lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Bina Longkang Elak Banjir Kilat
Bina Longkang Elak Banjir Kilat
MARANG, 9 Ogos - Berita gembira buat penduduk Taman Kalungan Melor, di sini apabila masalah banjir kilat yang sering kali berlaku setiap tahun bakal berakhir tidak lama lagi. Pembinaan longkang dan saliran air yang sedang dibina adalah satu kaedah bagi mengelakkan masalah banjir lumpur yang dikatakan telah berlaku di kawasan itu sejak lebih 10 tahun yang lalu. Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, projek itu melibatkan peruntukan sebanyak RM350,000 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dijangka siap sebelum akhir tahun ini. "Projek yang bermula pada bulan April yang lalu dan sepatutnya siap pada bulan Julai 2021, namun kerja-kerja ini telah tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping kesukaran mendapatkan bekalan bahan binaan. "Pihak kami mengharapkan projek itu dapat disiapkan secepat mungkin selain mengambil kira aspek keselamatan penduduk dan musim tengkujuh yang bakal tiba tidak lama lagi, "katanya. Beliau berkata ketika selesai meninjau kawasan pembinaan tersebut di kawasan perumahan yang juga terletak di Kampung Bukit, Rhu Rendang. Turut hadir meninjau ke lokasi tersebut adalah Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng serta wakil-wakil daripada Majlis Daerah Marang dan JPKK Kg Bukit Rhu Rendang. Sementara itu, menurutnya Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang sentiasa mengambil perjalanan setelah agar masalah ini dapat diselesaikan sesegera mungkin bagi memudahkan urusan penduduk di kawasan itu. "Prosesnya memakan sedikit masa, selain memerlukan kos yang tinggi, ia melibatkan tanah milikan individu atau peribadi yang memerlukan perbincangan dan persetujuan pihak-pihak tersebut, di samping kerja-kerja yang terganggu kerana COVID-19. "Siasatan juga dibuat beberapa kali ke tapak lokasi sebelum ini, selain menggunakan inisiatif sementara menggunakan jentera daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membuat serta menggali saliran air sementara. "Kami juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Marang dan semua pihak termasuk penduduk dan JPKK di atas kerjasama yang diberikan," " tambahnya lagi.  
09 Aug 21
797
Bersatu Dalam Ringankan Masalah Rakyat Semasa Krisis Air
Bersatu Dalam Ringankan Masalah Rakyat Semasa Krisis Air
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Pemimpin, masyarakat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam negeri harus berganding bahu dalam menghadapi masalah khususnya mendepani masalah bekalan air yang berlaku di Kuala Nerusndan Kuala Terengganu. Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muafakat Sejahtera, Dato' Yahaya Ali berkata, ia sedikit sebanyak membantu memastikan sumber asas bagi komuniti di daerah itu dapat diteruskan. "Alhamdulillah, saya dapat turut sama hadir bersama NGO Muafakat Sejahtera menyampaikan sumbangan air kepada rakyat terkesan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Takir dan Batu Rakit. "Sumbangan ini tidaklah besar berbanding dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat, namun ia diharapkan dapat memudahkan mereka yang keputusan sumber air sejak isnin lalu," jelasnya. Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program mengagihkan sumbangan tersebut di Pusat Operasi bekalan air bersih di DUN Batu Rakit, pada semalam. Turut hadir sama ialah Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, Timbalan Pengerusi NGO Muafakat Sejahtera, Sulong Abd Rashid serta Pegawai Penyelidik pejabat DUN Terengganu, Khairul Nizam Suhaimin Menurutnya, masalah air akibat paip di dasar Sungai Terengganu pecah merupakan satu ujian Allah swt, namun pentingnya adalah bagaimana tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan. 'Kepimpinan turun bersama dengan jentera untuk mengurangkan krisis ini, saya nampak ada satu bentuk kerjasama yang baik di kalangan semua pihak samada daripada Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) sendiri," ujar beliau. Sementara itu, beliau turut meninjau sendiri kerja-kerja membaik pulih kerosakan paip air yang dimulakan pada Rabu lalu di Losong. "Dalam taklimat yang diberikan tadi, dimaklumkan bahawa masalah air ini akan pulih semula dijangka selesai pada rabu ini, insya-Allah," katanya. Justeru itu, beliau berharap rakyat di kawasan terjejas ketiadaan air agar dapat bersabar dan terus berdoa agar tugas jurutera dan penyelam dapat dipermudahkan.
