lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Pisang Kejuk Dalila Jadi Tular
Dunia perniagaan berasaskan makanan turut mengalami evolusi dan inovasi pantas akibat kuasa media sosial masa kini.Bagi Nur Dalila Farhana Yusof, 29, yang menjalankan perniagaan `Pisang Kejuk' bersama suaminya sejak dua tahun lalu, pengaruh media sosial seperti facebook dan whatsapp juga banyak membantunya untuk melariskan perniagaan dengan penularan promosi yang lebih cepat.Katanya, pada permulaan perniagaan, dia hanya menjual di kedai terletak di perkarangan Flat Polis Padang Hiliran Kuala Terengganu sebelum meluaskan rangkaian bagi memenuhi permintaan ramai penggemar `pisang cheese' istimewanya itu dengan membuka lima cawangan baharu lagi."Alhamdulillah sekarang saya telah dapat membuka enam gerai, iaitu empat di Terengganu. Selain di Flat Polis Hiliran, Gudang Makan (Manir), Kedai Molek dan Sura Jeti di Dungun), manakala satu di Taman Daya Johor Bharu dan satu lagi di Lembah Sirih,Kota Bharu, Kelantan.“Perniagaan kami bukan sahaja pelanggan datang dan ambil sendiri, bahkan kami meluaskan perkhidmatan menerusi perkhidmatan `COD' (Cash On Delivery), tetapi bukan setiap hari. COD pada hari yang tertentu sahaja,"katanya kepada Teganukita.Menceritakan permulaan dia berjinak-jinak menceburi bidang itu,Dalila membantu ibunya seorang penjual goreng pisang sebelum tercetus idea untuk memvariasikan produk makanan itu supaya lebih menarik dan memberi kelainan kepada penggemar `dessert' dan kudapan petang di Terengganu.Dia juga mengenakan harga berbeza setiap pilihan dan mengikut perisa yang diinginkan pelanggannya seperti keju coklat, coklat marshmallow, coklat bubble, pelangi dan keju susu."InsyaAllah, pada masa yang akan datang, saya akan membuka cawangan di seluruh negeri serta menambah lagi kepelbagaian perisa bagi memenuhi selera penggemar pisang cheese yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia,”katanya,
21 Aug 17
1111
Empty Image
Lima Skim Bantuan dan Kemudahan Disediakan Untuk Usahawan IKS
Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu menyediakan lima skim bantuan dan kemudahan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, ianya untuk pembangunan perniagaan dan produk, pembiayaan perniagaan, premis dan kilang IKS, latihan dan seminar keusahawanan serta promosi dan pemasaran.Katanya, menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan T’Fund, sebanyak tiga skim yang ditawarkan YPU iaitu Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dengan had maksimum RM20,000.“Sementara, Skim Pinjaman Bisness Online (SPBOL) pula had maksimum adalah RM10,000.“Skim Pembiayaan Usahawan Terengganu (SPUT) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad menawarkan had maksimum sebanyak RM1.0 juta,” ujarnya.
20 Aug 17
42
Empty Image
Jualan Kuih Gong Kapas Semakin Meningkat Menjelang Musim Pilihan Raya
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi, turut memberi kesan kepada jualan kuih-muih di Bazar Kuih Tradisional di Gong Kapas, Kuala Terengganu apabila semakin mendapat sambutan ramai khususnya untuk program mesyuarat cawangan sehingga ke perwakilan parti setiap bahagian.Tengku Othman Tengku MohdPemilik bazar berkenaan, Tengku Othman Tengku Mohd,50, yang menjalankan perniagaan bersama kembarnya, Tengku Ahmad Tengku Mohd, berkata setiap hari akan ada tempahan dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang menempah kuih di bazar untuk pelbagai majlis keraian.“Lebih 100 jenis kuih tradisional dan moden yang terdapat di sini, banyak syarikat dan individu yang telah menempah kuih sekiranya ada mesyuarat dan program rasmi."Malah, sambutan juga semakin meningkat terutama untuk sajian di majlis mesyuarat di peringkat kampung sehingga ke peringkat negeri dan daerah (bahagian), apatah lagi menjelangnya PRU tidak lama lagi,"katanya kepada Teganukita.Katanya, hasil jualan harian lebih kurang RM2,000 sehari, boleh meningkat kepada RM5,000 apabila ada tempahan khas untuk sebarang majlis.“Kami sentiasa bersedia menerima tempahan, tidak kiralah dalam kuantiti yang sedikit ataupun banyak, kerana perniagaan kami dibuka setiap hari kecuali pada musim Aidilfitri dan Aidiladha.Katanya, bazar kuih tradisional ini juga telah membuka satu lagi cawangan baharu di Mayang Place, Batu Buruk, sejak tahun lalu.Tambahnya, walaupun bazar itu sudah ditambah baik kerajaan negeri bagi memberi keselesaan kepada peniaga pada Januari lalu, pihaknya berharap agar disediakan parkir kenderaan di hadapan bazar itu.“Saya berharap kerajaan dapat menyelesaikan masalah parkir supaya dapat menarik lebih ramai lagi pembeli untuk membeli dan membuat tempahan di sini,”katanya.
