lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Mangsa Banjir Di Dungun Terima Bantuan RM1,000
Mangsa Banjir Di Dungun Terima Bantuan RM1,000
DUNGUN, 6 Mac - Lebih 1,000 mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Rantau Abang, Paka dan Sura menerima bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kelmarin. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun, Kapten (PA) Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, semua DUN di Dungun terlibat dengan banjir tetapi fasanya berbeza. "Di Dungun ini ada lima fasa, banjir dalam Terengganu bencana banjir berlaku dalam fasa kedua hingga kelima," katanya. Kamal berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Wang Ehsan Kepada Mangsa Banjir Tahun 2020 /2021 DUN Bukit Besi yang diadakan di Balai Raya Kampung Jerangau di sini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan Penghulu Mukim Jerangau, Hassidy Hassan. Menurut Ahmad Kamal, APM yang merupakan anggota Sekretariat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Daerah Dungun telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500 kepada setiap penerima. "Oleh kerana, kerajaan negeri pun ada juga memperuntukkan sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga mangsa banjir, jadi kita buat majlis penyerahan bersekali, jadi setiap penerima akan menerima sebanyak RM1,000," jelasnya lagi. Sementara itu, Alias di dalam ucapan berkata, sumbangan tersebut walaupun dikatakan agak lambat tetapi sebenarnya tepat pada masanya. "Memandangkan kita akan berpuasa tidak lama lagi dan setelah itu akan berhari raya dengan suasana norma baharu susulan pandemik Covid-19, wang yang diterima perlu dibelanjakan sebaiknya, jangan membeli barang-barang yang tidak penting," ujarnya. 
06 Apr 21
403
PSMZA Sasar Kumpul 300 Beg Darah
PSMZA Sasar Kumpul 300 Beg Darah
DUNGUN, 6 April - Sebanyak 300 beg darah disasar untuk dikumpulkan dalam Program Derma Darah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang merupakan acara rutin  pusat pengajian tersebut. Pengarahnya, Ahmad Fikri Ismail berkata, kebiasaannya berdasarkan program yang diadakan sebelum ini ia melepasi sasaran yang dibuat oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).  "PSMZA adalah diiktiraf sebagai penderma aktif dalam kalangan IPTA di Terengganu," katanya. Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail  Fikri berkata demikian ketika meninjau program anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSMZA dan HSNZ yang diadakan di Dewan Dagang di sini.  Program dwi tahunan itu adalah program wajib setiap semester dan berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 April. Beliau cukup teruja kerana program tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan pelajar dan kakitangan serta komuniti sekitar PSMZA. "PSMZA akan sentiasa memberi kerjasama kepada HSNZ dalam kolaborasi yang sedia terjalin sejak sekian lama," katanya lagi.
05 Apr 21
159
‘Road Tour Al-Quran’ Selesai Jelajah Lapan Daerah
‘Road Tour Al-Quran’ Selesai Jelajah Lapan Daerah
KUALA TERENGGANU, 5 April - Program Road Tour Al-Quran bersama Daie peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung mulai 19 Mac hingga 1 April 2021 berlangsung dengan jayanya melibatkan lapan buah daerah di negeri ini sekaligus menutup tirai kempen Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS). Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood berkata, meskipun BPIS telah melabuhkan tirainya, namun kempen dan kehangatan penghayatan ibadah solat tidak terhenti setakat itu. “Saya yakin dan percaya segala program yang telah kita susun bersempena BPIS sepanjang bulan Mac yang lalu telah memberi impak yang cukup besar kepada golongan sasar kita termasuklah program Road Tour Al-Quran ini. “Saya difahamkan Road Tour Al-Quran ini melibatkan semua daerah di negeri ini yang mengupas topik ilmu al-Quran yang mana dipecahkan kepada beberapa segmen utama. “Selain ulum Quran, ijazah ayat al-Quran terpilih turut diperturunkan oleh penceramah-penceramah jemputan yang faqih dalam cabang ilmu yang berbeza-beza," kata ketika dihubungi pemberita, dekat sini baru-baru ini. Jelas Ramlan, slot Road Tour Al-Quran bersama penceramah yang kian dikenali ramai atas keilmuannya dalam perubatan Islam, Ustaz Solihin Zamri telah mengijazahkan kepada orang ramai ayat sakinah iaitu ayat ketenangan ketika kesedihan menimpa. "Ayat sakinah yang dimaksudkan ialah Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah ayat 248, Surah At-Taubah ayat 26, Surah At-Taubah ayat 40, Surah Al-Fath ayat 4, 18, 26 dan Surah 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas)," katanya.
