Artikel "Komuniti" Terkini
Belut Baruh, Rezeki Empat Sekawan
MARANG, 15 November – Bergelumang dengan lumpur untuk menangkap belut adalah mainan biasa bagi empat sahabat dari Kampung Seberang Marang di sini.
Mohd Aqid Islam Fikri, Mohd Ariff Farhan Akmal, Mohd Adam Adha Faiza dan Mohd Adam Ashraf Nasir yang merupakan pelajar darjah lima dan empat di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang gemar menangkap belut di kawasan baruh berdekatan rumah mereka.
Sejak penutupan sekolah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka berempat semakin rancak melakukan aktiviti itu yang turut memberi pulangan untuk simpanan masa depan.
Bapa kepada Adam Adha, Mohd Faiza Abdul Kadir, 40, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu mula berjinak dengan hobi tersebut ketika melihat bapa dan abangnya pergi ke baruh pada setiap pagi.
“Budak-budak ini belajar daripada kita (ayah dan abang), kemudian Adam kian bersemangat dan mengajak kawannya yang lain untuk tangkap sama-sama terutamanya selepas hujan. Itu masa paling sesuai memburu belut," katanya ketila ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini..
Bapanya yang juga seorang buruh berkata, setiap petang sekitar pukul 5, mereka memasang batang tukil (sejenis alat menangkap belut), yang dahulunya biasa diperbuat daripada buluh, berisi umpan cebisan ikan sepat.
“Kemudian, pada awal pagi jam 7, Adam dan rakan-rakannya akan mengumpul hasil dalam perangkap tersebut.
“Sekarang saya guna paip PVC dan dipasang oleh Adam dan Abangnya, setakat ini mereka ada kira-kira 30 batang.
“Mana yang mati kami makan, tapi belut ditangkap yang masih hidup Adam Adha sendiri akan jual kepada pengusaha restoran berhampiran yang membeli. Harganya pun Adam letak sendiri iaitu 1 kilogram RM20.
“Bergantung kepada rezeki, kadang-kadang hasil boleh mencecah sampai 4 ke 5 kilogram dalam satu hari terutamanya pada musim ini.
“Jadi boleh lah budak budak ni dapat hasil sambil sekolah tutup ini sebagai aktiviti bermanfaat sampingan," ulasnya.
Mengulas lanjut berkenaan hobi anaknya, Faiza berkata, dia tidak risau kerana kawasan baruh cetek dan sentiasa dikerumuni oleh pemancing dan orang kampung yang ingin melihat aksi mereka.
15 Nov 20
1454
Usahawan Muda Raih Pendapatan Lumayan Jual Belacan
KUALA NERUS, 15 November - Meskipun di usia muda, seorang pemuda sudah mampu meraih pendapatan yang lumayan dengan hanya menjual belacan.
Menurut pemilik Belacan Sri Tanjung Mas, Muhammad Aimy Shahril, 19, kesbiasaannya dia berjaya meraih hasil jualan purata RM1,000 sehari.
Katanya, dia pada mulanya sekadar suka-suka dan ingin meneruskan usaha ayah yang menjalankan perniagaan belacan secara kecil-kecilan.
"Saya bersekolah sampai tahun lima sahaja dan belajar agama di sekolah pondok selepas itu.
"Ketika musim cuti, saya akan membantu arwah bapa membuat belacan dan pada usia 14 tahun, bapa mula mengajar saya selok belok berniaga belacan.Saya mewarisi perniagaan ini selepas ayah meninggal kerana saya merupakan anak tunggal,"ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, ayahnya mengusahakan belacan lebih 20 tahun dan beliau kini mengambil alih perniagaan itu setelah lima tahun pemergian ibu bapanya dengan pekerja seramai 12 orang berusia 18 hingga 50 tahun.
“Setakat ini kami dapat membuat 1,600 ketul belacan sehari jika cuaca panas," katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab merasa bangga dengan usaha anak muda tersebut yang juga anak jati Seberang Takir.
"Kejayaannya dalam bidang perniagaan belacan boleh dicontohi oleh remaja lain," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).
Menurut Muhammad Aimy Shahril, dia merancang mengembangkan lagi perniagaannya di seluruh negara pada masa akan datang.
15 Nov 20
1376
Jalin Kerjasama Sebar Maklumat
DUNGUN, 13 November - Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) Dungun telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penerangan Dungun untuk menjalinkan kerjasama yang erat agar informasi dapat disalurkan kepada rakyat dengan lebih efektif.
