Artikel "Ekonomi" Terkini
GPB Sumbang RM50 Ribu Sempena Golf Amal MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 1 April – Kumpulan Golden Pharos Berhad, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, menyumbang sebanyak RM50 ribu sempena Terengganu Inc Classic ‘Golf Amal Menteri Besar Terengganu’.Sumbangan tesebut diserahkan kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis makan di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, sumbangan tersebut dibuat bagi mendokong hasrat dan usaha menteri besar dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.“Sumbangan ini diserahkan sendiri kepada menteri besar bagi merealisasikan impian beliau supaya bantuan disalurkan kepada persatuan yang terpilih.“Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Kumpulan GPB cakna terhadap aktiviti-aktiviti kebajikan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pertandingan amal tersebut, Kumpulan GPB menghantar 16 peserta bagi menyertai program yang dianjurkan oleh Kumpulan Terengganu Inc.Seramai 144 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat swasta telah menyertai program tersebut yang turut disertai oleh mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said.
01 Apr 19
99
Puyuh Bermadu, Hanya Satu
Abd Salam Mohamad dan isterinya.KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Keistimewaan produk industri asas tani, 'Puyuh Madu Jogek' hanya terdapat di bandar raya ini yang diusahakan oleh sepasang suami isteri sejak setahun lalu.Pengurus Operasi Syarikat Albakry Farm The Puyuh Negeri Terengganu, Abdul Mubin Mohamad, 35, berkata, dia mula menternak puyuh pada 2009 dan memberanikan diri untuk mengeluarkan produk baru itu ke pasaran sebelum perniagaan berkenaan makin mendapat sambutan ramai.Abdul Mubin“Saya mendapat banyak manfaat dan pertolongan serta khidmat nasihat daripada agensi Jabatan Veterinar sejak mula hingga sekarang. Malah, sehingga kini saya masih menternak haiwan itu dan banyak puyuh dapat dikeluarkan bagi memenuhi permintaan pelanggan dari semasa ke semasa.“Saya melihat perlunya ada satu pembaharuan dalam jualan iaitu dengan mengeluarkan puyuh yang boleh terus dimakan oleh penggemar makanan eksotik itu. Jika sebelum ini kita banyak hasilkan puyuh yang disejuk beku, tetapi untuk terus menghidupkan perniagaan ini timbul idea mengubahnya kepada puyuh madu yang siap dibakar,” jelasnya.Katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman, di kedainya di Kampung Kuala Bekah, di sini, baru-baru ini.Abdul Mubin memberitahu, kini dia sudah memiliki 20 francais Puyuh Madu Jogek termasuk di Kota Baharu, Jeli dan Tanah Merah (Kelantan), hadapan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Dungun, (Terengganu), Sungai Besar (Selangor) dan terbaru akan beroperasi di Cyberjaya, Selangor pada Ramadan nanti.Katanya lagi, dia juga mempunyai ladang kontrak kecil yang membekalkan produk tersebut untuk dipasarkan. “Kita memiliki satu ladang kita sendiri yang mengeluarkan puyuh bermula dari induk, telur, menetas kemudian penjagaan anak puyuh, penyembelihan sebelum diproses dan diperap dengan rempah madu jogek dan akhirnya boleh dijual di semua stokis francais.“Semua rantaian proses daripada mentah sehingga siap dan sebelum dipasarkan lazimnya mengambil masa dalam tempoh sebulan,” ujarnya.Tambahnya, dia juga membangunkan beberapa kawasan ladang ternakan puyuh seperti di Teluk Pasu (Kuala Terengganu), Sungai Ikan (Kuala Nerus), Seri Bandi (Kemaman) dan di Simpang Renggam, Kluang, Johor.Sementara itu, Pegawai Pembimbing Usahawan Veterinar Negeri Terengganu, Wahani Abdul Wahab berkata, jabatannya sudah berjaya membantu ramai usahawan termasuk Abdul Mubin sejak 2009 lagi.Wahani“Kita bantu dia meningkatkan pengeluaran daripada usahawan mikro sehingga sekarang menjadi usahawan berimpak sederhana,” katanya.Justeru itu, beliau yang juga Penolong Pegawai Veterinar berharap agar pengusaha kecil dan sederhana mampu berdiri sendiri sehingga menjadi usahawan yang berjaya di peringkat lebih tinggi satu masa nanti.Manakala seorang penjual Puyuh Madu Jogek yang dahulunya bekerja di pelantar minyak, Abd Salam Mohamad, 38, berkata, dalam resepi puyuh tersebut terdapat 14 jenis rempah berbeza dengan penyediaan masakan yang lain.“Puyuh pusing madu jogek tidak rugi diusahakan sebab tiada lagi berjinak dengan perniagaan seperti ini. Hanya saya seorang baru mengusahakannya. Sebelum ini kalau biasa kita jumpa peniaga ayam pusing. Di mana-mana ayam pusing, tetapi sekarang ini kita buat puyuh pusing.“Puyuh pusing madu berharga RM5 dan RM6 satu ekor mengikut saiz,” katanya.Selain itu Abdullah berkata, perniagaannya yang bermula Disember tahun lalu semakin maju dan menggalakkkan apabila jualannya kini mampu mencecah kira-kira 120 hingga 130 ekor sehari.Perniagaannya beroperasi di hadapan Balai Raya Kampung Kuala Bekah pada Sabtu hingga Khamis, sementara di hadapan Masjid Pengadang Baru pula beroperasi pada Jumaat.
