Artikel "Ekonomi" Terkini
EKSPO TERENGGANU 2018: TDM Perkenal Baja Organik TDMBIO
TDMBIO mula diperkenalkan kepada orang awam pada Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Anak syarikat Kerajaan Negeri, TDM Plantation memperkenalkan baja organiknya sendiri yang dinamakan TDMBIO sempena Ekspo Terengganu 2018 yang sedang berlangsung di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, baja tersebut dihasilkan daripada proses 'composting' iaitu daripada tandan buah kelapa sawit yang diambil dari ladang-ladang milik TDM sendiri.Katanya, baja organik yang dihasilkan tersebut memberikan banyak kelebihan kepada tanaman tanpa memberi kerosakan kepada tanaman itu sendiri."Baja yang pihak kami hasilkan banyak memberikan kebaikan antaranya serapan air yang tinggi selain boleh menguatkan dan membaiki struktur tanah."Ianya juga mampu memberi nutrien yang cukup kepada tanaman itu sendiri dan mengurangkan bahan-bahan bukan organik yang ada," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, baja itu kini dihasilkan di dua kilang yang terletak Padang Kubu, Kemaman dan Sungai Tong, Kemaman."Kami memulakan operasi menghasilkan baja ini bermula dari Jun tahun lalu."Dijangkakan dengan dua kilang ini, pihak kami boleh menghasilkan sehingga 60,000 metrik tan setahun," katanya.
27 Feb 18
281
EKSPO TERENGGANU 2018 : TDM Perintis Biogas Pertama Di Malaysia
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail TDM Berhad muncul syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama di Terengganu dan juga perintis di Malaysia yang memperkenalkan Biogas.Majlis Menandatangani Penerimaan Tawaran Projek Usahasama Penghasilan Biogas dan Penjanaan Kuasa Elektrik melalui perjanjian kerjasama `Build-Own-Operate-Transfer' (BOOT) Kumpulan TDM Berhad dengan syarikat Concord Alliance Sdn. Bhd. berlangsung di Dataran Shahbandar, Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Tawaran tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda kepada Pengarah Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd,Datuk Khairuddin Tan Sri Mohd Hussin, dengan disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Eksekutif Concord Alliance Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin Abd Hamid.Dato' Mohamat berkata, menerusi pemberian tawaran projek ini, projek pembangunan loji Biogas memperkenalkan konsep penukaran `waste to wealth' sisa buangan ke sumber pendapatan,di mana tenaga elektrik yg terhasil akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad di bawah kuota Feed-in-Tariff (FIT) yang akan dipohon kelak daripada `Sustainable Energy Development Authority Malaysia' (SEDA).Katanya, loji biogas mengutamakan teknologi hijau dalam memastikan penjagaan alam sekitar yang mampan dan juga membantu mengukuhkan lagi sistem rawatan olahan kilang kelapa sawit yang sedia ada supaya tidak mencemarkan alam sekitar.“Pemberian tawaran ini adalah untuk di dua lokasi kilang-kilang kelapa sawit TDM Plantation Sdn Bhd di Kemaman dan Sungai Tong di Negeri Terengganu. Kos perbelanjaan keseluruhan projek Biogas Plant ini untuk dua kilang adalah dalam lingkungan RM38 juta, walau bagaimanapun TDM telah menggunakan konsep `BOOT' iaitu 'built, operate, own, transfer' di mana semua kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju dan peratusan daripada hasil keuntungan akan diagihkan kepada TDM setiap tahun mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Konsesi ini akan beroperasi selama 16 tahun dan selepas itu keseluruhan aset tersebut akan diserahkan kepada TDM secara percuma,” katanya.Sementara itu, Wan Nawawi pula berkata, TDM telah merangka satu pelan peniagaan jangka panjang yang mantap dalam usaha untuk menjadi satu pemain atau institusi utama dalam sektor perladangan di masa hadapan. "Sebagai pemegang sijil RSPO dan MSPO yang komited, TDM telah meluluskan pembinaan Biogas plant ini. Di samping menjaga alam sekitar, plant ini juga mampu menjana kewangan untuk syarikat bagi setiap jumlah tenaga elektrik yang disalurkan ke grid TNB. "Kedua-dua kilang kelapa sawit di Kemaman dan Sungai Tong mampu memproses buah kelapa sawit lebih 600,000 metrik tan setahun. Dari jumlah ini sebanyak 390,000mt sisa buangan cecair yang akan terhasil dan ini cukup untuk membekalkan gas methane bagi plant Biogas tersebut untuk penjanaan tenaga elektrik lebih daripada 4 megawat sejam,” katanya.Tan Sri Datuk Seri Mohd Hussin pula menjelaskan, TDM memberi tawaran projek kepada Concord Alliance Sdn Bhd dalam usaha ke arah penjagaan alam sekitar yang mampan, menjana pendapatan tambahan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan bagi anak tempatan dan juga membantu membekalkan bahan untuk kegunaan kilang baja bio-organik TDM.