Artikel "Ekonomi" Terkini
Terengganu Sedia Kaji Teknologi IBS
Dr.Alias Razak ketika bercakap di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, hari ini.Foto Oleh SolahKUALA TERENGGANU-Kerajaan negeri sedia mengkaji keberkesanan Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk digunapakai dalam projek perumahan yang melibatkan kemudahan kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata IBS adalah kaedah terbaik mengurangkan masa pembinaan, pembaziran dan pencemaran alam sekitar, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan serta kemahiran.Katanya, Permintex Warijitu merupakan pemaju dan kontraktor perumahan di negeri ini telah menjalankan kerja-kerja pembinaan struktur rumah dan bangunan dengan menggunakan teknologi pasang siap juga yang pertama di Terengganu."Kita akan lihat keberkesanannya melalui projek perintis yang sedang berjalan sekarang iaitu pembinaan rumah teres 13 unit di hadapan Hospital Dungun."Jika ia berjaya di Dungun, kita tengok samada harganya okey, cepat siap dan lulus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta dijamin selamat, InsyaAllah ini pilihan terbaik yang akan kita kemukakan kepada ahli lembaga yang lain,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran 'Showroom' Inovar Floor Kuala Terengganu di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, 10 Oktober.Tambah beliau, menerusi sistem IBS, juga dapat memastikan ketepatan dan keupayaan menyiapkan projek pada masa yang singkat berbanding kaedah pembinaan konvensional."Kita perlu berani buat perubahan dengan teknologi yang baru, yang lebih murah daripada apa yang kita amalkan sekarang untuk rakyat,"ujarnya lagi.Permintex Warijitu merupakan satu-satunya syarikat yang mendapat hak eksklusif membekal dan memasang lantai kayu berlamina jenama Inovar di Terengganu.Pembukaan Inovar Floor Kuala Terengganu merupakan cawangan kedua selepas Inovar Floor Dungun yang beroperasi pada Mac lalu.
10 Oct 18
566
Penduduk Mahu Projek Akuapolitan Kuala Nerus Diteruskan
KUALA NERUS – Penduduk di daerah ini mahu projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) di Seberang Takir diteruskan walaupun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak memberi kata putus mengenai status projek itu sehingga kini.Projek dianggarkan menelan belanja RM180 juta dilancarkan semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pelan induk akuapolitan yang bertujuan memberi manfaat kepada nelayan di kawasan sekitar.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk kepentingan rakyat di Seberang Takir, khususnya meningkatkan taraf hidup golongan nelayan setempat.“Sebelum pilihan raya baru-baru ini, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah mengatakan bahawa satu projek besar akan dijalankan untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk Seberang Takir yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan, jadi kerajaan buat. “Saya difahamkan juga nak buat perumahan yang cukup menampung sebahagian penduduk rata-rata sebagai nelayan. Tapi selepas kerajaan berubah, kalau di peringkat kita, kita bersetuju (projek itu),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program `Kuca Sure' Peringkat DUN Seberang Takir di perkarangan Pusat Khidmat DUN, Kampung Duyung, di sini, 6 Oktober.Mohd Fazil melahirkan kebimbangan terhadap status projek yang masih diperingkat perbincangan itu, jika dihentikan begitu sahaja berikutan ianya sudah melibatkan perbelanjaan yang besar untuk kerja-kerja awal pembangunan yang melibatkan kawasan yang luas itu.“Cuma kalau kita tengok banyak projek-projek yang melibatkan projek besar di peringkat Pusat pun banyak dikaji balik,” jelasnya.Justeru beliau berharap agar projek AKN dapat diteruskan kerana ianya untuk kepentingan masyarakat nelayan untuk jangka masa panjang.
