lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

137 Penduduk Hulu Besut Gembira Terima Geran Tanah
137 Penduduk Hulu Besut Gembira Terima Geran Tanah
Oleh: Norekwan Mamat BESUT, 6 September - Seramai 137 penduduk Hulu Besut menzahirkan rasa gembira apabila menerima geran kekal Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan Borang 5A di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut. Pegawai Penyelarasnya, Mat Daik Mohamad berkata, pemberian geran tanah kekal serta Borang 5A itu membuktikan bahawa kerajaan negeri mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tanah di kawasan itu. "Kita perlulah bersyukur dan menghargai apa yang kita perolehi ketika ini kerana ramai lagi penduduk yang memerlukan. Ini membuktikan kejayaan kerajaan negeri merealisasikan manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. "Insya-Allah selepas ini seramai hampir 600 peserta bakal menerima geran kekal setelah menerima Borang 5A pada majlis penyerahan yang lepas," katanya pada majlis penyerahan di Dewan Futsal Kampung Belaoh di sini baru-baru ini. Sementara itu, seorang penerima, Mohamad Lukman Abdul Manaf, 28, merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian tersebut. "Saya sangat gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri membantu kami yang sangat memerlukan," ujarnya.
03 Sep 20
728
Abdul Hadi Serah 42 Suratan Hak Milik Dan Borang 5A RTB Jambu Bongkok Terengganu
Abdul Hadi Serah 42 Suratan Hak Milik Dan Borang 5A RTB Jambu Bongkok Terengganu
MARANG, 2 September - Seramai kira-kira 42 penduduk Marang menerima suratan hak milik tanah dan notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Lapang Jambu Laut (Jambu Bongkok) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di sini hari ini. Jumlah tersebut membabitkan seramai 30 penerima hak milik tanah dan 12 penerima Borang 5A untuk RTB tapak Rumah Kediaman Lapang Jambu Laut Tambahan, Mukim Merchang, daerah Marang yang telah diluluskan sebelum ini. Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkongsi kegembiraan tersebut dengan para penerima serta membuktikan kejayaan kerajaan negeri merealisasikan manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. "Saya berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menyelesaikan isu tanah ini bagi memastikan rakyat kita yang memerlukan sentiasa mendapat bantuan yang sewajarnya, tidak kira bagi keperluan tempat tinggal, bercucuk tanam dan sebagainya. "Justeru, apa yang berjaya kita peroleh hari ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Hak Milik & Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Lapang Jambu Laut (Jambu Bongkok) di Balairaya Jambu Bongkok Darat di sini hari ini. Turut hadir dalam majlis itu, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang, Mahari Abd Rahman dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lapang Jambu Laut, Zulkifli Puteh. Sulaiman Sulong. Dalam perkembangan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong memberitahu, kerajaan negeri berusaha memastikan sebarang isu berkaitan dengan hak milik tanah diselesaikan dengan kadar yang segera dan memudahkan rakyat. "Kerajaan negeri komited dalam usaha mengembalikan tanah-tanah terkilan terutama membabitkan peserta yang masih belum mempunyai hak di atas tanah yang mereka duduki. Kita berusaha bersungguh-sungguh memberikan geran kekal kepada mereka yang benar-benar layak. "Pastikan tanah lot yang kita agihkan mesti dengan niat untuk dibina rumah kediaman, bukan untuk dijual, ianya bagi memberi keselesaan, membina keluarga bahagia serta mencapai hasrat masyarakat yang maju, berkat dan sejahtera," ujarnya.
