lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

100 Ibu Tunggal Diraikan Di DUN Batu Buruk
100 Ibu Tunggal Diraikan Di DUN Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 Mei - 100 orang ibu tunggal dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk telah menerima pek bantuan makanan asas dalam satu program yang diadakan di Balairaya Kampung Gong Kemunting, semalam. Program tersebut merupakan anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk bagi meraikan sebahagian ibu tunggal yang kurang berkemampuan. Norzy Osman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. “Program agihan pek bantuan makanan ini diadakan bagi meringankan beban sebahagian ibu tunggal di sini yang kurang berkemampuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri nanti," kata Pengerusi Kelab Ibu Tunggal DUN Batu Buruk, Norzy Osman. Menurut beliau lagi, inisiatif itu diadakan kerana sebahagian daripada ibu tunggal tersebut mempunyai pendapatan yang tidak cukup untuk menampung keperluan harian anak-anak. "Insya-Allah, bantuan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk memastikan kebajikan ibu tunggal sentiasa terpelihara," katanya lagi.  
05 May 21
600
Satiful Rai Anak Yatim, Ibu Tunggal Beli Kelengkapan Raya
Satiful Rai Anak Yatim, Ibu Tunggal Beli Kelengkapan Raya
DUNGUN, 5 Mei - Sambutan Andilfitri tahun ini lebih bermakna bagi anak yatim 273 orang anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka apabila dibawa membeli kelengkapan pakaian raya di sebuah pasaraya di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, turut diraikan 149 ibu tunggal di seluruh Paka dengan pemberian telekung sembahyang. Katanya, keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim daripada keluarga kurang berkemampuan itu semasa memilih pakaian raya masing-masing. Satiful mengingatkan agar seluruh masyarakat mengambil cakna jiran-jiran sekeliling yang tergolong dalam katogeri anak yatim, ibu tunggal atau fakir miskin untuk dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat. "Sekiranya ada sahabat-sahabat kenalan yang dikategorikan seperti tersebut supaya dapat maklumkan kepada JPKK agar mereka tidak tercicir dari perhatian Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka," ujarnya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Darul Aitam Paka, M Fakhruddin Abdullah berkata, seramai 273 orang anak yatim dari 167 keluarga dan 149 ibu tunggal di seluruh Paka terpilih menerima sumbangan terbabit. "Ini merupakan kali ke lapan program ini dilaksanakan dan tahun lepas terpaksa ditangguhkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Penerima diberikan baucar berniali RM100 untuk membeli kelengkapan raya di pasar raya Ten Ten, wang saku RM100 bagi anak yatim dan telekung sembahyang bagi ibu tunggal," katanya. Menurutnya, setiap tahun Darul Aitam Paka akan membuat dua program besar iaitu sumbangan pakaian sekolah dan bantuan sumbangan Aidilfitri. "Selain itu, agihan bulanan yang diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan tetap berjalan seperti biasa," ujarnya. Katanya lagi, penyerahan baucer diberikan kepada seramai 57 orang anak yatim dan 45 orang ibu tunggal terlebih dahulu bagi mematuhi SOP kapasiti tempat manakala selebihnya akan diagihkan melalui JPKK setempat. "Terima kasih kepada penderma-penderma serta Darul Aitam Paka sendiri yang berkerjasama dengan pihak PKM ADUN Paka dan YB ADUN Paka bagi meringankan beban golongan ini," ujarnya.
05 May 21
445
PERTIMA Agih 250 Pek Bubur Lambuk
PERTIMA Agih 250 Pek Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - PERTIMA Trengganu Sdn. Bhd. (PERTIMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tok Adis telah mengadakan agihan 250 pek bubur lambuk kepada orang ramai. “Antara tujuan program komuniti ini diadakan adalah untuk mendekatkan PERTIMA dengan masyarakat. “Kita hendak ‘recall’ semula orang-orang lama yang telah mengenali PERTIMA dan mendekati orang yang baru mengenali kami,” kata Pengurus PERTIMA, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah ketika ditemu bual pemberita. Program ini merupakan tahun kedua PERTIMA bekerjasama dengan JPKK Kampung Tok Adis bagi menjayakan agihan bubur lambuk. PERTIMA berhasrat untuk menjadikan ia sebagai program tahunan. “Insya-Allah, kita berhasrat untuk meluaskan lagi jalinan kerjasama dengan JPKK lain dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Batu Buruk bagi program agihan bubur lambuk ini pada masa akan datang,” tambah Syed Mohd Asdi lagi. Menurut beliau, selain agihan bubur lambuk, PERTIMA telah menganjurkan beberapa program lain seperti program berbuka puasa bersama anak yatim, sumbangan untuk petugas barisan hadapan dan agihan bubur lambuk di stesen RTM. Kini, PERTIMA sedang mengadakan promosi jualan Combo Aidilfitri di pasaraya Sabasun sehingga 31 Mei 2021 bagi membantu orang ramai mendapatkan produk PERTIMA dengan harga yang berpatutan.  
