lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Permint Plywood Terus Melangkah Ke Hadapan
Oleh: Khairuddin YusoffPUTRAJAYA, 19 November- Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) yang merupakan salah sebuah syarikat milik kerajaan negeri akan terus melakukan transformasi termasuk meluaskan pasaran ke luar negara.Pengerusi Lembaga Pengarah PPSB, Ustaz Haji Maliaman Kassim berkata, PPSB kini semakin mengorak langkah ke hadapan dengan pencapaian yang membanggakan menerusi usaha keras yang dilakukan oleh pihak pengurusan kilang papan lapis tersebut.“Saya selaku pengerusi kepada PPSB merakamkan ucapan penghargaan kepada semua kakitangan PPSB dengan anugerah SIRIM 2018 ‘Chain Of Custody Of Forest Based Products’ menerusi persijilan Programme For The Endorsement Of Forest Certification (PEFC) yang berjaya dicapai."Semoga dengan anugerah ini menjadi suntikan semangat kepada semua kakitangan pentadbiran dalam meneruskan usaha untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pencapaian keuntungan kepada PPSB yang boleh membantu kerajaan Negeri dalam sumber kewangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika menghadiri Majlis SIRIM Industri 2018 “Best Partner For Innovation" di Putrajaya Grand Ballroom, Putrajaya Marriot IOI Resort City, baru-baru ini.Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Permint Plywood Sdn. Bhd, Haji Wan Shuhaimi Wan Aziz berkata, beliau berharap produk keluaran PPSB dapat dieksport ke luar negara yang mana dapat menjangkau keuntungan yang tinggi."Saya mewakili pihak pengurusan PPSB sangat berbangga dengan anugerah ini dan berharap dapat menembusi pasaran eksport ke luar negara dan dapat dijual dengan harga yang tinggi."Buat masa sekarang kita menghasilkan venir untuk pembuatan plywood dan juga woodchip dalam pembuatan fiber dan turut mengusahakan produk gaharu secara komersial dimana kita telah membeli sebanyak 1,000 pokok dari Ladang Karas Jabatan Hutan Merchang dengan jangkaan keuntungan mencecah RM500,000," ujarnya.Menurut beliau, PPSB juga telah bekerjasama syarikat dari Melaka iaitu BioBenua Teknoloji Sdn.Bhd bagi menjual minyak gaharu yang yang diproses dari pokok karas.
18 Nov 18
512
Empty Image
Top IT Jalin Kerjasama Dengan Cakna Marketing
Haji Mohd Nurkhuzaini (tiga dari kanan) dan Haji Rozali Salleh (dua dari kiri) menyaksikan MoU antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd.KUALA LUMPUR, 12 November - Top It Industries Sdn Bhd baru-baru ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan industri untuk menjalinkan kerjasama strategik.Bagi tujuan tersebut, Top It Industries Sdn Bhd menandatangani MoU bersama Cakna Marketing Sdn Bhd. Kedua-duanya merupakan syarikat milik Kerajaan Terengganu di mana Top It Industries Sdn Bhd diselia oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) manakala Cakna Marketing Sdn Bhd adalah di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Pada majlis itu, Top It industries Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Ibrahim Ismail manakala pihak Cakna Marketing Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Haji A. Razak Sulaiman.Majlis disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini bin Abdul Rahman. Turut hadir menyaksikan MoU tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YPU, Haji Rozali Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Training Centre (DITC), Suhaimi Embong.Mohd Nurkhuzaini dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama strategik tersebut adalah bagi memenuhi hasrat Cakna Marketing Sdn Bhd untuk memasarkan produk usahawan Terengganu menggunakan Payang.my."Top It Industries Sdn Bhd telah dilantik oleh Cakna Marketing Sdn Bhd untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan bagi memasarkan pelbagai produk menggunakan Payang.my."Dengan Payang.my, pengguna dari seluruh Malaysia boleh membeli produk usahawan Terengganu dengan lebih mudah dan cepat," ujarnya di Majlis Menandatangani MoU di antara Top It Industries Sdn Bhd dan Cakna Marketing Sdn Bhd di Wisma Yayasan Terengganu, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini (4 November).Justeru, jalinan kerjasama ini dilihat sebagai komitmen Cakna Marketing Sdn Bhd dalam usaha memasarkan produk usahawan Terengganu secara efektif dan berkesan.