02 Sep 20
2384
Hayati Nikmat Kemerdekaan Dengan Kesyukuran
Hayati Nikmat Kemerdekaan Dengan Kesyukuran
KUALA NERUS, 3 September - Rakyat Terengganu khususnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh diseru agar bersyukur kepada Allah SWT dengan anugerah kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan kali ini. ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ianya perlulah dizahirkan melalui penghayatan terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi dengan lebih mencintai tanah air dan bersyukur kepada Ilahi. “Walaupun sudah 63 tahun kita merdeka, ia tidak akan memberi apa-apa makna kepada kita sekiranya tidak disyukuri dan difahami erti kemerdekaan menurut acuan agama. "Malah sambutan kemerdekaan pada tahun 1957 suatu ketika dahulu, bukan sahaja dengan laungan keramat ‘Merdeka’, malah ia turut disambut dengan laungan azan bagi membesarkan Allah SWT. "Kemerdekaan negara yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu setelah berlakunya penjajahan. "Oleh itu, masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama perlu memupuk semangat perpaduan yang menjadi teras kekuatan negara selama ini,” ujar Hishamuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Merdeka @ Komuniti  Dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Daerah Kuala Nerus di pekarangan Dewan Serbaguna Tepoh, baru-baru ini. Turut hadir dalam majlis itu, pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharuddin Mohamad dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ariffin Abdullah.
01 Sep 20
130
Asnaf Perumahan Maidam Disantuni Kembara Merdeka TCCT
Asnaf Perumahan Maidam Disantuni Kembara Merdeka TCCT
KUALA NERUS, 3 September - Kelab Basikal Tepoh Cakna Cycling Team (TCCT) yang baharu dilancarkan baru-baru ini telah memulakan langkah awal dalam aktiviti kemasyarakatan apabila menyantuni semua wakil keluarga asnaf yang tinggal di kawasan Taman Perumahan MAIDAM di Jalan Wakaf Sharif, Padang Nenas. Penaung Kelab TCCT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, aktiviti yang dilakukan bersama Kembara Merdeka TCCT itu sesuai dengan teras atau matlamat penubuhan kelab. “Kelab basikal TCCT ditubuhkan berpaksikan kepada ‘cakna’. Terasnya kebajikan dan keprihatinan. Menelusuri jalan-jalan di pendalaman untuk mendekati warga yang memerlukan secara lebih dekat. Itulah hasratnya. Semoga ia dipermudahkan untuk direalisasikan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh. Dalam aktiviti terbabit seramai 40 wakil keluarga disantuni dan diberikan sumbangan dalam satu majlis ringkas ketika Kembara Merdeka membuat persinggahan di perkarangan taman perumahan tersebut. Program yang dianjurkan secara bersama Jabatan Penerangan Negeri Terengganu melalui program Merdeka @ Komuniti mendapat sambutan luar biasa semua lapisan masyarakat. Sumbangan disampaikan oleh Syed Ahmad Saifuddin Syed Muhammad atau lebih dikenali dengan Ku Adik yang turut sama menyertai Kembara Merdeka dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Nerus, Nor Emylia Lot.
01 Sep 20
476
Belia Benteng Pertahan Maruah Islam
Belia Benteng Pertahan Maruah Islam
DUNGUN, 1 September - Golongan belia merupakan benteng untuk mempertahankan maruah Islam yang cuba diganggu musuh Islam.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, musuh-musuh tersebut juga dengan sewenang-wenangnya mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara. "Jadi kitalah yang akan menjadi barisan hadapan yang akan mempertahankan agama dengan jati diri Islam," ujarnya. Alias berkata demikian ketika berucap di Program Santai Merdeka Belia Beliawanis Sejahtera DUN Rantau Abang di Tapak Pasar Malam Seberang Pintasan di sini, baru-baru ini. Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN itu telah diadakan di sebelah paginya  di Pasar Pagi Padang Pulut bertujuan untuk menyuntik semangat cintakan negara. Sehubungan dengan itu, Alias berharap golongan belia sewajarnya menjaga dan menghayati kemerdekaan dengan mempertahankan kedaulatannya seperti yang dikecapi sekarang. "Kepada belia dan beliawanis yang ada hari inilah harapan kita untuk mencorakkan masa depan negara dengan Islam, hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan negara," jelasnya.
