Artikel "Ekonomi" Terkini
Pusat Khidmat DUN Jadi Pemudah Cara Pohon Pinjaman Niaga
KUALA TERENGGANU, 3 Disember – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) membuka permohonan pinjaman usahawan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peniaga bolehlah mengunjungi petugas dan mengisi borang bagi memohon pinjaman yang disediakan di pusat Khidmat DUN berdekatan.“Pelbagai bentuk dan kategori pinjaman yang kita tawarkan. Kalau boleh semua sektor kita mahu bantu. Antaranya sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang sedia ada seperti usahawan pelancongan, usahawan pertanian dan penternakan juga kita akan bantu.“Jadi permohonan itu bergantung kepada kategori perniagaan seperti kalau mahu menjalankan perniagaan 'foodtruck', YPU boleh menyediakan pinjaman sehingga RM75,000, MARA pula memberi pinjaman sampai RM200,000, ” katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Kemudahan dan Bantuan Keusahawanan, di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Padang Hiliran, di sini, hari ini.Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan. Beliau berkata, tiga jenis kategori pinjaman yang disediakan YPU iaitu pinjaman gerai, perniagaan dan gabungan antara keduanya.“Sepertimana rekod IKS sebelum ini ada (pinjaman) 50 peratus untuk gerai, 50 peratus pinjaman (perniagaan). Kemudian YPU menyediakan 80 peratus kepada usahawan dan 20 peratus usahawan kena cari sendiri,"katanya.
02 Dec 18
33
Projek Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Di Terengganu RM270 Juta
Oleh : Saifullah JusohKUALA NERUS, 3 Disember - Projek `Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Diperingkat' (EM-IIG) yang melibatkan pemasangan kabel gentian optik dasar laut dari hab internet antarabangsa Hong Kong bernilai RM25 bilion bakal menjadi pelengkap kepada prasarana di Terengganu.Pemasangan kabel gentian fiber optik di Terengganu sepanjang 350 kilometer bernilai RM270 juta untuk fasa pertama dijangka siap sepenuhnya pada November 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dengan kesediaan pelabur, Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd untuk membangunkan projek pemasangan kabel gentian optik dasar laut berkelajuan 150 Terabait di Terengganu, yang pastinya di luar kemampuan kerajaan negeri."Saya sebagai Exco Keusahawanan melihat perkara ini sangat baik dan akan memberi kerjasama sebaik mungkin untuk memastikan pojek dapat berjalan dengan lancar."Dengan adanya projek seperti ini, sudah pastinya akan membuka peluang-peluang kepada kontraktor Bumiputera. Malahan ia akan menambahkan lagi peluang pekerjaan ataupun perniagaan kepada rakyat di negeri ini dan secara tidak langung akan meningkatkan hasil negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan sesi Taklimat dan Pendaftaran Kontraktor untuk Projek EM-IIG- Terengganu Fibre Optic Network Deployment untuk Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd di Hotel Tabung Haji, di sini, semalam.Seramai 102 kontraktor seluruh Terengganu menghadiri sesi taklimat yang diadakan selama dua jam itu.Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd, Dato' Seri Abdul Rashid Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawanan Terengganu, Rozali Salleh dan Pengarah Eksekutif Seraya Teknologi Sdn Bhd, Shahzalan Adam.Projek yang menawarkan internet jalur lebar berkelajuan tertinggi di dunia dengan kadar harga terendah, bakal memberi manfaat sekurang-kurangnya 2,000 kontraktor Bumiputera termasuk di Terengganu.Projek dibangunkan oleh Xiddiq Cellular Communications Sdn Bhd melibatkan jarak 110,000 km itu dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa pertama meliputi kawasan dengan jarak 33,000 km di bandar utama negara ini sebelum diperluaskan di kawasan luar bandar dan pedalaman, turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.Pemasangan kabel gentian turut menghubungkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah turut memasuki perairan Malaysia akan melibatkan enam stesen pendaratan kabel (Cable Landing Station) di Bintulu, Sarawak; Papar, Sabah; Pengerang, Johor; Batu Kawan dan Batu Maung, Pulau Pinang dan Tok Bali, Kelantan.
