lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Nasi Lemak Warna Warni RM1 Buat Arwah Ayah
Nasi Lemak Warna Warni RM1 Buat Arwah Ayah
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Bungkusan Nasi Lemak Warna Warni Abi berharga RM1 sebungkus menjadi pilihan beberapa individu untuk disumbangkan serta diniatkan kepada arwah ayah masing-masing. Peniaga Nasi Lemak itu, Mohd Norhisyam Maat (Abi), 35, berkata beliau menerima banyak tempahan daripada pelanggan yang hanya ingin dikenali sebagai 'hamba Allah' untuk disumbangkan kepada orang ramai. "Sumbangan itu telah diagihkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh ke beberapa tempat iaitu, Madrasah Darul Muhajirin (Pondok Bukit Jong) serta Pondok Remaja Inabah Sungai Ikan. "Selain itu, PKM DUN Tepoh juga mengagihkan nasi lemak kepada pengunjung yang datang ke Pejabat PKM DUN Tepoh," katanya kepada pemberita baru-baru ini. Katanya Norhisyam, berkemungkinan besar selepas ini akan ada beberapa lagi pusingan agihan Nasi Lemak Abi disebakan permintaan ramai.  "Sekarang saya hanya menerima tempahan apabila terpaksa menutup kedai jualan (kiosk) di hadapan kedai Nasi Kerabu Pozi, Gong Badak ekoran wabak COVID-19 yang menular negara ini sejak bulan Mac yang lalu," jelasnya.  
02 Feb 21
632
Terengganu Hijab Day Pupuk Kesedaran Menutup Aurat
Terengganu Hijab Day Pupuk Kesedaran Menutup Aurat
DUNGUN, 2 Februari -Penganjuran Terengganu Hijab Day (THD) oleh kerajaan Terengganu seharusnya diteruskan tahun-tahun mendatang kerana ianya mampu menyuntik kesedaran umat Islam untuk menutup aurat sepertimana yang dituntut syariat.  Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu, Rugayah Mahmood berkata, beliau sangat menyokong penganjuran tersebut berkata ia dapat mengingatkan golongan hawa yang mudah terpengaruh dengan fesyen barat dan k-pop yang lari daripada syariat Islam.  "Islam tidak menghalang kita berfesyen tetapi pakaian yang menutup aurat dalam erti kata sebenar, kalau berhijab mestilah menutup dada dan pakaiannya hendaklah tidak ketat," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Rugayah juga turut menasihati golongan wanita agar sentiasa mengingati diri bahawa kehidupan ini ada akhirnya iaitu mati. "Jadi setiap apa yang dilakukan termasuk makan pakai kita akan diberi dosa dan pahala oleh Allah, jadi dalam ikut fesyen 'up-to-date' sesuaikan dengan patuh syariah," katanya. 
02 Feb 21
455
JPKK Alor Keladi Serah Sumbangan Kepada Penduduk Terkesan PKP 2.0
JPKK Alor Keladi Serah Sumbangan Kepada Penduduk Terkesan PKP 2.0
BESUT, 2 Februari - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Alor Keladi disini, mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan. Pengerusi JPKK Alor Keladi, Saidi Ahmad Mustafa berkata, setakat ini sebanyak 34 keluarga telah menerima bantuan berupa keperluan asas dan akan diteruskan lagi secara berperingkat. "Sumbangan ini diberikan kepada mereka yang betul- betul memerlukan kerana pendapatan yang diperolehi tidak menentu akibat terkesan PKP 2.0 yang dikuatkuasakan kerajaan untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. "Pihak JPKK juga akan terus berusaha untuk membantu penduduk kampung yang belum lagi menerima bantuan tanpa mengira latar belakang politik," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan di sekitar Kampung Alor Keladi, petang kemarin. Katanya, penduduk kampung diharap terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan banyakkan berdoa kepada Allah agar wabak ini segera berakhir.
02 Feb 21
217
PKM, Food Bank YaPEIM Bantu Golongan Terkesan PKP 2.0
PKM, Food Bank YaPEIM Bantu Golongan Terkesan PKP 2.0
KUALA NERUS, 1 Februari - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu memperuntukan  RM4200 bagi menjayakan program Food Bank di Kampung Pak Tijah, Seberang Takir. Pengurus YaPEIM Terengganu, Kartina Ahmad berkata misi itu bertujuan meringankan bebanan kepada kumpulan sasar di seluruh negara khususnya di Terengganu akibat Perintah Kawalan Pergerakan( PKP 2.0)termasuk petugas barisan hadapan menangani COVID-19. Katanya, pihak YaPEIM telah memperuntukan  bajet RM10.7 juta pada 2020 bagi merealisasikan Program Food Bank yang terdiri daripada tiga perkara iaitu 'Ready to Eat', 'Dry Food' dan Daging Segar “Seramai 42 orang penerima yang dikenalpasti terjejas untuk  program kali ini dengan nilai dianggarkan RM100 dalam bentuk barangan keperluan asas”, katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini. Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, beliau bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi dalam membantu masyarakat. Tambahnya, tindakan susulan selepas ini akan dibuat oleh PKM bagi memastikan golongan yang terkesan sentiasa mendapat perhatian di masa akan datang. Dalam masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pak Tijah, Zainal Lasim menghargai inisiatif pihak YaPEIM atas usaha yang telah dilakukan. “Pada hari ini pihak JPKK telah menerima sumbangan berupa barangan makanan yang akan diagihkan kepada golongan yang terjejas dan terkesan akibat PKP kali ini," ujarnya. Bagi salah seorang peniaga yang ditemui, Saudah Harun, berkata dia cukup teruja dan berterima kasih kepada YaPEIM dan JPKK Kg. Pak Tijah kerana menyenaraikannya sebagai salah seorang penerima memandangkan suaminya yang berniaga kecil-kecilan turut  terkesan dengan keadaan terkini.            