16 Aug 17
1301
Empty Image
E- Commerce, Pasaran Yang Menguntungkan
Perdagangan elektrik atau lebih dikenali sebagai E- commerce (E-dagang) dilihat sebagai medium baharu untuk usahawan pada masa kini menjual barangan dan perkhidmatan, sama ada melalui internet atau melalui rangkaian media sosial.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan pasaran yang menguntungkan dan dapat mengembangkan perniagaan serta rujukan mereka bukan sahaja pasaran tempatan, tetapi dalam sudut pandangan global. “Ia juga dapat memacu pertumbuhan bumiputera dalam perniagaan dan perindustrian di negeri Terengganu, walaubagaimanapun penglibatan orang Melayu dalam kegiatan tersebut masih rendah. “Sebab itu, adalah diharapkan menerusi bantuan dan kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan dalam membantu perniagaan bumiputera dapat dihayati dan disebarkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvensyen Usahawan Melayu; ‘Mendepani Cabaran Ekonomi Masa Kini’ di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Kuala Terengganu.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi Tengku Abdul Rahman. Wan Nawawi turut merakamkan ucapan tahniah dengan insentif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT), YPU serta beberapa agensi yang terlibat dalam Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) berhubung penganjuran konvensyen tersebut. Menurutnya, kerjasama yang berkonsepkan kerjasama strategik ataupun NBOS antara agensi yang terlibat bertepatan sekali bagi pembangunan usahawan kerana perkembangan hari ini perlu bergerak bersama.
14 Aug 17
97
Empty Image
Koperasi Luaskan Peranan, Sertai Pasar Tani Hiliran
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong Merasmikan Majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Tg. Syamim Tg. Ismail.Koperasi meluaskan skop penubuhannya apabila membuka 10 gerai di Tapak Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu bermula 3 Ogos hingga 10 Ogos ini .Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya atas usaha-usaha yang dilakukan oleh koperasi selaras dengan agenda transformasi ke arah kesejahteraan.“Dengan pogram yang diadakan ini, saya melihat koperasi banyak membuat perubahan dengan mengembangkan skopnya membuka 10 gerai di tapak pasar tani ini.“Saya percaya dengan 700 buah koperasi yang kini ahlinya hampir setengah juta orang merupakan satu perkembangan yang baik dari koperasi. Malah, koperator Terengganu sering kali mendapat anugerah koperator yang terbaik di Malaysia.“Saya turut menyeru kepada sesiapa yang belum menjadi ahli Koperasi untuk bergiat aktif dalam bidang ini kerana banyak peluang yang akan diperolehi sekiranya anda masuk menjadi ahli Koperasi,” beliau berkata demikian dalam sidang media Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Tapak Pasar Tani, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, pagi tadi.Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang berkata Koperasi telah lama terlibat dalam perniagaan di Pasar Tani tersebut. Walaubagaimanapun, koperasi cuba untuk terus mengembangkan dengan menubuhkan lebih banyak gerai di masa akan datang.“Koperasi juga berharap agar Pasar Tani Padang Hiliran akan menjadi tempat para koperator untuk mengasuh bakat mereka dalam perniagaan,”katanya.Antara badan koperasi yang terlibat ialah Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad, Koperasi Peka Malaysia Berhad, Koperasi Mesra-Net Terengganu Berhad, Koperasi Warisan Keluarga Othman Kuala Terengganu Berhad, Koperasi TKPM Besut Berhad, Koperasi Kakitangan Ziq Terengganu Berhad, Koperasi As Salam Terengganu Berhad, Koperasi Pertis Terengganu Berhad dan Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad.
