lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Rumput Napier Kukuh Industri Ternakan Terengganu
Dr. Azman melakukan lawatan kerja ke ladang rumput napier yang terletak di Kampung Kuala Ping, hari ini.HULU TERENGGANU, 2 Januari - Kerajaan negeri melalui Terengganu Agrotech Development Corp Sdn.Bhd (TADC) kini dalam perangkaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran rumput napier bagi memenuhi permintaan industri makanan ternakan yang semakin berkembang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang merangka bagaimana untuk memanfaatkan secara optimum sumber yang ada berdasarkan keluasan dengan permintaan daripada pelanggan."Kita dapat lihat bagaimana industri bekalan makanan ternakan berasaskan napier boleh pergi jauh cuma memerlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya mampu berkembang."Kalau tengok apa yang berlaku sekarang, penggunaan manual untuk memotong rumput dan meracik menyebabkan pengeluaran terhad sehinggakan ada kawasan ladang terbiar sehingga rumput menjadi tua dan tidak bermanfaat," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau yang juga  Pengerusi Lembaga Pengarah TADC berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Rumput Napier di Kampung Kuala Ping, di sini hari ini.Dr. Azman mendengar taklimat daripada Penyelia Ladang, Ab Rahman Munap tentang pemprosesan secara manual yang mereka lakukan untuk menghasilkan silaj.Turut hadir, ahli-ahli lembaga pengarah TADC dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.Menurutnya lagi, TADC kini dalam perancangan menggunakan teknologi yang lebih moden iaitu menggunakan mesin menuai (harvester) yang mampu memotong rumput di kawasan yang lebih luas dalam satu hari termasuk meracik."Permint sebagai syarikat induk kepada TADC  akan menyediakan peruntukan dalam masa terdekat untuk membeli mesin ini supaya kita dapat hasil yang lebih banyak."Jika kita lihat pengeluaran sekarang mampu menghasilkan 30 tan rumput napier dalam sebulan dengan tenaga manual tetapi dengan adanya mesin ini, ia akan meningkat kepada 80 tan sebulan," ujarnya.Projek di Kuala Ping ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memfokuskan pembangunan ladang napier seluas 22 hektar bagi menampung keperluan makanan ternakan di dalam negeri.Secara keseluruhannya, projek ini akan mengukuhkan sumber kewangan  anak syarikat kerajaan negeri (GLC) melalui pembangunan bekalan tanaman ternakan dan dalam masa yang sama menjadi pemain dalam industri ini.
02 Jan 19
1432
Empty Image
Makanan Percuma 'Food Truck' Curi Tumpuan Pengunjung
Antara pengusaha 'food truck' siap sedia menyiapkan makanan percuma kepada pengunjung. Oleh : Adli MohamadKUALA NERUS, 1 Januari- Di antara perkara yang mencuri tumpuan pada Majlis Ambang Sambutan Tahun Baru 2019 di sini ialah makanan percuma dari 'Food Truck'.  Pelbagai jenis kuih termasuk Rojak Tonggek Penang, Peeza, Mc Nor Apam Balik, Burger, Keropok, Ais Krim Durian D-24, Kambing Sandwich, kambing golek  dan sebagainya diberi percuma melalui 20 buah 'food truck' di perkarangan Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam. Nor Shamsinar, Pengusaha roti hamlek 'Food Truck', memaklumkan semua makanan yang diberi percuma itu adalah dibayar oleh kerajaan negeri.  "Makanan ringan dan air dibayar RM1,000 dengan dimasukkan ke akaun masing-masing selepas dua bulan.  Antara pengunjung yang mendapatkan ais krim percuma dari 'food truck'."Sempena program ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu kerana cara sebegini dapat memperkenalkan perniagaan 'food truck' kepada khalayak umum," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Perkarangan Stadium Gong Badak, Pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2019, di sini semalam.   Menurutnya perniagaan 'Food Truck' kerana mudah dan senang.  "Dengan adanya 'food truck' ini,  saya tidak perlu lagi mengangkat barang-barang perniagaan kerana perniagaan boleh dilaksana di atas 'food truck' sendiri.  "Saya biasa berniaga di 'event-event' yang dimaklumkan bergerak melalui kumpulan termasuk ' Peroda' dan ' T-Truck' yang bergerak secara aktif di Terengganu," ujarnya. Sehubungan itu, Pengusaha keropok lekor 'Food Truck', Nur Fidayu Nafisha, berkata idea beliau menjual secara 'food truck' datnf ketika berkunjung ke Kuala Lumpur.  "Sebelum ini saya berniaga melalui cara membuka kanopi. Setelah berkunjung ke sana, saya memcuba berniaga secara begini (Food Truck)," ujarnya yang berasal dari Kuala Telemong.  Ditanya kenapa memilih meniaga keropok beliau berkata,  makanan itu sudah popular dan begitu digemari ramai.  "Saya turut berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, secara tidak langsung dapat membantu peniaga seperti saya dalam memperkenalkan perniagaan melalui 'food truck' ini kepada orang ramai," jelasnya.