31 Mar 19
193
Dari Bisnes Online, Kini Mempunyai Butik Sukan
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 31 Mac – Bermula dengan hobi biasa, seorang anak muda tidak menyangka aktiviti secara suka-suka sewaktu di alam persekolahan kini menjadi punca pendapatan utama dan merupakan seorang usahawan muda yang berjaya di Terengganu pada usia yang muda.Syed Mustafa Tarmizi Tuan Ahmad, 22, dari Kampung Hiliran kini mampu tersenyum kerana memiliki sebuah Butik SMT Sport menjual kasut sukan dengan aset jualan berjumlah lebih RM200,000 yang mampu menjana pendapatan melebihi RM 30,000 sebulan.Katanya, dia memulakan perniagaannya tanpa modal di tangan kerana dengan jualan atas talian sebagai ‘dropship’ (orang tengah) tidak memerlukan wang untuk berurusan sehinggalah berlaku urus niaga.“Semuanya bermula ketika berusia 17 tahun, hanya untuk mengisi masa lapang, saya mencuba nasib menjual kasut bola sepak secara atas talian. Apabila ada pembeli yang berminat, mereka akan menghubungi saya melalui laman sosial (whatsapp) dan akan membuat pembayaran atas talian sekiranya bersetuju, maknanya saya tidak memerlukan modal untuk melakukannya.“Selepas perniagaan ini semakin mendapat sambutan, segalanya berubah dan saya mula menumpukan secara serius dalam bidang ini setelah tamat persekolahan di usia 18 tahun dengan menguruskan sendiri sebagai pembekal kecil-kecilan dengan bermodalkan RM2,000 dengan hasil jualan sebelum ini,” katanya kepada media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Butiknya, di Jalan Hiliran, di sini baru-baru ini. Menurutnya, dia mendapat sokongan dan dorongan utama dari pensyarahnya, Mastura Mustaffa yang ketika itu mengajarnya dalam bidang keusahawanan di Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB), Pahang.Dalam pada itu, dia juga turut aktif dalam bidang keusahawanan ketika di KKPB dahulu dan pernah berjaya mendapat beberapa anugerah iaitu Anugerah e-Usahawan Muda MDEC 2015 Peringkat Kebangsaan dan menjuarai Pertandingan SME Bank 90-days Business Challenge 2015/2016 Peringkat Kebangsaan.Ketika berusia 20 tahun, Syed Mustafa berjaya memiliki sebuah butik sukan yang membekalkan semua kelengkapan permainan bola sepak dan futsal seperti kasut, set jersi, bola dan semua aksesori sukan ini.“Pada awalnya butik saya beroperasi di Chendering, Kuala Terengganu, setelah setahun beroperasi di situ, atas permintaan ramai, saya berpindah ke Jalan Hiliran kerana kawasan itu lebih strategik dan berhampiran dengan kawasan Bandar yang menjadi tumpuan utama.Anak ke enam dari tujuh orang adik beradik, berkata dia dibesarkan oleh ibu bapanya, Tuan Ahmad Tuan Syed, 67, yang bekerja sebagai peniaga tukang besi@alminium manakala Ibunya, Tuan Puteh Tuan Syed, 62, seorang suri rumah juga banyak membantu kejayaannya pada hari ini.Syed Mustaffa kini berhasrat agar perniagaannya ini dapat membuka cawangan ke seluruh negara dengan penambahan jenama kasut seperti Nike dan Adidas supaya dapat membantu orang Malaysia memiliki barangan sukan yang berjenama dan mampu miilik.