“Kami melahirkan rasa gembira kerana TDM telah memilih Concord Alliance Sdn Bhd untuk projek usahasama ini. Kami akan membuktikan kepada TDM bahawa kami boleh melakukan dan menyampaikan apa yang kami janjikan. Sekiranya kita boleh melakukannya, Concord Alliance Sdn Bhd akan menjadi penyumbang utama dalam memudahkan pihak lain dan pihak berkepentingan, seperti badan pengawal selia seperti TDM, dalam mencapai Agenda Hijau Malaysia. Selain daripada pihak TDM, kami juga amat berterima kasih kepada pihak SEDA, TNB, Bioeconomy Corporation, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), MIDA, Instituti-institusi Perbankan MDV dan Hong Leong Bank, Malaysian Green Technology Corporation, Suruhanjaya Tenaga dan CGC di atas sokongan dan kepercayaan penuh kepada Kumpulan Concord sepanjang penglibatan kumpulan kami di dalam projek biogas dan harapan kami agar kerjasama ini akan dapat diteruskan bagi projek bersama TDM di kedua-dua lokasi tersebut”, katanya.Untuk rekod, inisiatif itu adalah sebahagian dan langkah permulaan yang diambil oleh TDM dalam merealisasi pelan perniagaan jangka panjang yang dirangka selaras dengan Model Transformasi TTB (Transformasi TDM Baharu) bagi Entry Point Project (EPP) yang ke-8 dari 40 EPP yang terdapat dalam Model TTB yang diperkenalkan oleh TDM pada 27 Februari tahun lalu.
27 Feb 18
305
ESKPO TERENGGANU 2018: Chicken Cottage Lakukan Promosi Agresif
'Food truck' yang digunakan oleh Chicken Cottage dalam mempekenalkan produk mereka kepada orang ramai. Foto oleh Zulkifli CW Putra.Chicken Cottage di bawah kelolaan Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) bakal mengadakan promosi secara lebih agresif sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang produk yang dihasilkan oleh mereka.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TI Group, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata sebagai langkah permulaan, sebanyak dua buah 'food truck' telah mula diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman semalam.Wan Ahmad Rudirman berkata 'food truck' tersebut akan diletakkan di ekspo sepanjang ianya berlangsung."Selepas pada itu, 'food truck' ini akan melakukan jelajah di kampung-kampung supaya semua rakyat dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh Chicken Cottage."Ianya adalah selaras dengan apa yang diwark-warkan oleh Dato' Seri Ahmad Razif agar GLC memulakan langkah dengan menawarkan perkhidmatan kepada rakyat," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, sebagai langkah promosi juga, Terengganu Inc telah mengagihkan 200,000 keping baucer Chicken Cottage kepada pengunjung bertuah.Katanya, baucer tersebut sah sehingga tiga bulan bermula dari 25 Februari dan ianya juga boleh digunakan di cawangan Chicken Cottage yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu.Selain itu, produk Terengganu Kitchen (T-Kitchen) yang juga bernaung di bawah TI Group, Nasi Dagang Sejuk Beku turut mendapat sambutan memberangsangkan.Wan Ahmad Rudirman berkata,dalam tempoh dua bulan, sebanyak 20,000 paket nasi dagang tersebut telah dieksport ke luar negara."Kita mempunyai permintaan yang tinggi di London dan kerana itu pihak kami akan terus mengeksport nasi dagang ini ke bandar-bandar utama dalam negara tersebut," katanya.
25 Feb 18
140
EKSPO TERENGGANU 2018: TI Group Bawa Konsep Solidariti
Sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut menyertai pameran di Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Kumpulan Terengganu Inc (TI Group) mengetengahkan konsep solidariti dalam Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula semalam.Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, TI Group diberi kepercayaan mengumpulkan anak-anak syarikat bagi menyertai ekspo terbesar negeri julung kali diadakan itu.Katanya, sebanyak 14 anak syarikat di bawah TI Group turut diberi peluang berada di bawah pavilion yang dibahagikan kepada lima kluster utama."Lima kluster tersebut merangkumi 'plantation', 'oil and gas', 'hospitality', 'health care' dan 'natural resources'."Setiap kluster diwakili oleh anak-anak syarikat yang berkaitan dimana mereka mempamerkan aktiviti masing-masing selain bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada rakyat tentang TI Group sebagai GLC Terengganu," katanya kepada Teganukita, hari ini.Tambah Wan Ahmad Rudirman, di pavilion TI Group juga turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati serta dimanfaatkan pengunjung sepanjang ekspo tersebut.Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah roda impian, ramah mesra bersama selebriti, pemeriksaan kesihatan oleh pakar KTS, temuduga kerjaya dan banyak lagi.Selain itu, pengunjung-pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan di pavilion TI Group.