08 Oct 18
632
Seminar Hartanah Elak Penipuan
Haji Fariz Irwan Mustafa menyeru kepada orang ramai supaya datang beramai-ramai ke Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018.KUALA TERENGGANU - Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 yang akan diadakan pada 13 Oktober 2018 bertempat di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Padang Hiliran bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang penipuan dalam sektor hartanah.Penganjur utama seminar, Haji Fariz Irwan Dato Mustafa berkata, ianya bertujuan untuk mendidik usahawan dan orang ramai supaya celik undang-undang yang berkaitan dengan urusan hartanah mereka.“Apa yang saya nak beritahu dalam sidang media ini ialah kepentingan program di mana saya melihat ada kelompangan yang besar dalam konteks pemahaman rakyat tentang hartanah. “Dalam konteks pemahaman rakyat pada hari ini, ramai yang sayang duit nak bayar RM30 atau RM50 nak belajar pasal tanah dan akhirnya mereka terjerumus dalam penipuan atau ‘scammers’,” ujarnya.Beliau yang juga rakan kongsi kanan Tetuan Fariz Halim & Co Terengganu berkata demikian dalam sidang media Seminar Cakna Hartanah Terengganu 2018 di Hotel Primula (8 Oktober).Katanya, program tersebut tidak bermotifkan keuntungan tetapi lebih kepada mendidik para usahawan dan rakyat Terengganu bagi mengetahui hak dan undang-undang berkaitan urusan pembelian serta pelaburan dengan cara yang betul dalam sektor hartanah.“Program tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 200 orang yang terdiri daripada pelbagai kelompok lapisan masyarakat. “Kami yakin dengan kehadiran ikon penceramah hartanah dan panel handalan yang lain mampu memberi ilmu yang bermanfaat kepada para peserta,” katanya.Menurutnya, ianya akan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya dari segi pengetahuan asas tentang perjanjian jual beli rumah dan hartanah, urusan pinjaman bank, kewangan Islam dan pelaburan hartanah serta hartanah lelong.Tambahnya, peserta juga berpeluang memahami geran hartanah serta isu juga strategi yang berkaitan dengan urusan hartanah.Justeru, beliau menyeru kepada rakyat dalam dan luar Negeri Terengganu untuk datang beramai-ramai dan jangan sayangkan duit masing-masing untuk menuntut ilmu. Turut hadir sama, panelis utama, Ahyat Ishak dan para panelis iaitu Mejar Aman Shah, Firdaus Abdullah, Ustaz Dzulkifli Jaafar, Marisa Mamat dan Redz Idrus.
08 Oct 18
298
Pengerusi PBK Supplies & Services Tinjau PBKSB, Kemaman
Oleh: Syed KamalKEMAMAN - Ahli Lembaga Pengarah Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) yang baru, Haji Ahmad Amzad Hashim mengadakan lawatan induksi ke Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBKSB), Teluk Kalong, di sini, 3 Oktober.Beliau yang juga Pengerusi PBK Supplies & Services terlebih dahulu menerima taklimat daripada General Manager PBKSB, Md Nasir Ahmad.Hadir sama, Ketua Eksekutif Kumpulan EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor; Ahli Lembaga Pengarah PBK Supplies & Services, Hazri Jusoh dan Sarifah Seman.Lawatan berkenaan bertujuan meninjau dengan lebih dekat pelbagai operasi yang dijalankan di KSB.Dalam kunjungan itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mahu supaya anak syarikat kerajaan negeri terus maju dan menepati tema kerajaan dalam membina negeri yang maju, berkat, serta sejahtera.