01 Sep 20
122
264 Penduduk Kota Putera Terima Geran Tanah
264 Penduduk Kota Putera Terima Geran Tanah
BESUT, 1 September - Seramai 264 penduduk Kota Putera menerima Geran Tanah Hak MIlik & Borang 5A Tanah dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kota Putera Square, baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penyerahan geran tanah dan borang 5A tersebut adalah bukti kerajaan negeri cakna dan prihatin kepada rakyat. "Proses mengembalikan tanah terkilan merupakan manifesto kita pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. Proses ini terus berjalan dan ia mengambil sedikit masa ekoran pelbagai kekangan di pelbagai peringkat. Walau bagaimanapun, saya tetap akan mengusahakan sebaik mungkin untuk semua yang terlibat dalam kawasan saya dan akan diadakan secara berperingkat. "Majlis penyampaian tersebut adalah yang kedua selepas lebih 10 orang penduduk telah menerima borang itu daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini pada majlis perasmian Rumah mampu Milik (RMM) Taman Putera Rahman," ujarnya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemberian geran tersebut. Sementara itu, seorang penerima Wan Hanapi  Wan Su, 70, merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana mengembalikan hak beliau yang sebelum ini dinafikan. "Tahniah kepada peserta yang bersabar hingga kini. Berbanyak syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu. Peserta RTB 1999 - 2004 (terkilan) yang belum mendapat tawaran mohon kesabaran kerana bukan mudah kerajaan negeri menyelesaikan semuanya dalam tempoh yang singkat. "Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bekerja. Semoga dengan penyelesaian ini akan menggembirakan kembali semua pihak yang sepatutnya telah lama berhak menerima pemberian tanah ini secara sah," ujarnya.
01 Sep 20
1242
Kesusahan Keluarga Mohd Izduan Dapat Perhatian
Kesusahan Keluarga Mohd Izduan Dapat Perhatian
Oleh : Amiirullah Mansor  DUNGUN, 1 September- Kesempitan hidup Mohd Izduan Setapa, 40, yang tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan bakal mendapat pembelaan. Kesusahannya sekeluarga mendapat perhatian Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).  Mohd Izduan berkata, disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya, dia tidak lagi mampu untuk melakukan kerja-kerja berat sejak tiga tahun lalu. "Pendapatan saya kini sangat terhad, kadang nak dapat RM100 pun susah dalam sebulan tu disebabkan sekarang ini hanya mampu melakukan kerja-kerja kampung sahaja seperti mengambil upah mesin rumput di sekitar kampung ini," ujarnya kepada pemberita selepas menerima kunjungan daripada Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka,  Muhammad Wirdan Shahidan, dan isteri ADUN Paka, Sabariah Ilyas, di rumah sewanya di Kampung Nyior,Paka, baru-baru ini. Katanya, dia nasihatkan oleh doktor untuk melakukan pembedahan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih namun terpaksa ditangguh disebabkan masalah kewangan. “"Saya terpaksa menangguh dulu pembedahan atas faktor pendapatan saya yang hanya cukup untuk menyara keluarga saya dan membayar sewa rumah sahaja," ujarnya. Sementara itu, Muhammad Wirdan berkata, kehadiran beliau yang mewakili ADUN Paka, Satiful Bahri Mamat  bersama pihak YPKT dan Maidam  adalah untuk menyampaikan bantuan dan menyalurkan maklumat berkaitan bantuan yang boleh dimohon oleh keluarga Mohd Izduan. "Alhamdulillah, hari ini pihak kami bersama 'Mobile Team', Maidam, YPKT dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Nyior  berkesempatan menzirahi keluarga Mohd Izduan dan memberikan maklumat kepadanya berkaitan bantuan-bantuan yang boleh dimohon.  "Pihak kami akan "follow up" status permohonannya selepas ini dan berharap proses meluluskan bantuan dapat dipercepatkan," ujarnya.  
