lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Avocado Shake Asyraf Murah, Menyegarkan
Mengetahui buah Avocado atau alpukat mempunyai khasiat tersendiri, seorang pemuda, Mohamad Asyraf Azizan, 23, mengambil inisiatif meniaga minuman berasaskan buah itu secara sampingan di hadapan Pusat Giat Mara Batu Buruk, Kuala Terengganu.Perniagaan yang jarang diceburi orang lain dan agak unik, memberi pulangan yang agak baik walaupun hanya berniaga pada tempoh tiga hingga lima jam sehari.Asyraf berkata, harga segelas dijual dengan harga RM5. Malah, untuk menambahkan lagi keenakan minuman itu, dia cuba menambah lelehan coklat di dalamnya.Menurutnya, waktu perniagaannya bermula dari jam 2 petang dan berakhir pada jam 7 petang. Manakala pada bulan Ramadan lalu, dia menjalankan perniagaan sekitar tiga jam sahaja bermula jam 4 petang.“Gerai beroperasi setiap hari dan akan bercuti sekiranya kehabisan stok buah avocado kerana buah ini agak sukar diperolehi.“Jika kehabisan stok, saya terpaksa menutup perniagaan dalam beberapa hari untuk menunggu buah yang ditempah sampai. Kadangkala, walaupun sudah memperoleh stok, kami perlu peram dahulu dan menunggu kira-kira tiga hari untuk memastikan ia benar-benar masak,"katanya.Menurutnya, walaupun berniaga di sebuah gerai yang kecil dan baru berjinak-jinak di lapangan itu sejak lima bulan lalu, minuman avocado itu makin mendapat sambutan ramai dan mampu mencecah sehingga RM1,000 sebulan.“Walaupun masih baru beroperasi, tetapi saya mampu untuk menjana pendapatan tambahan, kerana bagi saya di mana ada usaha, di situ ada jalannya. Saya berharap agar golongan belia juga sentiasa mencari idea baru serta inisiatif bagi menambah pendapatan seharian, tanpa berharap pada bantuan orang semata-mata,” katanya.
12 Oct 17
400
Empty Image
Jertih Square Bakal Beroperasi April 2018
Bandar Jertih akan berwajah baru apabila siapnya Jertih Square yang dapat menempatkan peniaga di lokasi lebih selesa dan tersusun bermula April tahun depan. Seramai 300 peniaga kecil yang kebanyakannya Bumiputera dan berdepan masalah tempat niaga yang terhad bakal dipindahkan ke Jertih Square.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, projek berharga RM30 juta dilengkapi 130 ruang niaga itu sedang giat dibangunkan.Katanya, apabila siap kelak, ruang perniagaan itu akan diagihkan kepada peniaga sedia ada yang berniaga di merata tempat di sekitar Bandar Jertih."Ketika ini peniaga kecil menghadapi masalah menjalankan perniagaan masing-masing kerana berada di lokasi yang tidak strategik menyebabkan peniagaan terjejas berikutan kekurangan pelanggan. "Malah, apabila berlaku banjir gerai perniagaan yang terletak di tepi sungai turut ditenggelami air menyebabkan peniaga rugi apabila ditenggelami air,” katanya ketika melawat tapak projek Jertih Square, Jertih, Besut hari ini.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, satu lagi projek pasar berharga RM6 juta untuk peniaga barang basah seperti sayur, daging, ikan dan hasil pertanian lain juga dibina di kawasan Jertih Square ini.Katanya, apabila siap kelak, premis perniagaan itu akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah kepada pelanggan.Selain itu, beliau berkata, menerusi pelan penyusunan semula bandar itu kerajaan akan membina terminal bas berbumbung dan kawasan letak kereta bawah tanah untuk kemudahan orang ramai yang berkunjung ke Jertih.
08 Oct 17
89
Empty Image
1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama
Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Muhammad Pehimi Yusof berkata, program pelepasan ikan dan udang berkenaan juga bertujuan memberi sumber pendapatan kepada nelayan terbabit.Katanya, pendaratan ikan darat pada tahun lalu turut menyumbang kepada ekonomi negeri ini dengan hasil tangkapan 169.69 metrik tan dengan nilai RM1.9 juta.Beliau berkata, pada ketika ini ikan darat semakin digemari dan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat menyebabkan pengeluarannya perlu ditingkatkan.“Pada hari ini 422,660 benih ikan dilepaskan serentak di seluruh negara sempena Program Gelombang Nelayan nasional (GNN)”, Katanya ketika melakukan pelepasan benih ikan di Sungai Jertih, Besut, kelmarin.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, sempena program itu, 35,000 benih ikan lampam sungai dan 100 kelah merah dilepaskan di sungai terbabit.Beliau berkata, sepanjang tahun ini,  Jabatan Perikanan Terengganu sudah melepaskan 226,350 benih ikan dan udang di empat sungai utama seluruh negeri.Tambahnya, ikan kelah kini mencecah RM250 sekilo dan ia menjadi permintaan paling tinggi walaupun harganya agak mahal berbanding spesies ikan darat lain.Beliau berharap, pemancing tidak menyalahgunakan aktiviti memancing dengan menggunakan renjatan elektrik dan bahan letupan lain untuk menangkap ikan kerana bimbang ia akan mengancam sumber ikan darat.