30 Mar 19
1050
Hasil Jeruk Melon Manis Elak Lambakan
KUALA TERENGGANU, 28 Mac- Pengusaha tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di negeri ini disaran mempelbagaikan produk hiliran, termasuk menjadikan hasil tanaman itu sebagai pewangi, jeruk, jus minuman, kordial dan aiskrim.Langkah itu bagi mengelak lambakan MMT yang kurang berkualiti, selain mampu menambah pendapatan sampingan sehingga mencecah ribuan ringgit .Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, penduduk yang terlibat dengan tanaman itu sewajarnya mengambil peluang.Katanya, langkah itu bagi mengelak berlakunya lambakan MMT yang tidak mencapai kilogram (kg) dan gred yang ditetapkan.“Pihaknya sentiasa memastikan MMT mencapai gred A, kulit berwarna kuning dan licin, tekstur isinya rangup, manis serta berat purata antara 1.2 hingga 1.8 kg untuk dipasarkan di serata negeri dan luar negara.“Sekiranya tidak mencapai kehendak itu, MMT dianggap kurang berkualiti,”katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Hala Tuju Melon Manis, di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Dr Azman turut memberitahu mereka yang sudah mencuba mampu meraih pendapatan sehingga RM4,000 sebulan hasil jualan jeruk MMT yang dipasarkan di beberapa kedai runcit dan melalui laman sosial.Katanya, menyedari langkah itu boleh memberi pendapatan lumayan kepada penanam, kerajaan bersedia membantu mendapatkan ilmu berkaitan dengan mengikuti kursus dengan pihak tertentu.“Pihak Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian (MARDI) dan pemilik syarikat Jeruk Madu Pak Ali pastinya mahu membantu dan menjalankan kerjasama,”katanya
27 Mar 19
320
MOU Gimzan-PPSB Wujudkan Peluang Pekerjaan Di Ajil
Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA).Oleh : Khairuddin YusoffSERDANG, 26 Mac - Memorandum persefahaman (MOU) antara Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) dan Gimzan Plywood Sdn Bhd dijangka mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, kolaborasi itu merupakan satu titik mula atas dasar kepentingan untuk memenuhi hasrat rakyat yang memerlukan pekerjaan.Jelasnya, peluang baharu yang dibawa oleh Golden Pharos Berhad (GPB) untuk masyarakat Ajil itu akan membantu penduduk di sana menjana pendapatan dengan lebih baik.“Dengan termeterainya perjanjian ini kita mengharapkan satu ‘turning point’ untuk melancarkan lebih ke hadapan dalam menyediakan peluang pekerjaan.“Terima kasih atas usaha GPB untuk membina satu operasi baru di kilang Gimzan dan kebetulan berhampiran dengan Ajil dan ini merupakan satu peluang pekerjaan untuk rakyat Ajil.“Ini juga merupakan satu daripada inisiatif untuk merealisasikan Manifesto PAS sebelum PRU14 bagi menyediakan 20,000 pekerjaan (dalam tempoh 4 tahun) kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA) di antara PPSB dan Gimzan Plywood Sdn Bhd di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. Persefahaman ini akan membuka banyak peluang pekerjaan.Hadir sama, Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Suhaimi Wan Aziz, Pengarah Gimzan Plywood Sdn.Bhd, Datuk Wira Sheikh Othman Rahman dan Dato' Seri Yong Tu Sang serta kakitangan PPSB.Sementara itu, Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis itu berkata, kerjasama dua syarikat selama satu tahun itu akan meningkatkan lagi kuantiti pengeluaran plywoood selain menjana 100 peluang pekerjaan pada peringkat awal..“Kita telah menandatangani satu perjanjian iaitu servis ‘agreement’ di antara PPSB dan Gimzan di mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama membuat pengeluaran venir menggunakan kapasiti yang tinggi.“Melalui kerjasama ini PPSB akan membekalkan kayu balak dan akan diproses di Gimzan untuk mengeluarkan Plywood,” katanya.
