lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Projek EPICOG-ExxonMobil Hasil 600 Peluang Pekerjaan
Dr Ahmad Samsuri (berdiri tiga dari kiri) menyaksikan tandatangan Projek Penyelenggaraan dan Pembinaan antara ExxonMobil dan EPIC OG di Putrajaya baru-baru ini. Foto - Abu UbaidahPUTRAJAYA - Rakyat Terengganu dijangka memperolehi antara 500 hingga 600 peluang pekerjaan selepas anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd (EPIC OG) mendapat kontrak penyelenggaraan,  pembinaan dan modifiksi dari Exxon Mobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) 16 Ogos lalu.Perjanjian projek berkenaan, bermula tahun ini hingga 2023 itu dibuat secara tertutup di sebuah hotel di sini disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar."Alhamdulillah, anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc."Saya turut bersama menyaksikan majlis menandatangani Kontrak Perniagaan yang telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas."Kontrak ini menjangkakan  antara 500 hingga 600 peluang kerja kepada penduduk tempatan, " kata Dr Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika memuat naik maklumat dan beberapa gambar berkait perjanjian tersebut distatus Facebooknya baru-baru ini dan mendapat pelbagai komen dari netizen.Antaranya bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri  zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Mahmud Mansor mengucapkan tahniah kepada EPIC OG,  atas kejayaan tersebut.Beliau mengharapkan anak syarikat kerajaan negeri itu dapat membantu menyempurnakan kebajikan seramai 450 orang anak yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (PERKAYA)."Tahniah EPIC atas kejayaan dapat tender yg amat bermakna itu. Semoga Allah memudahkan urusan EPIC supaya dapat keuntungan yang berlipat ganda dan dapat membantu lagi anak yatim PERKAYA seramai 450 orang di lima buah asrama seluruh Terengganu." ujarnya.Encik Muhamad Bakri pula berkata, sama ada usaha itu bermula dari kerajaan terdahulu atau sekarang,  yang penting ia bermanfaat untuk memberi peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.
25 Aug 18
862
Empty Image
Mohd Bekal 150 Ekor Lembu Untuk Aidiladha
Mohd Mat Zin ditemui dikandang lembu beliau.MARANG - Menjelang Aidiladha disambut hari ini, lebih 150 ekor lembu berjaya dijual pengusaha ternakan lembu, Mohd Mat Zin.Mohd yang lebih dikenali sebagai Pok Li berkata, permintaan untuk program korban datang dari Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu."Tahun ini jualan untuk korban sedikit berkurang kerana ramai pengusaha- pengusaha ternakan baharu. Tetapi, permintaan untuk sembelihan rancak seperti biasa," katanya ketika ditemui di Kampung Undang, di sini.Lembu Charolais antara jenis lembu yang dipelihara.Bapa kepada enam anak lelaki dan empat anak perempuan itu memiliki 90 ekor lembu dan 40 ekor kerbau hasil usahanya sejak 20 tahun lalu."Bagi memenuhi keperluan korban setiap tahun, saya mendapatkan bekalan sekitar 100 ekor lembu daripada Thailand dan negeri lain," katanya.Mohd dipilih sebagai pengusaha pilihan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam Program Berbasikal ke DUN itu, baru-baru ini.Pemilihan tersebut menjadikan beliau contoh kepada masyarakat dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan penternakan.Mohd bersama plak penghargaan yang diterimanya.
22 Aug 18
855
Empty Image
FAMA Sasar Duku Di Pasaran Seluruh Negara
Mohd Anis merasmikan program bersama Jelani.KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyediakan perancangan rapi untuk memastikan hasil duku Terengganu dipasarkan di seluruh negara.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Mohd Anis Mohd Yasin berkata, pihaknya menyediakan pelbagai pelan dan medium pemasaran menjelang musim Duku Terengganu yang bakal tiba tidak lama lagi."Pihak FAMA telah sediakan ruang pasaran untuk peniaga-peniaga memasarkan hasil tanaman mereka di pasar tani seluruh Malaysia, bukan hanya di Terengganu," katanya.Mohd Anis mengagihkan pek buah-buahan kepada pelajar.Beliau memaklumkan lebih 45 peratus pasaran buah duku berpusat di Lembah Klang dengan  penduduknya lebih ramai berbanding kawasan lain."Selain itu, FAMA juga membeli buah duku ini dan memasarkannya di 40 pusat operasi FAMA seluruh negara. "Tahun lalu, pembelian kita berjumlah hampir RM1 juta dan dijangkakan tahun ini jumlah pembeliannya lebih kurang sama," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu merasmikan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, di sini, baru-baru ini.Kempen tersebut merupakan usaha FAMA menggalakkan generasi muda mengenali dan mengamalkan buah-buahan sebagai pemakanan sihat.Program bantu pelajar mengenali buah-buahan tempatan.Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed dan Pegawai Pendidikan Daerah, Jelani Sulong.
