lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

HOERBIGER Sumbang RM106,000 Kepada Mangsa Banjir
HOERBIGER Sumbang RM106,000 Kepada Mangsa Banjir
KEMAMAN, 15 Disember - HOERBIGER-KT Malaysia memberi sumbangan sebanyak RM106,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu. Usaha itu diambil oleh HOERBIGER setelah melihat beberapa kawasan terutamanya di Kemaman terjejas teruk akibat banjir. Sumbangan tersebut digunakan untuk pembelian makanan dan keperluan asas yang akan diedarkan kepada 1,000 keluarga terjejas di Kemaman, Marang dan Dungun. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang mewakili kerajaan negeri menghargai jasa pihak HOERBIGER dan YFBM atas usaha terbabit. "Ini menandakan bahawa seluruh masyarakat yang berada di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama mengambil cakna kesengsaraan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir ini. "Semoga HOERBIGER dan YFBM terus maju dalam bidang yang diceburi masing-masing seterusnya dapat melakukan kerja amal dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Dewan Sivik Air Putih, semalam. Dalam majlis itu, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak turut menerima sumbangan itu mewakili mangsa-mangsa banjir di kawasan masing-masing. Turut bersama dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Sophian Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan. Untuk makluman, HOERBIGER aktif di seluruh dunia dalam sektor tenaga, industri proses, industri automotif, sektor kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan keselamatan dan industri elektrik. Produk dan perkhidmatan mereka digunakan dalam pemampat timbal balik, unit kawalan aliran gas, transmisi kenderaan, penggabung berputar, perlindungan letupan, enjin berkuasakan gas dan hidraulik kereta.        
15 Dec 20
497
Khidmat Malaysia Setiu Bantu Mangsa Pasca Banjir
Khidmat Malaysia Setiu Bantu Mangsa Pasca Banjir
SETIU, 14 Disember - Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia kawasan Setiu hulur bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas. Pengerusinya, Mohd Nor Hamid berkata kerja-kerja gotong-royong atau pasca banjir ini adalah sebahagian tanggungjawab kami dalam menjayakan kerja kebajikan yang telah diamalkan sebelum ini. "Hari ini kita turun ke pusat tahfiz menjalankan kerja-kerja seperti mesin rumput, membersih longkang dan sebahagian kawasan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)baru-baru ini. Pusat Tahfiz Al-Quran Baitulrahmat baru-baru ini turut ditenggelami banjir lebih dua meter mengakibatkan tingkat bawah tenggelam 100 peratus. Bentuk geografi muka bumi di kawasan ini yang mengakibatkan saban tahun terlibat banjir menjadikan penduduk di sini lebih bersedia apabila tiba musim  tengkujuh.
14 Dec 20
309
Kesabaran Membuah Kejayaan
Kesabaran Membuah Kejayaan
DUNGUN, 15 Disember - Walaupun bengkel motosikalnya tidak mendapat sambutan semasa mula dibuka enam tahun lepas, berkat kesabaran akhirnya membuahkan kejayaan.  Tengku Mohamad Basiron Tengku Jalil, 32 sekarang boleh bernafas lega kerana pemilik Bengkel Apis Kudin yang terletak di  Taman Rakyat Jaya itu, bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk di taman perumahan berkenaan malah juga mereka yang tinggal di sekitarnya.  "Masa mula-mula buka dulu memang agak suram pelanggan, tetapi alhamdulillah sehingga kini tidak putus-putus motor keluar masuk yang dibaiki," ceritanya yang kini mampu menggaji tiga orang pekerja. Pemuda bersemangat kental itu ditemui pemberita ketika lawatan Ketua Pemuda PAS DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin ke bengkel - bengkel motosikal untuk mendekati anak muda usahawan permotoran  di DUN tersebut. Mohd Fakrul Syafiq Ramli, 27, yang membuka bengkel sendiri di kediamannya di Kampung Che Lijah pula mengakui sangat  terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan untuk mengelakkan penularan pandemik COVID-19 tetapi ianya tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan perniagaan. " Alhamdulillah, semua rezeki dariNya walaupun COVID-19  ada jugaklah motor pelanggan hantar walaupun sebuah sehari sekalipun," ujarnya. Sementara itu, Abdullah Fahim memuji semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda tersebut dan sewajarnya menjadi contoh kepada mereka yang ingin berjaya di dalam setiap bidang yang ingin diceburi.  " Kejayaan tidak datang bergolek, ianya perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan kerajaan negeri sentiasa memberi galakkan dengan pelbagai insentif untuk melihat golongan belia berjaya," katanya.
