lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

100 'Penebuk Buah' Ditembak Mati
100 'Penebuk Buah' Ditembak Mati
SETIU, 21 Ogos – 100 ekor tupai ditembak mati dalam program Mengurangkan Musuh Tanaman Tupai di sekitar kebun durian Kampung Kuala Kubang, Jabi hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti itu merupakan program komuniti untuk mengurangkan makhluk perosak yang memusnahkan kualiti durian dan buah-buahan lain.  "Di sini adalah antara kawasan kebun durian tersohor di Jabi. Durian Kuala Kubang ada jenama dan kualiti tersendiri. Sayangnya banyak yang ditebuk tupai.  "Saya sedar pencinta haiwan tidak akan bersetuju dengan langkah ini. Peminat lagu 'Anak Tupai' Halim Yazid pun akan marah. Tapi operasi ini dah jadi satu keperluan disebabkan banyaknya buah yang rosak angkara tupai. "Apabila berlaku konflik, akan ada pihak yang terpaksa menjadi mangsa. Kita memahami sesama makhluk Allah, tetapi manusia menjadi keutamaan kita," katanya selepas program terbabit. Katanya lagi, program seumpama itu akan dibuat secara berterusan kerana ia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh orang kampung. Sementara itu jelasnya, Jabatan Pertanian juga akan menekankan sistem pengairan serta pembajaan yang teratur di kebun-kebun durian bagi menghasilkan buah yang berkualiti. "Persetujuan telah dibuat bersama Perhilitan. Insya-Allah, program selepas ini mensasarkan khinzir dan kera. "Mudah-mudahan langkah yang diambil di samping banyak lagi program di bawah Jabatan Pertanian, kita boleh tingkatkan lagi hasil untuk orang kampung kita khususnya dalam musim buah," tambah beliau.
21 Aug 20
10201
Hargai Kecaknaan Kerajaan
Hargai Kecaknaan Kerajaan
DUNGUN, 21 Ogos - Rakyat dinasihatkan agar menghargai kecaknaan kerajaan yang sentiasa ingin membantu dan meringankan beban mereka.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera(LMTS) adalah antara usaha kerajaan Terengganu untuk meringankan beban golongan belia memiliki  lesen motosikal. "Dengan itu langkah kerajaan mengadakan LMTS, hendaklah disambut baik.  "Jadi saya sangat mengharapkan supaya 539 orang penerima baucer LMTS di DUN Rantau Abang seratus peratus berjaya mendapat lesen motosikal ini, sebagai merealisasikan hasrat kerajaan, " jelasnya.  Alias bercakap demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera di Dewan Al-Husna, Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini semalam. Untuk menyerikan majlis itu juga, gimik penyerahan replika baucer LMTS kepada dua orang pemuda bermotosikal oleh Alias   dilakukan.  Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani.  Empst penerima yang berazam akan berusaha sehingga berjaya mendapat lesen motosikal  Seorang penerima yang ditemui, Nurhuda Sazwani Md Nor, 27 berazam untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapatkan lesen motosikal itu. "Saya dah lama hendak mengambil lesen motosikal, bila terpilih untuk dapatkan baucer ini saya rasa sangat bersyukur, InsyaAllah lepas ini dapat lesen motosikal, tidak bimbanglah nak pergi ke mana-manapun," ujar suri rumah yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil. 
20 Aug 20
234
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
​Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Anak muda harus didedahkan dengan dunia pendidikan politik kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor berkata, mereka seharusnya dididik dengan ilmu pengetahuan bagi mendepani cabaran dunia masa kini. "Mereka wajar didedahkan dengan hal-hal yang kritikal seperti skil kepimpinan. "Dan juga diberi kesedaran kepentingan pendidikan politik dalam diri masing-masing," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bersama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini. Menurutnya, lawatan itu adalah satu alternatif yang baik kepada wanita muda yang mahu menceburi bidang tersebut. "Selain itu, ia juga bagi memastikan ahli HANEES mendapat gambaran yang jelas tentang peranan DUN dalam sesebuah negeri," tambah beliau.
