lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Industri Madu Terengganu Perlu Inovasi
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berucap pada pemberita selepas melawat sebuah gedung madu di Hat Yai.Oleh: Haji Sazali Mohd NoorHAT YAI, 29 Oktober - Industri madu di Negeri Terengganu perlu ditingkatkan sehingga mencapai tahap sebagaimana di negara jiran, Thailand.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia telah berada jauh di hadapan berbanding perusahaan yang sama di Negeri Terengganu.Menurutnya, di Thailand, madu telah dimajukan sehingga kepada pengeluaran berskala besar, menjadi penghasilan dan meningkatkan industri pelancongan.“Berkenaan dengan  industri madu ini, apa yang dibuat oleh Thailand adalah lebih ke depan."Kalau kita hanya bela (pelihara) lebah itu untuk dapatkan madu sahaja, tetapi dia dah buat sampai ke produk akhir, industri hiliran dia (dengan) menghasilkan beberapa produk kesihatan, bukan sekadar hanya makan madu macam kita fahami atau lazimi di tempat kita,” jelasnya.Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata demikian selepas melawat sebuah  gedung madu di sini, semalam.Katanya, beliau dimaklumkan terdapat  lima tempat di seluruh Thailand yang menjalankan industri tersebut secara besar-besaran.Oleh itu, beliau menyarankan kepada pihak yang terbabit dengan pengeluaran madu, termasuk Kelulut agar menjalankan kajian yang dapat memajukan industri tersebut.“Dalam industri madu ini, di peringkat kita mungkin madu Lebah dah menurun dan sekarang ini popular dengan madu Kelulut.“Kita kena (adakan) kerjasama dengan  unversiti-universiti  yang buat penyelidikan  yang boleh buat (hasilkan) produk berasaskan madu Kelulut mahupun madu Lebah,” ujarnya.Justeru itu, beliau mengharapkan agar dilakukan inovasi dalam pengeluaran madu agar pelbagai produk dapat dihasilkan.“Kalau di Terengganu terkenal dengan madu Kelulut, sekarang sepatutya kita ‘advance’ (lebih maju), banyak lagi (yang) kita boleh buat.“Contohnya (seperti penghasilan) gula-gula madu dan madu (Lebah serta Kelulut) dibela mengikut  tanaman (sekitarnya),” kata beliau.Tambahnya, beliau telah berbincang dengan pengusaha industri herba termasuk tanaman ‘Belalai Gajah’ agar turut memelihara Lebah dan Kelulut di dalam ladangnya.“Yang nak tanam herba, macam ’Belalai Gajah’, apabila ditanam, di bawah itu boleh letak dan bela Lebah ataupun Kelulut.“Secara tidak langsung  Lebah dah (akan) makan madu Belalai Gajah dan ubat kencing manis itu (terdapat) dalam madu itu (yang dihasilkan) dah ada terkandung benda (penawar) itu.“Itu salah satu daripada inovasi kita selain daripada kita keluarkan (pelbagai) produk (kesihatan) seperti dalam penerangan kita tadi,” kata beliau lagi.