14 Dec 20
302
Konvoi Mahabbah Perluaskan Aktiviti Dakwah Bermotosikal
Konvoi Mahabbah Perluaskan Aktiviti Dakwah Bermotosikal
MARANG, 14 Disember - Konvoi Mahabbah Bersama Daie menjadi salah satu aktiviti dakwah bermotosikal yang semakin meluas dan mendapat sambutan di semua peringkat lapisan masyarakat peminat motosikal. Baru-baru ini satu konvoi ke sebuah pondok telah diadakan melibatkan 30 buah motosikal dari kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang. Pegawai Akademik Didik Ulama Amilin Terengganu Dun Rhu Rendang, Mohd Fakhruddin Zakaria berkata, konvoi itu adalah bertujuan melawat sebuah pondok yang terletak di Dungun. "Tujuan utama program ini diadakan bukan hannya sekadar bersuka ria tetapi adalah bagi mendapat manfaat sebaiknya dengan ilmu agama secara santai dan bersahaja. “Peserta konvoi yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia ini bukan sekadar melawat pondok Manazil Siddiqin, tetapi juga turut mendengar taujihad ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Suhaimi Daud Al-Khalidi. Menurutnya tokoh itu adalah mudir pondok tersebut dan juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Ahli Pengajian Kitab Turath Terengganu. “Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada peserta yang terdiri daripada belia, kelab motor, badan bukan kerajaan, dan sebagainya. “ Usaha ini juga dapat menarik minat ramai golongan terutamanya anak muda yang minat berkonvoi dalam aktiviti dakwah dan ilmiah supaya lebih dekat dengan ajaran islam," ucapnya lagi. Program anjuran DUAT ini, bermula seawal jam 8.00 pagi disertai oleh Kelab Kijing Bikers, Ahli Jawatankuasa beberapa buah masjid, sukarelawan masyarakan serta beberapa kumpulan daripada penduduk setempat.
14 Dec 20
652
Tunggu 20 Tahun Untuk Guna Jalan Bertar
Tunggu 20 Tahun Untuk Guna Jalan Bertar
MARANG, 14 Disember - Kesulitan penduduk Kampung Tertak Batu yang terpaksa menggunakan jalan berbatu hampir 20 tahun di kawasan berbukit dan cerung akhirnya berakhir apabila jalan tersebut diturap tar sepenuhnya untuk kegunaan penduduk sekitar. Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Tertak Batu, Zulkifli Taha, penduduk sekitar menunggu sejak sekian lama untuk menggunakan jalan yang selesa dan tidak berdebu. "Walaupun jalan yang diturap ini hanya sepanjang 200 meter, tetapi dengan keadaan jalan yang berbukit dan berbatu sebelum ini menyebabkan banyak terjadinya risiko keselamatan kepada penduduk. Keadaan jalan sebelum yang digunakan oleh penduduk "Lebih kurang lima hingga enam buah rumah, adalah pengguna tetap jalan ini dimana mereka akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada kemudahan jalan tersebut "Sebelum ini jalan yang dipohon hanya dibina menggunakan batu kisaran dan sering kali rosak menyebabkan kesukaran penduduk untuk keluar masuk menggunakan jalan tersebut,"katanya. Beliau berkata ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam Jalan itu dibina dibawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) berjumlah RM37, 000 melalui Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.  