25 Feb 18
67
Pasar Tani Mesra Rakyat Tawar Harga Murah Sehingga 20 Peratus
Ahmad Razif sempat meluangkan masa mengunjungi gerai jualan sayur-sayuran pada Pasar Tani Mesra Rakyat Gong Badak, Kuala Nerus. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.Pasar Tani Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan pengurangan harga barangan komoditi dari lima hingga 20 peratus.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif FAMA berjaya membuka satu lagi konsep untuk menyediakan jualan harga patut kepada rakyat.Katanya, perkara paling penting adalah barangan yang dijual tersebut tidak melibatkan orang tengah dan ianya ditawarkan terus kepada pengguna."Jadi kerana itu ia dapat menawarkan barangan dengan harga yang lebih murah dan satu lagi yang saya nampak tadi ada juga konsep 'tabaruk' iaitu menderma kemudian diagihkan kepada orang yang memerlukan."Saya haraplah 'tabaruk' ini dapat dikembangkan. Bagi orang yang berkemampuan masa inilah mereka boleh menghulurkan bantuan melalui menderma barangan-barangan yang terpakai," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pasar Tani Mesra Rakyat Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Saleh dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.Pada program tersebut, beberapa pengisian lain telah dilakukan oleh pihak FAMA yang melibatkan pengurangan harga barangan seperti Jimat Belanja Dapur (JBD), Jualan My Best Buy serta penglibatan usahawan Karavan Tani.Bagi JBD, ianya menawarkan pengurangan harga jualan lima hingga 20 peratus barangan komoditi seperti barangan runcit, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Manakala My Best Buy pula menawarkan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih menjimatkan bagi komoditi barangan kawalan seperti minyak masak, tepung gandum dan gula.
24 Feb 18
737
Bank Islam Perkenal Kad Bank Terengganu FC
Pemain Terengganu FC menunjukkan Kad Bank Debit-i Visa Terengganu FC yang mula diperkenalkan oleh Bank Islam bermula hari ini. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Bank Islam Malaysia Berhad memperkenalkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC dalam usahanya menyokong sukan bola sepak negara.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata tujuan kad tersebut diperkenalkan adalah bagi menyemarakkan lagi sokongan peminat bola sepak Terengganu terhadap pasukan-pasukan negeri.Katanya, melalui penjenamaan bersama dengan pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan serta negeri sepanjang 2016 dan 2017, Bank Islam telah berjaya mengagihkan insentif berjumlah lebih RM9 juta kepada pasukan yang terlibat."Dengan setiap kad yang dikeluarkan dan diperbaharui, Bank Islam akan menyalurkan sumbangan RM2.00 kepada Terengganu FC untuk membantu meningkatkan lagi sukan bola sepak yang akan melahirkan pemain 'superstar' dan membawa nama Terengganu ke tahap lebih tinggi."Setakat ini, jumlah kad Debit-i Bank Islam Visa telah mencecah 3.3 juta dan angka ini akan terus meningkat lebih-lebih lagi dengan pelancaran kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC, pada hari ini" katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC 'Peteh Terengganu Peteh' di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Tambahnya, pihak Bank Islam mensasarkan 50,000 Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC akan dikeluarkan sepanjang tahun ini.Terengganu FC merupakan kerjasama ketujuh dilakukan oleh Bank Islam. Sebelum itu, pihaknya telah melakukan kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelantan Football Association (KAFA), Pahang Football Association (PFA) , Kedah Football Association (KFA), Selangor Football Association (FAS) dan Melaka United Soccer (MUSA).Sementara itu, Wan Nawawi berkata inisiatif yang diambil oleh Bank Islam adalah satu perkara yang amat baik dalam membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri di Malaysia.Katanya, dengan adanya kad tersebut ianya boleh menjadi salah satu cara promosi kepada Terengganu FC dengan terteranya logo pasukan serta tertulis 'tagline' Peteh Terengganu Peteh.