09 Aug 21
128
4,000 Penduduk Sura Terima Vaksin Dos Pertama
4,000 Penduduk Sura Terima Vaksin Dos Pertama
Oleh: Naim Fadhilah Kamaruddin Dungun, 9 Ogos - Seramai 4,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima suntikan dos pertama vaksinasi COVID-19 dalam pelaksanaan Program Mobalisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) bermula 1 Ogos lalu.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, pelaksanaan program MOVAK dibawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu diteruskan memandangkan peratusan penduduk di Dungun yang telah menerima vaksin masih lagi rendah. "Program vaksinasi ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan perlu digiatkan lagi memandangkan kadar pencapaian PICK Dos 1 terkini, Dungun masih lagi mencatatkan peratusan yang terendah. "Langkah awal perlu diambil melalui pencapaian imunisasi kelompok di kalangan masyarakat ini memandangkan Dungun adalah kawasan yang kritikal dengan catatan kes harian yang tinggi," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Sivik Bijangga. Wan Hapandi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi tersebut terutamanya kepada petugas daripada Komuniti Rukun Tetangga dan juga Jabatan Amal Dungun.
09 Aug 21
491
Pejabat Parlimen Setiu Agih 422 Pek Lauk Basah
Pejabat Parlimen Setiu Agih 422 Pek Lauk Basah
SETIU, 8 Ogos – Seramai 422 keluarga di Setiu, di sini yang dikuarantin menerima bantuan lauk mentah yang disumbangkan oleh Ahli Parlimenya, Shaharizukirnain Abd Kadir. Bantuan itu membabitkan kampung-kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Permaisuri dan Langkap yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 atau penduduk yang masih menunggu keputusan saringan wabak tersebut.  Shaharizukirnain berkata, inisiatif itu diambil berikutan keluarga-keluarga yang dikenakan kuarantin ini tidak boleh keluar untuk mencari barangan makanan dan bekerja.  “Sebelum ini kita agihkan barangan makanan asas kepada keluarga yang di kuarantin dan kali ini kita agih makanan lauk basah pula. "Seterusnya, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan agihkan kepada penerima di kampung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan berkenaan semalam. Selain itu, Shaharizukirnain juga berkata, setakat ini agihan ditumpukan di DUN Permaisuri dan Langkap kerana jumlah keluarga yang dikenakan kuarantin agak ramai. “Insya-Allah selepas ini kita akan agihkan untuk DUN Jabi pula," jelasnya.
08 Aug 21
351
Sokongan, Solat Hajat Keluarga Iringi Kejayaan Azizulhasni
Sokongan, Solat Hajat Keluarga Iringi Kejayaan Azizulhasni
DUNGUN, 8 Ogos – Walaupun dipisahkan lebih 5,000 kilometer, sorakan dan solat hajat keluarga jaguh trek negara, Dato' Muhammad Azizulhasni Awang di Dungun tidak putus sekali gus ia menjadi pencetus kejayaan di Olimpik Tokyo 2020. Abang iparnya, Mohd. Razman Mohamad, 36, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian 'The Pocket Rocketman' dalam acara keirin lelaki yang berlangsung di Velodrom Izu, Tokyo pagi tadi. “Meskipun tidak membawa pulang pingat emas, namun kita tetap bangga atas prestasi terbaik terutamanya selepas pingat gangsa pada olimpik Rio 2016 lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Nibong Stesen, hari ini. Menurutnya, Azizulhasni sempat menghubungi keluarga sebelum beraksi bagi bertanya khabar dan meminta keluarganya untuk mendoakan kejayaannya. “Setiap kali sebelum kejohanan memang dia akan selalu telefon, tidak kira kesibukannya ketika melakukan persiapan sebelum bertanding, dan keluarga Awang sentiasa berada dibelakangnya sejak permulaan kariernya. “Pingat perak itu juga dilihat sebagai hadiah buat ayah beliau, Awang @ Muda Embong, 72, yang terlantar sakit akibat strok namun masih menonton perlawanannya menerusi telefon pintar,” katanya lagi. Hasrat jaguh kelahiran Dungun itu untuk meraih pingat emas terhalang apabila taktik pemenang pingat emas di Rio 2016 yang berasal dari Great Britain, Jason Kenny mengelirukan pelumba lain. Kenny yang memecut menggunakan teknik 'senko' dari 750 meter terakhir meninggalkan pesaing lain untuk memenangi perlumbaan tersebut.