08 Oct 17
39
Empty Image
PMINT Perkenal Dream Home Di KP Perdana, Seberang Paka
PMINT memperkenalkan satu pakej pembangunan istimewa `Dream Home', yang menawarkan lot banglo di kawasan perdana KP Perdana, Kuala Terengganu dan Seberang Paka, Dungun di ekspo PMINT Property Fest 2017.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, ekspo enam hari bermula 30 September lalu, di PB Square, Kuala Terengganu menawarkan kediaman impian yang berkonsepkan ‘buy & build’ kepada pembeli pada harga yang kompetitif.“PMINT Dream Home adalah kediaman ideal yang berinspirasikan kepada gaya hidup urban yang memaparkan trend semasa rekaan moden, praktikal dan damai dengan persekitaran yang lengkap serta kemudahan infra dan prasarana,”katanya ketika perasmian ekspo berkenaan di PB Square, Kuala Terengganu, semalam.Mohd Usli AbdullahSamiun berkata, banyak kelebihan memiliki rumah berkenaan kerana lokasinya yang strategik, memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih reka bentuk rumah, yuran guaman perjanjian jual beli dan pindah milik secara percuma, kelulusan pelan akan diuruskan serta memberi jaminan siap dalam tempoh yang ditetapkan.“Tawaran ini hanya terbuka semasa ekspo dijalankan sahaja, jadi rebutlah peluang untuk memiliki kediaman yang menawarkan kehidupan selesa dan kondusif untuk kesempurnaan dalam kehidupan. Malah, untuk 15 orang terawal akan diberikan rebat kos pembinaan bernilai RM10,000 dan RM1,000 untuk barangan elektrik,”katanya.Seorang pembeli Dream Home berkenaan, Mohd Usli Abdullah, 55, berkata dia pernah membeli rumah yang ditawarkan oleh PMINT sebelumnya dan berpuas hati dengan konsep kediaman berkenaan.“Ini adalah kali kedua saya membeli rumah yang ditawarkan oleh PMINT, bagi saya, rumah yang ditawarkan ini mempunyai struktur yang tersusun. Malah, harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding harga pasaran,”katanya.
01 Oct 17
266
Empty Image
TDM Berhad Catat Hasil Pendapatan RM428 Juta
Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad mencatatkan peningkatan hasil pendapatan sebanyak 13 peratus iaitu dari RM380.8 juta ke RM428.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata peningkatan dalam prestasi kewangan didorong terutamanya dari bahagian perladangan dan penjagaan kesihatan.Katanya, dengan nilai peningkatan hasil pendapatan tersebut, TDM Berhad melakukan bayaran dividen dan perkongsian keuntungan kepada agensi-agensi kerajaan negeri berjumlah RM7.01 juta."Jumlah pembayaran dividen bagi agensi-agensi kerajaan negeri adalah berjumlah RM4.72 juta iaitu kepada Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd."TDM Berhad juga membayar keuntungan sebanyak RM2 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan RM249,277 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebagai bayaran keuntungan hasil perkongsian usahama," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Ahmad Razif berkata, bahagian perladangan mencatatkan pendapatan lebih tinggi berjumlah RM245.9 juta berbanding jumlah tahun sebelumnya RM215.6 juta.Katanya, bagi bahagian penjagaan kesihatan pula mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM182.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 2016.Tambahnya, seiring dengan prestasi kewangan bagi tahun kewangan berakhir 2016, pemegang saham telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham."Dasar dividen TDM Berhad adalah membayar kepada pemegang saham sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keuntungan bersih tahunan yang disatukan selepas cukai serta seteah mengambil kira kepentingan pihak minoriti," katanya.