07 Oct 18
1147
Terengganu Sambut Baik Usaha Kerajaan Pusat Tingkat Keusahawanan
Mohd Norkhuzaini (kanan) mengiringi Dato' Sri Jamil Haji Salleh meninjau 'booth' pameran di karnival tersebut. Foto - M. ShukriOleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menyambut baik segala usaha daripada Kerajaan Persekutuan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya dalam bidang keusahawanan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri juga akan memberikan kerjasama yang baik bagi keuntungan rakyat Terengganu.Katanya, beliau mengharapkan kerjasama ini tidak berhenti di sini sahaja."Ini kerana banyak lagi perkara yang boleh membawa manfaat kepada rakyat khususnya dalam bidang perniagaan ini." ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berlangsung di Mydin Mall Gong Badak, semalam (5 Oktober).Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, semua agensi kerajaan termasuk SSM digabungkan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (MSPUT)."Matlamat setiap agensi adalah sama yang bertujuan untuk membangunkan potensi usahawan-usahawan di Negeri Terengganu."Justeru, kita wujudkan satu platform iaitu MSPUT untuk kita bekerjasama membantu usahawan Terengganu.Tambahnya, pihak kerajaan negeri akan mengintegrasikan semua agensi kerajaan pusat dan negeri di bawah satu bumbung bagi memudahkan pengurusan data maklumat."Kita akan bangunkan 'big data' (pengkalan maklumat) untuk kita integrasikan semua agensi di bawah satu bumbung untuk mengakses data masing-masing."Permohonan mereka akan di'syncronize'kan, jadi tidak timbul isu pertindanan permohonan ataupun sesetengahnya akan dapat dua atau tiga bantuan dalam satu masa."Oleh itu, ini merupakan satu langkah yang baik dan SSM antara agensi yang bergiat aktif dalam program-program keusahawanan negeri," jelasnya.Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Dato’ Sri Jamil Haji Salleh.Karnival Online Network Entepreneur (ONE) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah berlangsung bermula semalam hingga 6 Oktober.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab Fenner.
06 Oct 18
114
Qas Tailor Sambung Legasi Keluarga
YB Mohd Nor sempat menyaksikan demontrasi jahitan ketika merasmikan kedai jahit Qas Tailor di Bukit Payung.MARANG - Ketika remaja lain melepaskan tekanan belajar dengan bersuka ria selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak bagi Nur Qasrina Mohd Laji, 18, apabila sudah merencanakan masa depannya untuk berjaya pada usia muda walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Pengalaman membesar dalam keluarga yang berlatar belakangkan dunia perniagaan menjadikan dirinya lebih matang berbanding rakan-rakan sebaya yang lain.Nur QasrinaAnak kepada pasangan suami isteri, Mohd Laji Mamat, 50, dan Aida A.Rahman, 48, yang merupakan pemilik Jie Shop berkata, semangatnya untuk menceburi perniagaan bermula sejak kecil tatkala melihat kejayaan ibu bapanya dan bercita-cita menjadi ahli peniagaan yang berjaya malah lebih hebat daripada yang dijalankan oleh keluarganya sehingga mampu menembusi pasaran antrabangsa.Dia juga tidak pernah menyesal dengan pilihannya dan jika berpeluang menyambung pelajaran satu masa nanti dia akan memilih bidang perniagaan bagi meluaskan pengetahuannya serta memantapkan kemahiran di bidang itu.“Sebaik tamat SPM, saya mula mengintai peluang perniagaan termasuk di luar negara yang sesuai untuk saya ceburi dan memilih bidang jahitan pakaian siap berbanding perniagaan tempahan pakaian yang dijalankan oleh ayah.“Saya ada kelebihan bila memilih bidang ini apabila mendapat sokongan seratus peratus daripada ibu dan ayah. Dalam tempoh tiga bulan pertama ini, saya dalam proses menyiapkan seribu pasang baju Melayu untuk dijual pada Aidilfitri tahun hadapan termasuk seratus pasang kot yang siap dijahit,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis perasmian Qas Tailor di Bukit Payong, di sini, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.Sementara itu, Mohd Nor ketika merasmikan Qas Tailor berkata, dalam perniagaaan perlu menekankan dua perkara untuk menjadi usahawan yang berjaya dan diberkati dalam setiap urusniaga yang dilaksanakan dengan pelanggan.“Yang pertama, kita perlu ikhlas kepada Allah SWT tentang niat untuk kita berniaga dan keduanya menjalankan perniagaan mengikut syariat dalam Islam.“Jangan sesekali menipu kerana ia akan menyebabkan kita hilang keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan itu,”katanya.Dalam pada itu, bapa kepada Nur Qasrina, Mohd Laji berkata, dia dan isteri tidak pernah menghalang kemahuan anak ketiganya dari lima beradik kerana yakin dia mampu berjaya dalam bidang yang diceburi.“Sebagai ayah sudah tentu saya menyokong penuh pilihan Nur Qasrina tetapi ada syaratnya iaitu dia harus lebih hebat dari perniagaan yang saya jalankan selama 25 tahun.“Saya mahu lihat dia menembusi pasaran antarabangsa melalui kemahirannya, pengetahuannya dalam memasarkan hasil produk secara atas talian yang lebih hebat jika dibandingkan dengan cara saya menjalankan perniagaan untuk sampai ke tahap ini.”ujar Mohd Laji.
