lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Tiga Beradik Derita Penyakit Kronik Lega Terima Vaksin
Tiga Beradik Derita Penyakit Kronik Lega Terima Vaksin
KUALA NERUS, 24 Ogos - Tiga beradik di Teluk Pasu yang menghidapi penyakit kronik lega setelah menerima suntikan vaksin dos pertama di rumah mereka dalam program vaksinasi secara mobil yang dikendalikan oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini. Zaleha Awang, 62, serta adiknya, Yusof Awang, 44, menderita penyakit kencing manis manakala seorang lagi adiknya, Rozelan Awang, 54, pula menghidap penyakit strok.  Turut menerima vaksinasi dos pertama berkenaan ialah ibu kepada ketiga-tiga mereka, Mariam Yusof ,78. Mewakili keluarga, Azmi Awang, 57, berkata, inisiatif yang dilaksanakan UniSZA memudahkan ahli keluarganya menerima vaksin bagi melindungi daripada jangkitan Covid-19. "Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana datang terus ke rumah, kerana kami mengalami kesulitan untuk pergi ke pusat vaksin walaupun telah menerima jemputan. "Ini disebabkan kerana kami tidak memiliki kenderaan untuk membawa emak dan adik-beradik yang sakit ini untuk ke pusat vaksin, dengan cara ini ia sangat membantu meringankan kesulitan yang kami hadapi," ujarnya ketika ditemui pihak media, di kediamannya, di sini, pada hari ini. Dalam perkembangan sama, Ketua Pasukan Data dan Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UniSZA, Norkhairani Abdul Rani berkata keluarga itu diberi suntikan vaksin di rumah selepas mereka dikesan menggunakan nombor telefon dan alamat sama untuk pendaftaran vaksin melalui aplikasi MySejahtera. "Siasatan lanjut didapati mereka terpaksa menolak temu janji yang telah diaturkan untuk hadir ke PPV kerana keterbatasan serta kekangan fizikal yang dihadapi oleh mereka. "Jadi melalui bahagian data telah mengadakan perbincangan dengan pengarah PPV yang akhirnya kami buat keputusan untuk hadir ke sini dan memberikan perkhidmatan kepada mereka melalui kaedah mobil," ujarnya. Katanya, keseluruhan ahli keluarga tersebut menerima vaksin jenama Pfizer untuk dos pertama. "Manakala untuk dos kedua bagi melengkapkan vaksinasi, mereka perlu menunggu 21 hari lagi bagi menerimanya," katanya.  
24 Aug 21
227
Terengganu Sumbang RM165 Ribu Bantu Mangsa Bencana Gunung Jerai
Terengganu Sumbang RM165 Ribu Bantu Mangsa Bencana Gunung Jerai
ALOR SETAR, 23 Ogos - Sebanyak RM165 ribu berjaya dikumpulkan Khidmat Malaysia Terengganu bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah. Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, Hanafiah Mat berkata, jumlah tersebut diperolehi hanya dalam masa dua hari program kutipan derma dilancarkan. "Ini angka yang sangat menakjubkan daripada sumbangan rakyat Terengganu yang prihatin dan simpati dengan rakyat negeri Kedah yang dilanda bencana. "Orang Terengganu saban tahun mengalami banjir, jadi apabila bencana menimpa, ramai yang merasai keperitannya tampil menghulurkan sumbangan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, di Seri Mentaloon, di sini, semalam. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Penasihat Khidmat Malaysia Kedah, Senator Ahmad Yahya dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden. Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, turut menasihati penduduk terlibat supaya bersabar dengan ujian tersebut. "Ia merupakan dugaan daripada Allah SWT untuk menguji sejauh mana keimanan kita. "Akhirnya apabila sampai masanya, Allah SWT akan gantikan dengan keimanan, kewangan atau kehilangan yang memberikan kebahagiaan sebagaimana kita dapat sebelum banjir lagi," katanya. Dalam pada itu, Muhammad Sanusi sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada Khidmat Malaysia Terengganu yang menyampaikan sumbangan bagi membantu penduduk terjejas. "Terima kasih kepada masyarakat yang menyumbang kewangan kepada rakan yang terkesan dengan bencana ini. "Bagi pihak negeri Kedah, saya juga merakamkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu yang prihatin dengan apa yang dihadapi dan hadir membantu. "Kami akan manfaatkan sebaik mungkin sumbangan yang diberikan untuk membantu rakan-rakan di Yan dan Kuala Muda," katanya. Terdahulu, fenomena 'kepala air' yang berlaku di sekitar Gunung Jerai pada Khamis lalu, telah mengakibatkan kerosakan besar di dua daerah berkenaan. Setakat semalam, pasukan penyelamat telah merekodkan penemuan lima mangsa tragedi yang tertimbus. Dianggarkan sebanyak 800 buah rumah di Yan dan 200 buah rumah di Kuala Muda terjejas akibat kejadian tersebut.  
