lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Kemerdekaan Perlu Selari Dengan Tuntutan Islam
Kemerdekaan Perlu Selari Dengan Tuntutan Islam
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos- “Kemerdekaan yang dibawa oleh Islam ialah kemerdekaan manusia dari hati syirik kepada beriman kepada Allah, daripada jiwa yang kotor, lalai kepada jiwa yang tenang dan daripada akal yang penuh dengan kejahilan kepada akal yang penuh dengan pencerahan ilmu,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah. Katanya, rakyat Malaysia harus bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi kini  kerana mereka telah berjaya menguasai, memimpin dan mengatur hidup, negeri dan negara ini berasaskan cara mereka sendiri. “Tetapi harus diingat, jika merdeka cuma dalam konteks penjajahan fizikal khususnya penjajahan ketenteraan terhadap sesebuah negara, tetapi pemikiran mereka sama dengan pemikiran penjajah dan hati masih lagi dibelenggu dengan hati penjajah, mereka masih lagi tidak merdeka pada konsep Islam yang sebenar. “Kepesatan teknologi hari ini telah memudahkan ancaman penjajahan bentuk baharu terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran, justeru inilah yang kita hendak  sedarkan kepada seluruh umat Islam dan rakyat negara ini bahawa selamat merdeka itu, selamat pemikiran dan hati kita dari penjajah, bukan zahir semata tetapi jiwa kita,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung pada program Salam Chit Chat Santai Daie yang dianjurkan oleh Akademik Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) di Galeri Drawbridge, hari ini. Katanya, erti kemerdekaan ada kalanya dicemari ideologi ekstrim seperti liberalisme hingga ada terpesong daripada penghayatan kemerdekaan sebenar. “Justeru, kemerdekaan perlu disambut menurut tuntutan Islam yang membezakan diri daripada pihak penjajah serta golongan menyalahi Islam serta kembali kepada ajaran Islam sebenar,” ujarnya.
30 Aug 20
323
Semarak Merdeka Dengan Erti Hijrah Yang Sebenar
Semarak Merdeka Dengan Erti Hijrah Yang Sebenar
MARANG, 30 Ogos - Bulan kemerdekaan pada tahun ini sangat istimewa kerana berada di dalam bulan Muharram ketika mana seluruh umat islam memperingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW, untuk memerdekakan jiwa, akidah, keyakinan, kepercayaan manusia dan yang paling utama memerdekakan sistem di dalam negara ketika itu. Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, keadaan ini menguatkan lagi sambutan bulan kemerdekaan sebagai umat islam seiring dengan erti hijrah yang sebenar. "Kita juga menyambut hari kemerdekaan tiada lain melainkan bagi menunjukkan rasa besarnya erti kemerdekaan dan menghargai jasa para pejuang yang mengadaikan segala jiwa raga serta harta benda bagi memerdekkan negera daripada penjajah. "Kita yang hidup di zaman ini walaupun tiada penjajah dan penguasa kerana mereka telahpun meninggalkan tanah air kita, tetapi pemikiran kita masih dikuasai dengan belenggu nilai-nilai, tingkah laku dan akhlak yang merosakkan. Menurutnya lagi, cabaran masyarakat pada hari ini, adalah dari pelbagai sudut termasuk media baru dan teknologi maklumat yang penuh dengan unsur fitnah, propaganda dan provokasi. “Justeru, kita perlu lebih teliti dalam menerima sesuatu berita kerana dikhuatiri termakan fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.” Beliau berkata ketika hadir merasmikan program Semarak Merdeka Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang di Pentas Budaya Pantai Peranginan Kelulut, semalam. Turut hadir adalah Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, Mohamad Embong. Beliau yang juga ADUN Bukit Payung turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada petugas barisan hadapan seperti Polis Diraja Malaysia Marang, Pejabat Kesihatan Marang, Angkatan Pertahanan Awam Marang, Anggota Rela Daerah Marang, dan Jabatan Amal Malaysia sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Penyerahan bendera jalur gemilang juga turut diserahkan kepada seluruh cawangan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Dun Rhu Rendang.    