11 Nov 18
408
Empty Image
Pengusaha PKS Digalak Sertai Kempen Harga Patut
Oleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU, 10 November- Usahawan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalakkan untuk menyertai Kempen Harga Patut anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam usaha meringankan beban kos sara hidup masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penyertaan pengusaha PKS dalam kempen tersebut bukan sahaja membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat malah memberi peluang kepada para peniaga memasarkan produk masing-masing.“Kempen seperti ini perlu diketengahkan kerana bukan setakat membolehkan barangan dijual pada kadar yang lebih rendah dari harga biasa tetapi sebagai platform kepada pengusaha PKS untuk memperkenalkan produk-produk baru mereka.“Disamping membuka ruang kepada para peniaga untuk  mencari 'business mathcing' dengan pasaraya-pasaraya besar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program Kempen Harga Patut anjuran KPDNHEP Negeri Terengganu yang berlangsung di Galeri A, Yayasan Pembangunan Usahawan, Kuala Terengganu.Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Negeri Terengganu, Saharudin Mohd Kia.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, sebanyak tujuh kategori disediakan untuk memudahkan orang ramai membuat pilihan ketika membeli belah sempena kempen tersebut iaitu makan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan tin, minuman, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan bukan makanan."Saya difahamkan potongan harga antara 10% sehingga 50% maknanya siapa (pengusaha) yang nak masuk sini mesti menawarkan  potongan antara 10 - 50%  kepada pembeli,” ujarnya.
11 Nov 18
64
Empty Image
Perkenal Pantai Penarik Di Teksi London
Ariffin (kanan) menunjukkan paparan Pantai Penarik Setiu di Teksi London.UNITED KINGDOM,  7 November - Kerajaan  mempergiatkan promosi negeri Terengganu di luar negara dengan melancarkan teksi London berpaparan pemandangan Pantai Penarik, Setiu.Dengan pelancaran itu, satu lagi usaha bersungguh-sungguh dilakukan kerajaan negeri untuk memperkenalkan Terengganu di mata dunia sekaligus  menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri tersebut.Pelancaran itu dibuat bersama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri , Dato. A Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi negeri, Ariffin Deraman di kota London, semalam.Gambar gimik pelancaran itu dimuat naik di status Facebook Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Dato' A Rahman menunjukkan isyarat 'bagus' ke atas paparan promosi Pantai Penarik di Teksi London.Dr Ahmad Samsuri di statusnya menyebut, acara tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mempromosi produk pelancongan negeri di kota London.Katanya, kerajaan memilih untuk membuat promosi berkenaan kerana teksi itu merupakan satu ikon di kota London dan ia mempunyai keunikan reka bentuk tersendiri yang hanya terdapat di situ.Sementara itu, beberapa orang netizen dalam komentar di Facebook Dr Ahmad Samsuri, kebanyakannya menyambut baik sekaligus mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan tersebut.Mohd Asri Yusof menyifatkan iklan itu sangat sesuai dengan orang London.Manakala, Arbaain Embong pula mengharapkan semoga iklan berkenaan membuahkan hasil.
06 Nov 18
71
Empty Image
Chicken Cottage Terengganu Lebih Sedap
Ariffin Deraman (kiri), Exco Kerajaan Terengganu bersama isteri (kanan) menikmati hidangan Chicken Cottage di UK. "Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" Kata Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan)UNITED KINGDOM, 7 November - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rasa menu hidangan Chicken Cottage di Terengganu lebih sedap berbanding di sini.Bagaimanapun beliau sedang mencari idea untuk menyusun kembali  perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih  berjaya dari United Kingdom."Sambil menikmati kelazatannya dalam cuaca yang sejuk ini, cari juga idea untuk menyusun kembali perniagaan Chicken Cottage di Malaysia supaya lebih berjaya seperti di UK,""Apapun  rasanya Chicken Cottage di Terengganu lagi sedap!" tulis beliau dalam status Facebook 5 November.Menu terbaru Chicken Cottage Kuala Terengganu ialah Ayam 'Sweet & Spicy Grill'.Beliau serta rombongannya mengadakan lawatan sambil kerja di sini termasuk meninjau perkembangan perniagaan Chicken Cottage di sini.Sebelum ini beliau mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah pertama Chicken Cottage di sini 4 November.Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu tersergam indah.Sementara itu tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Restoran Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu baru-baru ini mendapati kurangnya sambutan pelanggan terhadap makanan segera di restoran tersebut.Ia mungkin disebabkan faktor lokasi dan promosi yang tidak meluas sebagaimana perniagaan berteraskan makanan segera lain di daerah berkenaan.