28 Oct 18
36
Empty Image
Dari RM35, Kini Cecah RM40,000 Sebulan
Azmi menunjukkan sebahagian daripada produk pes yang dijual di Road To Maha.KUALA TERENGGANU, 29 Oktober - Berani, positif, sentiasa memandang ke hadapan dan tidak pernah berputus asa antara prinsip yang dipegang oleh usahawan muda berjaya ini malah menjadikannya mampu memiliki apa yang diimpikan dalam hidupnya.Pemilik Tenang Recipe, Azmi Alias, 34, juga mengakui cabaran yang diharungi bukan mudah dan memberikan seribu satu kekuatan untuk tampil seperti hari ini.Bermula secara kecil-kecilan, perniagaan Tenang Recipe hanya berbekalkan modal awal RM5,000 dan melakukan segalanya di rumah dengan pertolongan isteri, Noor Shahirah Hassan, 32 dan tiga anak saudara.Katanya lagi, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dan bukan mudah untuk bergelar seorang usahawan hebat sekiranya tiada ilmu dan pengalaman, tambahan pula, apabila terpaksa bermula dari bawah.“Jika diimbau kembali pada 2016, daripada merangkak hingga mampu berjalan dan kini berlari, sampai satu tahap saya pernah mendapat hanya RM35 sebulan dari jualan pes ikan bakar.“Dulu saya bermula dengan menjual 100 paket sebulan sahaja dan ia sebenarnya membina satu kekuatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila hanya separuh sahaja yang berjaya dijual."Namun ia berubah melalui penganjuran karnival oleh kerajaan negeri untuk usahawan seperti Road To Maha dan ekspo keusahawanan yang telah memberi ruang dan peluang baru untuk saya berjaya dan kini pendapatan saya mencecah RM30 hingga RM40 ribu sebulan,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di Road To MAHA di perkarangan Pejabat MARDI, Manir, kelmarin.Bagi Azmi, penganjuran karnival seperti ini, bukan sahaja berjaya meningkatkan jualan para usahawan bumiputera, malah memperluaskan lagi rangkaian perniagaan usahawan-usahawan terbabit di seluruh negeri ini.Kini perniagaannya mula menakluki pasaraya utama di negeri ini seperti Sabasun dan mempunyai agen-agen jualan di Kuala Lumpur, Kedah dan Perak dalam masa setahun sahaja selepas menyertai lebih dari 20 ekspo dan karnival usahawan di semua peringkat.Dalam pada itu, Azmi berkata, produk pes makanan sedia hidang yang dihasilkan seperti sos ikan bakar, sos tiga rasa, sos namprik pau dan sos BBQ itu mempunyai kelebihan tersendiri yang memang sedap dan mudah digunakan."Produk-produk ini diproses secara moden tetapi kesedapannya tetap asli malah mudah digunakan kerana semuanya cukup rasa dan yang penting ia tanpa bahan pengawet," tambahnya.
28 Oct 18
105
Empty Image
PPSB Usahakan Minyak Gaharu
CEO Golden Pharos Berhad, Dato’ Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak.KUALA LUMPUR - Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), telah menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos Berhad (GPB), Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa hadapan.Menurutnya, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji itu merupakan keputusan terbaik memandangkan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad Dato' Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak bersalaman dengan Pengarah BioBenua Teknoloji Sdn Bhd Dato' Abdul Razak Ali selepas menandatangani perjanjian kerjasama untuk memproses pokok Karas.Katanya, perjanjian kerjasama itu termasuklah menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.“Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB.“Di bawah perjanjian itu, PPSB akan membekalkan 500 pokok karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan.“Kemudiannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, dan ia merupakan bahan asas penting untuk pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, di ibu negara, Kuala Lumpur, kelmarin.Menurut Dato’ Nadzarudin, Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) merupakan sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB), mempunyai 1,000 pokok karas yang ditanam seluas 2471 ekar di Ladang Karas, Mercang, Terengganu.“Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesis pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia. “Pokok Karas boleh diproses untuk menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian,” jelasnya.Tambah beliau, Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50 ribu jenis spesis pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh ditemui di sekitar kampung sehinggalah ke pedalaman hutan.Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Shuhaimi Wan Aziz serta wakil BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, Roslan Ali.
