lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Jambatan Baru Kuala Jengai Dibina Secara Bergotong-royong
Jambatan Baru Kuala Jengai Dibina Secara Bergotong-royong
DUNGUN, 16 Februari - Jambatan baru di Kuala Jengai bakal dibina semula secara bergotong- royong bagi menggantikan jambatan lama yang telah runtuh disebabkan banjir baru-baru ini. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bagi peringkat awal pembinaan jambatan orang ramai itu, kayu seberat tiga tan telah diterima dari PESAKA Terengganu Berhad (PTB), hari ini. "Alhamdulillah, melalui Pejabat Penyelaras DUN Bukit Besi kita telah memohon bantuan kayu tersebut selepas melihat akan kepentingan jambatan yang menjadi laluan untuk beberapa buah keluarga di kampung itu keluar mencari rezeki," ujarnya ketika ditemui pemberita, hari ini. Ghazali berharap, agar sumbangan yang dihulurkan bagi membantu masyarakat akan menjadi faktor kelangsungan anak syarikat Golden Pharos itu meraih keuntungan. "Insya-Allah kerja gotong-royong ini akan dilakukan secepat mungkin. "Kita memilih untuk bergotong-royong supaya semua penduduk dan juga mana-mana pihak berpeluang menyumbangkan manfaat dalam bentuk tenaga, disamping merasa wujudnya kebersamaan. "Dengan konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Juga Insya Allah menjadi faktor kepada kehamornian hubungan diantara sesama anggota masyarakat," ujarnya.
16 Feb 21
690
Penyelaras DUN Seberang Takir Sumbang Vitamin C Kepada 300 Pelajar
Penyelaras DUN Seberang Takir Sumbang Vitamin C Kepada 300 Pelajar
KUALA NERUS, 16 Februari - Seramai 300 pelajar dari kalangan keluarga asnaf dan B40 mendapat manfaat Vitamin C yang disumbangkan oleh Penyelaras  Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir. Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Md Azmi Mohd berkata, dengan bantuan tersebut, ia dapat membantu mereka menambah imunisasi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi  Pelajaran Malaysia (STPM). “Terima kasih kepada Penyelaras DUN, Fazil Wahab atas sumbangan tablet Vitamin C kepada 300 orang pelajar bagi persediaan menambah imunisasi pelajar menjelang peperiksaan nanti. "Ini termasuk beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mengambil inisiatif menyumbang peralatan berkaitan menghadapi covid pada hari peperiksaan antaranya “Face Shield," ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui, disini hari ini. Sementara itu, Pengetua Sekolah,  Zainun Awang turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Penyelaras DUN serta komuniti sekitar sekolah dan menzahirkan kebanggaan kerana membantu pengoperasian. “Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru bagi memghadapi peperiksaan dalam norma baharu nanti”, ujarnya. Umum mengetahui peperiksaan SPM, SVM, dan STAM akan bermula pada 22 Feb 2021, manakala peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.        
15 Feb 21
634
Sebatang Kara Hidup Dalam Kabin
Sebatang Kara Hidup Dalam Kabin
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed melahirkan perasaan terharu dengan nasib Mohd Zaliza Abd. Razak yang hidup sebatang kara dan hanya tinggal di sebuah kabin usang dalam belukar. Mohd Zaliza, 58 atau lebih mesra dipanggil Pok Mad sudah menghuni kabin tersebut sudah lebih dua tahun. Ahmad Shah berkata, beliau sangat terkejut dengan maklumat yang diperolehi daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Simpang Tok Ku dan turun untuk melihat sendiri keadaan lelaki terbabit. "Keadaan dia cukup menyedihkan. Tinggal dalam kabin usang dan hanya mendapat sumber eletrik daripada jiran terdekat, manakala air pula diambil dari perigi. Kita cuba pujuk Pok Mad untuk berpindah, tapi beliau menolak," katanya kepada pemberita. Menurut Penyelia i-MiTS DUN Bandar, Khairudin Muhamad, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bandar bersama JPKK walau bagaimanapun tetap akan berusaha membantu Mohd Zaliza melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Warga komuniti juga diharap dapat menyalurkan maklumat kepada pihak PKM atau pun JPKK jika terdapat penduduk susah yang terlepas pandang untuk dibantu.
