lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Snorky Cream Mula Dapat Sambutan
Fahimuddin menunjukkan produk Snorky Cream yang turut dijual sempena Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh : Mohd Irsyadi Abu Bakar Sebanyak 100 unit produk merawat dengkur, Snorky Cream,berjaya dijual di Ekspo Terengganu 2018, Kuala Nerus, sepanjang tujuh hari ini.Pengusaha produk berkenaan, Mohd Fahimuddin Ibrahim, 33 tahun berkata, ubat bagi merawat dengkur itu sudah bertapak dalam industri sejak 2015."Ini merupakan produk tempatan hasil kajian sahabat dan juga pemilik bersama, Nasiruddin Abdul Rahman, 33,  berasaskan herba- herba tempatan," katanya.Anak kelahiran Kuala Terengganu ini memaklumkan sewaktu memulakan perniagaan, perusahaannya  kurang mendapat sokongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat."Ini kerana sentimen masyarakat yang menganggap berdengkur adalah normal. Seawal berniaga juga kami tidak mendapat sambutan."Namun, kini kami boleh berpuas hati apabila jualan sudah mencecah 30,000 unit di pasaran menerusi atas talian,"katanya.Snorky Cream pernah mewakili Terengganu dalam Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Ayer Keroh, Melaka atas tajaan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Perniagaan itu juga berkerjasama dengan Terengganu Fm untuk memperkenalkan produk di ekspo pada kali ini."YPU sangat banyak membantu pemasaran produk produk tempatan seperti kami. "Kami berharap akan lebih banyak agensi dapat membantu kami memberi pendedahan tentang bahaya dengkur sekaligus mengangkat produk anak Terengganu ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.
03 Mar 18
435
Empty Image
EKSPO TERENGGANUN 2018 : Barangan Keperluan Murah, Menjimatkan
Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak  meninjau tapak Jualan Sentuhan Rakyat  kira-kira 20 minit sambil beramah mesra dengan pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga murah.Program selama dua hari anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Barang keperluan asas seperti telur, gula, minyak, ikan dan beras menawarkan potongan dari lima hingga 20 peratus termasuk tawaran istimewa sekilo daging lembu hanya dijual dengan harga RM25 berbanding dengan harga semasa RM30.Perdana Menteri tiba di tapak jualan itu dari TH Hotel dengan menaiki bas elektrik,  My Bas MARA Liner. Rata-rata pengunjung ketika ditemui di  tapak program jualan itu juga melahirkan rasa puas hati dan memuji usaha Kerajaan Persekutuan itu serta berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang.Seorang pengunjung terawal yang ditemui, Roslina Ramli , 42, surirumah  yang berasal daripada Kuala Nerus menganggap program jualan itu sangat membantu meringankan beban rakyat."Sebenarnya saya datang ni sebab nak sambut Perdana Menteri(PM) tapi terjebak kat jualan ni sebab harga barang murah berbanding biasa."Sangat bagus program sebegini...tak perlu susah payah nak pergi beli kat lain..alang-alang dah ada semua barang keperluan dapur yang memang perlu dibeli setiap bulan ada di sini jadi saya beli terus dekat sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui.Nur Fatma Zahirah Jasni, 24, yang ditemui juga bersyukur dengan insentif Kerajaan Pusat yang berusaha mengurangkan bebanan dihadapi rakyat dalam berbelanja."Harga memang murah, sangat berpatutan dan menjimatkan... harganya jauh lebih murah daripada di pasar raya."Saya berterima kasih kerana program ini sedikit sebanyak memang membantu kami untuk membeli barang keperluan pada harga cukup murah."Macam hari ni, saya cuma habiskan lebih kurang RM100 untuk membeli telur, minyak, tepung, ayam dan sayur berbanding hari biasa RM130.Cuma kita harapkan, ia dapat diadakan dengan lebih kerap lagi kerana dapat mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan," katanya.