02 Dec 18
864
Kuah Laksa Terengganu Terhangat MAHA 2018
Bahaizul menunjukkan produk baharu PERTIMA.SERDANG, 1 Disember - Kuah Laksa Terengganu dalam tin yang dipasarkan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 mendapat sambutan hangat pengunjung yang hadir.Pengurus Pemasaran PERTIMA, Bahaizul Nizam berkata, Kuah Laksa Terengganu merupakan inovasi baharu syarikat tersebut yang dipasarkan bermula tahun ini."Di samping kuah laksa, PERTIMA juga mengeluarkan Kuah Satay Terengganu yang juga dalam tin."Ini merupakan produk kuah laksa dalam tin yang pertama di Malaysia dan hanya ada di PERTIMA," katanya ketika ditemui pemberita di Pavilion Terengganu, hari ini.Bahaizul menjelaskan, produk itu mendapat sambutan hangat kerana mudah disajikan."Hanya dengan memanaskannya beberapa minit dan sesuai untuk sajian tiga orang."Ia memudahkan dan membantu pengguna membuat persediaan hidangan."Paling penting, rasanya tidak berubah seperti resepi tradisional," katanya.
30 Nov 18
298
YPUT Sedia RM2 juta Untuk Tabung Siti Khadijah
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan negeri memperuntukan RM2 juta bagi Tabung Siti Khadijah khasnya untuk golongan ibu tunggal dan wanita menjalankan perniagaan pada tahun depan.Peruntukan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu ( YPUT) itu antara sebahagian daripada jumlah RM15 juta yang diperuntukan dalam Bajet 2019.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, YB Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata sebanyak RM2 juta turut disediakan untuk dana Usahawan Belia Sejahtera .Katanya, manakala masing-masing RM1 juta untuk usahawan Orang Kurang Upaya dan graduan universiti menerusi Program Usahawan Graduan Sejahtera."Menerusi Bajet 2019 itu, satu pelan kerangka strategik jangka panjang akan ditubuhkan bagi memantau dan memperkasakan usahawan."Langkah itu bagi memastikan usahawan komited dan berdisplin menjalankan perniagaan masing- masing, selain mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival i- Spa & Wellness 2018, di Pusat Dagangan Terengganu, di sini, hari ini.Karnival selama tiga hari, berakhir 2 Disember ini menekankan amalan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
29 Nov 18
50
Bajet 2019 : Projek Jelapang Fasa Dua Tingkat Pengeluaran Padi
KUALA TERENGGANU, 28 November- Kerajaan negeri akan menjalankan projek jelapang padi fasa dua dengan menambah 5,046 hektar kawasan luar jelapang ke kawasan jelapang sebagai usaha untuk meningkatkan keluasan sawah padi di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penambahan projek jelapang yang baharu akan meningkatkan jumlah keluasan kawasan dalam jelapang negeri ini kepada 10,369 hektar.Menurut Dr Azman, permohonan penambahan kawasan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Jabatan Pertanian negeri pada April lalu dan kini berada pada peringkat pelaksanaan dasar oleh Kerajaan Pusat.“Setakat ini, jumlah keluasan kawasan penanaman padi di Negeri Terengganu ialah 12,542 hektar dimana 5,323 hektar adalah kawasan dalam jelapang, sementara 7,221 hektar lagi kawasan luar jelapang,” ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Sulaiman Sulong (PAS -Pengkalan Berangan) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menampung pengeluaran padi di negeri ini dalam sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.Dr Azman berkata, kawasan dalam jelapang merupakan kawasan yang diberikan fokus oleh negara sebagai kawasan pengeluaran padi beras negara dengan dilengkapkan segala keperluan dan infrastruktur untuk penanaman padi dua kali setahun. “Ianya mempunyai bekalan air yang dan pengairan yang mencukupi dimana terdapat 12 jelapang padi seluruh negara.“Manakala kawasan luar jelapang kurang diberikan tumpuan, bekalan air kebiasaannya bergantung kepada air hujan dengan tali air sokongan dari JPS dan penanaman padinya kebiasaan sekali setahun,” ujarnya.Menurut beliau lagi, pengeluaran padi beras oleh kawasan jelapang padi di Terengganu berjumlah 52,000 matrik tan setahun hanya mampu memenuhi sekitar 53 peratus kadar kecukupan sara diri (SSL) rakyat negeri ini.“Maknanya kita memerlukan sekitar 47 peratus lagi untuk cukupkan keperluan rakyat Terengganu dan Projek Jelapang Padi Fasa Dua merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi negeri ini,” ujarnya.
