Artikel "Ekonomi" Terkini
Pajakan Lama Untuk Tapak Pasar Tani Yang Lebih Selesa
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 19 April- Sebahagian besar peniaga Pasar Tani Padang Hiliran menyarankan agar tapak perniagaan Pasar Tani diberikan pajakan yang lama supaya dapat dibangunkan sebagai tapak perniagaan yang lebih baik dan selesa.Salah seorang peniaga, Hisyam Zuhdi, berkata pajakan yang lama ini akan membantu membina satu tapak perniagaan yang sesuai seperti mengadakan sebuah pejabat untuk menguruskan para peniaga."Dengan pengurusan yang kemas, kami berharap kawasan tesebut diselenggara dengan baik supaya tapak perniagaan menjadi kawasan yang selesa untuk berniaga, tidak berdebu dan tiada gangguan air bertakung."Sekiranya tiada apa-apa perjanjian, sukar bagi kami untuk membangunkan tempat yang sesuai dengan kehendak peniaga dan hasrat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ,"katanya kepada pemberita ketika ditanya berkait permasalahan di kawasan itu, di sini hari ini.Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed diiringi Pengarah FAMA Negeri, Fauzi Mohamad dan pegawainya membuat tinjauan serta beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Tani Padang Hiliran.Sementara itu, Ahmad Shah berkata pihaknya akan melihat keperluan dan akan membantu para peniaga supaya perniagaan mereka lebih maju.“ Pihak kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada para peniaga untuk mencari rezeki dan mengembangkan perniagaan dan ekonomi mereka," katanya.
19 Apr 19
69
Chicken Cottage ‘Peremajaan Semula’ - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 April - Rangkaian restoran makanan segera berjenama antarabangsa yang berpangkalan di London, Chicken Cottage dan beroperasi di cawangan Kuala Terengganu akan melalui proses rejuvenate (peremajaan semula).Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keseluruhan cawangan Chicken Cottage termasuk dalam dan luar negara kini sedang melalui proses penelitian semula terhadap segala aspek untuk mengurangkan kerugian yang dialami. “Kita akan buat proses rejuvenate di Chicken Cottage cawangan Kuala Terengganu termasuk akan dipindahkan ke Mayang Mall apabila siapnya tempat yang dijangka lebih menjadi tumpuan ramai itu nanti.“Buat masa ini, kita dalam proses untuk hentikan sementara operasinya sehingga dibuka kembali di Mayang Mall yang mungkin akan mengambil masa selama dua tahun sehingga pusat membeli belah baharu tersebut siap,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dalam tempoh tersebut, semua kakitangannya akan ditempatkan secara sementara di anak syarikat kerajaan negeri yang lain dengan melihat kepada kesesuaian dan proses penempatan tersebut akan dilakukan selepas Aidilfitri nanti.“Dengan pilihan, mereka ini akan beri keutamaan untuk bekerja kembali di Chicken Cottage yang dijadualkan akan beroperasi di Payang Mall dalam masa dua tahun akan datang,” ujarnya.
17 Apr 19
186
Kuala Terengganu Pengeluar Terbesar Ikan Makan
Zawawi Ali.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 April - Kuala Terengganu menjadi daerah penyumbang utama dalam industri pengeluaran ikan makan di Terengganu.Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata, Terengganu mempunyai seramai 825 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri dalam kategori ikan makan dan hiasan serta benih ikan.Jelasnya, daripada keseluruhan data berkenaan, Kuala Terengganu mencatatkan peratusan tertinggi berbanding daerah lain dalam sektor ikan makan.“Pada tahun 2018, sebanyak 5,351.61 metrik tan pengeluaran ikan makan telah direkodkan dengan nilai RM94.668 juta manakala pengeluaran ikan hiasan dan benih adalah masing-masing bernilai RM4.018 juta dan RM932.369 juta.“Kuala Terengganu mengungguli pengeluaran ikan makan sebanyak 35 peratus manakala daerah Kemaman memberi sumbangan hampir 41.6 peratus bagi sektor ikan hiasan, pengeluaran benih ikan marin pula disumbangkan oleh Besut,” jelasnya.Beliau berkata sedemikian semasa berucap dalam Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu 2019 bertempat di Dewan Besar, Akademi Perikanan Malaysia, di sini, semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pengarah Akademi Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, ketua-ketua jabatan serta agensi perikanan. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari itu adalah usaha pihak kerajaan bagi memastikan pengurusan pembangunan imdustri akuakultur lebih teratur.Ia juga bertujuan untuk mengangkat produk perikanan negeri ke pasaran negara dan juga antarabangsa.
