lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
Terengganu Sedia Pinjaman Jangka Pendek Bantu Peniaga Bazar Ramadan
YPU wujudkan skim pinjaman untuk bantu peniaga bazar.KUALA TERENGGANU, 15 Mei – Kerajaan negeri menyediakan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan 2019 bagi membantu para peniaga meningkatkan modal dan memenuhi keperluan mereka sepanjang sebulan berniaga.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, skim berkenaan bukannya peruntukan khusus yang termasuk dalam dana Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS).“Pelaksanaan skim ini merupakan idea yang terbentuk setelah mendapat permohonan daripada Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Terengganu bagi meringankan beban modal para peniaga bazar Ramadan."Oleh itu, kita mewujudkan satu pinjaman jangka masa pendek dengan tempoh pembayaran pada bulan Syawal dengan kadar RM1,000 hingga RM3,000 bagi setiap ahli di bawah jaminan persatuan,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS) di Dewan Konvensyen YPU, di sini, semalam.Dalam majlis tersebut, seramai 185 usahawan menerima pembiayaan dana TUGAS melalui skim masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM619,929.Nurkhuzaini berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 141 merupakan penerima Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM160,500.“Kita faham peniaga perlu persiapan lebih untuk hadapi Ramadan kerana itu, pembiayaan ini diwujudkan sementara dan kita perlukan jaminan bayaran balik disebabkan ia dipinjamkan daripada peruntukan lain.“Untuk tahun hadapan, kita akan melihat respon daripada peniaga. Berdasarkan respon tidak langsung, jika dilaksanakan ia mungkin bakal ‘pecah panggung’ berdasarkan keperluan peniaga yang memerlukan modal lebih sepanjang Ramadan," katanya.Menurutnya, setakat ini masih ada lagi peniaga yang tidak berkesempatan untuk memohon kerana masa dan peruntukan yang terhad.
14 May 19
101
Empty Image
Ayam Gepuk Makan Sapa Larat Nangis
KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Bila bercerita soal makanan di bulan Ramadan, anda pastinya teruja untuk mencuba makanan yang sedang 'viral' terutama yang mempunyai rasa yang unik.Kali ini kami kongsikan, menu untuk mereka yang gemar kepedasan dengan citarasa Indonesia dan Malaysia yang terletak di Bazar Ramadan Syahbandar.Pengusahanya, Zulkalmul Hakem Mat Zin, 30, berkata idea untuk membawanya masuk ke Terengganu timbul apabila melihat sambutannya ketika berkunjung ke sebuah kedai yang terkenal dengan sajian ini di Kuala Lumpur."Sejak mencubanya di salah sebuah kedai yang menjual menu ini di Kuala Lumpur, saya terfikir mengapa saya tidak bawa masakan ini ke Terengganu yang rata-rata penduduknya suka makan pedas."Dan dari situ saya mula belajar  bagaimana memasaknya dari seorang kenalan di Indonesia dan mengolahnya dengan gabungan resepi dua negara," ujarnya.Ketika ditanya rahsia keenakan ayam gepuknya, beliau yang juga pemilik Restoran Singgang Budu itu berkata, ia terpulang pada cara pemprosesan pemerapan ayam dengan rempah ratus yang bermula sehari sebelum dan pagi keesokannya barulah ia direbus sebelum digoreng panas di bazar dan yang pasti sambal ayam gepuk adalah menu penting dalam penyediaan makanan ini.“Kelainan sambal ini terletak pada tahap kepedasannya. Pengunjung boleh memilih sendiri tahap kepedasan yang diinginkan sama ada tahap biasa, sederhana atau paling pedas.“Bagi yang pertama kali hendak cuba ayam gepuk ini, saya sarankan supaya pelanggan mula dengan tahap lima terlebih dulu. Bagaimanapun, jika mahu pedas lagi boleh tambah kemudian,” katanya.Mana tidaknya, lebih 20 kilogram cili padi digunakan setiap hari dan cili digiling dengan begitu teliti bagi memastikan ia hancur dan sebati bersama bahan lain seperti bawang putih, kacang, garam dan gula.Lebih istimewa, bahan-bahan tersebut digiling secara tradisional dengan menggunakan batu giling yang sering digunakan pada masa dahulu.Dengan dibantu 14 pekerja, bapa kepada dua orang anak ini mampu menjual 300 hingga 400 ekor ayam sehari dengan pembelian mengikut set lengkap antara RM8.90 hingga RM10.90 mengikut pilihan citarasa dan mampu menjana pendapatan lumayan  mencecah RM6,000 sehari.Menurutnya, harga makanannya juga berpatutan dan rasa yang enak bak kata orang ramai dengan cukup segala rasa yang diinginkan."Malah, pelanggan digalakkan datang awal untuk menikmati keenakan rasa hidangan ini. Kalau lambat, memang cepat habis."Pasti ramai yang sudah mencubanya dan rata-rata pelanggan mengakui rasa pedasnya memang ummph! hingga berpeluh satu badan," kata Zulkalmul lagi.
