lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Epic Berhad - CMC Engineering Terajui Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur
Ahmad Razif menyaksikan MOU Antara Epic Berhad  yang diwakili Tengku Mahamad  dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif Hazwan Alif Abdul Rahman) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C W PutraEPIC Berhad bersama-sama dengan CMC Engineering Sdn Bhd dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Terengganu yang bakal menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur. Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat. Projek tersebut masih di peringkat awal dengan satu kaji selidik pasaran melalui kaedah Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) sedang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wila­yah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Pengerusi Epic Berhad, Dato’ Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata, selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam, terutama di Terengganu, pihaknya mengambil tanggungjawab melaksanakan projek berimpak tinggi itu di Terengganu.Katanya, apabila siap kelak projek itu mampu menghubungkan jaringan antara bandar dan pedalaman, selain meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk yang di tinggal di kawasan jajaran.“ECRL  turut membuka  lembaran baru di sudut perkilangan, pembuatan, inovasi dan urbanisasi serta merancakkan industri hiliran yang terlibat seperti perumahan dan pelancongan.“Pada masa sama, menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan memupuk daya saing yang tinggi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang agak perlahan,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Epic Berhad  yang diwakili Tengku Mahamad dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif, Hazwan Alif Abdul Rahman) yang disaksikan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu Hazwan berkata, sebagai syarikat tempatan yang telah 21 tahun berkecimpung di dalam industri rel negara dan antarabangsa, CMC Engineering melihat ECRL sebagai satu katalis yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi khusus Terengganu.Katanya, ECRL membawa Terengganu ke sebuah dimensi baru dan lebih bersedia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain disebabkan pengukuhan industri minyak dan gas di negeri ini. “ECRL akan membuka peluang yang lebih besar, contohnya kewujudan Transit Oriented Development iaitu sebuah konsep pembinaan kawasan perbandaran yang fokus kepada lokaliti bersesuaian dan berdekatan dengan sesebuah stesen rel,”katanya.
15 Jan 17
686
Empty Image
Petani Besut, Setiu Mampu Raih RM4,000 Semusim Tanam Ubi Kayu
Seramai 15,000 petani di Besut dan Setiu bakal menjana pendapatan sekitar RM4, 000 semusim sehektar hasil tanaman ubi kayu apabila kilang memproses tanaman itu di Gong Medang akan dibesarkan mengikut keperluan.Pengerusi Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman berkata, bagi merealisasikan tujuan itu, sebuah syarikat tempatan akan menjalankan usahasama dengan syarikat dari Indonesia bagi memajukan semula penanaman ubi kayu berkenaan."Syarikat Mercu Bumiraya Sdn Bhd bersama Induk KUD, Koperasi Unit Desa Nasional Indonesia akan memajukan industri ini yang akan memberi banyak manfaat kepada petani di Terengganu khususnya di Besut dan Setiu juga sempadan Kelantan."Saya begitu bangga dengan kerjasama ini dan juga sumbangan syarikat swasta dalam merealisasikan wawasan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Makmal Ubi Kayu Pertama Terengganu di Kampung Tembila, Besut, hari ini.Turut hadir, Penyelaras Peladang Negeri Terengganu, Dato' Tok Teng Sai, Ketua Setiausaha Induk Kud, Sukianto Muchsen dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercu Bumiraya, Beh Ah Seng.Wan Zakaria berkata, kerajaan negeri yang mensasarkan pengeluaran 10 tan metrik tanaman itu sehari mahu semua peladang bekerjasama mengusahakan tanaman ubi kayu bersama-sama kerana tanaman itu mudah ditanam."Kita mempunyai banyak tanah terbiar dan di mana-mana kita boleh menanamnya, malah kini terdapat benih ubi kayu yang tidak diganggu oleh babi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk di sekitar Tembila juga boleh menanam labu kerana Makmal Memproses Ubi Kayu di Tembila itu juga boleh memproses labu."Satu kawasan tananam labu seluas 100 hektar juga sudah dikenal pasti di Rhu Tapai dan akan diusahakan Peladang bermula Mac ini," katanya.
