lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Cari Pahala Di Bazar Ramadan
Hampir seminggu umat Islam di negara ini mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.Bermakna, kira-kira seminggu juga para peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh daerah mencari rezeki menjual juadah berbuka puasa.Di sinilah segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual malah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari biasa, boleh muncul pada bulan ini.Kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu pasti menggembirakan para peniaga di bazar Ramadan yang menganggap tempoh sebulan ini adalah masa untuk menambah pendapatan. Berbeza dengan peniaga, Latifah Mat Sidek, 58, meskipun mungkin terdapat peniaga lain menjadikan bazar Ramadan sebagai lubuk emas dengan mengambil kesempatan menjual juadah dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan lebih, tetapi dirinya masih menjual nasi bajet RM3 sebungkus.“Mak Cik jual harga sama sahaja, nasi putih bersama ayam goreng berempah, kuah kari, sambal belacan dan sedikit ulam hanya RM3 sebungkus.  Selain lauk itu, ada juga lauk lain seperti ikan goreng, ayam masak berlada, gulai daging dan pelbagai lagi.“Menu setiap hari adalah berbeza. Jadi, mereka boleh pilih lauk lain juga, dengan harga bermula RM2 hingga RM5,” katanya yang berniaga nasi bajet di Bazar Ramadan Batu Burok.Pada hari biasa, dia menjual nasi tersebut berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri  Budiman 1, Kuala Terengganu.Katanya, dia tidak gentar bersaing dengan peniaga yang meletakkan harga makanan yang jauh berbeza dengan dirinya kerana mengangap itu adalah rezeki masing-masing.“Setiap hari, mak cik sedia dalam kuantiti yang sedikit sahaja, dengan pelbagai menu.  InsyaAllah, ada yang membeli. Selain dapat untung, boleh tambah pahala di bulan Ramadan,” katanya.                            
21 May 18
58
Empty Image
Suntikan RM28.9 Juta Untuk Usahawan Bumiputera Terengganu
Nawi (tengah) bergambar kenangan bersama usahawan Terengganu pada majlis berkenaan.Kerajaan  memperuntukkan RM28.9 juta kepada usahawan Bumiputera negeri ini menerusi  Program Peningkatan PKS Bumiputera sejak 2006.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar,Usahawan, Koperasi dan Kepengunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, program itu bagi membantu mempercepatkan pembangunan usahawan  Bumiputera negeri ini."Program BEEP ini sememangnya direka khas untuk memberi bantuan kepada usahawan Bumiputera dari segi perolehan mesin dan peralatan, perolehan persijilan dan pengurusan sistem kualiti, penjenamaan, pengiklanan dan promosi, pembungkusan dan pelabelan serta inovasi," katanya pada majlis penyampaian geran perniagaan kepada tujuh usahawan Terengganu di MGV Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindusrian Gong Medang, Besut, hari ini.Turut hadir Ketua Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.Nawi yang juga calon BN Hulu Besut berkata, sebanyak 246 syarikat milik Bumiputera mendapat manfaat daripada program yang diperkenalkan sejak 2006.Beliau berkata, Terengganu merupakan negeri yang menerima suntikan dana tertinggi selepas Melaka berjumlah RM23.85 juta, Pulau Pinang sebanyak RM18.08 juta dan Johor RM15.38 juta.Katanya, program Peningkatan PKS Bumiputera (BEEP) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya.Menurut Nawi, tumpuan utama pembiayaan kita pada tahun ini adalah syarikat-syarikat yang mempunyai nilai impak tinggi terutama dalam sektor pembuatan, sektor perkhidmatan profesional, minyak dan gas serta teknologi tinggi.Tambahnya lagi, walaupun pelbagai syarikat Bumiputera yang berjaya dilahirkan melalui program BEEP ini seperti  syarikat MGV Industries Sdn Bhd dan Mutiara Ricemills Sdn Bhd di Besut,  kerajaan tidak berhenti begitu sahaja malah sentiasa mencari keperluan bagi membantu usahawan PKS.Malah katanya, pada masa yang sama kerajaan sedang merancang pelbagai usaha yang boleh diambil untuk mempertingkatkan bidang keusahawanan bumiputera di negeri ini.