03 Oct 18
1151
Anak Muda Terengganu Diseru Ceburi Bidang Pertanian
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU - Anak muda di Terengganu diseru agar menceburi bidang pertanian yang merupakan antara suatu cabang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bidang pertanian mempunyai potensi yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan dan membaiki taraf kehidupan.Katanya, Terengganu masih ada seluas sekitar 12,000 hektar tanah terbiar dan berpotensi untuk dimajukan untuk manfaat masyarakat setempat. "Kita ada ramai anak muda yang tiada pekerjaan. Sihat dan bertenaga adalah keistimewaan yang dimiliki oleh majoriti anak muda.“Ada pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi dan jabatan," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 Oktober.Dr Azman berkata, kebanyakan rakyat Terengganu menikmati hasil tanaman dan produk asas tani yang dibawa masuk dari negeri lain dan situasi itu memberi gambaran jelas bahawa pasaran dan permintaan hasil pertanian sangat luas dan tinggi.Oleh itu kata beliau, kemajuan setiap kawasan mestilah difahami secara nyata dengan kelebihan bentuk muka bumi dan geografi setempat yang bukannya diukur dengan sesetengah industri dan konteks perniagaan sahaja."Pihak kerajaan berhasrat agar anak muda melihat bidang pertanian adalah untuk semua golongan. Inilah ruang untuk anak muda membina ekonomi dengan menceburi bidang pertanian. Minda anak muda perlu berubah," ujarnya.Justeru, beliau berharap tidak lagi mendengar 'cakap-cakap orang' bahawa pertanian adalah bidang yang gagal.Katanya, anak muda perlu mendapat maklumat yang tepat dan mampu membuka jalan (peluang) untuk menjana pendapatan."Biar mereka rasa mesra dengan pertanian yang membuka peluang membantu rakyat," tegasnya.
02 Oct 18
464
Kerajaan Sedia Bantu Usahawan Pertanian
Ustaz Ridzuan Hashim (tiga dari kanan) melawat booth pameran di Program 'Go Green Go Health'.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bersedia untuk membantu para usahawan termasuklah dalam bidang pertanian dan penternakan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sebanyak 10 juta ringgit setahun telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui manifesto yang diumumkan untuk para usahawan, khususnya dalam bidang industri kecil dan sederhana.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Go Green Go Health’ yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Komuniti Kampung Banggol Tok Esah (29 September).Menurutnya, program yang bertemakan kesihatan dan pertanian ini diisi dengan pemeriksaan kesihatan, derma darah, ceramah kesihatan, pameran dan juga khidmat nasihat menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.“Anak muda sekarang sangat cenderung untuk bekerja makan gaji, sedangkan sangat banyak hasil bumi yang Allah SWT kurniakan kepada kita untuk diusahakan.“Usaha-usaha dalam bidang pertanian dan penternakan sebenarnya sangat banyak menjana pendapatan yang lebih besar, namun masalah modal menjadi penghalang utama”, ujar beliau lagi.Katanya, mencari rezeki menggunakan tangan sendiri adalah suatu kerja yang sangat mulia dan dipandang tinggi dalam Islam.Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Dan Kaunseling Pelajar, Universiti Malaysia Terenganu (UMT), Dr Izan Dato’ Hj Jaafar.