15 Aug 18
629
Empty Image
Program Sembang Santai Platform Terbaik Bantu Usahawan
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Saharuddin Bin Mohd Kia menerangkan sesuatu kepada para peserta pada Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini. Foto Oleh: Syaiful MustafaPara usahawan dan bakal usahawan di Terengganu dipelawa hadir ke siri jelajah program keusahawanan yang akan diadakan di setiap daerah di seluruh negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco yang dianjurkan Majlis Sektretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) itu telah bermula di Besut.“Kuala Nerus adalah lokasi kedua selepas Besut dan pada 20 Ogos depan siri jelajah ini akan diadakan di Setiu dan daerah-daerah lain selepas itu. “Misinya adalah untuk menjadi platform untuk kita bertemu dengan usahawan dan bakal usahawan,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Sembang Santai Usahawan Bersama Exco peringkat Daerah Kuala Nerus di Stadium tertutup Gong Badak, hari ini.Katanya, program tersebut juga adalah untuk memberi penerangan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan sumber pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada usahawan dan bakal usahawan.Mohd Nurkhuzaini berkata, beliau turut mengharapkan akan mendapat maklum balas yang holistik daripada para usahawan pada akhir sesi penjelajahan itu.“Selepas habis sesi jelajah ini kita harapkan akan mendapat satu gambaran apa sebenarnya usahawan Terengganu mahukan.“Mungkin di Besut lain, Setiu lain kehendak mereka, secara keseluruhan apabila kita buat siri jelajah ini para usahawan dan bakal usahawan akan mendapat maklumat yang lebih jelas,” ujarnya.
08 Aug 18
76
Empty Image
Tengku Hassan Dilantik Pengerusi Golden Pharos Berhad
Golden Pharos Berhad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang baru dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos Berhad mulai 1 Ogos lalu.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, lantikan yang diumumkan dalam kenyataan Bursa Malaysia kelmarin adalah bagi menggantikan Dato’ Muhammad Pehimi Yusof yang memegang jawatan berkenaan sejak 1 Julai 2016.“Seramai enam orang ahli lembaga pengarah baharu telah dilantik berkuatkuasa pada 1 Ogos 2018 bagi menggantikan enam ahli lembaga pengarah yang meletakkan jawatan pada tarikh yang sama.“Syarikat mengalu-alukan lantikan baharu ini dan mengharapkan agar mereka dapat membawa syarikat ke arah halatuju yang lebih baik dan berdaya saing, sesuai dengan kedudukan syarikat yang tersenarai dalam papan utama Bursa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Kenyataan dalam Bursa Malaysia semalam turut mengumumkan bahawa hanya seorang sahaja ahli lembaga pengarah lama yang dikekalkan iaitu Dato’ A. Rahman Yahya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.Nadza Abdul berkata lagi ahli lembaga pengarah yang baharu terdiri daripada golongan professional dan mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan urusan balak dan kayu-kayan dalam negeri serta negara.“Saya turut mengharapkan agar halatuju syarikat dapat dibimbing oleh pengalaman Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar yang luas dalam syarikat GLC serta perkhidmatan awam,” katanya.Tambah beliau, rombakan ahli lembaga pengarah syarikat Golden Pharos Berhad ini juga merupakan salah satu daripada penstrukturan semula kerajaan negeri, selari dengan polisi kerajaan negeri yang baharu.Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Muhammad Pehimi Yusof serta ahli lembaga pengarah yang lain di atas jasa dan sumbangan mereka dalam memajukan syarikat.