15 Jan 17
169
Empty Image
Jualan Chicken Cottage Meningkat 60 Peratus
Rangkaian restoran makanan segera, Chicken Cottage di Ladang, Kuala Terengganu mencatatkan peningkatan jualan hampir 60 peratus berbanding urusniaga dalam tempoh tiga bulan pertama.Pelbagai promosi dan program dipergiatkan antaranya, memperkenalkan pakej serendah RM7.90, menawarkan sambutan hari lahir serendah RM130  bagi sepuluh kanak-kanak berserta hadiah.Pemangku Pengarah Urusan TI Global Food Management Limited, Khalizan Mahmud, berkata tawaran lain, potongan harga sebanyak 20 peratus kepada pelajar dan penjawat awam, selain menawarkan perkhidmatan katering dengan harga berpatutan.Katanya, pihaknya mengakui dalam tempoh tiga bulan pertama beroperasi, urusniaga Chicken Cottage kurang mendapat sambutan dan kadar jualan semakin hari semakin merosot.“Menyedari hakikat itu pihak pengurusan menjalankan  kajian mengenai persepsi masyarakat Terengganu terhadap kewujudan produk itu.“Pelbagai rumusan diguna pakai, antaranya produk yang ditawarkan agak mahal, promosi tidak meluas dan lebih gemar mendengar cakap-cakap orang berbanding mencuba sendiri produk yang ditawarkan,”katanya.Menurutnya, pada masa sama, terdapat tanggapan restoran itu hanya untuk golongan atasan, selain gemar bersikap negatif terhadap produk baru.“Apa yang diperkatakan masyarakat dipandang serius dan menganggap sebagai  teguran positif untuk membaiki segala kelemahan dan kekurangan.“Oleh itu, Chicken Cottage merangka pelbagai strategi dan promosi istimewa khusus untuk penduduk Terengganu tanda sokongan dan kepercayaan yang semakin meningkat,”katanya.Katanya, selain promosi istimewa, terdapat juga produk-produk baru yang unik bakal diperkenalkan tidak lama lagi.“Pihak kami juga akan meneruskan lagi pelbagai tawaran istimewa, menambah dua rangkaian restoran di Pantai Barat, yang dijangka pertengahan tahun ini,”katanya..  .
02 Jan 17
301
Empty Image
Pasar Baru Bukit Payung Bernilai RM750,000 Beri Keselesaan
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM750,000 bagi membangunkan Pasar Baru Bukit Payong yang lebih strategik dan selesa untuk kemudahan penduduk sekitar.Premis perniagaan yang dibina di bekas tapak gelanggang futsal dan dilengkapi 69 lot gerai menjadi pusat jual-beli utama penduduk di sekitar Bukit Payong, Marang dan juga Kuala Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata kemudahan prasarana yang dibina untuk keselesaan semua khususnya peniaga dan pembeli di sekitar kawasan itu perlu dijaga dengan sebaiknya termasuk meningkatkan aspek kebersihannya.“Kerajaan membelanjakan jumlah yang besar untuk menyediakan kemudahan bagi keselesaan semua berurusniaga. Apa salahnya jika kita sama-sama memupuk kesedaran dan menjaga aspek kebersihan, di mana peniaga umpamanya, perlulah senriasa mengeringkan air limpahan ikan di tapak jualan masing-masing agar keadaan lebih selesa dan selamat untuk pengunjung.“Pada masa yang sama, susun atur barangan jualan perlu kemas dan menarik agar menjadi tarikan pembeli, kerana ia juga memberi kemudahan kepada pelanggan memilih barang yang mereka mahukan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pasar Pekan Bukit Payung, Marang, kelmarin.Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Rozali Salleh.A. Latiff yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang berkata, MDM turut membekalkan tong sampah kepada penjual supaya tahap kebersihan pasar dapat dijaga terutamanya di kawasan barangan basah,  bahan mentah dan gerai makan.Beliau juga mahu peniaga supaya menyahut saranan MDM untuk menjadikan Pasar Baru Bukit Payong sebagai pasar contoh di Daerah Marang khususnya dari aspek kebersihan.Tambah beliau, kos keseluruhan pembinaan pasar itu menelan belanja hampir RM470,000, manakala, kos pampasan gelanggang futsal pula melibatkan kira-kira RM280,000. “Kepada semua penjual, bayaran sewa hendaklah dibayar setiap bulan. Jika terdapat tunggakan selama tiga bulan bayaran sewa, tindakan akan dikenakan iaitu sewaan premis akan ditarik balik sepertimana perjanjian,”katanya.Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan peniaga supaya tidak membuka petak tambahan di gerai yang sedia ada kerana tindakan itu boleh mengganggu penjual lain dan menjejaskan keselesaan pengunjung.