01 Sep 20
199
Dakwah Jalanan Ambang Merdeka, Didik Masyarakat Jauhi Maksiat
Dakwah Jalanan Ambang Merdeka, Didik Masyarakat Jauhi Maksiat
MARANG, 31 Ogos - Satu  pendekatan berkonsepkan dakwah jalanan berkaitan 'Anda Bijak Jauhi Zina' telah diadakan di daerah ini sempena sambutan malam ambang kemerdekaan Malaysia kali ke-63 semalam. Program yang dilakukan Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) tersebut mensasarkan golongan belia dalam isu bahaya zina, perkara maksiat dan anak luar nikah yang berlaku pada masa kini. Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, dalam waktu terluang itu pihaknya mengambil inisiatif untuk mendekati golongan belia bagi menyampaikan risalah dan penerangan berkaitan perkara tidak bermoral. Mendekati golongan belia di kedai makan. "Seperti yang kita sedia maklum, umumnya pada malam ambang kemerdekaan sering terjadi perkara yang menyalahi hukum syarak, tidak bermoral dan perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. "Kaedah turun ke lapangan untuk bertemu mata dengan anak muda ini juga menghidupkan suasana masyarakat di dalam kita memberi peringatan antara satu sama lain," katanya kepada pemberita semasa aktiviti tersebut semalam. Menurutnya, melalui aktiviti dakwah dan pengedaran risalah jauhi zina yang dilakukan, rata-rata orang awam dan golongan muda menerima dengan terbuka dan menunjukkan reaksi positif. Kata Nasaruddin lagi, dengan usaha itu, mereka  berharap kawasan setempat malah negeri ini  akan terus subur dan sejahtera tanpa perbuatan tidak berakhlak. "Skuad Amar akan terus melakukan aktiviti dakwah ini secara berkala agar golongan belia dan juga ibu bapa lebih terbuka terhadap masalah kerosakan akhlak kerana mereka ini merupakan penyambung generasi kita akan datang. "Pada malam ini, kita mendapat kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, dan kami juga membuka ruang kerjasama dengan semua agensi, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira latar belakang politik," tambahnya. Dakwah jalanan yang bermula pada jam 11.00 malam itu disertai seramai  25 orang sukarelawan Skuad Amar termasuk daripada kalangan wanita.
31 Aug 20
900
400 Kaum Tiong Hua Kemaman Sambut Merdeka
400 Kaum Tiong Hua Kemaman Sambut Merdeka
KEMAMAN, 31 Ogos - Seramai 400 orang kaum Tiong Hua Kemaman menyatakan rasa cinta kepada negara dengan menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-63 dalam satu Majlis Makan Malam yang berlangsung di Dewan Sri Amar, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata dengan kehadiran yang ramai melibatkan 25 persatuan dan sebahagian lagi daripada anak muda Kaum Tiong Hua di Kemaman ini membuktikan sokongan mereka kepada kerajaan negeri yang memerintah ketika ini. "Kita mengharapkan sempena kemerdekaan yang disambut pada malam ini menandakan jati diri kita dan keyakinan dalam menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya. "Ia selari dengan ucapan yang sentiasa diungkapkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dimana semua rakyat Terengganu tidak kira agama, bangsa ataupun berbeza ideologi politik akan dilayan dengan baik dan sama rata," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Kemerdekaan Bersama Kaum Tiong Hua Kemaman. Majlis tersebut merupakan anjuran oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Pejabat Penerangan Daerah Kemaman serta seluruh persatuan kaum Tiong Hua di Daerah Kemaman. Turut bersama, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan.
31 Aug 20
750
MB Teruja Bersama 250 Komuniti Basikal Semarak Merdeka Rhu Rendang
MB Teruja Bersama 250 Komuniti Basikal Semarak Merdeka Rhu Rendang
MARANG, 31 Ogos - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak melepaskan peluang bersama-sama hampir 250 orang peserta kayuhan basikal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rhu Rendang, hadir pada jam 7.30 pagi bagi bersama-sama komuniti dari seluruh daerah Terengganu dalam acara 'Fun Ride' Semarak Kemerdekaan Dun Rhu Rendang 2020. "Kemeriahan bulan merdeka diisi dengan pelbagai program diantaranya aktiviti sihat yang dapat dilakukan secara bersama-sama. "Seronok dapat bersama komuniti sambil dapat melakukan aktiviti fizikal beramai-ramai," katanya. Beliau berkata melalui perkongsian status di laman rasmi facebook miliknya. Acara berbasikal itu disempurnakan oleh Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Hassan Awang diiringi oleh Ketua Balai Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris. Program perasmian penutup Semarak Merdeka disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.  
30 Aug 20
914