lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Terengganu Lancar RM15 Juta Tabung Usahawan Sejahtera
Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman (kiri) menyampaikan replika cek TUGAS kepada Anuar Awang (kanan).KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Kerajaan Terengganu secara rasminya melancarkan Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) hari ini menyaksikan satu lagi manifesto PAS berjaya ditunaikan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, manifesto tersebut secara rasminya telah dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.Ujarnya lagi, pelancaran TUGAS adalah siri menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan janji yang telah ditawarkan kepada rakyat sehingga diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri Terengganu.“Kita nak laksanakan janji kita kepada rakyat. Antara lain yang sedang berjalan dalam seminggu dua ini mengenai lesen (bantuan) sebanyak RM300."Insya-Allah akan berjalan melibatkan 25,000 peserta, dan itu bukanlah permulaan kepada pelaksanaan manifesto, itu adalah siri-siri menunaikan tanggungjawab (janji) yang telah kita janjikan pada rakyat,” jelasnya.Haji Mohd NurKhuzaini Ab.Rahman berucap ketika merasmikan TUGAS di hadapan usahawan-usahawan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Usahawan Sejahtera di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Hilmi Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Anuar Awang.Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah YPU turut menyampaikan replika cek kepada usahawan-usahawan yang berjaya memohon Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Skim Pinjaman Bisnes Online (SPBOL).Inisiatif di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan dengan bantuan pinjaman sehingga RM30,000.Golongan OKU tidak ketinggalan untuk menerima manfaat TUGAS.TUGAS yang berjumlah RM15 juta akan meringankan beban buat para usahawan di Terengganu untuk memulakan perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada.Pelaksanaan manifesto yang terbaru itu menjadikan Terengganu antara negeri yang terawal telah melaksanakan separuh manifestonya ke arah menjadikan negeri itu Maju, Berkat dan Sejahtera.
29 Jan 19
78
Empty Image
"Jom Pakai Batik Terap Terengganu," Ajak MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Negeri Terengganu Darul Iman kaya dengan budaya dan kesenian masyarakat Melayunya sejak turun temurun. Antara lain pakaian batik dan songket menjadi sinonim budaya hidup masyarakat sejak dahulu sehingga hari ini.Penggunaan batik sebagai pakaian dalam tugasan harian menjadi ketetapan prosedur berpakaian Kerajaan Terengganu di hujung minggu hari bekerja (Khamis) bertujuan untuk memajukan industri batik bukan sahaja di Terengganu bahkan di seluruh Malaysia agar ia tidak lekang dek perubahan zaman.Untuk tujuan itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak rakyat Terengganu supaya menjadikan batik sebagai pakaian tugasan harian mereka agar industri itu di negeri Terengganu dapat disuburkan sepanjang masa.(Gambar) Dr Ahmad Samsuri memperagakan baju batik terap dengan corak moden dimuat naik di laman Facebooknya semalam."Jom pakai batik terap Terengganu. Awesome!," ajak beliau kepada seluruh rakyat supaya memakai baju batik terap Terengganu yang popular di seluruh negara dan antarabangsa.Batik terap adalah perusahan batik tradisional rakyat Terengganu sejak sekian lama.Dipercayai kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap perusahaan tradisi tersebut agar ia tidak terkebelakang ditelan zaman.
