Artikel "Ekonomi" Terkini
Permohonan Dalam Talian TUBE Dilanjutkan Sehingga 18 Jun Ini
Ahmad Maslan ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraKerajaan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Mega sehingga 18 Jun ini, bagi memberi peluang lebih ramai golongan muda yang masih tidak bekerja namun berminat menjadi usahawan.Permohonan dalam talian menerusi laman sesawang tube.smecorp.gov.my sebelum ini dibuka mulai 23 Mei 2017 dan tamat hari ini (15 Jun 2017). Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sepanjang tempoh dibuka tiga minggu lalu, permohonan dalam talian sudah mencapai 7,200 di seluruh Malaysia. Katanya, kerajaan mensasarkan 1,000 usahawan tahun ini berbanding 500 orang setiap tahun sejak 2014 lalu. “Bagaimanapun, tidak semua 7,200 permohonan itu layak kerana ramai tidak memenuhi syarat termasuk umur (18 hingga 30 tahun), sudah memulakan perniagaan lebih setahun dan mendapat pembiayaan menerusi Tekun dan sebagainya. Jadi usahawan-usahawan yang sudah bertapak ini tidak boleh menyertai TUBE kerana program ini hanya untuk usahawan yang baru dan tidak bekerja selain mereka berkemahiran, seperti memiliki sijil membuat perabot, mekanik dan tukang jahit dari Pusat Giat Mara, misalnya. Jadi dengan sijil kemahiran itu memberi peluang lebih besar untuk berjaya dalam TUBE.“Jadi kita lanjutkan pada 18 Jun ini supaya lebih ramai lagi usahawan muda yang ingin jadi usahawan di luar sana boleh mencari lagi peluang mereka dan perlu daftar online menerusi alamat tube.smecorp.gov.my. Lihat potal itu dan ada syarat-syarat disitu,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media di Bilik Mesyuarat Jabatan Penyiaran Kawasan Timur, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu, Nordin Sulaiman.Ahmad berkata, kesemua peserta yang berjaya akan mendapat geran RM15,000 menerusi SME Corp bagi memulakan perniagaan dengan bimbingan agensi berkaitan dan rakan strategik seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Perbadanan Pembangunan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Jabatan Pertanian sepanjang 12 bulan.Tambahnya, sejak diperkenalkan pada 2014, TUBE sudah melahirkan 1,425 usahawan yang berjaya dari seluruh Malaysia dengan 178 daripada mereka adalah anak Terengganu.Katanya, sepanjang tempoh itu juga, seramai 3,862 berpeluang pekerjaan berjaya diwujudkan di seluruh Malaysia, manakala hasil jualan keseluruhan yang berjaya dijana pula berjumlah RM38.6 juta.Ahmad berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM20 juta tahun ini bagi melahirkan 1,000 usahawan berjaya yang akan memulakan perniagaan berdasarkan kemahiran mereka sebaik menamatkan kursus tiga minggu yang merangkumi tiga fasa iaitu Latihan Boot Camp, Bengkel Asas Perniagaan dan Permulaan Perniagaan Dan Sistem Buddy.“Satu lagi konsep TUBE adalah dari `job seaker’ kepada `job provider’ daripada mencari pekerjaan kepada menghasilkan pekerjaan apabila selama ini anak-anak muda mencari pekerjaan tetapi TUBE ini menghasilkan pekerjaan."Ini satu konsep yang cukup baik.. satu usahawan, tiga pekerja. Sebab itulah 1,000 usahawan 3,000 lebih peluang pekerjaan dapat disediakan,"tambah beliau lagi.
