengganu, sebanyak 1,192 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM9.2 juta.
02 Jul 20
406
Mahu Perkenal Pes Rempah Kepada Pelancong
Mahu Perkenal Pes Rempah Kepada Pelancong
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 30 Jun - Pusat Khidmat Parlimen Marang (PKPM)  mahu menjadikan pes rempah Resipi Dapur Mok Bonda menjadi  projek perintis di daerah ini bagi menarik pelancong tempatan dan luar Terengganu merasai keenakan resipi itu. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof berkata, apa yang dilaksanakan itu adalah  langkah pertama sebelum memilih beberapa produk lain milik usahawan  Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di daerah ini.   “Pendekatan itu bukan sahaja dapat membantu usahawan malah mampu menambah peluang pekerjaan kepada golongan belia sekiranya satu-satu produk yang diperkenalkan mendapat sambutan,” katanya. Sementara itu, menurut pemilik produk itu, Mariah Johari berkata, dia berasa bertuah kerana ada pihak yang sudi menjadikan produk miliknya sebagai projek perintis. Katanya, dengan pendekatan itu menguatkan lagi azamnya untuk terus berjaya dan mengukuhkan perniagaannya walaupun baru 2 bulan bertapak. “Selain pes nasi dagang keluarannya. Dia turut menyediakan pes gulai ikan, ayam dan daging. Pembeli akan dapat memasak dengan mudah dan cepat dengan kemudahan yang disediakan,” ujarnya Kata Mariah lagi, dia menulis cara penyediaannya rempah tersebut dengan lengkap supaya pembeli dapat memasaknya dengan baik. “Penjual lain jarang untuk menulisnya, tapi saya tulis siap-siap di setiap bungkusan langkah demi langkah. “Ramai pelanggan yang memberi respon positif terhadap rempah yang telah terjual. "Saya banyak mempromosikan produk saya ini di media sosial seperti aplikasi Whatsapps, Facebook dan Instagram, mungkin selepas ini saya akan pasarkan di pasar raya,” tambahnya.
02 Jul 20
121
Pusat Aduan Sosial Mudahkan Penduduk
Pusat Aduan Sosial Mudahkan Penduduk
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 2 Julai -  Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mewujudkan pelbagai cara dan insiatif untuk mendekati masyarakat termasuk memperkenalkan Pusat Aduan Sosial (PAS). Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman, berkata pihaknya sentiasa memikirkan alternatif terbaik bagi memastikan penduduk Bukit Besi mampu mendapat maklumat serta mengetahui pelbagai saluran bantuan disediakan kerajaan negeri. “Menyedari perkara berkenaan maka kita tidak hanya menunggu kehadiran penduduk ke pejabat semata-mata, malah turut turun ke lapangan bagi memastikan rakyat tahu tentang insiatif disediakan kerajaan termasuk bantuan didalam bidang perniagaan, pertanian, bantuan kepada ibu tunggal, juga mereka yang menghidap penyakit kronik, miskin tegar dan lain-lain. “Kita sedar ada diantara mereka yang menghadapi kesulitan didalam hidup, namun kerana faktor tertentu serta berada jauh di pedalaman menyebabkan mereka tidak mampu datang ke pusat khidmat ini. Justeru kita telah mewujudkan PAS dimana kita telah turun ke semua 23 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dengan beberapa MPKK di Balairaya Jongok Batu, semalam. Katanya, program berkenaan telah diadakan bermula minggu lalu pada setiap Isnin dan Rabu, dijangka akan selesai diadakan di semua cawangan MPKK dalam masa tiga minggu. “Ianya merupakan alternatif dan kesinambungan daripada Hari Khidmat Pelanggan yang diadakan pada setiap selasa, bagi mengetahui secara menyeluruh segala masalah dan apa yang rakyat disini perlukan,” ujarnya. Jelasnya, program berkenaan telah digerakkan secara bersama dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bersama dengan MPKK setempat. "Walau bagaimanapun kita akan sentiasa memikirkan cara dan kaedah lain lagi bagi memastikan seluruh penduduk Bukit Besi mendapat manfaat. Menerusi PAS, pelbagai borang bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), borang bantuan Tabung Darul Iman (TDI), Yayasan Pembagunan Usahawan (YPU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertanian dan sebagainya yang berkaitan diedarkan kepada rakyat.