02 Mar 18
53
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: PM Saksi Pertukaran Empat Dokumen Projek Pembangunan Impak Tinggi
Wan Ahmad Rudirman membuat pertukaran dokumen bersama CEO CCC, Bai Yinzhan sambil disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menyaksikan pertukaran empat dokumen rasmi sebelum merasmikan Majlis Penutup Ekspo Terengganu 2018 di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Mengiringi beliau menyaksikan pertukaran-pertukaran tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Bagi segmen pertama, Mohd Najib menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Sdn Bhd (CCC) untuk menjayakan projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Simbolik penyerahan dokumen perjanjian tersebut diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr Wan Ahmad Rudirman dari Terengganu Inc manakala MRL oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak dan CCC pula oleh Pengarah Urusan Eksekutifnya, Bai Yinzhan.Segmen kedua pula menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman diantara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Jebasingam Issace John dan MRL pula oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato' Sri Darwis Abdul Razak.Majlis pertukaran dokumen tersebut adalah bagi kerjasama di antara ECERDC dan MRL menerusi program pembangunan modal insan  ECERDC iaitu 'Empower ECER' yang akan memberi manfaat kepada para pelajar dari 49 sekolah sekitar stesen sepanjang laluan ECRL di Terengganu, Pahang dan Kelantan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 1,350 orang.Manakala bagi segmen ketiga pula, Mohd Najib menyaksikan penerimaan Nota Surat Komitmen bagi membangunkan Terengganu International Industrial Park (TIIP) di atas tapak seluas 1,000 ekar di KM402, Lebuhraya Pantai Timur (Kuala Terengganu - Kuala Lumpur)Mukim Kuala Berang, Terengganu.Penyerahan tersebut diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LS Associates (SEA) Sdn Bhd, Maimunah Abu Bakar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dalam segmen terakhir, Mohd Najib menyaksikan Majlis Penyerahan Dokumen/Surat Komitmen Oleh Pelabur Berpotensi Untuk Pembangunan Lembah Silika Terengganu kepada Wan Nawawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Silika.Penyerahan pertama diserahkan daripada Naib Presiden dan Penasihat Undang-undang Kumpulan Petronas, Maliki Kamal M. Yasin bagi penyaluran dan pembekalan gas ke tapak Lembah Silika Terengganu.Seterusnya, Wan Nawawi menerima surat komitmen bagi pembangunan infrastruktur dari Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Jebasingam Issace John.Wan Nawawi turut menerima surat komitmen daripada Pengerusi Terengganu Industrial Mineral Group, Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud.Penyerahan terakhir dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif Melewar Group, Tunku Dato' Yaacob Khyra Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah sebagai 'Master Developer' bersama MB Incorporated bagi pembangunan Lembah Silika Terengganu.Selepas menyaksikan pertukaran empat dokumen tersebut, Mohd Najib sempat memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun ECER yang ke-10.
02 Mar 18
317
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Duyong Marina & Resort Tawar Perkhidmatan Ukiran Ais
Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu menyediakan perkhidmatan ukiran ais bagi pelbagai majlis keramaian, satu perkhidmatan yang sukar ditemui di Terengganu.Pengurus Operasinya, Sham Fadzli Yusof berkata, dengan tawaran harga yang bermula serendah RM200, pelbagai bentuk ukiran dapat dihasilkan bergantung kepada permintaan pelanggan.Katanya, kerana seni ukiran ais sangat sukar untuk diperolehi di Terengganu, pihaknya menjemput chef dari luar negeri yang mahir bagi hasil kerja tangan itu untuk menyertai Duyong Marina & Resort."Buat masa sekarang, ukiran ais semakin mendapat permintaan di kalangan rakyat Terengganu terutamanya untuk majlis-majlis perkahwinan."Dengan kemahiran yang ada pada chef kami, pelanggan mampu meminta pelbagai bentuk yang dikehendaki. Bagi harganya pula, ianya bermula dari RM200 sehingga RM1,000 sahaja bergantung kepada bentuknya," katanya kepada Teganukita, di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Tambahnya, hotel itu juga turut menyediakan hadiah menarik kepada pengunjung bertuah iaitu pakej perkahwinan yang bernilai RM20,000.Selain itu, hadiah-hadiah lain turut tersedia kepada pengunjung iaitu pakej bulan madu di Duyong Marina & Resort selama tiga hari, dua malam bernilai hampir RM1,000, pakej sarapan pagi dan pelbagai lagi.Sementara itu, chef ukiran ais, Chef Afif Hakimi Lo berkata, dia melibatkan diri dalam bidang tersebut sejak 20 tahun lalu dan minatnya bermula ketika bekerja di dapur sejuk."Ketika itu saya bermula dengan ukiran buah dan kemudiannya baru mengorak langkah dengan ukiran ais yang lebih mencabar."Untuk menghasilkan ukiran ais, bongkah ais itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting," katanya yang berasal dari Sarawak.Menurutnya, masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu ukiran antara 45 minit sehingga satu jam bergantung kepada bentuk dan saiz."Ukiran ais ini pula mampu bertahan antara dua hingga tiga jam selepas siap dibentuk bergantung kepada keadaan suhu di kawasan itu," katanya.