27 Sep 17
215
Empty Image
Peroleh RM50 Ribu Sebulan Hasil Kuih Bulan Halal
Seorang usahawan muda mampu memperolehi pendapatan kasar kira-kira RM 50,000 sebulan hasil menjual kuih bulan dan kuih bakul yang diusahakan di rumahnya setiap hari di Bukit Kuang, Chukai.Haziqah NurulHuda Harun, 21 tahun dari kampung Bukit Kuang berkata, beliau mengusahakan perniagaan itu sejak 27 Februari 2015 lagi."Dulu saya menjual kuih bakul ini secara kecil-kecilan di rumah dengan menjual kepada kawan-kawan dan kini saya mengembangkan perniagaan saya 100 peratus memasarkan melalui laman sosial di facebook 'VictoryYaya Mooncake N Kuih Bakul'."Setelah saya menjual dalam laman sosial, perniagaan saya bertambah maju dan banyak tempahan dari seluruh Malaysia dan luar negara dengan permintaan yang tinggi," katanya.Beliau merupakan Orang Kelainan Upaya ( OKU ) yang lumpuh kakinya akibat demam panas tetapi beliau tetap gigih dan berusaha untuk mencari pendapatannya sendiri dengan menjual kuih dirumah dan dalam laman sosial."Saya bersyukur atas kudrat illahi, kerana buat masa sekarang hasil pendapatan saya sudah mencecah RM 50,000 sebulan manakala keuntungan juga bersih selepas dikira dengan modal dan mampu bayar gaji pekerjanya seramai lapan orang," ujarnya."Selain daripada itu, tidak lupa dengan kata-kata pelanggan saya yang selalu memberi dorongan dan sokong agar perniagaan bertambah maju serta pendapatan semakin meninggkat," katanya.Menurut Haziqah, beliau belajar resepi kuih bakul dan kuih bulan daripada sahabatnya yang belajar di Beijing."Saya memasarkan kuih bulan dan juga kuih bakul halal dengan menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal dan bersih," katanya.Haziqah berkata, hasil pendapatannya itu akan dibahagikan untuk beliau menyimpan dijadikan modal lagi bagi memperluaskan perniagaannya pada masa akan datang."Saya ingin memperluaskan lagi pernigaan saya menjual kuih ini dengan menghantar ke pasaraya dan menerima tempahan majlis serta orang ramai," katanya.
26 Sep 17
1206
Empty Image
Ahmad Nadzarudin CEO Baharu Golden Pharos Berhad
Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah syarikat berasaskan pembalakan mengumumkan pelantikan Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa mulai 13 September lalu.Pelantikan Ahmad Nadzarudin yang berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari University Of Houston, Amerika Syarikat dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University Of Warwick, England bagi menggantikan Mohd Adawi Ton Omar.Sebelum menyertai GPB, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Panglima iaitu syarikat yang terlibat dalam sumber asli berpoerasi di Malaysia, Laos dan Indonesia.Beliau pernah memegang pelbagai jawatan kanan di konglomerat Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan.Pada  2011, Ahmad Nadzarudin dilantik Ketua Bahagian Perkhidmatan di DRB-Hicom Berhad yang bertanggungjawab terhadap Puspakom dan Alam Flora.Sebelum itu, beliau adalah Ketua Pegawai Operasi PosLaju Courier Nasional, Pengurus Besar Perancang Korporat di Pos Malaysia Berhad dan Ketua Hal Ehwal Korporat di Prolink Development, sebuah subsidiary Renong Berhad.Mengulas mengenai pelantikan itu, Pengerusi GPB Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, beliau mengalu-alukan pelantikan seorang pemimpin yang berpengalaman dan berharap Kumpulan GPB akan memulakan aliran pertumbuhan di bawah kepimpinan baharu ini.Untuk rekod, GPB adalah anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia terlibat dalam pengurusan konsesi hutan; pembalakan dan pengagihan; pengilangan papan dan pemprosesan tambah nilai barangan berasaskan kayu; pengilangan serta penjualan panel kaca seni binaan.
