lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Potensi Besar Ekonomi Terengganu
 Dr. Ahmad Samsuri (kanan) bersama Datuk Ignatius Darell Leiking (kiri).KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Terengganu memiliki potensi besar dalam ekonomi terutama membabitkan sektor pembangunan perindustrian, pelaburan dan perdagangan.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ignatius Darell Leiking berkata, Terengganu pada tahun lalu mencatatkan jumlah perdagangan berjumlah RM24.23 bilion.Jelasnya, jumlah perdagangan itu meliputi nilai eksport sebanyak RM20.7 bilion yang melibatkan ‘mineral fuel’, ‘lubricant’ dan bahan kimia sebagai eksport utama.“Terengganu mempunyai potensi yang sangat besar. Daripada data yang kita ada di MITI, kita sangat berbangga untuk beritahu bahawa Terengganu menyumbang amaun Gross Domestic Product (GDP) yang besar kepada negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja Ke Terengganu di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Sidang media.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid serta Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar.Ignatius Darell berkata, rakyat Terengganu juga mempunyai banyak potensi dan kebolehan dalam bidang tertentu yang mampu menyumbang ke arah perkembangan ekonomi negeri.Beliau juga memuji langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri sehingga menyumbang kepada pembangunan negeri yang cemerlang.Ini terbukti apabila sektor pembuatan, jumlah pelaburan yang diluluskan di Terengganu pada 2018 meningkat berlipat kali ganda dengan nilai RM4.9 bilion berbanding RM73.1 juta pada tahun sebelumnya. Mesyuarat penuh bersama MITI dipengerusikan oleh Ahmad Samsuri.“Pelaburan asing berjumlah 4.6 bilion, manakala pelaburan tempatan mencatatkan RM321 juta.“Ia melibatkan 11 projek dan berpotensi menjana hampir 2,000 peluang pekerjaan yang menjadikan produk besi, bahan kimia dan produk kayu sebagai sektor utama,” tambah beliau.
17 Mar 19
129
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM500,000 Perkasa Lembah Jagung Marang
Peruntukan khas bantu meningkatkan hasil petani. MARANG, 14 Mac - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM500,000  bagi pembangunan Lembah Jagung di Projek Pertanian Khas Alor Ketitir (PKAK), Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, peruntukan tersebut yang menumpukan keperluan infrastruktur dan pengairan kawasan dijangka dapat membantu projek tersebut meningkatkan hasil pengeluaran."Peruntukan ini disediakan supaya petani-petani yang bermasalah dalam beberapa aspek dapat dibantu."Kerajaan negeri tiada halangan untuk kita tambahkan keluasan kawasan penanaman berdasarkan keperluan," katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi Lawatan Kerja ke Lembah Jagung Daerah Marang, di sini, hari ini.Dr. Azman dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman melihat variasi jagung yang ditanam di PKAK. Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh@Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Dr. Azman berkata, kawasan seluas 80 hektar itu diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)."Cuma kita masih dalam proses untuk mewartakan kawasan ini sebagai Lembah Jagung sahaja supaya ia benar-benar menjadi satu kawasan fokus untuk pengeluaran jagung Negeri Terengganu," katanya yang turut menjangkakan peningkatan hasil pengeluaran dengan pertambahan peserta.Setakat ini, seramai 60 daripada 80 peserta PKAK mengusahakan tanaman jagung berkeluasan keseluruhan 80 hektar.Selain penanaman jagung, PKAK turut mengeluarkan hasil tembikai, labu serta sayuran singkat seperti lada dan timun.PKAK hasilkan jagung antara baka terbaik di Malaysia- Dr. Azman.Sementara itu, Zulkefli memaklumkan, pihaknya sedang menilai pengurusan industri untuk meningkatkan hasil daripada pengeluaran jagung."Sebenarnya, bagi pengeluaran sehektar tanaman jagung, ada sekitar 30 peratus sisa hasil yang tidak digunakan."Jadi kita sedang menilai penghasilan daripada sisa ini kerana terdapat 50 produk hiliran bernilai tinggi yang boleh dihasilkan daripada pengeluaran jagung," katanya.Pada tahun 2018, pengeluaran jagung daripada PKAK yang merupakan antara baka terbaik di Malaysia adalah sebanyak 1,200 metrik tan dengan nilai berjumlah RM1.2 juta.