30 Aug 20
703
DUN Buluh Gading Juara Konvoi Ambang Merdeka
DUN Buluh Gading Juara Konvoi Ambang Merdeka
KUALA NERUS, 29 Ogos- Pasukan bermotosikal dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dinobatkan sebagai konvoi terbaik dalam program Konvoi Ambang Merdeka bersama Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali, hari ini. Konvoi yang berakhir di Dataran Jambatan Angkat (Drawbridge) disertai kira-kira 200 penunggang daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerus iaitu DUN Buluh Gading, Seberang Takir, Tepoh dan Bukit Tunggal. Seawal jam tiga petang, konvoi motosikal tersebut diketuai Dr. Khairuddin sendiri selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus melalui DUN-DUN di kawasannya dengan mngibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat sekitar. Turut serta menunggang motosikal ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ariffin Abdullah. Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Malaysia Terengganu, Jabatan Kerja Raya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.      
29 Aug 20
1223
250 Peserta Meriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka
250 Peserta Meriahkan Program Kayuhan Ambang Merdeka
KUALA NERUS, 29 Ogos- Seramai 250 peminat sukan berbasikal menyertai program Kayuhan Ambang Merdeka di sini, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang bakal disambut Isnin ini. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu bermula dari Dataran Budaya Pantai Teluk Ketapang. Kayuhan sejauh 17.1 kilometer (km) melalui Kampung Teluk Ketapang, Kampung Telaga Daing, Kampung Baru, Kampung Seberang Takir, Jambatan Drawbridge, Pasarnita dan berakhir di lokasi pelepasan disertai oleh pelbagai peringkat usia termasuk warga emas, belia serta kanak-kanak. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, selain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas program ini juga dapat mewujudkan semangat perpaduan di kalangan peserta. "Peserta dapat menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan melalui aktiviti berbasikal dan paling penting semangat cintakan negara. "Malah, aktiviti sebegini juga salah satu cara mempromosikan pelancongan negeri, kerana laluan lokasi ini sememangnya merupakan daya tarikan pelancong, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan 'flag-off' Program Kayuhan Ambang Merdeka di Dataran Budaya Pantai Teluk Ketapang, hari ini. Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab. Ariffin berkata, walaupun tiada acara besar-besaran sempena sambutan kemerdekaan di peringkat negeri disebabkan pandemik COVID-19, namun setiap DUN tetap mengadakannya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. "Sebagai contoh, program kayuhan basikal diadakan hampir di semua daerah dalam skala kecil iaitu tidak melebihi 250 orang seperti ditetapkan. "Penganjur terpaksa menghadkan penyertaan biarpun permintaan dari orang ramai begitu menggalakkan demi menjaga keselamatan semua pihak," ujarnya. 
29 Aug 20
820
ADUN Sura Peruntuk RM34,500 Sebulan Bantu Asnaf
ADUN Sura Peruntuk RM34,500 Sebulan Bantu Asnaf
DUNGUN, 29 Ogos - Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura memperuntukkan lebih RM34,500 sebagai bantuan kepada 345 golongan asnaf setiap bulan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, asnaf yang terdiri daripada keluarga susah, ibu tunggal, ibu terabai dan sesiapa yang mencukupi syarat layak menerima bantuan berkenaan. “Bermulai Julai 2020 lepas, setelah kita bermesyuarat, kita putuskan untuk tambah lagi jumlah penerima sumbangan bulanan ini.  "Daripada 230 orang meningkat kepada 345 iaitu hampir sekali ganda dan jumlah peruntukan juga bertambah kepada RM34,500,” katanya kepada pemberita.  Menurut beliau, program yang dinamakan sebagai Sumbangan Bulanan Al Mustadh’afin ini telah bermula sebelum pilihanraya umum (PRU) 14 dan diteruskan sehingga sekarang.  Tambah beliau lagi, penerima sumbangan sentiasa ditukar setiap bulan.  “Kita buat sistem giliran dimana nama yang sama tidak boleh dapat berturut turut kecuali atas beberapa sebab dan faktor.  "Setidak-tidaknya dengan cara ini hampir semua orang akan merasainya,” ujarnya.  Dalam pada itu, Wan Hapandi memaklumkan sekiranya ada pihak yang mengetahui atau mengenali keluarga yang terabai atau layak, segera maklum kepada MPKK terdekat untuk dibantu.  