19 Aug 20
229
Hasrat Tunai Solat Subuh Berjemaah Tidak Kesampaian
Hasrat Tunai Solat Subuh Berjemaah Tidak Kesampaian
SETIU, 19 Ogos – Hasrat seorang warga emas untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau tidak kesampaian selepas maut dirempuh sebuah van ketika menyeberang jalan di Kampung Renek. Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, mangsa, Mahyiddin Othman, seorang peniaga nasi ayam kampung berusia 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu van jenis Nissan Vanette yang juga merupakan peniaga dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Jerteh. “Apabila sampai di Jalan Kampung Jabi, tiba-tiba mangsa yang berjalan kaki melintas dari kanan ke kiri jalan. “Jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu itu melanggar mangsa walaupun telah cuba mengelak,” katanya kepada media. Abdul Rozak berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut. Katanya, kes disiasat mengikut in Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim menzahirkan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga arwah atas kejadian yang berlaku.  ‘’Semoga Allah merahmati dan mengampuni Allahyarham yang meninggal dunia dalam perjalanan untuk ke rumah Allah. Takziah kepada seluruh keluarga dengan simpati yang mendalam dari kami,’’ ujarnya
19 Aug 20
971
Tiga MPKK Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Tiga MPKK Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Oleh: Ahmad Sabri Yusof KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan DUN Bandar telah menerima agihan peruntukan perbekalan di bawah Parlimen Kuala Terengganu. Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, agihan perbekalan kepada semua MPKK dalam DUN Batu Buruk ini sedang dilaksanakan. “Antara barangan yang diserahkan itu termasuk set kanopi, satu unit Epson Projektor, Vosch Solid Tripod Screen, 100 buah kerusi dan meja,” ujarnya mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bagi menyerahkan sejumlah barangan perbekalan itu kepada Pengerusi MPKK Kampung Tok Adis, Mazlam Abdullah di Balai Raya Kampung Tok Adis, Kuala Ibai di sini baru-baru ini. Manakala MPKK Kampung Tiong dan MPKK Pejabat Bandaran pula menerima penyerahan Projek Perbekalan Parlimen Kuala Terengganu bernilai RM10,000 bagi setiap MPKK yang disampaikan Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu bagi DUN Bandar, Syed Mohammad Suhaimi Syed Mohamad. Mewakili Ahmad Amzad, Syed turut berpesan agar sumbangan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. “Saya harap mana-mana MPKK yang terima sumbangan (kerajaan) ini dapat jaga dan guna dengan baik, kerana ini hak rakyat. Kita hanyalah pemegang amanah sahaja. “Semoga dengan sumbangan berupa kelengkapan dan peralatan pejabat pengurusan MPKK ini dapat melancarkan lagi gerak kerja kemasyarakatan serta kemudahan kepada rakyat di kawasan ini,” jelasnya. Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Mohammed Yusop dan Pengerusi MPKK Pejabat Bandaran, Puan Maliha Mohd Esoff dalam satu majlis di Pejabat MPKK Kampung Tiong, Kuala Terengganu.  
