lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Terengganu Bakal Pengeluar Makanan Ternakan Terbesar Negara
Terengganu muncul negeri pertama di Malaysia yang mengusaha industri penanaman jagung bijirin secara komersial dan berskala besar.Projek terbabit melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM27 juta daripada Syarikat Green World Genetics Sdn Bhd.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program Transformasi Ekonomi Negeri melalui bioteknologi, selaras dengan agenda negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada import jagung bijirin bagi makanan ternakan."Projek ini akan menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pengeluar makanan ternakan terbesar di Malaysia," katanya di Majlis Pelancaran Industri Penanaman Jagung Bijian Terengganu di Rhu Tapai, Setiu, hari ini.Katanya, pada masa yang sama, kerajaan mensasarkan pengurangan jagung bijian import dari luar negara sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.Malah, kerajaan negeri juga berkeyakinan industri tanaman jagung bijirin ini akan menjadi satu sumber pendapatan baharu kepada penduduk Terengganu.Ahmad Razif berkata, potensi tanaman ini sangat besar dan mana-mana tanah terbiar khususnya tanah-tanah bekas sawah adalah sangat sesuai dengan tanaman ini."Saya minta agensi yang terlibat khususnya Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan ketua-ketua masyarakat bergabung tenaga ke arah menjayakan projek ini pada skala yang lebih besar," katanya.Menurutnya, kerajaan negeri juga mengalu-alukan pihak swasta untuk melabur di Terengganu kerana kemajuan sesebuah negeri amat bergantung kepada pelaburan luar  selain menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
15 May 17
448
Empty Image
RM489 Juta Untuk 33,476 Usahawan Sepanjang 2016
Sejumlah RM489 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 33,476 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sepanjang tahun lalu, berbanding RM486 juta kepada 41,358 usahawan IKS pada 2015.Daripada jumlah pembiayaan sepanjang 2016, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan kira-kira RM273 juta kepada 29,188 IKS, Mara (RM48 juta) (432) , SME Bank (RM22 juta) (23), MIDF (RM31 juta) (11), Tekun Nasional (RM41 juta) (3,172), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (RM33 juta) (67), Agro Bank (RM5.5 juta) (51), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (RM21.7 juta) (13), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) (RM181,000) (25), Jabatan Pertanian (RM99,988) (51) dan Program Pembangunan Keusahawanan ECER (RM11,532) (443).Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) pada 2016 melaporkan  seramai 664 usahawan IKS turut menerima geran  berjumlah RM7.7 juta, selain 36,435 usahawan turut mengikuti 504 program latihan serta 7,184 terlibat dalam 166 program promosi.“Pada masa yang sama, MSPUT turut mensasarkan 70 usahawan berprestasi tinggi berbanding sedia ada 68 orang  dan 2,500 usahawan baharu bagi menambah bilangan 5,785 orang sehingga tahun lalu terutama yang terlibat dengan perniagaan atas talian.“Daripada 68 usahawan berprestasi tinggi itu, PUNB  membiayai 28 orang, Jabatan Pertanian (22), YPU (7),  masing-masing Mara dan LKIM (4) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) (3). Daripada  5,785 usahawan berkenaan, Tekun Nasional membiayai  3,172 orang, Mara (2,378), YPU (83), SME Corp (66), Jabatan Pertanian (19), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (15) MPC (8) dan Mardi (6). Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.Nawi yang juga Pengerusi MSPUT berkata,  majlis berkenaan turut merekodkan hasil jualan promosi berjumlah RM6.6 juta dengan YPU merupakan agensi yang menyumbang hasil tertinggi kira-kira RM2.7 juta, diikuti Kraftangan Malaysia (RM2.3 juta) dan FAMA (RM755,000).Lain-lain agensi, Ketengah (RM291,000), SKM (RM140,000), Jabatan Pembangunan Wanita (RM112,000), Risda (RM70,000), Agro Bank (RM50,000), Jabatan Pertanian (RM35,000) serta  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pula berjumlah RM3,000.Tambahnya, MSPUT akan terus memainkan peranan lebih baik menerusi aktiviti yang merangkumi spektrum lebih luas dalam pembangunan keusahawanan sejajar dengan penubuhannya  bagi memperkasakan IKS negeri serta menambah penglibatan rakyat Terengganu dalam aktiviti keusahawanan.