16 Apr 19
159
Pusatkan Pentadbiran Industri Petroleum Di Terengganu - Haji Amzad
Haji Ahmad AmzadKUALA TERENGGANU, 15 April - Kerajaan Persekutuan perlu membangunkan segera industri maritim di Terengganu kerana rizab petroleum dan gas lebih banyak ditemui di tengah laut perairan negeri ini pada masa hadapan.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, perkembangan itu akan memerlukan prasarana maritim yang lengkap dan dapat memenuhi saiz pasarannya kelak."Industri sebegini tidak mampu dibangunkan hanya secara inisiatif pihak swasta bersendirian. Ia perlu cetusan modal yang besar dari kerajaan melalui projek-projek perintis seperti dilakukan di Lumut, Perak dan Johor," katanya.Beliau menyuarakan pandangan bernas itu dalam Program Bicara Darul Iman yang bertajuk 'Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional' di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini,semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai kanan kerajaan negeri dan orang awam.Amzad berkata, beliau memfokuskan kepada keperluan membangunkan segera industri maritim itu berikutan potensi rizab minyak dan gas yang semakin banyak di tengah laut Terengganu. Katanya, Terengganu sudah terlalu lama menjadi pemerhati dalam industri petroleum dan tidak aktif dalam perbekalan dan perkhidmatan dalam industri itu. Oleh yang demikian, Kerajaan Pusat sepatutnya memberi peluang kepada negeri ini untuk menjadi pemangkin kepada industri berkenaan."Dalam respon Tun Daim, beliau bersetuju dengan saya, kenyataan ekonomi yang boleh melonjak ekonomi Terengganu adalah perbekalan dan perkhidmatan dalam industri Petroleum."Malah beliau secara berseloroh menyebut, cara paling mudah adalah Perdana Menteri lantik dari Terengganu," katanya.Haji Ahmad Amzad bersetuju cadangan tersebut kerana berhasrat mencadangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri petroleum tidak lagi di Kuala Lumpur."Saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri supaya pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri Petroleum jangan lagi di Kuala Lumpur. "Pusatkan di negeri pengeluar , Terengganu. Urusan tender, mesyuarat utama, 'exhibition oil and gas' yang utama dan besar-besar, khidmat nasihat dan perbekalan, semua berkampung di Terenggganu. Ini kerana ia boleh mengalih bebanan yang besar kesesakan di Lembah Klang," jelasnya.Katanya, syarikat petroleum yang berkaitan sepatutnya didaftar di Terengganu dan membayar cukai koperat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Terengganu."Selama ini mesyuarat, pentadbiran di Kuala Lumpur tetapi kutip hasil dari bahan petroleum mentah hingga kerja-kerja 'upstream' yang bernilai puluhan billion setahun di perairan Terengganu begitu juga 'downstream', tetapi 'corporate account, semua di Kuala Lumpur. "Kemudian masing-masing bersungut “oh, Terengganu sumbang cukai sikit jer kepada Persekutuan!" ujar beliau lagi.