31 Dec 16
460
Empty Image
Nisan Kerek Batangan Tersohor
Nisan kerek Manis Sokmo Enterprise yang dihasilkan di Kampung Batangan, Marang. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Usaha tanpa mengenal erti putus asa. Itulah resepi utama kejayaan pengusaha manisan kampung atau nisan kerek Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani dari Kampung Batangan, Marang.Perusahaannya yang bermula sejak 2004 itu secara kecil-kecilan sebelum berkembang maju dan dikenali di serata negeri berkat sokongan dan usaha bersama keluarga.SuriSuri berkata, bantuan dan inisiatif yang disediakan kerajaan banyak membantunya untuk mengembangkan perusahaan produk makanan itu.“Saya bermula dengan bangsal kecil pada 2004. Namun selepas saya menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia, banyak ilmu yang saya perolehi terutama untuk menjadi seorang usahawan berjaya.“Dari situlah saya tahu cara untuk membesarkan perniagaan. Kursus-kursus yang dianjurkan banyak mengajar saya untuk mencari bahan mentah, membuat pembungkusan, mencari pasaran luar dan banyak lagi,” katanya kepada Teganukita.Tambahnya, diawal penglibatannya dalam perusahaan manisan itu, beliau turut memohon bantuan perniagaan daripada Jabatan Pertanian Malaysia.“Pada masa itu, kebetulan Jabatan Pertanian ada menyediakan peruntukan kepada usahawan. Berkat kesungguhan, saya dapat peruntukan tersebut dan digunakan untuk membaiki bengkel serta membeli mesin bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti manisan kampung ini,” katanya.Menceritakan pengalamannya, Suri berkata produknya kini mulai dikenali apabila boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar sekitar Terengganu.Selain nisan kerek, produk keluarannya yang lain adalah manisan ori, dodol daun palas dan gula-gula kelapa.Suri berkata, pada awalnya produk-produknya hanya dibekalkan di pasar sekitar Marang sahaja namun apabila permintaan makin meningkat, ia mula memasuki pasaraya-pasaraya.“Sekarang ini produk-produk saya boleh didapati di Pasaraya Mydin, Sabasun, Nirwana, Tunas Manja, Hock Kee Seng, Tree Leaf dan sebagainya disebabkan saya dah dapat apa yang dikehendaki untuk masuk ke dalam pasaran,” katanya. Dalam pada itu, Suri berkata, dia turut menghasilkan nisan kerek asli yang diperbuat daripada 100 peratus air nira.“Untuk nisan kerek, kita ada empat kategori. Pertama 100 peratus asli, kedua kita ada ori iaitu campuran air gula 10 peratus, ketiga (50 peratus gula) dan yang paling murah dan senang didapati adalah 90 peratus gula.“Yang paling istimewa adalah asli 100 peratus kerana ianya sukar diperolehi di mana-mana tempat. Kebiasaannya, ianya dibuat berdasarkan tempahan sahaja dan kita buat dalam kuantiti sedikit kerana harganya lebih mahal,” katanya
23 Dec 16
1732
Empty Image
Premis Perkedaian Baru Sebelah HSNZ Operasi Januari Ini
Medan Selera yang menempatkan 18 unit lot kedai berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menempatkan pengusaha gerai di laluan pejalan kaki di situ, dijangka dapat memulakan operasi awal Januari ini.Projek kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu memberi peluang kepada 13 peniaga yang sebelum ini menjalankan perniagaan tanpa lesen dan sering berdepan tindakan kompaun, supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat dan selesa.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan lot-lot kedai yang lebih tersusun yang dibangunkan pertengahan 2015, dengan kos kira-kira RM3.5 juta telah siap awal November lalu mengikut tempoh yang ditetapkan.“Proses pengundian bersama 13 peniaga asal di lorong pejalan kaki berdekatan HSNZ telah dilakukan pada 6 Disember lalu bagi menentukan lot kedai masing-masing.“Sekarang ini, semua sudah selesai cuma menunggu pemasangan bekalan air serta elektrik oleh pihak berkaitan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada peniaga terbabit,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Katanya, jika tiada sebarang halangan, semua peniaga dijangka berpindah ke lot kedai baru itu menjelang awal tahun depan dan dapat menjalankan urusniaga jual-beli dengan lebih selesa dan terurus.