02 Jul 20
58
Impian 69 Penduduk Milik Tanah Sendiri Tercapai
Impian 69 Penduduk Milik Tanah Sendiri Tercapai
KUALA NERUS, 2 Julai - Penantian 69 penduduk daerah ini untuk memiliki tanah sendiri yang dipohon sejak lebih 20 tahun lalu berakhir apabila masing-masing menerima surat hak milik tanah itu hari ini. Rata-rata penerima teruja dengan berita gembira tersebut serta bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri menyerahkan surat hak milik dinantikan-nantikan sejak sekian lama. Seorang penerima, Meriam Yusof, 75, berkata, dia memohon tanah di kawasan Kampung Baroh Tok Jiring pada tahun 1999 ketika berusia 54 tahun bersama penduduk lain untuk diusahakan sebagai tempat penanaman padi. "Hari ini, saya cukup gembira dan bersyukur kerana penantian untuk memiliki tanah sendiri akhirnya tercapai walaupun sedikit terkilan kerana arwah suami, Mohamad Abdullah tidak dapat melihatnya. "Sukar untuk menggambarkan perasaan saya selepas surat hak milik yang tertera nama sendiri sudah berada di tangan. "Lebih bermakna, ia diserahkan sendiri oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, alhamdulillah terima kasih banyak-banyak," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis penyerahan Dokumen Hak Milik Peserta Tanah Rancangan Berkelompok Baroh Tok Jiring, disini, hari ini. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin, Pengarah Tanah Dan Galian,Tengku Seri Bijaya Raja, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ariffin Abdullah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim Seramai 69 penduduk daripada 102 pemohon menerima surat hak milik tanah masing-masing pada majlis yang disempurnakan Ahmad Samsuri. Perasaan sama turut dikongsi warga emas, Kelsom@Semek Ismail,74, yang turut melahirkan rasa syukur kerana masih berkesempatan menikmati saat penuh bermakna dalam hidupnya itu apabila turut menerima surat hak milik tanah. “Terima kasih kepada kerajaan negeri yang berusaha untuk mengembalikan hak kami,” ujarnya.
02 Jul 20
82
OKU Ditemui Selamat Selepas Hilang Lima Hari
OKU Ditemui Selamat Selepas Hilang Lima Hari
Oleh : Muhammad A. Rahman SETIU, 30 Jun - Orang kurang upaya (OKU),  Ahmad Safharul Yusuf, 32, yang hilang sejak lima hari lalu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Langkap Baru pukul 4.30 petang hari ini. Ibunya, Siti Zahara Awang Kechik, 71, atau lebih dikenali sebagai Mok Roh berkata, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dialami kerana Safharul tidak pernah berjauhan darinya. "Fanuki (Ahmad Safharul) tidak berani keluar rumah seorang diri dan akan selalu meminta saya menemaninya jika mahu ke mana-mana, namun kejadian ini benar-benar mengajar saya. "Syukur kepada Allah dia telah dijumpai. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak dan anggota penyelamat yang bertungkus-lumus," ujar Mok Roh ketika ditemubual di Hospital Setiu di sini. Safharul kini berada di Hospital Setiu bagi menerima rawatan, dan dia dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Misi SAR melibatkan empat anggota polis, tiga anggota bomba, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Amal dan Rela telah dikerahkan. Misi mencari  hari ini telah dijalankan pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Pada 25 Jun lalu, Ahmad Safharul hilang dari rumah dan kejadian itu disedari ibunya selepas tiada di dalam bilik. Kemudian Mak Roh cuba mencarinya di sekitar rumah namun gagal dan akhirnya meminta bantuan pihak berkuasa.