14 Apr 19
118
Tun Daim Beri Bayangan Jajaran ECRL Di Terengganu Kekal
Tun Daim Zainuddin.KUALA TERENGGANU, 14 April - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan melalui negeri Terengganu dijangka akan dikekalkan.Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin memberi bayangan terhadap perkara itu dengan mengatakan bahawa segalanya akan mengikut seperti perancangan awal.Jelasnya, stesen ECRL yang berfungsi untuk kargo dan penumpang itu akan dimuktamadkan sepenuhnya pada sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok.“Saya tahu banyak di pantai timur, termasuk Terengganu, berminat supaya projek ini diteruskan dan laporan bahawa ECRL akan diteruskan disambut baik dengan kegembiraan di pantai timur.“Saya juga baca laporan yang mengatakan saya tinggalkan Terengganu dalam projek ini, ECRL bermaksud East Cost Rail Link, kalau Terengganu tak dimasuk bukan east cost,” jelasnya. Ahmad Samsuri turut berucap dalam program itu.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Darul Iman yang bertajuk Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar.Hadir sama ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai jabatan negeri.Tun Daim turut berkata, projek ECRL adalah projek untuk meningkatkan dan mengembangkan taraf ekonomi bumiputera terutamanya di pantai timur.Jelasnya, peluang usahawan bumiputera di pantai timur untuk membuktikan keupayaan dan bersaing dalam industri tersebut akan meningkat.“Industri sampingan seperti 'homestay', makanan, pengangkutan dan runcit pasti akan berkembang dengan adanya ECRL, di mana usahawan, baik besar ataupun kecil akan terdedah kepada lebih banyak peluang,” katanya. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.Menjawab persoalan mengenai kos tambang ECRL, Tun Daim berkata, tanggungjawab itu pastinya perlu dipikul oleh kerajaan dalam mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat.“Dulu kita buat kajian, kos satu perjalanan menelan belanja sebanyak RM500 (ke Kuala Lumpur), tapi projek untuk rakyat, selalunya projek pengangkutan untuk rakyat akan diberi subsidi,” tambah beliau.Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat lalu mengumumkan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd memeterai perjanjian tambahan yang membuka jalan bagi menyambung semula projek ECRL.
14 Apr 19
472
MB Terkejut Sambutan Karnival Kewangan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (kanan) menandatangani plak Pelancaran Minggu Amal Untuk Alam sebuah bank di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam. Turut menyaksikan gimik pelancaran itu, Syukor Khamis (tengah), ikon Kampong Boy Terengganu yang popular dengan kerbaunya.KUALA NERUS, 5 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terkejut dengan sambutan rakyat Terengganu dari semua lapisan masyarakat terhadap Karnival Kewangan Terengganu di sebuah hotel di sini semalam.Ini kerana katanya, urusan kewangan merupakan aspek yang serius bersangkut dengan sistem perbankan dan perkembangan ekonomi serta perniagaan."Saya datang terkejut tengok, dengan semua lapisan masyarakat Terengganu datang melawat karnival ini termasuk pelajar sekolah rendah."Mereka mahu mengetahui bagaimana sistem urusan kewangan dan ekonomi berfungsi di negara ini. Mereka adalah pelanggan yang akan diberi pendedahan bagaimana mereka boleh melibatkan diri dalam sistem tersebut," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) begitu serius mendengar taklimat kewangan dari seorang kakitangan sebuah bank di Karnival Kewangan Terengganu Kali Kelima di Kuala Nerus semalam.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan satu portal pelaburan kewangan dan melawat booth-booth agensi perbankan dari seluruh negara di karnival berkenaan.Turut hadir dalam sidang media itu, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya.Karnival itu berlangsung selama tiga hari mulai semalam hingga 6 April ini.Ketika mengulas tentang karnival berkenaan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, karnival kewangan itu adalah satu karnival yang sangat penting kepada rakyat negeri Terengganu.Ini kerana katanya, fahaman masyarakat perlu diperbetulkan bahawa urusan bank bukan hanya untuk golongan peniaga dan orang kaya semata-mata tetapi sebaliknya ia adalah untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini."Sebelum ini, orang yang ada duit sahaja pergi ke bank atau dapat khidmat bank tetapi sebenarnya bank adalah merupakan satu institusi yang dekat dengan seluruh rakyat dalam negara kita."Tambah lagi dalam keadaan sekarang, punca kuasa bank itu ada dalam poket masing-masing. Jadi tentulah peranan sistem kewangan yang ada di dalam negara kita ini adalah penting dan dekat dengan kehidupan kita sehari-hari," jelasnya.Dalam masa yang sama katanya, negara berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 di mana semua aktiviti kehidupan dan pengurusan kewangan perlu dijuruskan ke arah menyahut cabaran tersebut."Tentulah cabaran yang kita hadapi di masa hadapan adalah satu cabaran yang lebih besar."Bank perlu bertemu dengan pelanggannya iaitu rakyat dalam sesebuah negeri itu termasuk yang datang pada hari ini untuk mendapat maklumat tersebut," jelasnya lagi.