05 Apr 21
213
30 Pelajar Di Seberang Takir Terima Bantuan Persekolahan
30 Pelajar Di Seberang Takir Terima Bantuan Persekolahan
KUALA NERUS, 4 April - Kegembiraan jelas terpancar di wajah 30 orang pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir apabila menerima sumbangan berupa wang ringgit daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) hasil kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan dan Kuala Nerus. Pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100 Mereka diraikan dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan di Dewan Serbaguna Bukit Tok Beng yang dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab. Wakil penerima, Najmi Muda berkata, dia yang mewakili anak saudaranya menzahirkan ucapan terima kasih kepada TNB dan Mohd Fazil serta Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali atas sumbangan tersebut. "Semoga sumbangan ini memberi kesenangan dan kebaikan pada sesi persekolahan akan datang," katanya ketika ditemubual.   Dalam pada itu, Mohd Fazil berharap bantuan itu dapat mengurangkan bebanan di kala pandemikCovid-19 yang masih belum reda.  "Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu atas kerjasama yang diberikan oleh TNB dalam menyalurkan sumbangan kepada sebahagian pelajar di Seberang Takir yang dikategorikan sebagai kurang kemampuan. "Walaupun sekolah masih bercuti tapi kecaknaan kita akan berterusan," katanya dalam majlis tersebut.  Terdahulu seramai 10 pelajar sudah menerima sumbangan ini di Marina Duyung Resort (DMR).
04 Apr 21
346
89 Bot 'Berlayar' Bersihkan Sungai Nerus
89 Bot 'Berlayar' Bersihkan Sungai Nerus
KUALA NERUS, 4 April – Sebanyak 89 bot nelayan bergotong-royong menyelusuri lembangan Sungai Nerus semalam bagi memelihara sumber alam tersebut. Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ekspedisi meliputi tiga daerah itu disertai 224 peserta dan dicetuskan oleh para nelayan darat setempat. “Ini bertujuan sebagai usaha dalam pembersihan sungai daripada sisa sampah, jala-jala dan sebagainya. “Penglibatan mereka adalah besar untuk negara kerana idea ini datang dari mereka (nelayan), oleh itu ia wajar dijadikan inspirasi kepada kita semua,” katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas upacara pelepasan Ekspedisi Sungai Nerus 2021 Negeri Terengganu Darul Iman di Jeti Kampung Tanjung Sabtu, pagi tadi. Turut hadir, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Mohd Sor Othman. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim memaklumkan sungai sepanjang 76 kilometer meliputi Daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu adalah nadi sumber hidupan yang wajib dipelihara. “Sebanyak 20 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) termasuk JPKK Tanjung Sabtu mengambil bahagian dalam kecaknaan ini melibatkan empat kawasan DUN demi mengembalikan kegemilangan Sungai Nerus. “Usaha usaha yang sewajarnya digembleng terutamanya melibatkan masyarakat di sepanjang sungai ini bersama-sama memelihara khazanah alam yang tidak ternilai. “Masyarakat sekitar tebing sungai juga seharusnya memupuk kesedaran menjaga,” jelasnya.
04 Apr 21
469
PKM, JPKK Jalin Kerjasama Tingkat Kesedaran Daftar Vaksin
PKM, JPKK Jalin Kerjasama Tingkat Kesedaran Daftar Vaksin
SETIU, 5 April - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) giat mengadakan kempen pendaftaran vaksin COVID-19 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan segala berita yang disebarkan pihak tertentu tentang vaksin kerana pakar dalam bidang terbabit sudah memberi penjelasan. "Alhamdulillah, pagi ini saya telah melengkapi jadual suntikan vaksin untuk kali ke dua dan setakat ini tiada apa-apa gejala atau kesan yang teruk termasuk tiada sebarang alahan.. "Vaksin ini adalah sebahagian usaha untuk kita melindungi diri dan masyarakat daripada pandemik COVID-19 di samping pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima suntikan di  Klinik Kesihatan Rahmat,l semalam. Sijil digital melengkapi dua dos suntikan vaksin Covid-19. Dalam pada itu, rekod pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera bagi daerah Setiu setakat 2 April mencatatkan bilangan seramai 7959 orang dengan kadar 18.5 peratus. Orang ramai terus disaran untuk mendaftarkan diri dan tanggungan melalui aplikasi MySejahtera atau melalui laman www.vaksincovid.gov.my/daftar.  