14 May 19
802
Empty Image
Rungutan Peniaga Bazar Ramadan Dibawa Ke Meja Rundingan
Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman.KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Rungutan peniaga tentang harga sewa tapak Ramadan akan dibawa ke meja rundingan sebelum kerajaan negeri melaksanakan formula baharu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman menegaskan, masalah yang berpunca daripada sistem pengurusan akan diselesaikan agar tidak berulang pada masa hadapan.Jelasnya, pihak kerajaan akan berbincang bersama wakil peniaga bagi mencari formula terbaik untuk mengatasi masalah itu seterusnya menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat.“Tahun ini kita baru terlibat dengan pengurusan, jadi saya melihat kita perlukan lagi penambahbaikan kerana ia melibatkan banyak pihak. “Masalah berlaku apabila ‘open tender’ orang hanya memikirkan keuntungan, bukan kebajikan kepada peniaga yang menyewa tapak berkenaan.“Insya-Allah dengan input daripada persatuan penjaja, saya dan pihak keusahawanan akan bawa (isu ini) ke tengah, kita akan duduk semeja sama ada dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan keusahawanan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Apron kepada peniaga bazar ramadan di Taman Shah Bandar, di sini semalam.Nurkhuzaini yang hadir mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di bazar berkenaan.Beliau turut memberi keyakinan formula baharu yang digunakan nanti akan menyelesaikan isu tersebut dan tidak hanya menguntungkan satu pihak.“Untuk tahun ini saya rasa kita dah terlambat, jadi saya mewakili kerajaan negeri memohon maaf kepada semua peniaga kerana ada sedikit salah faham dalam masalah ini.“Insya-Allah tahun depan kita akan laksanakan dengan sistem baru yang akan diterima pakai oleh semua pihak,” tambah beliau.Dalam program itu, Nurkhuzaini sempat menyantuni peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan dan mengagihkan lebih 70 kurma kepada peniaga di situ.