25 Sep 17
1807
Empty Image
16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut
Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut.Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, penemuan hasil kajian inventori spesies ikan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan taburan spesies ikan darat di negeri ini.Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang diberi tanggungjawab menjalankan kajian itu selama tiga hari mulai 10 Julai lalu di Sungai Besut.Menurutnya, hasil kajian itu turut membuktikan banyak ikan darat termasuk ikan kelah, lampam, baung dan sebarau membiak dengan baik di sungai berkenaan.Oleh itu, katanya, kerajaan memerlukan penguatkuasaan yang lebih kerap bagi membendung aktiviti menuba secara haram yang boleh menyebabkan spesies hidupan laut berkenaan pupus.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata demikian selepas majlis pelepasan benih ikan ke perairan umum di Empangan Jajar Gong Duek, Jertih, hari ini.Pada majlis itu sebanyak 61,000 ekor  benih ikan lampam sungai dan 5,000 ekor benih ikan baung bernilai RM20,000 dilepaskan di perairan berkenaan.“Benih ikan yang dilepaskan itu diharapa dapat membiak dan bergerak menuju Sungai Besut iaitu sungai utama di daerah ini,” katanya.Muhammad Pehimi berkata, kerajaan melalui Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sudah melepaskan 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama seluruh negeri sejak 2008.Beliau berkata, ketika ini terdapat 240 nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan mereka turut diberikan elaun bulanan RM200 sebulan sebagai bantuan sara hidup.
07 Sep 17
368
Empty Image
UniSZA Perkenal Produk Susu Kambing
Pehemi menunjukan produk susu kambing keluaran UniSZAUniversiti Sultan Zainal Abidin ( UniSZA) mengorak langkah mengeluarkan pelbagai produk makanan berasaskan susu kambing berjenama UniFarm.Naib Canselornya, Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata, lima produk yang dikeluarkan daripada susu kambing segar ialah aiskrim,yogurt, keju, karipap dan samosa.Katanya, lima produk berkenaan mula dipasarkan kepada orang ramai sempena perasmian kiosk UniSZA di hadapan pasar raya Pantai Timur di Jertih.Beliau berkata, pelancaran kiosk yang pertama di negeri ini yang menjual produk berkenaan dihasilkan Pengusaha Komuniti Tenesu Kambing Besut ( PKTKB) di bawah bimbingan universiti itu."Kiosk berkenaan akan diperluaskan bukan sahaja di Daerah Besut,malah akan dibuat di bandar utama negeri ini, katanya selepas majlis perasmian kiosk perintis itu hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.Katanya, Program Ladang Kambing Tenesu (UDGF) dan kiosk berkenaan bertujuan memindahkan ilmu keusahawanan dalam bidang ternakan kambing tenusu kepada penternak tempatan.Beliau berharap kejayaan perusahaan itu akan meningkatkan sumber ekonomi berasaskan penternakan apabila pengeluarannya menjadi yang terbesar di negara ini.
29 Aug 17
296
Empty Image
Sate Jabi Bakal Setanding Sate Kajang
Ahmad Razif membakar sate sebelum menikmati hidangan itu di Kedai Sate Kak Mah Jabi sempena Majlis Santai Sepetang Bersama YAB MB Di DUN Jabi, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri berhasrat menjadikan Pekan Jabi, hab sate di Terengganu mampu dikenali di seluruh Malaysia setanding sate Kajang,  bermula tahun depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan khusus akan disediakan bagi mengembangkan perusahaan itu termasuk membangunkan prasarana serta infrastruktur baharu yang lebih lengkap.“Kita berhasrat supaya Jabi ini akan dikenali sebagai hab sate Terengganu pada tahun depan. “Sehubungan itu, kita akan menyediakan bajet khusus bagi membangunkan fasiliti dan infrastruktur  serta memastikan lebih ramai penduduk di Jabi ini menjalankan perniagaan ini dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan,”katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Santai Sepetang Bersama YAB Menteri Besar Di DUN Jabi, di Kedai Sate Kak Mah, Jabi, semalam. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan ADUN Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor.Hadir sama, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.Ahmad Razif  sempat menikmati keenakan sate ayam, daging dan kambing serta pelbagai menu lain termasuk arnab panggang, tapai dan bubur kacang bersama kira-kira 250 masyarakat sekitar yang turut hadir di majlis itu.Selepas menikmati hidangan petang itu, beliau bersama Iskandar dan pemimpin setempat yang lain kemudiannya menziarahi tiga orang veteran UMNO Jabi termasuk bekas wakil rakyat DUN berkenaan.Sebelum itu, dalam ucapannya, Menteri Besar turut meluluskan peruntukan tambahan RM150,000 bagi menambah baik Masjid Jabi dengan menjadikan kos keseluruhan penambahbaikan itu RM300,000.“Saya sangkakan pelawaan YB Iskandar kepada saya dan isteri hanya makan sate Jabi, sebaliknya pula berlaku apabila dia minta saya tambah bajet untuk baiki Masjid Jabi. Tapi tidak mengapalah, beliau minta bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya untuk manfaat penduduk setempat juga. Jadi saya luluskan tambahan bajet RM150,000 itu pada hari ini,”kata beliau lagi sambil berseloroh.
29 Aug 17
799