27 Nov 18
69
Bajet 2019 : Suntikan RM15 Juta Untuk Usahawan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 November - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) memperuntukkan kira-kira RM15 juta tahun depan untuk disalurkan kepada usahawan khususnya Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Terengganu bagi melaksanakan pelbagai perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada individu yang benar-benar layak dan berpotensi tanpa mengira fahaman politik.Katanya, berdasarkan perkembangan itu, golongan yang mahu menjana pendapatan dan ekonomi keluarga sewajarnya mengambil peluang untuk memajukan perniagaan masing-masing sehingga mampu memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.“Kerajaan bersedia membantu golongan IKS dengan mencari pembekal, pemborong dan pengimport untuk memperluaskan pasaran produk sehingga ke pelbagai negara.“Terbaru, ada dua pengimport yang tinggal di Australia dan Arab Saudi bersetuju membeli pelbagai produk rempah Terengganu dalam jumlah yang agar besar untuk pasaran dan dibekalkan kepada peniaga restoran di negara itu.“YPUT akan memainkan peranan berkaitan itu untuk mendapatkan rempah-rempah berkualiti daripada usahawan terpilih, termasuk produk rempah keluaran Adeq Sue Resources Sdn. Bhd,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini mengingatkan golongan belia terutama lepasan universiti di negeri ini agar tidak memilih negeri untuk bekerja.Beliau berkata, terdapat rungutan daripada wakil syarikat terkemuka dari Selangor, Kedah, Johor dan Pulau Pinang mengenai sikap penduduk Terengganu yang enggan bekerja di luar Terengganu.“Ramai anak muda datang dalam sesi temuduga, tetapi apabila ditawarkan untuk bekerja dalam sektor tertentu di luar Terengganu, ramai yang menolak tawaran berkenaan.“Sikap seumpama ini perlu dibuang sekiranya mahu memajukan diri dalam pelbagai bidang,”katanya..
27 Nov 18
46
Bajet 2019 : Chicken Cottage Rugi RM2.5 Juta Sepanjang 2018
KUALA TERENGGANU, 27 November - Restoran makanan segera milik kerajaan negeri, Chicken Cottage dianggarkan mengalami kerugian berjumlah RM2.5 juta sehingga Disember 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, cawangan Chicken Cottage di Terengganu mengalami kerugian sejak syarikat makanan itu mula beroperasi pada 2015.
Katanya, sejak mula beroperasi sehingga Disember 2017 kerugian adalah sebanyak RM2.6 juta. Manakala, pada 2017 pula merekodkan kerugian RM1.2 juta.
"Begitu juga dengan cawangan di Taman Tun Doktor Ismail, Kuala Lumpur (turut kerugian).
"Bagaimanapun, kita buat keuntungan besar di United Kingdom (UK)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Tengku Hassan berkata, sehingga kini, terdapat 70 outlet Chicken Cottage di UK dan restoran makanan itu akan melebarkan sayapnya di Dubai serta berkembang di negara-negara Arab.