26 Oct 18
211
Empty Image
Golden Pharos, BioBenua Teknoloji Kerjasama Pasarkan Minyak Gaharu
KUALA TERENGGANU , 24 Oktober -  Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), sebuah anak syarikat Golden Pharos Berhad (GPB) menandatangani satu perjanjian dengan BioBenua Teknoloji Sdn Bhd, bagi menjual minyak gaharu yang diproses daripada 500 pokok Karas.Kerjasama itu juga bakal menyaksikan pembahagian keuntungan iaitu 60 peratus dan 40 peratus di antara BioBenua Teknoloji dan PPSB, termasuklah kegiatan menanam, memproses, menapis dan memasarkan sebarang produk yang dihasilkan daripada pokok Karas.Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat tersebut tidak akan memberi impak segera kepada kewangan syarikat tetapi bakal memberi sumbangan positif kepada syarikat di masa hadapan."Di bawah perjanjian tersebut, PPSB akan membekalkan 500 pokok Karas yang matang, manakala BioBenua Teknoloji akan menanggung kos rawatan pokok tersebut daripada sebarang jangkitan."Kemudiaannya, pokok yang telah dirawat akan diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, di mana ia merupakan bahan asas penting bagi pembuatan minyak wangi dan produk bauan yang lain,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Ahmad Nadzarudin berkata, keputusan kumpulan GPB bekerjasama dengan syarikat BioBenua Teknoloji merupakan inisiatif terbaik berikutan industri karas mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Katanya, Kumpulan Golden Pharos Berhad mempunyai 1,000 pokok Karas yang ditanam dalam 2,471 ekar di Ladang Karas, Merchang, Marang.Karas atau lebih dikenali sebagai gaharu merupakan satu spesies pokok yang paling tinggi ditanam oleh petani di Malaysia dan boleh diproses bagi menghasilkan minyak gaharu, minyak wangi, manik, bau-bauan, bahan hiasan serta teh wangian.Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara di dunia yang menanam 50,000 jenis spesies pokok yang hidup dalam pelbagai habitat, boleh dijumpai di sekitar kampung sehinggalah ke dalam pedalaman hutan.
23 Oct 18
247
Empty Image
Kosihat Capai Objektif Tingkat Taraf Sosioekonomi Anggota
Foto - M. ShukriOleh : Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 20 Oktober – Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad (Kosihat) berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi di kalangan anggota menerusi pelbagai aktiviti. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, keanggotaan dalam koperasi itu bukan semata-mata mementingkan soal dividen dan kepentingan lain, tetapi yang lebih utama adalah aktiviti kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli dari semasa ke semasa."Antara aktiviti kebajikan yang dijalankan koperasi ialah memberi menyediakan khidmat khairat kematian, memberi sumbangan kepada ibu bapa sekiranya berlaku kematian anggota koperasi dan juga memberi sumbangan kepada anggota yang ingin mengerjakan ibadah haji."Selain itu, koperasi juga memperuntukkan dana untuk anak-anak kakitangan yang cemerlang bagi menampung mereka melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke -17 Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad di Dewan Teater, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di sini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh; Pengerusi Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad, Dr Mohamad Rifin Awang dan juga mantan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Omar.Dr Alias berkata, Allah SWT akan membantu mereka yang menolong orang lain yang dalam kesusahan melalui aktiviti kebajikan dengan memberi keberkatan dalam hidup kita.Tambahnya, kerajaan sedia membantu usaha usaha ke arah meningkatkan peluang-peluang perniagaan koperasi supaya lebih berdaya saing dan akan memastikan perniagaan yang dijalankan mematuhi syariah selari dengan hasrat kerajaan negeri."Tahniah diucapkan kepada koperasi ini yang selama ini mengambil berat soal halal dan haram dalam urusan perniagaan."Justeru, harapan saya semua pihak perlu berganding bahu untuk meningkatkan keahlian Kosihat, pendapatan dan menambah baik aktiviti-aktiviti kebajikan bagi menjayakan program yang dirancang,"katanya.
