Artikel "Ekonomi" Terkini
Pisang Goreng Dapur Kayu Tambat Selera Ramai
Mariam mengoreng pisang menggunakan dapur kayuTidak hanya dikenali kerana keenakan dan kerangupan pisang gorengnya, kaedah memasak menggunakan dapur kayu turut menambah tarikan pelanggan.Malah, aroma pisang goreng menggunakan dapur kayu dan digoreng dalam kuali besar sejak 34 tahun lalu suatu keunikan yang sukar ditemui di mana-mana gerai sekali gus menambat selera ramai penggemar kudapan petang itu.Bagi pasangan suami isteri, Mamat Deraman,72, dan Mariam Mamat,65, cara tradisi perniagaannya itu walaupun dilihat sukar dan ketinggalan zaman, namun menjadi pelaris serta rezeki yang menarik pelanggan ke gerai mereka Jalan Kampung Kuala Pueh,Telemong,Hulu Terengganu.Mariam Mamat atau lebih dikenali sebagai Mok NgohIbu kepada tiga anak dan enam orang cucu itu mampu meraih hasil jualan sehingga RM200 sehari, hasil jualan pisang goreng di warungnya yang beroperasi bermula jam 2.30 petang hingga 7 petang setiap hari, sama ada dibungkus atau menjamu selera di gerainya."Setiap hari Mok Ngoh dapat habiskan kira-kira 40 kilogram pisang untuk penuhi permintaan pelanggan. Paling mendapat permintaan adalah pisang nangka, pisang relong dan kelat siam."Sebagai tambahan, keropok dan ubi juga di jual bagi tidak menghampakan pelanggan yang mahu pilihan lain. Ramai yang datang sejak anak-anak muda tularkan di laman sosial..kadang-kadang sampai tak terlayan kami dibuatnya,"kata Mak Ngah kepada pemberita ketika ditemui di warungnya, semalam.Pok Mat membantu isterinya Mok Ngoh mengoreng pisangDia dan suaminya tetap mengekalkan cara tradisi menggoreng pisang menggunakan dapur kayu walaupun bahangnya cukup panas kerana inilah yang menjadi punca pisang goreng menjadi pilihan pelanggan kerana merasa lebih sedap dan rangup."Pisang yang digoreng menggunakan dapur kayu, rasanya lain daripada yang digoreng guna dapur gas sebab kurang serap minyak kerana api terhasil lebih panas berbanding penggunaan gas walaupun memakan masa untuk masak. Bahang apinya cukup panas bagi yang tak biasa tapi buat Mok Ngoh...dah kalih(biasa)."Pisang pula digoreng menggunakan resipi warisan keluarga dengan hanya menggunakan adunan telur,tepung gandum dan beras, air, kapur serta garam."Ada yang pernah minta resepi ini tapi berkata tak menjadi sebagaimana yang Mok Ngoh jual..orang kata air tangan takkan sama walaupun menggunakan resepi yang sama,"katanya.Menurut Mak Ngah lagi,suaminya yang dikenali sebagai Pak Mat banyak membantunya dalam urusan membeli barang keperluan seperti pisang dan kayu api mentah.Setiap bulan, selain membantu di gerai Pak Mat ,perlu menyediakan 200 kilogram kayu getah yang dibeli dari kampung Tajin dengan harga borong bernilai RM70.Rohani(tudung merah jambu)sedang menikmati hidangan petang bersama rakannya.Seorang pelanggan, Rohani Hussain,46, berkata, hampir setiap minggu dia akan datang menikmati pisang goreng di situ kerana menggemari aroma dan rasanya yang enak berbeza dengan pisang yang digoreng menggunakan dapur gas."Biasanya setiap petang, saya akan datang dengan kawan-kawan menikmati hidangan petang di sini..memang sedap dan saya tak boleh nak beritahu bagaimana sedap dan rangup bila di makan...seharusnya cuba sendiri untuk tahu keenakannya,"katanya.