13 May 19
627
Empty Image
`Rugi Kalau Dok Cuba,' Akok Pandan Cicit Pok Chang
Muhammad Zhafran (kiri) bersama adiknya Muaz menunjukkan akok pandan asli yang menjadi tarikan pengunjung di Bazar Ramadan Batu BurokKUALA TERENGGANU, 13 Mei - Ramadan adalah bulan rezeki kepada peniaga yang bijak dan rajin berusaha untuk meraih pendapatan berlipat kali ganda.Buktinya, dua anak muda yang merupakan adik beradik mengusahakan perniagaan kuih akok pandan asli sejak dua tahun lalu mampu memperoleh pendapatan RM400 hingga RM450 sehari hasil jualan lebih 500 biji dalam masa dua hingga tiga jam di Bazar Ramadan Batu Burok.Muhammad Zhafran Zainuddin, 24, yang dibantu adiknya Muaz Zainuddin, 18, berkata, keistimewaan  kuih tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan itu apabila ia dibakar terus di lokasi dan dijual dalam keadaan masih panas mengeluarkan aroma yang memikat rasa pelanggan.Katanya lagi, ramuan asal untuk menghasilkan kuih Akok Pandan Cicit Pok Chang (sempena nama moyang mereka) itu dikongsi kenalannya dari Kelantan dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti tepung, telur, gula pasir dan santan tetapi diolah semula oleh ibunya, Adibah Abd Rashid, 50, yang sememangnya meminati pembuatan kuih-muih tradisional."Alhamdulillah, walaupun berdepan kesulitan pada awalnya, namun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, hampir sebulan juga untuk betul-betul mahir membuat kuih akok berkenaan terutama dari segi rasa dengan sentiasa meminta komen dan bertanya pelanggan mengenai rasa sebelum mak berjaya menghasilkan kuih akok pandan yang setanding dengan penjual di Kelantan.“Setiap hari kami mampu menjual 500 kuih akok pandan bermula 3 hingga 5.30 petang .Kebiasaannya orang ramai datang selepas waktu bekerja dan mereka sanggup beratur panjang asalkan dapat merasai kuih ini sebagai juadah berbuka puasa," katanya ketika ditemui, di tapak jualan itu, hari ini.Menurut Zhafran, kelebihan akok yang kurang manis menjadi satu tarikan tambahan kepada peminat kuih tradisional turun-temurun yang popular di negeri Pantai Timur.“Ia berbeza dengan akok tradisional Terengganu yang lebih manis dan dan bagi mereka yang tidak suka rasa telur akan memilih akok pandan kerana rasanya yang lemak manis dan lebih wangi walaupun masih menggunakan bahan yang sama.“Harganya pula tidak terlalu mahal dan boleh dinikmati semua pelanggan, ia dijual dengan harga RM2 untuk tiga biji dan RM5 untuk lapan biji,”ujarnya lagiKini Muhammad Zhafran dan adiknya, Muaz boleh tersenyum puas apabila perniagaan kuih akok pandan asli semakin mendapat tempat di kalangan penggemarnya sekali gus mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
12 May 19
1136
Empty Image
Fizi’s Babershop Tawarkan Khidmat Percuma Untuk OKU
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Mei -  Kedai gunting rambut milik seorang pemuda di Kampung Tasik Mengkuang, Kerandang, Jabi, Fizi’s Babershop menawarkan khidmat percuma kepada pelanggan orang kurang upaya (OKU) yang berminat mendapatkan perkhidmatan di kedainya. Peniaga berkenaan, Mohd Hafizi Wan Mat, 27 berkata, selain mencari rezeki yang halal untuk menyara diri dan keluarga, dia memanfaatkan kemahirannya itu untuk memmbuat amalan sebagai bekalan akhirat kelak."Siapa pun kita, kerja apa yang kita lakukan, selitkanlah untuk mereka yang kurang berupaya agar mereka terasa dihargai,"katanya.Hafizi tidak menjangkakan kerja yang mula dilakukan sejak dua tahun lalu sebagai sampingan kini menjadi pekerjaan tetap dan makin maju.Perniagaannya beroperasi bermula jam 1.30 petang sehingga 6 petang dan pada sebelah malam bermula 8.15 malam sehingga 12.30 pagi setiap hari kecuali Rabu dan Jumaat dibuka hanya pada sebelah malam sahaja. Namun, sepanjang Ramadan terdapat perubahan jadual operasi.Dalam pada itu, ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim dia berasa sungguh bertuah dan dihargai dengan kesudian seorang pemimpin negeri yang sanggup mendapatkan perkhidmatan di kedainya itu.“Saya sungguh berbangga seorang Exco Terengganu sudi mendapatkan khidmat daripada saya dan mempromosikan bisnes anak-anak muda seperti saya ini. Sangat menghargai. Orang ramai dijemput datang berkunjung, insyaAllah harga berpatutan,’’ katanya lagi.Menurut Dr Azman pula, pelbagai kerja boleh diceburi selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam sama ada dalam sektor pertanian, perniagaan, perkhidmatan dan pelbagai lagi yang boleh menjana pendapatan halal dan berkat.Katanya, masyarakat kini perlu mengubah pandangan negatif  terhadap anak muda kerana terdapat ramai golongan itu yang mampu berusaha untuk meletakkan diri masing-masing di tempat yang terbaik."Siapa kata anak muda kita pemalas? Fizi’s Barber Shop bekerja sehingga tengah malam mencari rezeki halal,"Bekerja dan bersainglah dengan sihat dalam berusaha meningkatkan mutu kerja masing-masing samada di mana-mana peringkat sekalipun," katanya selepas mendapatkan khidmat gunting rambut di kedai itu, malam tadi.Di samping itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya memainkan peranan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak agar tidak putus asa dalam mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga.