06 May 18
35
Empty Image
Penduduk Bandar Digalak Usahakan Pertanian Bandar
Penduduk di kawasan bandar di seluruh negara digalakkan agar memanfaatkan ruang tanah yang terhad bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masyarakat tidak seharusnya memikirkan pertanian hanyalah untuk kawasan luar bandar namun sebenarnya setiap ruang yang ada boleh digunakan bagi mengusahakan pertanian.“Hari ini saya ke Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Geliga Kemaman bagi tujuan pertanian dan saya percaya jika adanya kerjasama penduduk projek kebun komuniti bertambah baik.“Pihak kami akan membantu dan memastikan ianya berjaya serta dijadikan contoh di tempat-tempat lain,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pertanian Bandar Penduduk di Flat Desa Keluarga Kampung Fikri, Kemaman, hari ini.Menurut Ahmad Shabery, beliau kagum dengan apa yang dihasilkan sesetengah kawasan yang teratur dan teliti dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan.“Ia juga melibatkan pemahaman bagaimana sistem perairan, fertigasi, membaja, tidak menggunakan baja bahan kimia dan konsep organik peringkat paling asas yang difahami oleh penduduk di sini.“Kegunaan air paip sangat merugikan kerana kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk pertanian dan mereka menggukan air dalam tanah dan ada yang memahami konsep bagaimana cara menadah air hujan,” katanya.Ahmad Shabery berkata, di negara lain sudah mempraktikkan semua ruang dan dinding bagi mengusahakan penanaman secara menegak.“Saya percaya dalam ramai-ramai ada komuniti kecil yang menggunakan masa terluang mereka untuk menjalankan pertanian tersebut dengan menggunakan keluasan tanah yang terhad itu,” katanya.
05 May 18
115
Empty Image
Durian Malaysia Capai Piawaian Antarabangsa
Shabery meninjau Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman.Buah durian negara ini yang dieksport ke luar negara diperakui mencapai piawaian pemasaran antarabangsa yang ditetapkan dan bukannya durian pramatang.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, buah durian yang bakal dieksport itu adalah dari baka yang terbaik dan kualitinya memenuhi standard permintaan dari luar negara.“Sebagai contoh, pihak kementerian mengadakan perbincangan dengan kerajaan negara China yang sebelum ini mengiktiraf kemasukan durian dari negara Malaysia ke negara berkenaan.“Durian Malaysia begitu popular dan mendapat permintaan pasaran yang tinggi dari negara China dan justetru itu MoA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) akan sentiasa memastikan bekalan berkenaan memenuhi piawaian ditetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Tapak Pasar Tani Kekal (PTK) di Pekan Kerteh, Kemaman, semalam.Menurut Ahmad Shabery, Kerajaan Thailand memberi amaran kepada para pengusaha durian jika menjual buah durian pramatang dan mereka boleh dikenakan denda serta hukuman penjara sehingga tiga tahun. “Jika didapati bersalah, pengusaha terbabit boleh dikenakan denda sebanyak 60 ribu baht dan penjara tiga tahun,” katanya.
27 Apr 18
50
Empty Image
Kewangan Negara Kukuh
Oleh: Izzuan AhmadKedudukan kewangan negara yang agak kukuh menjadi bukti kerajaan dapat melaksanakan pelbagai  projek pembangunan di negara ini tanpa memohon pinjaman daripada pihak lain, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.Meurutnya, kewangan yang mencukupi juga membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai sumbangan untuk kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1alaysia (BR1M) bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negara ini."Rakyat  tidak perlu bimbang dengan tohmahan pelbagai pihak termasuk pembangkang yang mengatakan semua pemberian itu akan menyebabkan negara boleh menjadi muflis atau terpaksa membayar hutang pihak tertentu,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program MOF Bersama Rakyat anjuran Jabatan Akuantan Negara Malaysia di Arena Merdeka, Dungun, semalam.Hadir sama, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Osman Bakar.Lebih 5,000 penduduk Dungun hadir memeriahkan program tersebut yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Jualan Sentuhan Rakyat.Beliau berkata, perkembangan positif itu menyebabkan Perdana Menteri berani mengumumkan pelbagai projek pembinaan dan sumbangan kepada rakyat termasuk BR1M ekoran ekonomi negara sedang pesat berkembang."Jadi inilah hasil kerajaan kita pulangkan balik.. pemberian bantuan-bantuan yang diumumkan Perdana Menteri.. Kerajaan dah buat perkiraan dan kewangan kerajaan mencukupi untuk membina dan menjalankan program-program tersebut,"katanya.Menurut Irwan, beliau kesal dengan dakwaan pembangkang yang mengatakan negara terpaksa berhutang demi untuk memenuhi atau menarik sokongan rakyat ketika negara bakal berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi."Pembangkang seolah-olah terdesak untuk meraih simpati rakyat dengan menabur fitnah bagi meraih simpati rakyat untuk menyokong mereka. Rakyat sekarang sudah bijak untuk menentukan mana yang betul, mana yang salah,"katanya.Dalam perkembangan lain, beliau berkata projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak pembinaannya di Terengganu bakal memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada penduduk Pantai Timur.Irwan berkata, projek yang dijangka siap menjelang 2024 itu akan mewujudkan pelbagai pusat komersial yang bakal memberi peluang perniagaan kepada rakyat.