"Cawangan luar negara untung mungkin kerana jenama ini telah lama di sana dan sesuai dengan suasana masyarakatnya. Kita merancang melantik seorang 'master franchise' bagi setiap negara.
"Akan ada beberapa cawangan yang bakal dibuka di Jeddah, Riyadh dan India," katanya.
Menurut Tengku Hassan lagi, sebarang keputusan terhadap syarikat perniagaan makanan itu bagi cawangan dalam negara akan ditentukan oleh ahli lembaga pengarahnya tanpa campur tangan pihak lain.
27 Nov 18
156
Street Art, Mural Grafik Eksklusif Jadi Tarikan
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 26 November – Karya seni `street art' yang menarik dikenali sebagai Mural Grafik Ekslusif dihasilkan di premis kedai, Rimba Square Kuala Nerus, di sini, bukan sahaja sebagai promosi perniagaan, malah membantu industri pelancongan negeri.Pelancaran Mural Grafik Ekslusif berkenaan disempurnakan isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Ab. Rahman, kelmarin.Pengarah Urusan Inspirasi Jamha (IJ), Datin Siti Maszuriyati Aziz berkata, objektif utama mural itu sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) kepada masyarakat setempat selain dapat membantu mempromosikan industri pelancongan negeri.“Kami menyediakan ruang dan peluang secara percuma sepanjang masa kepada penggemar `street art” dan juga kepada pelancong untuk bergambar dengan setiap lukisan yang kami sediakan hasil karya anak Terengganu iaitu daripada saudara Muhammad Farhan Mohad dan Saudara Muhammad Suhaimi Ali,” katanya ketika sesi sidang media.Siti Maszuriyati berkata, keistimewaan tudung Bawal Ekslusif itu adalah dihasilkan daripada kain yang diimport daripada Jepun, diperincikan dengan tampalan Kristal Swarovski daripada Australia dan dikeluarkan daripada kilang Puchong, Selangor yang diuruskan oleh anak tempatan sebelum ia dipasarkan.Tambah beliau lagi, tudung Bawal Ekslusif ini bukan sahaja sesuai dipakai untuk orang dewasa malah ia juga sesuai dengan semua lapisan termasuk kanak-kanak dengan 197 jenis rekabentuk bermula RM56.60 sehingga RM5,000.Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan khas kepada pelanggan yang berminat untuk mencorak citarasa mereka sendiri serta membuka perkhidmatan secara atas talian iaitu di facebook page : Inspirasi Jamha dan di Instagram : Inspirasijamha_bawalexclusive.Mengulas lanjut konsep dan mesej mural, katanya pada ukiran kayu kepala perahu pada bingkai dan bendera Terengganu yang dilukis pada buai itu merujuk kepada lokasi Butik (IJ) yang terletak di Terengganu."Manakala wanita menghulurkan beg kertas membawa maksud kepada layanan dan perhatian yang akan diberikan kepada pelanggan IJ dengan layanan mesra pelanggan."Turut menghiasi dinding mural tersebut ialah rama-rama yang mempunyai sayap bewarna-warni yang bermotifkan identiti kepelbagaian warna tudung yang memikat hati wanita. Sementara basikal yang menuju ke arah butik IJ memberi maksud kepada kesesuaian sepanjang zaman pilihan butik IJ di kalangan para wanita. Seterusnya, kerusi, meja dan belon I LOVE IJ membawa maksud keselesaan yang disediakan oleh butik IJ kepada pelanggan untuk memilih tudung-tudung yang berkenan di hati,"katanya.