19 Aug 20
811
NUSA Bantu Asnaf Anjur Program Amal Bulanan
NUSA Bantu Asnaf Anjur Program Amal Bulanan
MARANG, 18 Ogos - Norlan United Skuad Amal (NUSA) di bawah Program Amal Asnaf Bulanan telah turun membantu 10 keluarga kurang berkemampuan di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. 10 buah keluarga tersebut merupakan penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, hilang punca pendapatan akibat COVID19, ibu tunggal, penghidap sakit kronik dan lain-lain. Eksekutif Pentadbiran dan Sumber Manusia, Muhammad Faris Abdul Muluk berkata program itu merupakan program tahunan yang diadakan secara bulanan dan akan berterusan pada setiap bulan. “Buat masa ini, bantuan ini mungkin belum merangkumi di keseluruhan tempat, tapi kebanyakannya telah mula menyasarkan semua daerah di Terengganu.” “Pihak NUSA melalui Tanggungjawab Sosial Korperat (CSR) juga melakukan kerjasama dengan agensi serta Pejabat DUN, serta ada juga yang diusahakan sendiri melalui pekerja syarikat.” Turut hadir adalah Petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Rendang, Bukit Rhu Rendang, Rhu Rendang Pantai, Kijing, Kijing Pantai serta Paya. Menurutnya lagi, anggaran bajet yang diperuntukkan untuk program ini adalah sebanyak 350 pek sebulan. Antara bentuk sumbangan adalah merupakan keperluan asas atau harian, kerusi roda malah ada juga melalui tenaga gotong royong di rumah-rumah. Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, pihaknya mengalu-alukan NUSA yang sudi memberi bantuan kepada mereka yang layak di sekitar DUN Rhu Rendang. "Tanggungajawab sosial daripada syarikat korperat seperti ini juga boleh membantu agensi-agensi dan jabatan lain dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat dan masyarakat", ucapnya.
18 Aug 20
813
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
KEMAMAN, 18 Ogos - Sebanyak 30 unit unjam telah dilabuhkan bersama pemberat di pesisiran Pantai Kijal bagi memperkayakan sumber laut di kawasan zon tangkapan nelayan pantai dan zon larangan pukat tunda tersebut. Hasil tangkapan nelayan yang agak berkurangan sejak kebelakangan ini terutama bagi nelayan di Kampung Penunjuk Kijal mencetuskan usaha kerajaan negeri melabuhkan unjam di kawasan yang dikenal pasti. Ianya dapat berjalan lancar dengan usaha sama di antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Kemaman, Persatuan Nelayan Kijal dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemaman. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh mengharapkan usaha itu dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan. "Dengan usaha yang dilakukan ini kita mengharapkan ianya dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan di Kijal ini. "Seterusnya menambah pendapatan harian mereka dan mengembangkan sosial ekonomi masyarakat di tepi pantai ini," ujarnya kepada pemberita pada sesi gimik penyerahan unjam dan doa selamat program tersebut di Pantai Penunjuk Kijal, baru-baru ini. Hadir sama dalam majlis itu, Penyelia PKM Parlimen Kemaman, Mohd Hafiz Adam mewakili Ahli Parlimen Kemaman, Pengurus Persatuan Nelayan Kijal, Mohd Suhardi Jusoh dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Zabidin Awang. Sebanyak lapan buah bot fiber dan tiga buah bot kayu kelas A digunakan bagi melabuhkan unjam sejauh tiga batu nautika dari Pantai Penunjuk Kijal.