01 Jan 19
325
Empty Image
Pusat Proses Susu Teknologi Moden Akan Beroperasi
Oleh : Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 1 Januari - Sektor industri asas tani negeri melangkah setapak lagi bagi bergerak selari arus kemodenan masa kini apabila membangunkan pusat pemprosesan susu berteknologi moden di Jenang, Marang yang bakal beroperasi, tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan pusat pemprosesan yang pertama di Terengganu itu kini dalam proses terakhir untuk disiapkan."Pusat pemprosesan ini dijangka akan mula beroperasi pada awal 2019 yang akan berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar di Jenang,Marang." Teknologi ini mampu dimanfaatkan lebih 30 orang penternak kambing tenusu di Terengganu", katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam facebook beliau, semalam.Dr Azman berkata, itu menunjukkan usaha bai kkerajaan negeri untuk membantu pengusaha  dan mengubah persepsi rakyat terhadap bidang itu bukan untuk golongan yang gagal.Tambah beliau, pusat itu menggunakan teknologi yang diimport dari China dengan kapasiti pemprosesan sekitar 1,000 liter susu sehari.Malah, katanya, ia juga akan mampu membantu lebih 30 orang penternak kambing tenusu di seluruh  Terengganu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan dapat memenuhi pasaran.
01 Jan 19
552
Empty Image
Hab Digital Terengganu Beroperasi Selepas Siap Ubah Suai
KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Hab Digital Terengganu, TD1303 akan beroperasi sepenuhnya apabila proses mengubah suai tingkat tiga dan empat premis itu siap tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata, ruang yang beroperasi dan disediakan  kepada orang ramai di tingkat satu  bangunan itu sudah penuh.Katanya, ruang untuk seminar di tingkat bawah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai."Hab Digital TD1303 Ahamdulillah sekarang ini dari segi operasi 70 peratus.Contohnya kita ada empat bilik (pejabat), bilik yang disewa penuh. Permintaan sangat tinggi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ringkas Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis di Telaga Mengkudu, Marang, di sini, semalam.Menurut beliau, ruang di tingkat bawah yang dikhususkan untuk penganjuran acara menjadi tumpuan pemain teknologi maklumat (IT) terutamanya pada hujung minggu."Kemudian kita ada empat bilik seminar pun permintaan sangat tinggi terutama hujung minggu. Kita ada tempat pejabat yang personal, satu-satu (ruang) pun mendapat sambutan yang sangat baik."Ribuanlah yang telah melanggan (ruang premis ) jadi itu perkembangan terbaru TD1303," jelasnya.Menurutnya, TD1303 ialah satu projek usahasama kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan dengan kos sebanyak RM12 jutaKewujudan  hab digital itu bakal membawa trend kerja terbaru bagi golongan usahawan muda negeri ini untuk menjalankan perniagaan secara digital dan atas talian (online).Pusat IT tersebut dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah pada Mei lalu..