22 Aug 21
605
700 Jalur Gemilang Diagih Kepada Penerima Vaksin
700 Jalur Gemilang Diagih Kepada Penerima Vaksin
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 19 Ogos - Sebanyak 700 Jalur Gemilang  dan  pamplet Rukun Negara diagih kepada penerima suntikan vaksin COVID-19  bersempena Program Kempen Kibar Jalur Gemilang : Drive Through.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kempen anjuran Jabatan Perpaduan Negara itu bertujuan memupuk  semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia. "Rakyat perlu menghargai perjuangan generasi dahulu di dalam berjuang menentang penjajah, gabungan tenaga dan buah fikiran ulama - ulama dahulu, negara kita berjaya dibebaskan daripada terus dijajah," katanya.  Alias berkata demikian selepas majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) di sini. Pemilihan SMKAKA adalah kerana mengambil peluang orang ramai yang hadir untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sempena Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK). Turut hadir, Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Rosli Alias, Pegawai Perpaduan Negara  Daerah Dungun,  Tengku Mazilawati Tengku Muhamad dan Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar. Alias turut menyeru agar rakyat sentiasa menjaga perpaduan tanpa mengira perbezaan kaum, agama, dan bangsa.  "Dengan menonjolkan nilai integriti dan jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tidak di cengkam penjajah dalam bentuk baharu iaitu dengan menjajah minda rakyat supaya menetang kerajaan yang ada hari ini," ujarnya.
19 Aug 21
211
Nelayan Hasil Replika Bot
Nelayan Hasil Replika Bot
MARANG, 18 Ogos - Minat mendalam dalam bidang ukiran replika bot nelayan membuatkan Mat Nor Abu Bakar, 43, dari Bukit Gasing, di sini mampu menambah pendapatan sampingan keluarga. Mat Nor yang berkerja sebagai nelayan menganggap kemahiran dimiliki sejak di bangku sekolah merupakan anugerah cukup bernilai. Katanya, dia teringat mula-mula mengukir ketika duduk di tepi sungai dan melihat bot-bot kecil nelayan, kemudian dia menggunakan kabus mengikut apa yang dilihat. "Permintaan sekarang amat memberangsangkan dan kebiasaannya orang yang menempah dan membeli adalah juga terdiri daripada kalangan nelayan sendiri, selain daripada penduduk luar negeri Terengganu yang berminat dengan ukiran untuk hiasan, "katanya. Menurutnya, kerja mengukir bot yang dibuatnya lebih 20 tahun bermula pada usia belasan tahun adalah kerja sambilan setelah dia pulang dari laut mencari rezeki, ataupun pada musim tengkujuh melanda di mana nelayan tidak keluar ke laut. "Antara bot yang pernah diukir adalah bot kecil, bot laut dalam, bot bubu, bot pukat tunda dan bot penambang. Bot kecil, saya jual pada harga RM300 manakala bot besar setakat ini juga mencapai harga lebih RM3000. "Bot ini diukir menggunakan kayu pulau yang boleh didapati di kawasan sekitar yang kebiasaanya mengambil masa untuk siap, iaitu kurang dari satu hingga lebih daripada tiga bulan, mengikut keadaan, "katanya. Katanya lagi, ada bot yang diukir tersebut ini juga dibuat lengkap dengan memasang enjin sebenar yang mampu dibawa untuk bermain di atas air atau laut menggunakan 'Remote Control'. "Saya juga sangat mementingkan kualiti ukiran, di mana ciptaan tersebut haruslah sama dengan keadaan rupa bot yang sebenar, dan proses itu juga mengambil masa di samping keperluan peralatan-peralatan moden, ",katanya. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya mengunjungi pengusaha tersebut untuk menyalurkan sedikit bantuan kepadanya pagi ini. "Kita juga berhasrat untuk mengetengahkan kemahiran yang dimiliki olehnya di peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu selain bantuan-bantuan lain yang dapat dimanfaatkan," tambahnya lagi.