18 Dec 16
95
Empty Image
MITI Sasar 10 Peratus PKS Di Sektor Perkilangan Menjelang 2020
Maslan (depan) bersama Nawi (dua dari kiri) dan Roslee (paling kiri) ketika mengadakan lawatan ke Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, semalam. Foto oleh Harish FadzillahKementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan pertambahan empat peratus menjadikan keseluruhan 10 peratus pembabitan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan menjelang 2020.Timbalan Menterinya, Dato’ Ahmad Maslan berkata, penguasaan u­sahawan PKS dalam sektor perkilangan masa sekarang, masih rendah apabila hanya enam peratus.“Kita menyasarkan jumlah penyertaan usahawan PKS Bumiputera dalam sektor perkilangan mampu meningkat kepada 10 peratus menjelang 2020 berbanding hanya enam peratus pada masa ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Syarikat PRM Foods Marketing Sdn Bhd di Marang, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan , Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Roslee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim.Menurut beliau, terdapat sebanyak 645,000 PKS di negara ini dengan hanya 37 peratus (238,650) adalah PKS Bumiputera dan daripada jumlah itu hanya enam peratus terlibat dalam sektor perkilangan.“Selebihnya, banyak terlibat dalam sektor perkhidmatan seperti restoran, kedai runcit dan bengkel membaiki kenderaan.“Melalui bimbingan daripada agensi kerajaan dibawah kementerian, kita yakin jumlah itu akan meningkat kepada 10 peratus,” katanya.Ahmad berkata, PKS perlu memberi tumpuan kepada tujuh kriteria penilaian melalui konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) oleh SME Corp.“Tujuh kriteria itu ialah kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan, penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.“Setakat ini, 40,000 daripada 645,000 PKS telah dibuat penilaian SCORE dan bantuan akan diberi kepada mereka mengikut keperluan dan kategori bintang yang diperoleh dalam penilaian itu,” katanya.
17 Dec 16
149
Empty Image
Bazar Warisan Dimajukan Semula
Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memajukan semula Kompleks Bazar Warisan, dengan kerjasama syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Wei Amber Group Sdn Bhd bermula penghujung Disember ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembangunan premis perniagaan itu berdasarkan kawasan yang menjadi tumpuan meliputi satu kilometer radius yang berpusat di PB Square.Katanya, terdapat dua projek besar yang bakal dibangunkan di kawasan tersebut iaitu pembinaan semula Pasar Besar Kedai Payang bernilai RM78 juta selain pengubahsuaian Bazar Warisan yang sedia ada.“Bagi penambahbaikan bazar ini, perbelanjaannya akan dikeluarkan sepenuhnya oleh Wei Amber Group Sdn Bhd dengan kos RM15 juta melibatkan gerai makanan antarabangsa, restoran makanan halal Cina serta sebuah hotel bajet.“Kedai-kedai sedia ada pula akan dikekalkan. Sementara pengubahsuaian ini dilakukan, peniaga bakal dipindahkan sementara di sekitar Shahbandar dan perbelanjaan untuk tapak  itu juga akan ditanggung oleh syarikat tersebut,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada majlis Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Pembangunan Semula Bazar Warisan Kuala Terengganu antara MBKT dan Wei Amber Group Sdn Bhd di Kuala Lumpur.Turut hadi,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato, Wan Nawawi Wan Ismail;  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd. Zulkiflie Abu Bakar dan Pengarah Urusan Wei Amber Group Sdn Bhd, Ismail Nuh.Ahmad Razif berkata, pengubahsuaian tersebut bakal mengambil masa selama tiga ke enam bulan dan dijangka mula dibuka kembali secara berfasa bermula Ramadan tahun hadapan.Tambahnya, fokus utama diberikan kepada kedai makanan antarabangsa serta restoran makanan halal cina seterusnya diikuti dengan pembinaan hotel.Sementara itu, Pengarah Urusan Wei Amber, Ismail berkata kerjasama yang dilakukan bersama kerajaan negeri adalah berdasarkan potensi ekonomi yang dilihat oleh syarikatnya.“Saya pernah tinggal di Terengganu selama empat tahun, jadi saya yakin dengan pasaran di sana kerana budaya yang diamalkan tidak jauh berbeza,” katanya.