11 May 19
158
Empty Image
Duyong Marina Resort Terengganu Rai Tahfiz, Anak Yatim, Penduduk Asnaf Berbuka Puasa
KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Ramadan bukan sahaja bulan ibadah sebaliknya menjadi sebahagian agenda beberapa syarikat korporat untuk berkongsi kemeriahan dan meneruskan tanggungjawab sosial (CSR) mereka.Duyong Marina & Resort (DMR), salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri juga tidak ketinggalan membuat amalan sama dengan meraikan 159 anak-anak tahfiz, anak yatim dan penduduk asnaf kampung Pulau Duyong di resort berkenaan semalam.Pemangku Pengurus Besar, Sham Fazli Yusof berkata, program itu merupakan acara tahunan yang membuktikan keprihatinan pihaknya kepada golongan tersebut terutama ketika Ramadan.Menurutnya, tahun ini adalah tahun keempat DMR mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka yang kurang bernasib baik."Mereka ini adalah penduduk miskin yang tinggal sekitar kawasan hotel ini dan kami akan jemput mereka setiap tahun untuk berbuka puasa dengan kakitangan hotel kami termasuk anak-anak tahfiz dan anak yatim."Tiada apa yang lebih menggembirakan kita melainkan apabila membuatkan mereka ini bergembira di bulan yang penuh keberkatan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa di Duyong Marina & Resort, di sini petang semalam.Tambahnya lagi, majlis berbuka puasa itu merupakan antara program CSR yang dirancang sempena bulan Ramadhan ini dan berharap usaha itu sekurang-kurangnya dapat berkongsi keceriaan  sekali gus menikmati Ramadan dengan penuh bermakna.Dalam pada itu, Sham Fadzli berkata, Duyong Marina pada tahun ini menawarkan bufet Ramadan dengan pelbagai menu istimewa.“Tawaran yang kami beri ini amat berpatutan dari segi harga dan juadah yang disediakan supaya semua golongan berpeluang untuk menikmati suasana berbuka puasa di hotel seperti golongan yang berkemampuan."Bagi orang dewasa harga yang ditetapkan pada RM59 seorang manakala kanak-kanak RM42 seorang," katanya.Terletak di Pulau Duyong, menghadap Laut China Selatan, DMR merupakan salah satu simbol komitmen kerajaan negeri dalam sektor pelancongan.