18 Aug 21
1126
Pelbagai Pihak Tampil Bantu Lancarkan Proses Pemberian Vaksin
Pelbagai Pihak Tampil Bantu Lancarkan Proses Pemberian Vaksin
Oleh :Nooreni Abu Bakar  DUNGUN, 18 Ogos- Pelbagai pihak tampil memainkan peranan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sebelum ini prosesnya agak perlahan sehingga merisaukan orang ramai.  "Alhamdulillah dengan usaha yang diambil oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT) di Masjid Serdang ini memberi peluang masyarakat yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, ini sudah tentu memberi kemudahan kepada mereka.  "Manakala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) pula, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan Program Jejak Vaksin UniSZA selama dua hari dan seramai 1,400 orang disuntik vaksin dos pertama dari seluruh DUN Rantau Abang," katanya ketika ditemui di SMKAKA di sini.  Sementara itu, Penghulu Mukim Abang, Abdul Ghafar Abu Bakar memberitahu bertempat di SMKAKA juga akan diteruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dibawah Program Mobilasi Vaksin Komuniti (MOVAK) bermula 17 sehingga 21 Ogos ini. "Dimana selama lima hari sebanyak 700 dos pertama disediakan, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 3,500  orang,"jelasnya. Setiausaha PAPISMA Cawangan Dungun, Dr Mardziah Mohamad, menjelaskan PAPISMA cuba membantu kerajaan untuk merancakkan pemberian vaksin setelah melihat prosesnya agak perlahan di Daerah Dungun.  "Sehingga kini, Masjid Serdang adalah 'Outreach' ketiga, selepas dua di Paka dan tumpuan kita adalah di kawasannya jauh daripada PPV utama," ujarnya lagi.  Manakala seorang warga emas, Tengah Abdul Rahman, 74 yang ditemui, bersyukur telah selesai dos pertama tanpa perlu ke bandar Dungun.  "Alhamdulillah, buat program cucuk vaksin di Masjid Serdang ni, tidak perlu gi jauh-jauh, " katanya yang tinggal di Delong.
18 Aug 21
413
SATU Tanda Jajaran Paip Dasar Sungai, Laut Cegah Krisis Air Berulang
SATU Tanda Jajaran Paip Dasar Sungai, Laut Cegah Krisis Air Berulang
KUALA NERUS, 13 Ogos - Bagi memastikan masalah kebocoran paip yang menyebabkan krisis air di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu tidak berulang, kerajaan negeri memperkemaskan langkah susulan dan menambah baik beberapa aspek penyelenggaraan Syarikat Air Terengganu (SATU). Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tumpuan utama kerajaan negeri adalah memastikan pembinaan Loji Bukit Berapit siap lebih awal atau menepati tarikh ditetapkan. "Pihak SATU juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi membuat penandaan jajaran paip yang ada di seluruh dasar sungai dan laut Terengganu. "Selain itu, SATU akan memperkemaskan pemeriksaan berkala bagi semua paip terutamanya yang berada di jajaran dasar sungai dan laut. "Penyelenggaraan baik pulih akan disegerakan, penyelenggaraan pencegahan akan ditambah baik dan distruktur semula," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media SATU di Loji Air Bukit Berangan, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Selain itu menurutnya, kerajaan negeri turut membentuk jawatankuasa siasatan untuk menyelidik isu kebocoran paip air di dasar sungai Terengganu itu secara lebih teliti. "Jawatankuasa ini diketuai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) dan dianggotai oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar. "Mereka diberi tempoh 30 hari untuk mengeluarkan hasil siasatan dan tindakan dicadangkan kepada kerajaan negeri, yang bermula tiga hari lalu. "Buat masa ini, aktiviti yang berkaitan di kawasan itu juga telah dihentikan sehingga dinilai kembali oleh jawatankuasa siasatan," katanya.  