03 Aug 18
2103
Empty Image
Haji Cilik Little Caliph 12 Julai Ini
Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCSISB) dengan kerjasama pengusaha The Little Caliph seluruh Malaysia menganjurkan Program Simulasi Haji bagi murid Tadika Little Caliph berusia enam tahun buat kali keempat sepanjang 2018, pada 12 Julai ini.Program dijalankan serentak seluruh negara dan dibahagikan mengikut lapan zon/negeri iaitu Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya), Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan), Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.Di Terengganu, program dilaksanakan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.Ketua Pegawai Eksekutif LCSISB, Roslan Nordin berkata,  peserta didedahkan dengan keadaan sebenar sebelum dan semasa mengerjakan ibadah haji bagi memastikan mereka memahami konsep sebenar Rukun Islam ke lima  itu. Jelasnya, seramai 150 orang pengusaha daripada 350 buah tadika termasuk Sabah dan Sarawak bersedia bertungkus-lumus menyantuni anak-anak cilik untuk ‘Naik Haji’.“Semua peserta memakai ihram dan urusetia turut menyediakan replika Kaabah, kaunter imigresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul.“Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak menghantar ahli keluarga mereka seperti datuk dan nenek ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, namun hakikatnya tidak ramai yang mengetahui konsep, motif dan cara sebenar mengerjakan haji," katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.Menurut Roslan, objektif utama penganjuran Program Simulasi Little Hajj 2018 adalah bermotifkan gambaran praktikal yang jelas kepada murid-murid berumur enam tahun seiring dengan kaedah pembelajaran secara simulasi seiring dengan pendekatan Metodologi Project Based Learning secara hands-on The Little Caliphs Program.Sementara itu, penyertaan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan 5,642 peserta,  manakala 587 orang guru-guru Tadika Little Caliph bertindak sebagai tenaga Mutawwif dan juga sukarela yang membantu melaksanakan program ini. Manakala jumlah peserta seluruh negara tahun ini mencatatkan jumlah 10,264 orang anak-anak cilik berusia enam tahun. Roslan turut menambah, program itu juga antara latihan praktikal yang amat berguna kepada kanak-kanak kerana mereka pastinya akan mengingati setiap latihan yang diajar dan pernah dilakukan. "Little Caliph sentiasa menyediakan ruang dan peluang yang luas untuk kanak-kanak yang aktif dan sering mahu meneroka dunia yang penuh warna-warni ini. Moga-moga tersemat dalam hati mereka dan menyimpan impian besar untuk ke Tanah Suci Mekah kelak,"ujarnya lagi.Untuk rekod, Little Caliph 2017 dilaksanakan secara serentak seluruh negara berjaya mencatatkan sejarah gemilang dengan merangkul gelaran Malaysia Book of Records sebagai penyertaan serentak terbesar oleh kanak-kanak untuk simulasi ibadah haji yang melibatkan 6,456 pelajar Tadika Little Caliph berumur enam tahun, 150 orang pengusaha dari 212 buah tadika.
03 Jul 18
1949
Empty Image
Badan Korporat Perlu Contohi Petronas
Alias                                        Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat dan badan korporat  untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) masing-masing bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh Terengganu.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, semua badan korporat di Terengganu wajar mencontohi usaha syarikat minyak negara seperti Petronas yang banyak melakukan aktiviti kemasyarakatan dan menghulurkan bantuan melalui pelbagai program yang dirancang bersama komuniti.Katanya, inisiatif melalui program `Sentuhan Kasih Petronas' menjadi antara platform terbaik bagi menyatupadukan dan membina kesejahteraan di kalangan rakyat."Kita lihat pada program ini ramai golongan yang kurang bernasib baik telah dibantu oleh pihak Petronas dan mereka sendiri telah menyumbang tenaga dengan turun bersama-sama membantu kumpulan sasar berkenaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Rantau Petronas, Kertih, Kemaman, kelmarin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasek, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan M Hasnan Abdullah.Alias berkata, program seumpama itu perlu dilaksanakan setiap tahun, selain mengalu-alukan badan korporat yang lain untuk bergabung tenaga bagi merapatkan lagi ukhwah di antara syarikat dan penduduk setempat."Kecaknaan yang dilakukan oleh pihak Petronas amatlah disanjungi dan rakyat setempat merasai nikmat dari hasil pembangunan industri minyak yang dijalankan di bumi Terengganu ini dan ianya satu usaha yang murni," katanya.  Alias (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.Alias berkata, Kemaman antara daerah tumpuan selain Dungun dan Kuala Nerus kerana dikenali sebagai daerah perindustrian dan pusat pengoperasian Petronas di negara ini."Sekurang-kurangnya masyarakat setempat di daerah ini dapat merasa sendiri nikmat hasil daripada pembangunan yang telah dilakukan di sini dan pihak Petronas selepas ini perlu mengadakan kerjasama dengan pemimpin kampung untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai golongan yang perlu dibantu,"katanya.Malah, bermula Mei hingga April 2019, Petronas turut memperuntukkan sebanyak RM1 juta  bagi melaksanakan program `Sentuhan Kasih Petronas' sebagai tanda komitmen mereka sebagai sebuah syarikat minyak nasional yang sentiasa membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini.