08 May 17
75
Empty Image
Minggu PKS Terengganu Sasar 20,000 Pengunjung
Nawi menyampaikansijil penghargaan anugerah usahawan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Serbaguna YPU, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri menyasarkan 20,000 pengunjung akan mengunjungi Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu sepanjang lima hari bermula 17 Mei ini.Karnival dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi edisi keenam itu akan menggabungkan beberapa program kerajaan seperti pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  Zon Timur.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, program Mini Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan `My Farm Outlet’ oleh Jabatan Pertanian serta FAMA juga akan menawarkan produk pertanian terus dari petani dengan harga yang lebih murah. “Pasar Ternakan Hidup yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar turut menawarkan jualan haiwan ternakan secara langsung kepada pengunjung. Ini sekali gus bertepatan dengan saranan kerajaan ke arah mengoptimumkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).“Selain itu, karnival kali ini juga akan dikunjungi oleh delegasi asing daripada pelbagai negara seperti Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos dan juga dari Jerman serta Amerika Syarikat. Ini adalah bersempena Mesyuarat Koordinasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Asean (ACCSME) yang memberi pengiktirafan kepada Terengganu mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017,”katanya.Beliau berkata demikian kepada media sempena pra pelancaran Karnival Minggu PKS Terengganu Peringkat Kebangsaan 2017, di Dewan Serbaguna YPU, Kuala Terengganu, hari ini.Turut Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.Nawi berkata, karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.Tambahnya lagi, penekanan kepada produk halal adalah satu fokus yang akan diberi keutamaan pada karnival kali ini.
07 May 17
63
Empty Image
Koperasi Pembangunan Setiu Koperasi Daerah Kedua Terbaik Malaysia
Koperasi Pembangunan Daerah Setiu menjadi Koperasi Pembangunan Daerah kedua terbaik di Malaysia pada tahun lalu.Pengerusinya, Dr. Ibrahim Husin berkata, ahli koperasi seharusnya berbangga dengan kejayaan berada di tangga kedua negara selepas Langkawi."Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi kami dan koperasi ini juga tersenarai di dalam 100 koperasi terbaik Malaysia," katanya pada Mesyuarat Agong Koperasi koperasi itu kali ke 35, di Bandar Permaisuri, semalam.Dalam pada itu, Ibrahim berkata, koperasi itu akan membina sebanyak 20 unit rumah jenis banglo mampu milik di Kampung Saujana, Setiu pada tahun ini.Dr Ibrahim Husin berkata, rumah itu akan dibina secara usahasama dengan sebuah syarikat hartanah."Rumah ini hanya ada 20 buah sahaja dan mana-mana ahli yang berminat bolehlah mohon sebab harga asal lebih daripada RM300,000 tetapi untuk ahli, harga kurang daripada itu akan ditawarkan," katanya.Menurutnya,  pihaknya merancang pelbagai projek dan aktiviti tahun ini termasuk membina sebuah stesen minyak baharu di daerah itu.Katanya, aktiviti lain tetap akan diteruskan seperti operasi stesen minyak sedia ada, sewa bangunan dan sebagainya."Walaupun kita (koperasi) tidaklah bergerak laju seperti roket tetapi tetap bergerak mengikut landasan yang betul," katanya pada Mesyuarat Agung Koperasi kali ke- 35, di sini, semalam.Mesyuarat dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad.Ibrahim berkata, tahun lepas koperasi membeli sebidang tanah berkeluasan dua ekar yang berpotensi dijadikan tapak perumahan di Bandar Permaisuri."Ini sebagai langkah menambah aset koperasi untuk masa depan," katanya.Hadir sama, Yang Dipertua Koperasi, Rosdi Awang dan Pengarah Urusan Vista Infinity Development Sdn Bhd, Mohd Afif Mohd Ghani.