26 Mar 19
1066
Zuraida Terima Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md. Noor menyifatkan Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa 2019 yang diberikan kepadanya sebagai pengiktirafan terbesar dalam perjuangan mengangkat martabat wanita di negeri ini.Katanya, beliau berterima kasih kepada Noor Arfa kerana memberi anugerah yang sangat bermakna kepadanya yang masih baharu dalam kepimpinan dan politik negeri."Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan terhadap diri saya yang masih lagi mentah berbanding mereka yang lebih berpengalaman dan telah mencurahkan banyak jasa serta sumbangan kepada golongan wanita amat saya hargai."Anugerah ini sedikit sebanyak akan menjadikan saya lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas dan menyumbang kepada rakyat serta saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis minum petang di Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd., Noor Hijerah Hanafiah dan wakil-wakil wanita dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Noor HijerahSementara itu. Noor Hijerah berkata, anugerah ini adalah yang julung kali diperkenalkan syarikat pengeluar batik terbesar di Malaysia sebagai penghormatan terhadap peranan Zuraida dalam membawa suara wanita negeri ini ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sebagai orang pertama yang dilantik sebagai ADUN Wanita Terengganu, pencapaian Zuraida mampu menjadi inspirasi kepada kaum hawa untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing di sebalik kesibukan sebagai ibu dan isteri."Beliau seorang wanita yang kuat bekerja untuk wanita Terengganu dan Islam, setiap kenyataannya juga menarik sebagai satu nasihat yang baik untuk kaum hawa,"ujarnya lagi.Menurutnya, Noor Arfa sentiasa mengadakan majlis minum petang untuk menghargai NGO serta usahawan wanita sekali gus pemilihan Zuraida sebagai ikon pertama adalah amat bertepatan. "Malah pihak kami juga merancang untuk menjadikan penganugerahan itu sebagai acara tahunan syarikat dengan mengangkat lebih ramai ikon-ikon wanita Terengganu yang berkelayakan,"ujarnya.
26 Mar 19
346
Manifesto Terlaksana, RM15 Juta Bantu Usahawan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 20 Mac - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memperuntukkan kira-kira RM15 juta untuk disalurkan kepada usahawan khususnya Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh Terengganu bagi melaksanakan pelbagai perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada individu yang benar-benar layak dan berpotensi tanpa mengira fahaman politik.Katanya, melalui manifesto dalam PRU14 yang lepas, PAS ada berjanji sekiranya diberi amanah oleh rakyat, pihaknya mahu mewujudkan satu tabung keusahawanan yang berjumlah RM10 juta, bagaimanapun jumlah itu dinaikkan kepada RM15 juta dalam Belanjawan 2019.“Peruntukan dan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan negeri bukan sahaja ingin melahirkan usahawan baru, tetapi juga mahu lahirkan usahawan yang berjaya dan bertakwa kepada Allah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Mini Karnival Keusahawanan di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini kelmarin.Dalam perkembangan sama, beliau telah mengagihkan bantuan pinjaman modal peringkat Parlimen Marang yang diberikan kepada 12 orang usahawan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bernilai di antara RM 7,000 sehingga RM 10,000.Antara agensi yang terlibat adalah YPU, YPK, Peladang, Perikanan, Pertanian, YaPEIM, Veterinar, FAMA dan Pos Malaysia yang memberi penjelasan berkaitan peluang dan pembiyaan atau pinjaman bagi membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka.