21 Oct 18
302
Empty Image
Pasar Pagi Bukit Diman Bakal Dinaik Taraf
Suasana Pasar Pagi Bukit Diman, AjilOleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU- Pasar Pagi Jumaat Kampung Bukit Diman akan dinaiktaraf bagi keselesaan, kemudahan dan keselamatan kepada para peniaga termasuk pembeli.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata penyusunan semula tapak pasar berkenaan merupakan langkah terbaik supaya beberapa masalah berkaitan dengannya dapat diatasi.Katanya, mengikut perancangan apabila tapak baharu disiapkan, para penjual akan masuk ke dalam pasar manakala di tepi jalan ada disediakan parkir yang lebih selamat untuk pengguna."Jadi penjual dapat menjual dengan sempurna dan pembeli dapat membeli dengan selesa sebab itu kita mengharapkan sokongan daripada semua pihak terutama penjual untuk kebaikan bersama atas faktor keselamatan, keselesaan dan kebersihan pasar ini."Alhamdulillah, setakat ini para peniaga pasar pagi yang terlibat memberi maklum balas dan penerimaan yang sangat baik atas usaha yang ingin dilakukan ini,"ujarnya.Yb MaliamanBeliau berkata demikian kepada Wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika menghadiri taklimat cadangan menaiktaraf pasar pagi Jumaat bersama para peniaga  bertempat di Masjid Kampung Bukit Diman, di sini, semalam (19 Oktober).Antara peniaga pasar pagi Bukit Diman yang hadir mendengar cadangan menaiktaraf pasar pagi jumaat Bukit Diman Sementara itu, Penghulu Mukim Tanggol dan Diman, Jefridin Salleh berkata perancangan menaiktaraf pasar dibuat secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan.Jelasnya, perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat di peringkat daerah dan perbincangan telah dibuat bersama Yb ADUN Ajil baru-baru ini."Peringkat awal, kita sediakan tapak  permulaan sebagai kemudahan persiapan kepada peniaga- peniaga yang berniaga di tepi jalan untuk berpindah ke tempat lebih selamat."Ianya sesuai dengan hasrat di peringkat daerah dan DUN yang mahu mewujudkan satu lokasi yang strategik kepada semua peniaga di kawasan ini dan orang luar, walaubagaimanapun merujuk juga kewangan yang ada di peringkat negeri." Alhamdulillah, Yb ADUN Ajil telah bersetuju untuk memberi peruntukan di bawah DUN untuk kita buatkan satu tapak yang sesuai dahulu di peringkat permulaan," ujar Jefridin.JefridinTambahnya lagi, anggaran kos untuk penyediaan tapak dan kerja asas sebanyak RM20 ribu manakala pada tahun hadapan tapak tersebut akan di premit balik untuk menyediakan kiosk - kiosk bagi kemudahan orang ramai.Seorang peniaga yang ditemui, Razeta Mamat berkata kesibukan kenderaan di laluan utama membahayakan keselamatan dan kesihatan peniaga termasuk pembeli."Kenderaan semakin banyak melalui kawasan ini terutama lori dan kereta, kita bimbangkan keselamatan orang yang hendak membeli kerana kesibukan jalan dan debu yang dibawa kenderaan."InsyaAllah, jika pasar berada di tapak yang jauh dari jalan raya maka peniaga dapat berniaga dengan tenang," katanya.
20 Oct 18
963
Empty Image
Amalan Zikir Jadi Pelaris
Zulbaharim Ibrahim di hadapan premis perniagaannya, Ummielieza Enterprise, ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 18 Oktober - Amalan banyak berzikir bukan sahaja menjadikan hati tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT, bahkan boleh menambahkan berkat kepada sesuatu perniagaan.Pengurus Ummielieza Enterprise, Zulbaharim Ibrahim berkata, antara resepi kejayaan perniagaannya adalah dengan banyak mengamalkan berzikir serta memperbanyak ibadah sunat.“Amalan berzikir ini merupakan nilai tambah kepada perniagaan, dan itulah sebaik-baik amalan. Pergantungan kita kena kuat dengan Allah, bukannya dengan mengharapkan tangkal azimat dan tangkal yang jauh bercanggah dengan ajaran Islam, tegasnya ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di premis perniagaannya Kampung Dendang, Dungun (16 Oktober).Menurut beliau, kejayaan yang dikecapinya bukan datang begitu sahaja tetapi melalui pelbagai liku dan adat resam perniagaan.“Kita (orang Islam) diajar dalam agama, sebagai seorang Muslim jangan pernah berputus asa. Saya pernah merasai jatuh dan bangun dalam perniagaan sejak berkecimpung dalam tempoh 5 tahun yang lalu,” jelasnya.Katanya, di antara perkara yang mesti dilakukan oleh seorang peniaga muslim adalah dengan menjaga kualiti produk.“Di samping itu, kita perlu pandai layan pelanggan dan utamakan solat. Maka mudah untuk mendapat rezeki Allah.“Kita perlu mencontohi peniaga-peniaga Muslim sebagaimana Abdul Rahman Auf, dan menjadikan Rasulullah SAW sendiri sebagai idola," ujarnya.Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Baha, mendakwa orang yang kuat mendorongnya menceburi bidang perniagaan ini di kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan.“Perniagaan adalah merupakan (pekerjaan) sunnah dan mendatangkan pahala. Pintu utama rezeki adalah perniagaan, jadi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan, jangan pernah ada perasaan takut dan peniaga yang berjaya mesti ada pegangan akidah yang kuat.“Jangan pernah melakukan perbuatan syirik dan khurafat sebagai pelaris memajukan perniagaan,” tegasnya.Sebaliknya, kata beliau yakinilah bahawa banyak berzikir menjadikan hati tenang dan memudahkan urusan dalam kehidupan seharian insya-Allah.