02 Jul 20
56
Golongan Veteran Perlu Kuasai Bidang IT
Golongan Veteran Perlu Kuasai Bidang IT
Oleh: Syazwana M.Zohir Foto: MASWIN KUALA TERENGGANU, 30 Jun – Golongan veteran disarankan menguasai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat bukan hanya eksklusif untuk golongan muda sahaja. Pegawai Seranta Sekretariat Akhbar Menteri Besar Terengganu, Daing Siti Norbaity Abdul Latif berkata tanggungjawab untuk mengendalikan bidang berkaitan teknologi dan maklumat, tidak mampu untuk digalas sepenuhnya oleh kaum muda. Jelasnya, kaum yang lebih berusia juga memberi kerjasama dengan melibatkan diri secara aktif dalam mempelajari ilmu berkaitan multimedia. “Pasca COVID-19 menyaksikan bahawa perlunya kita kepada aplikasi teknologi yang membantu memudahkan komunikasi dan dalam hal ini, semua peringkat umur perlu menyesuaikan diri berkomunikasi mengikut normal baharu iaitu secara atas talian. “Celik teknologi ini tidak merugikan, bahkan banyak manfaat yang kita akan perolehi insya-Allah terutamanya bila kita niatkan untuk membantu agama. “Dalam keadaan dunia langit terbuka hari ini, pelbagai kelas dan bengkel tersedia. Sesiapa pun boleh sertai, bukan muda belia sahaja, tinggal lagi mahu atau tidak,”ujarnya. Beliau yang juga merupakan tenaga pengajar bengkel berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini. Bengkel Pendedahan Teknologi tersebut telah dianjurkan oleh Kelab Penggiat Media Sosial Insipirasi Wanita Terengganu (MASWIN) yang menyasarkan golongan yang berusia 40 tahun ke atas di TD1303 dan melibatkan 15 orang peserta serta dibantu oleh lima orang fasilitator. Sementara itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan Wanita Negeri Terengganu (MAWADDAH), To’ Puan Hajah Zarani Othman melahirkan rasa gembira dan syukur atas penganjuran bengkel tersebut. Beliau yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahya Ali berkata pembangunan yang pesat dalam bidang teknologi komunikasi telah didorong oleh proses globalisasi. “Banyak kesan perkembangan teknologi kepada sesebuah organisasi, antaranya termasuklah memudahkan interaksi sesama ahli dan juga berfungsi sebagai medium menyampaikan maklumat. “Selain berperanan melancarkan lagi tugasan dalam organisasi, teknologi juga dilihat sebagai satu wadah bagi memastikan objektif berjaya dicapai,” tambahnya.
02 Jul 20
296
Rumah Hangus, Ibu Tunggal Tinggal Sehelai Sepinggang
Rumah Hangus, Ibu Tunggal Tinggal Sehelai Sepinggang
KUALA NERUS, 30 Jun - Seorang ibu tunggal termasuk seorang anak kelainan upaya tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di kampung Pulau Duyong Kecil hangus dijilat api, hari ini. Dalam kebakaran kira-kira jam 1.40 petang itu, rumah pusaka yang didiami Rohaini Yusof, 52, musnah seratus peratus. Menurut Rohaini, ketika kejadian dia bersama empat lagi anaknya berada di kawasan halaman rumahnnya. Katanya, sejurus selepas itu dia terlihat asap dari ruang tamu sebelum disusuli api besar membakar kediamannya. "Selepas itu, kita beritahu jiran dan suaminya menelefon Bomba. "Jadi, tak sempat hendak ambil belaka surat beranak ke apa, lari sehelai sepinggang," katanya ketika ditemui di lokasi, petang ini.  Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mokhtar Dollah memaklumkan menerima panggilan pada jam 1.44 petang sebelum jentera bomba dengan kekuatan 23 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Katanya ketika sampai ditempat kejadian api marak sedang membakar kediaman berkenaan. "Di lokasi, kita dapati kebakaran 100 peratus melibatkan rumah jenis sementara kekal dan kita gunakan tiga jentera  Fire Rescue Tender (FRT), satu water tanker dan satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS). "Kita mengalami sedikit kesukaran untuk sampai di lokasi kebakaran akibat jalan terlalu sempit  dan juga pili bomba berada lebih kurang 400 kaki dari tempat kejadian," katanya. Tambahnya, setakat ini, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian.  