02 Mar 18
475
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Hotel Permai Buka Peluang Dekorasi Kek
Lima pengunjung bertuah diberi peluang mendekorasi kek yang dianjurkan oleh Hotel Permai di Ekspo Terengganu 2018. Foto oleh Mohd Syazni Zainudin.Hotel Permai, Kuala Terengganu membuka peluang kepada pengunjung untuk mendekorasi kek pada Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Pengurus Besar hotel tersebut, Noralizan Abd Rahman berkata program tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri cara mendekorasi kek.Katanya, pihak Hotel Permai mencari satu slot khas untuk bersama pengunjung dalam menunjukkan demonstrasi tersebut."Sebelum membuka peluang kepada pengunjung, pihak kami terdahulu menunjukkan cara untuk mendekorasi kek oleh chef di hotel kami."Kemudian, lima pengunjung bertuah di ekspo tersebut diberi peluang mencuba untuk mendekorasi kek tersebut mengikut kreativiti masing-masing," katanya kepada Teganukita.Tambahnya, lima pengunjung bertuah tersebut turut menerima saguhati daripada Hotel Permai manakala dua pemenang utama dalam mendekorasi kek itu pula menerima penginapan dua hari satu malam di Hotel Permai.Dalam pada itu, Noralizan berkata sepanjang ekspo tersebut berlangsung, lebih separuh daripada staf hotel berada di sini bagi menjayakan program-program yang disediakan oleh pihaknya."Di sebelah luar, kami sediakan 'booth' jualan makanan manakala di dalam pavilion pula disediakan 'booth' jualan produk serta untuk penerangan."Selain dari mengendalikan pelbagai program di Ekspo Terengganu 2018 ini, pihak kami juga terlibat dalam penyediaan makanan untuk disajikan kepada orang-orang kenamaan yang hadir ke sini," katanya.
01 Mar 18
109
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Food Truck Chicken Cottage Jelajah Seluruh Terengganu
Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailFood Truck Chicken Cottage akan mengadakan siri jelajah ke seluruh Terengganu termasuk ke kawasan pedalaman sebagai usaha mempromosi jenama itu secara meluas kepada dalam tempoh terdekat.Perkhidmatan itu kini giat mengadakan promosi di Ekspo Terengganu 2018, di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus bermula 25 Februari lalu sehingga 3 Mac ini dan mendapat sambutan luar jangkaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, produk Kumpulan Terengganu Incorporated (TI Group) itu terus melebarkan sayap perniagaan dengan memperkenalkan perkhidmatan food truck.“Ketika ini, syarikat itu mempunyai dua food truck dengan nilaian keseluruhan RM140,000 dan akan mengadakan promosi secara bergerak ke seluruh daerah dalam tempoh terdekat dan kemungkinan juga akan ke luar Terengganu.“Berdasarkan rekod jualan harian, sambutan orang ramai terhadap produk ini sangat menggalakkan dan rata-rata pelanggan mengakui Chicken Cottage setanding dengan jenama terkenal lain,” katanya.  
