lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Pusat Membeli-Belah Sogo Di Mayang Mall
Sultan Terengganu menandatangani plak pelancaran projek pembinaan Pembangunan Pusat Membeli Belah Mayang Mall, di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailBandar Raya Kuala Terengganu bakal dihiasi satu lagi projek mega apabila projek pembinaan pembangunan pusat membeli-belah Mayang Mall, yang turut menempatkan pasar raya Sogo di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, bakal siap dalam tempoh empat tahun akan datang.Projek milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah pengurusan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd dengan nilaian pelaburan projek RM900 juta itu bakal menyediakan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk Terengganu.Pembinaan Mayang Mall yang berketinggian enam tingkat dan di kawasan seluas 715,000 kaki persegi itu terbahagi kepada dua fasa, dengan fasa pertama membabitkan kos RM600 juta merangkumi apartmen setinggi  15 tingkat. Manakala fasa seterusnya yang membabitkan pelaburan RM300 juta pula akan dilengkapi hotel setinggi 16 tingkat.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah tapak pembangunan pusat membeli belah mega itu, hari ini.Keberangkatan baginda diiringi Yang Di-pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail; Tengku Muhammad Mua'az dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman.Mayang Mall merupakan pusat membeli-belah mega kelima milik PHB selepas empat yang lain dibangunkan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.Sogo KL dipilih  sebagai pengurus berdasarkan reputasinya dalam industri pengurusan pusat membeli-belah di Malaysia.Berdasarkan rekod, Sogo KL menerima lebih sejuta pengunjung sebulan dan lebih 6,000 pelanggannya adalah pemegang kad ahli dari Terengganu.Sebanyak 300 ruang perniagaan bakal tersedia di Mayang Mall, termasuk pelbagai outlet pakaian, panggung, pasar raya ternama, pusat kesihatan dan pusat rekreasi, kedai buku, restoran, bazar makanan, surau dan pelbagai kemudahan lain.
02 Apr 17
2555
Empty Image
Kejutan `Candid Surprise' Kian Mendapat Permintaan
Antara hasil kerja dan kreativiti Candid Surprise yang diusahakan pasangan suami isteri dari Ajil, Hulu Terengganu kini kian mendapat tempat di hati pelanggan.Siapa sangka perniagaan 'Candid Suprise' yang diilhamkan sepasang suami isteri muda, Syed Ahmad Fakril Hadi Syed Abd Aziz,33, dengan Nur Hidayu Che Hasin,32, sebagai perancang kejutan,  kini mampu menjana pendapatan lumayan.Bagi kebanyakan orang, perancang majlis bukan kerjaya atau tugas yang asing, namun berbeza bagi perancang kejutan yang dilihat masih baharu di negara ini dan popularitinya melonjak akhir-akhir ini tanpa diketahui siapa pelopor yang memperkenalkannya.Bertanggungjawab sebagai perantara yang membuahkan bibit-bibit kasih sayang antara si pengirim dan penerimanya, Hidayu menganggap tugasnya sebagai perancang kejutan untuk pasangan suami isteri, kekasih, rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja, umpama meraikan hubungan yang terjalin antara mereka.Perniagaan yang mula beroperasi sejak tiga tahun lalu beralamat di Ajil Hulu Terengganu, membuktikan bahawa tidak sukar untuk memperoleh kejayaan jika mempunyai idea yang bernas dan menarik, apatah lagi di zaman yang