30 Sep 18
247
MB Melawat Booth Karnival Kerajaan Terengganu
MB (dua dari kanan) melihat produk yang dipamerkan di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera di Perkarangan Stadium Gong Badak.KUALA NERUS - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa untuk melawat 'booth' pameran di Karnival Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera bersama Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, 15 September.Karnival itu dianjurkan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke 64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.Karnival yang diadakan di perkarangan stadium tersebut, dianjurkan oleh Menteri Besar Terengganu (Incorporated), sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu, bermula 14 hingga 16 September dikunjungi tidak kurang dari 6 ribu pengunjung dari seluruh negara.Menteri Besar dalam buku cenderamata karnival itu menyatakan bahawa karnival berkenaan berkonsepkan 'Hari Bersama Pelanggan' antara jabatan dan agensi negeri dengan masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat tentang dasar, polisi, produk dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dengan lebih berkesan dan efektif."Ia juga menjadi medium untuk membina jaringan hubungan," jelasnya. Sebanyak 28 buah anak syarikat kerajaan negeri mempamerkan produk masing-masing di karnival itu termasuk Terengganu Inc, TDM Berhad, Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Terengganu Safety Training Centre Sdn. Bhd. (TSTC), GPQ Sdn. Bhd.Chicken Cottege, Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd., Hartanah Terengganu Sdn. Bhd., PTB Unit Trust Berhad (ASDI), Husa Network Sdn. Bhd. (yang mengendalikan Siaran radio Manis FM), Primula Beach Hotel, Duyong Marina & Resort Terengganu, Permai Hotel Kuala Terengganu, Paya Bunga Hotel Terengganu, F-Kichen.Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Pertima Terengganu Sdn Bhd, Syarikat Permint Granite Sdn Bhd (PGSB), Terengganu Agrotech Development Sdn Bhd (TADC), TTI Management Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, Cas Ligas Sdn Bhd dan PMINT Urus Sdn Bhd.Pada hari pertama (14 September), aturcara majlis bermula dengan Pameran, Busking, Sepetang Bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (UKA).Hari kedua (15 September) bermula dengan Pameran, Perasmian Karnival TMBS, Pertandingan Mewarna, Persembahan Qasidah, Santai Selebriti dan Pentas Otai.Hari terakhir (16 September) acara bermula dengan Pameran dan Acara Ameerah.
17 Sep 18
247
Keropok Ikan Omaf Turun Harga
Nor Hasnaa Kamilah bersama produk keropok ikan berjenama OMAF keluaran syarikat miliknya Sempurna A-Nad Marketing,Produk keropok ikan berjenama Omaf yang memulakan operasi pada 2015 mengambil langkah berani dengan menurunkan harga barang bagi kesemua pelbagai perisa produk keluaran syarikatnya bermula 1 September ini.Pemilik syarikat Sempurna A-Nad Marketing, Nor Hasnaa Kamilah Mohd Dalim, 28, berkata keputusan menurunkan harga kesemua jenis produk sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan mengambil saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin rakyat supaya berjimat cermat.Katanya, antara produk keluarannya yang mendapat sambutan ramai kini ditawarkan dengan harga baharu hanya RM1.50 sebungkus, berbanding harga runcit yang lama RM2.00."Pendekatan ‘win win situation’ ini juga bertujuan untuk menghargai pelanggan tetap yang menggemari produk keropok ikan kami. Saya harap dengan semangat dan pendekatan ini, pelanggan atau pengguna domestik terutamanya lebih mengutamakan dengan membeli produk tempatan yang terjamin kualiti dan kebersihannya."Kilang Anad Marketing juga telah mendapat pengiktirafan Sijil MeSTI (makanan selamat tanggungjawab industri) dan dalam proses pengiktirafan halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Nor Hasnaa berkata, kualiti keropok ikan pelbagai perisa yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah daripada isi ikan yang segar dan bahan-bahan yang berkualiti tinggi bagi memastikan produk berkenaan tidak mudah rosak dan tahan lama.Katanya lagi, pada masa kini, beberapa barangan mentah yang diterima dari pembekal sudah semakin murah, sekali gus memberi kelegaan kepada sektor pembuatan seperti syarikatnya untuk meminimakan kos operasi syarikat."Tapi kena tunggu dan lihat beberapa hari lagi untuk lihat jumlah sebenar barangan yang turun harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini (1 September),"katanya.
01 Sep 18
778