28 Feb 18
801
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Wan Omar Penuhi Citarasa Peminat Senjata Tradisional
Senjata Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri dan masih  menggunakan kaedah tradisional dalam penghasilannya menjadi tumpuan pengunjung di Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus.Pengusahanya, Wan Omar Wan Mansor, 46, menghasilkan senjata dan sarung keris dari Ajil, Hulu Terengganu berkata, sejak dipamerkan bermula hari pertama, dia menerima tempahan lebih 50 jenis parang dan golok."Ini termasuklah sarung dan hulu keris dan kesemuanya bernilai lebih RM3,000. Ini tidak termasuk yang beli terus dekat ekspo ini..setakat ini sudah terjual lebih daripada 100 bilah yang bernilai RM4,000."Alhamdulillah, syukur dengan adanya ekspo ini dapat mempromosikan kemahiran yang saya ada "katanya ketika ditemui di tapak Ekspo Terengganu 2018.Wan Omar yang mula berjinak dalam industri pembuatan sarung keris sejak berumur 13 tahun setelah menguasai ilmu ini daripada seorang pembuat sarung keris ternama di Besut pada 2005."Saya mula belajar membuat sarung pada usia belasan tahun daripada pengamatan dengan orang-orang terdahulu. Pada peringkat awal bukan mudah, banyak yang perlu dipelajari selok-belok pembuatan sarung senjata ini."Sejak itu, minat dan kecintaan tegar kepada kehalusan seni ini telah  menguasai dunia saya hingga terdorong untuk memulakan bengkel pertukangan sendiri di rumah,"kata bapa kepada dua anak itu.Dengan modal RM250, kini beliau mampu tersenyum dengan hasil pendapatannya yang sudah mampu mencapai sehingga RM4,000 sebulan. Malah, apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidiladha pendapatannya boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan.Tambahnya, harga minimum sarung yang dijualnya bermula dari RM70 dan boleh mencecah RM2,500 bergantung kepada jenis, kualiti kayu serta ukiran yang dipesan oleh pelanggan.Wan Omar memasarkan produknya dalam talian seperti Facebook (wanjaja creative), pameran keusahawanan di bawah kraftangan,Yayasan Pembangunan Usahawan dan Risda serta pernah memasuki pasaran Singapura.Beliau boleh menghasilkan tiga bilah sarung setiap hari jika menggunakan mesin dan sebilah sahaja dalam masa dua hari jika menggunakan tangan sepenuhnya."Ini bergantung kepada permintaan dan tempahan pelanggan. Ada yang nak tradisional dan ada nak pembuatan moden tapi kalau ukiran tu banyak akan makan masa tiga hari."Ukiran ni pun banyak bentuknya seperti awan larat, cincang pukat, bunga ketumbit dan bunga pulut termasuklah pembuatan ukiran hulu keris yang agak rumit seperti kepala burung dan kepala kuda laut," katanya lagi.Bakat Wan Omar tidak hanya terhad kepada pembuatan sarung keris, parang, badik, lembing, kerambit dan golok tetapi juga paip tembakau pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa tempahan pelanggan.Jelas beliau lagi, seorang pembuat sarung harus peka dan bijak dalam memilih jenis kayu yang sesuai dengan kehendak pelanggan."Ada lebih daripada 20 jenis kayu yang saya gunakan antaranya kayu kemuning, buey, macang hutan, sena dan ciku bagi memastikan ia berkualiti." Bekalan kayu ni saya beli dari orang asli di Kampung Chini, Pahang termasuklah dari kawasan Tasik Kenyir mengikut ketul. Harganya mengikut ukuran kaki dan boleh mencecah hingga RM300 bagi satu ketul (2 kaki setengah),"kata Wan Omar.
28 Feb 18
141
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Hotel Permai Tawar Harga Sajian Lebih Murah
Hotel Permai, Kuala Terengganu menawarkan beberapa hidangan kepada pengunjung di Ekspo Terengganu 2018 dengan harga istimewa yang jauh lebih murah sepanjang seminggu acara itu berlangsung.Pengurus Besarnya, Noralizan Abd. Rahman berkata, antara hidangan yang menjadi pilihan adalah nasi ayam kampung penyet yang dijual pada harga RM12 berbanding nilai sebenar RM20 di hotel, di samping, burger oblong serendah RM6 (harga sebenar RM18) dan spageti bebola daging (RM6).Katanya, terdapat juga pilihan lain seperti mi calong (RM6), teh tarik special (RM3) dan air pegaga 'permai wow' bernilai RM3."Kita dapat sambutan yang hebat, luar jangkaan malah hari ini dalam tempoh satu jam bermula pukul 10 pagi, nasi ayam kampung penyet Hotel Permai licin."Pada peringkat permulaan, sebanyak 40 ekor ayam disediakan dan kita terpaksa tambah lagi 60 ekor untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ramai," katanya kepada pemberita di tapak pameran Ekspo Terengganu 2018, hari ini.Menurut Noralizan, harga istimewa yang ditawarkan itu setanding dengan gerai jualan lain yang terdapat di ekspo menyebabkan pengunjung menyerbu gerai jualan mereka.Katanya, ekoran sambutan menggalakkan itu, pihaknya akan menggunakan 500 ekor ayam bagi keperluan hingga hari terakhir ekspo, dengan penambahan 200 ekor ayam.Tambahnya, selain jualan makanan, Hotel Permai menawarkan harga bilik bernilai RM99 termasuk sarapan pagi bagi pelanggan sepanjang ekspo berlangsung.