29 Aug 20
401
EPIC Terengganu Anjur Cakna Dan Prihatin 2020 Siri 2
EPIC Terengganu Anjur Cakna Dan Prihatin 2020 Siri 2
KEMAMAN, 27 Ogos - Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan penganjuran Program EPIC Cakna dan Prihatin 2020 Siri 2, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Saabi Wahab berkata, program ini telah dijalankan sejak tahun 2019. Program ini adalah salah satu dari kepelbagaian program di bawah CSR EPIC. "Kami akan cuba untuk menjadikan program ini sebagai salah satu program CSR tahunan syarikat kami bagi membantu untuk meringankan beban dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan yang memerlukan bantuan," ujarnya. Katanya lagi, program pada kali ini adalah salah satu inisiatif Tanggungjawab Korporat EPIC dan mendapat kerjasama dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd dan Syarikat Air Terengganu (SATU) untuk membantu 30 keluarga miskin dan kurang berkemampuan di kawasan Kemaman. "Program di DUN Cukai hari ini juga merupakan siri kedua selepas siri pertama telah diadakan di DUN Bandar, Kuala Terengganu pada Julai lalu. Selepas ini, program ini akan diteruskan di daerah Besut dan Hulu Terengganu". Program hari ini menyaksikan semua mereka yang terlibat, telah menghantar sumbangan wang tunai dan barang keperluan ke rumah 10 orang penerima di Kg Besut 2. Manakala 20 orang lagi menerima sumbangan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Turut bersama memeriahkan majlis, Pegawai Daerah Kemaman, Tuan Haji Mohamad A. Rahman @ Othman, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Cukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Pengurus Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Cawangan Kijal, Rohaya Idris, wakil daripada SATU serta Ahli Pengurusan Kanan Kumpulan EPIC. Epic Berhad merupakan sebuah syarikat kerajaan negeri Terengganu yang menjalankan perkhidmatan sokongan utama kepada industri minyak dan gas, pelabuhan, tenaga serta perkhidmatan sampingan yang lain.
27 Aug 20
834
Kibar Jalur Gemilang, Terjemahkan Semangat Cintakan Negara
Kibar Jalur Gemilang, Terjemahkan Semangat Cintakan Negara
Oleh: Mohd Rizauddin DUNGUN, 27 Ogos- Rakyat Malaysia diminta terus menterjemah semangat patriotik cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang selain menyambut bulan Kemerdekaan dengan penuh penghayatan. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ia perlu dilakukan masyarakat untuk mempamerkan perasaan cintakan tanah air dan sebagai tanda terhutang budi kepada negara yang menjamin keamanan dan keharmonian rakyat selama ini. “Apa maknanya sambutan Hari Kebangsaan sekiranya tiada kibaran Jalur Gemilang secara meluas dan meriah. Ia adalah ‘roh’ yang menghidup suasana dan lambang kecintaan kita kepada Negara.  “Amalan kibar Jalur Gemilang amat penting bagi menunjukkan semangat patriotisme, sekali gus menyemarakkan sambutan serta menjadi bukti bahawa rakyat kita cintakan bumi Malaysia,” ujarnya kepada pemberita  ketika ditemui pada program agihan Jalur Gemilang, baru-baru ini. Katanya, tema sambutan ‘Malaysia Prihatin’ harus dijadikan landasan kesedaran bahawa setiap rakyat perlu mengambil berat antara satu sama lain dan bersatu-padu dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi apabila seluruh dunia sedang berusaha menentang pandemik COVID-19.  Beliau juga turut menyatakan bahawa pemimpin dan rakyat mesti ‘sehati sejiwa’ dalam merealisasikan perkara berkaitan semangat patriotisme ini. “Perasaan menyayangi dan mencintai Malaysia akan menjadikan kita lebih kuat dan berdaya tahan dalam mengharungi segala cabaran.  “Ia wajar dijadikan prinsip kehidupan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Hakikatnya tema sambutan Hari Kebangsaan kali ini melambangkan semangat kesepaduan, solidariti rakyat tidak kira di mana juga mereka berada,” ujarnya.
27 Aug 20
168
Ameerah DUN Sura Sumbang Kit kebersihan Kepada PASTI
Ameerah DUN Sura Sumbang Kit kebersihan Kepada PASTI
DUNGUN, 27 Ogos- Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menyerahkan sumbangan kit kebersihan percuma kepada anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di DUN berkenaan sebagai tanda sayang dan usaha murni menangani penularan pandemik COVID-19.  Ketuanya, Khadijah Tahar berkata, pemberian terbabit adalah untuk memastikan pelajar dan guru PASTI sentiasa kekal bersih.  “Kita namakan ini sebagai ‘Projek Kami Sayang Sekolah’ dimana kami turun ke semua PASTI dalam DUN Sura dan agihkan kit kesihatan yang mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan dan pencuci tangan," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkah kit di beberapa PASTI, baru-baru ini. Munurut Khadijah lagi, projek ini akan diteruskan lagi ke tadika dan sekolah-sekolah di DUN berkenaan “InsyaAllah kami akan teruskan sumbangan ini ke tadika dan sekolah sekolah terpilih pada masa akan datang.  "Kami juga membuka peluang dan ruang kepada warga Dungun dan sesiapa sahaja untuk terus memberi sumbangan kepada kami untuk kami sampaikan kepada anak-anak diluar sana,” ujarnya.  Dalam masa yang sama, bendera jalur gemilang turut diedar sempena bulan kemerdekaan dan hari merdeka yang akan tiba tidak lama lagi. 