13 Aug 21
1618
Komuniti Kampung Sambut Baik Pengumuman Air Percuma
Komuniti Kampung Sambut Baik Pengumuman Air Percuma
KUALA NERUS, 10 Ogos – Setelah diumumkan bahawa mereka terjejas di dua daerah mendapat air percuma selama dua bulan sebaik proses membaik pulih bekalan selesai, tinjauan mendapati rata-rata reaksi positif antaranya daripada Kampung Pak Tijah. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sini, Zainal Lasim berkata, hampir seribu buah rumah yang terkesan dalam komunitinya sejak gangguan berlaku 2 Ogos lalu. Katanya, beliau sangat berbesar hati dengan pengecualian bayaran bil air yang diumumkan Menteri Besar Terengganu itu. “Rata-rata saya temui gembira dengan pengumuman tersebut dan berpuas hati dengan keprihatinan Menteri Besar kita,” katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini. Seorang penduduk, Rohaya Abd. Karim mengucapkan terima kasih terhadap pengecualian tersebut yang dapat meringankan beban keluarganya. “Sekurang-kurangnya ia dapat melegakan penduduk disini, Alhamdullilah setakat ini bantuan bekalan air bersih dan penyediaan tangki air sedikit sebanyak mengekalkan keperluan asas ini,” ujarnya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, pengumuman itu tepat pada waktunya ekoran ada keluhan rakyat mempersoalkan jika bil akan berjalan seperti biasa sedangkan air tidak dapat digunakan. “Keluhan itu juga banyak diterima oleh Pengerusi JPKK yang terlibat dalam bantuan air rumah ke rumah sekarang. “Air tak boleh pakai tapi bil macam mana? Harap bil air nanti tak payah la kira dan Alhamdulllilah, jawapan sudah diberi oleh pemimpin negeri,” jelasnya semasa kerja mengagih air rumah ke rumah. Pada Selasa lalu, pengguna yang terjejas dijangka akan mula mendapat bekalan air secara berperingkat pada jam 12 pagi 14 Ogos ini menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.
13 Aug 21
567
Baitul Urus Platform Rakyat Terengganu Cari Jodoh
Baitul Urus Platform Rakyat Terengganu Cari Jodoh
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah melancarkan aplikasi Baitul Urus sebagai usaha  membantu memudahkan golongan muda yang menyimpan hasrat untuk mencari jodoh dan pasangan hidup melalui perkahwinan kali pertama. Di samping itu, ia juga turut membuka peluang kepada ibu atau bapa tunggal mencari pasangan yang serasi dan sesuai untuk kembali menjalani kehidupan berumah tangga yang lengkap dan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, program tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh YPKT bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat jodoh secara cepat, mudah dan bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki. "Walaupun begitu terdapat beberapa syarat yang telah digariskan kepada mereka yang ingin mencari jodoh melalui aplikasi ini antaranya mestilah rakyat negeri ini samada lelaki mahupun  perempuan. "Mestilah berusia 21 tahun ke atas tanpa mengira di mana mereka bertugas ataupun bekerja. Aplikasi ini tidak terbuka kepada mereka yang mempunyai tujuan untuk berpoligami," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan aplikasi berkenaan secara maya menerusi TV Darul Imam (TVDI),  di sini hari ini. Mengulas lanjut katanya, usaha kerajaan mewujudkan insiatif berkenaan adalah bagi mengatasi fenomena kahwin lewat dalam kalangan anak muda yang menjadi suatu kebimbangan. "Di mana ia menjadi faktor utama menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan, disebabkan gaya hidup pada masa kini yang lebih menumpukan kepada aspek melanjutkan pelajaran, mengejar kerjaya serta memilih untuk tidak terikat dengan institusi perkahwinan. "Selain itu katanya, tidak menemui calon yang sesuai dan menghadapi masalah kewangan dilihat turut memberi kesan kepada golongan ini melangkah ke gerbang perkahwinan," ujarnya. Justeru katanya, kerajaan sebelum ini telah mengambil beberapa langkah termasuk mengadakan program Walimatul Urus Perdana untuk memudahkan golongan belia dan beliawanis negeri ini mendirikan rumah tangga. "Program ini akan diteruskan serta akan dikembangkan lagi dengan turut memberikan tumpuan golongan ibu atau bapa tunggal pula selepas pandemik Covid-19 ini berakhir insya-Allah," katanya. Sementara itu, Pengarah YPKT,  Wan Mohd Zaki Wan Abdullah berkata, bagi yang berminat menyertai program Baitul Urus itu ia cukup mudah dengan mendaftarkan diri di pautan baitulurus.ypkt.gov.my. "Di mana maklumat ahli akan disimpan sebagai rujukan, semakan status pendaftaran melalui emel. Selepas itu boleh melakukan proses mencari pasangan mengikut kriteria masing-masing. "Apabila pasangan telah bersetuju maka kita akan adakan sesi perjumpaan bertempat di pejabat YPKT. Adalah menjadi harapan agar aplikasi ini akan membantu mereka yang masih belum bertemu jodoh. "Serta ibu atau bapa tunggal yang berminat akan bertemu jodoh dengan pasangan baharu untuk membina semula kehidupan berumah tangga," ujarnya.    
