lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Kadar Faedah Skim Kredit Mikro Dimansuh - PM
Foto ihsan - NST.PUTRAJAYA, 6 April - Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerajaan bersetuju memansuhkan kadar faedah dua peratus untuk Skim Kredit Mikro yang membabitkan dana sebanyak RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN).Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat, tanpa faedah."Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan."Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau 'PRIHATIN TAMBAHAN' berjumlah RM10 bilion, hari ini.
06 Apr 20
44
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Wujudkan Tabung Pemulihan Bantu PKS
Nurkhuzaini (dua dari kiri) melihat produk PKS.KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM4 juta untuk Tabung Pemulihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Terengganu bagi membantu peniaga yang terjejas teruk disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, mereka yang terdiri daripada peniaga swasta (persendirian) layak untuk memohon pinjaman sehingga RM50,000.“Tempoh bayaran balik adalah selepas enam bulan daripada tarikh permohonan pinjaman dan ia turut bergantung kepada tempoh lanjutan PKP COVID-19.“Insya-Allah dengan bantuan pinjaman tanpa riba (faedah) ini akan membantu peniaga-peniaga kita dan borang permohonan akan diedarkan secepat mungkin,” katanya ketika sidang media di Studio TV Darul Iman semalam.Dalam perkembangan sama, pada 27 Mac lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan tambahan peruntukan daripada RM4 bilion kepada RM13.1 bilion bagi membantu individu dan PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19.BNM dalam kenyataan berkata, antara penambahan peruntukan ialah Kemudahan Bantuan Khas (SRF), daripada RM2 bilion kepada RM5 bilion dengan kadar pembiayaan maksimum diturunkan daripada 3.75 peratus setahun kepada 3.5 peratus setahun.“Selain peruntukan tambahan kepada Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) daripada RM5.8 bilion kepada RM6.8 bilion bagi meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan dan kadar pembiayaan maksimum dikurangkan daripada lapan peratus setahun kepada tujuh peratus setahun,” ujarnya.Menurutnya, PKS boleh memohon tiga kemudahan lain di bawah Tabung itu, iaitu Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Agromakanan (AF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).Jelas BNM, PKS yang berminat boleh memohon pembiayaan dengan menelefon atau menghantar e-mel kepada institusi kewangan peserta (PFI), atau melawat platform rujukan pembiayaan perniagaan di www.imsme.com.my.“PKS boleh memohon skim BizMula-i dan BizWanita-i yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) bagi pembiayaan sehingga RM300,000.“Institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi kemudahan itu,” tambah BNM.
30 Mar 20
155
Empty Image
COVID-19 : Amzad Beli 2,000 Tembikai Kurangkan Kesan Ditanggung Petani Terengganu
Pihak DUN memuatkan buah tembikai ke dalam lori untuk diagihkan.Oleh: Husein HusainiKUALA TERENGGANU, 28 Mac –Memahami keadaan para petani Terengganu yang terjejas di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengambil inisiatif membantu golongan ini dengan membeli 2,000 biji buah tembikai untuk diagihkan kepada kebanyakkan masyarakat di sekitar  Kuala Terengganu. “Sebanyak 500 biji tembikai diagihkan sama rata ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihak DUN sendiri yang akan agihkan ke setiap cawangan untuk disumbangkan kepada rakyat."Sambil kita tolong petani, kita juga dapat tolong rakyat.” katanya.Ahmad Amzad.Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia menyatakan, usaha tersebut turut dilakukan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang lain untuk mengurangkan beban golongan tani negeri itu yang terjejas."Kebanyakan petani tidak dapat menjual hasil tanaman mereka dengan baik dan hilang punca pendapatan ketika ini."Ini kerana, kebanyakkan kedai dan pasar yang menyediakan bahan mentah juga terpaksa ditutup bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Amzad juga telah mengambil inisiatif menyumbang sebuah kanopi besar untuk kemudahan para petugas kesihatan di Klinik Hiliran bagi menzahirkan penghargaan kepada ‘front liner’ yang bertungkus-lumus memastikan penyebaran wabak COVID-19 ini terjaga.
27 Mar 20
243
Empty Image
Pakej Prihatin Rangsang Kitaran Pemulihan Ekonomi - Abdul Hadi
Abdul Hadi.MARANG, 27 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dijangka dapat merangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, inisiatif terbaharu kerajaan pusat itu juga memberi kelegaan kepada kepada petugas barisan hadapan, peniaga dan rakyat di segenap lapisan."Ia sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut beliau yang juga Presiden PAS,  pakej Prihatin tersebut akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik."Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini," tambah beliau.