14 Jun 17
55
Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus
Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra.Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad hari ini mengumumkan hasil pendapatan kewangan bagi suku pertama berakhir tahun ini, meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM113.9 juta berbanding RM97.5 juta, bagi tempoh yang sama tahun lalu.Manakala keuntungan bersih pula direkodkan sebanyak RM22.5 juta, pulangan daripada kerugian bersih pada tahun sebelumnya sebanyak RM2.9 juta.Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda berkata, peningkatan dalam prestasi kewangan didorong dari bahagian perladangan dengan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit (PK) yang menunjukkan jumlah pengeluaran lebih tinggi.“Bagi suku pertama tahun ini juga, pendapatan daripada bahagian perladangan meningkat sebanyak 38 peratus kepada RM69.3 juta daripada RM50.2 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.“Harga jualan purata setiap tan MSM dan PK meningkat masing-masing kepada RM3,256 dan RM3,204, berbanding dengan RM2,431 (minyak sawit mentah) dan RM2,103 (isirong sawit) tahun lepas. Sejurus itu, dari tahun ke tahun, pengeluaran MSM meningkat sebanyak empat peratus, manakala pengeluaran PK pula meningkat sebanyak tujuh peratus,”katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Mohamat, pada suku yang sama juga, TDM mencatatkan 94 peratus penjualan minyak sawit mampan yang diperakui (CSPO) daripada jumlah pengeluaran. Katanya, penjualan CSPO premium dikutip daripada RM134 per tan metrik dan RM82 per tan metrik untuk Identify Preserved and Mass Balance. Selain itu, kami juga mencatatkan jualan sulung isirong sawit mampan yang diperakui, pada suku tersebut terdiri daripada 1,542 tan metrik Identify Preserved dan 724 Mass Balance pada premium sebanyak RM120 per tan metrik dan RM70 per tan metrik.Tambah beliau lagi, TDM memulakan 2017 dengan prestasi baik dan kukuh dari bahagian perladangan.“Kami akan terus melabur dalam kemampanan jangka panjang perniagaan kami dengan menjalankan aktiviti penanaman semula reka bentuk susun atur ladang baru, yang telah dioptimumkan untuk penanaman kepadatan yang lebih tinggi, membolehkan kita untuk menanam lebih banyak pokok sehektar dan untuk meningkatkan tahap penggunaan jentera di ladang kami. Ini dijangka meningkatkan produktiviti dan kecekapan lading kami dalam jangka panjang.Menurut beliau lagi, bhagian penjagaan kesihatan melaporkan pendapatan sebanyak RM44.6 juta pada suku pertama tahun ini, berbanding dengan RM47.4 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh dua peratus penurunan dalam jumlah pesakit dalaman. Dalam tempoh yang sama itu, TDM juga menanggung kos kakitangan yang lebih tinggi disebabkan keperluan peraturan baru oleh Kementerian Kesihatan berkaitan dengan peningkatan dalam kakitangan bagi nisbah katil daripada 1:6 ke 1:2.“Kami memperkenalkan kaedah perkhidmatan baru dan menaik taraf kemudahan perubatan di hospital pakar komuniti kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti yang lebih baik untuk pesakit kami. "Kami percaya ini akan meningkatkan aspirasi kami untuk menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan kesihatan pertengahan yang berpatutkan di kawasan kami beroperasi,” katanya lagi.Pada suku tersebut, TDM turut menjana aliran tunai operasi bersih RM27.4 juta, berbanding RM5.7 juta pada tahun sebelumnya. Malah, aliran tunai dan baki di bank masih mengukuh kepada RM141.1 juta pada akhir Mac 2017, berbanding RM122.2 juta pada akhir Disember tahun lalu. Manakala jumlah pinjaman kekal tidak berubah pada RM824.0 juta, sementara aset bersih sesaham meningkat kepada 89 sen sesaham, daripada 87 sen sesaham sebelumnya.
25 May 17
30
Keuntungan TDM Berhad Cecah RM428.5 Juta
Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 .Pengerusinya, Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar , berkata bahagian perladangan kumpulan TDM turut meningkat sebanyak RM245.9 juta berbanding RM215.6 juta pada tahun sebelumnya. “Manakala bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah iaitu RM182.7 juta, peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding RM165.2 juta pada tahun sebelumnya,”katanya dalam satu kenyataan.Perkara selanjutnya akan diumumkan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 (AGM) dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 25 Mei ini.