serba moden ini.Jelas Hidayu, bermula dengan menghebahkannya di laman sosial seperti facebook dan instagram, dia tidak menyangka perkhidmatan yang ditawarkan dengan pelbagai pakej serendah RM100 sehingga RM500 itu mendapat perhatian dan sambutan daripada ramai kenalan.Hidayu bersama suami dan anak-anak“Sebelum saya mengiklankan perkhidmatan ini di laman sosial, kami membuat kajian dengan menawarkan khidmat ini kepada keluarga terdekat dan rakan-rakan untuk melihat hasil dan komen mereka,”katanya.Hidayu berkata,  jika ramai orang  merasakan perkhidmatan itu tidak mampu menjana pendapatan lumayan, mereka mungkin silap kerana setiap hari,apa jua sambutan atau musim perayaan, pasti ada sahaja tempahan daripada pelanggan baharu dan yang sedia ada. Menceritakan bagaimana perniagaan tersebut menjadi pilihan Hidayu, ianya bermula sejak melihat kejayaan kakak iparnya di Kuala Lumpur yang menjalankan perkhidmatan itu sebagai sumber pendapatan sampingan.Bermodalkan hanya RM1,000 dan mempromosi menerusi atas talian, Hidayu memperolehi keuntungan berlipat ganda dalam tempoh sebulan sebelum mampu meraih pendapatan sehingga RM16,000 selepas setahun beroperasi dan meluaskan perniagaan di seluruh Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus serta Marang.Kini 'Candid Suprise' mengorak langkah lebih jauh apabila berjaya mendapat tempat dihati artis-artis ternama seperti Amy Mastura, Linda Rafar dan pengasas D'Herb Dato' Aliff Syukri juga antara pelanggan tetapnya."Kita juga tawarkan hiasan untuk majlis-majlis seperti hari jadi,ulang tahun perkhawinan dan sebagainya dengan harga mampu milik dan tidak bebankan pelanggan bermula dengan RM200 hingga RM1,500, bergantung kepada rundingan serta kemampuan,"katanya.
29 Mar 17
1391
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Disaran Tubuh Jawatankuasa Khas Persediaan DFTZ
Kerajaan negeri disarankan agar menubuhkan satu jawatankuasa khas sebagai persedian awal dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang baru dilancarkan pada 22 Mac lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, DFTZ  adalah sumber pendapatan baru untuk negara yang tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan negeri.“Saya meminta pihak kerajaan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T), serta exco-exco cuba fokuskan kembali bagaimana untuk mencari ruang atau sumber pendapatan negara yang terbaru ini.“Kita tidak boleh lepaskan peluang ini tatkala kita menjalankan aktiviti konvensional, masih mengharapkan kepada pendapatan minyak. Kita perlu fokus dan kumpul segalanya terhadap bagaimana untuk kita dapat mencari pendapatan yang bakal dijana oleh DFTZ ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Wan Abdul Hakim berkata, teknologi kini sudah berubah apabila ianya turut meliputi landskap kehidupan manusia, pengurusan kerajaan serta pengurusan syarikat.Tambahnya DFTZ yang baru dilancarkan tersebut dijangka akan memberi beberapa kesan positif kepada negara dalam masa lapan tahun.“Pertama DFTZ akan menyumbangkan 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara (GDP) menjelang 2025 iaitu sebanyak RM286 bilion serta pertumbuhan eksport akan berganda dalam masa yang sama.“60,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan turut diwujudkan dalam masa lapan tahun ke hadapan,” katanya.