03 Aug 17
484
Empty Image
Panji Curve, Bangunan Komersial Tarikan Terbaru Di Kuala Terengganu
Panji Curve setinggi empat tingkat di Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W PutraLembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) terus melebarkan sayap perniagaannya apabila memiliki satu lagi premis perniagaan Panji Curve bernilai kira-kira RM40 jutadi Dataran Panji, Gong Kapas, Kuala Terengganu.Bangunan Komersial empat tingkat didirikan di kawasan seluas satu hektar itu akan beroperasi dalam tempoh terdekat selepas selesai penyerahan kunci kepada pemilik premis. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, projek mesra Orang Kelainan Upaya itu dilengkapi 70 lot perkedaian, 127 petak tempat letak kenderaan dan kemudahan lif.Menurutnya, pembangunan projek itu merupakan usahasama antara kerajaan negeri melalui LTAWNT dengan RME Sdn. Bhd.Katanya, dengan menekankan konsep bandar selamat, Panji Curve berjaya disiapkan dalam tempoh setahun dengan penyerahan CCC (Certificate of Completion and Compliance) diadakan pada hari ini.“Harga jualan seunit lot perkedaian adalah antara RM529,000 hingga RM1 juta seunit.“Sambutan daripada usahawan tempatan dan luar Terengganu sangat  memberangsangkan di mana 80 peratus daripada keseluruhan lot pekedaian telah terjual,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan CCC Projek Perkedaian, di Dataran Panji, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin turut memberitahu, kerajaan negeri menyokong penuh sebarang usaha untuk menambah baik syarat-syarat kelulusan pelan pembangunan oleh pihak MBKT. “Pada masa sama, menghargai kesediaan dan kebolehan pihak pemaju dalam menyediakan konsep dan reka bentuk bangunan yang menarik dan setaraf dengan bandar-bandar besar lain di Malaysia.“Projek pembangunan ini juga wajar dicontohi dan menjadi ikutan kepada pihak berkuasa tempatan lain di Terengganu serta pemaju dan perunding lain untuk lain-lain projek di masa akan datang,”katanya..
11 Jul 17
2211
Empty Image
Air Cendol Tengah Bandar Punca Rezeki Pak Safril
Syawal memberi limpahan rezeki buat seorang warga emas yang mengusahakan jualan air cendol di tengah pusat Bandar Raya Kuala Terengganu apabila banyak menerima tempahan terutama untuk majlis rumah terbuka.   Mengekalkan resepi tradisional dan hanya menggunakan bahan asli, perniagaan diusahakan Safril Dalil, 60, atau dikenali sebagai Pak Safril sejak 30 tahun lalu mampu memberi pulangan berlipat kali ganda setiap kali kedatangan Aidilfitri.   Warga emas yang berasal dari Wakaf Mempelam itu berkata, lazimnya pada hari biasa dia hanya menjual sekitar 100 gelas air cendol, namun pada bulan Syawal dia terpaksa menggandakan bahan yang dijual disebabkan permintaan tinggi.   “Pakcik jual air cendol ini sudah lama sejak anak baru pandai merangkak dan sekarang dia pun dah mempunyai anak sendiri, pakcik masih kekal berniaga sebagai mata pencarian utama keluarga dengan dibantu isteri. "Inilah pekerjaan pakcik dari dulu sampai sekarang dan Alhamdulillah dengan rezeki ini kerana kalau tidak kita sendiri berusaha mana mungkin dapat menyara kehidupan sehingga anak-anak dewasa dan berdikari sendiri,” ujar bapa kepada empat orang anak itu kepada Teganukita, hari ini.   Safril berkata, bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk pelanggan, dia masih mengekalkan bahan-bahan tradisi seperti manisan gula melaka, kacang merah, cendul dan juga pulut yang mampu memenuhi selera pelanggan. "Alhamdulillah musim raya ini permintaan terhadap cendol pakcik agak memuaskan, termasuk untuk majlis rumah terbuka, perkahwinan, jamuan keluarga dan sebagainya,” ujarnya yang turut menjual rojak buah dengan menggunakan motosikal, selain dibantu abangnya setiap kali menjalankan urusniaga itu.