07 May 17
405
Empty Image
Pasar Tani Fama Terengganu Kutip Jualan RM12.5 Juta Bagi Suku Pertama 2017
Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengutip jualan sebanyak RM12.5 juta di seluruh Terengganu bermula Januari hingga Mac tahun ini.Hasil jualan pada suku pertama tahun ini melibatkan 30 pasar tani di seluruh Terengganu antaranya ialah Pasar Tani Padang Hiliran, Kerteh dan Chukai.Penyelaras Pasar Tani Fama Negeri, Halmi Hamzah berkata, Pasar Tani Padang Hiliran adalah pasar tani yang paling tinggi hasil jualannya berbanding lokasi lain."Ia mungkin faktor pembukaan dua kali seminggu, keadaan persekitaran dan juga pasar tani yang telah lama beroperasi sekitar 1986 lagi."Kawasan pasar tani lain juga sebenarnya berpotensi memperoleh hasil jualan yang baik," katanya ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Sri Langkap yang baharu dibuka Jumaat lepas.Halmi berkata, pihaknya berharap hasil jualan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu RM56 juta dengan penglibatan 1,200 usahawan.Katanya, pada tahun ini, setakat Mac, seramai 1,400 usahawan menyertai pasar tani di seluruh negeri.Halmi berkata, pihaknya juga berusaha menarik pengunjung membeli di pasar tani dengan menggunakan transformasi peruncitan baharu."Kita akan masukkan nanti caravan, car boot sale dan sebagainya dalam usaha menarik lebih ramai pengguna ke tapak pasar tani," katanya.Menurutnya, sebanyak lima pasar tani baharu dibuka pada tahun ini iaitu Pasar Tani Nyior 7 (Besut), Pantai Penunjuk (Kemaman), Gong Badak 4 (Kuala Nerus), Pasar Tani Ternak (Manir), Pasar Tani Pelancongan (Batu Burok) dan termasuk Sri Langkap, yang baru dibuka Jumaat lalu.
30 Apr 17
247
Empty Image
UniSZA Lancar Ladang Ternakan Kambing Tenesu Pertama Negara
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya.
25 Apr 17
1371
Empty Image
`Nisan Kerek' Kampung Jenang Istimewa
Kampung Jenang, Marang sememangnya terkenal dengan aktiviti desa seperti menangkap ikan, menganyam atap daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.Manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek', cukup unik dengan ramuan dan pembuatannya yang masih kekal secara tradisional dengan menggunakan dapur kayu api dan teknik mengacau secara manual.Pengusahanya, Norayati Yaakob,48, yang dibantu oleh suaminya Che Amid Mohd Amin,51, berkata, bagi menyediakan manisan, dia perlu menggunakan air nira kelapa, gula dan daun mengkuang.Katanya, setiap hari, tiga hingga empat gelen air nira kelapa diperlukan dan diambil dari kebun kelapa secara sistem pawah di Kampung Jenang, yang boleh menghasilkan sehingga 200 keping manisan.“Biasanya pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.Kalau banyak hasilnya maka banyaklah air nira untuk dimasak pada hari itu."Kadang-kadang jika terputus bekalan air nira,terpaksa kami membelinya dari orang kampung dengan harga RM35 hingga RM45 satu gelen yang  boleh memuatkan sembilan liter. Saya pastikan bekalan air nira ni cukup sebab setiap 'nisang' yang dihasilkan mengandungi 70 peratus air nira dan hanya 30 peratus gula bagi menjaga kualitinya.“Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh secara percuma dengan penduduk yang menghasilkan atap atau tikar mengkuang,kadang-kadang saya mencarinya sendiri di tepi sungai jika perlu,"kata Norayati.Menurutnya lagi, perusahaan itu bermula setiap jam sembilan pagi dengan proses memasak air nira selama empat jam sehingga pekat dan boleh dituangkan ke dalam kerek daun mengkuang sebelum disejukkan.Menurutnya lagi, manisan yang dijual dengan harga RM1.40 sekeping secara borong kepada pelanggan termasuklah kepada peniaga di Pasar Payang dan Batu Enam."Kadang-kadang ada juga pelanggan dari luar datang untuk membeli 'nisang' termasuklah daripada Kuala Lumpur terutama di musim perayaan."Alhamdulillah..setiap bulan ia mampu memberi purata pendapatan sebanyak RM3,000 dan RM7,000 jika tiba musim perayaan,"katanya.Dia yang tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan berharap ada pihak yang boleh membantu mendapatkan peralatan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan."Saya tak minta banyak cuma sebuah peti sejuk untuk menyimpan air nira supaya tahan lebih lama dan kawah untuk memasak air nira kerana kos kedua-dua alat tersebut agak mahal,"katanya lagi.Bagi individu yang mementingkan kualiti biasanya memilih manisan berkenaan dalam resepi masakan dan kuih-muih untuk menghasilkan rasa yang enak, selain membangkitkan aroma yang menyelerakan.Sementara itu, Hawa Salleh,68, lebih gemar menggunakan manisan asli kerana rasanya yang sedap,enak dan kebersihannya lebih terjamin.Dia yang mengusahakan kuih-muih tradisional sejak 30 tahun lalu menggunakan manisan ini sebagai asas untuk memberikan keenakan kepada juadah yang dihasilkannya seperti kuih kasui, onde-onde, lompat tikam dan lebih 10 jenis dalam menu yang dijual di pasar."Kalau kita beli yang orang kita buat,rasanya lebih selamat dari kita beli hak orang luar buat.Kita mana tau cara proses masa buat 'nisang' ni..bersih ke tidak..ada campuran lain ke macam tambah gula secara berlebihan sebab mak cik pernah kena sebelum ni."Memang rasanya pelik..manis pun lain macam, selain sisa habuk dalam tu pun banyak, kena tapis sebelum guna.Sebab tu mak cik lebih yakin dengan 'nisang' kita ini,"katanya lagi.
20 Apr 17
1279
Empty Image
NFK Farm Prima Bangkit Selepas Jatuh
Gagal sekali bukan bermakna pengakhiran. Ungkapan yang sesuai buat pemilik ladang kambing, NFK Prima Farm yang pernah berhadapan dengan situasi kegagalan apabila ternakannya kurang menjadi tujuh tahun lalu.Berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuh, pemilik NFK Prima Farm, Kamaruddin Mohamad, 37, berkata, pada 2010 dia mula menternak kambing kampung berhampiran rumahnya sebagai memenuhi minat. “Dari lima ekor kambing, saya menambah bilangan kambing dan dalam satu masa pernah mencecah 50 ekor ketika itu tetapi akibat kekurangan modal dan pengalaman, banyak ternakan mati.“Dari situ, saya mendapatkan tunjuk ajar dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan pada tahun 2014, saya kembali mengorak langkah untuk terus maju dan hasilnya kini sangat memberangsangkan,” ujarnya.Kamaruddin mengakui, bukan mudah buat dirinya meninggalkan kerjaya di Petronas Carigali Kerteh semata-mata mahu melibatkan diri di bidang penternakan itu.Malah, ada yang menganggap langkah diambil oleh pemegang Ijazah Sarjana Operasi dan Pengurusan Projek dari Robinson College, United Kingdom itu hanya sia-sia dan tidak ada masa depan.Bagaimanapun, Kamaruddin membuktikan sebaliknya apabila NFK Prima Farm berjayamenjadi pembekal kambing pantai timur dan pengeluar susu kambing segar untuk pasaran Lembah Klang.Berpegang kepada prinsip hidup ingin berjaya, anak muda Kampung Tebakang Bukit Payong tetap optimis untuk terus membangunkan perniagaannya serta bergelar penternak berjaya.