06 Nov 18
635
Empty Image
MB Terengganu Gembira Kejayaan CCL
Dr Ahmad Samsuri (tengah) mempengerusikan mesyuarat kali pertama CCL di UK.UNITED KINGDOM, 5 November - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempengerusikan mesyuarat kali pertama Chicken Cottage Limited (CCL) di sini dan beliau merasa gembira dengan perkembangan positif perniagaan anak syarikat kerajaan negeri itu."Saya mempengerusikan mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Chicken Cottage Limited (CCL) di United Kingdom (UK) semalam dan sangat gembira mendengar perkembangan positif CCL di UK dan penerimaan baik pelanggan di sini," katanya dalam status Facebook beliau.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.), Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, Dato' Raja Haji Idris Raja Kamaruddin.Antara Ahli Lembaga Pengarah CCL bergambar bersama Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) di UK.Difahamkan, Chicken Cottage ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai syarikat perkongsian dan diperbadankan pada Februari tahun 2001.Restoran Chicken Cottage yang pertama dibuka pada tahun 1994 di Wembley, London.Pada Februari 2014, TI Global Food Holdings Bhd, Terengganu Inc, yang merupakan cabang pelaburan utama Negeri Terengganu, memperoleh 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu.Baki 30 peratus pada masa itu dimiliki oleh Ri-Yaz Global Food Brands Inc, anak syarikat Ri-Yaz Holdings, yang fokus utamanya adalah hospitaliti, perniagaan dan pembangunan francais.Antara menu popular Chicken Cottage dijual di UK.Cawangan pertama Malaysia dibuka di Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada Disember 2015 dan terdapat rancangan untuk mempunyai 50 cawangan lagi, termasuk 15 di Terengganu.Restoran lain ditubuhkan di peringkat antarabangsa termasuk di Jerman, Syria, Dubai (UAE), Doha (Qatar), Iraq, Algeria, Pakistan, Perancis, Slovakia, Afrika Selatan, Libya, Sweden dan Itali.
04 Nov 18
223
Empty Image
Berkat Adalah Hasil Sinergi Amalan Pengeluaran ‘Halalan Toyyiban’
Haji Mohd. Nurkhuzaini mendengar taklimat pengeluaran produk kilang Sidratul dari pemiliknya, Ustaz Tajudin (kanan).Oleh: Haji Sazali Mohd NoorKUALA KANGSAR, 31 Oktober - Keberkatan perniagaan adalah hasil sinergi Amalan Pengeluaran Islam (Islamic Manufacturing Practice - IMP) yang mengamalkan konsep ‘Halalan Toyyiban’ di setiap peringkat.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman menyeru para usahawan melaksanakan kombinasi kedua-dua perkara tersebut dalam kehidupan mereka.“Kalau boleh saya masukkan dalam silibus (sukatan) ucapan saya, (kerana perkara) halal itu dia fokus kepada fizikal dan 'toyyiban' itu adalah spiritual kita. Kombinasi antara dua itu barulah lengkap.“Banyak kita lihat orang yang biasa memperjuangkan (pengeluaran) halal ini kadang-kadang dari segi praktisnya tidak ‘toyyiban’.“Bila tidak ada kombinasi, orang boleh sebut 'halalan' semudah tutur kata lidah sahaja tapi bila  'toyyiban' ia melibatkan spiritual kita yang payah kita nak adaptasi dalam diri kita,” tegasnya.Menurutnya, ramai peniaga yang berupaya mengeluar dan menjual barangan serta perkhidmatan yang halal.Namun katanya, ia tidak mendapat keberkatan dari Allah kerana para pengusaha atau peniaga itu tidak tunduk dan patuh kepada Allah semasa proses pengeluaran atau penjualan dijalankan.Oleh itu, Mohd. Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara amalan penting yang mesti dititik beratkan oleh para usahawan ialah sentiasa menjaga kebersihan dengan keadaan berwuduk pada setiap masa.Beliau berkata demikian selepas melawat Kilang Sidratul Enterprise yang mengeluarkan produk kesihatan ‘Halalan Toyyiban’, di sini, semalam.Sehubungan itu, pemilik industri kilang tersebut, Ustaz Tajuddin Arshad berkata, pengeluaran produk yang halal tidak semestinya ‘toyyiban’ atau baik kepada orang ramai.