04 Apr 19
109
Sidang DUN : Utamakan Kuota Pekerjaan Untuk Anak Terengganu
Alias Harun.KUALA TERENGGANU, 2 April - Peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri menerusi beberapa platform dicadang supaya disediakan kuota khas untuk anak Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang mempunyai sumber ekonomi yang pelbagai dan secara tidak langsung ia akan membuka peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.Jelasnya, anak tempatan mempunyai kepakaran kerana ramai di antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dari pusat pengajian dan kemahiran terkemuka.“Kita mengharapkan peluang-peluang pekerjaan dibuka luas seperti yang dijanjikan walaupun tidak semudah itu kerana kebanjiran tenaga kerja dari luar.“Cuma kita mengharapkan, perlu ada kuota (pekerjaan) seperti yang disebut tadi supaya perkara ini menjadi agenda utama kita dalam menarik pelabur-pelabur luar datang ke tempat kita supaya anak tempatan tidak ketinggalan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Alias turut berkata, dasar yang memberikan keuntungan kepada anak tempatan perlu dirangka dan ditetapkan agar pelabur-pelabur luar dapat mengikuti syarat berkenaan.Ujarnya,perkara itu secara tidak langsung akan membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat Terengganu.“Kitalah yang meletakkan dasar ini supaya pelabur-pelabur dapat mematuhi sebahagian daripada kuota yang ditetapkan.“Kuota perlulah munasabah sesuai dengan perbincangan dua pihak (yang terlibat dalam bidang ekonomi dan pelaburan) berkenaan,” tambah beliau.
02 Apr 19
265
Sidang DUN : Projek Pertanian Rimbunan Kaseh Rantau Abang Terengganu Dimajukan Kembali
Dr. Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri akan memajukan kembali aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di Tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang dalam masa terdekat selepas dihentikan pada April 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Terengganu bersama IRIS Corporation Berhad (IRIS) selaku badan pelaksana asal kini dalam proses memulihkan kembali aset yang rosak.Jelasnya, pihak kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merancang strategi baharu yang lebih berkesan untuk membangunkan tapak itu di samping menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.“Kerosakan yang berlaku pada aset akan diperbaiki menggunakan wang jaminan projek daripada IRIS yang ada pada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) tanpa menggunakan dana kerajaan negeri dan insya-Allah proses pembaikan akan siap menjelang bulan Jun akan datang,”.“Kita memandang ke hadapan untuk mengambil alih pengurusan program rimbunan kaseh dan satu jawatankuasa khas rimbunan kaseh telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 5 Disember 2018 ,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini pagi tadi. Sidang DUN Terengganu.Dr. Azman turut berkata, pembaharuan program itu akan meliputi dua segmen utama iaitu isu kebajikan peserta dan pelan pembangunan program.Ujarnya, isu pemilikan rumah peserta dan strategi untuk memajukan kembali tapak berkenaan akan diselesaikan secepat mungkin tanpa mengabaikan segala aspek.“Kerajaan telah buat keputusan, kesemua 85 peserta yang menetap di rumah dalam program rimbunan kaseh ini akan terus diberikan kebenaran tinggal dan mereka tidak akan dikeluarkan kecuali mereka memilih untuk keluar.“Segmen kedua bagi memajukan projek ini, pada 2 Januari 2019 kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Terengganu (UPEN) telah menghantar surat tawaran kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mengoperasikan insfrastruktur pertanian yang ada dalam program rimbunan kaseh ini.“Dan pihak LPP menyambut baik dan dalam rangka untuk menyiapkan kertas cadangan bagaimana pelan mereka untuk membangunkan projek ini,” tambah beliau.Projek Rimbunan Kaseh merupakan program yang merangkumi beberapa komponen utama iaitu 100 buah rumah, 26 ‘Greenhouse’ Struktur Pelindung Hujan (SPH), 400 tangki penternakan ikan serta ladang tanaman Limau Kasturi dan Golden Melon.