23 Apr 18
37
Empty Image
Sate Jabi Sejuk Beku Untuk Pasaran Lebih Luas
Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada Kelab Ibu Tunggal. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri menggesa pengusaha sate di negeri ini terutama di Jabi, Besut mengeluarkan produk secara sejuk beku supaya dapat meluaskan pasaran sehingga ke luar Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kaedah berkenaan dilihat sangat berpotensi untuk memenuhi permintaan pasaran dan mampu menembusi hingga ke luar negara.Katanya, ini dapat dibuktikan apabila Terengganu Kitchen (T-Kitchen) mampu memasarkan  lebih 50,000 paket nasi dagang dan keropok lekor  ke pasaran antarabangsa sejak diperbaharui menjadi sejuk beku.“Produk tersebut kini boleh didapati di dua buah negara luar iaitu di Australia dan Singapura selain terdapat di Kuala Lumpur.“Saya juga difahamkan pengusaha sate dan otak-otak turut menambah baik keluaran menggunakan kaedah yang sama..Reaksi pelanggan terutama di Kuala Lumpur dan Johor sangat positif, kebanyakan mereka hanya membuat pesanan melalui dalam talian,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, semalam. Dalam pada itu, Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan mahu memasarkan sate secara sejuk beku itu juga memerlukan kajian terperinci oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Katanya, konsep yang mahu diketengahkan adalah menggunakan resipi dan ramuan sama dan mengekalkan kualiti rasa walaupun diperbaharui menjadi sejuk beku.“Kerajaan  serius mahu membantu pengusaha sate di negeri ini termasuk mereka yang mengusahakan secara-kecil-kecilan di rumah agar dapat menambah sumber pendapatan,”katanya.
16 Apr 18
50
Empty Image
RM452 Juta Untuk Biayai 36,022 Usahawan IKS
Zubir merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018. Tengku Syamim Tengku Ismail Sejumlah RM452  juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 36,022  usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Terengganu  sepanjang tahun lalu.Manakala pemberian geran pembangunan usahawan  RM34.5 juta melibatkan 1,134 usahawan IKS, mengadakan 489 program latihan kepada 36,783 usahawan dan 262 program promosi  melibatkan 19,733 usahawan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan yang diagih melalui Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu semata-mata mahu memartabatkan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan dikalangan masyarakat.Katanya, tidak wajar pengukuran kejayaan seseorang seseorang usahawan hanya dinilai daripada sudut kewangan dan keuntungan perniagaan semata-mata.“Malah perlu dinilai daripada  aspek kecemerlangan berkaitan mengurus tadbir syarikat dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong pada Majlis Anugerah Usahawan Terengganu 2018, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad; Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Dr. Hafsah Hashim; CEO Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah SME Corp. negeri, Muhammad Ibrahim.Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Upstream Downstream Process & Services (UDPS) Sdn. Bhd., Ahmad Kamarolaili Abu dinobatkan sebagai Usahawan Berprestasi Tinggi Terbaik dalam Majlis Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2018.Kemenangan tersebut membolehkan beliau yang juga Pengarah Urusan UPDS membawa pulang geran Program Peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana Bumiputera (BEEP) bernilai RM500,000.Di samping beliau turut memperoleh pembiayaan pembangunan produk berjumlah RM5,000 dan promosi (RM3,500) bagi merangsang pertumbuhan syarikat penyedia perkhidmatan minyak  dan gas beroperasi di Kemaman itu.Syarikat rempah-ratus di bawah jenama Bunga Ros, Hassan Majid Sdn. Bhd. pula menerima anugerah Kategori Halal dan Standard manakala Kategori Promosi dan Pemasaran Produk dimenangi oleh MGV Industries Sdn. Bhd., Abdul Salikin Ambak dari ASA Frozen Food & Marketing (Usahawan Baru), Norhaiza Nordin (Kraf Warisan) dan Rokiah Mohd. Koyakutty (Groom Big).