14 Feb 18
804
Terengganu Inc Bina Rumah Imam
Khairul Nizam menyampaikan kunci rumah imam kepada imam surau tersebut di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Atas dasar Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) membina sebuah rumah imam di Surau Kampung Balik Bukit, Seberang Pintasan, Dungun dan menambahbaik surau berkenaan melalui program 'Way of Naqiya 2.0'.Naib Presiden, Khairul Nizam Khalid Mirza yang mewakili Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak berkata, program tersebut adalah kesinambungan daripada inisiatif yang pernah dijalankan pada tahun lalu.Katanya, untuk 'Way of Naqiya 1.0', aktiviti pembersihan dan penambahbaikan Madrasah al-Hidayah di Batu Buruk, Kuala Terengganu telah dilakukan pada tahun lalu."Rumah yang dibina di surau ini adalah bagi menempatkan imam selain memberi tempat untuk mereka bermalam semasa mengadakan ceramah-ceramah keagamaan di sini."Selaras dengan apa yang diaspirasikan oleh Terengganu Inc iaitu 'Memanfaatkan Pelaburan Untuk Rakyat' program ini diadakan untuk memberi sokongan selain membantu komuniti setempat dalam mempelajari ilmu agama," katanya kepada Teganukita.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah dalam Program 'Way of Naqiya 2.0' di Surau Kampung Balik Bukit, Dungun, hari ini.Turut hadir, Naib Presiden Komunikasi Strategik, Suridah Supian.Dalam pada itu Timbalan Pengerusi surau tersebut, Mazlan Tawang berkata, sumbangan yang disalurkan oleh pihak Terengganu Inc amat bermakna dalam menyiapkan rumah imam itu."Bagi pihak ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat amat terharu kerana telah memilih kawasan ini untuk progam CSR Terengganu Inc."Dengan adanya rumah untuk imam ini, ianya memudahkan mereka untuk bermalam di sini kerana kebanyakan imam yang hadir adalah dari kawasan luar," katanya.
01 Feb 18
219
KTS Tawar Perkhidmatan Terbaik
Hospital KTS menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan pengunjung. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang mula beroperasi di bangunan baru terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sejak 28 Januari lalu menawarkan perkhidmatan terbaik selain menjanjikan keselesaan kepada pesakit dan pengunjung di situ.Dengan harga bermula RM100 untuk satu malam, hospital tersebut menawarkan perkhidmatan yang dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pesakit.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, hospital tersebut mula beroperasi sejak tahun 2006 dengan hanya lima katil dibuka kepada pesakit di KTS Jalan Kamarudin.Katanya, pada 2010, ianya ditambah kepada 10 katil dan sebelum berpindah dari bangunan lama, sebanyak 30 katil disediakan kepada pesakit."Di bangunan baru ini, kita menyediakan 130 katil dan semua bilik di sini adalah persendirian dan tidak mengamalkan konsep perkongsian bilik bagi memberi keselesaan kepada pelanggan kita selain menjamin keselamatan mereka daripada terkena jangkitan daripada pesakit lain."Setakat hari ini, hari ketiga (semalam) sudah penuh 42 katil. Esok (hari ini) kita akan buka 14 katil lagi. Manakala pertengahan Februari ini, kita akan buka aras enam dimana menyediakan 30 katil lagi. Selepas itu ianya akan dibuka secara berperingkat mengikut permintaan," katanya kepada Teganukita.Tambah Abel, KTS menawarkan ramai pakar bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit.Katanya, selain menyediakan pakar-pakar terbaik, teknologi yang digunakan di KTS juga adalah antara tercanggih dan terkini boleh didapati di Malaysia.Abel Ahing"Di sini, kita ada menyediakan pelbagai kepakaran seperti kepakaran penjagaan kanak-kanak, pediatrik, sakit puan, telinga, hidung dan tekak (ENT), mata, tulang dan sendi, fisioterapi, pergigian, kecantikan (aesthetics) dan pelbagai lagi."Servis-servis lain seperti radiologi, 'diagnostic imaging' contohnya 'CT Scan' di sini merupakan teknologi terbaru. 'CT Scan' yang ada di sini kita panggil '64 slice' yang mana antara terkini."Manakala, 'digital mammogram' yang kita gunakan juga merupakan antara teknologi terkini ditawarkan kepada rakyat Terengganu," katanya.Dalam pada itu, Abel berkata selain daripada perkhidmatan yang ditawarkan, KTS akan dijadikan sebagai Pusat Rawatan Diabetes.Tambahnya, buat masa sekarang, pihaknya telah menjalinkan kerjasama antara Universiti Sunway dan Univeristi Malaya dalam menjalankan kajian mengenai penyakit tersebut."Perkampungan di Kuala Nerus telah dipilih untuk dibuat kajian mengenai penyakit ini bemula tahun lalu dan akan berlangsung selama lima tahun."Melalui kajian ini kita akan lebih mengenali tentang penyakit ini selain memudahkan untuk kita tangani penyakit ini dikalangan penduduk di Terengganu kerana setiap kawasan mempunyai gaya hidup berlainan," katanya.