27 Mar 20
45
Empty Image
TDM Berhad Meterai Perjanjian Pembelian Saham THP-YT Plantation
KUALA TERENGGANU, 3 Mac– TDM Berhad (TDM) menandatangani Perjanjian Pembelian Saham (SPA) dengan TH Plantations Berhad (THP) bagi memperoleh 70 peratus saham THP-YT Plantation Sdn Bhd dengan pertimbangan pembelian sebanyak RM7.0 juta.Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata pada masa yang sama, pihaknya turut menandatangani Perjanjian Penyelesaian (SA) untuk menyelesaikan pendahuluan antara syarikat sebanyak RM78.6 juta yang terhutang oleh THP-YT kepada THP Suria Mekar Sdn Bhd (THSM), anak syarikat THP yang dimiliki sepenuhnya. Katanya, sebahagian daripada pendahuluan RM62.0 juta akan diselesaikan melalui kemudahan bank dan pendahuluan pemegang saham dan baki akan diberikan oleh THSM kepada TDM dengan kadar RM1.00."Pengambilalihan yang dicadangkan ini akan meningkatkan jumlah kawasan tanaman TDM di Terengganu dari 31,346 hektar kepada 33,653 hektar."Di samping itu, profil usia muda yang mana antara dua hingga sembilan tahun akan menyumbang secara positif untuk meningkatkan profil umur purata keseluruhan TDM. "Atas faktor lokasi yang berhampiran antara ladang THP-YT dengan perladangan sedia ada TDM, pengambilalihan itu dijangka dapat mengoptimumkan kapasiti dan kecekapan pemprosesan FFB, dan selanjutnya menurunkan kos pemprosesan kilang di kilang minyak sawit TDM di Sungai Tong,"ujarnya dalam satu kenyataan bertulis hari ini.Tambahnya lagi, di bawah Pelan Pembangunan Perniagaan (BDP),Kumpulan sentiasa mencari prospektif lapangan sedia ada dengan matlamat untuk mencapai peningkatan perolehan dalam kedua-dua sektor perladangan dan juga penjagaan kesihatan.Justeru itu katanya,  pengambilalihan ini adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan Kumpulan untuk meningkatkan profil umur purata dan mengurangkan turun naik dalam hasil pendapatan. "TDM secara strategik meletakkan dirinya untuk terus berdaya saing dalam keadaan pasaran yang sangat mencabar."Walau bagaimanapun, Kumpulan bersifat optimistik terhadap asas-asas mampan jangka panjang industri dan akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran," ujar beliau.
03 Mar 20
243
Empty Image
Terengganu Bakal Perkenal Anugerah Usahawan
Nurkhuzaini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Kerajaan Terengganu bercadang untuk memperkenalkan anugerah usahawan menjelang penghujung tahun 2020 bagi mengiktiraf peranan pengusaha perniagaan yang merancakkan sektor ekonomi.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ia juga sebagai menghargai sambutan hangat yang diberikan oleh para usahawan di negeri itu terhadap setiap program kerajaan. “Selepas ini setiap usahawan kita yang berjaya kita akan berikan anugerah. Saya sudah berbincang dengan pihak Yayasan Pembangunan Usawahan (YPU) sebelum ini.“Dan mungkin kita akan buat beberapa kategori untuk anugerah tersebut yang akan mendapat sokongan padu kerajaan negeri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap pada Grand Dinner Himpunan 1,400 Usahawan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini kelmarin.Terdahulu, beliau turut memaklumkan, pihaknya sedang melakukan penambahbaikan bagi mengenal pasti usahawan yang berpotensi untuk terus dibantu.“Sebelum ini, data atau direktori yang mengumpulkan semua usahawan Terengganu sudah ada dan jumlahnya mencecah 22,000 orang, tetapi ia belum dikemaskini dengan teliti.“Melalui data terbaru yang kita ada, kita akan buat pemutihan dan senarai baharu setiap usahawan Terengganu akan dikeluarkan supaya mudah untuk kita buat apa-apa program atau insentif lain,” tambah beliau.
24 Feb 20
363
Empty Image
SAHANITA Bantu Wanita Tambah Pendapatan
Zul Bhari bersama peserta-peserta kursus.Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 25 Februari - Persatuan Usahawan Wanita Terengganu (SAHANITA) yang ditubuhkan tahun lalu berupaya membantu golongan wanita untuk menambah pendapatan diri dan keluarga.Timbalan SAHANITA, Zaidah Awang berkata, ramai wanita di Terengganu terlibat dengan aktiviti usahawan namun kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu menyebabkan perniagaan mereka tidak mencapai keuntungan yang banyak.Justeru katanya, penubuhan SAHANITA adalah tepat pada masanya bagi membantu kaum ibu meningkatkan keuntungan perusahaan yang sekali gus menambah pendapatan mereka.“NGO ini yang ditubuhkan tahun lalu bukanlah bertujuan mencari keuntungan semata-mata tetapi ingin membantu usahawan wanita khususnya bagi mengembangkan perniagaan atau perusahaan supaya lebih maju dan berdaya saing. “Pada hari ini kita hadir ke Setiu sebagai permulaan dan kita dapati program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada kaum hawa di sini,” ujarnya.Chef Norasikan (kanan).Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kursus Pembuatan ‘Meatball’ di Balai Komuniti Kampung Bukit Chalok di sini semalam.Terdahulu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman hadir merasmikan program tersebut yang dihadiri kira-kira 42 peserta.Program tersebut turut diserikan dengan kehadiran Chef Norasikan Mohd Nor dari Qaireen Kitchen.