04 May 21
599
Terengganu Manfaat Kejayaan Anak Negeri
Terengganu Manfaat Kejayaan Anak Negeri
KUALA LUMPUR, 3 Mei - Anak Terengganu yang mencipta kejayaan dan menempa nama dalam kerjaya, sukan dan pendidikan menjadi kebanggaan kerajaan negeri akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kecemerlangan mereka ini mampu mencetuskan inspirasi serta menjadi contoh kepada mereka yang lain. "Peranan mereka ini boleh digunakan untuk membangunkan negeri, sayang jika sekiranya mereka yang cemerlang ini tidak dioptimumkan. "Kerana itu pertemuan NGO yang diadakan pada hari ini sangat baik sebagai platform untuk disalurkan segala pandangan atau cadangan atau sebagainya untuk kebaikan kerajaan negeri serta rakyat secara khususnya,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sidang Meja Bulat Pimpinan NGO Terengganu di Perantauan Beserta Majlis Iftar Bersama pimpinan Kerajaan negeri dirasmikan Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Sunway Putra Hotel, di sini kelmarin. Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Samiun Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera, Mohd Nasir Abdul Razab dan Ketua Sekretariat Kepimpinan Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff. Mengulas lanjut Wan Sukairi berkata, bagi memastikan anak rantau aktif berperanan, persatuan Anak-anak perantau itu turut menganggotai Majlis Permuafakatan NGO-NGO Terengganu. "Dr Kamaruzaman telah kita panggil mewakili anak rantau menjadi ahli jawatankuasa NGO berkenaan. "Melaluinya kita akan meneruskan agenda-agenda bersama dengan kerajaan sebagai rakan kongsi kepada kepimpinan kerajaan untuk melakukan yang terbaik untuk negeri dan rakyat," ujarnya. Sementara itu Dr Kamaruzaman ketika ditemui media menyatakan usaha berkenaan merupakan insiatif yang sangat tepat dalam menyatukan dua pihak berkenaan. "Persatuan ini pada peringkat awalnya disertai 16 NGO yang telah digabungkan kini disusun semula oleh pihak kerajaan melalui sekretariat ini. "Kita akan sentisaa mengadakan pertemuan serta bermesyuarat dari semasa ke semasa dan akan melihat pelbagai aspek dengan mengharapkan setiap pandangan dan cadangan bagi membantu membangunkan negeri ini. "Selain itu saya juga akan turut menyeru supaya mereka melayari lawan sesawang TRDI di bawah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) untuk mendapatkan maklumat tepat serta mengetahui perkembangan semasa mengenai setiap apa dilakukan oleh kerajaan pada waktu ini untuk kebaikan bersama," ujarnya.    
04 May 21
738
80 Anak Yatim, Asnaf Dan OKU Terima Sumbangan Aidilfitri
80 Anak Yatim, Asnaf Dan OKU Terima Sumbangan Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar pada wajah seramai 80 anak yatim,asnaf dan orang kurang upaya (OKU) dari  keluarga asnaf sekitar Ajil, Hulu Terengganu apabila diberi peluang menikmati juadah berbuka puasa dan menerima sumbangan Aidilfitri semalam. Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun teruja dan gembira diberikan peluang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Ajil untuk menikmati pelbagai jenis makanan dan menerima sumbangan itu di Terengganu Equestrian Resort (TER).  ADUN  Ajil, Maliaman Kassim berkata, majlis berbuka itu adalah acara tahunan yang diadakan setiap kali Ramadan bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik walaupun pada tahun lepas ia tidak dapat diadakan ekoran daripada Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Katanya, majlis berkenaan adalah program khidmat masyarakat yang diadakan untuk mengeratkan hubungan di antara Jabatan Amal Malaysia (JAM) DUN Ajil sebuah agensi di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia dan masyarakat luar. "Saya berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak ini dan berharap majlis sebegini sedikit sebanyak dapat memberi senyuman kepada mereka di bulan mulia ini. “Anak-anak ini akan dijadikan anak angkat kepada Dun Ajil,apa apa permasalahan JPKK jangan segan atau malu untuk berhubung dengan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Ajil. “Saya amat teruja berpeluang menggembirakan mereka sambil menikmati hidangan dan menerima sumbangan Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada program itu. Hadir sama pada majlis itu, Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Ustaz Ismail Osman. Bagi Muhammad Muith Multazam Mohd, 13, dari Kampung Jak, peluang menghadiri program itu bukan setakat menggembirakannya, malah berasa dikasihi oleh insan lain yang tiada pertalian persaudaraan dengannya. “Arwah abah, meninggal dunia sejak saya berumur 4 tahun dan sejak itu, ibu,  yang membesarkan saya,” katanya. Siti Nor Amri Sabri, 9, berkata dia hanya dapat menikmati kasih sayang ayah sementara sahaja kerana arwah bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lapan tahun. “Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi membawa saya dan anak yatim lain untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan duit raya,” katanya.  