28 Feb 18
113
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Budu, Belacan Buatan Fatimah Laris
Pertama kali menyertai ekspo anjuran kerajaan negeri, Ekspo Terengganu 2018 membuka ruang uasahawan dari Kuala setiu untuk mengembangkan perniagaan industri desa seperti budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah ke tahap lebih tinggi.Fatimah Che Long, 63, dari Kuala Setiu, berkata sejak hari pertama di ekspo, jualannya produk industri kecil dan sederhana (IKS) mendapat sambutan baik daripada pengunjung dan mampu mendapat pulangan hampir RM1,000 dalam satu hari."Makcik jual budu, belacan, ikan kering dan cuka nipah yang diproses sendiri di rumah secara berperingkat, jadi hasilnya tidak sama seperti kilang yang buat pukal."Alhamdulillah, tak sangka betul bila datang kat ekspo ni, pendapatan mak cik meningkat, mak cik dapat banyak tempahan dan ada yang berminat untuk menjadi pembekal...memang syukur sangat," katanya kepada pemberita ketika ditemui  di gerai jualannya di tapak ekspo di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Menurutnya, dia dikunjungi oleh beberapa peniaga yang berminat serta menawarkan diri untuk menjadi pembekal kepada produknya bagi pasaran tempatan dan luar negeri.Dia mengusahakan perniagaan itu dengan dibantu suami, Mat Ali Ismail, 66, yang juga seorang nelayan sejak lima tahun lalu kerana terlalu minat tambahan pula kerjaya suaminya memudahkan urusan pembuatan."Sebagai tambahan, makcik juga hasilkan anyaman tikar, lekar dan badang dari daun mengkuang yang didapati dari kawasan berdekatan."Suami makcik ni nelayan, jadi sumber asas seperti ikan tak perlu nak fikir lagi cuma sekarang dalam proses menjenamakan produknya supaya lebih menarik," katanya lagi.Fatimah berkata, penganjuran ekspo seperti ini banyak membantunya menjana pendapatan dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada kerajaan negeri sekali gus mahu mengambil peluang menyertai program seumpama itu lagi pada masa depan.
28 Feb 18
351
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Pendapatan RM10,000 Sebulan Ternak Ikan Sangkar
Bermula sebagai pekerja kilang kelapa sawit, kini Fauzi Idris, 43, mampu tersenyum lebar apabila meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan hasil Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Sungai Como, Tasik Kenyir.Berasal dari Kampung Tapah, Hulu Terengganu, Fauzi bermula dengan empat sangkar pada tahun 2007 dan kini memiliki 60 sangkar ikan di samping dua kiosk jualan ikan sejuk beku dan salai di Sungai Gawi, Tasik Kenyir serta di Paka, Dungun.Dia berjaya membuktikannya dalam tempoh 10 tahun sahaja untuk keluar daripada belenggu kemiskinan dan diiktiraf sebagai antara peserta contoh program tersebut."Kalau dulu semasa kerja kilang saya cuma dapat gaji yang kecil iaitu RM900 sebulan  dan saya bermula dalam program ni secara berkelompok dengan peserta yang lain."Alhamdulillah, kini sangkar meningkat daripada empat kepada 60 dan antara spesies ikan adalah baung, tilapia, lampan serta keli,"katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pemberian dividen kepada 40 peserta program itu di Dataran Shahbandar sempena Ekpo Terengganu 2018 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Sumbangan dividen disampaikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Zainal Abidin Mohamad.Tambahnya lagi, dengan bantuan dan bimbingan Jabatan Perikanan, dia memberanikan diri membuka kiosk jualan berikutan terdapat permintaan dalam pasaran.Projek itu merupakan sebahagian daripada Program Projek Berimpak Besar dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) yang telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Januari 2007.Kini projek tersebut telah berjaya menghasilkan 150 tan metrik ikan pelbagai spesis dengan nilai RM4.4 juta setiap tahun.
27 Feb 18
298