17 Oct 18
154
Empty Image
T'Mart Tidak Asing Di Ibu Kota Kuala Lumpur
Haji Yahaya Ali (tiga dari kiri) dan Haji Hishamudin Hashim (dua dari kiri) menunjukkan produk tempatan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart DC.KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Premis perniagaan T'Mart DC milik Kerajaan Negeri Terengganu sudah tidak asing di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur sejak beroperasi pada tahun 2016.Pegawai Pemasaran T'Mart DC, Johari berkata, premis tersebut yang bertempat di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur diselia oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri."T'Mart sudah beroperasi bermula 1 Mei 2016 menerusi dua segmen."Segmen pertama adalah pasar mini harga patut dan yang kedua adalah pusat pemasaran produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dari Terengganu."Kami menawarkan barangan harga patut dan rendah setiap masa."Banyak produk asli dari Terengganu yang boleh didapati di sini termasuk Nasi Dagang T-Kitchen, satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor, ketupat palas dan sebagainya."Kebanyakan produk yang dijual merupakan produk sejuk beku untuk mengekalkan kesegaran dan keaslian serta selamat untuk dimakan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu tinjauan ke premis berkenaan di Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (6 Oktober).Dalam pada itu, menurut Johari, sambutan yang diterima oleh orang ramai sangat memberangsangkan."Bukan sahaja orang Terengganu yang merantau datang ke sini, bahkan orang tempatan juga sukakan makanan Terengganu yang boleh didapati di T'Mart ini," katanya.Tambahnya, produk yang diambil kebanyakannya dari usahawan Kemaman dan Dungun dan pihak pengurusan Cakna bertanggungjawab menguruskan penghantaran langsung ke Kampung Baru.Selain itu, pemasaran yang dilakukan adalah menerusi 'online marketing'."Anak Terengganu yang tahu tentang premis ini selalunya akan datang."Kami juga pasarkan produk melalui 'facebook' dan 'instagram' T'Mart DC," jelasnya.Justeru, katanya, beliau sangat berterima kasih dengan kerajaan negeri yang menyokong usahawan Terengganu dalam memasarkan produk-produk ke luar Negeri Terengganu."Saya sangat berterima kasih dan berharap agar kami mampu meningkatkan jualan."Tambahan pula, Lembah Klang ini sangat besar."Biar semua orang dapat rasa makanan Terengganu yang sedap dan unik."Saya juga berharap dapat mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu untuk memperkenalkan negeri kepada pelancong dan orang tempatan di Lembah Klang khususnya," ujarnya. 