27 Aug 20
449
Bersama Hayati Bulan Kemerdekaan
Bersama Hayati Bulan Kemerdekaan
DUNGUN, 26 Ogos- Seluruh masyarakat terutamanya penduduk Bukit Besi diharap agar menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan pengertian yang sebenar serta melakukan perubahan ke arah positif. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya bagi memastikan masyarakat hidup dalam keadaan lebih baik dan sejahtera. "Bukan sekadar memahami dan menyambutnya dengan mengibarkan bendera semata-mata, di samping mengenangkan jasa pejuang terdahulu yang telah bersusah payah membebaskan negara daripa cengkaman musuh, perlu juga melakukan perubahan didalam diri serta minda supaya tidak terikut dengan budaya dari barat yang merugikan agama, bangsa dan negara "Sebaliknya kembali menghayati ajaran Islam serta mengikut segala panduan yang telah disyariatkan didalam Islam serta meninggalkan segala perkara yang dilarang juga kembali melihat bahawa kehidupan yang dianjurkan oleh Islam sangat baik," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dtemui pihak media, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, semalam. Katanya, pelbagai kaedah dan cara dizahirkan oleh masyarakat untuk tonjolkan perasaan cinta kepada negara. "Diantara perkara lazim yang dilakukan adalah menghiaskan rumah dengan bendera Jalur Gemilang, serta meletakkannya pada kenderaan mengambarkan jiwa patriotik. Semoga ianya difahami dengan sebaiknya terutama generasi muda, perlu menunjukkan kecintaan yang tiada berbelah bahagi terhadap tanahai tercinta, tidak mahu negara dijajah lagi. "Dimana sekarang ini peperangan bukan lagi berlaku secara fizikal tetapi serangan dari sudut pemikiran. Jika tidak sensitif dan tidak berhati-hati senang negara dijajah oleh agenda musuh akhirnya negara tergadai. Justeru berpegang kembali dengan ajaran Islam yang syumul," ujarnya.
26 Aug 20
176
Saluran Kebajikan Keutamaan Tetap PKM
Saluran Kebajikan Keutamaan Tetap PKM
MARANG, 25 Ogos - Menjadi satu keutamaan tetap bagi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang dan agensi berkaitan bagi menjaga saluran kebajikan untuk membantu masyarakat dan komuniti yang memerlukan bantuan. Pegawai Khas PKM Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya sentiasa menitik beratkan usaha untuk menjaga kebajikan masyarakat setempat. "Setiap minggu akan diadakan satu program ziarah atau kunjungan bersama-sama agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di tempat terlibat. "Kunjungan ini mensasarkan mereka yang memerlukan bantuan seperti mereka yang dilanda musibah, kemalangan, bencana, sakit kronik dan lain lagi. "Biasanya maklumat ini kita terima melalui aduan daripada pihak MPKK, i-MiTS, dan aduan terus di PKM di mana kita akan susun satu jadual bagi urusan ke rumah secara terus. Beliau berkata ketika selesai mengadakan kunjungan ke enam buah rumah melibatkan MPKK Rusila, Taman Rasyidah, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Kerak, Sentol Patah, Rusila, dan Kijing Pantai, baru-baru ini. Menurutnya lagi, kebanyakan pengadu atau penduduk kampung tidak tahu saluran mana yang patut dituju, jadi dengan kaedah ini kita bawa terus agensi ke rumah untuk sebarang penjelasan berkenaan bantuan yang perlu dan layak dipohon. "Sebarang permasalahan atau kekeliruan juga boleh diselesaikan secara berdepan di mana ianya lebih baik bagi mengelakan salah faham antara rakyat dan jabatan. "PKM juga turut menyatakan seribu penghargaan kepada agensi terlibat dan pihak MPKK yang sering memberikan kerjasama dan terlibat dalam usaha membantu masyarakat memerlukan. "Di samping usaha bagi menyalurkan bantuan tersebut, sedikit sumbangan daripada Pejabat ADUN juga turut disumbangkan kepada mereka yang dikunjungi," tambahnya.
26 Aug 20
484