14 Dec 16
313
Empty Image
Usahawan PKS Disaran Rebut Dana RM6.7 Bilion
Dato’ Ahmad Maslan ketika merasmikan Program Outreach MITI Dan Agensi Dengan Kerjasama Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini. Foto oleh Zulkifli PutraUsahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) khususnya Bumiputera digesa mengambil peluang memanfaatkan dana berjumlah RM6.7 bilion yang disediakan kerajaan menerusi Bajet 2017 kepada PKS, mulai tahun hadapan.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM1.52 bilion dikhaskan untuk usahawan Bumiputera bagi menggalakkan sektor berkenaan. “Saya ingin menggesa usahawan PKS terutama di Terengganu dan seluruh negara merebut dana RM6.7 bilion yang disediakan kerajaan untuk tahun hadapan di mana RM1.52 bilion dikhususkan untuk Bumiputera dan selebihnya terbuka untuk Bumiputera dan bukan Bumiputera.“Ini membuktikan komitmen kerajaan bagi membantu menjadikan usahawan PKS ini sebagai tulang belakang kepada ekonomi negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Outreach MITI Dan Agensi Dengan Kerjasama Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Kovensyen Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan , Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Roslee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp Malaysia, Dato’ Hafsah Hashim.Menurut beliau, sebanyak RM75 juta diperuntukan untuk Promosi Pembangunan, Skim Jaminan Modal Kerja (RM200 juta) dan e-Dagang (RM160 juta). “Manakala, RM1.52 bilion untuk syarikat bumiputera antaranya TEKUN (RM300 juta), PUNB (RM200 juta), MARA (RM120 juta), TERAJU (RM500 juta) dan SME Bank serta Amanah Ikhtiar Malaysia masing-masing RM100 juta,” ujarnya.Katanya, ianya sebagai bantuan pembiayaan, modal insan, prasarana, akses pasaran, dan inovasi malah boleh dimohon sama ada sebagai pembiayaan, pinjaman mahupun geran.
14 Dec 16
23
Empty Image
TDM Lonjak Keuntungan Sebelum Cukai 115 Peratus Suku Ketiga Berakhir 2016
Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Development Management (TDM) Berhad mencatatkan peningkatan ketara 115 peratus keuntungan sebelum cukai kepada RM22.7 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016.Keuntungan berbanding RM10.5 juta pada tempoh yang sama tahun lalu dicapai berikutan peningkatan empat peratus pendapatan sebanyak RM102.7 juta daripada RM98.6 juta berbanding tahun lalu.Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Wan Zalizan Wan Jusoh berkata, pencapaian mantap suku ketiga berakhir tahun ini bersandarkan keuntungan sebelum cukai di bahagian perladangan yang kukuh.“Keuntungan bahagian perladangan sebanyak RM21.0 juta berbanding RM8.2 juta pada suku yang sama pada 2015, peningkatan besar sebanyak 155 peratus.“Manakala bahagian Penjagaan Kesihatan pula merekodkan penurunan keuntungan sebelum cukai sebanyak 26 peratus kepada RM1.7 juta berbanding RM2.3 juta pada tempoh sama tahun lepas,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Wan Zalizan berkata, bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan sebelum cukai TDM melonjak kepada RM40.2 juta berbanding RM11.3 juta pada tempoh sama tahun lalu,  hasil sokongan pendapatan 13 peratus lebih tinggi daripada RM268.2 juta kepada RM303.4 juta.Katanya, TDM mencapai prestasi yang baik pada suku ketiga tahun ini, berdasarkan peningkatan harga minyak sawit mentah dan isirong sawit yang meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kesan dari permintaan pasaran yang tinggi di atas pengeluaran minyak yang rendah, di samping nilai ringgit yang lemah. “Walau bagaimanapun, Bahagian Perladangan Kumpulan kekal positif berdasarkan dasar-dasar jangka panjang industri perladangan sawit dan kami akan memberi tumpuan berterusan kepada program peningkatan produktiviti seperti penanaman semula dan menaiktaraf kilang sedia ada,” katanya.Katanya,penurunan dalam pengeluaran rata-rata disebabkan perubahan iklim di mana pokok-pokok kelapa sawit mengalami `moisture-stress' kesan dari fenomena El-Nino tahun lepas.Menurutnya lagi, kemelesetan ekonomi dan pasaran yang mencabar akan terus menjejaskan sektor penjagaan kesihatan. Walau bagaimanapun, TDM tetap berkeyakinan pertumbuhan bahagian penjagaan kesihatan bakal terus disokong oleh permintaan, tambahan dari perkhidmatan-perkhidmatan baru yang akan diperkenalkan.Tambahnya, TDM akan terus memperbaiki usaha kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengukuhkan keupayaan perniagaan teras kami, "katanya.
29 Nov 16
956