14 Dec 20
2215
Rakyat Bukit Tunggal Dijamu Gulai Daging
Rakyat Bukit Tunggal Dijamu Gulai Daging
KUALA NERUS, 14 Disember - Sebanyak 5,700 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal di sini dijamu gulai daging melalui program dapur rakyat yang berlangsung dalam bulan ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, sumbangan itu diagih ke setiap rumah penduduk tanpa mengira status pendapatan mereka melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing. "Kita melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terjejas pendapatan mereka ekoran penularan wabak COVID-19 dan musim tengkujuh ini yang sedang melanda negeri kita. "Biasanya kita buat jamuan rakyat dalam satu majlis, namun kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kita akan hantar kepada rakyat dari rumah ke rumah lauk gulai yang siap dimasak oleh MPKK," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai program Dapur Rakyat DUN Bukit Tunggal di Kampung Gong Kijang baru-baru ini. Katanya lagi, selain agihan lauk yang sudah masak, pihaknya juga menyampaikan barangan keperluan dapur kepada keluarga B40 seperti beras, minyak dan gula. "Walaupun sumbangan ini hanya kecil bagi kita, namun sekurang-kurangnya dapat menceriakan keluarga  mereka yang kurang bernasib baik dengan menikmati bantuan ini," jelasnya.
14 Dec 20
665
720 Penduduk Terima Bantuan Musim Tengkujuh
720 Penduduk Terima Bantuan Musim Tengkujuh
MARANG, 14 Disember - Bantuan musim tengkujuh pada tahun ini diteruskan lagi dengan 720 penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang bakal menerima manfaatnya. Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hasan Awang berkata, sumbangan berbentuk keperluan asas itu bertujuan membantu penerima yang kurang berkemampuan di kampung masing-masing  "Kita harap dengan sumbangan ini, semua yang layak lebih-lebih lagi masyarakat yang terjejas aktiviti perkerjaannya dapat merasa dan mendapat manfaat daripadanya. "Selain itu, terdapat juga sumbangan yang diberikan kepada penerima daripada Pejabat Ahli Parlimen Marang, masjid, surau serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan NGO yang berkaitan," katanya. Beliau berkata ketika merasmikan majlis serahan sumbangan musim tengkujuh di dewan pejabat DUN Rhu Rendang semalam. Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pengerusi Penyelaras MPKK, Safie Adam dan wakil MPKK masing-masing. Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap MPKK akan mengambil tanggungjawab untuk mengagihkan 20 keperluan kepada mereka yang memerlukan di kampung masing-masing. "Ekoran daripada pandemik COVID-19, dan Prosedur Operasi Standard (SOP), majlis serahan seperti tahun sebelumnya tidak dapat diadakan secara besar-besaran. "Kita harap MPKK dapat mengenal pasti penerima dan menyerahkan kepada kebijaksanaan mereka untuk mengagihkan sumbangan kepada penerima yang selayaknya," tambahnya lagi.
13 Dec 20
262
Program Komuniti Satukan Masyarakat Pelbagai Kaum
Program Komuniti Satukan Masyarakat Pelbagai Kaum
KEMAMAN, 13 Disember - Program komuniti yang dianjurkan di kawasan masyarakat majmuk mampu menjadi medan terbaik dalam menyatukan kepelbagaian agama, kaum dan budaya.  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha ke arah itu melalui kerjasama dengan badan-bdan berautoriti.   "Kerajaan negeri bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu sentiasa meraikan kepelbagaian dalam masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan seumpanya. "Hari ini kita bersama-sama menjayakan program Gotong-Royong Perdana Muafakat Perpaduan Daerah Kemaman di mana kita membersihkan persekitaran Taman Bersekutu, Taman Muhibah dan juga kawasan-kawasan sekitarnya. "Saya melihat program yang diadakan hari ini sangat meriah," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Cukai) kepada pemberita ketika dihubungi, kelmarin. Dalam program berkenaan, pelbagai aktiviti diadakan seperti senaman Tai Chi, pameran dan taklimat COVID-19, cabutan bertuah, jamuan dan lain-lain acara yang berlangsung di Dewan Komuniti Cina Kemaman. Dianggarkan lebih 200 peserta terdiri daripada pelbagai lapisam u,ur dan agama hadir memeriahkan program. Hanafiah turut menyampaikan sumbangan  berbentuk wang tunai, beras dan barangan dapur kepada 50 orang warga Tionghua dan 40 orang pekerja pembersih kontrak . Program tersebut merupakan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Chukai Care dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