01 Apr 19
400
Martabat Manfaat Koperasi Kepada Masyarakat - Nurkhuzaini
KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri berharap koperasi di seluruh Terengganu memartabatkan peranan dan manfaat pertubuhan mereka kepada masyarakat umum.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, manfaat koperasi selama ini tidak disedari oleh kebanyakan masyarakat."Koperasi-koperasi yang ada hari ini kebanyakannya dipimpin oleh golongan berusia dan kita mahu ia diperkenalkan untuk menarik minat golongan muda terutama di negeri ini supaya bergiat aktif dalam koperasi."Semoga kita dapat menggembleng tenaga secara bersama untuk mengangkat martabat koperasi di mata masyarakat dan mencapai kecemerlangan di peringkat ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sembang Santai Koperasi di Hotel Felda Residence, di sini, malam tadi.Hadir sama, Pengarah SKM Negeri Terengganu, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi-koperasi Terengganu (KOPTER), Dato' Hashim Mamat.Program tersebut menghimpunkan lebih 700 koperasi yang aktif di seluruh negeri bagi mengukuhkan hubungan dan membina jaringan perniagaan antara mereka.Ia juga bertujuan meningkatkan pembangunan dan usahasama di samping membina pendapatan masing-masing dalam bidang yang diceburi.Sekitar 100 wakil-wakil koperasi hadir memberikan sokongan dan penglibatan dalam majlis berkenaan.
01 Apr 19
464
Zainal Abidin CEO Baru TDM Berhad
Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 1 April - TDM Berhad (TDM) mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) TDM Berhad yang baharu, berkuat kuasa pada 1 April 2019.Pelantikan tersebut berikutan tempoh tamat kontrak GCEO sebelumnya, Dato’ Mohamat Muda pada 31 Januari 2019.Dalam pada itu, Pengerusi TDM Berhad, Raja Dato' Haji Idris Raja Kamarudin mengucapkan tahniah kepada Zainal Abidin atas pelantikannya.Katanya, sebagai sebuah syarikat tersenarai, TDM Berhad mempunyai tanggungjawab kepada para pemegang sahamnya untuk mencipta dan menyampaikan nilai."Lebih jauh lagi, kami akan melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) dan Rancangan Pembangunan Perniagaan (BDP) serta inisiatif lain untuk mengukuhkan Kumpulan dengan pertumbuhan yang mampan di masa hadapan."Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaannya untuk menghasilkan keputusan," ujarnya.Zainal Abidin, 52, menyertai TDM Berhad dengan pengalaman selama 28 tahun dalam sektor korporat, terutamanya dalam pengurusan operasi dan transformasi, kewangan, tadbir urus, cukai dan audit. Pengalaman yang ada menambahkan jaminan keupayaannya untuk menerajui pertumbuhan konsisten TDM."Zainal Abidin sebelum ini telah bertugas dengan Persatuan Penanam Gabungan sebagai Ketua Eksekutif. Pengalamannya dalam industri perladangan dan kepakarannya dalam mengatasi perubahan pengurusan, adalah kemahiran penting untuk memacu TDM dalam rancangan VCP & BDP untuk pencapaian agresif mengikut sasaran yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah."Beliau memperoleh Sarjana Kewangan dari RMIT University, Melbourne Australia pada tahun 2006," jelasnya.TDM Berhad menjangkakan akan memulakan sepenuhnya kerja-kerja meningkatkan proses, mengurangkan kos operasi dan peningkatan efisien dengan struktur organisasi yang baharu.Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperoleh sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
01 Apr 19
1060