10 May 19
505
Empty Image
Rakyat Perlu Ambil Peluang, Kerajaan Akan Sedia Ruang – MB Terengganu
Dr. Samsuri mahu manfaat pembinaan ECRL dirasai dan digunakan sebaik mungkin oleh rakyat Terengganu. MARANG, 24 April – Kerajaan negeri mahu rakyat mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi meningkatkan ekonomi diri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek berkenaan dapat membantu rakyat sekiranya dimanfaatkan dengan baik.“Perlu ada kerjasama erat antara kontraktor dan syarikat milik anak negeri supaya penduduk tempatan dapat terlibat dalam aktiviti pembinaan ini melalui pelbagai cara.“Ada beberapa lagi aspek yang perlu pertimbangan kerajaan negeri dalam projek ini dan kita ambil ruang berkenaan supaya dapat membantu syarikat-syarikat  ini terlibat sama,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hentian Bas Marang yang baru siap dibina dengan nilai RM2 juta, di bandar Marang, di sini, malam tadi.Hentian Bas Marang bakal jadi pusat hubungan penting bagi daerah Marang bersama hentian ECRL Pengkalan Berangan yang bakal dibina. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Yang Dipertua Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dr. Samsuri berharap pembinaan ECRL akan merancakkan aktiviti ekonomi di dalam negeri selain turut mengesahkan terdapat pelbagai peluang pekerjaan dalam projek tersebut.“Saya juga mendapatkan kepastian pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) sama ada akan berlaku kebanjiran pekerja asing, tetapi dimaklumkan pihak China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) hanya mendatangkan tenaga pakar tanpa meminggirkan Bumiputera.“Pekerja-pekerja asing itu juga akan ditempatkan di kuarters mereka dan ini juga boleh membantu aktiviti ekonomi seperti membekalkan bahan-bahan mentah dan sebagainya ke kuarters mereka,” katanya.Beliau turut menggesa rakyat mengambil manfaat projek itu dengan mengembangkan ekonomi setempat.“Rakyat tempatan perlu ambil peluang ini dan jangan biar orang luar yang tiada kaitan dengan Terengganu ambil kesempatan,” katanya lagi.
24 Apr 19
281
Empty Image
Labuh Unjam Komuniti Pupuk Semangat Kekitaan
Foto oleh - Norekwan MamatOleh: Hidayah AzlinBESUT, 23 April - Program labuh unjam dan tukun bersama komuniti bukan sahaja membantu untuk memperkayakan sumber perikanan malah memupuk semangat kekitaan di kalangan nelayan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti itu mampu memupuk komuniti mengeratkan persaudaraan sambil menikmati hasil penat lelah dan saling menjaga sumber rezeki untuk faedah mereka bersama. “Hari ini saya sangat puji  dan menghargai semangat kerjasama nelayan kawasan Pantai Benting Lintang ini yang kita boleh simpulkan antara yang terbaik memberikan kerjasama, semangat setiakawan dan kekitaan untuk melaksanakan program,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)  di Majlis Pelancaran Melabuh Unjam Perairan Besut, pagi tadi.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, di majlis itu, sebanyak 25 unjam daun kelapa dan daun gelam dilabuhkan bersama pemberat konkrit dengan jarak empat hingga lima batu nautika daripada pantai, iaitu zon tangkapan nelayan pantai dan zon larangan pukat tunda. Katanya, untuk program tukun tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000, manakala Kerajaan Persekutuan pula membelanjakan kira-kira RM300,000 secara berperingkat-peringkat.Katanya, Besut merupakan daerah pertama melaksanakan projek itu tahun ini. Manakala tahun lalu, program yang sama dijalankan di perairan Kuala Besut yang melibatkan 28 buah tukun dasar lembut  dan perairan Marang (53 tukun), manakala di perairan Paka, Dungun (44 tukun)‘’Program melabuh tukun ini kita akan diteruskan di Kuala Terengganu Utara dan Daerah Setiu. Program melabuh unjam pula, kita akan pastikan  dapat dilaksanakan  di semua daerah  secara berperingkat.’’jelasnya lagi.“ Selain perkayakan semula sumber,  kita sedaya yang mampu membanteras pencerobohan yang merupakan punca ancaman sebenar nelayan.”