“Produk halal senang atau mudah diperolehi dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama.“Tetapi untuk mendapatkan (status) ‘toyyiban’ itu melibatkan amalan rohani seperti memulakan pengeluaran dengan keadaan sentiasa patuh kepada Allah, berwuduk (bersih) dan melakukan solat serta berdoa kepada Allah,” jelasnya.Menurut beliau, para pekerja Kilang Sidratul Enterprise mengamalkan Amalan Pengeluaran Islam dan memulakan tugas pada setiap pagi dengan bacaan Asma Al-Husna dan solat sunat Dhuha.“Dengan itu, produk yang dihasikan bukan sahaja halal tetapi toyyiban yang bukan sahaja halal dan bersih, malah membawa keberkatan kepada para pembeli dan penggunanya insya-Allah,” tambah beliau.Katanya, selain mengeluarkan produk kesihatan, kosmetik dan makanan tambahan, kilang beliau turut menerima tempahan untuk pengeluaran pelbagai produk pengguna yang lain.
30 Oct 18
726
Empty Image
3,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat
Hanafiah Mat.KEMAMAN, 30 Oktober - Lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada rakyat apabila  sebuah kilang plastik di tapak kilang besi Perwaja Steel Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, yang ditutup empat tahun lalu akan beroperasi semula tidak lama lagi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, kilang plastik itu yang dimiliki sebuah syarikat dari China dijangka beroperasi awal Januari depan.Menurutnya, ketika ini kerja-kerja pembinaan pemasangan di kilang tersebut sedang rancak dilaksanakan."Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada kilang ini untuk beroperasi."Saya juga telah arahkan jabatan-jabatan kerajaan supaya mempercepatkan proses agar kilang ini dapat beroperasi seperti yang disasarkan supaya rakyat terutama yang kehilangan kerja akibat kelembapan ekonomi dapat bekerja semula," katanya ketika ditemui pada program di Chukai, baru-baru ini.Perwaja Steel menutup operasinya pada November 2014 menyebabkan 1,500 pekerjanya terpaksa diberhentikan.Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata, pembukaan kilang baharu di tapak kilang besi itu bakal merancakkan lagi kawasan perindustrian berkenaan yang sebelum ini kian malap.Malah menurutnya, Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) yang terletak berdekatan tapak Perwaja Steel juga baru mengadakan temuduga terbuka untuk pengambilan 200 pekerja."KSB adakan pengambilan pekerja ini ekoran harga pasaran minyak dunia yang kembali meningkat sekali gus menghidupkan semula peluang pekerjaan dalam industri minyak dan gas ini."Saya harap dalam tempoh lima tahun lagi Kemaman akan kembali bersinar sebagai kawasan industri minyak dan gas seperimana 15 tahun lalu," katanya.Kredit: Sinar Harian
29 Oct 18
244
Empty Image
YPU Timbang Kerjasama Perniagaan Dengan Pengeluar Susu Soya
Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman (kiri) berbincang dengan Dawood Somchai Kulkirirattana di dalam kilang Labansoy.YALA, 30 Oktober - Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempertimbangkan cadangan untuk menjalinkan kerjasama perniagaan dengan pengeluar susu soya Labansoy, Toiyibun Co. Ltd.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, beliau kagum dengan usaha yang dimajukan oleh syarikat tersebut iaitu sebuah perniagaan milik umat Islam di Selatan Thai.“Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak Labansoy yang menerima baik kunjungan kami dan saya sangat bersyukur kerana ia adalah sebuah syarikat milik orang Islam yang berjaya.