lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Giatkan Program Galak Masyarakat Daftar Vaksin
Giatkan Program Galak Masyarakat Daftar Vaksin
KUALA NERUS, 8 Jun – Semua pihak digesa berganding bahu mengadakan inisiatif tertentu bagi menggalakkan orang ramai mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, kerajaan telah melancarkan kempen Jom Daftar Vaksin justeru peranan pihak tertentu adalah memberi pencerahan melalui media sosial serta sesi bual bicara atas talian menampilkan pakar-pakar bagi menjawab persoalan daripada orang ramai. "Kesedaran umum di Terengganu masih lagi rendah dan masih ramai penduduk yang enggan kerana terpengaruh dengan kenyataan negatif golongan tertentu," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir, di sini baru-baru ini. Sementara itu, Kakitangan Kerajaan, Nurul Syahida Zulkifli,34, berkata orang ramai tidak perlu takut untuk mengambil vaksin kerana kerajaan melakukan pelbagai kajian. “Niat untuk berubat Insyaallah kita semua selamat sekiranya ajal kerana COVID-19 redha dgn kehendak-Nya, mati itu pasti yang penting usaha. “Saya ada penyakit asthma,virtigo dan darah rendah tetapi Alhamdulillah tidak ada komplikasi yang teruk berlaku ke atas diri saya, masih sihat,” tambahnya lagi. Bagi seoarang lagi penerima vaksin, Luqman Amran, 28, dia berkata selepas dos kedua disuntik, dia memang merasa sedikit lemah badan, namun itu hanyalah sekejap dan sudah dimaklumkan oleh doktor sebelum divaksin. “Suntikan vaksin merupakan suatu ikhtiar bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19, ia bukan untuk kebaikan diri sahaja malah untuk kebaikan bersama,” katanya.
08 Jun 21
346
Dua Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang Dibantu
Dua Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang Dibantu
DUNGUN, 8 Jun -Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin (SRABZA), Alias Harun memberi jaminan akan menghulurkan bantuan kepada dua pelajar sekolah terbabit yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Kampung Che Lijah hangus terbakar Jumaat lalu. Katanya, pihak sekolah akan membantu menyediakan pakaian dan peralatan sekolah serta mengecualikan yuran kepada Nur Alya Dalili Mohd Nizam,10, dan adiknya Muhd. Aziq Azril, 9. "Yuran bulanan persekolahan mereka dikecualikan selama tiga bulan iaitu Jun, Julai dan Ogos," katanya ketika dihubungi pemberita. Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berharap, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung setelah rumah yang  diduduki sekeluarga bersama nenek mereka musnah terbakar.  Sementara itu, Guru Besar SRABZA, Norzadiha Ibrahim bersama-sama ADUN  Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Pegawai Khas Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid dan  Zakaria Tahir yang juga Ahli Lembaga Pengurusan SRABZA  turut berkunjung bertemu keluarga Alya dan Aziq yang kini  menumpang di rumah nenek mereka serta menyampaikan sumbangan kewangan. "Pihak sekolah sangat bersimpati dengan musibah yang menimpa mereka, kami cuba membantu semampu mungkin," ujarnya.   
08 Jun 21
1143
50 Penduduk Terima Bantuan Keperluan Asas
50 Penduduk Terima Bantuan Keperluan Asas
Oleh : Bintu Lutfi  KUALA NERUS, 6 Jun- Seramai 50 penduduk Taman Perumahan Gong Badak mendapat manfaat Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) taman perumahan tersebut, Mohd Sidek Abdullah berkata, mereka terdiri daripada ibu tunggal dan golongan B40 yang terjejas pendapatan setelah perintah 'Total Lockdown' dilaksanakan di seluruh negara.  "Penerima agihan fasa pertama BERKAT 3.0 ini menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, teh dan pelbagai lagi. "InsyaAllah, pihak kami akan berusaha untuk membantu meringankan beban golongan terjejas dalam masyarakat terutamanya penduduk taman ini sebaik mungkin dengan kadar segera," katanya.  Sidek berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Balairaya Taman Perumahan Gong Badak di sini, kelmarin. Beliau turut mengajak masyarakat bekerjasama dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) agar pandemik COVID-19 dapat dibendung.  "Usaha kita mestilah bersama bekerjasama memutuskan rangkaian COVID-19 ini. Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT melindungi semua lapisan masyarakat kita," ujarnya. 
06 Jun 21
208
Penduduk Kuala Besut Terima 4,750 Kilogram Ikan Segar
Penduduk Kuala Besut Terima 4,750 Kilogram Ikan Segar
BESUT, 6 Jun - Penduduk Kuala Besut yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima 4,750 kilogram ikan segar hari ini. Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, makanan basah itu diagihkan melalui Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap seluruh pelusuk kampung. “Saya berharap dengan sedikit bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN ini diharap dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat PKPD. “Sebelum ini kita sudah menyampaikan bantuan beras dan telur, alhamdulillah hari ini kita bagi ikan pula,” ujar Azbi kepada UPDI hari ini.  Dalam perkembangan sama, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu yang sentiasa cakna kepada rakyat.  "Ramai penduduk yang tidak dapat meneruskan kerja dan menyebabkan mereka terputus punca pencarian.  "Bantuan ini adalah di bawah program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (Berkat 3.0) yang telah dilancarlan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada minggu lepas.," tambah beliau.