14 Mar 19
768
Empty Image
GPB Catat Keuntungan RM1.82 Juta Bagi Tahun 2018
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY18) berbanding  RM0.5 juta tahun lalu.Hasil pendapatan syarikat pula meningkat sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta yang mana kebanyakannya disumbang oleh segmen pembalakan dan pengilangan.GPB berkata, bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2018 (Q4 2018), keuntungan syarikat mencatatkan penurunan sebanyak RM0.17 juta berbanding RM5.4 juta dalam tempoh yang sama manakala hasil pendapatan menurun sebanyak 11 peratus kepada RM21.59 juta berbanding RM24.34 juta bagi tempoh yang sama.Dalam satu pengumumannya kepada Bursa Malaysia, keuntungan syarikat adalah disebabkan oleh pengeluaran kayu balak bergergaji yang tinggi di mana ia mencatatkan jumlah peningkatan jualan kayu balak bergergaji sebanyak 40 peratus iaitu RM42.22 juta bagi FY18 berbanding RM30.11 juta sebelum itu.“Aktiviti pembalakan berlesen yang aktif sepanjang tahun 2018 turut memberi kesan kepada keuntungan syarikat berbanding tahun yang sebelumnya di samping aktiviti perniagaan kayu serpai yang turut menyumbang kepada keuntungan hasil pendapatan syarikat.“Pada masa hadapan, aktiviti penebangan, mengilang papan dan pengeringan tanur  dijangka akan membantu hasil pendapatan syarikat dalam suku pertama 2019 walaupun musim hujan melanda di kawasan penebangan yang  beroperasi,” kata GPB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.Manakala dalam segmen pembuatan pula, kumpulan itu yakin dengan pengoperasian semula veneer mampu menjana pendapatan positif kepada syarikat dalam suku yang akan datang.Walaubagaimanapun, GPB berkata, segmen pembuatan akan terus bersaing sengit berikutan dengan permintaan pembeli yang ingin mengurangkan harga dan syarat kredit yang lebih panjang.
05 Mar 19
118
Empty Image
Terengganu Catat Nilaian Eksport RM20.71 Bilion
Tengku Hassan  beramah mesra bersama sebahagian usahawan yang hadir.KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Terengganu mencatatkan jumlah nilaian eksport tertinggi iaitu  RM20.71 bilion berbanding dua negeri lain di Pantai Timur hasil kerjasama 150 pemain industri di negeri ini sepanjang 2017.Jumlah itu sebahagian daripada nilaian RM32.38 bilion eksport pelbagai produk yang dihasilkan pengusaha industri di negeri-negeri Pantai Timur di mana Pahang mencatatkan jumlah 8.47 bilion dan Kelantan pula RM3.2 bilion.Bahan gas, petroleum, pelincir, bahan kimia,pelbagai barangan keluaran kilang, produk makanan dan kesihatan antara penyumbang utama nilaian itu mampu dicapai  Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah & Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar berkata, oleh itu, pemain industri dalam bidang berkaitan perlu terus aktif dalam aktiviti eksport.“Pelbagai pihak terutama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sedia membantu dari segi pemasaran, mengenalpasti dan mengatur pertemuan pembeli berpontesi dari luar negara serta maklumat lain mengenai perdagangan yang diperlukan,” katanya.Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Program Hari Eksport Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.Katanya Terengganu sememangnya berpotensi besar untuk menjadi hub beberapa industri utama Malaysia. Contohnya industri mineral, minyak dan gas, silica, makanan, produk berasaskan ikan, getah dan durian ke luar negara.“Peningkatan kehadiran pelancong ke negeri ini juga mendorong usahawan memesatkan keupayaan pengangkutan, sumber makanan, perhotelan serta industri berkaitan.“Secara umumnya industri ini boleh dikategorikan sebagai ekpsort  yang berpotensi baik dari segi produk perkhidmatan untuk dipromosikan kepada pelacong asing,”katanya.
