lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pupuk Minat Generasi Muda Bersukan
Pupuk Minat Generasi Muda Bersukan
BESUT,11 Oktober- Usaha bagi mengembalikan minat anak muda kepada aktiviti sukan menjadi salah satu mekanisme pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau menyokong penuh usaha berkenaan kerana disamping dapat menyuntik semangat anak muda bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang diadakan ianya juga dapat merapatkan ukhwah sesama sendiri . "Sebagai contoh, kejohanan sepak takraw yang julung kalinnya dianjurkan pemuda cawangan Kubang Ikan untuk tahun ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah sebagai persediaan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Pemuda DUN Kota Putera yang dijangka akan berlangsung akhir bulan ini sekiranya tiada arahan penangguhan untuk sebarang aktiviti," ujarnya kepada pemberita selepas kejohanan tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat yang terlibat termasuk sembilan pasukan berentap pada kejohanan sepak takraw yang diadakan di Kampung Kubang Ikan itu. "Tahniah Pemuda PAS cawangan Kubang Ikan kerana telah berjaya menganjurkan program yang dapat menarik masyarakat terutamanya golongan pemuda mengikuti aktivit yang berfaedah ini dan syabas juga kepada pasukan yang berjaya ke peringkat akhir sekaligus menjuarai kejohanan ini. "Semoga dengan ada kejohanan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anak-anak muda dan masyarakat di dalam DUN Kota Putera," ujarnya.  
11 Oct 20
775
Kuih Bulan Tanda Persahabatan
Kuih Bulan Tanda Persahabatan
KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Kuih bulan menjadi simbolik ikatan persahabatan yang terjalin antara wanita bukan muslim dengan kerajaan negeri setiap kali tiba  'Moon Cake Festival 2019” yang disambut oleh masyarakat Tiongha di Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata walau pun jumlah kuih bulan yang diedarkan itu tidak besar tetapi memadai sebagai tanda ingatan dan tanda persahabatan bersempena dengan perayaan tradisional masyarakat Tionghua yang lazimnya disambut pada pertengahan September sehingga Oktober. Zuraida mengagihkan kuih bulan.   “Tidak banyak pun yang kita edar, tapi ada. Mudah-mudahan pemberian kecil ini, jadi pengikat keharmonian antara semua kaum di Negeri Terengganu. “Apa yang lebih mengujakan saya ialah sambutan baik daripada komuniti bukan muslim kepada Program Minum Petang bersama ADUN Wanita dan ini pertama kali sebenarnya, kita mengadakan program santai bersama komuniti wanita Cina dan India di sekitar Kuala Terengganu khusus bersama ADUN Wanita. “Alhamdulillah, saya menerima banyak maklum balas dan cadangan yang positif daripada wakil-wakil mereka yang melibatkan diri secara aktif semasa sesi dialog,"ujarnya. Cikgu Mala, wakil masyarakat India bercakap semasa sesi dialog. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.   Antara yang hadir dalam program tersebut ialah wakil wanita India dan Cina Dewan Himpunan Penyokong, Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu, Persatuan Penjaja Pasar Pagi, Persatuan Penjaja Medan Selera, wakil masyarakat India dan Siam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan wakil masyarakat Kg. Cina atau Peranakan. Zuraida turut berjanji akan menyuarakan segala kebimbingan dan cadangan yang telah diusulkan oleh mereka ke peringkat seterusnya. Beliau juga berharap agar penganjuran program tersebut dapat mempereratkan tautan antara masyarakat di Terengganu tanpa mengira bangsa ataupun agama demi memastikan keamanan dan kedamaian pada tanah watan sentiasa terpelihara.  