Ketua Koordinator UPDI Dungun, Abd. Hamid Ismail berkata, memandangkan agensi yang diterajuinya berfungsi untuk menyampai dan menyebarkan maklumat kerajaan negeri manakala Pejabat Penerangan Dungun sebagai agensi kerajaan persekutuan sewajarnya kerjasama yang erat perlu wujud.
"Peranan kami adalah lebih kurang sama iaitu membantu kerajaan menyalurkan segala informasi dan menerangkan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
"Sebaran info-info kerajaan persekutuan dan negeri menerusi sebaran risalah dan hebahan di tempat tumpuan awam dapat pertingkatkan agar capaian maklumat kepada sasaran iaitu orang ramai berjaya," katanya.
Abd. Hamid berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan tersebut di Pejabat Penerangan Daerah Dungun di sini, baru-baru ini.
Rombongan tersebut telah disambut oleh Pegawai Penerangan Dungun, Rusmiza Anuar dan kakitangannya.
Sementara itu Rusmiza berkata, beliau sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak.
14 Nov 20
102
196 MOSWAY Kijal Terima Manfaat
KEMAMAN, 13 November - Seramai 196 orang golongan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), sakit, warga emas, 'armalah' dan anak yatim (MOSWAY) telah menerima sumbangan sepanjang tahun ini.
Selain daripada barangan dapur, mereka juga menerima bantuan wang tunai di mana sebanyak kira-kira RM30 ribu telah dibelanjakan bagi tujuan itu.
Junainah Rahmatullah.
Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal, Junainah Rahmatullah berkata, jumlah tersebut tidak termasuk dalam tempoh tiga bulan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
"Sepatutnya ramai lagi yang menerima manfaat ini, tetapi disebabkan oleh PKP yang dikenakan baru-baru ini di mana pergerakan kami agak terbantut maka jumlahnya tidak mencapai apa yang kami sasarkan.
"Sasaran kami adalah seramai 10 hingga 15 orang dalam tempoh satu minggu pada setiap bulan mengikut jadual yang telah disediakan," katanya.
Junainah yang ditemubual oleh pemberita di pejabatnya di Bukit Kuang kelmarin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan aktiviti yang mulia itu.
Menziarahi golongan MOSWAY.
"Saya sebagai wakil daripada pejabat i-MiTS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama teman sepejabat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang banyak membantu dalam aktiviti ziarah ini serta kerjasama daripada keluarga penerima.
"Insya-Allah kerja ini akan diteruskan lagi dengan penambahbaikan pada masa akan datang untuk masyarakat Kijal. Ada yang masih memerlukan bantuan dalam meneruskan kelangsungan hidup ini dan semoga usaha ini diberkati Allah," ujarnya.
13 Nov 20
757
JPKK, Status Quo Parti Kerajaan Dikekalkan
BESUT, 12 November – Status quo parti kerajaan dikekalkan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang mula berjalan tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penyusunan terbaharu dengan lima kuota tambahan turut diadakan bagi meraikan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN).
"Telah diputuskan supaya ‘rumah’ yang ada sekarang ini tidak dirobohkan tetapi dalam masa yang sama kita meraikan rakan-rakan daripada parti PN," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Taklimat JPKK kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Besut di Kota Putera Square baru-baru ini.
Jelasnya, beberapa negeri lain juga bakal membuat langkah sama bagi meneruskan kemenangan yang ada sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15 dijalankan.
"Dikekalkan itu bukan bermakna mengekalkan individu tetapi dikekalkan komposisi. Kita menjemput rakan PN untuk mengisi kuota tambahan ini dengan memberikan tiga kepada UMNO dan dua untuk Bersatu di Terengganu," ujarnya.
Sementara itu menurutnya, kerajaan Persekutuan telah menetapkan syarat, sesebuah parti yang boleh menyertai JPKK di suatu lokasi mestilah parti yang mempunyai cawangan di lokaliti terbabit.
"Kalau tiada cawangan maka tidak termasuklah dalam kategori yang perlu dijemput dan diundang untuk sama-sama menyertai JPKK.
"Tetapi di negeri Terengganu kita berlapang dada dan tidaklah 'stick' sangat mesti ada cawangan. Cukuplah sekadar ada orang dan mereka bersedia untuk berkhidmat. Dipersilakan sebab lima kuota tambahan memang kita peruntukkan kepada rakan kita," tambah beliau.
Untuk rekod, penjenamaan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri akan bermula pada 1 Januari 2021.
12 Nov 20
1867
Buletin Rhu Rendang, Rujukan Dan Sumber Maklumat Rakyat
MARANG, 12 November - Buletin yang dikeluarkan Pejabat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang menjadi rujukan dan sumber maklumat rakyat di kawasan terbabit.
Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata, buletin itu perlu disebarkan kepada segenap lapisan masyarakat supaya mereka tidak ketinggalan dlama mendepani isu semasa yang dilakukan oleh kerajaan negeri lebih-lebih lagi di Rhu Rendang.
"Dalam buletin ini, semua maklumat berkaitan pembangunan, kerja-kerja menaik taraf dan aktiviti kebajikan yang dilakukan daripada pihak wakil rakyat kepada komuniti," katanya.
Beliau berkata demikian sebaik sahaja selesai program edaran risalah buletin Rhu Rendang di kawasan Pasar Pagi Bandar Marang, semalam.
Menurutnya lagi, Pusat Khidmat akan terus menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat tanpa pilih kasih dan mengikut keutamaan semasa berdasarkan aduan yang diterima.
"Dengan program sebaran seperti ini, berlaku komunikasi dua hala terutamanya apabila rakyat sendiri mendapat maklumat berkenaan.
"Sebagai perantara kepada kerajaan negeri, kita akui maklumat tentang keadaan rakyat yang memerlukan bantuan tidak meluas atau tidak sampai di peringkat kami.
"Jadi masyarakat juga perlu berkerjasama dan jangan malu-malu untuk datang mengadu di Pusat Khidmat, seperti kebiasaannya aduan diterima melalui maklumat daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
"Sementara itu, program ini juga menjadi rujukan dua hala apabila kita berpeluang mendengar sendiri pendapat dan rungutan daripada rakyat lebih-lebih lagi yang berniaga Pasar Pagi dalam menempuhi pandemik Covid-19 ini," tambahnya lagi.
Turut hadir adalah Ketua Lajnah Penerangan Dun Rhu Rendang, Najmuddin Rani, Ketua Hal Ehwal Wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Faridah Omar dan Pegawai Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) Dun Rhu Rendang, Fakhruddin Zakaria.
12 Nov 20
491
Agih Peralatan Berniaga Percuma
KUALA NERUS, 11 November - Kerajaan komited untuk meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil dan membantu mereka keluar daripada kemiskinan dengan mengagihkan peralatan berniaga secara percuma.
Pegawai Penyelaras Dewa Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, golongan terbabit telah dipilih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menerima peralatan perniagaan bernilai RM10,000.
“Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.
“Selain itu, kita mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan-latihan di bawah program Rezeki Tani dan latihan teknikal," katanya ditemui pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah salah seorang penerima bantuan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, penerima dipilih melalui sistem e-Kasih terutama melibatkan golongan miskin serta isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,614 atau pendapatan per kapita tidak melebihi RM650.
Shafizi berkata keutamaan akan diberikan kepada calon berminat, berpengalaman dan berkemahiran yang sedang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dan pemprosesan produk berasaskan pertanian serta perniagaan tani.
“Mereka juga dipilih setelah saya sendiri turun padang dan meninjau keadaan penerima bantuan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang penerima, Zaharah Zainon, 46, yang menerima bantuan tersebut berkata, sumbangan seperti kuali, periuk kukusan, ‘multi functional disintegrator’dan beberapa peralatan lagi itu membantunya mengembangkan lagi perniagaan.
“Saya mengusahakan perniagaan menjual ketupat frozen, pau goring sambal ikan (woh bom orang ganu panggil), kuih keppa dan kuih woh gomok secara serius sejak 5 tahun lalu bermula tahun 2015.
"Setiap bulan kami memperolehi hasil jualan sekitar RM3,000 sehingga RM3,500 setiap hari dapat RM 100 sehingga 150 daripada hasil jualan secara atas talian, pasar pagi dan tempahan daripda rakan-rakan dan keluarga terdekat. Kadang-kala kami terpaksa menolak tempahan pelanggan kerana tidak sempat untuk menghasilkan kuih woh gomok, pau goreng dan kuih keppa kerana kekurangan peralatan.
"Dengan bantuan sebegini, kami benar-benar bersyukur. Kalau sekarang kami dapat hasilkan 300 biji woh gomok dan kuih keppa, selepas ini mungkin dapat mencecah 1000 biji lebih dengan bantuan yang telah diberikan," katanya.
11 Nov 20
3449
Dewan Sivik Jerangau Berwajah Baru
DUNGUN, 11 November- Dewan Sivik Jerangau kini berwajah baru setelah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM58,000 melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) kepada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bangunan yang sebelum ini terbiar telah disiapkan melalui beberapa fasa.