17 Oct 18
799
Empty Image
Ambil Peluang Jadi Usahawan
Mohd Norhuzaini ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober..KUALA TERENGGANU - Para peserta Kursus Rancangan Perniagaan Program Usahawan Graduan Terengganu (PGUT) mestilah mengambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi usahawan yang berjaya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, setiap orang perlu ada kesungguhan untuk mencapai cita-cita tersebut.“Untuk menjadi seorang usahawan, ada dua nilai tambah kebanyakan orang terlepas pandang. Yang pertama kena fokus dan yang kedua kena ada minat dan ilmu. “Kita mesti tunjuk proposal yang berpijak di bumi nyata untuk menjadi usahawan yang berjaya serta kena ada niat dan amalkan sedekah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai Inn pada 10 Oktober.Katanya, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan  Majlis Amanah Rakyat (MARA) khususnya berusaha untuk melahirkan usahawan muda selaras dengan hasrat kerajaan negeri.“Usaha yang ditunjukkan oleh MARA ini adalah satu usaha yang sangat murni kerana bukan sekadar untuk menampung kegiatan yang kita rancangkan tetapi menjadi pemangkin utama dalam melahirkan lebih  ramai lagi usahawan muda dalam Negeri Terengganu.“Kita kena rasa bertuah kerana di luar sana ramai lagi orang yang hendakkan ilmu yang dicurahkan. Besar pengharapan saya mewakili pihak kerajaan negeri agar (peserta) tidak mempersiakan usaha ini,” ujarnya.Menurutnya, nilaian wang ringgit memang kecil jika nak dibandingkan dengan pengalaman dan ilmu yang diperoleh daripada kursus tersebut. “Duit kita boleh cari, tetapi ilmu yang dapat bila kita kembangkan boleh menatijahkan nilaian yang sebenarnya," jelasnya.Tambahnya, seorang usahawan mestilah fokus apa yang dimahukan dan ilmu perlulah dicari bukan datang dengan sendiri. Kerjaya sebagai  usahawan bukan semata-mata kerana keuntungan tetapi biarlah dapat membantu orang lain.“Di samping itu, mesti ada restu ibu bapa, yang ini kadang-kadang kita terlepas pandang.“Nanti dah berjaya baru nak cakap dekat mak ayah. Kita tak sedar bahawa doa mereka adalah pembuka jalan kepada kejayaan kita."Justeru, seorang usahawan perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa. Insya-Allah, mudah-mudahan berjaya di dunia di akhirat," ujarnya.
11 Oct 18
53
Empty Image
Pelaksanaan Tabung Usahawan Mampu Tingkat Pinjaman 300 Peratus
Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman yakin kerajaan negeri akan meneruskan usaha melatih para usahawan.KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk menyediakan tabung usahawan sebanyak RM10 juta dijangka mampu meningkatkan jumlah pinjaman usahawan kepada 300 peratus.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihaknya sedang berusaha untuk melaksanakan janji tersebut yang akan memberi manfaat kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi setempat.“Saya mendapat signal yang jelas daripada Menteri  Besar supaya melakukan perancangan ke arah itu,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan penutup Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modal 3 (Rancangan Perniagaan) di Hotel Permai, di sini, 10 Oktober.Sehubungan itu, beliau berkata, inisiatif menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan digerakkan sekiranya kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan baik.“Kita akan masukkan elemen sewajarnya dan di peringkat YPU sendiri pun, kita sudah buat persediaan  untuk menerima dana sejumlah itu.“Sebelum ini, YPU tidak pernah mendapat jumlah yang sebesar itu, mungkin RM2 atau RM3 juta sahaja,” jelasnya.Beliau juga yakin kerajaan akan meneruskan usaha melatih para usahawan berikutan kejayaan sebelum ini.“Insya-Allah dari segi permintaan kita berhasrat untuk teruskan latihan tetapi untuk sekarang ini kita  masih lagi tertakluk kepada keputusan negeri.“Saya rasa harapan cerah untuk kita teruskan dan sekarang ini sudah 'batch' (kumpulan) kelima, mungkin kita akan adakan 'batch' keenam berdasarkan kepada permintaan.“Tengok ‘background’ sejarah kita 87 peratus sudah berjaya. Daripada 135 peserta yang diberi latihan, 117 orang telah berjaya,” kata beliau lagi.
11 Oct 18
26