04 Mar 19
158
Empty Image
TDM Berhad Umum Laporan Suku Keempat 2018
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - TDM Berhad mengumumkan keputusan semalam untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2018.Kumpulan mencatatkan hasil pendapatan suku keempat 2018 sebanyak RM104.2 juta, lebih rendah 14% tahun ke tahun daripada RM121.0 juta pada suku keempat 2017.Ini berlaku disebabkan oleh hasil yang lebih rendah disumbangkan bagi pengeluaran tanaman bagi menghasilkan harga jual sawit di kumpulan bahagian Perladangan, dan ini sebahagiannya diimbangi dengan pendapatan bahagian Penjagaan Kesihatan yang lebih tinggi sebanyak 21% daripada bilangan pesakit dalam dan pesakit luar yang lebih tinggi.Pada suku keempat 2018, terdapat banyak perkara berkaitan ladang Kalimantan yang telah menyumbang kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM56.7 juta pada suku tersebut.Dengan menghapuskan banyak perkara dan berdasarkan prestasi operasi, Kumpulan mencatatkan pelarasan EBITDA sebanyak RM17.8 juta untuk suku tersebut.Sementara itu, perniagaan bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh dengan PBT sebanyak RM3.3 juta pada suku ini, berbanding kerugian sebanyak RM9.2 juta pada suku yang sama sebelumnya, sekali gus disumbangkan oleh jumlah pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi sebanyak 16% dan 9%.Keseluruhan tahun 2018, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM404.9 juta, lebih rendah 10% dari tahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh harga minyak sawit mentah yang lemah dan pengeluaran tanaman yang lebih rendah di bahagian Perladangan.Walau bagaimanapun, di bahagian perniagaan Penjagaan Kesihatan telah mencatatkan peningkatan pendapatan yang baik sebanyak 14% daripada jumlah pesakit dalam dan pesakit luar yang tinggi sebanyak 9% dan 4% masing-masing.Susulan dari itu, Kumpulan mencatatkan Pelarasan EBITDA sebanyak RM66.5 jutauntuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding RM96.9 juta pada tahun sebelumnya.Mengulas mengenai keputusan kewangan, Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato' HajiIdris Raja Kamarudin berkata, beliau gembira dengan prestasi perniagaan di bahagian Penjagaan Kesihatan."Dengan pembukaan Hospital Pakar Kuala Terengganu yang baru pada suku pertama 2018, bersama-sama dengan peningkatan keseluruhan dalam aktiviti hospital secara langsung telah membantu pertumbuhan yang memberansangkan."Kami optimis bahawa pertumbuhan perniagaan Penjagaan Kesihatan kami akan terus disokong oleh pelan pengembangan kapasiti kami dan pengenalan modaliti perkhidmatan baru," ujarnya.Sementara itu, katanya, berhubung dengan perniagaan Perladangan, mereka menjangkakan pemulihan harga minyak sawit mentah akan dibantu daripada permintaan yang lebih baik dari India selepas penurunan harga duti import dan permintaan biodiesel yang lebih tinggi untuk program B20 Indonesia."Kami optimis terhadap asas jangka panjang industri dan akan terus fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran."Kami akan meneruskan program penanaman semula di Terengganu dan kami juga akan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi kami di Malaysia dan Indonesia melalui Rancangan Penciptaan Nilai dan Rancangan Pembangunan Perniagaan."Tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, Kumpulan positif untuk mencapai prestasi operasi yang memuaskan dalam tahun kewangan 2019," jelasnya.Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperolehi sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
01 Mar 19
507
Empty Image
Projek Kraf Kercut Mampu Tingkat Ekonomi Penduduk