28 Jan 19
1986
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Bantu Perkasakan Bidang Keusahawanan
Oleh: Afiq M. ZaidHULU TERENGGANU, 22 Januari -Kerajaan negeri bersedia menyalurkan peruntukan di bawah tabung keusahawanan sekiranya usahawan dan bakal usahawan berkenaan berpotensi untuk maju lebih jauh dalan perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata keusahawanan merupakan bidang yang luas dan merangkumi semua jenis perniagaan.Katanya, kerajaan negeri telah memperuntukan RM15 juta dalam Bajet 2019 sebagai tabung Keusahawanan bagi meningkatkan ekonomi usahawan dan ia merupakan bantuan dan peluang untuk individu yang mahu menceburi bidang keusahawanan serta  usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka. "Usahawan ini bukan sekadar dalam Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sahaja, saya melihat dalam bidang pertanian, bidang penternakan malah bidang pelancongan juga dikira sebagai usahawan, dan Yayasan  Pembangunan Usahawan Negeri Teregganu (YPU) sebagai pelaksana keusahawanan (agensi pelaksana) bagi kerajaan negeri.“Berapa yang kita putuskan (dalam bajet) itulah yang akan dibelanjakan,” beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Bicara Bajet 2019 Terengganu di Dewan Serbaguna i-Mits Manir, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' HarunMenurut Mohd Norkhuzaini yang juga ADUN Kota Putera, sesi dialog bersama usahawan antara usaha untuk mendekati golongan ini dari bawah."Jadi skop Exco usahawan ni kena tengok semua orang niaga, kita kena santuni mereka.Kalau pernah tengok sembang santai Exco bersama Usahawan, saya nak turun ke bawah sebab saya nak tanya lagi rakyat yang ada di bawah ni…apa lagi bentuk perniagaan yang pernah atau yang sedang mereka usahakan masih tidak ada dibawah Exco keusahawanan,’’ujarnya lagi.Katanya, usahawan pelancongan juga termasuk dalam skop keusahawanan dan sebarang bentuk bantuan perlulah melalui saluran exco keusahawanan."Saya buat 'townhall' ataupun sesi dialog dengan 'travel-travel agency' lebih kurang 15 agensi, kita tanya apa hasrat agensi pelancongan ini, apa masalah mereka dan apa mereka mahu dalam skop keusahawanan, jadi mereka kata mereka mahu kembangkan bisnes mereka."Pelancongan adalah bidang yang besar pada dasarnya dan dari segi plan infrastrukturnya… itulah di bawah Exco pelancongan, bukan peruntukan kecil-kecil untuk bantu 'travel-travel agency' ni. Usahawan dalam bidang perlancongan dan semua jenis usahawan sepatutnya kena mari kepada Exco usahawan ini dari segi pengertian dia (keusahawanan).Tambahnya lagi, bidang keusahawanan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan kerana ia berpotensi mendorong inovasi, mewujudkan pekerjaan, meningkatkan produktiviti dan daya saing juga dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negeri ini."Berkenaan dengan dana usahawan, kita nak ketengahkan dan kita nak persembahkan untuk rakyat menceburi bidang usahawan, tak kiralah usahawan pertanian ke, usahawan pelancongan ke, penternakan dan apa juga bentuk usahawan, mari kita jadikan ia satu kerjaya.“Bidang usahawan ini diletakkan sebagai satu bidang utama untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat negeri Terengganu kerana kadar pengganguran kita agak tinggi iaitu 4.7 peratus jadi kita nak tarik anak muda atau orang yang tidak kerja ini dalam bidang usahawan bagi mengurangkan lagi kadar itu dan kita perlu tahu kerjaya usahawan  merupakan bidang  yang mempunyai potensi yang cukup luas sebenarnya,”ujarnya.
22 Jan 19
76
Empty Image
Bapa Empat Anak Jual Donut 10 Sen
KUALA TERENGGANU, 21 Januari-  Seorang bapa kepada empat anak memanfaatkan masa terluang pada waktu malam dengan menjalankan perniagaan sambilan menjual kuih donut berharga 10 sen sebiji.Peniaga itu Idham Syafiq Darmilus, 31, menjaja donut yang dihasilkan sendiri kuih menggunakan motosikal di sekitar bandar raya ini sejak seminggu lalu dan mendapat sambutan menggalakkan kerana harganya yang murah."Saya berniaga sambil beramal, jual murah kerana saya memahami kesempitan hidup orang yang mempunyai keluarga besar," katanya ketika ditemui di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.Idham berkata, dia gembira dapat menjalankan perniagaan yang membantu meringankan beban orang ramai."Saya daripada keluarga yang susah dan sekarang juga masih susah justeru sangat memahami perasaan orang yang susah."Apabila saya menjual donut dengan harga yang murah itu ia secara tidak langsung membantu pelanggan yang mempunyai anak yang ramai."RM2 dan dapat 20 biji donut, justeru cukup untuk mereka yang mempunyai ramai anak," katanya yang tinggal di Kampung Jalan Banggol.Tambahnya, dia berniaga donut itu sejak 2016 di Kampung Telipot dan mempunyai gerai sendiri dengan jualan sebanyak 1,000 hingga 1,500 biji donut sehari."Memandangkan gerai itu diambil alih oleh pemiliknya, saya terpaksa berpindah ke Jalan Banggol dan berkerja di kedai makan bapa di situ."Isteri, Esah Ali, 35, dan empat anak berusia tujuh bulan hingga 15 tahun terpaksa tinggal di rumah bapa mertua di Dungun untuk sementara waktu."Saya berniaga sekarang mengumpul modal untuk menyewa rumah dan membuka gerai donut sendiri dan membawa ahli keluarga tinggal bersama," katanya. Menurutnya, dia berniaga donut dengan motosikal di Jalan Sultan Ismail itu sejak seminggu yang lalu."Saya bersyukur kerana donut saya laris dan dalam tempoh setengah jam sahaja sebanyak 400 hingga 500 biji donut terjual."Keyakinan saya ialah, apabila kita meringankan beban orang lain dengan niat yang ikhlas, Allah akan membantu memberikan kemudahan dalam segala kerja yang dilakukan," katanya.