16 Apr 17
648
Empty Image
RM9.3 Juta Hasil Tanaman jagung Sepanjang Tahun Lalu
Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perusahaan itu melibatkan kawasan seluas 331.8 hektar.Katanya, berikutan hasil yang memberangsangkan itu, kerajaan negeri melancarkan pula jagung manis Terengganu sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani dan meningkatkan sektor ekonomi negeri selaras dengan transformasi ekonomi."Masyarakat di negeri ini mampu meraih pendapatan lebih baik, sekali gus ianya akan menjadi produk baharu Terengganu."Bagi tahun pertama (2017) pengeluaran jagung manis, dijangka mampu meraih sebanyak 1.56 juta batang jagung yang dapat dituai antara tiga hingga empat musim setahun mengikut kesesuaian, " katanya.kepada media di Majlis Pelancaran Jagung Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, semalam.Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd, Chua Kim Aik serta ketua-ketua jabatan terlibat.Menurutnya, produk baru ini (jagung manis Terengganu) adalah jagung yang istimewa yang dihasil daripada Negeri Terengganu sendiri yang diusahakan 81 petani di tanah berkeluasan 39 hektar."Peserta atau petani terpilih yang terdiri daripada penanam jagung sedia ada, belia dan petani berkelompok."Jagung manis ini berbeza dengan jagung lain termasuk dari segi warna kerana buah ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning selain rasanya yang manis dan tekstur yang rapuh serta boleh dimakan mentah."Harganya lebih 20 peratus dari harga jagung biasa yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada petani,"katanya.Pehimi berkata, kawasan TKPM itu turut dijadikan sebagai hab pengeluar benih jagung manis Terengganu berkeluasan lebih 500 hektar yang akan dieksport ke luar negara.Beliau juga yakin, peluang baharu itu menjadi permulaan dan mendapat perhatian masyarakat sekiranya diberi promosi secara terancang.Katanya, GWG Sdn Bhd adalah pelabur yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran benih manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan syarikat (GWG Sdn Bhd) menggunakan kewangan mereka sendiri serta dipantau Jabatan Pertanian Negeri."Kawasan ini (TKPM) juga dijadikan sebagai tempat latihan kepada rakyat Terengganu untuk mempelajari teknologi pertanian dari luar negara, " katanya.
04 Apr 17
207
Empty Image
Pusat Beli-belah Sogo Tawar 3,000 Peluang Pekerjaaan
Ahmad Razif memerhatikan pertukaran dokumen antara PHB dan Sogo pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPembinaan pusat beli-belah berprestij, Mayang Mall, di Kampung Ladang, Tanjung, Kuala Terengganu yang turut menempatkan gedung membeli belah terkemuka, Sogo bakal mengubah landskap ekonomi Terengganu ke arah lebih baik.Fasa pertama melibatkan pembinaan Sogo setinggi tujuh tingkat dengan keluasan 15,000 kaki persegi, selain kemudahan 2,000 ruang meletak kenderaan dijangka siap pada 2020.Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melantik Sogo Kuala Lumpur Department Store Sdn Bhd sebagai penyewa utama kompleks beli-belah Mayang Mall untuk menguruskan perniagaan, operasi dan perkhidmatan produk. Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, Sogo bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.Antaranya pentadbiran, pengurusan, jurujual, juruwang dan pengawal keselamatan apabila premis perniagaan terkemuka itu beroperasi pada awal Januari 2021.Datuk Kamalul Arifin “Jumlah pelaburan dari segi kos untuk pusat membeli-belah termasuk kos tanah adalah RM450 juta. ‘Service apartment’ pula sebanyak RM150 juta. Jadi untuk fasa pertama ini menelan kos kira-kira RM600 juta.“Pihaknya kami memilih  Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebagai aset sulung PHB di Terengganu kerana yakin lokasi itu bakal menjadi tumpuan ke Mayang Mall.“Apabila wujudnya Mayang Mall kelak penduduk Terengganu tidak perlu lagi keluar ke mencari barangan di luar Terengganu, sama ada ke Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Lumpur,”katanya.Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di tapak itu semalam.
03 Apr 17
360