30 Jan 18
2039
Hospital KTS Dijadual Beroperasi Ahad Ini
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang baharu di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok, bakal beroperasi mulai Ahad ini dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan pakar yang menjanjikan suasana lebih selesa dan terbaik, di negeri ini.Bagaimanapun KTS yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri di bawah naungan TDM Berhad akan beroperasi secara berperingkat dengan pembukaan dari tingkat satu hinggal lima daripada keseluruhan lapan tingkat bangunan dalam persekitaran kawasan peranginan itu.Pengurus Besar KTS, Abel Ahing berkata, pada tahun ini pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan baharu seperti pergigian, kardiologi dan kemudahan cathlab, kecantikan (aesthetics), pusat kesihatan eksekutif, fisioterapi dan pemulihan terbaru seperti ‘deep tisse laser therapy’ dan ‘electro muscular stimulation’.“Hospital ini dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan berteknologi yang terkini untuk memberi perkhidmatan lebih berkualiti kepada pelanggan,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.Sementara itu bagi mendekatkan masyarakat dengan hospital baharu ini, pada 3 Februari depan pihaknya akan mengadakan `Festival of Firsts’ yang akan dimeriahkan kepada pelbagai kegiatan.“Ini termasuklah ‘scavenger hunt’, pameran, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan bayi comel, pertandingan nyanyian kanak-kanak bermula dari pul 9 pagi hingga 6 petang,” ujar Abel.KTS (di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd.) yang mula dibina pada tahun 2012 dengan kos awal dianggarkan RM122 juta bakal dilengkapi 130 katil, lima dewan bedah dan lima bilik bersalin) difahamkan akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.Disasarkan awalnya dapat beroperasi selewat-lewatnya tahun lalu, namun telah dianjak kepada awal tahun ini kerana masih berdepan dengan beberapa masalah bagi mendapat kelulusan daripada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Kementerian Kesihatan. - UTUSAN ONLINE
24 Jan 18
1241
30 Anak Terengganu Dipilih Sebagai Pembantu Sajian Di Syarikat Brahim's
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Syarikat Brahim’s SAT Food Service Sdn Bhd menyediakan peluang kepada 30 anak Terengganu berkhidmat sebagai pembantu penyajian (CA) di syarikat Brahim’s yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bermula 8 Januari lalu.Mereka terpilih daripada 216 permohonan sejak dibuka kepada rakyat Terengganu pada 30 November tahun lalu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata kesemua yang dipilih merupakan anak Terengganu yang terdiri daripada dua orang ibu tunggal, 18 anak ibu dan bapa tunggal serta 10 orang belia dan beliawanis yang akan mengisi jawatan sebagai pembantu penyajian (CA). “Pihak kami akan mula menghantar kelompok pertama ini secara percuma menggunakan bas daripada Terengganu kepada syarikat Brahim’s nanti.“Ini adalah sebahagian daripada intipati kerjasama yang dirancang di mana YPKT akan membekalkan tenaga kerja yang berkelayakan kepada syarikat Brahim’s yang merupakan pembekal makanan inflight terbesar di negara ini dan pihak mereka akan menyediakan prasarana, pengangkutan ke tempat kerja dan kemudahan makan minum secara percuma kepada pekerja tersebut,”katanya dalam satu kenyataaan kepada media hari ini.Tambah Mohd Shafaruddin lagi,usaha murni ini adalah kesinambungan daripada majlis menandatangani memorandum persefahaman(MoU) di antara YPKT dan Brahim's yang ditandatangani pada 6 Disember tahun lalu dengan memberikan peluang pekerjaan kepada warga Terengganu yang berdaftar di YPKT.Katanya, antara syarat pengambilan dan kelulusan bagi perkhidmatan itu ialah minima lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan pengalaman dalam bidang penyajian hotel serta restoran umur lingkungan 20 - 35 tahun terdiri daripada belia beliawanis (bujang) atau ibu tunggal.Beliau berkata, Syarikat Brahim’s turut menawarkan pelbagai kemudahan dan faedah antaranya gaji pokok sebanyak RM1,200 sebulan dengan elaun kerja syif berjumlah RM85 hingga RM110, asrama dan pengangkutan disediakan termasuk pelbagai kemudahan lain yang bakal dinikmati oleh para pekerja nanti.
09 Jan 18
77