Artikel "Ekonomi" Terkini
Bicara Bajet Terengganu 2018 : Ekonomi Negara Masih Di Landasan Kukuh
Pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara yang mencapai 5.8 sehingga 6 peratus sebagai tertinggi di Asia pada tahun ini, membuktikan ekonomi negara masih baik dan berdaya saing.Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, berdasarkan data Bank Negara Malaysia, jika pada tahun lepas PKS mencapai 5.2 peratus dan ia meningkat 0.6 hingga 0.8 peratus tahun ini.“Data Bank Negara dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), bagi saya bukan omongan kosong sebaliknya berdasarkan fakta yang diambil (kajian) daripada struktur ekonomi.“Kadang-kadang kita hanya mengambil data tertentu dan mengatakan ekonomi kita dalam proses yang teruk. Malah, ada mengatakan negara kita dalam keadaan bangkrap. Tetapi bagi saya kita kena melihat secara keseluruhan (data-data ini),”katanya.Beliau mengulas demikian dalam sesi wawancara sempena Bicara Bajet Terengganu 2018 yang dihoskan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Muhd Aimin Mohd Tahir, di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut, Muhammad berkata, eksport PKS juga meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 6.6 peratus tahun ini.Tambahnya, secara purata, kesan kelembapan ekonomi ini turut memberi kesan kepada PKS, bagaimanapun kesan itu hanya bersifat sementara.Menurut beliau, berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat yang diperbadankan di Terengganu meningkat begitu ketara apabila pada 2015 merekodkan lebih 4,000 syarikat, 2016 sebanyak 5,900 syarikat dan pada 2017 pula mencatatkan sebanyak 25,000 syarikat sekali gus membuktikan ekonomi masih di landasan yang baik.Dalam pada itu, beliau sebelum itu berkata, takrifan yang lebih sesuai kepada kelembapan ekonomi adalah proses pemulihan dan pemulihan itu bukan terjadi kepada negara kita sahaja, tetapi turut dialami negara lain serta menjadi masalah global.Muhammad turut memberitahu, Bajet Terengganu 2018 yang dibentangkan Menteri Besar Terengganu merangumi empat pe-tunjang meliputi 60 touchpoint menyediakan kira-kira RM29.7 juta untuk pembangunan PKS negeri secara keseluruhannya.Antaranya menyediakan RM2 juta untuk Program Jaya Diri, Skim Pembangunan Usahawan Desa juga berjumlah RM2 juta untuk membantu mendapatkan dana menjalankan perniagaan.Skim ini meliputi pinjaman dalam bentuk Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF), Skim Pinjaman Usahawan Desa (SPUD), Skim Pinjaman Online Business (SPOB) dan Skim Pinjaman Kecil (SPK).Lain-lainnya adalah bantuan pinjaman Skim Pembiayaan Food Truck di bawah Skim Pinjaman Tanpa Faedah Al-Ijarah, dengan maksima pinjaman sebanyak RM75,000 dan dijangka memberi manfaat langsung kepada 135 orang usahawan.Selain itu, Hab Digital Terengganu dibangunkan di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu dan di Setiu.- www.terengganu.news
18 Dec 17
112
Bajet 2018 : Pendapatan Bulanan Isi Rumah Meningkat
ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini Terengganu merekodkan pencapaian paling tinggi bagi Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah apabila merekodkan 24.2 peratus dalam tempoh 2014 hingga 2015.Beliau ketika membahaskan Bajet 2018 menjelaskan, kajian oleh pakar ekonomi iaitu Tan Sri Profesor Dr. Noor Azlan Ghazali menerusi Laporan Jabatan Statistik mengenai Pendapatan Bulanan Isi Rumah Penengah menunjukkan Terengganu berada di kedudukan lima terbaik, berbanding sembilan negeri yang lain.“Terengganu melebihi purata kebangsaan pada tahun 2014 dan yang paling tinggi berbanding sembilan negeri lain. Hanya di depan kita adalah Selangor, Johor, Melaka dan Pulau Pinang.