Artikel "Ekonomi" Terkini
RM5 Juta Bina Masjid Kem Tentera Seberang Takir
Azmin menyerahkan replika cek projek pembinaan masjid kepada Dr. Samsuri.KUALA NERUS, 14 Februari - Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi membangunkan masjid baharu Kem Seri Pantai 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) Seberang Takir, sebagaimana persetujuan yang dicapai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) bersama Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertemuan yang berlangsung November lalu.Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau dimaklumkan kerajaan negeri akan keperluan untuk membangunkan sebuah masjid baharu di kem tersebut berikutan masjid sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung bilangan jemaah yang semakin ramai sama ada di kalangan warga tentera mahupun orang awam.“Selaras dengan perintah Allah SWT yang menyuruh kita berlaku adil, adil perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang mana peruntukan kerajaan hari ini di peringkat Persekutuan harus diagihkan kepada semua negeri secara saksama khususnya negeri-negeri yang masih memerlukan pembangunan untuk mengangkat martabat umat.“Maka, atas semangat untuk bersama-sama membangun dan menyemarakkan syiar Islam di seluruh negara, kementerian saya telah meneliti permohonan ini dan insya-Allah kita setuju utk menunaikan janji ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Replika Cek bagi projek masjid tersebut di Kem Seri Pantai 18 RAMD Seberang Takir, di sini hari ini.Dr. Samsuri bersama Azmin melihat pelan pembinaan masjid baharu.Sementara itu, Dr. Samsuri yang hadir menerima replika cek berkenaan menyatakan, kehadiran hari ini secara dasarnya menunjukkan hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.“Kerajaan negeri juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Azmin atas kelulusan pembinaan masjid ini. Di atas semangat menghormati konsep federalisme, kita boleh duduk berbincang dan sepakat dalam membangunkan negeri dan negara kita yang tercinta ini.“Perkara ini penting dalam usaha kita menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 terutamanya dalam aspek pembangunan wilayah yang seimbang,” katanya.Pembinaan masjid baharu tersebut dijangka dimulakan pertengahan tahun ini dan memakan masa sehingga dua tahun.Manakala, masjid lama yang terletak di kem berkenaan dicadangkan bakal menjadi ruang kelas pengajian bagi anak-anak tentera sekiranya mendapat persetujuan pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
14 Feb 20
781
Terengganu Terima RM1.14 Bilion Peruntukan Pembangunan Infrastruktur
Azmin ketika bertemu dengan beberapa orang peniaga Pasar Payang bersama Dr. Samsuri.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.14 bilion untuk pembangunan infrastruktur di negeri Terengganu bagi tahun 2020 selaras Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri.Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, selain daripada peruntukan tersebut, Kerajaan Pusat turut melihat keperluan peruntukan bagi keperluan mendesak untuk memulihkan hakisan pantai yang perlu diberi pertimbangan serius.“Kerajaan negeri sudah bentang perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada November lalu, di mana sejumlah peruntukan diperlukan segera kerana hakisan semakin serius. “Keadaan ini akan menyebabkan masalah keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya di sepanjang pantai serta menjejaskan sektor pelancongan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Lawatan Kerja Menteri Hal Ehwal Ekonomi ke Terengganu di Pasar Payang, hari ini. Azmin, Dr. Samsuri dan kepimpinan negeri Terengganu bergambar di hadapan Kompleks Pasar Payang.Diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Azmin meninjau beberapa projek pembangunan termasuk Kompleks Pasar Payang dan ‘Drawbridge’ yang memberi kesan ekonomi positif kepada Terengganu.Dalam kunjungan itu, beliau turut menyatakan pihak kementerian sedang berbincang dan menjangkakan proses baik pulih hakisan pantai akan menelan belanja sekitar RM80 juta.“Saya sedang teliti permohonan ini dan saya percaya selepas lawatan ini, kita dapat tengok sendiri keadaan hakisan yang berlaku. “Kita cuba mulakan projek ini pada pertengahan tahun untuk elak musim tengkujuh hujung tahun. Walaupun projek ini ambil masa, sekurang-kurangnya kerja-kerja awal itu dapat dimulakan sebelum musim tengkujuh,” katanya.Lawatan kerja sehari itu merupakan rutin Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi membantu pembangunan di peringkat daerah dan negeri.Selain Terengganu, pihak kementerian turut mengenal pasti lima lagi negeri yang perlu diberi perhatian untuk kemajuan pembangunan melalui WKB iaitu Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