08 Aug 21
247
Bekalan Air Terputus, Semua Pihak Berganding Bahu
Bekalan Air Terputus, Semua Pihak Berganding Bahu
SETIU, 6 Ogos - Prihatin dengan nasib para penduduk di Batu Rakit yang terputus bekalan air bersih, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir sejak semalam turun padang ke lokasi terjejas bagi menghulurkan bantuan air bersih. Pelbagai inisiatif diambil dengan kerjasama banyak pihak dalam membantu penduduk untuk mendapatkan bekalan air bersih termasuk menghantar air bersih menggunakan lori dan pacuan empat roda. Beliau berkata, pembahagian air di satu-satu tempat dilakukan setelah berbincang dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Syarikat Air Terengganu (SATU), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menyalurkan bantuan untuk dibuat penyelarasan. “Ini supaya tidak berlaku pertembungan dua pihak dalam pengagihan air di satu-satu tempat. Hal ini penting supaya tidak ada tempat yang terlepas dalam menerima bekalan air ini. "Insya-Allah di waktu sukar ini, pihak kami dan semua agensi terlibat akan berganding bahu dan tenaga untuk memudahkan urusan penduduk," jelasnya keapda Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Selain itu katanya, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat turun menggerakan misi bantuan. Shaharizukirnain berkata, ADUN Chukai menyalurkan sebanyak 2,000 lebih kotak air mineral untuk kegunaan penduduk Batu Rakit yang terputus bekalan air. “Tindakan seterusnya adalah pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan agihkan ke rumah-rumah penduduk. Jangan bimbang, Insya-Allah ia akan diagihkan secepatnya nanti,” ujarnya. Dalam perkembangan sama, Shaharizukirnain bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut mengagihkan air minuman kepada penduduk sekitar Taman Melor, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Gong Awang Lib yang agak terkesan dengan krisis air yang berlaku sekarang ini. Tambahnya lagi, beliau berterima Kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam membantu dan menyalurkan bantuan  “Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PAS Kawasan Kuala Terengganu, Khidmat Malaysia Setiu, Jabatan Amal Setiu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Alternative Riding Club (ARC), para penyumbang dan kepada semua petugas di semua peringkat yang menyediakan perkhidmatan pembahagian air kepada penduduk sekitar,” tambahnya.
06 Aug 21
178
20 Tangki Statik Elakkan Terputus Bekalan Air Di Seberang Takir
20 Tangki Statik Elakkan Terputus Bekalan Air Di Seberang Takir
KUALA NERUS, 7 Ogos – Kerja membekalkan sumber air kepada penduduk terjejas di daerah Kuala Nerus diteruskan dengan mengerahkan jentera lori dan tangki statik di Seberang Takir. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, pihaknya melancarkan bilik gerakan bagi menghantar bantuan air ke tujuh buah kampung di kawasannya, sebaik sahaja berlaku krisis masalah gangguan bekalan asas itu sejak Isnin lepas, “Alhamdulillah, setakat ini 20 tangki statik berjaya diletakkan di lokasi yang dikenalpasti supaya sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan asas masyarakat, atau kira-kira 3745 buah rumah terkesan. “Antaranya ialah Kampung Kubang Badak, Kampung Tok Jembal, Kampung Pak Tijah, Kampung Tanjung Jaafar, Kampung Telaga Batin, Kampung Jati dan Kampung Wakaf Baru,” katanya ketika ditemubual pemberita, hari ini. Tambah Mohd Fadhil lagi, 10 buah lori termasuk trak pikap menjadi pengangkutan bagi menghantar sumber air kepada penduduk terkesan. "Kita turut menerima ramai sukarelawan yang bersedia berkhidmat dalam menyampaikan keperluan asas itu kepada mana-mana keluarga yang memerlukan di sini” jelasnya. Dalam pada itu, seorang sukarelawan, Ahmad Afini Ahmad, 32 berkata, dia merasa terpanggil apabila mendengar isu dan kesusahan dihadapi komunitinya itu. "Pada hari biasa saya bekerja seperti biasa, tetapi buat masa ini saya ambil keputusan untuk berkhidmat dari siang hingga malam in sehingga kerja pembaikian di dasar Sungai Terengganu selesai," katanya. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, gangguan bekalan air membabitkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sedang diatasi dengan kerja-kerja pembaikan paip pecah yang dijangka siap pada Rabu depan.