“Ini adalah indikator yang lebih baik daripada pendapatan purata isi rumah. Dan ini kita dapat lihat walaupun KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) kita di ambang 3.1 hingga 3.8 peratus tetapi pendapatan rakyat sudah meningkat. Ini menunjukkan bahawa perjuangan kita (Barisan Nasional) sejak dahulu lagi, daripada Menteri Besar yang lama, yang dulu, mantan Menteri Besar , sebelah saya Adun Kijal (Dato’ Seri Ahmad Said) yang ada bersama dengan kita pada hari ini. Hasil ini hanya boleh dicapai atas perjuangan mereka sejak dahulu lagi. Syabas Kerajaan Barisan Nasional. Terima Kasih kepada semua pejuang-pejuang kita,” katanya. - http://terengganu.news
13 Dec 17
73
Bajet 2018 : Hab Digital Suntik PKS Berdaya Saing
Cadangan mewujudkan hab digital Kuala Terengganu dalam pembentangan Bajet Terengganu 2018 semalam, seiring dengan kedudukan Malaysia yang kini muncul antara pasaran e-perdagangan di peringkat global membabitkan janaan pendapatan mencecah RM9.53 bilion tahun lalu.Pengarah SME Corp. Malaysia Terengganu, Muhammad Ibrahim berkata, dalam perbentangan Bajet Terengganu 2018 oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu menggariskan empat tunjang utama melibatkan 60 `touchpoint' yang merangkumi semua sektor termasuk berkenaan ekonomi digital. Menurutnya, cadangan di bawah touchpoint ke-23 iaitu cadangan mewujudkan Hab Digital Kuala Terengganu merupakan inisiatif kerajaan yang tepat dalam memastikan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu dalam talian sentiasa mengikuti trend terkini untuk terus kekal berdaya saing. "Selain memperkemaskan pangkalan data pelanggan dan sentiasa seiring dengan perubahan teknologi maklumat semasa. Ini termasuk pembangunan ekonomi digital yang lebih berinovasi, sekali gus mewujudkan suatu konsep jaringan perdagangan rentas sempadan di peringkat global. "Perubahan yang dicetuskan oleh pendigitalan bukan saja berperanan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi, tetapi merangkumi peningkatan permintaan pekerja berkemahiran tinggi serta membuka peluang pekerjaan baru."Hab Digital ini mampu bertindak sebagai faktor pemangkin terutama kepada golongan usahawan muda Terengganu supaya sentiasa peka dengan perubahan landskap ekonomi semasa yang kini menuju gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang bersandarkan kepada penggunaan teknologi terkini dan industri berasaskan pengetahuan," katanya.Menurutnya lagi, kecanggihan teknologi digital akan mengubah cara perniagaan dijalankan seperti blok rantaian, mata wang digital, urus niaga atas talian dan transaksi tanpa tunai yang menjadi perkara biasa baharu dalam ekosistem keusahawanan dan perniagaan."PKS Terengganu juga perlu meletakkan perniagaan mereka pada ekosistem yang tepat untuk bersaing pada peringkat global terutamanya melalui Zon Perdagangan Bebas Digital (Digital Free Trade Zone) yang baru dilancarkan pada tahun ini. DFTZ yang merupakan hasil kerjasama dengan syarikat e-dagang terkemuka, Alibaba adalah di peringkat awal dan akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan tambahan dalam talian dan digital bagi kemudahan e-dagang antarabangsa serta memacu inovasi berasaskan internet."Walaupun PKS Terengganu masih berorientasikan pasaran domestik, tetapi trend sudah mula menunjukkan peningkatan dalam menjalankan perniagaan secara digital dan ini merupakan satu petanda yang cukup positif. Mengikut kajian oleh SME Corp. Malaysia, pada tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak 4.7 peratus PKS Terengganu berbanding 2.5 peratus pada tahun 2016 menunjukkan usahawan Terengganu yang menjalankan perniagaan mereka melalui atas talian," katanya.