17 Nov 17
778
Rezeki Musim Tengkujuh
Antara ubi yang boleh didapati di Gerai Jagung sepanjang jalan di Kampung GaungMusim tengkujuh bagaikan satu pesta yang ditunggu-tunggu oleh penduduk tempatan terutama peminat makanan tradisional seperti ubi yang mendapat permintaan mendadak sebaik sahaja tiba musim itu.Bagi peniaga ubi seperti ubi kayu, ubi keling, ubi torok, ubi itik dan ubi gajah, musim tengkujuh membawa rezeki berganda kepada mereka apabila ianya menjadi pilihan utama penduduk sebagai makanan sampingan apabila hujan turun berterusan.Tinjauan Teganukita mendapati di sepanjang jalan di daerah ini terutama di simpang Gaung terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis ubi dengan harga yang murah, sudah tentu menggamit rasa.Kelsom SemanSeorang peniaga, Kelsom Seman,55, berkata, dia yang berniaga sejak 17 tahun lalu, menjual pelbagai hasil tanaman seperti jagung, kacang, kerepek dan aneka pilihan ubi bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan termasuk pelancong luar.“Kebanyakan hasil yang mak cik jual ini dibeli daripada orang-orang kampung secara tak langsung membantu sedikit sebanyak ekonomi mereka. Kalau musim boh (tengkujuh) ubi yang paling laku(laris)sebab ramai yang suka sangat makan mengikut cara mereka masak kat rumah."Mak cik jual ubi ini dengan harga RM4 hingga RM5 sekilogram mengikut jenisnya tapi tak bolehlah nak jual mahal sebab lambakan jualan ubi di musim hujan. Kalau nak orang datang beli dari kita, kenalah jual murah sikit,"katanya ketika ditemui di Kuala Berang, semalam.Zabariah AhmadBagi Zabariah Ahmad, 66, sudah berpengalaman selama 40 tahun berniaga tidak menafikan bahawa jualan ubi meningkat secara mendadak apabila tiba musim bah.“Memang jualan ubi ni meningkat sekali ganda bila tiba musim hujan terutama bagi ubi yang hanya boleh didapati setahun sekali seperti ubi badak, ubi torok, ubi itik dan ubi keling."Kalau musim biasa tak lah banyak sangat dapat jual contohnya ubi kayu adalah dalam 10 kilo sehari tetapi berbeza di musim hujan kerana ubi yang dijual lebih dari biasa kerana mendapat sambutan menggalakkan.“Ubi yang dijual di sini, ada yang diambil dari penduduk di sekitar kampung termasuk mak cik beli daripada peraih” katanya.Seorang pembeli, Aminah Salleh,45, berkata, sudah menjadi satu tradisi kepada dia dan keluarga menikmati ubi rebus setiap kali musim tengkujuh."Kebiasaan ubi torok dan ubi gajah menjadi pilihan saya kerana rasanya yang enak apabila dimakan dengan kelapa parut yang digaul bersama gula bersama kopi panas pekat di waktu petang,"katanya.
17 Nov 17
778
Terengganu Lancar 32 Bas My Bus Bermula Tahun Depan
Terengganu bakal melancarkan 32 buah bas menerusi perkhidmatan My Bus 'Stage Bus System Transformation' (SBST) yang dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkhidmatan yang akan berpusat di Kuala Terengganu akan dilaksanakan bermula awal tahun hadapan.Katanya, daripada keseluruhan bas tersebut, SPAD turut menawarkan lapan buah bas elektrik yang melibatkan lapan laluan berbeza sebagai projek perintis itu."Jadi laluan-laluan nanti akan kita umumkan. Bas ini akan sampai ke Marang, Hulu Terengganu, Merang (Setiu) dan sekitar Kuala Terengganu."Apa yang amat menggembirakan adalah bas ini juga akan masuk melalui hospital. Jadi ianya memberi kemudahan kepada mana-mana pihak yang ingin melawat hospital," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Putrajaya, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Ahmad Razif berkata, Mara Liner akan menjadi operator perkhidmatan My Bus berkenaan.Katanya, tumpuan akan diberikan ke kawasan-kawasan tumpuan pelancongan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat samada kepada pelancong mahupun masyarakat setempat."Kita akan menumpukan kepada kawasan-kawasan pelancongan dalam usaha memberi kemudahanterutamanya kawasan yang dapat memberi kemudahan kepada rakyat."Contohnya melalui Pasar Besar Kedai Payang, Taman Tamadun Islam. Kemudian melalui laluan sampai ke Bandar Marang, Bukit Payung dan seterusnya sampai ke Hulu Terengganu," katanya.