28 Mar 17
51
Empty Image
Uniknya Pasar "Gilirang" Di Bandar Kuala Berang
Pasar "Gilirang" yang wujud lebih seratus tahun lalu, di Bandar Kuala Berang setiap hari Rabu dan Sabtu bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan tetapi berupaya menarik pengunjung dari luar kerana keunikannya yang tersendiri.Satu keunikannya adalah sebahagian peniaganya terdiri daripada warga emas yang duduk bersila di atas tikar atau kain batik lusuh dengan menjual sayur-sayuran serta buah-buahan.Walaupun situasi berkenaan dilihat kurang selesa tetapi itu bukan persoalan, kerana mereka melakukan kegiatan itu demi kepuasan diri sendiri kerana sudah menjadi kelaziman dan rutin harian sejak dahulu lagi, selain menambah pendapatan keluarga masing-masing.Rata-rata peniaga warga emas ini mengakui selain mencari rezeki mereka berniaga hanya untuk mengisi masa lapang kerana jika tidak berniaga pada setiap Rabu dan Sabtu, hidup mereka berasa tidak lengkap.Ramlah Omar,64, dari Kampung Gaung berkata, dia sudah berniaga pada Hari Giliran Kuala Berang itu sejak hampir 40 tahun lalu, bermula di tepi sungai sehinggalah ke tapak sekarang.Katanya,berniaga merupakan rutin kehidupan yang kini bagaikan nadi serta  sebati dengan dirinya."Meniaga sambil duduk ini untuk umur mak cik memanglah tidak selesa ,penat dan kadang-kadang sampai sakit lutut duduk bersila dari pagi sampai tengahari."Tapi ini lah kepuasan mak cik daripada duduk bersahaja di rumah, lebih baik duduk berniaga di sini mencari rezeki.“Malah, jika tidak datang berniaga pada Rabu dan Sabtu, kehidupan hari itu bagaikan ada sesuatu yang tidak kena,” katanya.Bagi  Wan Esah Ton Sulaiman,62,dari Kampung Telaga yang berniaga sejak dua tahun lalu, pula merasa bosan sekiranya tinggal di rumah tanpa berbuat sesuatu yang bermanfaat."Jualan mak cik ini tidaklah seberapa pendapatannya, tetapi bolehlah buat tambahan belanja dapur walaupun anak-anak ada yang membantu."Biasa mak cik jual sayur-sayuran dari jiran-jiran dan ada juga yang mak cik beli secara borong.Memanglah tidak dapat banyak sebab modal pun sudah tinggi tetapi yang penting kepuasan yang makcik boleh apabila datang ke pasar giliran ini,"katanya lagi.Menurut Wan Esah, selagi diizinkan-Nya,selagi kudrat ada dia akan terus berniaga mencari rezeki yang halal di pasar yang sering menjadi tumpuan ramai itu.
16 Mar 17
828
Empty Image
Hanya 10 Peratus Usahawan YPU Gagal Bayar Hutang
Usahawan bergambar kenangan selepas selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailHanya 10 peratus daripada 5,000 usahawan Terengganu dikesan gagal membayar balik pinjaman kewangan mengikut tempoh seperti yang dijadualkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Dr Tengku Khairi Abd Rahman berkata, jumlah itu dianggap sebagai kes terpencil dan tidak membimbangkan.Katanya, YPUT sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut secara rundingan dan diplomasi termasuk meminta peminjam menghadiri sesi kaunseling bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).“Langkah itu dilaksanakan sebelum mengambil tindakan seterusnya termasuk mengikut undang-undang.“YPUT sentiasa memantau rekod pembayaran hutang pinjaman oleh usahawan dan memberi bimbingan kepada mereka dari semasa ke semasa.“Secara umumnya, kita berbangga kerana sebilangan besar usahawan mampu membuat pembayaran balik dan ini membuktikan mereka berjaya mengembangkan perniagaan hasil pinjaman daripada YPUT,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri, Salemi Yusof.Tengku Khairi berkata, sepanjang tahun ini, YPUT menerima peruntukan RM900,000 daripada kerajaan negeri sebagai dana untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memperluas pasaran dalam pelbagai perniagaan.“Jumlah itu diagih kepada dua kategori peniagaan iaitu dana perniagaan atas talian sebanyak  RM500,000 manakala pembangunan produk RM400,000,”katanya..
14 Mar 17
151
Empty Image
Terengganu Berhasrat Gabungkan GLC Teras Perniagaan Sama
Ahmad Razif (kanan) melihat dokumen yang disampikan Mohamat sempena pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan negeri berhasrat menggabungkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai teras perniagaan sama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang membuat penilaiandan kajian terperinci untuk proses penggabungan mana-mana entiti yang ada persamaan.Katanya, penggabungan itu bukan sahaja sebagai usaha penjimatan dari segi pengurusan malah juga satu langkah dalam mendepani pelbagai cabaran terutama kos operasi yang semakin meningkat serta harga komoditi yang tidak menentu ketika ini.“Contohnya menggabungkan TDM Berhad dengan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd yang signifikan dengan aktiviti perladangan. Begitu juga dengan hotel-hotel milik kerajaan negeri yang mungkin boleh digabungkan menjadi satu konsortium,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) di Permai Hotel Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda.Katanya, kerajaan negeri akan melihat kesamaan aktiviti-aktiviti perniagaan GLC miliknya supaya dapat diselaraskan.Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri telah bersetuju dengan permohonan oleh TDM Berhad untuk mendapatkan tanah kosong yang dipunyai GLC lain di bawah naugannya.“TDM Berhad akan bekerjasama dengan GLC ini untuk mendapatkan semaksima yang boleh tanah-tanah yang dkenalpasti berpotensi dibangunkan bagi tujuan perladangan,” ujarnya.