12 Dec 17
40
PAU 2017 : Songket Terengganu Kekal Jadi Tumpuan
Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan AwangKelainan dan kehalusan songket Terengganu kekal mendapat perhatian di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.Pengarah Urusan Manang Songket Sdn Bhd, Wan Manang Wan Awang berkata songket Terengganu mempunyai kelainannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan songket-songket buatan di tempat lain.Katanya, kebiasaannya harga-harga songket yang ditenun ditawarkan bergantung kepada beberapa ciri dan kualiti material."Harga yang paling rendah yang dijual di Manang Songket boleh didapati dengan harga cuma RM500 dan ianya boleh mencecah sehingga belasan ribu bergantung di atas kehendak pelanggan."Ianya bergantung kepada beberapa faktor utam iaitu bahan pembuatannya yang boleh terdiri daripada kapas, sutera ataupun polister dan campuran dari sutera dan kapas," katanya kepada Teganukita.Selain itu, Manang berkata harga sehelai songket yang ditenun secara manual tersebut juga bergantung kepada rekaan dan kehalusan seninya.Katanya yang telah menceburi bidang tenunan songket lebih dari 30 tahun tersebut, harga songket juga bergantung kepada hasil kerja oleh seseorang penunan."Kepakaran oleh seseorang penenun juga menjadikan harga sesehelai songket boleh meningkat dengan hasil kerja dan kehalusan tenunan itu," katanya.Dalam pada itu, Manang berkata sepanjang PAU 2017 berlangsung, lebih 20 helai songketnya telah dijual kepada peminat songket daripada setiap golongan termasuk orang kenamaan.
09 Dec 17
1322
T-Kitchen Sasar Pendapatan RM2.5 Juta
Dato' Seri Ahmad Razif bersama dengan wakil dari setiap agensi dan syarikat yang mendatangani MoU dalam majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) menyasarkan jumlah keseluruhan unjuran pendapatan pada tahun pertama 2018 adalah sebanyak RM2.5juta.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui Memorandum Persefahaman (MoU) antara T-Kitchen dengan Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd (Brahim’s) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia(DPIM) Terengganu dapat memperluaskan lagi pasaran dua produk utama T-Kitchen.Katanya, dianggarkan unjuran jualan sebanyak RM1.3juta melalui Brahim’s Food dan unjuran jualan sebanyak RM1.2juta melalui DPIM."Kita juga melihat pada kemampuan fasiliti yang ada buat masa sekarang namun sekiranya ada keperluan atau permintaan yang tinggi maka kita tidak teragak-agak untuk menaik taraf fasiliti sedia ada."Kita mempunyai Chicken Cottage yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri dimana sekarang terdapat 162 cawangan di seluruh dunia. Jadi kita akan pasarkan nasi dagang dan keropok lekor ini berasaskan di setiap cawangan disamping itu dengan bantuan daripada pihak Brahim's," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Terengganu Kitchen Sdn Bhd dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd, Koperasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Terengganu) serta Yayasan Pembangunan Keluarga dan Brahim's SATS Food Services Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.Perjanjian-perjanjian tersebut ditandandatangani oleh Naib Presiden DPIMT, Dato' Dr Abdul Latiff Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Operasi Brahim's, Mohd Zaki Omar dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga pengerusi Terengganu Inc berkata pihaknya sekarang sedang melakukan penyelidikan untuk mengeluarkan produk baru di bawah T-Kitchen."Produk baru ini adalah termasuk makanan dan kuih tradisional dari Terengganu yang akan dijadikan sejuk beku seperti ikan celup tepung dan juga 'rojak kateh'."Kita mempunyai bahagian penyelidik di T-Kitchen itu sendiri jadi ianya masih dalam proses penyelidikan," katanya.Sejak dipasarkan, lebih 50,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen telah dipasarkan.Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.
06 Dec 17
194
T-Kitchen Bakal Kerjasama Dengan Syarikat Produk Halal Tersohor, Brahim
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pemasaran produk makanan halal terkemuka, Brahim SATS Food Services Sdn Bhd pada 6 Disember ini di Kuala Lumpur.Pengurus Besar T-Kitchen, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, pihaknya sebelum ini pernah berbincang untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk meningkatkan pasaran nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen.“Pada 6 Disember ini, satu permeteraian kolaborasi akan dilakukan dan bakal disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.“Kolaborasi ini akan membolehkan produk T-Kitchen iaitu nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku dipasarkan di dalam syarikat penerbangan komersial dalam dan luar negeri serta di dalam keretapi milik Keratapi Tanah Melayu (KTM) dalam rangkain Brahim,” katanya kepada Teganukita.Nasi dagang dan kerepok lekor sejuk beku T-Kitchen tersebut mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015 dan baru-baru ini mula memasuki pasaran London apabila 10,000 pek makanan itu dieksport ke sana.