17 Aug 20
1497
Golongan Belia Digalak Mohon RMM Atas Talian
Golongan Belia Digalak Mohon RMM Atas Talian
DUNGUN, 16 Ogos- Golongan belia khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi digalak membuat permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) menerusi atas talian (e-Perumahan).  Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, laman sesawang bahagian perumahan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. "Dengan mana, anak-anak muda yang dah berkahwin berhajat untuk mendapatkan RMM boleh sama-sama mengisi borang berkenaan bagi memungkinkan RMM dapat didirikan di DUN Bukit Besi. "Kerana masalah utama anak muda Bukit Besi, apabila kita turun ke lapangan adalah ramai yang menyatakan keinginan untuk memiliki RMM. Tapi malangnya perolehan maklumat yang didapati menyatakan hanya 1,800 sahaja yang mengisi borang berkenaan, sedikit sangat jika dibandingkan dengan DUN yang lain termasuk Paka, Rantau Abang dan Sura. Sedangkan ramai yang berkeinginan bagi mendapatkan RMM. "Tindakan daripada warga Bukit Besi terutamanya dari  kalangan generasi kedua sangat perlu bagi mengisi borang berkenaan, dan kita di peringkat DUN sedia untuk memberi tunjuk ajar dan panduan bagi mengisi borang berkenaan jika sekiranya memang layak untuk dipertimbangkan bagi mendapatkan RMM," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media, selepas merasmikan Program Pengagihan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) di Balairaya Taman Setia, semalam. Katanya, semua manifesoto dijanjikan kerajaan negeri telah terlaksana di DUN Bukit Besi, termasuk pemberian LMTS berkenaan kecuali RMM masih belum terlaksana yang perlu dibuktikan dengan kesungguhan. "Untuk tahun ini seramai 552 penerima dari DUN Bukit Besi untuk LMTS daripada jumlah keseluruhan daerah Dungun seramai 2,139 yang layak mendapat baucer berkenaan. "Semoga proses bagi mendapatkan lesen berkenaan melalui kursus secara praktikal dan teori dapat diikuti dengan sebaik-baiknya demi keselamatan dan kesejahteraan penunggang," ujarnya.      
16 Aug 20
694
602 Penerima Baucer LMTS DUN Paka
602 Penerima Baucer LMTS DUN Paka
Oleh : Amiirullah Mansor DUNGUN, 15 Ogos - Seramai 602 orang penerima baucer Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) kali kedua bagi tahun 2020 di kawasan Paka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka,  Satiful Bahri Mamat berkata, peserta yang menerima baucer tersebut adalah seramai 2139 orang di seluruh daerah Dungun. "Seramai 2139 orang di seluruh Dungun layak manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka sahaja adalah seramai 602 orang. Tahniah diucapkan kepada yang terpilih," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Baucer LMTS 2020 DUN Paka di Dewan Sivik Paka.  Katanya, zaman sekarang motosikal bukan lagi suatu kehendak atau untuk kemewahan diri, tetapi ia adalah suatu keperluan bagi memudahkan masyarakat untuk bergerak.  "Seperti telefon juga. Dulu ia menjadi suatu alat untuk tujuan kemewahan dan hari ini ia menjadi alat komunikasi yang wajib ada," ujarnya.  Satiful berkata,menjadi hasrat kerajaan negeri agar semua masyarakat memperolehi lesen memandu terutamanya golongan muda.  "Kita mahu mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, kerana tidak belajar praktikal terlebih dahulu sebelum menggunakan motosikal," ujarnya. 
15 Aug 20
346
Guna Lesen Motosikal Percuma Untuk Kebaikan
Guna Lesen Motosikal Percuma Untuk Kebaikan
DUNGUN, 15 Ogos - Penerima baucer Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) bagi tahun 2020 dinasihatkan untuk menggunakannya demi kebaikan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, hari ini ramai yang perlukan lesen motosikal untuk kegunaan harian. "Seramai 2,139 orang penerima di daerah Dungun terpilih untuk menerima lesen percuma ini dan di DUN Sura sendiri seramai 436 yang layak. "Pemilihan penerima ini adalah berdasarkan beberapa kriteria antaranya di kalangan asnaf, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Baucer LMTS 2020 DUN Sura di Dewan Arena Merdeka.  Katanya, menjadi satu kesalahan apabila menunggang motosikal tiada lesen maka dengan ini kerajaan negeri mengambil inisiatif memberikan lesen percuma.  "Selepas dapat lesen ini, saya harap gunalah untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, agama dan janganlah guna untuk kerosakan dan kemungkaran,” jelasnya.  Menurut beliau, LMTS adalah salah satu manifesto kerajaan negeri yang berjaya direalisasikan dengan jayanya.  “Banyak manifesto dan agenda yang telah dibentangkan kepada rakyat dan kita berjaya laksanakan hampir semuanya dan kita akan pastikan Terengganu ini lebih sejahtera," katanya.
15 Aug 20
441