06 Jun 21
252
ADUN Batu Buruk Agih 2000 Kg Ikan Segar
ADUN Batu Buruk Agih 2000 Kg Ikan Segar
KUALA TERENGGANU, 5 Jun – Sebanyak 2000 kilogram ikan segar diagihkan kepada mereka yang terjejas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, semalam. Agihan tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0) yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini bagi meringankan bebanan mereka yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dijalankan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas pendapatan secara berperingkat. “Peringkat awal ini kita adakan agihan ikan sebanyak 2000 kilogram dan selepas ini kita akan agihkan bantuan makanan asas kira-kira 900 pek. “Terima kasih juga saya ucapkan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Datuk Ahmad Amzad Hashim yang turut memberikan sumbangan untuk diagihkan kepada warga DUN Batu Buruk,” katanya lagi. Menurutnya, separuh daripada jumlah agihan ikan tersebut ialah sumbangan daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, manakala separuh lagi merupakan peruntukan daripada DUN Batu Buruk.  
05 Jun 21
343
Lagi PPV Mega Dibuka Di Terengganu Ahad Ini
Lagi PPV Mega Dibuka Di Terengganu Ahad Ini
KUALA TERENGGANU, 4 Jun – Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega akan dibuka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, mulai 6 Jun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, tambahan PPV di universiti awam (UA) itu akan membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan dengan lebih cepat. “Langkah kerajaan menjadikan sebahagian IPT (institusi pengajian tinggi) sebagai PPV adalah bagi membantu PICK dalam menyediakan akses lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin," katanya ketika bersiaran secara langsung di Tv Darul Iman, hari ini. Menurutnya, sehingga 31 Mei lalu, rakyat di negeri berkenaan yang mendapat suntikan dos pertama adalah sebanyak 13.8 peratus ataupun seramai 41,770 orang. Manakala yang mendapat suntikan lengkap dua dos hanya 4.9 peratus iaitu seramai 14,881 orang. Beliau menyifatkan kadar tersebut masih rendah sambil menambah, kerajaan negeri melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kesemua rakyat mendapat suntikan vaksinasi. “Bagi mengatasi masalah suntikan yang rendah ini, kerajaan telah menambah pusat vaksinasi sedia ada. Setakat ini kapasiti bagi kesemua PPV yang ada di Terengganu adalah sebanyak 3,308 hingga 5,380 vaksin sehari. “Dan kita juga akan buka suntikan pada hari Sabtu dan terbaru adalah dengan kerjasama bersama UniSZA. UniSZA akan buka PPV mega dan dijangka akan beroperasi bermula 6 Jun (Ahad) ini. “Bagi suntikan mega di UniSZA kita anggarkan mampu memberi suntikan kepada 1,500 orang dalam masa sehari. “Selain itu, mereka juga ingin membantu kakitangan hospital yang kekurangan tenaga kerja dengan menggerakkan ‘mobile team’ untuk pergi ke kampung-kampung pedalaman yang melibatkan 50 pakar klinikal bagi membntu masyarakat yang sukar hendak pergi ke pusat vaksinasi,” jelasnya. Dalam pada itu, tambah Alias, beberapa klinik swasta, turut memberi kerjasama dalam membendung masalah tersebut. “Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu dan badan bukan kerajaan (NGO) juga terlibat dalam usaha sama untuk kita buka juga pusat vaksin ini di masjid-masjid. “Ini semua usaha-usaha kerajaan supaya mencapai target pada akhir tahun ini untuk memberi vaksinasi kepada 70 hingga 80 peratus rakyat negeri Terengganu, insya-Allah,” ujarnya.