14 Feb 21
374
Tukang Gunting Dibantu Pihak Berkemampuan
Tukang Gunting Dibantu Pihak Berkemampuan
MARANG, 12 Februari - Nasib tukang gunting di daerah ini yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibantu pihak berkemampuan. Penasihat Unit Belia Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria berkata, perkhidmatan kedai gunting rambut antara sektor yang terjejas teruk kerana dilarang beroperasi sepanjang tempoh kuatkuasa  "Oleh itu, kami sebagai belia mengambil berat kesukaran yang dialami mereka dalam mencari rezeki apatah lagi ramai daripada tukang gunting adalah golongan belia dan pemuda," katanya. Menurutnya lagi, dengan kerjasama daripada Syarikat Norlan United, usaha ini mampu meringankan sedikit beban mereka di samping menyantuni keadaan mereka. "Ada juga penerima yang terdiri tukan gunting perempuan, dan mereka juga tidak ketinggalan menerima bantuan daripada kami yang berbentuk sumbangan kewangan dan juga keperluan asas" katanya.  Salah seorang penerima daripada Tukang Gunting perempuan Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Dun Rhu Rendang berkata ketika, menyerahkan sumbangan tersebut ke kedai tukang gunting di seluruh DUN Rhu Rendang. Turut hadir adalah Pengurus Kawasan, Konsesi Selenggara Jalan Negeri Terengganu (Norlan United), Azmi Ahmad, petugas Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Rhu Rendang dan Penyelaras Pemuda Pas Dun Rhu Rendang. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang berkata, bantuan ini adalah usaha di antara belia dan syarikat Norlan United, dan PKM berfungsi sebagai pemudah cara dan orang tengah bagi membantu salah satu golongan terjejas ini. "PKM juga sangat mengalu-alukan jika agensi atau badan bukan kerajaan (NGO) untuk turut menyumbang sama ada dari segi tanggungjawab sosial korperat (CSR) atau sebagainya, "Ini juga selaras dengan usaha kerajaan negeri Terengganu yang berusaha membantu rakyat terjejas melalui bantuan BERKAT 2021," tambahnya lagi. Kepada yang belum mendapat bantuan ini atas sebab ketiadaan maklumat atau tercicir, mereka boleh merujuk kepada PKM Dun Rhu Rendang untuk sebarang urusan.
12 Feb 21
180
Walau PKP, Warga Tionghua Tetap Dirai
Walau PKP, Warga Tionghua Tetap Dirai
SETIU, 11 Februari - Seramai 67 kaum Tionghua disantuni oleh Ahli Parlimen Setiu sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada Jumaat ini. Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, program Santuni Kaum Tionghua itu diadakan setiap tahun bagi merapatkan hubungan antara pimpinan masyarakat dengan masyarakat Cina dalam Parlimen tersebut. "Memahami dan berkenal-kenalan antara satu sama lain adalah salah satu perkara yang dituntut oleh agama Islam. "Oleh itu, program sebegini bertujuan untuk merapatkan hubungan kita dengan mereka walaupun kaum Cina dalam Parlimen Setiu tidaklah begitu ramai," ujar beliau kepada pemberita hari ini. Program yang meliputi DUN Batu Rakit, Permaisuri dan Jabi ini telah disertai juga oleh Pegawai Penyelaras DUN masing-masing dan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat. Menurut Shaharizukirnain, walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan yang diamalkan masyarakat Cina sejak beratus tahun ini tetap disambut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). "Keadaan pandemik yang melanda negara menyebabkan ramai perantau yang tidak dapat pulang menyambut acara ini bersama-sama ahli keluarga mereka. "Namun, teknologi media sosial sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan sekaligus meneruskan adat tradisi seperti acara makan besar semasa malam Tahun Baharu Cina," tambahnya lagi. Selain beramah mesra, Shaharizukirnain turut memberikan angpau kepada masyarakat Tiong Hua yang menjadi salah satu budaya kaum tersebut terutama ketika perayaan itu diadakan. .  