22 Apr 19
1028
Empty Image
YPK Dungun Agih RM160,000 Pinjaman Modal Program Jaya Diri
 Salah seorang peserta terpilih menerima pinjaman modal yang disampaikan Alias.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 22 April – Seramai 18 peserta wanita Dungun terpilih menerima bantuan Pinjaman Modal Program Jaya Diri berjumlah RM160,000 daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bagi membesarkan perniagaan mereka.Skim pinjaman  itu merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah untuk membantu usahawan anak negeri supaya meningkatkan perniagaan ke tahap lebih baik.Seorang daripada 18 penerima berkenaan, Wan Rosmaliza Wan Ali mewakili lafaz akad penerimaan pinjaman tersebut dalam sebuah majlis sempena Hari Keluarga Desa Keluarga Dungun di perkarangan Flat Bijangga, di sini, Sabtu lalu.Bantuan berkenaan disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun disaksikan wakil YPK.Majlis itu turut dihadiri pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Dungun, Farah Nor Faradila Mohd Zuki. Alias turut seru penduduk laksana tanggungjawab sebagai penyewa Desa Keluarga supaya tidak membebankan YPK. Dalam pada itu, Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menasihati para penyewa di kediaman berkenaan supaya melunaskan kadar sewa di setiap akhir bulan sebagaimana ditetapkan berikutan terdapat aduan berkaitan tunggakan sewa diterima. "Perlu diingat bahawa kita, kerajaan dan korporat masing-masing ada tanggungjawab untuk membina negeri yang cantik ini."Jadi, saya mohon penghuni-penghuni di sini berusahalah untuk menjelaskan sewa, berusaha membayar tungakan. Kalau tunggakan RM400, usaha selesaikan sebahagian terlebih dahulu,” katanya sambil memaklumkan, kadar sewa serendah RM100 hingga RM140 itu tidak seharusnya menjadi masalah untuk dijelaskan setiap bulan kepada YPK. Menurutnya, kerajaan sama ada negeri dan Persekutuan memperuntukkan jumlah yang besar untuk menaik taraf kemudahan sebagai langkah meningkatkan keselesaan penghuni di kediaman tersebut. "Tetap, jika tiada kerjasama (melunaskan tunggakan) daripada tuan-puan, maka kerajaan hanya dapat melakukan penambahbaikan secara minimum sahaja."Usaha murni tuan puan, bukan sahaja akan beroleh keberkatan Allah SWT tetapi juga memberi kemudahan kepada kerajaan merangka, merancang dan menambah baik kemudahan sedia ada," katanya. Para penduduk Desa Keluarga laksana pelbagai aktiviti untuk erat hubungan dalam komuniti.
22 Apr 19
385
Empty Image
‘Corporate Directors' Programme’ Langkah Tingkatkan Produktiviti GLC Terengganu
Ahmad Samsuri (dua dari kiri) hadir mendengar syarahan Tan Sri Abdul Wahid.KUALA TERENGGANU, 21 April - 'Corporate Directors' Programme' (CDP) 2019 yang bermula hari ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti syarikat perniagaan di bawah kumpulan tersebut.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, prestasi pentadbiran akan mencapai tahap tertinggi apabila setiap warga kerja mempunyai ilmu yang berkualiti untuk menguruskan syarikat.Katanya, pengurusan tertinggi syarikat juga akan mendapat maklumat baharu mengenai pertambahan dan pembaharuan undang-undang tertentu dalam urusan perniagaan. “Program hari ini sebahagian daripada usaha kerajaan negeri bersama dengan Terengganu Inc untuk memastikan semua ahli lembaga pengarah dan pengerusi-pengerusi dibekalkan dengan ilmu yang mencukupi dalam mereka menjalankan tugas.“Ditambah pula dengan ada perubahan ‘Companies Act’ yang memerlukan mereka mendapat makluman baru dan pengetahuan tentang apa yang dikategorikan sebagai rasuah dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujarnya.Syarahan Tan Sri Abdul Wahid cipta harapan baru.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir dalam Majlis Corporate Talk Terengganu Inc bersempena program itu di Duyung Marina & Resort, di sini hari ini.Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Abdul Wahid Omar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Parlimen Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat Terengganu Inc.Ahmad Samsuri turut berkata, program berbentuk taklimat itu juga bakal melahirkan kumpulan pengurusan yang berkualiti tinggi dalam mendepani arus ekonomi yang tidak menentu.Secara tidak langsung ia akan memacu ekonomi syarikat dan negeri ke arah yang lebih menguntungkan pada masa akan datang.Pegawai kanan kerajaan negeri tekun mendengar.“Taklimat daripada pelbagai agensi ini adalah untuk meningkatkan kompetensi untuk menjadi seorang ahli lembaga pengarah ataupun pengerusi di syarikat masing-masing,” tambah beliau.
21 Apr 19
168