02 Jul 20
52
Rumah Terbakar, Duit Dalam Surah Yasin Tidak Hangus
Rumah Terbakar, Duit Dalam Surah Yasin Tidak Hangus
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 29 Jun – Sejumlah wang yang diselitkan dalam surah Yasin dan ditempatkan  dalam almari di sebuah bilik tidak hangus walaupun rumah yang didiami tiga beranak itu terbakar secara keseluruhannya. Mangsa kebakaran, Azizah Muda 60, berkata  ketika menerima perkhabaran daripada anak yang tinggal bersebelahan kira-kira jam 11.40 pagi itu,  dia hanya berfikir,  duit raya pemberian anak-anak dan duit  kutu itu pastinya  hangus. “Untuk melegakan hati yang sedih dan rasa terkilan, saya  perlu bersabar, selain menganggapnya sebagai tiada rezeki tanpa berusaha mencari di lokasi yang menempatkan duit itu. “Dengan kuasa Allah S.W.T, rezeki saya masih ada, bukan saya duit tidak hangus malah barangan  kemas yang diletakkan ditempat sama juga masih elok, tidak terbakar dan perkara itu dimaklumkan oleh pihak Bomba sebaik selesai memandam kebakaran,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman, di lokasi kejadian di Kg. Baru Rhu Muda, di sini, petang semalam. Katanya,  ketika kejadian, dia bersama anak dan seorang cucu  baru saja meninggalkan rumah kira-kira 15 minit untuk ke rumah anak yang tinggal di Kampung Gong Chempedak. “Saya panjatkan penuh kesyukuran, walaupun barangan berharga lain tidak sempat diselamatkan,  masih ada terselit rezeki, selain umur saya, anak dan cucu yang tinggal bersama masih panjang. “Pada masa sama, mahu mengucapkan pujian dan tahniah kepada Bomba di atas sikap jujur tidak mengambil kesempatan  dengan penemuan duit yang belum sempat dimasukkan ke dalam bank,”katanya. Sementara itu, beberapa agensi terbabit hadir meninjau keadaan rumah sekeluarga dan menghulurkan bantuan segera dari segi kewangan, dan juga barang keperluan asas. Antaranya adalah Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang dan MAIDAM Marang serta wakil Ahli Parlimen Marang, Cikgu Haron Yusof.  
02 Jul 20
157
Pasar Tani Kuala Besut Kembali Beroperasi Hari Ini
Pasar Tani Kuala Besut Kembali Beroperasi Hari Ini
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 29 Jun - Para peniaga Pasar Tani Kuala Besut menarik nafas lega apabila pasar berkenaan sudah dibenarkan kembali  beroperasi mulai hari ini. Hampir tiga bulan Pasar Tani Kuala Besut ditutup untuk urusan jual beli susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Situasi tersebut menjejaskan para peniaga yang bergantung sepenuhnya pendapatan dengan hasil jualan di pasar-pasar tani dan pasar pagi. Walaupun iasudah beroperasi, namun para peniaga perlu mengikut garis panduan SOP yang sudah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (BPT). Seorang peniaga yang dikenali sebagai Fadhli  sangat bersyukur kerana dapat berniaga seperti biasa. “Alhamdulillah saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudah membenarkan kami untuk kembali berniaga disini. “Insya-Allah kami akan sedaya upaya mematuhi SOP agar rantaian wabak COVID-19 ini dapat diputuskan,” ujarnya.
02 Jul 20
1521