11 Feb 21
165
JPKK Perlu Amanah
JPKK Perlu Amanah
DUNGUN, 11 Februari - Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) perlu amanah dalam menjalankan kerja demi kesejahteraan penduduk kampung. Penyelia Institusi Modal Insan Sejahtera (i-Mits) Parlimen Dungun, Jamaluddin Al-Hafiz Jusoh berkata, pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan adil akan tergolong dalam tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Arasy Allah.  "Allah menyuruh kita berkerja dan beramal, yang mana kita ini sentiasa diperhatikan oleh Allah dan hisab yang sedang menanti di alam akhirat sana." "Jika baik kerja kita, maka gembiralah dan jika gagal, maka kecewalah kita di alam sana," katanya.  Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ringkas Penyerahan Watikah Pelantikan kepada setiap pengerusi JPKK di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka. Katanya, pengerusi JPKK perlu membiasakan diri dalam menguruskan kebajikan penduduk termasuk perkara berkaitan perkhidmatan agensi kerajaan.  "Bagi pengerusi lama alhamdulillah, mungkin laju menyelesaikan urusan naik turun pejabat. "Manakala yang baru dilantik ini perlu mahir dalam menguruskan sendiri perkara ini dan jangan sampai tahap nak pergi pejabat agama pun tidak berani," ujarnya lagi.  Dalam pada itu, Jamaluddin menegaskan agar setiap JPKK perlu mengerakkan organisasi bagi melancarkan pentadbiran sesebuah kampung.  "Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu aduan kerosakan, ambil gambar, nama, data dan anggaran kos serta laporkan dalam 'group WhatsApp bagi pihak atasan mengambil tindakan selanjutnya," jelasnya.  
11 Feb 21
351
Masyarakat Tionghua Diraikan Mengikut SOP
Masyarakat Tionghua Diraikan Mengikut SOP
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed memaklumkan, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini akan tetap berlangsung, namun dalam suasana sederhana berpandukan prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM).  "Oleh kerana kawasan Kuala Terengganu menjadi lokasi tumpuan masyarakat Tionghua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dipilih sebagai tuan rumah kepada sambutan ini bagi peringkat Parlimen Kuala Terengganu. "Kita bertuah, dengan kepelbagaian bangsa yang wujud menjadikan negara ini sebuah negara yang unik," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina 2021, Isnin lalu. Ahmad Shah yang juga Timbalan Pengerusi Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar berharap agar suasana harmoni saling bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain dapat dikekalkan agar keamanan terus terjaga. Turut hadir dalam program sambutan di Kampung Tiong tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah, dan ADUN Ladang, Tengku Hasan Tengku Omar. 
10 Feb 21
271
Wanita Terengganu Tidak Ketinggalan Bantu Pesakit COVID-19
Wanita Terengganu Tidak Ketinggalan Bantu Pesakit COVID-19
KUALA TERENGGANU, 10 Februari – Kaum wanita di negeri ini tidak ketinggalan untuk turut serta membantu meringankan beban dan memberi semangat kepada pesakit COVID-19 yang masih dirawat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, menerusi program terbaru pihaknya telah memberi sumbangan wang tunai dan set makanan petang buat 160 pesakit di  Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) UiTM Chendering. “Difahamkan bahawa ramai lagi mereka yang positif ditempatkan di sini dengan kadar kemasukan pesakit baru pada setiap hari. “Oleh itu, saya bersama Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Insani (Nisa’) Negeri Terengganu, Wan Nur Sakinah Din dan Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) bekerjasama dalam meringankan beban sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat mereka yang terkesan. “Terima kasih diucapkan kepada semua agensi penguatkuasa yang terlibat dalam pengoperasian PKRC ini,” katanya kepada pemberita selepas kerja pengagihan bantuan di pusat itu kelmarin. Terdahulu Zuraida memaklumkan program tersebut turut memberi tumpuan kepada petugas barisan hadapan. "Mereka ini juga kita tidak lupakan, sudah pasti pengorbanan 'frontliner' merawat dan menjaga pesakit sangat kita hargai," katanya. Sementara itu, penyelaras PKRC tersebut, Dr Wan Norizan Wan Abdullah memaklumkan, PKRC yang mula beroperasi pada 21 Januari itu telah menempatkan kira-kira 600 pesakit. “Jumlah sembuh juga ramai dan pusat ini kini menempatkan sekitar 160 orang pesakit lagi dengan 13 petugas kesihatan satu shif. "PKRC ini digunakan untuk pesakit COVID-19 tahap satu dan dua yang tidak sesuai menjalani pengasingan di rumah setelah disaring oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