03 Jul 18
88
Empty Image
Projek Jagung Bijian Kampung Dadong Diteruskan
AliasKerajaan negeri akan meneruskan Projek Perintis Penanaman Jagung Bijian yang diilhamkan oleh bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek di Kampung Dadong, Ayer Puteh, Kemaman.Ahli Parlimen Kemaman, Alias Abdul Hamid berkata, projek tersebut akan diteruskan kerana ianya menjadi sumber pendapatan kedua kepada penduduk kampung yang kebanyakannya mengusahakan tanaman padi di kawasan tersebut.Katanya, Kampung Dadong merupakan lokasi yang menjadi perintis kepada projek tersebut dan ianya mempunyai potensi yang besar untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai lembah jagung bijian satu hari nanti."Kita akan meneliti semula lokasi yang dijadikan tapak untuk projek tersebut kerana kawasan itu merupakan lokasi yang sering ditenggelami air setiap kali tibanya musim tengkujuh.                                                              "Kita akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian berkenaan perkara ini dan saya dimaklumkan bahawa ada peruntukan untuk meneruskan projek ini namun kita menghadapi masalah kesesuaian tanah berikutan kawasan tersebut sering berlaku banjir," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Rantau Petronas, Kemaman, hari ini.Alias berkata, menjadi satu kerugian sekiranya projek itu diteruskan di kawasan yang sering ditenggelami air dan pihaknya perlu memikirkan untuk membangunkannya di kawasan yang sesuai sebagai kelangsungan projek tersebut."Seperti sedia maklum, negara kita masih lagi mengimport jagung bijian dari negara luar dan ianya melibatkan kos yang tinggi untuk membawa masuk bijian tersebut untuk menampung keperluan bagi industri penternakan di negara ini" katanya.Sementara itu Alias turut mengulas berkenaan sama ada untuk meneruskan satu lagi projek di Kampung Pasir Gajah iaitu Projek Lembah Pedaging yang turut diilhamkan oleh bekas menteri berkenaan.Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkenaan projek tersebut dan perlu memperolehi perincian daripada Jabatan Veterinar sebelum mengambil tindakan dan membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.
03 Jul 18
483
Empty Image
Lemang Valley Jadi Tumpuan Sepanjang Ramadan, Syawal
'Wilayah Lemang (Lemang Valley) di Kijal menjadi tumpuan pembeli dari dalam dan luar Kemaman.Apabila menyebut makanan tradisional Lemang, pasti ada yang terbayangkan kesedapan beras pulut yang dimasak di dalam buluh dan dibakar sehingga menimbulkan bau yang pasti akan menggamitkan sesiapa saja untuk menikmati juadah tradisional tersebut.Kebiasannya makanan tradisional ini ditemui ketika musim perayaan khususnya pada sambutan Aidilfitri dan dimakan bersama rendang atau kuah kari.Lemang Kijal sudah menjadi sebutan di kalangan pengunjung yang sering menggunakan laluan Kuantan - Kuala Terengganu dan akan singgah untuk menikmati keenakan makanan tradisional tersebut untuk dibawa pulang.Dikenali sebagai Wilayah Lemang, Lemang Kijal mempunyai peminatnya sendiri yang sanggup datang dari jauh semata- mata hanya untuk membeli makanan yang tersohor di Negeri Terengganu itu untuk juadah pada musim perayaan.Bagi peniaga, kehadiran pengunjung pada musim cuti sekolah dan musim perayaan menyebabkan mereka tidak menang tangan untuk menyediakan lemang untuk dijual berikutan permintaan pembeli yang meningkat setiap kali tibanya musim perayaan.Peniaga sedang sibuk menyediakan lemang untuk dijual Bagi Selamah Mohammad, 60, kehadiran musim perayaan terutamanya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan permintaan terhadap makanan tradisional tersebut meningkat sekali ganda berbanding hari-hari biasa. Peniaga berkenaan, Selamah Mohammad mengakui berasa sedikit letih disebabkan peningkatan jualan pada bulan Ramadan  dimana pada hari biasa dia hanya mampu menjual sebanyak 50 ke 100 batang sahaja namun pada bulan puasa meningkat kepada 200 ratus batang sehari."Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa pendapatan saya meningkat dan terpaksa menambah bilangan lemang kerana pembeli sudah mula membeli pada waktu tengahari dan pada sebelah petang lemang yang dijual sudah habis dibeli."Bukan saya sahaja, rakan-rakan peniaga lain juga turut merasai peningkatan hasil jualan pada bulan puasa ini dan kami sangat gembira kerana dapat meningkatkan pendapatan kami pada Ramadan ini," katanya.Bagi Abdul Hamid Talib, 63, mengakui tidak menang tangan menyediakan lemamg kerana permintaan untuk makanan tradisional itu meningkat dua kali ganda berbanding hari biasa.Bagi Abdul Hamid Talib pula, dia gembira kerana dapat menambah pendapatan kerana pada kebiasannya dia hanya perlu menyediakan sebanyak lima kilogram beras pada hari biasa namun pada Ramadan dia terpaksa menyediakan 10 hingga 20 kilogram beras pada setiap hari."Alhamdulillah, memang jualan lemang setiap hari habis licin dibeli pengunjung, saya bermula pada pagi dan pada petang, kesemua lemang yang dijual habis dibeli dan terpaksa menambah bilangan lemang bila Aidilfitri semakin hampir," katanya.Sementara itu, bagi pengunjung pula keenakan Lemang Kijal memang dinantikan setiap kali pulang ke kampung halaman di samping harganya yang murah dan kualiti lemang yang terjamin.Seorang pekerja swasta, Hafizah Che Ali, 34, keenakan lemang tersebut memang diakui dan harganya yang murah menyebabkan dia sanggup membeli lemang tersebut untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah."Memang sedap la, tak ada lemang yang sesedap ini di kawasan lain."Di samping harganya yang murah dan bentuknya yang comel, memang ianya menjadi pilihan saya dan suami untuk membawanya pulang ke kampung untuk dimakan bersama keluarga, " katanya. Bagi Asraf Ismail, 34, keenakan lemang Kijal menyebabkan dia sanggup singgah setiap kali melalui kawasan tersebut untuk dibawa pulang ke kediamannya di Kuantan, Pahang."Lemang dia memang rasa lain macam sikit, tak sama dengan lemang yang ada di tempat lain. Memang lain rasa dia dan harga memang murah berbanding dengan di luar,"katanya.Permintaan terhadap Lemang Kijal dijangka meningkat menjadi tiga kali ganda pada sehari sebelum perayaan Aidilfiti berikutan semua perantau sudah mula pulang ke kampung halaman dan pasti akan singgah untuk membeli juadah yang terkenal di Negeri Terengganu sebagai juadah utama dinikmati bersama keluarga.
20 Jun 18
279
Empty Image
TDM Rekod RM448.8 Juta Hasil Pendapatan 2017
Ahli-ahli lembaga pengarah bersama Wan Nawawi (dua dari kanan) menunjukkan buku laporan tahunan TDM Berhad .Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKumpulan TDM Berhad kembali mencatatkan perkembangan positif dengan merekodkan hasil pendapatan sebanyak RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2017 (FY2017), peningkatan 4.7 peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM428.5 juta.Pengerusi TDM Berhad, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, keuntungan sebelum cukai Kumpulan (PBT) pula melonjak 49 peratus kepada RM52.3 juta untuk (FY2017) daripada RM35.1 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.“Peningkatan dalam prestasi kewangan didorong oleh peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan juga juala isirong yang lebih tinggi.“Dengan perkembangan positif ini, TDM akan membayar dividen sebanyak 0.5 sen untuk setiap saham biasa dengan jumlah anggaran RM8.3 juta.Bayaran ini selari dengan polisi dividen TDM di mana jumlah dividen adalah bersamaan dengan 36 peratus dari keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI)," katanya kepada pemberita di sidang media selepas  mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan TDM Berhad kali ke-53 (AGM), di Hotel Primula Beach, hari ini.Menurut Wan Nawawi, pendapatan bahagian perladangan Kumpulan TDM meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM265.3 untuk FY2017 daripada RM245.9 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.Tambahnya lagi, bahagian penjagaan kesihatan turut mencatatkan peningkatan sebanyak satu peratus kepada RM183.4 juta daripada RM182.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya di mana terdapat peningkatan jumlah pesakit yang mendapat rawatan di hospital-hospital bawah naungan TDM Berhad.“Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang mampu dinikmati pesakit (Secondary Specialist Community Hospital) iaitu Kuantan Medical Centre, Kuala Terengganu Specialist Hospital, Kelana Jaya Medical Centre dan Taman Desa Medical Centre.“KMDI turut bercadang untuk bekerjasama dengan PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) dalam usaha membangunkan sebuah hospital swasta yang berkapasiti berjumlah 100 buah katil di atas sebidang tanah milik PNBC bersebelahan dengan Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur dengan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh KMDI dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020,” ujarnya.Wan Nawawi berkata, beliau percaya bahawa strategi yang disediakan akan memberi kesan pertumbuhan yang mampan bagi memastikan TDM sentiasa berada di landasan yang betul bagi membantu pertumbuhan ekonomi negeri.  
23 May 18
224