31 Dec 18
486
Empty Image
Terengganu Beri Keutamaan Kepada OKU
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Oleh: Afiq M. ZaidKUALA TERENGGANU, 26 Disember - Golongan orang kelainan upaya (OKU) akan diberi perhatian untuk menceburi bidang keusahawanan bagi membantu keluarga di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri memperuntukkan dana khas untuk menggalakkan golongan OKU terlibat dalam keusahawanan."Berkenaan dengan OKU, kerajaan negeri galakkan OKU untuk terlibat dengan keusahawanan ini. Mereka perlu diberi keutamaan lebih kerana berpotensi,  kadang-kadang lebih berbakat daripada orang biasa."Kalau kita tak fokus kepada mereka, mereka mungkin akan keciciran," ujarnya.Katanya, kerajaan negeri mewujudkan dana khas OKU di dalam Bajet Terengganu 2019."Jadi dalam bajet ini, kita khususkan ada satu tabung yang bakal diwujudkan. Satu dana yang kita namakan Dana Prihatin Terengganu atau singkatannya Dihati khusus untuk golongan ini," tambahnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Manis.FM baru-baru ini (23 Disember).Menurut Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, tidak timbul isu bahawa golongan OKU tidak diberi keutamaan dan peluang."Kita mencari lebih ramai lagi usahawan dalam golongan OKU ini. Banyak kelebihan yang Allah beri pada mereka."Sebagai contoh, jika dia kurang upaya dari segi anggota tapi dia cekal dari segi hati dan ada daya saing, itu pun boleh menyebabkan dia boleh berjaya."Jadi benda-benda ini kita nak cungkilkan dan kita nak lahirkan usahawan OKU yang berjaya," jelasnya.
25 Dec 18
62
Empty Image
Petani Dan Peniaga Perlu Celik Revolusi Industri 4.0
Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 17 Disember - Revolusi Industri (RI) 4.0 perlu dimanfaatkan oleh setiap individu khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian bagi mengurangkan penggangguran.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, RI 4.0 yang telah diadaptasikan di negara-negara maju seperti Jepun mampu memberi peluang kepada petani dan usahawan baru."RI ini telah diamalkan di Jepun tapi tidaklah mengurangkan tenaga kerja sampai orang mengganggur."Ianya kerana revolusi ini dimanfaatkan oleh semua individu dan mereka membangun bersama industri (keusahawanan dan pertanian)," ujarnya.Katanya, beliau mengharapkan petani juga tidak ketinggalan dalam pembaharuan industri ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Kedai Pertanian ZMTanijaya di Program Keusahawanan Pertanian di Alor Lintang, Besut baru-baru ini (14 Disember).Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, ianya juga perlu diadaptasi dalam perniagaan."Asasnya sebagai contoh, peniaga ini ada kedai, dan bila RI 4.0 berjalan dengan baik, perniaga-peniaga tak perlu ke kedai. Orang boleh beli di mana sahaja, dengan telefon pintar dia boleh 'order' dan barang boleh dihantar terus."Jadi, anak muda khususnya perlu bangunkan bisnes kita ini supaya seiring dengan RI 4.0," jelasnya.
17 Dec 18
31
Empty Image
Terengganu Mahu Jadi Hab Batik Dunia
Ukiran kayu mampu beri pulangan lumayan.BESUT, 15 Disember - Kerajaan Terengganu berhasrat menjadi antara negeri ‘gergasi’ dalam pemasaran dan pengeluaran batik di peringkat dunia.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, hasrat itu diperkukuhkan lagi dengan kursus baharu yang bakal diwujudkan oleh Politeknik Besut pada tahun 2021.“Diploma Industri Kraf dan Batik yang diwujudkan merupakan yang pertama dan satu-satunya di Politeknik Malaysia.“Pengkhususan kepada ukiran kayu dan batik fesyen akan dapat melahirkan bahan baru dalam industri yang berdaya saing.Nurkhuzaini menyampaikan sijil kursus kepada tenaga pengajar politeknik.“Walaupun kedua-dua industri ini kurang popular tetapi ia memberikan pulangan lumayan bagi yang berkemahiran tinggi dalam bidang ini.“Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk menjadikan industri ini sebagai salah satu kerjaya pilihan dalam usaha melahirkan lebih ramai ‘player’ di pelbagai peringkat.“Inisiatif yang dilakukan Politeknik adalah usaha yang baik dan perlu diteruskan,” katanya kepada pemberita ketika merasmikan penutup Bengkel Perkongsian dan Pembangunan Ukiran Kayu Tradisi di Desa Ukiran Kayu, Kampung Raja kelmarin.Bengkel tersebut merupakan kursus ‘Training of Trainer’ bagi tenaga pengajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual Politeknik untuk pembangunan program baharu yang bakal diwujudkan.Bengkel tersebut berlangsung selama lima hari bermula 9 Disember lalu yang menampilkan pembelajaran secara teori dan praktikal.Seramai enam orang tenaga pengajar dilatih dengan asas ukiran kayu yang bakal dijadikan silibus dalam program baharu itu.Turut hadir dalam majlis itu ialah Eksekutif Latihan Desa Ukiran Kayu, Mohamad Mazran Zakaria, Pengarah Politeknik Besut, Mukhtar Bakar dan Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Zulkifli Yunus.