10 Feb 21
509
Peniaga Pasar Tani Gembira Dibenarkan Berniaga
Peniaga Pasar Tani Gembira Dibenarkan Berniaga
DUNGUN, 9 Februari - Para peniaga Pasar Tani di Kampung Jerangau gembira apabila pasar malam dan pasar tani dibenarkan untuk kembali beroperasi. Salah seorang peniaga, Wan Siti Khatijah Wan Ahmad berkata walaupun sambutan tidak sebagaimana biasa tetapi dia tetap bersyukur kerana tapak perniagaannya itu tetap ada pengunjung. "Mungkin masih ramai yang tidak tahu yang kita telah mula berniaga, mungkin juga masih takut-takut dan merasa bimbang dengan keadaan semasa disebabkan pandemik COVID-19 maka dapat dilihat hari ini tidak ramai yang keluar. "Bagi saya ia memberi kelegaan, setelah lama tidak dibenarkan berniaga, sudah tentu menjejaskan rezeki mingguan saya yang selama ini berniaga di pasar tani yang beroperasi pada Selasa setiap minggu," ujarnya kepada pemberita ketika disantuni Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, hari ini. Sementara itu seorang peniaga ayam goreng, Tengku Abdul Hadi Tengku Omar turut menyatakan perasaan gembira walaupun sedikit terjejas. "Saya berniaga di setiap pasar malam dan pasar tani didalam DUN Bukit Besi ini merasa sangat lega apabila dibenarkan kembali untuk berniaga, Alhamdulillah ada rezeki walaupun tidak sebagaimana biasa," ujarnya. Dalam pada itu, Ghazali berkata pihaknya sentiasa peka dan prihatin dengn nasib para peniaga di sepanjang tempoh mereka tidak dibenarkan berniaga. "Oleh kerana itu melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kita telah menyenarikan kesemua mereka sebagai golongan yang terkesan bagi dihulurkan sumbangan dengan harapan dapat meringankan beban yang mereka alami. "Pada hari ini saya telah turun menyantuni kesemua mereka, walau masih ramai lagi yang tidak berniaga mungkin diatas faktor masih ada tercetus perasaan risau dan bimbang, mungkin juga sebab ada peniaga dari daerah lain maka suasana yang dilihat pada hari ini tidak sebagaimana sebelum ini," katanya. Justeru, Ghazali mengharapkan agar kebenaran untuk kembali berniaga itu akan digunakan sebaik-baiknya oleh para peniaga dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
09 Feb 21
1069
Pembangunan Untuk Kepentingan Rohani Dan Fizikal Rakyat
Pembangunan Untuk Kepentingan Rohani Dan Fizikal Rakyat
KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan pembangunan untuk kepentingan fizikal dan rohani rakyat.  Pegawai Penyelidik di pejabat Menteri Besar, Kamal Ali berkata, peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat dibelanjakan dengan sangat berhemah.  "Peruntukan yang kita dapat untuk membangunkan DUN Ladang ini dari sudut fizikal antaranya ialah membaiki jalan-jalan yang rosak, membuat jalan-jalan yang baharu, kemudahan-kemudahan longkang dan juga di antaranya ialah membaiki rumah-rumah rakyat yang uzur, " katanya. Beliau berkata demikian ketika yang ditemui di  Pejabat MTD DUN, Jalan Panji Alam, dekat sini.  Menurutnya, pihaknya juga membelanjakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pusat sebaiknya serta untuk berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 serta 2.0.  " Disamping itu, kita juga membantu rakyat-rakyat yang miskin, walaupun kita tidak boleh membantu semuanya, tapi alhamdulillah kita membantu sekadar mana kemampuan tanpa mengira latar belakang politik dan juga agama," ujarnya.  Katanya, disamping itu tidak ketinggalan memberi tumpuan dari sudut pembangunan insan yang menjadi satu modal yang sangat penting dalam membina insan, rakyat Negeri Terengganu.  " Masjid dan surau adalah sangat penting  maka semenjak PAS memerintah Terengganu ini, masjid-masjid dan surau ada kuliah- kuliah yang ditetapkan, ada kuliah-kuliah  mingguan, harian dan kerajaan negeri telah membuat satu perjawatan yang dinamakan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu(DUAT).  "Disamping itu, tambahnya lagi,  usaha untuk mengembangkan ajaran Islam turut dilakukan dan juga mengajak rakyat supaya mengamalkan agama Islam sesuai dengan negeri yang Maju, Berkat, Sejahtera," katanya.
08 Feb 21
170