04 Apr 21
760
Tubuh Kelab, Bantu Ibu Tunggal
Tubuh Kelab, Bantu Ibu Tunggal
MARANG, 4 April - Penubuhan Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN)  Rhu Rendang nyata mampu menjadi medan perkongsian terbaik  dan  memperkasakan golongan itu ke arah penambahbaikan lebih positif, selain bertujuan menjaga kebajikan. Isteri Menteri Besar Terengganu, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk duduk bersama ibu-ibu yang kuat serta cekal dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik kepada diri sendiri lebih-lebih lagi kepada anak-anak. "Tujuan ini diadakan juga untuk mengumpulkan ibu tunggal di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, katanya ketika merasmikan program Bual Bicara Bersama Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Rhu Rendang di Rusila,"katanya. Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Mohd Embong dan petugas Insititut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang. Menurutnya lagi yang merupakan Pengerusi Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa'), platform itu juga boleh dijadikan sebagai satu tempat untuk menambah ilmu pengetahuan terutamanya kefahaman agama dalam kalangan ibu tunggal. "Dalam masa yang sama, kita dapat sampaikan ilmu yang ada kepada anak-anak, jiran-jiran, masyarakat dan sebagainya. "Kita juga sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan idea penambahbaikan dalam soal pembangunan wanita sama ada melibatkan hal pekerjaan, ekonomi dan menjana pendapatan sampingan" tambahnya. Beliau juga sempat memberikan sedikit sumbangan daripada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada 50 orang ibu tunggal yang hadir dalam majlis bual bicara santai tersebut.  
04 Apr 21
390
'Tak Sangka, Ini Sikap Kerajaan Terengganu'
'Tak Sangka, Ini Sikap Kerajaan Terengganu'
DUNGUN, 2 April - "Tak sangka, rupanya ini sikap (pemurah) kerajaan Terengganu," luah penghuni Taman Rimbunan Kaseh, Zarinah Mohamad, yang selama ini memikirkan dia perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapatkan hak milik rumah yang didiaminya sejak 2015. Katanya, dia sangat bersyukur kerana hasratnya yang tertangguh sejak 2017 dilunaskan tahun ini. Katanya lagi, dia juga berasa lega kerana tidak perlu membayar deposit rumah terbabit. "Bayaran sewa beli pun RM200 sahaja, memang kerajaan bersungguh nak beri kemudahan kepada kami penghuni rumah Taman Rimbunan Kaseh. "Latar belakang ekonomi kita yang bukan orang berada, terima kasih ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang memang bersungguh-sungguh nak tolong kami," katanya yang masih teruja. Zarinah yang pernah bekerja di ladang tersebut ditemui  media selepas Sesi Taklimat dan Libat Urus Skim Rumah Rimbunan Kaseh, Kampung Rantau Abang di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini. Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh wakil Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Perumahan). Azlina (tengah) bersama rakan - rakan-rakan yang juga penghuni Taman Rimbunan Kaseh.  Dalam pertemuan itu, sesi dialog yang melibatkan 85 orang penghuni perumahan dan peserta-peserta projek pertanian yang menjalankan aktiviti  penanaman melon emas, limau kasturi serta penternakan ikan dalam tangki yang terhenti operasinya pada 2018 turut dijalankan. Sementara itu, bagi Mohamad Zulkifli Razali, 30, dia berasa beruntung kerana menjadi rakyat Terengganu. "Alhamdulillah, kita mempunyai kerajaan yang sangat memahami kehidupan rakyat berpendapatan rendah seperti kami. "Dengan keadaan sekarang, payah dah hendak mencari rumah seperti ini, rumah dengan tanah di sekeliling, berharga hanya RM68,000, kadar sewa beli pun hanya RM200," ujarnya yang tidak menduga berita gembira itu selepas pelbagai tanda tanya yang bermain di fikirannya selama ini. Manakala bagi Azlina Yaakub, 40, berkata, kekusutan yang selama ini menghantuinya sudah terlerai, dia kini sudah boleh menarik nafas lega.  "Nampak sangat kerajaan sekarang ini hendak menolong kami supaya dapat memiliki rumah yang kami duduk sekarang dengan bayaran yang sangat rendah. "Memandangkan suami sayapun sakit tak dapat bekerja, jadi dengan berita yang kami terima hari ini adalah berita gembira kami sekeluarga, " ujarnya. Sehubungan dengan itu, Alias di dalam ucapan ringkasnya berharap mereka mengambil berat bayaran sewa beli jangan bertangguh membayar. "Jagalah hubungan dengan Allah dan sesama jiran tetangga, ingatlah bersyukurlah dengan rezeki yang Allah pilih tuan puan menerimanya dalam masa ramai lagi memerlukan rumah sendiri," katanya.