27 Feb 17
48
Empty Image
64 Usahawan Kraf Terengganu Sertai HKK 2017
Seramai 64 usahawan kraf dari Terengganu menyertai pameran dan jualan produk kraf bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 yang bermula 22 Februari hingga 6 Mac depan.Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penyertaan usahawan terbabit di HKK bertemakan Kraf Menjana Ekonomi berlangsung di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur itu adalah menerusi kelolaan Sekretariat Beautiful Terengganu dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Perbadangan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.“Antara usahawan terlibat termasuk yang pengusaha songket, batik, kain tenun, tembaga, barangan kulit, logam dan perak serta pelbagai lagi.“Juga terdapat pengusaha makanan di samping pameran dan jualan pakej pelancongan, pameran Terengganu International Endurance Park dan persembahan muzik dan nyanyian tradisional dari SUKTRA Terengganu yang ditempatkan di Pavilion Beautiful Terengganu,” ujarnya.Katanya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor  merasmikan HKK di Panggung Sari Kompleks Kraf pada 23 Februari lalu.“Datin Seri Rosmah telah mengunjungi Pavilion Beautiful Terengganu dan sempat melawat dan melihat produk batik, songket, tembaga dan lain-lain,” ujarnya.Selain itu katanya, Menteri Besar, Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria juga melakukan ‘walkabout’ di Pavilion Beautiful Terengganu pada hari yang sama.“Beliau dan isteri sempat beramah mesra dengan usahawan kraf Terengganu termasuk usahawan nasi dagang yang turut melakukan demo dan jualan sempena HKK kali ini,” ujarnya.Katanya, HKK bertujuan memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan serta penggiat kraf dalam usaha memartabatkan industri kraf tempatan.
25 Feb 17
212
Empty Image
TDM Lancar Model TTB 27 Februari Ini
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Development Management (TDM) Berhad dijangka bakal melancarkan Model Transformasi TDM Baharu (TTB) dan Anugerah Kualiti, pada Isnin ini (27 Februari).Pelancaran   model transformasi   ini   dilihat seiring   dengan   gagasan   kerajaan  negeri   iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) merangkumi prinsip integreti, disiplin, seruan perpaduan dan inklusif yang  dilihat sangat relevan dengan strategi perniagaan TDM.Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda berkata, misi TDM adalah untuk menjadi model kepada warga korporat, penambah kekayaan kepada pemegang saham dan juga untuk meningkatkan kesejahteraan semua masyarakat di sekeliling mereka.“Objektif utama kami adalah untuk mencapai pemodalan pasaran sebanyak RM 2 billion danmembayar dividen tahunan sebanyak RM 100 juta.“Dengan pencapaian tersebut, harapan kamiadalah untuk menjadi diantara 100 syarikat teratas di Bursa Malaysia,”katanya. Tambahnya, dengan perancangan yang jelas dan teratur, pihaknya juga yakin untuk mencapai objektif  pada 2022 nanti.Model TTB TDM ini dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 petang.