16 Nov 17
82
Terengganu Lancar Pelan Induk Pelancongan Negeri 2018-2025
Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU dengan Dato’ Dr Amin Khan sambil disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Razif dan Dato' Seri Idris Jala. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kerajaan negeri melalui Unit Transformasi Negeri Terengganu (UTEN-T) melancarkan Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu 2018-2025 untuk mentransformasikan industri pelancongan di Terengganu ke arah kemakmuran ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelan tersebut akan dikaji dan disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).Katanya, Terengganu kaya dengan kepelbagaian produk-produk pelancongan khususnya yang berteraskan kepada kekayaan alam semulajadi, keunikan budaya, kesenian dan warisan."Terengganu mempunyai pantai yang terpanjang di Malaysia, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara, pulau-pulau pelancongan yang antara tercantik di dunia, keunikan biodiversiti di Setiu Wetland, warisan budaya yang unik dan sebagainya."Limpahan ekonomi dari kewujudan produk-produk pelancongan ini perlu dimaksimakan untuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Produk-produk pelancongan ini perlu dipakejkan dan dikembangkan secara lebih efektif."Kita perlu bergerak ke arah re-positioning secara total sektor pelancongan Terengganu, penjenamaan destinasi dan “rebranding”, berkerja bersama dengan semua pegawai daerah dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang akan bertanggungjawab membangun ekonomi tempatan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Kajian Pelan Induk Pelancongan Terengganu - Transformasi Pelancongan Untuk Kemakmuran Ekonomi di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Dato' Seri Idris Jala dan Ketua Pegawai Eksekutif UTEN-T, Dato' W. Mohd Albakri Md. Nor.Tambahnya, kaedah penyediaan pelan induk itu adalah mengambilkira pandangan-pandangan dan input-input dari pemain-pemain pelancongan, suara komuniti dari akar umbi dan dari pihak sektor swasta serta NGO."Ini selaras dengan konsep inklusif yang diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri dalam merancang masa depan rakyat dan pembangunan Negeri."Saya melihat pendekatan seperti ini amat perlu kerana 'bottom line' matlamat kerajaan negeri adalah untuk kesejahteraan rakyat."Oleh itu, kita perlu berkongsi perancangan negeri dengan rakyat yang akhirnya apa yang dirancang serta dibangunkan akan memenuhi aspirasi dan keperluan mereka," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata sektor pelancongan adalah salah satu tumpuan kerajaan negeri, di samping beberapa sektor lain lagi seperti bioteknologi, perkilangan, industri mineral dan ekonomi digital.Katanya lagi, kerajaan negeri mensasarkan aktiviti yang berteraskan kepada sektor pelancongan samada di dalam bidang perhotelan, pengangkutan, peruncitan, restoran, industri kreatif dan sebagainya akan menjadi aktiviti ekonomi utama di Terengganu."Ini kerana, berdasarkan kajian yang lepas, pelancongan membawa kepada kesan pengganda (multiplier effect) sebanyak tiga kali ganda kepada perkembangan ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan," katanya.
09 Nov 17
746
Terengganu - Huawei Jalin Kerjasama Transformasi ICT
Dato' Wan Nawawi melakukan pertukaran MoU bersama Abraham Liu sambil turut disaksikan oleh Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Ahmad Razif. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Satu kerjasama antara kerajaan negeri dan Huawei akan menyaksikan Terengganu menerima teknologi digital yang terkini serta penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negeri ini.Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan dalam program Hari Inovasi Asia Pasifik pertama Huawei di Kuala Lumpur itu bagi merangka bersama hala tuju transformasi digital negeri.Dengan MoU tersebut juga, Huawei akan menyediakan kepakaran teknikal dan sokongan perniagaan dalam melaksanakan pelan transformasi.Pelan ini akan memanfaatkan empat pemboleh ICT utama iaitu infrastruktur jalur lebar, infrastruktur awam, inovasi dan modal insan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerjasama itu penting dalam pembangunan sosio-ekonomi Terengganu di samping memupuk bakat digital dan merangsang pembentukan minda digital."Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Huawei dalam merealisasikan aspirasi Terengganu untuk diperkasakan dengan portfolio penyelesaian ICT 'end-to-end' yang menyeluruh, terutamanya dalam bidang e-dagang."Kami mengalu-alukan sokongan dari Huawei dalam membangunkan lagi infrastruktur IT negeri dan memudahkan orang ramai untuk menerima e-dagang sebagai alat untuk berkembang maju dalam era digital," katanya dalam satu kenyataan.Pertukaran MoU tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Abraham Liu.Turut hadir menyaksikan pertukaran tersebut Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif berputar Huawei Technologies Sdn Bhd, Guo Ping.Melalui inisiatif yang dilakukan itu, Terengganu bakal memanfaatkan 'Internet of Things' (IoT) serta penggunaan platform aplikasi pintar bagi melaksanakan penyelesaian digital ke semua industri menegak seperti pendidikan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, peruncitan, keselamatan, kilang industri , rumah pintar, grid tenaga dan lain-lain.Projek ini juga merangkumi perkongsian pengetahuan ICT secara terbuka melalui program latihan ke seluruh negara dengan harapan ia dapat memacu pembangunan sosio-ekonomi.