20 Mar 19
113
Hampir RM1 Juta Dana Pinjaman Peniaga Bulan Ramadan
Foto ; Muhammad Afif Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Hampir RM1 juta dana pinjaman akan diberikan kepada para peniaga dan penjaja Bazar Ramadan pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan yang layak boleh membuat permohonan melalui persatuan."Saya umumkan bahawa permohonan daripada Persatuan Penjaja negeri Terengganu untuk bagi pinjaman jangka pendek sempena bulan Ramadan. InsyaAllah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah meluluskannya."Walaupun pada peringkat kerajaan tiada peruntukan khusus untuk pinjaman ini, tetapi atas budi bicara YPU kita ambil sekejap untuk diberikan kepada peniaga,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan kali yang ke-19 di Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar, di sini, hari ini. Menurutnya, dana tersebut disediakan kerana pihak kerajaan mengetahui para usahawan memerlukan suntikan modal baru bagi menghadapi kedatangan bulan yang mulia itu.Katanya, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri bersama dengan 'denyut nadi' peniaga dan penjaja.Oleh itu, beliau berharap pihak terbabit dapat mengambil manfaat daripada peluang yang disediakan oleh kerajaan itu."Kelulusan yang kita buat (beri) antara RM1,000 hingga RM3,000. Harapan besar agar pembayaran dibuat mengikut masa yang ditetapkan."Pinjaman akan dikeluarkaan pada bulan syaaban dan mesti dibayar balik pada bulan Syawal,” ujarnya.Justeru itu, beliau berharap mudah-mudahan para peniaga dan seluruh rakyat Terengganu mendapat keberkatan pada bulan Ramadan yang akan tiba."Gunakan peluang ini sebaik mungkin dengan usaha kita bersama-sama mengejar amal ibadat yang ditawarkan kepada kita.“Janganlah perniagaan kita menjadi penyebab kepada kita meninggalkan tawaran (pahala) yang besar dijanjikan oleh Allah,”katanya.
18 Mar 19
45
Pesaka Optimis Tingkatkan 70 Peratus Pulangan
Oleh : Adli Mohamad.DUNGUN, 19 Mac- Pesaka Terengganu Berhad (PTB) yang merupakan anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu optimis mahu meningkatkan peratus pulangan sebanyak 70 peratus bagi mengukuhkan prestasi.Ahli Lembaga Pengarah PTB, Ghazali Sulaiman berkata dalam memastikan hasrat itu dapat dicapai satu kunjungan berkala telah diadakan. "Tujuan tinjauan ini adalah melihat sendiri operasi di kilang ini dan berjumpa dengan pihak pengurusan bagi sama-sama memikirkan jalan untuk meningkatkan peratus pulangan (recovery ratio)." Diantara perkara yang dicadangkan ialah mengubah kadar baru.Alhamdulillah, saya lihat kaedah-kaedah yang kita tetapkan telah dilaksanakan dan tidak berlaku pembaziran dimana kayu yang dibuang merupakan benar-benar kayu 'reja' yang mana ia tidak boleh dipakai lagi, "ujarnya. Beliau yang juga merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, berkata demikian kepada pihak media ketika meninjau kilang berkenaan,baru-baru ini.Menurutnya lagi, ahli lembaga perlu seiring dengan pihak pengurusan supaya harapan yang dibina dapat digapai bersama. " Kalau berlaku sebarang masalah, kita di peringkat Lembaga Pengarah akan turun meninjau kerana kita tidak mahu hanya sekadar dilantik jadi ahli lembaga sahaja tapi tak buat apa-apa." Jadi perlu dipastikan ahli lembaga pengarah terdiri dari mereka yang berilmu dan melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang banyak perkara, "tegasnya.
18 Mar 19
102
Golden Pharos Sumbang RM1,000 Untuk Tabung Wakaf Tunai
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato' Nadza Abdul (berbaju oren) berbasikal bersama-sama 364 peserta yang lain dalam Maidam Fun Ride yang diadakan di MarangKUALA TERENGGANU, 18 Mac – Kumpulan Golden Pharos Bhd (GPB) menyumbang sebanyak RM1,000 pada Tabung Wakaf Tunai yang dikendalikan oleh Majlis Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (Maidam).Sumbangan tersebut disalurkan melalui program berbasikal Maidam Fun Ride di Akademi Kulinari Pulau Kerengga, Marang sejauh 35.7 kilometer.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GPB, Dato’ Nadza Abdul berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan untuk menyertai program yang berbentuk sedemikian kerana ia bukan sahaja aktiviti yang sihat malah memberi manfaat kepada peserta-pesertanya.“Di samping berbasikal, pihak Maidam turut menyalurkan bantuan yang kami sumbangkan itu kepada golongan-golongan yang memerlukan di kawasan sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.Maidam Fun Ride yang dianjurkan oleh Maidam pada Sabtu lalu merupakan acara julung kalinya diadakan di mana setiap yuran penyertaan daripada peserta akan disalurkan terus kepada Tabung Wakaf Tunai.Turut hadir di program berkenaan ialah Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin.
17 Mar 19
115