22 Feb 17
182
Empty Image
Terengganu Tidak Akan Jual Kepentingan YIT Dalam FGV
Kerajaan negeri tidak akan menjual kepentingan yang dimiliki Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) walaupun didesak oleh segelintir pihak.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata YIT sudah menjana keuntungan lebih RM100 juta sejak terlibat dengan pelaburan dalam FGV dan memperolehi dividen pada setiap tahun.Katanya, buat masa ini, tiada keperluan kerajaan negeri untuk menjual kepentingan itu memandangkan ia adalah aset dan pelaburan yang boleh membantu generasi akan datang."KIta bersedia memberi masa kepada pengurusan baharu (Felda) untuk memulihkan syarikat itu. Walaupun kita tak jual saham itu kita akan dapat dividen setiap tahun, kita juga ada keyakinan berdasarkan perubahan dari segi pengurusan syarikat itu. Jadi, tiada keperluan untuk jual, kita akan simpan dan tidak akan jual saham itu.“Tambahan pula, pelaburan itu tidak melibatkan duit kerajaan, ia adalah keuntungan daripada pelaburan YIT sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.Ahmad Razif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat, Naraza Muda yang meminta Kerajaan Terengganu menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian lebih besar.Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri tetap dengan pendirian dan tidak akan menurut langkah agensi lain yang menjual saham berkenaan.“Bagi saya menjual saham itu ketika era pemulihan syarikat itu bukan sesuatu yang bijak sebab kita (YIT) melabur daripada keuntungan kita sendiri iaitu daripada keuntungan saham yang lepas, bukan pinjaman atau menggunakan dana kerajaan negeri,” katanya.
14 Feb 17
77
Empty Image
Sentuhan Kraf Ismawati Dapat Permintaan Ramai
Menghasilkan aneka kraf menggunakan songket, batik dan anyaman memang sukar, namun jika ada kemahuan serta bakat semula jadi, semuanya pasti menjadi mudah.Seorang pengusaha kraf, Ismawati Ismail, 43, bertekad untuk menceburi bidang yang jarang diceburi golongan muda itu dengan memfokus kepada pembuatan barangan kraftangan daripada songket, batik dan anyaman mengkuang kerana dilihat berpotensi memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Mengimbau detik permulaan menceburi bidang kraf kira-kira sebelas tahun lalu, Ismawati berkata, dia mempelajari cara-cara menghasilkan barangan kraf dan seni anyaman seperti beg, kotak tisu, bakul, tudung saji, barang perhiasan dan pelbagai lagi selama setahun setengah di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.Setelah yakin produk berasaskan aneka kraf berpontensi dan bernilai untuk dikormesialkan, suri rumah yang suka akan cabaran itu membuat keputusan membuka bengkel menghasilkan pelbagai barangan kraf yang unik dan cantik serta boleh dijadikan cenderamata mahupun barangan perhiasan rumah.Katanya, kesemua produk yang dihasilkannya dipasarkan di seluruh negara termasuk mendapat permintaan tinggi daripada Kuala Lumpur.“Harga barangan kraf yang dijual kepada orang ramai adalah mengikut saiz iaitu bermula harga bawah RM10 sehingga mencecah ribuan ringgit dan bergantung kepada kualiti serta tahap kesukaran membuatnya.“Ia dihasilkan berdasarkan tempahan dan kebiasaannya untuk dijadikan cenderahati majlis perkahwinan, hadiah kepada tetamu kehormat dan sebagainya,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui pada lawatan 30 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu yang diketua pengerusinya, To’ Puan Anis Hamid di bengkel milik wanita berhati kental itu di Taman Perumahan Sungai Kerak, Marang.Katanya, permintaan untuk produk yang dihasilkan sentiasa diterima dari semasa ke semasa termasuk oleh golongan atasan.Ismawati turut mengupah antara 7 hingga 10 pekerja dari kalangan siswazah dan ibu tunggal bagi menyiapkan tempahan berdasarkan kuantiti yang diingini pelanggannya. “Secara puratanya, dalam masa sebulan saya memperoleh pendapatan yang agak memberangsangkan berbanding antara RM2,000 hingga RM3,000 di awal pembabitan.“Alhamdulillah, perusahaan kraf ini sedikit sebanyak menambah pendapatan keluarga dan seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga saya ke arah lebih selesa sekali gus membantu penduduk setempat,” ujar ibu kepada tiga anak ini yang pernah menerima tempahan sehingga 13,000 unit dalam satu masa.
08 Feb 17
298