10 Oct 20
994
Masalah Mental Tidak Semestinya Gila
Masalah Mental Tidak Semestinya Gila
KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Golongan yang menderita dengan masalah kesihatan mental tidak wajar dilabelkan sebagai ‘orang gila’ orang masyarakat sekeliling. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata kesihatan mental merupakan aspek yang jarang diambil perhatian dalam negara Malaysia. Menurutnya lagi, terlalu banyak salah faham dan salah sangka kepada orang yang menghadapi keuzuran daripada sudut kesihatan mental. “Lebih parah, apabila pesakit mental dikaitkan dengan iman yang tidak kuat di samping tidak diberi sokongan oleh masyarakat sekeliling lantaran menyebabkan masalah mentalnya menjadi lebih teruk. “Walau bagaimanpun belakangan ini, kita melihat ada perkembangan yang positif berkenaan kesedaran kesihatan mental di Malaysia. Semakin ramai orang persendirian mahupun persatuan yang tampil menghulurkan tangan bagi membantu pesakit. “Di pihak saya sendiri, isu ini juga menjadi fokus utama selaku ADUN Wanita dan sebenarnya ada saya selitkan mengenai kesihatan mental dalam Ucapan Perbahasan Titah Di-Raja dalam Sidang DUN yang lalu,’ujarnya. Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin. “Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 (NHMS), sebanyak 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau pun masalah kesihatan mental. “Ada pesakit yang tidak menyedari mereka menghadapi simptom masalah kesihatan mental kerana kurangnya kesedaran sama ada individu atau pun masyarakat sekeliling. “Saya menyeru supaya lebih banyak banyak program kesedaran diadakan bagi mendidik masyrakat di samping mengikis stigma negatif terhadap pesakit,”ulasnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, kelmarin. Zuraida turut menegaskan isu ini wajar diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada kestabilan keluarga dan juga rumah tangga.
10 Oct 20
463
19 Buah Rumah Untuk Golongan Tidak Berkemampuan
19 Buah Rumah Untuk Golongan Tidak Berkemampuan
DUNGUN, 11 Oktober - Sebanyak 19 buah rumah telah dan sedang dibina sepanjang tahun ini untuk diduduki mereka yang tidak berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kebanyakan penerima terdiri daripada ibu-ibu tunggal.  "Ada juga yang ada suami tetapi memandangkan suaminya sakit dan isteri yang bekerja untuk menyara keluarga, itu juga diistilah sebagai ibu tunggal," ujarnya. Alias berkata demikian ketika dihubungi selepas meninjau kerja-kerja menyiapkan rumah untuk seorang ibu tunggal di Pulau Serai, baru-baru ini.  Menurut Alias, kos setiap buah rumah adalah RM56,000. Untuk yang memiliki tanah, mereka diberi hak milik rumah tersebut di bawah Projek Perumahan Ku Sayang.  "Manakala jika sebaliknya mereka dibiaya di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," ujarnya.
10 Oct 20
1471
Katil Wakaf Bantu Pesakit
Katil Wakaf Bantu Pesakit
DUNGUN, 10 September - Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka sentiasa peka terhadap kebajikan penduduk memerlukan termasuk menerusi program wakaf katil.  Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata, sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan katil wakaf hasil sumbangan orang ramai boleh berhubung dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat. "Pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Paka akan menghantar katil ini setelah mendapat maklumat daripada MPKK.  "Semua orang diharap bersabar dan mereka berhak menggunakannya jika ada kekosongan," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam. Mohd Wirdan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan orang ramai bersama-sama mencari pahala berwakaf untuk membantu golongan memerlukan tanpa sangsi. "Kita akan uruskan penghantaran katil wakaf terutamanya kepada pesakit kronik dan terlantar yang tidak mampu bergerak. "Ia akan berpindah milik apabila seseorang telah kembali sembuh atau menghadap ilahi," katanya.       
10 Oct 20
611
Penduduk Selamatkan Rumah Terbakar
Penduduk Selamatkan Rumah Terbakar
KUALA NERUS, 10 Oktober - Tindakan pantas beberapa penduduk yang tinggal berhampiran berjaya menghalang api daripada terus merebak dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Kampung Kesom Tok Tukang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, beberapa penduduk bertungkus lumus menyimbah air ke dinding rumah Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kesom Tok Tukang, Saari Mamat yang terbakar, dan berjaya memadam kebakaran tersebut. "Kebakaran berkemungkinan berpunca dari api gas memasak yang tidak ditutup ketika memasak air, dan itu biasa dibuat kerana kami menjual masakan panas secara kecil-kecilan di hadapan rumah," cerita Saari lagi. Dia berkata demikian ketika kunjungan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim ke kediamannya bagi meninjau keadaan musibah yang berlaku. Menurutnya lagi, dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan dan kerugian yang teruk ekoran kejadian itu. "Alhamdulillah, kerosakan pun tidak banyak dan tidak menjejaskan struktur rumah, syukur juga kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya. Ustaz Ridzuan Hashim menyampaikan sumbangan kepada Saari Mamat Ustaz Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban atas kerosakan yang berlaku. Beliau melahirkan rasa simpati terhadap musibah yang ditimpa keluarga Saari dan berharap agar mereka sekeluarga tabah dan dipermudahkan urusan dalam meneruskan kehidupan seharian.