13 Feb 20
60
Penangan ‘Ketupat Palas’ Kini Tembusi Pasaran Antarabangsa
Norhasimah Abd GhaniKUALA NERUS, 12 Februari - Pernahkah anda mencuba ‘Ketupat Hulwah’ iaitu ketupat palas hasil air tangan Norhasimah Abd Ghani, 35, yang telah berkelana sehingga Arab Saudi?Sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati.Bagi pengusaha ketupat palas yang berasal dari Kuala Ibai, Norhasimah berkata segalanya bermula di gerai kecil di bahu jalan apabila terpaksa memikul tanggungjawab dan menjana pendapatan keluarga sejak suaminya Mohd Faizu Enet Ghani, 36 ditimpa kemalangan pada 2013.Bercerita tentang perjalanan hidupnya, pengalaman apabila suami tercinta terpaksa menganggur selama hampir empat bulan sehingga wang simpanan habis dibelanjakan adalah saat paling getir sebelum dia diperkenalkan dengan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 2.0) pada 2015."Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan TUBE 2.0, bermulalah sinar baharu dalam mata pencarian saya walaupun pada mulanya usaha untuk memasarkan produk berasaskan ketupat ini amat sukar."Sejak diluluskan geran sebanyak RM15,000 di bawah program TUBE oleh SME Corp Malaysia, saya mula mengorak langkah dan tidak berpaling lagi untuk terus berjaya," katanya.Dia yang juga penerima Anugerah Usahawan Gemilang empower ECER bagi tahun 2019 kini berbangga apabila makanan tradisional diusahakannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa malah pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia dan terbaharu ia telah menembusi pasaran di Arab Saudi.Norhasimah Abd Ghani menerima Anugerah Usahawan Gemilang empower ECER bagi tahun 2019 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berlangsung di Dewan Almuktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin( UniSZA) baru-baru ini.Ibu kepada tiga cahayamata ini,mengakui pelbagai kesukaran dan kepayahan ditempuh dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional, dan untuk berjaya bukannya perkara mudah jika dia dan suaminya berputus asa,Perbualan daripada mulut ke mulut mengenai ketupat palas berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali. Permintaan juga semakin bertambah membuatkannya semakin yakin untuk meneruskan perniagaan itu.Norhasimah berkata dia turut mendapat bantuan SME Corps dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mendapatkan fakta nutrisi dan kod bar, selain menyediakan peruntukan pembungkusan kepada perusahaannya.Berkat kesabaran dan tidak putus asa pasangan suami isteri ini, kini pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM800 kepada RM21,000 sebulan dengan bantuan empat pekerja.Menurutnya, buat masa ini, terdapat 12 variasi ketupat palas sejuk beku dan antaranya pulut lemak, pulut jagung, pulut hitam, kacang, rendang ayam, sambal ikan yang mampu bertahan selama setahun dan yang terbaru dalam perancangan ialah pulut kuning serunding daging dan juga cheese.“Jika mula berniaga dahulu saya cuma mampu menghasilkan 500 hingga 1,000 biji sehari tetapi kini, saya mampu mengeluarkan antara 30,000 hingga 40,000 biji ketupat pelbagai perisa dengan harga RM0.40 hingga RM0.90 sebiji."Melalui tempahan secara atas talian termasuk di laman sosial Facebook, kami menerima tempahan sebanyak 3,000 hingga 5000 biji sebulan bagi jualan secara langsung.“Selain aktif memasarkan secara atas talian, kami juga memasarkan produk tradisional di gerai yang beroperasi di Wakaf Beruas, Pasar Tani Gong Badak, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan di karnival anjuran agensi kerajaan,” ujarnya lagi.Katanya, selain menjual secara terus kepada pembeli, beliau turut melantik beberapa ejen di negeri yang mempunyai potensi pasaran luas seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru untuk mengedarkan produk keluarannya dalam bentuk sejuk beku.