14 Dec 18
273
Empty Image
MB, Exco Perlu Kerjasama MPKK
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 11 Disember 2018 – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi  sebahagian daripada jentera kerajaan yang penting berperanan menjayakan segala perancangan kerajaan untuk manfaat rakyat di peringkat akar umbi.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, mustahil kerajaan yang dipimpin seorang Menteri Besar dan sepuluh anggota Exco mampu menjaga 1.2 juta rakyat Terengganu tanpa kerjasama pihak lain.“Oleh itu, struktur organisasi kerajaan negeri yang terdiri daripada, Menteri Besar, barisan Exco  wakil rakyat di setiap DUN (Dewan Undangan Negeri), Setiausaha Kerajaan, pegawai daerah, penghulu dan peringkat terakhir adalah MPKK yang akan berurusan secara langsung dengan rakyat bagi menjaga kebajikan mereka,”ujarnya. “kita tidak mahu lagi mencari kelemahan tetapi pada masa yang sama tiada tindakan yang sewajarnya diambil bagi menyelesaikan sesuatu isu” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Riba kepada MPKK DUN Bukit Tunggal, di Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Serdang Baru, di sini, semalam.Hadir sama, Pegawai IT dan Media Baru Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Tunggal, Mohd Norizu Ismail@Muda dan Ahli Jawatankuasa MPKK.Dr. Alias berkata, MPKK juga perlu mengubah ‘mind set’ mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.Menurutnya lagi, sebagai wakil kerajaan, tanggungjawab yang dipikul oleh MPKK sangat berat maka mereka mestilah melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan hasrat kerajaan melalui program-program yang diatur oleh pihak DUN, pejabat daerah, dan kerajaan negeri.Selain itu, menyentuh mengenai beberapa tawaran manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu,  kerajaan memperuntukkan RM12 juta untuk kemudahan kad sejahtera, RM5 juta untuk wad kelas tiga percuma, air percuma untuk 20 meter padu bagi golongan berpendapatan rendah, lesen motosikal percuma sebanyak RM300. Kerajaan juga menanggung 14 juta bagi menampung kos pengecualian cukai pintu sebagaimana yang telah dijanjikan.“Apa yang saya risau adalah segala tawaran yang diberikan daripada pihak kerajaan tidak sampai kepada rakyat akibat kelalaian kita dalam menjaga kebajikan mereka, oleh itu pihak DUN mengambil inisiatif untuk memperuntukkan satu komputer riba kepada setiap cawangan MPKK bagi memudahkan urusan membantu rakyat yang berhajat memohon bantuan khususnya yang berbentuk secara ‘online’ contohnya seperti pendaftaran i-Dana, Rumah Mampu Milik (RMM) dan sebagainya,” tegasnya.Beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal berharap, semoga dengan pemberian inisiatif ini dapat memperkasakan MPKK dengan bersikap lebih proaktif serta memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat.