03 Dec 17
766
Nasi Dagang, Keropok Lekor Terengganu Tembusi Pasaran London
Sebanyak 10,000 pek nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memasuki pasaran London bermula 30 November ini.Pengurus Besarnya, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, daripada jumlah tersebut, 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor akan dihantar terus melalui penerbangan tanpa henti Maskargo.Katanya, ianya bakal melakar sejarah di mana makanan tradisi Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor bakal diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage yang juga merupakan syarikat milik Kerajaan Negeri di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar Kota Raya London."Kita yakin penghantaran pertama ke pasaran di United Kingdom ini bakal menjadi titik tolak kepada penetrasi potensi pasaran-pasaran lain termasuk kotaraya Dubai, Mekah dan Madinah di Asia Barat."Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom dan Eropah serta di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa," katanya dalam satu kenyataan kepada media.Tengku Zulkarnain berkata, penyediaan dua makanan tersebut yang amat mudah dan ringkas merupakan antara faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London.“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan.“Dua makanan tradisional ini secara tidak langsung mampu menonjolkan imej Terengganu sebagai salah satu daripada makanan tradisi turun temurun yang sentiasa digemari oleh sesiapa sahaja di samping ianya juga merupakan antara produk pelancongan yang mampu menggamit masyarakat di United Kingdom untuk mengenali lebih dekat produk dan destinasi pelancongan di Terengganu,” katanya.Beliau berkata, keunikan pembungkusan produk sejuk beku tersebut juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi negeri cantik budaya menarik yang menerujakan, malah Terengganu juga terkenal sebagai destinasi makanan tradisi yang berjaya menambat hati setiap pengunjung.
29 Nov 17
937
Jualan Batik, Songket Terengganu RM50,000 DI MITC, Melaka
Usahawan Terengganu berjaya mengutip jualan hampir RM60,000 hasil jualan sepanjang lima hari pada Jelajah Beautiful Terengganu Sempena Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang berakhir Sabtu lalu.Daripada keseluruhan kutipan jualan berkenaan, semua usahawan di bawah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) itu berjaya menarik ramai pembeli menerusi kehalusan seni dan kualiti tekstil batik serta songket yang ditawarkan apabila produk berkenaan mengumpul jualan sehingga RM50,000.Pada hari terakhir temasya itu, jualan batik dan songket sahaja merekod kutipan sehingga RM40,000Pengusaha yang terlibat adalah Terengganu Kitchen, Fadhizan Songket, Ety Batek, Fatimah Keropok dan Syamzshida Batik And Songket Collection, selain kaunter informasi serta beberapa kaunter pelancongan seperti Kampung Cina, Setiu Wetland, Kenyir dan demonstrasi kraf anyaman.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program Jelajah Beautiful Terengganu (JBT) di Melaka merupakan penutup siri jelajah program promosi pelancongan negeri bagi tahun ini.Katanya, program jelajah tersebut akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang."Program JBT di Melaka merupakan lokasi terakhir untuk tahun ini. Pada tahun hadapan kita akan bermula program jelajah VBT seawal Januari."Untuk tahun hadapan kita akan laksanakan program jelajah ini di Johor, Kuala Lumpur dan satu lokasi lagi mungkin di Perak sempena Sukma (Sukan Malaysia) 2018 selain satu lokasi di luar negara iaitu Singapura," katanya kepada Teganukita.Dalam pada itu, pemilihan lokasi untuk program di Melaka, baru-baru ini adalah disebabkan lokasi yang strategik dan sering menerima kunjungan orang ramai selain daripada acara yang sedang berlangsung melibatkan isteri-isteri orang kenamaan serta kuasa beli yang tinggi."Kita ambil peluang di mana-mana ada tempat atau acara di lokasi yang bersesuaian untuk kita mempromosikan Terengganu."Jadi kita ambil kesempatan di MITC yang sentiasa menerima kunjungan pelancong-pelancong kerana di situ turut disediakan pelbagai acara sampingan. Pada masa yang sama ianya berjaya menarik kunjungan pelawat untuk mengikuti pelbagai segmen yang disediakan penganjur acara," katanya.