Ustaz Hilmi meninjau hasil produk kraf selepas merasmikan Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Oleh: Ahmad MawardiSETIU, 27 Februari - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan memastikan  projek kraf kercut sebagai inisiatif membangunkan komuniti setempat terutama melahirkan wanita tani dalam arus pembangunan industri hiliran mampu meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan keluarga.Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, industri kraf merupakan sebahagian daripada industri kreatif negara yang perlu diambil peluang oleh masyarakat setempat untuk membaiki taraf kehidupan masing-masing."Justeru, kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi sebagai peneraju industri kraf negara, diharap agar terus gigih dan konsisten dalam usaha memastikan penglibatan usahawan tempatan menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran."Usaha-usaha pengkomersilan produk kraf ini perlu terus diperkasa dan dimantapkan agar mendapat perhatian pengguna, pembeli serta pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rosman Roslan.Hilmi berkata, pelaksanaan program seumpama itu bukan sekadar dapat mengoptimumkan impak dalam memajukan rakyat secara menyeluruh, malah ianya selari dengan hasrat dan strategi kerajaan negeri untuk memperkasakan pembangunan ekonomi di luar bandar.Beliau yang juga ADUN Manir berkata,  difahamkan sehingga Disember 2018, sebanyak RM74.8 juta nilai jualan produk Industri Asas Tani (IAT) berjaya dicatatkan dengan penglibatan seramai 715 usahawan IAT.Walaubagaimanapun, menurutnya nilai jualan bagi produk kraf masih jauh ketinggalan berbanding dengan hasil hiliran yang lain.Tambahnya lagi, penubuhan projek kraf itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf malah turut memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan dan industri hiliran yang lain.
01 Mar 19
191
Empty Image
SSM Sedia RM600 Ribu Untuk Usahawan Terengganu
YB Mohd Nurkhuzaini  bersama penerima geran bantuan SSM. Foto Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU, 28 Februari - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu  memperuntukkan RM600,000 dalam bentuk geran bantuan di bawah program Bizgrant bagi membantu usahawan memulakan perniagaan sepanjang tahun ini.Peruntukan itu sebahagian daripada RM10 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada usahawan yang layak di seluruh negara, termasuk 200 usahawan terpilih di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, setiap peserta layak menerima geran bantuan RM3,000 seorang.Katanya, agihan peruntukan dalam bentuk barangan atau kelengkapan berniaga itu disalurkan kepada mereka yang melepasi sesi temuduga khas.“Kebayakan mereka adalah usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang mengusahakan produk karipap, pau, roti canai dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil  serta Penyerahan SSM Bizgrant di Yayasan Islam Terengganu (YIT), di sini, hari ini.Nurkhuzaini berkata, sesi temuduga dianggap penting  bagi memastikan mereka yang benar-benar minat berniaga, selain berupaya mengubah ekonomi  keluarga kepada tahap lebih selesa.“SSM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memantau dalam tempoh enam bulan awal bagi memastikan penerima betul-betul menjalankan perniagaan," katanya.
27 Feb 19
861
Empty Image
Jom Solat Terawih ‘Dalam’ Bazar TTC Mega Raya 2019
KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Jika sebelum ini, masyarakat Muslim mungkin berbelah bagi untuk membeli persiapan Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan kerana lebih menumpukan untuk beribadah. Namun, kini ia bukan lagi menjadi masalah terutama buat masyarakat di Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya, apabila berbaki 67 hari lagi menjelang Ramadan, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) melalui anak syarikatnya, Cakna Management Sdn. Bhd. bakal menganjurkan festival Terengganu Trade Centre (TTC) Mega Raya 2019 apabila menyediakan suasana kondusif bagi pengunjung Muslim yang ingin membeli belah tanpa mengabaikan ibadah solat sunat Tarawih.