23 May 17
231
RM411 Ribu Bantu Penanam Kenaf Setiu
Kerajaan melalui Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN) membelanjakan sebanyak RM411,255 sebagai insentif kepada 109 peserta tanamam kenaf di Setiu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Mohamad Pehimi Yusof berkata, peruntukan itu akan dibelanjakan bagi menyediakan input tanaman kenaf melibatkan penyediaan kawasan tanaman itu."Secara keseluruhannya seluas 185 hektar tanah akan diusahakan dengan tanaman kenaf di Daerah Setiu."Bagi memudahkan pengangkutan pada tahun ini Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menaik taraf jalan ladang di kawasan tanah kelompok Kampung Bahagia sejauh 3.7 kilometer (km) dan Kampung Guntung sejauh 2.3 km," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Kenaf di Kampung Guntung, Setiu, kelmarin.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh, Pengurus Wilayah Timur LKTN, Mohd Norsyam Yahya dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Pehimi berkata, beliau mahu pihak terlibat membantu LKTN untuk mengenal pasti lokasi tanah di Terengganu yang boleh diusahakan dengan tanaman kenaf.Beliau juga berharap lebih ramai penduduk di seluruh Terengganu khususnya di kawasan yang sesuai dengan tanaman itu supaya menanam kenaf kerana mampu menghasilkan pendapatan baik kepada pengusahanya.Kenaf adalah sejenis tanaman yang digunakan untuk membuat beberapa produk antaranya ialah papan gentian dan barangan kraftangan.
23 May 17
357
Projek Puncak Temala Wakaf Tapai Penuhi Keperluan Rakyat
Ahmad Razif (tengah) melihat model projek selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang. Foto oleh Tengku Syamim tengku IsmailProjek Puncak Temala bakal menyediakan 685 unit kediaman dan unit komersil, satu lagi lakaran cerita kejayaan kerajaan negeri untuk penduduk Wakaf Tapai, Marang dan sekitarnya.Pembinaan di kawasan berkeluasan hampir 27 hektar melibatkan tiga fasa merangkumi 100 unit rumah berkembar, 349 unit rumah teres, 160 unit rumah mampu milik dan 76 unit kedai pejabat serta satu lot tapak komersil berhadapan jalan raya utama.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pembangunan perumahan baharu menerusi syarikat pemaju, Temala Development Sdn Bhd (TDSB ) akan menyemarakkan lagi pembangunan setempat khususnya di Marang."Kawasan ini boleh menjadi sebuah kawasan pertumbuhan satelit yang baharu sekali gus merancakkan lagi aktiviti ekonomi daerah serta sekitarnya."Kerajaan akan berusaha untuk membina lebih banyak rumah bagi memenuhi kehendak dan kemampuan rakyat sama ada melalui agensi kerajaan sendiri atau melalui inisiatif pihak swasta seperti hari ini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek pembangunan Puncak Temala, Wakaf Tapai, Marang, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Pehimi Yusof.Hadir sama, Pengerusi Temala Development Sdn Bhd, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan dan pemimpin parti.Ahmad Razif berkata, projek itu juga merealisasikan hasrat kerajaan untuk memfokuskan pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat merangkumi 3P, dengan P yang pertama, perumahan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana, selain pendapatan dan peluang pekerjaan.Lokasi Puncak Temala yang hanya tujuh kilometer dari Plaza Tol Ajil dan 23 kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu bukan sahaja lokasi srategik dan baik untuk didiami malah untuk tujuan perniagaan.Selain itu juga, sebanyak 349 unit rumah teres dua tingkat di Puncak Temala dengan keluasan lebih 11 hektar akan diperuntukkan kepada penjawat awam melalui Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M ).
21 May 17
1339
Variasi Kebaya Songket Serikan Karnival PKS
Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli PutraPelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, malam kelmarin.Antaranya Kebaya Nyonya, Kebaya Moden, Kebaya Kota Bharu dan Kebaya Riau Pahang, Kebaya Kartini, Kebaya Encim dan Kebaya Panjang.Pengusaha butik tempatan berjaya memperlihatkan kesan artistik dan ekspresif kebaya dengan adunan corak termasuk batik, sulaman, manik dan dipadukan dengan reka bentuk tudung.Aktiviti itu antara yang diselitkan penganjur, SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) sepanjang lima hari karnival berlangsung, bermula 17 Mei.Ia bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis kebaya yang menggunakan fabrik songket dengan keunikan sendiri kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ramizah Hashim itu turut diserikan dengan sesi uji minda dan persembahan artis jemputan. Antara aktiviti lain, pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur.Karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.