"Dimana tahun sebelum 2018 ianya telah menjadi bangunan terbiar tanpa sebarang penjagaan mahupun dibaik pulih sekian lama, tetapi bermula dua tahun lalu melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau ianya mula dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan telah dapat dibaik pulih sepenuhnya," ujarnya ketika ditemui pihak media, hari ini.
Beliau berharap agar Dewan Sivik Jerangau itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan diadakan pelbagai program kemasyarakatan.
Dalam pada itu, Pengerusi MPKK Jerangau, Arfan Tahir berkata, melalui peruntukkan Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah telah turut melengkapkan lagi kemudahan pada dewan berkenaan seperti dibaik pulih longkang, pendawaian elektrik, dibina stor dan juga telah dibina tandas.
"Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, ianya akan kita manfaatkan sebaik-baiknya, Insya- Allah,Dewan Sivik ini juga telah berperanan sebagai Pengkalan Hadapan disaat menghadapi banjir" katanya.
11 Nov 20
1353
Peniaga Gembira Terima Peralatan Niaga
KUALA NERUS, 11 November - Keceriaan jelas terpancar pada wajah Artini Mamat, 36, apabila menerima peralatan menerima peralatan seperti mesin adunan tepung, peti sejuk beku, balang air, meja dan lain-lain lagi dianggarkan lebih RM10,000.
Maria yang gembira dengan sumbangan tersebut berkata, peralatan itu amat diperlukannya memandangkan permintaan terhadap kuih perniagaannya semakin meningkat.
Dengan adanya peralatan baharu itu, katanya, ia secara tidak langsung dapat membantu menambah pendapatannya untukl menyara keluarga.
"Alhamdulillah, peralatan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat merealisasikan permintaan saya serta saya yakin dapat mengembangkan perniagaan.
"Dengan bantuan yang diberi, saya sungguh gembira. Dulu memang saya terbatas untuk berniaga dengan baik kerana peralatan yang terhad," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan terbabit.
Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus komited untuk membantu usahawan yang berdaftar dengan agensi itu.
Pengerusinya, Che Ghani Che Wan berkata, menerusi program Rezeki Tani FAMA, beberapa usahawan dan petani di Terangganu dipilih setiap tahun untuk menerima barang-barang peralatan bagi membantu meningkatkan pendapatan dan produktiviti perniagaan mereka.
"Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meringankan beban peniaga melalui pemberian bantuan projek komersial yang melibatkan aktiviti pengeluaran, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran.
Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab yang turun menyampaikan barang-barang peralatan kepada seorang peniaga di sini berharap agar bantuan itu mampu membantu keluarga terbabit meningkatkan pendapatan..
“Semga pengguna tidak melepaskan peluang dengan apa yang disediakan FAMA Terengganu ini dan semoga sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya.
11 Nov 20
573
YADIM Pergiat Strategi 'Touch And Go'
KUALA NERUS,11 November - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus mempergiatkan strategi 'Touch And Go' dalam melaksanakan agenda dakwahnya.
Strategi itu dijalankan dengan melaksanakan program-program di pelbagai tempat yang akan menarik rakan dakwah setempat untuk menyertainya.
Penolong Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin berkata, selepas 'Touch And Go', langkah seterusnya adalah 'Touch And Stay' iaitu mengenalpasti penggerak di kalangan masyarakat setempat untuk menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO), dan seterusnya sama-sama bergerak dengan kerajaan untuk melaksanakan program dakwah di semua peringkat.
Ustaz Nasrul Hadi menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan.
“Itulah yang kami sedang cuba lakukan di sini, kami datang dengan harapan bahawa program ini akan mencambahkan lagi program dan aktiviti lain di peringkat masyarakat di sini.
“Dengan itu, ia akan membuka lebih ruang kepada kami untuk mengadakan program-program dakwah yang lain di sini,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu Program Bulan Dakwah 2020 Sempena Maulidur Rasul Peringkat Kg Banggol Donas, di Dewan Mina, Taman Cikgu Ismail Yusof 2, Kampung Banggol Donas, baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banggol Donas, Rosli Bidin.
Nasrul Hadi juga berharap agar rakan-rakan dakwah setempat mampu untuk turut sama menggapai gelombang dakwah sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Jawatankuasa Wanita Taman Cikgu Ismail Yusof 2 yang banyak membantu melancarkan progran ini.
Terdahulu, Bulan Dakwah telah dilancarkan pada 3 Oktober lepas secara siaran langsung di TV Al Hijrah dan berakhir hujung tahun ini yang bertujuan untuk menyebarluaskan gerakan dakwah dengan mengambil semangat Rabiul Awwal yang juga merupakan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
11 Nov 20
686