20 Jan 19
413
Empty Image
Pelabur Dari Negara China Kunjungi Terengganu
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Januari - Pelabur antarabangsa, China Southern Association For International Friendly Contact mengadakan kunjungan ke Terengganu bagi mendapatkan gambaran tentang peluang dan potensi industri pertanian di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur luar untuk mengisi kelompongan yang ada dalam sektor pengeluaran makanan."Saya mengambil kesempatan untuk membentangkan situasi semasa sektor pertanian, penternakan dan akuakultur yang sebenarnya masih terlalu banyak lompang dan peluang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kunjungan tersebut di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jabi, di sini baru-baru ini.Katanya, kebanyakan syarikat dari China yang bertandang ke Terengganu adalah syarikat bertaraf gergasi,  kebiasaannya tidak mempunyai masalah modal dan pasaran. "Soal modal dan pasaran bukan suatu masalah bagi mereka. Dan saya difahamkan di negara China ada lebih 1.3 bilion mulut (rakyat) yang perlu disuap makanan," ujarnya.Menurut beliau, pertemuan tersebut dikira mencapai matlamat awal jika delegasi mendapat suatu gambaran umum bagaimana kehadiran mereka dialu-alukan."Dan semua info ini dijadikan asas untuk mereka balik berbincang dengan lebih lanjut lagi. Seterusnya kita akan susuli dengan beberapa lagi siri perbincangan teknikal," jelasnya.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi juga berkata, pelaksanaan sesuatu projek yang mampu memberikan impak besar kepada ekonomi rakyat dan negeri merupakan matlamat asas untuk diusahakan."Cita-cita yang saya nampak jalannya makin terbuka. Doakan yang terbaik untuk rakyat dan negeri kita," ujarnya lagi.
19 Jan 19
45
Empty Image
Pusat Sehenti Usahawan Beroperasi Februari Ini
KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Pusat Sehenti Usahawan di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) yang akan ditempatkan di Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal beroperasi Februari ini.Pelbagai maklumat berkaitan keusahawanan akan disalurkan melalui pusat itu, termasuk menyediakan kaunter khidmat nasihat, agihan borang pinjaman dan pusat aduan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya akan menempatkan beberapa orang petugas bertujuan memudahkan orang ramai dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berurusan.Katanya, sumber maklumat bukan hanya terhad berkaitan keusahawanan YPUT malah pelbagai aspek yang melibatkan agensi-agensi lain."Antaranya, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat ( MARA) dan Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)."Orang ramai terutama yang mahu belajar berniaga perlu mengambil peluang itu supaya perniagaan masing-masing berkembang pesat,"  katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sembang Usahawan Bersama Exco di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di sini hari ini.Nurkhuzaini turut memberitahu, pihaknya mengakui mengenakan beberapa syarat tertentu termasuk tempoh perniagaan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum pinjaman YPUT pelbagai kategori diluluskan."Langkah itu sebagai komitmen selain mengelak peminjam lari daripada membayar hutang," katanya.
14 Jan 19
107
Empty Image
Futsal Business Challenge Himpun Usahawan Kuala Terengganu
Narin FC juara edisi pertama FBC.KUALA NERUS, 12 Januari - Futsal Business Challenge (FBC) 2019 Piala Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri yang dianjurkan di ASC Sports Gong Badak hari ini berjaya menghimpunkan usahawan-usahawan sekitar Kuala Terengganu.Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad berkata, aktiviti tersebut membawa pendekatan baharu untuk usahawan negeri itu."Untuk pergi lebih jauh, seorang usahawan bukan hanya perlu ada modal tetapi kena kenal usahawan lain dan belajar antara satu sama lain."Kita tengok selain berniaga, mereka ini sebenarnya perlu ada jaringan hubungan antara usahawan."Justeru, antara cara untuk kenal dan merapatkan hubungan mereka adalah dengan sukan."Di bawah Exco kita sekarang iaitu Yang Berhormat Mohd Khuzaini Ab Rahman, kita berjaya laksanakan aktiviti ini dan kita harap ia bukan yang terakhir."Dapat dilihat hari ini suasana sangat meriah dan memberangsangkan."Ini sebagai permulaan dan kita bercadang melaksanakannya di setiap daerah," katanya ketika ditemui pemberita dalam program tersebut.Sebanyak 28 pasukan terdiri daripada syarikat-syarikat bertanding selain mengukuhkan kesefahaman dalam pasukan dan syarikat masing-masing melalui aktiviti santai itu.FBC 2019 dimenangi oleh Narin FC daripada NFK Prima Farm yang membawa pulang piala pusingan, medal dan hadiah berupa barangan tajaan syarikat-syarikat terlibat.