13 Dec 20
1523
Operasi Buang 300 Iklan 'Ah Long'
Operasi Buang 300 Iklan 'Ah Long'
MARANG, 13 Disember - Lebih 300 iklan tanpa lesen yang ditampal di serata tempat di sekitar Marang ditanggalkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam Operasi Menurunkan Iklan, malam semalam. Jumlah itu sekali gus membuktikan kegiatan berkenaan semakin menjadi-jadi walaupun menyedari tidakan itu menyalahi undang-undang. Operasi sama turut membuang sepanduk, 'bunting', poster pinjaman wang tidak berlesen di berkenaan. Inisiatif itu diketuai oleh Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar) bersama-sama Penguatkuasa Majlis Daerah Marang, Keselamatan Negeri, Ameerah dan Pemuda. Pengarah Skuad Amar Negeri, Yusuf Abdul Hadi berkata, operasi itu telah diadakan di kesemua empat buah DUN iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Alur Limbat dan Bukit Payong dengan dibantu oleh Pemuda dan Ameerah. "Usaha ini adalah ekoran daripada aduan yang diterima daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dun di beberapa kawasan di sekitar Marang sehingga menimbulkan pelbagai masalah.   "Ini juga adalah salah satu usaha bagi mengelakkan keterlanjuran masyarakat daripada berterusan menjadi mangsa kepada ceti haram sehingga membahayakan keselamatan diri dan keluarga,"katanya. Katanya, pesanan kami kepada masyarakat, adalah elakkan daripada pinjama Ah Long bukan sahaja daripada poster dan sepanduk tetapi juga dengan teknik online seperti 'scammer'. "Di peringkat permulaan kebiasaanya mereka menawarkan dengan taburan janji-janji manis. Semua pihak perlu ambil berat tentang pinjaman ah long kerana boleh menjejaskan masyarakat terutamanya orang susah,"katanya. Menurutnya lagi terdapat pelbagai agensi dan jabatan yang boleh membantu mereka yang memerlukan seperti tabung usahawan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan, Bantuan Bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan sebagainya. Seramai 30 orang sukarelawan skuad Amar telah terlibat dalam operasi yang bermula seawal jam 8.00 malam.    
13 Dec 20
162
Pok Wel Teruja Terima Geran Tanah
Pok Wel Teruja Terima Geran Tanah
KEMAMAN, 11 Disember - Pok Wel atau nama sebenarnya Mohd Azir Jusoh, 62, gembira kerana menerima geran Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan Fasa Satu Bujal semalam. Katanya, berkat kesabaran setelah 15 tahun dinafikan hak memiliki tanah akhirnya menemui noktah. "Alhamdulillah, Pok Wel amat gembira dan berterima kasih kepada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh dan juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat yang mewakili kerajaan negeri. "15 tahun Pok Wel tunggu saat ini dan akhirnya boleh juga geran tanah Bujal ni. "Kita kena istiqamah dan paling penting adalah sabar dalam setiap apa yang menimpa kita," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Geran RTB Terkilan Fasa Satu Bujal. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kemaman, Haji Mohd Sophian Abu Bakar beserta pegawainya, Pegawai Penyelaras DUN Kijal Ustaz Hazri Jusoh bersama kakitangannya dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Air Putih, Yang Berhormat Cikgu Ab. Razak Ibrahim. Majlis Perasmian oleh YB Hj. Hanafiah Mat. Majlis tersebut diadakan di Kampung Desa Makmur Bujal dengan dihadiri 72 orang peserta.. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasan Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang mewakili Menteri Besar Terengganu. Tetamu dan para peserta RTB Terkilan Bujal  
11 Dec 20
2037