11 Feb 20
278
Himpunan Daie : Peniaga Sup Utara Raih Rezeki Berganda
Oleh : Hailmey MansorKUALA TERENGGANU, 8 Februari - Seorang peniaga Sup Utara meraih hampir RM5,000 dalam tempoh enam jam berniaga di Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera(HDUNTS).Mohd Noor Ismail dari Jerai, Kedah berkata dia mula meniaga pada jam lima petang sehingga 11 malam dan teruja apabila jualan habis sebelum program berakhir.Mohd Noor IsmailDia yang berniaga hampir 30 tahuntelah merantau ke seluruh negeri di Semenanjung dan negeri Terengganu menjadi kegemarannya untuk mencari rezeki."Saya seronok berniaga di Terengganu kerana dapat lebih sedikit daripada biasa lebih-lebih lagi kehadiran malam ni menjangkau hampir 50 ribu pengunjung."Alhamdulillah semua barang niaga saya habis dijual sebelum habis program," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program. di sini, malam ini.Tambahnya lagi, Sup Utara Abang Noor cukup popular dikalangan pelanggan selama tempoh dia berniaga dan para pengunjung akan mencari gerai jualannya jika mengetahui tentang kedatangannya ke program.Sempena himpunan kali ini. sebanyak 25 kanopi dan 104 tapak kosong dibuka bagi memberi ruang para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.Rata-rata peniaga amat berpuas hati dengan hasil jualan mereka kerana laku dan mengharapkan program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.
08 Feb 20
43
Terengganu Bincang Manfaat Maksima Lembah Silika
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KEMAMAN, 6 Februari - Kerajaan negeri akan memperincikan perbincangan mengenai hala tuju berkait projek silika di negeri Terengganu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dibuat pertimbangan selanjutnya.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang dibincangkan akan diperkemaskan dalam merangka langkah seterusnya yang boleh diambil untuk memperkasakan projek Lembah Silika Terengganu.“Pebincangan hala tuju ini menjelaskan bagaimana negeri boleh mengambil manfaat semaksima mungkin dalam urusan silika dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat Terengganu.“Kita dalam peringkat akhir untuk memperkemaskan projek ini supaya manfaat yang diperoleh Kerajaan Terengganu adalah maksima dan mengurangkan masalah yang timbul dari segi alam sekitar,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi taklimat tersebut di Kijal, di sini hari ini.Beliau menjelaskan, proses yang dilaksanakan kilang pemprosesan pasir silika di Bari, Setiu setakat ini hanya berlangsung pada satu peringkat dan bukan sepenuhnya kepada penghasilan produk.“Setakat ini, yang sedia ada dan telah beroperasi adalah di Setiu di mana mereka mengambil silika serta diproses, sempurnakan lalu dijual kepada pembeli-pembeli iaitu syarikat-syarikat yang berkait dengan penggunaan silika.“Kita sedang berbincang dengan syarikat-syarikat yang boleh menghasilkan produk akhir supaya aktiviti itu tidak tertumpu kepada proses silika semata-mata, tetapi lebih daripada itu," katanya.Berdasarkan rekod, projek silika yang dibangunkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) sejak 2017 itu mencatatkan pengeluaran bahan galian yang telah mencecah 500,000 tan metrik sehingga kini.
06 Feb 20
158
Hotel Paya Bunga Terengganu Terus Catat Untung
Keindahan Paya Bunga Hotel.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Hotel patuh syariah, Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu terus mencatatkan keuntungan setiap bulan dalam tempoh enam bulan terakhir 2019 meskipun baru satu tahun beroperasi.Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pada enam bulan tahun lalu, Hotel PB merekodkan pendapatan sebanyak RM6.4 juta dan mempunyai baki tunai melebihi RM800 ribu.Katanya, perkara itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan bagi pihaknya kerana secara tidak langsung berjaya mengurangkan kerugian terkumpul RM1.8 juta setakat tahun 2018.“Hasil usaha gigih semua yang terlibat kita juga telah berjaya kurangkan kerugian yang dialami sejak 2015 yang sekarang hanya tinggal RM400 ribu.“Kita telah berjaya untung RM1.4 juta bagi membuang beban yang kita tanggung sejak awal hotel dibuka, alhamdulillah kita semua berjaya buat walaupun baru bermula,” ujarnya.Majlis Malam Jalinan Kasih di Hotel PB semalam.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Malam Jalinan Kasih Kali Pertama di Paya Bunga Hotel di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim yang juga Ahli Lembaga Pengarah Hotel PB.Mengulas lanjut, Khairuddin menegaskan, beliau yakin dengan kerjasama dan usaha berterusan daripada pihak terlibat, Hotel PB pastinya mampu mencatat keuntungan lebih besar pada tahun ini.“Insya-Allah kita boleh lakukan bersama, sebagai menghargai jasa dan memberi semangat kepada semua, pihak hotel telah memberikan bonus satu bulan gaji.“Semua ini akan berterusan apabila niat kita betul iaitu untuk membangunkan hotel dengan konsep patuh syariah dan sistem gerak kerja secara berkeluarga,” tambah beliau di hadapan 110 kakitangan.