10 Dec 18
80
Empty Image
Pusat Khidmat DUN Platform Maklumat Usahawan
KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini meluaskan peranannya dengan bertindak sebagai platform penyebaran maklumat mengenai pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk mereka yang berminat menceburi bidang perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri,  Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, Pusat Khidmat DUN akan berfungsi sebagai pusat sehenti kepada para usahawan untuk mendapatkan info mengenai bentuk pinjaman, bantuan pembiayaan, khidmat nasihat dan sebagainya yang disediakan kerajaan.“Kita telah mengadakan satu taklimat bersama pegawai di Pusat Khidmat DUN dan mereka akan membantu peniaga yang memerlukan khidmat petugas ini termasuk cara mengisi borang bagi memohon pinjaman, khidmat nasihat dan sebagainya seolah-olah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mempunyai cawangan di sana.“Selain borang, segala maklumat mengenai bantuan perniagaan, pembiayaan yang disediakan oleh agensi kerajaan negeri dan pusat akan dipaparkan dalam bentuk risalah dan seumpamanya di Pusat Khidmat DUN mulai Januari ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di program Sembang Santai Bersama Usahawan Peringkat Kuala Terengganu dan Marang di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), semalam.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Rozali Salleh serta ketua-ketua jabatan daripada 22 agensi yang terlibat dengan pembangunan usahawan.Katanya, kerajaan juga berharap setiap pemohon dapat memanfaatkan tawaran yang disediakan supaya tiada usahawan yang tertinggal dan terpinggir daripada bantuan yang disediakan.
09 Dec 18
51
Empty Image
Lembah Silika : Terengganu Dan Petronas Jalin Kerjasama Strategik
Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Terengganu Inc dengan PETRONAS di Kuala Lumpur hari ini .KUALA LUMPUR, 6 Disember - Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) menjalin kerjasama strategik dengan PETRONAS untuk melaksanakan kajian pembangunan pembekalan tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga ke Lembah Silika Terengganu.Projek pembangunan lembah silika itu adalah yang pertama di dunia berasaskan Taman Eko-Perindustrian di Jambu Bongkok, Marang.Ia membabitkan pembangunan bersepadu dua fasa seluas 4,000 hektar yang akan merangsang perindustrian limpahan dan pelbagai ekonomi di Pantai Timur Semenanjung.Dr Ahmad Samsuri Mokhtar .Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembangunan infrastruktur berkaitan gas itu membabitkan dua fasa termasuk fasa pertama di kawasan pelabur induk yang merangkumi 470 hektar.Manakala pembangunan fasa kedua pula membabitkan kawasan seluas 3,520 hektar."Anggaran nilai pelaburan bagi projek ini berjumlah RM13 bilion menerusi pelaburan domestik dan luar negara dan dijangka menyediakan 7,200 peluang pekerjaan baharu," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Terengganu Inc dan PETRONAS di sini, hari ini.Turut hadir,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu , Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri , Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato' A Rahman Yahya, Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).MoU antara Terengganu Inc dan PETRONAS dimetrai disaksikan oleh Menteri Besar (tengah).Dr Ahmad Samsuri seterusnya berkata, Terengganu Inc dan PETRONAS akan melaksanakan kajian dan penilaian teknikal dan komersial bagi pembangunan gas asli, penjanaan tenaga, pembekalan gas perindustrian dan lain-lain yang membabitkan pembekalan gas bagi pembangunan di kawasan berkenaan.Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, ia adalah kerjasama pertama kali PETRONAS dan Terengganu Inc."Saya berharap melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak komited untuk terus memacu pembangunan Negeri Terengganu bagi membangunkan lembah silika selain industri minyak dan gas pada masa akan datang," jelas beliau. Projek ini juga katanya, berada dilokasi paling strategik di lingkungan projek pembangunan Koridor ECER yang juga berhadapan dengan laut China Selatan," jelasnya. Sementara itu,  projek sedemikian dilaksana di Kampung Bari Setiu, dengan anggaran deposit silika sebanyak 180 juta tan metrik,  di samping beberapa tempat lain termasuk Rantau Abang,  Jambu Bongkok,  Kampung Telaga Papan,  Tembila, Besut dan Kampung Beris Meraga,  Kemaman. 
06 Dec 18
626