01 Feb 21
359
Rezeki rumah baharu yang lebih selesa.
Rezeki rumah baharu yang lebih selesa.
KEMAMAN, 3 Februari - Sebanyak empat buat rumah teres Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Baru Kerteh, telah siap dibina dan diserahkan kepada mereka yang betul-betul layak. Mereka telah menerima rumah itu, melalui sebuah majlis ringkas ‘Penyerahan Kunci Rumah’ yang berlangsung di sini. Nama-nama penerima terpa​​​par di hadapan rumah masing-masing. Pengarah Kemajuan Persekutuan Negeri Terengganu, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi turut hadir menyempurnakan majlis dan menandatangani dokumen penyerahan projek itu. Projek membina dan menyiapkan blok rumah teres PPRT tersebut melibatkan empat unit, serta kerja-kerja di sebahagian Lot 51334 Kampung Baru Kertih, Kemasik Kemaman. Ia mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk siap sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Kemasik), Ir. Saiful Azmi Suhaili menghulurkan replika kunci rumah, bersama YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi (hujung kanan) dan Pengerusi JPKK Kg. Baru Kertih Zon 1, Wan Mohd Zaki Wan Muda (hujung kiri). "Saya asal Besut Terengganu, dari kecil lagi membesar dan duduk di kampung ini. Bersyukur sangat sekarang dapat bantuan sebuah rumah, sebab saya ni orang susah. "Sebelum ni saya dan keluarga hanya menumpang tanah Rezab Kerajaan di tepi sungai dan menetap di situ," ujar Mohamad Samsuddin Mohamad Nor, 57. "Alhamdulillah syukur, saya berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat mana yang terlibat memberi rumah ini, 21 tahun sudah saya menyewa rumah dan akhirnya dapat rumah sendiri," luah Zakaria Awang, 60.
01 Feb 21
901
ADUN Kemasik Sampaikan Bantuan Secara 'Drive Thru'
ADUN Kemasik Sampaikan Bantuan Secara 'Drive Thru'
KEMAMAN, 31 Januari – Berikutan kekangan pandemik Covid-19, Pusat Khidmat Masyarakat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik melaksanakan kaedah 'drive thru' bagi menyampaikan bantuan kepada sekitar 200 golongan terjejas di DUN tersebut. Para penerima terdiri daripada pengusaha teksi, tukang gunting rambut, pemandu van dan bas sekolah serta guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Pemandu teksi melalui ruangan drive thru untuk menerima bantuan keperluan. Sumbangan dari PKM itu berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diserahkan sendiri oleh ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili.   "Bertempat di pekarangan PKM Kemasik, bantuan ini diagihkan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan untuk hadir. “Majlis seperti hari-hari biasa tidak boleh dilakukan, jadi kami mengambil inisiatif ini supaya tidak bercanggah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," katanya.  
31 Jan 21
603
PKP 2.0 : Lebih 600 Kit Makanan Telah Diagih
PKP 2.0 : Lebih 600 Kit Makanan Telah Diagih
Foto: Media HANEES KUALA TERENGGANU, 31 Januari – Sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), lebih 600 kit makanan telah diagihkan kepada rakyat Terengganu yang dikenakan arahan kuarantin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, Zuraida Md Noor berkata kit makanan tersebut diagihkan secara berperingkat meliputi pesakit yang dikuarantin di pusat kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau yang menjalani arahan kuarantin wajib di kediaman masing-masing. Zuraida mengangkut kit makanan untuk diagihkan. Menurutnya lagi, di samping kit makanan, beberapa makanan asasi seperti beras, minyak dan lain-lain keperluan asas turut diagihkan kepada keluarga yang teruk terjejas kerana arahan kuarantin. “Ada dalam kalangan rakyat kita yang bekerja dengan gaji harian, jadi bila tidak dapat keluar bekerja kerana mematuhi arahan kuarantin, mereka terputus sumber pendapatan untuk membeli makanan asas, maka kita bantu mereka dengan menghantar bantuan sebegini. “Beberapa tempat yang telah kami agihkan ialah di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 berisiko rendah di Kolej Kejururawatan, Kuala Terengganu dan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang, selain pusat kuarantin di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (IPG), Batu Rakit. “Bantuan kit makanan ini juga turut dihantar ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Kuala Terengganu dan juga ke kediaman-kediaman penduduk yang dikuarantin, " ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini. Zuraida turut melahirkan rasa simpati kepada mereka yang telah dijangkiti virus Covid-19 dan mendoakan mereka agar diberi kekuatan dan kesembuhan. “Saya berharap agar rakyat dapat menghadapi ujian wabak ni dengan positif, insya-Allah yakinlah bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu kita. “Sebenarnya apa yang saya sedang lakukan ini adalah sebahagian daripada cara untuk memberi sokongan fizikal dan mental kepada mereka agar mereka terus kuat. “Saya juga menyeru kepada masyarakat yang berkemampuan untuk sama-sama menyumbang kepada Tabung Cakna Covid-19, sebagai bukti kebersamaan kita untuk melawan virus ini,"tambahnya lagi. Beliau yang juga merupakan penaung Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) telah mengembleng usaha bersama-sama beberapa pertubuhan yang lain untuk membantu rakyat yang terjejas. Agihan kit makanan kepada guru MTT.  