02 Feb 20
1593
Kerajaan Usaha Pendekkan Tempoh Kelulusan
Oleh : Mustaqim AfandiKEMAMAN, 25 September - Kerajaan negeri sedang cuba memendekkan masa bagi kelulusan setiap permohonan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) kepada para usahawan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia bertujuan agar mereka tidak perlu menunggu lama proses untuk kelulusan sesuatu perkara.Antaranya, kata beliau ialah, projek dalam pembangunan pembiayaan dan perniagaan serta premis perniagaan.Menurutnya, kerajaan negeri juga menyediakan platform yang sangat baik kepada usahawan iaitu menghimpunkan semua agensi kerajaan dibawah satu bumbung untuk bermesyuarat dan berbincang dinamakan sebagai Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).“PEUTER akan menjadi satu medan untuk permudah cara kepada usahawan bertemu dengan agensi yang berkaitan dengan keusahawanan bagi menyampaikan maklumat dan membantu.“Antara agensi-agensi dibawah PEUTER yang terlibat ialah Sme Corp, Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), Lembaga kemjuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TEKUN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPHNHEP) dan lain-lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Himpunan Usahawan Terengganu 2019 di Dewan Berlian, Majlis Perdana, Kemaman, pada semalam.Seramai 2,000 orang usahawan daripada Daerah Dungun dan Kemaman yang mewakili zon selatan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman hadir dalam program tersebut.Tambah beliau, sebanyak 30 agensi-agensi dari kerajaan negeri dan persekutuan hadir bagi menyampaikan maklumat yang tercicir dan membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah berkaitan keusahawanan.“Dengan adanya program seperti ini usahawan boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak yang menawarkan khidmat bantuan dalam perniagaan.“Ini adalah penanda aras menunjukkan semakin ramai usahawan yang cakna dengan program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU),” kata beliau.Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah dan berharap agar para usahawan faham dengan jelas dan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah.
25 Sep 19
50
Terengganu Tawar TUGAS Bantu Penjaja Jalanan
Nurkhuzaini.KUALA TERENGGANU, 19 September- Kerajaan Terengganu menawarkan bantuan perniagaan melalui dana Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) kepada penjaja jalanan yang berleluasa di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) juga sedang menilai cadangan dan meneliti halangan untuk para penjaja terus menjalankan aktiviti peniagaan mereka.“Kita ada tabung-tabung pembiayaan yang boleh dimanfaatkan sekiranya mereka ingin memperbaharui cara perniagaan mereka. Namun, khusus untuk penyelesaian isu ini masih tiada.“Cuma, mungkin apa yang kita tawarkan tidak sesuai dengan cara mereka. Ini kerana, kebanyakan mereka bukan pengusaha produk tersebut, sebaliknya hanya mengambil upah menjaja,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan faedah pengurusan mayat berjumlah RM4,000 kepada kepada waris pasangan suami isteri, Mohd Hanafi Ismail dan Salimah Mohd Shafei yang maut kemalangan dalam kejadian di Jalan Kota Tinggi-Mersing di Johor, Jumaat lalu di Sekolah Menengah Agama Khairiah, di sini, semalam.Nurkhuzaini menyampaikan replika cek kepada anak pasangan tersebut, Nur Syazwani dan Muhammad Akmal.Awal Ogos lalu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menghentikan aktiviti perniagaan jalanan yang menyalahi undang-undang secara serta-merta.Nurkhuzaini bagaimanapun memaklum, hasil daripada perbincangan antara kedua pihak, kerajaan negeri bersetuju menangguhkan tindakan penguatkuasaan. “Kerajaan negeri memberi tempoh untuk mereka mencari alternatif perniagaan baharu sebelum kita menguatkuasakan undang-undang yang telah diputuskan sebelum ini, bermula November depan.“Dalam masa yang sama, perbincangan terus berlangsung untuk mencari jalan membantu mereka. Insya-Allah hujung oktober ini , kerajaan negeri akan cuba kemukakan satu langkah yang sesuai dengan mereka,” katanya. Menurutnya, kerajaan sedia menerima sebarang cadangan berkenaan lokasi yang sesuai untuk meneruskan perniagaan dan penjaja terlibat boleh memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).“Setakat ini, satu lokasi iaitu di Jalan Sultan Omar dikatakan sesuai untuk tujuan tersebut, tetapi perkara ini masih dalam perbincangan dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) optimis tentangnya,” jelasnya.Tambahnya, penguatkuasaan itu nanti akan dilaksanakan empat agensi iaitu MBKT, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).“Mereka mempunyai bidang kuasa berbeza, jadi kita di pihak kerajaan sentiasa memberi nasihat supaya penguatkuasa tidak melihat penjaja sebagai pelaku kesalahan yang besar. “Perlu diingat, kita cuma melaksanakannya kerana peraturan dan undang-undang serta kerajaan negeri amat berharap tidak berlaku isu-isu keganasan, sebagaimana yang pernah terjadi di tempat lain,” katanya.