09 Oct 20
368
Burung Helang Daripada Sabut Kelapa
Burung Helang Daripada Sabut Kelapa
SETIU , 10 Oktober - Kreativiti seorang petani yang mencipta 'burung helang' daripada sabut kelapa mengundang rasa kagum segelintir masyarakat di sini. Petani tersebut, Bidin Salleh, 50, berkata ia bagi menghalau haiwan ternakan memakan padi yang dijemur di halaman rumahnya. Katanya, dia hanya memanfaatkan idea yang terlintas di kepala tambahan pula ia tidak melibatkan sebarang kos. "Hanya menggunakan ranting pokok rambutan, sabut kelapa, tali, dan polisterin, ia dapat menghasilkan seakan-akan seekor burung helang. Matanya pula dicucuk dengan api lidi sahaja, "Kalau 'orang-orang', mungkin sudah menjadi perkara biasa kita lihat. Dalam buku pun ade. Yang ni tiada dalam buku ni, "Burung-burung ini digantung pada tali, diserikan lagi dengan bunyi batu yang diletakkan ke dalam botol. Bila bunyi, ayam itik  pun tak berani nak masuk dekat," katanya kepada pemberita ketika dihubungi semalam. Kaedah ini juga turut digunakan di sawah padi untuk menakutkan tikus.
09 Oct 20
919
Penantian 15 Tahun Miliki Rumah Sendiri Tercapai
Penantian 15 Tahun Miliki Rumah Sendiri Tercapai
DUNGUN, 9 Oktober - Hasrat seorang ibu tunggal untuk memiliki rumah sendiri tercapai selepas 15 tahun mengharapkan impiannya itu termakbul.  Maimun Alla Pichay berkata, selepas kematian suami, dia cuba memohon rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan bersyukur apabila permohonan tersebut diluluskan. "Saya sudah lama berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. "Terima kasih kerajaan negeri untuk rumah ini, sangat terharu kerana ini rumah pertama saya walaupun agak sedih arwah suami tidak sempat merasainya," ujarnya. Maimun ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT di Kampung Kubang Miang, hari ini. Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik turut serta MPKK Kampung Kubang Miang.  Sementara itu, Wan Hapandi mengucapkan tahniah kepada penerima rumah ini.  "Tahniah saya ucapkan kepada keluarga arwah Mohamed Ibrahim Sini Mohamed kerana layak menerima rumah baharu ini.  "Dengan penuh rasa syukur saya bersama Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan menyerahkan kunci rumah setelah hampir tiga bulan masa yang diambil untuk menyiapkannya," katanya. 
09 Oct 20
321
Nelayan Terharu Terima Mesin Basuh
Nelayan Terharu Terima Mesin Basuh
DUNGUN, 9 Oktober - Seorang nelayan laut dalam terharu apabila menerima sumbangan mesin basuh.  Jusin Ali melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diterimanya itu. “Saya sangat bersyukur, gembira dan terharu dengan pemberian barang -barang rumah ini. "Terima kasih atas keperihatinan Yang Berhormat (YB) Sura dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung disini,” ujarnya.  Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau sangat gembira apabila dapat membantu rakyat.  “Kami dapat aduan dari MPKK disini (Kampung Tembesu Akar), ada seorang nelayan perlukan mesin basuh.  "Dengan syarat-syarat yang dipenuhi, kami menyerahkan sebuah mesin basuh untuk kegunaan hariannya sekeluarga,” katanya.  Wan Hapandi ditemui pemberita ketika program ziarah sebagai usaha menyantuni golongan memerlukan.  “Selain dari mesin basuh, kita bagi satu set meja makan dan juga basikal.  "Saya berharap dengan sumbangan ini akan meringankan beban atau urusan keluarga,” ujarnya.   
09 Oct 20
1883
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Segera
Mangsa Kebakaran Terima Bantuan Segera
DUNGUN,9 Oktober - Kegembiraan jelas terpancar di wajah Noorlida Abd Wahab, yang menerima bantuan segera setelah rumahnya hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi Selasa lalu di Kampung Sura Hujung. Sumbangan wang tunai serta pakaian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.  Wan Hapandi berkata, sumbangan berkenaan adalah salah satu daripada tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin kepada rakyat. “Hari ini, kita menyumbang bantuan kewangan dan baju baharu kepada mangsa dan berharap ia dapat meringankan sedikit beban mereka. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mereka sekeluarga,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu. Beliau turut melahirkan rasa simpati dan sedih terhadap musibah dialami Noorlida dan berharap mereka sekeluarga tabah meneruskan kehidupan.
09 Oct 20
153