06 Aug 21
464
Lancar Misi Bantu Penduduk Terjejas Bekalan Air
Lancar Misi Bantu Penduduk Terjejas Bekalan Air
KUALA NERUS, 6 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat mewakili kerajaan negeri telah melancarkan misi kebajikan untuk menyampaikan bantuan 38,000 liter air minuman kepada penduduk di Tepoh dan Batu Rakit yang terputus bekalan tersebut. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, usaha melibatkan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai dan juga Dewan Pemuda PAS kawasan berkenaan. "Dengan bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dialami penduduk di sini, dapat memberikan sedikit kelegaan dan kegembiraan kepada keluarga yang terkesan. "Selebihnya kita mengharapkan bekalan air daripada Syarikat Air Terengganu, juga saya dimaklumkan setakat ini hampir seluruh negeri akan mula menghantar bekalan air melalui lori,juga melibatkan beberapa buah negeri lain yang akan turut membantu atas dasar prihatin dengan masalah yang sedang kita hadapi pada ketika ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) , pada program 'Misi Bantuan YBC Ke Kuala Nerus', di sini, pada semalam. Turut bersama, ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT), Mohd Nasir Abdul Razab dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT), Ramlan Mahmood. Hanafiah berkata, kerajaan melalui Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil langkah segera mencari jalan berusaha mengatasi masalah ketiadaan air ini yang melibatkan 27,000 buah rumah di lima buah DUN. "Pihak EXCO bersetuju supaya buat sesuatu dan kerajaan akan menanggung apa jua risiko yang akan berlaku bagi memastikan seluruh rakyat akan mendapat bekalan air dengan segara melalui kaedah yang terbaik dan sewajarnya dilakukan. "Melihat pada perkembangan semasa dan tindakan yang dilakukan pada ketika ini saya berharap dalam masa tujuh sehingga 10 hari masalah ini akan selesai dan rakyat akan dapat bekalan air seperti biasa," ujarnya. Hanafiah mewakili kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu meringankan beban yang dialami pihak terbabit. "Sama ada dermawan, Petugas daripada PAS setiap kawasan mahupun DUN, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) juga Jabatan Amal Malaysia yang pada waktu ini telah berkhidmat tanpa henti, badan-badan kebajikan, sukarelawan,  Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta sukarelawan samada yang terlibat secara langsung atau tidak," ujarnya.  