11 Apr 18
417
Empty Image
ADAPT Buka Peluang Usahawan Hasilkan Pembungkusan Menarik
Antara produk yang telah dihasilkan di bawah program ADAPT. Foto oleh Zulkifli CW Putra.'Advanced Technology Entrepreneur Development Programme' (ADAPT) anjuran MARA memberi peluang supaya produk yang dihasilkan oleh usahawan mempunyai pembungkusan menarik dan boleh dipasarkan sehingga ke luar negara.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, Nawi Mohamad berkata program tersebut juga menggunakan peruntukan yang disediakan oleh MARA.Katanya, pelancaran produk baru iaitu Keropok Segera Ayam yang turut berada di bawah program ADAPT itu."Keropok itu merupakan keropok ayam pertama di Malaysia yang tiada perasa dan bahan pengawet yang mana diusahakan oleh Sinku Food Industries Sdn Bhd dan di formulasasikan oleh MARDI."Ini adalah produk baru namun demikian, MARA akan mempromosikan keropok ayam itu. Keropok ayam ini mungkin akan dibawa ke Dubai dalam masa terdekat," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Seminar Pemantapan Usahawan dan Pelancaran 'My Best Product' di Hotel Permai, Kuala Terengganu hari ini.Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Abdul Aziz Hassan, Pengarah MARA Terengganu, Mohd Azli Sobi, Pengarah MARDI Terengganu, Fadzlirahimi Ismail dan Pengarah Sirim Terengganu & Kelantan, Nor Azman Hassan.Sementara itu, Pengarah Urusan Sinku Food Industries Sdn Bhd, Zaleha Mohamad berkata, snek yang pertama seumpamanya di Malaysia itu menawarkan kelainan kepada orang ramai dengan menggunakan 100 peratus isi ayam segar serta tidak mengandungi sebarang perisa atau pewarna tiruan.Katanya, dengan pembaharuan itu secara tidak langsung dapat melebarkan sayap perniagaan syarikat yang sebelum ini hanya tertumpu di sektor makanan dan minuman (F&B) menerusi jualan keropok lekor di 43 outlet yang terdapat di rangkaian pasar raya seluruh Malaysia."Keropok Segera Ayam yang diformulasi oleh MARDI menerusi kerjasama dengan MARA ini dihasilkan dengan tiga variasi bentuk iaitu bulat, pop corn dan empat segi."Ia dijangka dipasarkan di seluruh outlet Leko-Leko dengan harga antara RM2 hingga RM4 bagi size 40 dan 70 gram," katanya.
05 Mar 18
1683
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018: Hampir 10 Tan Nenas MD2 Terjual Sepanjang 7 Hari
Nenas MD2 masih mendapat tumpuan pada hari kelapan Ekspo Terengganu 2018. Nenas MD2 berjaya mencuri tumpuan rakyat Terengganu apabila hampir 10 tan telah terjual sepanjang Ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus selama tujuh hari bermula 25 Februari lalu.Pengusaha nenas tersebut, Noriah Daud, 53, berkata beliau telah melibatkan diri dalam penanaman nenas sejak 10 tahun lalu namun untuk Nenas MD2 ianya mula ditanam pada tahun lalu.Katanya, nenas MD2 mendapat sambutan yang menggalakkan kerana rasa dan teskturnya berbeza daripada nenas lain selain sukar untuk didapatkan."Ini merupakan kali pertama kami menjual sendiri nenas MD2 kepada orang awam. Sebelum ini, kami hanya menjual secara borong kepada pemborong-pemborong yang mengambilnya di ladang nenas yang terletak di Setiu."Sambutan yang kami dapat amat menggalakkan apabila setiap hari lebih satu tan berjaya dijual kepada pengunjung-pengunjung di Ekspo Terengganu 2018," katanya kepada Teganukita.Noriah DaudTambahnya, beliau hanya meletakkan sasaran sebanyak lima tan sahaja yang akan terjual sepanjang ekspo itu, namun disebabkan sambutan sangat menggalakkan tersebut, beliau terpaksa melakukan banyak penghantaran ke tapak ekspo."Saya amat gembira apabila mampu menjual sehingga hampir 10 tan nenas MD2 sepanjang ekspo ini berlangsung."Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memberi peluang untuk menyertai Ekspo Terengganu 2018 dan dengan sambutan yang menggalakkan ini, saya akan melibatkan diri dalam ekspo-ekspo sebegini," katanya.
04 Mar 18
83
Empty Image
EKSPO TERENGGANU 2018 : Cap Ayam Jenama Terkenal Mampu Milik
Shahid menunjukkan pakaian Cap Ayam keluarannya yang laris di serata negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimOleh: Mohd Irsyadi Abu BakarPemilik Outlet Cap Ayam cawangan Pantai Timur, Shahid Yaakob,42, berhasrat memasarkan produk pakaian keluarannya di serata Terengganu supaya rakyat negeri ini mampu memiliki dan mengenakan jenamanya dengan harga yang murah."Harga barangan Cap Ayam yang terdiri daripada topi, baju, selipar dan beg bermula dari RM15 hingga ke RM50 yang mampu dimiliki semua," katanya ketika ditemui di Ekspo Terengganu 2018 pagi ini.Jenama Cap Ayam bermula pada 2003. Namun, pemasaran yang baik membantu ia terkenal di seluruh dunia."Kita dapat banyak permintaan dari luar negara. Produk ini adalah pencetus barangan berjenama pada harga mampu milik dalam Malaysia," katanya.Tambahnya, kerajaan negeri juga melihat potensi besar dalam perniagaan seperti Cap Ayam dan menggalakkan ramai anak muda Terengganu menceburi bidang ini.Selain itu, terdapat pelbagai dana bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan antaranya melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
03 Mar 18
1140