02 Apr 21
18130
200 Penduduk Daftar Vaksin Respon Kempen Teganu Prihatin
200 Penduduk Daftar Vaksin Respon Kempen Teganu Prihatin
BESUT, 2 April- Sekitar 200 penduduk Pulau Perhentian mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam program Teganu Prihatin, petang semalam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, hal itu merupakan perkembangan yang baik dikalangan rakyat terhadap program imunisasi ditetapkan kerajaan. "Hari ini kita berjaya mengumpulkan kira-kira 200 pendaftar vaksin di pulau ini. "Cuma mereka bertanya adakah mereka akan dibawa ke daratan atau proses vaksin akan diadakan di sini?," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program berkenaan di Dewan Utama Balai Bomba Sukarela, Pulau Perhentian malam tadi. Turut hadir, pegawai penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh serta pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Terengganu, Ahmad Ammar Othman. Jelasnya lagi, penganjuran program lanjutan daripada Malaysia Prihatin itu memperlihatkan reaksi positif daripada rakyat. Usahasama JaPen, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan sokongan padu Pejabat Daerah dan Tanah Besut serta pegawai penyelaras DUN memberikan banyak manfaat khususnya kepada penduduk pulau itu. "Kita ambil pendekatan bersama-sama agensi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang dasar negara dan negeri, disamping mempromosikan pulau ini. "Kita juga tidak melupakan usaha dakwah apabila kempen Jom Solat Berjemaah serta aktiviti keagamaan turut diselitkan di dalamnya," katanya. Mohd Nor menambah, Program Teganu Prihatin kali ini diadakan untuk mendedahkan kepada penduduk tentang pandemik Covid-19 serta kempen kesedaran vaksinasi dan pengamalan norma baharu untuk penduduk di situ. "Ini usaha paling baik kerana kita turun bersama agensi dan jabatan untuk bantu komuniti lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman yang agak sukar untuk mereka keluar. "Program ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan rakyat dan agensi selain memudahkan mereka menyelesaikan urusan berkaitan jabatan," katanya.      
02 Apr 21
453
Naib Johan KRT 2021 Peringkat Kebangsaan Diraikan
Naib Johan KRT 2021 Peringkat Kebangsaan Diraikan
KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri sentiasa meraikan dan menyokong usaha Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam kejayaan dan pembangunan ekonomi setempat melalui pelbagai penghasilan produk keluaran tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kejayaan yang dicipta KRT Kampung Gong Baru dalam meraih Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021 sebagai Naib Johan peringkat kebangsaan adalah tanda tercapai matlamat penubuhannya. “Oleh itu, pada bulan lepas saya hadir di kampung ini bagi mendengar keluhan KRT di sini yang memerlukan dana pembaikan infrastruktur dan atap dewan. “Jadi kerajaan negeri telah agihkan RM10,000 bagi membantu Kampung Gong Baru dan meningkatkan lagi semangat komuniti dalam aktiviti kemasyarakatan. “Dulunya KRT ditubuhkan di bawah portfolio perpaduan dan pembangunan masyarakat, cuma pada dekad ini kita letak bawah skop perpaduan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Jalinan Mesra Bersama KRT Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, petang semalam. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Mohd Rosli Alias dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah. Sementara itu, Muhammad Khalil menyatakan sokongan penuh terhadap usaha KRT di Batu Buruk itu dalam menambahkan keunikan pelancongan serta produk hasil komuniti. “Kita telah dikenali dengan produk-produk dihasilkan masyarakat setempat seperti batik, songket, keropok lekor dan sebagainya, namun bukan sahaja boleh dibeli malah pengunjung boleh datang melihat kerja penghasilan oleh penduduk setempat,” jelasnya. Menurut Pengerusi KRT Kampung Gong Baru Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, Hanafiah Ismail, pihaknya pernah meraih Johan kategori Rukun Tetangga Terbaik pada tahun 2008 dan 2012, dan kini terkenal dengan produk seperti Songket Gong Baru.
01 Apr 21
617