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman memberitahu, penganjur pesta jualan itu akan mengadakan solat Tarawih berjemaah di TTC sepanjang karnival berlangsung.Menurut beliau, pelaksanaan ini selaras matlamat kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai asas dalam pentadbiran. “Kita akan menyediakan ruangan solat yang boleh memuatkan 300 jemaah pada satu-satu masa bagi memberi peluang kepada peniaga dan pengunjung menjalankan ibadah sunat Solat Tarawih. “Kita akan turut menyediakan seorang imam untuk mengetuai solat sepanjang karnival berlangsung,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sambil berjanji akan turut hadir menyampaikan tazkirah sempena program tersebut.Beliau berkata demikian pada sidang media TTC Mega Raya 2019 yang diadakan di pejabat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), di sini, baru-baru ini.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Anuar Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Cakna Management, Mohd Radhi Kamaruddin.Nurkhuzaini turut mengumumkan, TTC Mega Raya juga mengadakan cabutan bertuah secara mingguan dengan menawarkan hadiah berupa barangan elektrik manakala, hadiah utama berupa pakej umrah yang bakal menanti pengunjung bertuah.“Cabutan bertuah ini boleh disertai dengan setiap pembelian bernilai RM30 ke atas dalam satu resit,” katanya.Karnival berkenaan akan berlangsung selama 27 hari bermula pada 9 Mei hingga 4 Jun iaitu pada hari keempat Ramadan sehingga ke malam hari raya.Jualan pelbagai jenis barangan daripada 160 lot gerai di dalam ruang perniagaan berhawa dingin, TTC Mega Raya bakal memberikan keselesaan buat pengunjung yang datang bersama keluarga.YPU berhasrat menjadikan karnival sebagai pusat sehenti (one stop centre) kepada rakyat Terengganu untuk datang mendapatkan keperluan hari raya dengan lebih nyaman dan selesa.“Pelbagai kelengkapan persiapan Hari Raya Aidilfitri antaranya pakaian, pelbagai jenis tudung dan kuih-muih serta persiapan rumah akan dijual di sini.“Kita juga mengingatkan peniaga-peniaga yang terlibat untuk menjual dengan harga berpatutan,” katanya.TTC Mega Raya dianjurkan Cakna Management semenjak 2013.  Pada tahun ini, YPU berharap dengan suasana kondusif, harga berpatutan dan aktiviti yang bersesuaian dalam bulan Ramadan, rakyat Terengganu akan menjadikan karnival berkenaan sebagai pusat tumpuan sepanjang ia berlangsung.  
27 Feb 19
251
Empty Image
Nyummy..Apam Balik Tangkap Leleh, Ada 60 Perisa
KUALA NERUS, 27 Februari- Bukan satu, dua atau tiga perisa apam balik tetapi terdapat 60 pilihan untuk pelanggan nikmati apabila berkunjung ke warung McNor My Best Recipe Apam Balik yang terletak di tepi pagar Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus.Pengusaha kuih itu, Norizan Awang @Said, 43, tidak menyangka idea untuk memperkenalkan apam balik dengan tambahan pelbagai perisa yang mempunyai tekstur luar biasa itu mendapat sambutan hangat di kalangan peminat makanan segera yang menginginkan kelainan rasa dan pelbagai selera.Ibu kepada enam orang anak ini berkata, idea menjual apam balik versi baharu timbul apabila melihatkan trend masyarakat yang gemarkan kelainan dalam menghasilkan resepi makanan untuk menarik perhatian pelanggan.Kelebihan menghasilkan menu unik itu membolehkan Norizan menjual 500 apam balik sehari dengan harga antara RM1 hingga RM5 sebiji dengan bantuan tiga pekerja.Kini kuih yang lazimnya menjadi makanan kudapan itu menjadi sumber rezeki utama selepas nekad berhenti kerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat ( EIO ) di sebuah pusat teknologi maklumat pada 2014 kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga termasuk menjaga bapa mertuanya yang sakit ketika itu.Apam balik jagung dengan keju leleh antara menu yang laris dan menjadi pilihan pelanggan terutama pelajar sekolah. Perisa lain termasuk keju dan butterscotch, strawberi, bijian coklat, sosej, nutella, pisang dan banyak lagi yang cukup menyelerakan apabila terhidu aromanya ketika proses memasak.Dengan menggunakan keju mozzarella, apam balik ini diakui oleh pelanggan tetapnya antara yang terbaik dan menyelerakan, apatah lagi jagung yang menjadi ramuan utama kuih itu dihasilkannya sendiri.