26 Nov 17
579
Darul Iman Xpress Kini Beroperasi Di Terengganu
Perkhidmatan bas Darul Iman Xpress mula beroperasi di Terengganu Oktober lalu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPemilik syarikat pengangkutan bas Ekspres Perdana, Laili Ismail melebarkan rangkaian perniagaannya dengan membuka syarikat baharu Selesa Transit Sdn Bhd membabitkan pelaburan awal berjumlah hampir RM4 juta.Laili yang juga Pengarah Urusan bagi kedua-dua syarikat itu berkata, Selesa Transit Sdn Bhd akan bertanggungjawab sebagai pengendali perkhidmatan bas ekspres Darul Iman Xpress yang berpangkalan di Terengganu.Katanya, untuk permulaan perkhidmatan Darul Iman Xpress beroperasi dengan dua bas melibatkan laluan Terengganu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Shah Alam, Klang dan Kajang dan sebaliknya.“Perkhidmatan bas ini mempunyai beberapa kelebihan dan tarikan tersendiri antaranya tahap kelajuan maksimum hanya dihadkan kepada 90 kilometer sejam."Kita sentiasa mengambil kira aspek keselamatan penumpang, jadi had kelajuan ditetapkan hanya 90 kilometer sejam dan kelajuan bas ini akan dipantau atau dikawal oleh petugas di bilik operasi kami," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Darul Iman Express di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.Hadir merasmikan majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh.Menurut Laili, bas Darul Iman Express yang mempunyai 45 kerusi itu juga bukan sahaja dikendalikan semua pemandu muda yang berpengalaman dan terlatih malah mereka juga dipastikan bebas daripada penyalahgunaan dadah dan bersedia memberi layanan terbaik kepada penumpang."Kita sentiasa mementingkan keselamatan serta keselesaan penumpang dan atas sebab itulah, setiap bas baharu yang kita beli hanya perlu beroperasi selama lima tahun, selepas itu kenderaan ini akan dijual untuk kita beli bas baharu dan begitulah seterusnya," tambahnya.
22 Nov 17
3341
Keropok Kampung Gaung Warisan Dari Kampung Losong
Bermula dengan hanya lima pekerja kini peniaga keropok lekor di Kampung Gaung, Kuala Berang, Wan Mohd Badrulhisyam Mohammad,30, kini tersenyum puas apabila perusahaannya itu kian maju dengan bantuan 12 pekerja di kalangan penduduk setempat.Pemuda berasal dari Kampung Serada itu berkata, perusahaan makanan itu diwarisi sejak turun temurun dari keluarganya di Kampung Losong dan mula mengambil alih perniagaan itu sejak 2011.Wan Mohd BadrulhisyamJelasnya lagi, idea untuk membuka kedai keropok lekor timbul apabila melihat banyak kedai berasaskan makanan itu di Kampung Losong dengan hasil keluaran yang sama dan mahu mencuba nasib membukanya di tempat lain."Setelah melihat suasana yang terlalu sinonim diLosong, saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka sebuah kedai kecil di Kampung Gaung dengan dibantu lima pekerja tempatan disitu."Nampaknya rezeki memihak kepada saya apabila ianya mendapat sambutan hangat dan pada April 2016, saya membuka kedai yang lebih besar (sekarang) dengan ruang parkir yang lebih selesa,"katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.Setiap hari kedainya akan menghasilkan keropok dengan menggunakan 500 kilogram (kg) ikan berbanding di kedai lama, hanya 200 kg dan meningkat kepada 800 kg pada musim cuti atau perayaan.Menurut Wan Mohd Badrulhisham, jika dibandingkan dengan dahulu, perniagaannya makin mendapat sambutan ramai termasuklah daripada pelanggan luar Terengganu seperti Johor dan Kuala Lumpur."Hampir setiap malam, kami akan mengirimkan tempahan keropok melalui bas persiaran ke negeri-negeri di Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak."Ini termasuklah pelanggan tempatan dan pelancong-pelancong yang datang membeli dan ada yang kembali ke kedai kami kerana puas hati dengan rasa keropok yang terkenal dengan keenakan campuran ikannya yang asli,"katanya lagi.Dia tidak menafikan antara faktor yang melonjakkan perniagaannya disebabkan pembukaan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai."Memang saya tak nafikan, sejak Tasik Kenyir dibuka sebagai Pulau Bebas Cukai, boleh dikatakan saya mendapat tempiasnya. Hampir setiap hari ada sahaja bas pelancong akan berhenti untuk membeli keropok dan hasil produk yang lain untuk dibawa pulang."Kini saya dalam proses dapatkan sijil halal untuk pasarkan keropok lekor menembusi pasaran di pasaraya-pasaraya utama di negeri ini,"katanya lagi.
21 Nov 17
1588