03 May 21
473
40 Keluarga Taman Indah Permai Terima Wang Saku
40 Keluarga Taman Indah Permai Terima Wang Saku
DUNGUN, 3 Mei - Seramai 40 keluarga di sekitar kawasan Bukit Merah, di sini menerima sumbangan wang saku sempena Ramadan daripada Surau Ar-Rayyan Pengerusi Surau Ar-Rayyan, Kholid Mahmud berkata, daripada 40 keluarga itu pihaknya mengambil lima keluarga daripada JPKK Bandar Paka, Kuala Paka, Limbong, Gong Gemia, Bukit Merah, Telaga Mas, Santong. Manakala katanya, pihak surau pula akan mencari lima lagi keluarga yang kurang bernasib baik. “Perkara ini kita bincangkan dengan AJK surau untuk buat pemberian sumbangan kepada 40 keluarga di sekitar Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Taman Indah Permai. “Inisiatif ini bagi mengelakkan golongan ini daripada tercicir daripada menerima bantuan Aidilfitri,” katanya ketika berucap di majlis sumbangan program tersebut. Sementara itu, Kholid berkata, bulan Ramadan kali ini terut diserikan dengan aktiviti gotong-royong untuk menyediakan bubur lambuk sehingga 25 Ramadan. “Setiap petang selepas Asar pihak surau kami ada membuat agihan bubur lambuk kepada sesiapa yang melalui jalan Santong ini dari Paka kepada 40 Keluarga Surau Ar-Rayyan," tambah beliau.    
02 May 21
332
Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU Terima Bantuan Ramadan
Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU Terima Bantuan Ramadan
DUNGUN, 3 Mei – Seramai 54 fakir miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Kampung Gong Gemia di sini menerima bantuan wang saku sempena ramadan daripada pimpinan masyarakat baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Gong Gemia, Mohd Ibrahim Md Din berkata, bubur lambuk yang dimasak bersama komuniti turut diberikan kepada 800 penduduk dalam majlis pemberian bantuan itu. Katanya, secara tidak langsung aktiviti terbabit juga dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat sempena Ramadan. "Pada sebelah pagi ahli jawatankuasa JPKK Gong Gemia bersama-sama memasak bubur lambuk dan selepas zohor dibuat pengagihan. "Seramai 54 orang fakir miskin, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut diraikan dengan pemberian wang saku selain 800 buah rumah menerima bubur lambuk kali ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media sejurus selepas Program Agihan Bubur Lambuk dan Sumbangan Fakir Miskin, Anak Yatim, OKU di Balairaya JPKK Gong Gemia. Katanya, perbelanjaan untuk mengadakan program tersebut adalah hasil kutipan derma orang ramai dan duit daripada JPKK sendiri. “Alhamdulillah, kita mendapat sambutan daripada orang ramai untuk menyumbang wang dan tenaga bagi menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan,” ujarnya.
02 May 21
173
118 Penduduk Pinang Merah Terima Sumbangan Aidilfitri
118 Penduduk Pinang Merah Terima Sumbangan Aidilfitri
DUNGUN, 1 Mei - Seramai 118 orang penduduk Kampung Pinang Merah menerima bantuan beras dan wang saku. Pengerusi JPKK Pinang Merah, Che Wan Mustaffa Wan Kaman berkata, sumbangan sempena Aidilfitri untuk sesi pertama diberikan kepada 83 orang terlebih dahulu. "Ini merupakan program saban tahun yang diadakan dan hari ini kita berikan kepada 83 orang dahulu penerima manakala 35 orang lagi akan menerimanya pada hari Selasa ini di Balairaya Pinang Merah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Kad Sejahtera Bagi Penduduk Pinang Merah. Menurutnya, hasil kutipan sumbangan ini berjaya mengumpul RM10,000 lebih. "Sumbangan ini diperolehi daripada derma orang ramai, letak tabung di masjid dan sumbangan luar. "Jutaan terima kasih kepada penginfak, semoga nilai derma itu dilipatgandakan pahala oleh Allah di bulan Ramadan ini," ujarnya. Katanya, pada majlis sumbangan terbabit, turut dibuat penyerahan kad sejahtera kepada 26 orang peserta di Pinang Merah.  