08 Nov 17
285
Sushi Dua Beradik Raih Pendapatan Hingga RM5,000 Sebulan
Mula memasak kimbab secara suka-suka dan untuk hidangan keluarga kini bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan buat dua beradik di Kemaman.Pada awalnya, Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi, 19, bersama kakaknya Wan Siti Nabila, 23, belajar membuat kimbab daripada kawan dan tercetus idea untuk memuat naik gambar kimbab tersebut ke laman sosial sebelum ada rakan yang memberi respon mahu mencubanya.“Alhamdulillah saya terima pujian baik daripada pelanggan terawal dan sejak itu saya rasa bersemangat untuk teruskan menjual kimbab.“Proses untuk membuat kimbab ini di rumah sahaja dan kami buat khidmat penghantaran ke rumah pelanggan di beberapa tempat sekitar Bandar Kemaman, Kertih, Kuantan, Selangor, Kajang, Negeri Sembilan dan Beranang yang kebiasaan kami terima tempahan awal,” katanya yang kini menetap di Taman Sri Jaya, Gong Pauh.NadirahKeuntungan jualan kimbab itu membolehkan anak muda itu mengembangkan perniagaannya dan menambah menu baru yang dijenamakan sebagai `Sushiying'.Perkembangan itu juga turut melonjak hasil jualan mereka apabila purata pendapatan bulanan mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000.“Harga sushi kami pula bergantung pada tempat penghantaran dan pakej yang ditempah.“Harga bagi pakej shushi kami RM15 hingga RM60 sahaja bergantung kepada citarasa dan kehendak pelanggan.“Malah, untuk setiap set pembelian daripada pelanggan pula kami akan menyediakan shouyu, wasabi dan chopstick secara percuma,” katanya kepada Teganukita.Dalam pada itu, Sushiying juga menerima tempahan daripada pelanggan tetap bagi tujuan jamuan rumah terbuka hari raya, majlis-majlis keraian dan sebagainya.Nadhirah berkata, permintaan pelanggan terhadap produk makanannya itu amat menggalakkan terutam di kawasan Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan Kuantan.“Jika ada peluang kami akan buka francais di luar Terengganu pula pada masa akan datang.“Sehingga kini kami dalam perancangan untuk menambah lagi menu kimbab yang sedia ada. Malah jika ingin mengetahui perkembangan kami boleh mengakses kami di laman sesawang Facebook Sushiying dan juga Instagram @sushiying,” katanya.Menurut Nadhirah lagi, walaupun terdapat ramai pesaing di bidang perniagaan, mereka tidak menjadikannnya sebagai batu penghalang kerana percaya rezeki Allah SWT amat luas dan hanya ikhtiar tanpa putus asa demi meningkatkan taraf hidup.