“Mungkin kita akan melaksanakan kolaborasi perniagaan dalam masa terdekat dengan Labansoy,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika menyampaikan ucapan balas, semasa melawat kilang tersebut, semalam.Menurutnya, YPU bersama 20 orang delegasi daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan negeri dalam rangka lawatan meninjau peluang kerjasama perdagangan di beberapa buah tempat di wilayah Selatan Thai.Sebelum itu, Pengarah Urusan Toiyibun Co. Ltd., Dawood Somchai Kulkirirattana mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Negeri Terengganu.Katanya, beliau mengucapkan terima kasih di atas kedatangan rombongan yang dianjurkan YPU ke kilangnya  di Petkasem Rd. Thasap, Muangyala, Yala.“Ia adalah langkah yang tepat kerana sebelum ini para pelabur termasuk dari negara China tidak berani datang ke sini.“Mereka takut dan bimbang kerana wilayah Selatan Thai, khususnya Yala merupakan kawasan yang disifatkan sebagai bergolak berikutan beberapa siri serangan bom dan keganasan yang berlaku,” ujar beliau.Dalam perkembangan yang sama, Haji Mohd. Nurkhuzaini berkata, permintaan terhadap minuman soya adalah sangat tinggi.Katanya, ia terbukti dengan fakta yang disampaikan dalam taklimat oleh Dawood iaitu Labansoy telah dieksport ke luar negara, termasuk di Timur Tengah dan Afrika.“Cuma masalahnya ialah rangkaian penawaran bahan asas iaitu kacang soya adalah terhad dan terpaksa dibawa masuk dari negara luar.“Ia melibatkan kos yang amat tinggi, buruh dan pengeluaran dari ladang. Oleh itu, YPU dan usahawan yang ada (di bawah seliaannya) dapat memanfatkan ruang dan peluang yang ada (dari pengeluaran) susu soya ini,” tambah beliau.Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Rozali Salleh, Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan YPU, Haji Zulkifli Yunus dan  Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Ahmad Shabirin Awalludin.
29 Oct 18
241
Empty Image
Pengeluaran Silika Di Terengganu Cecah 500,000 Tan Metrik Sejak 2017
Datuk Tengku Hassan (tengah) ketika melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.SETIU, 29 Oktober - Sejak pembukaan kilang pemprosesan pasir silika di Bari pada 2017, industri pengeluaran bahan galian itu di Terengganu sehingga kini telah mencecah 500,000 tan metrik.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, lebih RM275 juta juga telah dilaburkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) bagi pembangunan projek berkenaan sepanjang tempoh tersebut.“Silika di sini diproses kepada beberapa gred yang diperlukan oleh industri untuk eksport luar negara, antaranya ke Jepun, Korea dan Taiwan. Ianya memerlukan pelaburan yang tinggi dan saya difahamkan TSC telah melabur lebih kurang RM275 juta."Selain itu, bermula tahun depan kita juga berhasrat memperluaskan lagi industri ini dengan penglibatan masyarakat kampung menerusi penghasilan produk cenderamata berasaskan silika," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) di Bari, Setiu hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd., N.Surendran.Katanya, produk cenderamata berkenaan akan dipamerkan dan dijual di Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu. Sementara itu, katanya, kerajaan negeri juga akan meminta pihak syarikat supaya menimbus balik 40 peratus daripada lombong dengan sisa silika di samping sebahagiannya akan dijadikan kolam ikan dalam usaha mengelakkan berlakunya pembaziran. Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk membangunkan satu kawasan seluas 4,000 hektar di Jambu Bongkok, Marang yang dikenali dengan Lembah Silika Terengganu iaitu kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada anak Terengganu dan sekali gus dapat merealisasikan usaha kerajaan menunaikan manifesto iaitu menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun,” ujarnya.
29 Oct 18
1247