“Saya beranikan diri memperkenalkan apam balik versi baru iaitu dengan menyediakan apam balik cheese bersama pelbagai jenis lapisan atas permintaan pelangan. Apam balik yang saya jual bukan sahaja dijual untuk sajian minum petang malahan saya juga bersedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian tertentu."Saya dan anak-anak buah bersedia menerima tempahan seperti kenduri perkahwinan mahupun majlis hari jadi dengan tempahan mencecah 1,000 keping dalam sehari malah pernah menerima tempahan 2,800 keping untuk majlis hari raya pada tahun lepas ,"katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di warung jualannya.Beliau yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada suaminya  Mohd Zarufini Mohd Sabri, 46, seorang guru sekolah rendah, berkata kelebihan apam baliknya ialah resepinya yang tersendiri, selain lembut dan tidak tebal.Malah, teksturnya juga lebih enak berbanding biasa dan masih menyelerakan jika dimakan ketika sejuk.Katanya, selain apam balik, mereka turut membuat aiskrim yang menggunakan enam resepi yang diolah mengikut citarasa tersendiri iaitu Strawberi, coklat, vanilla, mango, kelapa muda dan terbaharu perisa arang.Dia yang memulakan perniagaan bermodalkan RM1,000 hasil simpanan sendiri, kini mampu mengukir senyuman apabila usahanya berbaloi dengan meraih pendapatan yang mampu mencecah RM1,000 sehari."Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Daripada satu, kini sudah berkembang kepada dua cawangan dan insyaAllah saya akan buka lagi cawangan selepas ini," jelasnya.Apam Balik Mc Nor beroperasi dari Ahad hingga Khamis (Jumaat dan Sabtu tutup) bermula jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang di tepi pagar  Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan berhampiran warung Syakila, Gong Badak.Bagi yang ingin mencuba, boleh menaip `Apam Balik McNor’ di aplikasi peta Google dan Waze menerusi telefon anda. Selain itu, boleh melayari laman Facebook dan Instagram: Catering Apam Balik McNor atau hubungi 0103364029 (Abg Mie) atau  0103364039 (Kak Nor) jika ingin membuat tempahan dan jika ada sebarang pertanyaan.
26 Feb 19
1721
Empty Image
Tunggu Perasmian Pasar Malam Baru Binjai Rendah 23 Februari Ini
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 18 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong akan merasmikan pasar malam mesra waktu solat di perkarangan Pasar Binjai Rendah di sini 23 Februari ini.Pasar berkenaan istimewa kerana ia disertai oleh peniaga-peniaga food truck, satu kaedah terkini perniagaan di negeri Terengganu.Pasar tersebut akan beroperasi setiap sabtu bermula selepas asar kemudian dihentikan perniagaan dalam tempoh 10 hingga 15 minit untuk memudahkan peniaga dan pengunjung mengerjakan solat maghrib. Pasar malam berkenaan akan dibuka setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat dan para peniaga.Ustaz Sulaiman berkata, melalui cara tersebut, kerajaan negeri berhasrat mendidik rakyat supaya menjaga kesejahteraan hubungan mereka dengan Allah di samping mencari keuntungan kebendaan melalui perniagaan.Katanya, rakyat sejahtera apabila sejahtera hubungan mereka dengan Allah sekaligus kejayaan sesuatu perniagaan bergantung sejauh mana kuatnya hubungan peniaga dengan Allah termasuk menjaga solat.Beliau berkata demikian dalam satu perjumpaan di sini semalam.Seterusnya beliau berharap dengan adanya pasar berkenaan peniaga dan penduduk di sekitar kawasan itu berusaha merancakkan pertumbuhan ekonomi untuk menjadikan Terengganu sebuah negeri maju, berkat dan sejahtera. "Ini termasuk dalam soal menjaga kebersihan tapak pasar. Saya berharap semua pihak terlibat prihatin dalam masalah ini dengan cara tidak membuang sampah merata-rata."Perkara yang ditekankan juga ialah pengurusan tapak pasar malam, di mana pihak terbabit mestilah mengikut piawaian dan kehendak yang ditetapkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini dan menyusahkan peniaga serta pengunjung pasar berkenaan," jelas beliau.Sebanyak 94 tapak perniagaan di situ yang berukuran 10x10 kaki persegi telah ditawarkan kepada orang ramai dan semuanya habis ditempah dalam masa dua jam selepas diumumkan baru-baru ini.
18 Feb 19
438