28 Oct 17
879
KMI-PNBC Jalin MoU Bina Hospital Baru Di Sri Petaling, KL
Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam menandatangani MouU bagi pembinaan hospital baru di Sri Petaling, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Anak syarikat TDM Berhad, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI) yang berkecimpung dalam industri kesihatan menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) bagi menambah bilangan hospital sedia ada.Memorandum Persefahaman (MoU) yang dilakukan antara kedua-dua syarikat tersebut hari ini adalah bagi merealisasikan hasrat pembinaan hospital baharu di sebidang tanah milik PNBC di Sri Petaling, Kuala Lumpur.Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, KMI merangka satu pelan perniagaan jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perkhidmatan kesihatan di masa hadapan negara ini."Pada masa kini, KMI telah mempunyai empat buah hospital iaitu di Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Taman Desa Medical Centre dan Kelana Jaya Medical Centre yang mempunyai kapasiti 297 katil."Antara matlamat KMI ialah menambah jumlah hospital dan bilangan katil dari 297 kepada 1,000 katil dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani MoU Antara KMI Dan PNB Commercial Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Majlis itu turut disaksikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi KMI, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar dan Timbalan Presiden Kumpulan PNB, Dato' Mohd Nizam Zainordin.Turut hadir, Pengerusi TDM Berhad, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ketua Pegawai Operasi PNB Commercial Sdn Bhd, Raja Nazirin Shah Raja Mohamad.Tambah Wan Abdul Hakim, bentuk kerjasama itu amat baik dan berstrategik."Sri Petaling akan menjadi projek pertama bagi kerjasama ini. Sekiranya berjaya, model ini akan diperkembangkan di tempat-tempat lain seluruh negara di masa-masa yang akan datang."KMI mempunyai pengalaman yang luas dalam mengurus dan menjalankan perniagaan hospital swasta, tetapi mempunyai had dalam mendapatkan tapak-tapak yang sesuai untuk mengembangkan rangkaian hospitalnya," katanya.Bagi kerjasama pertama tersebut, KMI dan PNBC bakal membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling di Sri Petaling, Kuala Lumpur.PNBC akan membina hospital tersebut mengikut reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMI dengan modal pelaburan hospital itu dianggarkan sekitar RM100 juta dan dijangkakan akan beroperasi sepenuhnya pada 2020.Sementara itu, Tan Sri Abdul Wahid dalam ucapannya melahirkan rasa gembira apabila KMI telah memilih tanah milik PNBC bersebelahan Hotel Sri Petaling sebagai lokasi baharu hospitalnya.Katanya, dengan adanya hospital tersebut, kadar penginapan Hotel Sri Petaling, yang juga dimiliki oleh PNBC, dijangka meningkat sejajar dengan peningkatan permintaan bilik penginapan daripada keluarga pesakit yang menerima rawatan di hospital tersebut."Apabila siap kelak, KMI bakal menjadi hospital pertama di Sri Petaling yang merupakan satu kejiranan matang dengan penduduk sekitarnya berjumlah lebih 600,000."Dengan kemudahan akses melalui beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Jalan Jaringan Tengah 2 (MRR2), saya yakin pusat rawatan KMI ini bakal menjadi hospital tumpuan bagi penduduk di sekitar Sri Petaling," katanya.
28 Oct 17
248
Geran TUBE Untuk Terengganu RM3 Juta Tahun Depan
Geran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk Terengganu akan ditambah kepada RM3 juta pada tahun hadapan, berbanding RM750,000 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kira-kira 100 peserta TUBE di seluruh Terengganu pada tahun ini akan meningkat kepada 200 peserta tahun hadapan yang bergelar usahawan muda.Nawi berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan ini dan mengharapkan lebih ramai belia Terengganu merebut peluang itu bagi merealisasikan minat mereka dalam bidang perniagaan dan membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan."Kita juga akan bantu usahawan muda yang mengusahakan pelbagai produk ini untuk menyertai karnival dalam dan luar negeri bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka."Kita tidak mahu hanya sekadar menjadi pengguna produk tetapi perlu menjadi pengeluar lebih banyak produk untuk kegunaan orang-ramai ," katanya di Majlis Penutup Program TUBE Mega 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kem PLKN Merang Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun SME Corporation Malaysia, Farid Awang dan Pengarah SME Corporation Terengganu, Muhammad Ibrahim.Nawi berkata, program TUBE yang dianjurkan kali keempat itu mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk anak muda Terengganu.Beliau berkata, TUBE membantu belia yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menjalankan perniagaan berasaskan pembuatan dan perkhidmatan"Perkara ini dilihat penting kerana peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta secara umumnya semakin berkurangan berbanding jumlah graduan," katanya.Program TUBE yang memasuki kali keempat pelaksanaan dan peruntukan RM20 juta untuk menjayakan TUBE 4.0 di seluruh negara menerusi SME Corp.