31 Jan 21
257
Pasang Jeriji Demi Keselamatan Mak Ngah
Pasang Jeriji Demi Keselamatan Mak Ngah
MARANG, 31 Januari - Demi keselamatan seorang warga emas, Fatimah Puteh yang tinggal seorang diri, usaha memasang jeriji telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), di Kampung Kelulut, di sini. Sebelum ini, Fatimah atau lebih dikenali Mak Ngah, 67, pernah mengadu kepada pihak JPKK Kelulut, bahawa ada cubaan memecah masuk ke dalam rumahnya melalui tingkap dapur yang dicungkil oleh pencuri. "Alhamdulillah, dengan memasang jeriji di setiap tingkap rumah ini, saya rasa lebih selamat apabila tinggal di rumah ini lebih-lebih lagi dengan keadaan seorang diri. "Terima kasih diucapkan kepada pihak JPKK yang sudi datang membantu," katanya yang juga berstatus ibu tunggal. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya telah berbincang dengan JPKK untuk memasang jeriji bagi menjaga keselamatan Mak Ngah. "Pihak PKM juga telah bersetuju untuk menanggung segala kos pemasangan, katannya ketika hadir meninjau keadaan Mak Ngah bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. "Sebelum ini, kita jarang mendapat aduan seperti ini, tetapi kita mengambil perhatian serius atas permintaan bantuan daripada setiap golongan masyarakat mengikut keutamaan. "Dalam makluman saya, bantuan berbentuk seperti ini adalah pertama kali disalurkan, tetapi jika diteliti adalah sangat penting bagi mengelakkan cubaan pecah masuk rumah berlaku selepas ini. "Kita juga harap Mak Ngah dapat menjaga keselamatannya walaupun tinggal seorang diri, di samping boleh mendapatkan bantuan daripada JPKK sekiranya berlaku kecemasan atau perkara tidak diingini." Menurutnya lagi, selain daripada bantuan jeriji tersebut, beliau juga membawa agensi JKM untuk menyerahkan bantuan keperluan asas di samping menyalurkan bantuan seperti bantuan am warga emas.
31 Jan 21
537
Penderma Misteri Sumbang Mesin Basuh
Penderma Misteri Sumbang Mesin Basuh
SETIU, 31 Januari - Seorang penderma misteri menyumbang empat buah mesin basuh separuh automatik bagi kemudahan rakyat kurang berkemampuan. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, pihaknya sangat menghargai sifat pemurah individu terbabit. "Mesin basuh itu telah diserahkan kepada penerima di Mukim Guntong di sini awal pagi ini. "Sesungguhnya tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah, merujuk kepada sebuah hadis berkaitan sedekah atau sumbangan," katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Dalam pada itu, penerima yang ditemui mengucapkan syukur atas sumbangan itu dan tidak menyangka akan mendapat 'durian runtuh'.
31 Jan 21
226
Pekerja Penghantaran Terima Pek Makanan Percuma
Pekerja Penghantaran Terima Pek Makanan Percuma
KEMAMAN, 31 Januari - Seramai 300 pekerja penghantaran makanan dan barangan di Kemaman telah menerima pek makanan percuma daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, semalam. ADUN Chukai, Hanafiah Mat berkata, pekerjaan mereka yang berhadapan dengan pelbagai risiko itu sangat mencabar. "Mereka sentiasa mengejar masa. Berada di atas jalan raya berhadapan dengan risiko, waktu rehat yang tidak menentu dan sebagainya. Semuanya bagi memastikan segala pesanan yang dibuat oleh pelanggan sampai dengan cepat dan selamat. "Oleh yang demikian, hari ini kami meraikan mereka dengan mengadakan agihan makanan tengah hari percuma serta memberikan sedikit perbelanjaan untuk isi minyak motosikal. "Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas selesai program. Program Sebungkus Nasi Setulus Hati tersebut bermula seawal 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pengambilan makanan dan duit diadakan secara pandu lalu di pekarangan Pejabat ADUN Chukai.  
31 Jan 21
226