04 Jun 21
1201
600 PPV Hujung Tahun Ini
600 PPV Hujung Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 4 Jun - Kerajaan menyasarkan sebanyak 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetap Covid-19 dapat dibuka di seluruh negara menjelang akhir tahun ini bagi melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sehingga bulan depan sebanyak 357 PPV sudah dibuka dengan setiap satu PPV dapat mengendalikan antara 300 hingga 3,000 suntikan sehari. “Kita akan terima lebih banyak bekalan vaksin selepas ini, jadi bilangan PPV akan ditambah di seluruh negara bagi memudahkan suntikan vaksin,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini pada Khamis. Beliau berkata, selain PPV kekal, kerajaan juga akan mewujudkan PPV bersifat sementara seperti PPV Masjid yang bakal dilaksanakan di Terengganu dalam masa terdekat sebagai projek perintis. Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, dalam penambahan PPV di seluruh negara, terdapat beberapa isu yang perlu diperhalusi seperti petugas kesihatan yang melakukan suntikan dan kakitangan yang bertugas di PPV itu sendiri. "Kita kena pastikan mereka ini mendapat rehat yang mencukupi dan sebab itu kita melihat alternatif lain daripada Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) dan sebagainya untuk turut serta bertugas di PPV. "GP yang berdaftar dengan kita kira-kira 2,500 orang dan daripada jumlah itu seramai 1,800 sudah diluluskan, jadi apabila bekalan vaksin mencukupi, mereka akan menerima vaksin bagi membolehkan mereka melaksanakan vaksinasi di pusat masing-masing," katanya. Sementara itu, Ahmad Amzad memaklumkan, kerajaan yakin sasaran untuk mencapai imuniti kelompok sebanyak 80 peratus dalam negara pada hujung tahun ini dapat direalisasikan mengikut jadual yang dirancang. Bagaimanapun katanya, setakat ini empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Sabah masih menjadi negeri terendah dari segi pendaftaran dan pemberian vaksin iaitu sekitar 40 peratus berbanding negeri lain. “Antara puncanya adalah dakyah negatif mengenai vaksin, jadi saya minta kerjasama semua pihak supaya tapis dahulu maklumat yang mereka terima kerana ada keadaan di mana hujah agama digunakan untuk mempengaruhi orang ramai menolak vaksin. “Saya juga menghargai usaha negeri-negeri yang mengambil langkah tegas dengan pastikan kuliah agama di masjid dan surau adalah selari dengan hasrat kerajaan menggalakkan rakyat menerima suntikan vaksin,” katanya. -- SINAR HARIAN
04 Jun 21
293
Penduduk Dungun Patuh SOP
Penduduk Dungun Patuh SOP
DUNGUN, 2 Jun - Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh penduduk Dungun melebihi 95 peratus. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pematuhan SOP dengan memakai pelitup muka, pendaftaran melalui MySejahtera ketika memasuki premis, penjarakan sosial dan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer.  "Kita dapati sepanjang Sekatan Jalan Raya (SJR) semuanya ada borang rentas daerah, surat daripada majikan ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," ujarnya. Beliau menyatakan demikian ketika kunjungan hormat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Dungun yang diketuai Pegawai Koordinatornya, Ab Hamid Ismail ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, di sini kelmarin. Katanya,  untuk PKP 3.0, MKN menetapkan pergerakan yang dihadkan daripada 8 pagi hingga 8 malam dengan radius 10 kilometer dari kediaman tetapi jika mempunyai urusan penting kebenaran akan diberikan.  "Jika sekiranya ada urusan penting, urusan bank, contohnya, bank tidak ada di kawasan Bukit Besi, Kuala Jengai dan Jerangau walaupun melebihi 10 kilometer, kita benarkanlah," katanya.     
02 Jun 21
255
Kelab Kakitangan PSMZA Sumbang RM 6,000 Untuk Palestin
Kelab Kakitangan PSMZA Sumbang RM 6,000 Untuk Palestin
DUNGUN, 1 Jun- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) melalui kelab kakitangannya menyumbang  sebanyak RM 6,000 sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab terhadap nasib yang menimpa saudara Islam di negara berkenaan. Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata,  tragedi yang menimpa rakyat Palestin  secara tidak langsung meningkatkan lagi kesedaran warga PSMZA untuk bersama perjuangan mereka dalam mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa.  "Atas komitmen itulah, pihak PSMZA melalui Kelab Kakitangan (S-Club) terpanggil untuk memberi sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Palestin yang disampaikan kepada wakil Pejabat Aman Palestin Kemaman dan Dungun, Syahmiezan Sahrom, di sini.  “Kita mengharapkan sumbangan ini sekurang-kurangnya dapat menampung dan meringankan beban rakyat Palestin dan juga dapat membela nasib bumi Palestin daripada terus dianiaya rejim Zionis” ujarnya.
01 Jun 21
337
Lindungi Diri, Perintah Agama
Lindungi Diri, Perintah Agama
KEMAMAN, 1 Jun - Perlindungan diri daripada sebarang perkara yang boleh mencederakan individu adalah perlu malah wajib dilakukan kerana ianya adalah salah satu tuntutan agama. Salah seorang penerima suntikan vaksin Covid-19, Razali Awang, 51, ketika ditemui menyeru semua masyarakat di Kemaman agar jangan mengambil mudah tentang wabak yang melanda negara sekarang. Razali Awang di Pusat Suntikan Vaksin Covid-19. "Marilah sama-sama kita menyahut seruan kerajaan agar mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini. "Ini adalah satu pertahanan untuk diri kita dalam melawan wabak yang melanda negeri dan negara kita sekarang," katanya. "Malah ianya juga dituntut di dalam Islam agar mempertahankan diri daripada sebarang ancaman yang boleh memudaratkan diri, keluarga dan masyarakat di ,sekitar kita," ujarnya. Razali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Cicar, Kijal ditemui di Pusat Suntikan Vaksin Covid-19 setelah selesai mengambil dos pertamanya di Dewan Seri Amar, Kemaman pagi semalam. Penerima suntikan sedang menunggu giliran. "Jangan kita mudah terpedaya dengan dakyah yang cuba mengelirukan kita semua tentang vaksin ini. "Di samping berdoa kepada Allah, ini juga adalah salah satu ikhtiar bagi kita untuk melandaikan wabak ini yang masih membimbangkan kerajaan," ujarnya.
31 May 21
163