04 Jul 17
384
Empty Image
Qasidah, Kuih Lemak Manis
Kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisional Terengganu yang lemak manis. Antara bahan digunakan untuk menghasilkan kuih seakan sekuntum bunga mawar ini adalah tepung, minyak sapi,gula, santan, telur, air, daun pandan serta sedikit garam dan pewarna kuningBagi menghasilkan adunannya, kesemua bahan perlu dibancuh hingga sebati terlebih dahulu kecuali daun pandan dan minyak sapi.Kemudian adunan tersebut dimasak bersama dua bahan yang belum dimasukkan (daun pandan dan minyak sapi) diatas api sederhana sehingga tidak melekat pada kuali.Apabila adunan sejuk, ambil sedikit dan bentukkan mnjadi bunga mawar dengan menggunakan pengepit sebelum disusun diatas pinggan dan ditabur sedikit bawang goreng diatasnya.
26 Jun 17
472
Empty Image
Penerbangan Terus JB - Terengganu Bermula
Ahmad Razif menyambut penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu sejurus mendarat di LTSM. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailAnda dari Johor hendak ke Terengganu atau dari Terengganu hendak ke Johor dengan pantas?Kini anda boleh menggunakan penerbangan Air Asia Berhad apabila tanggal 22 Jun 2017 penerbangan pertama antara kedua-dua negeri itu bermula.Penerbangan yang memakan masa satu jam sepuluh minit itu bermula dari Lapangan Terbang Senai Johor Bahru jam 1.45 tengahari dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu kira-kira jam 2.50 petang tadi; para penumpang penerbangan sulung itu disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sebelum itu Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong mengiringi penumpang penerbangan sulung itu dari Lapangan Terbang Senai Johor ke LTSM Terengganu. Penulis dan beberapa rakan media dari Terengganu ikut serta.Berucap di majlis sambutan ketibaan penerbangan pertama itu, Ahmad Razif menyatakan penerbangan itu selain untuk membantu lebih ramai pelancong ke Terengganu termasuk dari Singapura, ia juga memudahkan rakyat Terengganu di Johor atau Selatan Semenanjung untuk pulang ke kampung halaman di Terengganu.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Aireen Omar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.Jadual penerbangan yang telah diluluskan oleh Jabatan PenerbanganAwam (DCA) adalah seperti berikut:a. Hari Penerbangan : SELASA, KHAMIS, SABTUb. Masa Berlepas dari Johor Bahru 1.45 petangc. Masa Ketibaan di Kuala Terengganu 2.50 petangd. Masa Berlepas dari Kuala Terengganu 3.15 petange. Masa Ketibaan di Johor Bahru 4.20 petang
23 Jun 17
235
Empty Image
Permintaan Air Tuak Meningkat Mendadak Di Bulan Ramadan
Ismail menunjukkan proses mengumpul air tuak sambil disaksikan Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh (dua dari kiri) ketika lawatan ke kawasan perusahaan itu, baru-baru ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Air tuak atau air nira lazimnya mendapat sambutan ramai penggemar di bulan Ramadan sebagai pilihan utama juadah untuk berbuka puasa.Seorang pengusaha air tuak kelapa pandan, Ismail Sulaiman, 56, berkata ketika Ramadan, permintaan air tuak akan meningkat lebih tinggi iaitu sehingga tiga kali ganda berbanding dari hari-hari biasa.Menurutnya, kebiasaan jualan mencapai 30 liter sehari, tetapi pada bulan Ramadan boleh meningkat kepada 100 liter sehari.“Kawasan ini tidak ramai yang menjual air tuak pandan, kalau ada pun, hanya yang menjual air tuak biasa sahaja.“Ramai orang datang membeli air tuak dengan saya kerana hanya saya seorang sahaja yang menjual air tuak kelapa pandan di kawasan ini. Malah, saya boleh menjual dengan harga borong RM40 untuk 10 liter air tuak," katanya yang sudah mengusahakan perniagaan itu sejak 2005 lagi.Perkataan tuak ini merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol. Rasanya agak masam manis dan ianya tidak memabukkan.Terdapat beberapa jenis air tuak antaranya tuak nipah, tuak tar, tuak sagu dan yang paling popular ialah tuak kelapa, dikatakan tuak yang paling sedap ialah yang dihasilkan dari pokok kelapa wangi dan kelapa pandan.
21 Jun 17
724