06 Aug 21
472
Kerosakan 'Major' Paip Dikenalpasti, Proses Baiki Siap Mengikut Jadual
Kerosakan 'Major' Paip Dikenalpasti, Proses Baiki Siap Mengikut Jadual
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Syarikat Air Terengganu (SATU) telah melaksanakan strategi terbaik dalam membaiki kerosakan paip utama di dasar sungai yang rosak baru-baru ini selepas berjaya menemui punca utama perkara itu berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, justeru kerja membaik pulih masalah itu dijangka dapat diselesaikan mengikut jadual. Katanya, pada waktu ini segala peralatan berkaitan termasuk kren telah disediakan untuk memastikan bekalan air pulih seberapa segera. "Juruselam telah mengenalpasti persekitaran tempat menjadi punca dengan lebih teliti dan hari ini insya-Allah  Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan turut membantu dengan peralatan lebih canggih.  "Kita mengharapkan agar tidak akan berlaku sebarang kerumitan atau apa jua permasalahan akan dapat diselesaikan secepat mungkin, apabila selesai nanti ia akan melalui ujian ketahanan bagi melihat adakah masih menghadapi masalah di sepanjang kawasan tersebut," ujarnya. Beliau berkata demikian ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika hadir di bilik operasi SATU di Losong Feri, pada hari ini. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah SATU, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun serta Pengarah Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ir. Azrul Raimee Ramli. Sementara itu,  Burhanuddin  meminta agar rakyat mendapatkan maklumat semasa melalui Facebook SATU. "Kita berperanan membantu SATU bertindak sebagai 'Provide Leadership' dalam menghadapi perkara ini dan menyampaikan maklumat kepada rakyat. "Kita akan maklumkan setiap masa lokasi tangki statik dan juga lokasi dimana 'tanker' kita berada dengan 100 tangki yang disediakan kita harap boleh meringankan beban dialami rakyat pada waktu ini. "Kita juga akan sedaya upaya untuk memastikan tangki air berkenaan sentiasa diisi supaya penduduk tidak mengalami masalah, juga akan dipastikan surau dan masjid setempat akan mempunyai bekalan air agar boleh menjadi alternatif sekiranya air dalam tangki kehabisan," katanya. Dalam pada itu Ir. Azrul pula berkata, pihaknya optimis dengan langkah yang telah dikenalpasti itu sebagimana dinyatakan oleh pihak kontraktor dijamin akan siap dalam jangka masa seminggu. "SPAN sebagai badan kawal selia air akan memastikan SATU mengaktifkan 'emergency respon' untuk masa ini dengan mengambil tindakan wajar dan pantas untuk sementara waktu bagi memberikan bekalan air sementara. "Saya mengharapkan agar pihak SATU memastikan ada alternatif lain kerja-kerja pembaikan ini dilakukan segera dan juga ada 'optional' lain untuk terus membekalkan air kepada akaun pengguna yang lebih kurang 28,000 dengan seberapa segera," ujar beliau.
05 Aug 21
2442
Misi Bantuan Air Diperluaskan, 8 Lori Persendirian Diguna
Misi Bantuan Air Diperluaskan, 8 Lori Persendirian Diguna
SETIU, 5 Ogos - Susulan rumah penduduk yang terputus bekalan air di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bertambah, pihak Pusat Khidmat Masyarakat telah memperluaskan misi agihan bantuan air. Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebanyak lapan lori tambahan milik persendirian telah diguna bagi mengagihkan air ke kawasan yang masih terjejas. “Alhamdulillah, setiap malam sejak krisis air melanda, kerjasama Jabatan Amal Malaysia dan Pemuda Pas Batu Rakit berjaya mengagihkan air ke 20 kampung (kg) antaranyan,Taman Perumahan Wakaf Tengah, Taman Perumahan Mengabang Lekor, Kg Bukit Cempaka, Pasir Puteh, Lingai, Gong Lingai, Bukit Wan, Darat Batu Rakit. “Melihat daripada keperluan semasa PKM Batu Rakit, telah meluaskan misi bantuan air ke 3 Mukim iaitu Mukim Bukit Cempaka yang bertempat di Gong Lingai, Masjid Bukit Cempaka dan Wakaf Catur.  "Seterusnya, Mukim Wakaf Cagak di lokasi Balai Raya Pancur Sejuk, Masjid Darat Batu Rakit, Kubur Timah dan Wakaf Cagak. Akhir sekali, di Mukim Mengabang Telipot bertempat di Taman Melor dan Banggol," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau memohon agar masyarakat yang terkesan dengan masalah bersabar kerana ia dijangka selesai esok. "Baru-baru ini dalam kenyataan rasmi Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) memaklumkan ganguan air akan berlaku akibat kerosakan paip yang berlaku di dasar Sungai Terengganu.  "Difahamkan, kerosakan paip itu turut menyebabkan lebih 31,522 penduduk Dun Batu Rakit menghadapi gangguan bekalan air," katanya. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit turut memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika mendapatkan bekalan air daripada lori dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada JPKK kawasan masing-masing.
05 Aug 21
800