12 Aug 21
3731
Lagi 5,700 Liter Bekalan Air Bersih Disumbang
Lagi 5,700 Liter Bekalan Air Bersih Disumbang
KUALA NERUS, 11 Ogos - Sebanyak 5,700 liter bekalan air bersih telah diagihkan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Batu Rakit yang terjejas akibat terputus bekalan air baru-baru ini. Bekas Ahli Dewan Negara Terengganu, Dato' Husain Awang berkata, sumbangan peribadi beliau tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka di lebih 600 buah rumah. “Dengan kekuatan tujuh buah kenderaan pacuan empat roda (4x4) daripada Besut berperanan membawa 1,800 botol air 1.5 liter dan 6,048 botol air 0.5 liter. “Saya juga mengambil kesempatan menasihati komuniti terkesan bahawa ini adalah satu ujian daripada Allah, tanggungjawab kita untuk bersabar manakala pihak kerajaan dan sukarelawan juga bertanggungjawab mengagihkan bekalan asas ini,” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu. Beliau berkata demikian selepas misi pengagihan air bersih di Bukit Tunggal, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal. Sementara itu, ADUN Rantau Abang, Alias Harun turut menyumbang RM10,000 kepada DUN Bukit Tunggal bagi pengagihan bantuan air bersih buat komuniti di sini. “Pada peringkat awal, kita ingin menderma dalam bentuk air, namun stok bekalan sudah habis setelah berbincang dengan pembekal. “Oleh itu, diharapkan peruntukan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban sementara menunggu kerja pembaikian selesai dijangka Sabtu ini,” jelanya.
11 Aug 21
137
Selawat 'Tafrijiyyah' Suatu Kelainan Sambutan Tahun Baru Di Masjid Abidin
Selawat 'Tafrijiyyah' Suatu Kelainan Sambutan Tahun Baru Di Masjid Abidin
KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Sambutan ambang awal Muharram disambut secara sederhana di Masjid Abidin (Masjid Negeri) dengan memperkenalkan suatu pendekatan yang berbeza pada kali ini melalui Selawat 'Tafrijiyyah'. Ketua Eksekutif Masjid Abdin, Wan Mohd Hazim Wan Mohd Hashim berkata pemilihan selawat berkenaan adalah kerana ia memiliki keistimewaan tersendiri di samping memiliki pengertian yang sangat baik untuk memohon kepada Allah agar dilepaskan daripada wabak pandemik Covid-19 dan juga dihindari daripada perasaan keluh kesah. "Ia memberikan suatu kombinasi yang sangat hebat, antara doa, beristighfar dahulu selepas solat, maka kata ulama gabungan ini menjadi sesuatu yang sangat baik untuk berharap dan mengadu kepada Allah SWT agar diamakbulkan segala hajat. "Pendekatan ini diambil bukan kerana selawat yang biasa kita amalkan tidak baik, tetapi kebetulan malam ini merupakan malam yang sangat istimewa sebagai suatu permulaan untuk bermunajat kepada Allah SWT.  "Selain daripada berusaha melalui pengambilan vaksin, pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP), kita juga perlu sedar adanya hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah kita. "Kerana itu pada malam ini (semalam) di samping solat secara berjemaah dan berdoa, turut dibuat kelainan melalui selawat ini, selepas solat Isyak dengan diulang sebanyak tujuh kali agar jemaah yang hadir dapat membacanya dengan lancar juga dapat menghayatinya dengan baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), pada Program Sambutan Ambang Awal Muharram 1443 Hijriah, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai program yang diadakan itu katanya, meskipun berada dalam suasana diancam pandemik Covid-19 dengan kebenaran jemaah hadir mengikut keluasan masjid, ia tetap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.  "Perjalanan program yang telah diatur sangat baik dengan agenda yang telah disusun bermula sebelum maghrib dengan bacaan Surah Al-Fath secara taranum oleh Qari negeri iaitu, Ustaz Abdul Hadi Che Ab Halim, juga mengaminkan doa akhir tahun yang dipimpin oleh Imam Khas Masjid Abdin, Syeikh Mohamed Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari. "Kemudian selepas solat Maghrib diteruskan lagi oleh Syeikh Mohamed Abdel dengan bacaan doa awal tahun dan diteruskan tawajjuh melalui surah Yassin dipimpin oleh saya memohon agar kita semua diberikan perlindungan daripada wabak yang sedangan kita hadapi pada hari ini," ujarnya. Beliau turut berharap agar bulan berkenaan menjadi suatu titik permulaan untuk menjani kehidupan yang  lebih baik dengan meningkatkan amalan dan ketakwaan. Di samping mendoakan agar wabak ini akan segera berakhir serta masyarakat di negeri ini akan kembali menjalani kehidupan secara normal.      
10 Aug 21
1080