01 May 21
792
Empat Beradik Kongsi Telefon Ibu Dapat Tablet Baharu
Empat Beradik Kongsi Telefon Ibu Dapat Tablet Baharu
DUNGUN, 30 April - Simpati dengan nasib empat beradik yang terpaksa berkongsi telefon bimbit ibu untuk belajar, kerajaan Terengganu menghulurkan sumbangan tablet baharu buat keluarga mereka. Ia bertujuan mengurangkan beban keluarga terbabit yang tinggal di Rantau Abang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menghargai jasa kerajaan negeri atas inisiatif menerusi Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) itu. "Jutaan terima kasih kepada Terengganu Incorporated dan anak-anak syarikat Kumpulan yang terdiri daripada EPIC Berhad, Ladang Rakyat Terengganu (LRT) dan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang menaja tablet yang ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tablet di Dewan Al-Husna, Markaz Tarbiyah Darul Ansor Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini.  Turut hadir, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Dan Komunikasi Strategik EPIC Berhad, Abdul Azim Abdul Hamid, Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pentadbiran EPIC Berhad, Rusdi Ngah dan Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan, Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Suridah Supian Salwana bersama anaknya, Nadia Maisara, 12, bersyukur atas keprihatinan kerajaan yang memahami kesusahan keluarganya.  Sementara itu, ibu pelajar berkenaan, Salwana Abdul Halim, 40, terharu dengan kecaknaan kerajaan megeri yang menyumbangkan tablet buat keluarganya. Ibu muda anak enam itu menjelaskan, empat anaknya yang kini berada di tahun enam, empat, tiga dan dua terpaksa berkongsi telefon bimbitnya untuk mengikuti kelas pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).  "Kesian rasa kepada anak-anak, macam susahlah hendak ikuti kelas itu, sehingga sampai berlarutan ke malam hari baru boleh ikuti dengan baik apa yang cikgu ajar.  "Saya rasa syukur sangat-sangat atas keprihatinan kerajaan yang memahami masalah orang susah macam kami," ujar suri rumah yang mengusahakan makanan sejuk beku secara kecil-kecilan itu bagi membantu menambah pendapatan keluarga dan suami yang bekerja sebagai nelayan.  Dalam perkembangan sama, Siti Nurul Aini Adha Mohd Zahari, pelajar tingkatan empat yang turut menerima sumbangan tablet mengakui lega selepas tidak lagi perlu 'meminjam' telefon ibunya. "Sebelum ini saya dan dua adik berkongsi telefon ibu untuk belajar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  "Sekarang ada tablet ini, mudahlah untuk mengikuti kelas 'online', tidak perlu bergilir - gilir dengan adik," ujarnya yang baru kematian ayah. 
29 Apr 21
293
Tablet Percuma Bantu Pelajar Luar Bandar Bukit Besi
Tablet Percuma Bantu Pelajar Luar Bandar Bukit Besi
Oleh : Amiruddin Zamri DUNGUN, 29 April - Pemberian tablet percuma melalui Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 membantu 50 pelajar luar bandar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi untuk belajar dengan lebih berkesan. Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, pemberian itu memberi lebih kepuasan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) yang akan kembali dilaksanakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. "Peranti ini sudah tentu penting bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. "Saya berharap agar ibu bapa atau penjaga berperanan untuk sentiasa memantau penggunaan agar tidak disalahgunakan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Tablet berkenaan di sini semalam. Ghazali berkata, mewakili penerima, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan yang sangat bermakna dalam memastikan pelajar di sini tidak ketinggalan mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Seorang pelajar, Ainul Nadhirah Syukri, 16, ketika ditemui menyifatkan beliau sangat bersyukur di atas pemberian berkenaan. "Ia dapat memudahkan saya mengikuti sesi pembelajaran kerana selama ini terpaksa berkongsi peranti itu," ujarnya. Manakala ibu kepada seorang pelajar, Asniza Wan Ismail, 45, berkata, sumbangan itu sangat membantu. "Sudah tentu dengan kemudahan yang diberikan ini akan memberi keselesaan untuk belajar di rumah tanpa terganggu," ujarnya.
29 Apr 21
480