20 May 17
485
Pasar Tani Ajil Mudahkan Penduduk Setempat Dapatkan Barangan Segar, Berkualiti
Pembukaan Pasar Tani Ajil memudahkan penduduk setempat mendapatkan pelbagai barangan basah yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib berkata, pusat urusniaga itu juga menjadi lokasi bagi mempromosikan produk dan menawarkan pelbagai bekalan makanan serta keperluan harian kepada pengguna setempat."Saya yakin, pembukaan pasar tani seminggu sekali pada setiap hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari ini akan mendapat sambutan kerana warga Ajil tidak perlu lagi ke tempat lain untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang segar dengan harga berpatutan."Melalui pasar tani ini juga ia dapat membantu mengembangkan perniagaan usahawan Bumiputera," katanya.Ghazali berkata demikian ketika meluangkan masa meninjau Pasar Tani Ajil di Perkarangan Masjid Kampung Bukit Perah, Ajil, hari ini.Katanya lagi, penubuhan pasar tani itu dapat meluaskan pasaran hasil pertanian penduduk, meningkatkan kuasa tawar-menawar dan juga mengurangkan kebergantungan menerusi orang tengah.Sementara itu, seorang pengunjung, Noridah Abd Rahman,35, Felda Bukit Bading berkata, pusat urusniaga itu memudahkan penduduk setempat membeli keperluan harian yang segar dan bermutu tanpa perlu pergi jauh."Sebelum ini agak sukar untuk kami mendapat ikan, sayur dan sebagainya yang segar malah terpaksa pergi ke Bandar Kuala Berang yang agak jauh."Bila adanya pasar tani ini, ianya lebih mudah dan dekat , selain terdapat banyak keperluan harian seperti hasil pertanian dan barangan dapur dijual dengan harga berpatutan serta hasil yang segar terus dari ladang,"katanya.
20 May 17
520
Terengganu Inc Kekal Prestasi Kewangan Memuaskan
Ahmad Razif (lapan dari kiri)bergambar kenangan dengan semua pemenang di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSyarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), masih merekodkan cerita kejayaan walaupun harga minyak jatuh sekali gus memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia.Walaupun pendapatan kumpulan merosot daripada RM1 billion pada 2015 kepada RM960 million pada 2016, TI kekal merekodkan prestasi kewangan yang memuaskan terutamanya menerusi sektor perdagangan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sumbangan pendapatan utama daripada Kumpulan TDM dan Ladang Rakyat mendorong peningkatan pendapatan sektor perladangan sebanyak RM640 juta pada 2016 berbanding RM629 juta pada 2015.“Di peringkat entiti pula, TI mencatatkan peningkatan pendapatan dividen sebanyak 23 peratus sekali gus mengumpul keuntungan sebelum cukai berjumlah RM26 juta. Prestasi kewangan Kumpulan TI yang memberangsangkan di sebalik landskap ekonomi yang tidak menentu, mencerminkan asas yang kukuh. Ianya juga disebabkan oleh strategi pengurangan risiko melalui kepelbagaian pelaburan.“Tahniah saya ucapkan. Marilah kita berikan satu tepukan gemuruh kepada semua yang telah menyumbang ke arah cerita kejayaan ini,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Terengganu Inc Group Excellence Award 2017 di Duyong Marina Convention Centre, Pulau Duyong, Kuala Nerus, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, sempena malam penghargaan kepada pekerja dan bagi meraikan kecemerlangan dalam syarikat, beliau berkongsi satu kisah yang memberi inspirasi kepadanya.Katanya, pada 1929 terjadinya ‘The Great Depression,’ di mana ketika itu, seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Syarikat gergasi di Amerika Syarikat seperti General Motors pada masa itu, terpaksa membuang separuh daripada pekerjanya akibat kemelesetan ekonomi dan banyak perusahaan besar terpaksa gulung tikar dan bankrap. Katanya, ramai yang kelaparan. Mana-mana perniagaan yang masih bertahan terpaksa menghentikan pembelian daripada kilang-kilang pembuatan. Ini adalah kerana, gudang mereka telah penuh dengan barangan yang tidak terjual.Manakala, Konosuke Matsushita, pencipta barangan elektrik jenama National dan Panasonic tekun mendengar laporan ekonomi yang semakin buruk.