26 Nov 18
1386
Bajet 2019 : Industri Silika Terengganu Sedia Lebih 7,000 Peluang Kerja
Datuk Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 26 November - Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kawasan seluas 4,000 hektar di Kampung Jambu Bongkok, Marang sebagai Lembah Silika Terengganu yang bakal menyediakan lebih 7,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dengan nilai pelaburan berjumlah RM13 billion. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, industri silika berpotensi besar menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara sekali gus bertindak sebagai penggerak ekonomi Negeri Terengganu dan penjanaan pendapatan kerajaan negeri.Katanya, sehingga kini lebih 50 pelabur termasuk dari China, Taiwan, Korea dan tempatan menunjukkan minat kepada industri silika.“Rata-rata pelabur yang mencari peluang pelaburan di negeri ini lebih berminat kepada industri silika yang mana taburan deposit silika di negeri ini terdapat di seluruh daerah kecuali Hulu Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) berkaitan status terkini projek industri silika di Lembah Silika, Kampung Jambu Bongkok dalam sesi soal jawab lisan sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut beliau, kerajaan negeri juga akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas pada 6 Disember ini bagi penyaluran dan pembekalan gas dari Santong, Paka ke tapak Lembah Silika Terengganu yang akan menjadi kawasan perindustrian bersepadu dan tempat pemprosesan produk-produk akhir yang berasaskan silika.“Ini perlukan masa kerana melibatkan pengambilalihan tanah penduduk dan sebagainya. InsyaAllah, kilang pertama akan dibina di tapak ini pada 2020,” ujarnya.Tengku Hassan berkata, di bawah portfolionya juga satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menarik minat syarikat dari dalam dan luar negara melabur di negeri ini khususnya di Lembah Silika Terengganu.Katanya, kajian juga akan dilakukan untuk mengenalpasti dan menentukan lokasi mana yang mempunyai taburan deposit silika yang paling banyak di negeri ini.
25 Nov 18
111
KOSPA Sasar Jualan RM300 Ribu Sempena Karnival i-Spa
KUALA TERENGGANU, 22 November - Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad (KOSPA) mensasarkan jualan sebanyak RM300 ribu sepanjang empat hari berlangsungnya Karnival i-Spa & Wellness 2018 pada 29 November hingga 2 Disember ini.Pengerusi KOSPA negeri, Zaliha Abu Bakar berkata, jumlah sasaran tersebut termasuk jualan secara langsung kepada pengunjung dan padanan perniagaan antara pihak industri sama ada dalam serta luar negeri.Katanya, setakat ini 69 pengusaha Spa mengesahkan penyertaan dalam karnival yang akan berlangsung di Terengganu Trade Centre (TTC) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)."Melalui pameran dan jualan yang diadakan, orang ramai juga dapat mengetahui mengenai produk, perkhidmatan dan kaedah promosi berkesan dalam bidang kecantikan."Selain itu, karnival ini juga menjadi platform untuk menyampaikan maklumat mengenai kosmetik buatan tempatan dan rawatan kecantikan termasuk ceramah keagamaan," ujarnya kepada pemberita di sidang media Pra Pelancaran dan Mini Hi-Tea Karnival I-Spa & Wellness di Sumai Hotel, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Zaliha Abu Bakar.Menurut Zaliha, karnival ini sebagai salah satu usaha memberi pendedahan kepada orang ramai tentang industri Spa dan produk kecantikan serta selok-belok dunia perniagaan dalam bidang kecantikan."Ia dirancang dan dilaksanakan bagi memperkenalkan, mempromosi dan memperluaskan akses pasaran, memartabatkan produk serta perkhidmatan luar bandar,"katanya lagi.Karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman pada 29 November ini.Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang karnival berlangsung antaranya pertandingan mewarna, forum bisnes bersama PU Azman dan Lidyawati, bengkel kecantikan dan persembahan artis terkenal Dato' Nassier Wahab serta ceramah keagaman oleh PU Amin.Selain itu, karnival tersebut turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah sepanjang empat hari dengan cabutan utama lima keping jongkong emas yang keseluruhannya bernilai RM3,000.
22 Nov 18
98