12 Jan 19
132
Empty Image
Anggota Koperasi Kena `Sekepala'
Nurkhuzaini melihat satu projek penternakan ketika sesi dialog Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut.Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 7 Januari - Penubuhan Koperasi yang baik memerlukan penyatuan semua ahli atau `sekepala' dengan minimum jawatankuasa penaja seramai 50 orang tanpa mengira latar perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan ratusan juta untuk kelangsungan koperasi di seluruh negeri."Ambo (saya) tengok kalau kita nak buat koperasi, kena ada kesatuan yang betul, sekepala, penubuhan koperasi hendak minimum (jawatankuasa penaja) 50 orang ahli,  termasuklah sesiapa pun tak semestinya penternak, masuk suami isteri pun boleh. Syaratnya sekepala lah, jangan dalam tu jadi lain pula. Ada puak gerabak koperasi A, ada gerabak Koperasi B, yang itulah punca mati di tengah jalan. "Itulah bila kita pilih pimpinan tu kita perlu beri wala' (kecintaan) kepada apa yang dia buat, insyaAllah mari kat ambo, ambo boleh bantu sesuaikan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi kemudahan-kemudahan. Dimaklumkan dana RM150 juta (untuk koperasi), berbentuk pinjaman bukan geran. Contoh koperasi baru siap semua ini terus dapat RM5,000 untuk pengurusan. Ada benda-benda begitu yang sangat mudah, peluang ada kita fikir-fikirlah kalau nak ambik jalan koperasi,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi dialog bersama Persatuan Pengusaha Dan Penternak Ikan Kerapu Hybrid di Kampung Air Tawar, Kuala Besut, di sini, semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, syarat penubuhan sesebuah koperasi yang paling utama adalah memerlukan tanah."Saya melihat, syarat koperasi ni mesti kena ada tanah, tanah LMS (lesen menduduki sementara) pun dah boleh permohonan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), saya akan tulis-tulis sikit sebagai (pengesahan), SKM akan panggil saya untuk proses pengesahan dan kelulusan," katanya.
06 Jan 19
84
Empty Image
KPK Pemacu Pelabuhan Kemaman
Haji Ahmad Amzad (duduk) ketika berada dalam Kapal Tunda Harmoni 1.KEMAMAN, 3 Januari - Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK) dijangka melaksanakan penambahbaikan untuk kemudahan dermaga termasuk meningkatkan pembangunan industri besi dan lain lain dalam tempoh tiga tahun akan datang.Pengerusi KPK, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, berasaskan situasi semasa, KPK perlu melaksanakan penambahbaikan kemudahan dermaga dalam tempoh tersebut untuk peningkatan pembangunan dalam industri besi dan lain lain.Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat Pelabuhan Kemaman menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negeri.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini.Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika diberi taklimat di Pelabuhan Kemaman.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah melakukan lawatan bersama semua ahli lembaga Pengarah KPK pada 31 Disember lalu untuk meninjau kemajuan pelabuhan tersebut.KPK adalah anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) yang memiliki konsesi 60 tahun dari Kerajaan Malaysia untuk mengurus Pelabuhan Kemaman termasuk Dermaga Timur dan Liquid Chemical Berth selain khidmat sokongan untuk Kemudahan Terminal Gas milik PETRONAS dilokasi yang sama. Selain itu EPIC melalui anak syarikatnya, Sukma Samudra Sdn Bhd (SS) memiliki dan mengendalikan operasi Dermaga Barat.Haji Ahmad Amzad adalah Ahli Lembaga Pengarah EPIC yang diamanahkan menjadi Pengerusi KPK dan SS.Beliau berkata, tujuan lawatan adalah untuk bertemu dengan Pengurusan KPK dan SS serta menyampaikan matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan EPIC, mengeratkan hubungan kerja Lembaga Pengarah dan Pengurusan dan meninjau sendiri secara fizikal operasi dan fasiliti di Pelabuhan dan apa apa rancangan pembangunan dan perniagaan."Saya sempat melihat perjalanan operasi di menara kawalan dan berpuas hati dengan tahap persiapan, kemahiran pasukan yang sentiasa dipantau Jabatan Laut Semenanjung Malaysia," jelas beliau. Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika melawat Pelabuhan Kemaman baru-baru ini.Katanya, tinjauan dibuat berkait dengan kemudahan di darat dan juga sekitar basin (lembangan) pelabuhan dengan menaiki kapal tunda Harmoni 1."Kami akan merumuskan hasil lawatan dan membawa apa apa rancangan pembangunan yang boleh memacu pertumbuhan di peringkat KPK, SS dan EPIC," jelas beliau lagi.Pelabuhan Kemaman, yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merupakan salah satu pelabuhan laut yang paling dalam di Malaysia dan pelabuhan yang pantas untuk muncul sebagai pintu masuk baru ke rantau Asia Pasifik.Sebagai pelabuhan laut dalam, ia beroperasi sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca, sekaligus  mampu mengendalikan khidmat untuk semua jenis kapal sehingga 150,000 'Deadweight Tonnage' (DWT) dan pelbagai jenis kargo dari kargo umum, curah kering hingga pukal cecair.KPK mengendalikan terminal pelabuhan Kemaman iaitu Terminal Dermaga Timur dan Terminal Liquid Chemical Berth (LCB).LCB adalah terminal khusus untuk mengendalikan kargo kimia cecair. Ia beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan industri berkaitan kimia. Pelabuhan Kemaman dilihat  dari Laut China Selatan.Dermaga ini panjangnya 289 meter dan mampu menampung keperluan melabuh, kapal sehingga 150,000  DWT.Ia juga mempunyai ruang yang tersedia untuk 50 saluran paip dan enam 'loading arms' dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.KPK juga menyediakan perkhidmatan marin seperti kapal tunda, kawalan lalu lintas, bot perintis, perkhidmatan pengendalian kargo (stevedorage, crainage, forklift), sewa gudang, halaman terbuka, bekalan air tawar, bunkering, pembaikan kecil dan perkhidmatan sokongan lain.
02 Jan 19
1378
Empty Image
Peniaga Pasar Jerteh Diharap Bersabar
Mohd Norkhuzaini.BESUT, 2 Januari - Para peniaga yang mengusahakan perniagaan di Pasar Jerteh (Jerteh Souq) diharap dapat bersabar sehingga keseluruhan kompleks itu dapat disiapkan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri mendengar dan prihatin tentang masalah serta rungutan para usahawan terbabit.Katanya, antara punca masalah adalah kerana jumlah peniaga melebihi premis yang disediakan kerana fasa dua dan tiga pembinaan kompleks itu belum dapat disiapkan.“Dia ada lagi fasa dua dan tiga yang akan siap nanti dan insya-Allah selepas daripada ini semua akan dapat. “Cuma itulah apabila kita nak buat pembangunan  dia ada sedikit pengorbanan. Kita mengharapkan pengorbanan itulah  dapat jadi asas kepada peniaga kita  untuk sabar sedikit dan insya-Allah  pihak Majlis Daerah Besut (MDB) khususnya  akan menangani isu ini dengan baik.“Saya mendapat khabar bahawa selepas daripada  ini pun untuk fasa dua  sepatutnya siap bulan Februari tetapi  telah hampir siap bulan Disember baru-baru ini," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika mengulas isu yang dihadapi oleh peniaga selepas merasmikan Majlis pelancaran Jom Singgah @ Beautiful Besut di Stesen Teksi Jerteh semalam.Oleh itu, beliau berpesan kepada peniaga supaya dapat melunaskan bayaran sewa premis kepada pihak MDB agar pihak berkuasa tempatan dapat menggunakan kewangan tersebut untuk pembangunan yang lain.“Begitu juga saya nak pesan kepada peniaga ini tentang bayaran sewa kepada pihak Majlis. Ini jangan duk kata ni hak kerajaan  kita tak payah bayar.“Kerana dengan kadar sewaan inilah pihak Majlis dapat buat lagi  pembangunan yang seperti mana kita boleh tengok Jerteh sekarang ini tengah membangun,” katanya.Justeru, beliau berikrar akan mengubah 'wajah' bandar Jerteh menjadi suatu lokasi perniagaan yang berdaya saing dan dapat menyediakan ruang perniagaan yang secukupnya kepada para usahawan.
02 Jan 19
504