“Matsushita kemudiannya mengeluarkan arahan supaya dikurangkan pengeluaran kilang kepada separuh daripada biasa. Tetapi pekerja kilang jangan diberhentikan atau dibuang. Sebaliknya para pekerja diminta untuk bekerja di kilang selama setengah hari sahaja dan pekerja perlu bekerja pada setiap hari.“Gaji yang diterima pekerja adalah sama seperti yang mereka terima sekarang. Matsushita juga meminta semua pekerja untuk bekerja dengan tekun dan sebaik mungkin, serta berusaha untuk menjual semua barang-barang yang ada di gudang.Tambahnya, pendirian Matsushita yang mengutamakan kebajikan para pekerja menunjukkan betapa besarnya jiwa beliau apabila ramai pemilik syarikat terpaksa memberhentikan pekerja mereka, Matsushita mengambil pendekatan yang luar kezaliman apabila tidak memberhentikan pekerjanya sebaliknya, beliau membuat sedikit pengubahsuaian demi memastikan pekerjanya tidak diberhentikan.
17 May 17
136
Kerjasama Kerajaan Negeri dan AirAsia Tingkat kedatangan Pelancong
Ahmad Razif (tengah) meyaksikan MoA antara kerajaan negeri dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailKerajaan negeri hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia Berhad bagi mempromosi pelancongan tempatan di negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama ini merupakan satu titik permulaan ke arah pelaksanaan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan penerbangan secara terus dan pergi balik dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru. “Bagi sektor Kuala Terengganu, AirAsia menawarkan 28 penerbangan mingguan dan akan memulakan penerbangan terus daripada Johor Bahru ke Kuala Terengganu sebanyak tiga kali seminggu di mana penerbangan pertama akan bermula 22 Jun ini.“Di Johor, sasaran kita bukan hanya rakyat negeri itu tetapi termasuk Singapura dan negara lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Di Antara Kerajaan Negeri Dan AirAsia Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad, Dato' Aziz Bakar.Menurut Ahmad Razif, AirAsia bukan sahaja mempunyai rangkaian perkihdmatan yang paling meluas dengan lebih 120 destinasi di 27 buah negara, malah sejak mula beroperasi pada tahun 2001, AirAsia telah membawa lebih 330 juta penumpang dan telah berkembang dari hanya dua kepada lebih 200 pesawat.Katanya, selain bertujuan untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong ke Terengganu selaras dengan Visit Beautiful Teregganu 2017, jalinan kerjasama ini secara tidak langsung memudahkan akses pelancong luar ke negeri ini.“Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri yang ingin menjadikan Terengganu ini sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisien, rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang menggamit kehadiran pelancong,” ujarnya.
17 May 17
130
Hotel PB Square Bakal Dibuka 1 Oktober Ini
Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sepatutnya dibuka pada April lalu mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal disebabkan kerja-kerja menaik taraf daripada tiga bintang kepada empat bintang.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemaju kini sedang melengkapkan hotel yang dilengkapi 208 bilik dengan fasiliti-fasiliti yang mematuhi tahap empat bintang sebelum dibuka kepada pengunjung."Dari aspek menyiapkan hiasan dalaman hotel ini sudah mencapai 90 peratus. Hanya bahagian dapur, dewan dan lain-lain baru memasuki 50 peratus siap."Kita perlu lengkapkan setiap bahagian ke bahagian dan diuji terlebih dahulu sama ada mematuhi piawaian. Apabila siap kesemuanya barulah boleh beroperasi sepenuhnya,"katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas melawat perkembangan Hotel PB Square, pusat boling dan pawagam di PB Sentral Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berhasrat menjadikan ruang atap bangunan di PB Square sebagai gelanggang makanan atau medan selera berasaskan menu sumber laut.Katanya, cadangan yang mengambil contoh perusahaan dilaksanakan di Sarawak itu bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke pusat perniagaan dalam lingkaran PMINT Square berkenaan.
16 May 17
46