24 Oct 17
490
TATiUC Bakal Jadi Pusat Latihan Pekerja ECRL
YB Ghazali TaibKolej Universiti TATI (TATiUC) bakal menjadi pusat latihan pekerja bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Ghazali Taib berkata, ECRL dijangka mampu menyediakan sebanyak antara 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat termasuk di Terengganu."Pihak pengendali projek ECRL, Technology Depository Agency (TDA) di bawah Kementerian Kewangan sebelum ini menyatakan cadangan untuk memilih TATiUC sebagai institusi penyedia latihan kepada projek mega laluan keretapi laju itu,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen TATiUC Ke-11 yang diadakan di Dewan Canselor TATiUC, di Teluk Kalong, Kemaman, semalam.Menurut Ghazali, proses rundingan bersama pihak TDA dengan pengurusan TATiUC akan dilaksanakan dalam masa terdekat."Latihan yang disediakan meliputi enam sub-sektor iaitu 'rolling stock', 'track work', signalling and communications', 'automated fares' collection', electrification' dan 'tunneling and e-locomotive'."Sebagai sebuah institusi teknologi tinggi, TATiUC memiliki fasiliti yang lengkap dan punyai kepakaran yang membolehkan kita menjalankan tanggungjawab sebagai pusat latihan kepada pekerja-pekerja projek ECRL."Bukan itu saja, pihak pengendali projek juga berhasrat mengambil graduan-graduan TATiUC sebagai tenaga kerja dalam lokomotif,"katanya.Ghazali berkata, untuk jangkamasa panjang TATiUC juga mungkin menawarkan kursus baharu seperti penyelenggaraan dan sebagainya seiring dengan perkembangan teknologi keretapi yang semakin maju dari semasa ke semasa.Tambahnya, pembinaan projek ECRL dengan kos berjumlah RM55 bilion yang menghubungkan laluan Kuala Lumpur ke Pantai Timur juga bakal mengubah landskap sosioekonomi rakyat terutama di Pahang, Terengganu dan Kelantan.Dalam pada itu, Ghazali berkata graduan yang dilahirkan TATiUC juga memiliki kebolehpasaran yang sangat tinggi kerana hampir 90 peratus berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor perindustrian seluruh Malaysia.
12 Oct 17
178
Dari Berniaga Di Bonet Kereta, Kini Miliki Gerai Nasi Bajet
Bermula dengan hanya menjual tat telur dan roti sarang lebah melalui bonet kereta sejak 2013, Zulkifli Yusof kini mampu membuka kedai makan sendiri yang dikenali sebagai `Nasi Bajet Hot Kak Zie,' di Jalan Air Putih, Batu 2 1/2, Kemaman.Zulkifli yang dipanggil Pak Li, 46, dibantu adiknya Azizah, 32, beralih angin dan mencuba nasib dengan menceburi perniagaan nasi bajet berikutan permintaan yang tinggi di kalangan penduduk sekitar.Azizah berkata, sebelum ini mereka pernah menjual kuih-muih melalui bonet kereta dengan meniaga di tapak pasar malam sekitar Kemaman sahaja."Mendengar kejayaan demi kejayaan para usahawan tempatan yang menceburi perniagaan berasaskan makanan seperti nasi bajet, turut membakar semangat kami untuk mencuba nasib dalam perniagaan ini."Pada awalnya memang tidak mudah berikutan persaingan di bidang ini begitu tinggi, namun saya dan adik cuba mengekalkan kualiti dan meniaga dalam kadar harga yang mampu dimiliki ramai membolehkan bisnes kami tetap bertahan dan menjadi pilihan ramai."Alhamdulillah saya bersyukur kerana hasil jualan saya semakin bertambah maju serta mendapat sambutan yang tinggi daripada pelanggan kami," katanya.Menurut Zulkifli, walaupun bermula dengan modal yang terhad, dia mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM3,000 sebulan selain menggaji pembantu kedai serta membayar sewa tapak kedainya itu.Tambahnya, waktu berniaga bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali pada Jumaat."Di gerai kami terdapat berbagai menu pada waktu pagi, tengahari dan petang, antara menu pagi adalah nasi minyak, nasi lemak, nasi goreng ikan kukus, mee talam, laksam dan kuih-muih."Manakala menu tengahari pula adalah nasi bajet dengan pilihan tiga jenis lauk seperti ayam masak merah, kuah kari dan ayam goreng kunyit serta percuma sebotol air mineral. Nasi bajet tersebut hanya RM4 sahaja, manakala pada setiap Isnin kami ada menu istimewa iaitu nasi dagang," katanya.Pada setiap petang pula, pelanggan disediakan makanan ringan sebagai kudapan petang seperti keropok goreng, pisang goreng ikan, sotong celup tepung dan lempeng kelapa.Sementara itu, Azizah berkata, sambutan yang baik itu menyebabkan dia dan abangnya merancang untuk mengembangkan perniagaan dengan membesarkan kedai makan bagi menampung jumlah pelanggan yang kian bertambah."Selain pelanggan yang datang menikmati juadah di kedai, kami juga terima tempahan menerusi panggilan, SMS dan WhatsApp."Kebiasaannya juga ramai yang menempah melalui facebook akaun kami iaitu, Zie Azizah dan Zulkifli Yusof," katanya
12 Oct 17
1707