19 Sep 19
83
Terengganu Perkasa Produk IKS Negeri Melalui T'Mart
Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.KUALA TERENGGANU, 17 Sept - Kerajaan Terengganu menyasarkan pembukaan lima lagi rangkaian baharu pasar mini T'Mart dalam tempoh tiga tahun ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang peruncitan di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ketika ini premis perniagaan milik kerajaan Terengganu itu sudah beroperasi di empat tempat iaitu di Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman."Untuk pembukaan baharu nanti, kita akan pilih lokasi yang sesuai berdasarkan kajian demografi yang lengkap untuk menampung permintaan pasaran dan pada masa sama memasarkan lebih banyak produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) di Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.Katanya melalui T'Mart, seramai 68 usahawan telah mendapat manfaat apabila dapat memasarkan lebih 120 produk mereka di pasar mini itu dan jumlahnya sentiasa bertambah dari masa ke semasa.Selain tumpuan kepada pasar mini T'Mart di dalam Terengganu, kerajaan negeri juga terus memperkasakan perniagaan IKS negeri itu untuk pasaran Lembah Klang melalui T'Mart DC yang beroperasi di Kampung Baru Kuala Lumpur sejak 2016.Antara produk yang dijual di T'Mart tersebut ialah makanan sejuk beku seperti satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor dan ketupat palas yang sentiasa mendapat sambutan daripada peminat makanan asli Terengganu.Selain itu, Nurkhuzaini berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan 42 unit kiosk T'Mart Corner kepada golongan belia dan asnaf dalam tempoh tiga tahun lagi."T'Mart Corner akan memberi peluang kepada belia dan asnaf menceburi perniagaan dengan bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan pada sama dapat meningkatkan lagi industri IKS di negeri ini," katanya.- BERNAMA
16 Sep 19
267
GPB Terengganu Catat Pendapatan RM15.4 Juta
KUALA TERENGGANU, September 11 - Anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad (GPB) merekodkan prestasi positif dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 dengan mengumumkan pendapatan syarikat suku kedua berakhir Jun 2019 berjumlah RM15.40 juta.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, keputusan kewangan syarikat mencatatkan momentum keuntungan yang memberangsangkan apabila keuntungan tersebut adalah keuntungan lapan suku berturut-turut sejak suku ketiga pada tahun 2017.Syarikat pembalakan itu turut memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM260,000.Katanya, kewangan GPB meningkat kepada RM260,000 berbanding RM130,000 pada suku yang sama tahun lalu.“Mengenai prospek di masa hadapan, kumpulan GPB menyasarkan keputusan kewangan yang lebih baik di suku hadapan tahun ini walaupun ada peningkatan kos operasi dan peraturan baharu yang ketat oleh Jabatan Perhutanan.“Sementara itu, segmen kaca masih lagi perlahan berikutan penurunan permintaan dalam sektor pembinaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.Nadza berkata, kumpulan itu menjangkakan operasi venir akan mula menjana keuntungan kepada pendapatan syarikat apabila anak syarikatnya telah memasuki Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan pihak luar bagi meningkatkan kapasiti penghasilan venir kering.
10 Sep 19
262