24 Feb 20
346
Empty Image
Duyong Marina & Resort Catat Pendapatan RM9.1 Juta Bagi 2019
KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Duyong Marina & Resort (DMR) yang merupakan salah satu hotel milik kerajaan negeri, berjaya mencatat perolehan sebanyak RM9.12 juta bagi tahun 2019 melebihi dari anggaran asal yang telah ditetapkan.Pengurus Besarnya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata, sasaran awal yang ditetapkan adalah sebanyak RM9 juta namun DMR telah berjaya mencatatkan angka lebih memberangsangkan.“Buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, DMR telah berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai untuk tahun 2019.“DMR juga telah berjaya mencatatkan keuntungan tujuh bulan berturut-turut bermula Jun hingga Disember 2019 selain turut memperolehi keuntungan pada bulan Mac,” katanya.Wan Mohd FaizulBeliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis High Tea Bersama Selebriti di Verandah Cafe, di sini hari ini.Tambah beliau lagi, pihaknya juga meletakkan sasaran lebih awal bagi tahun 2020 iaitu angka yang lebih tinggi berdasarkan pencapaian yang telah ditunjukkan pada tahun lalu.“Melalui prestasi yang telah ditunjukkan pada tahun lalu, bagi tahun 2020 kita mensasarkan perolehan sebanyak RM10.8 juta.“Untuk Januari 2020 sahaja, kita telah mencatatkan perolehan sebanyak RM650,000  berbanding Januari tahun lalu sebanyak RM350,000 sahaja,” katanya.Wan Mohd Faizul berkata, pelbagai rangka telah dilakukan bagi mencapai sasaran untuk 2020.Katanya, pakej-pakej baru akan diperkenalkan sepanjang 2020 untuk menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.“Dengan kemudahan yang ditawarkan, pelbagai pakej baru akan diperkenalkan antaranya pakej akikah selain dari pakej-pakej sedia ada seperti perkahwinan dalam taman,” katanya.Tambahnya, ini termasuk penjenamaan semula dengan melaksanakan Hi-Tea Duyong Marina yang diadakan pada setiap jumaat bermula jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang"Berbeza dengan kali ini, Duyong Marina & Resort membawakan selebriti untuk menarik lebih ramai pengunjung dan harga pula lebih murah iaitu hanya RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak," ujarnya.
21 Feb 20
2968
Empty Image
Ke Mana RM1.14 Bilion Bakal Dibelanjakan?
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) dan Dato' Seri Azmin Ali (kanan).KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan rasa terima kasih kepada Menteri hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali atas kelulusan peruntukan sebanyak RM1.14 bilion untuk pembangunan infrastruktur negeri itu bagi tahun 2020.“Terima kasih kerana telah meluluskan peruntukan untuk Rolling Plan keempat tahun 2020 bagi negeri Terengganu melaksanakan 281 projek dalam negeri ini.“Daripada jumlah itu, sebanyak 39 projek baharu diluluskan dengan kos RM18.15 juta, manakala sebanyak 242 projek sambungan dengan kos RM1.115 bilion,” katanya ketika berucap di Kem Seri Pantai 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) (Para) Seberang Takir, baru-baru ini.Jelasnya, di samping kelulusan itu, beliau juga amat mengalu-alukan kelulusan projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada rakyat seperti penyelenggaraan surau, masjid dewan orang ramai, jalan-jalan kampung, longkang parit dan sebagainya.“Kita melihat beberapa persoalan yang berlaku di negeri Terengganu yang berkait dengan isu-isu hakisan yang berlaku serta keperluan untuk pembinaan infrastruktur bagi perhubungan rakyat di Pulau Redang dan sebagainya .“Semua perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut antara kerajaan negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi terutamanya dengan kerjasama Dato’ Seri Azmin Ali,” katanya.Dr. Samsuri berharap pembangunan Terengganu tidak dilupakan oleh Persekutuan kerana ia sama-sama memberi manfaat bukan sahaja kepada negeri, tetapi juga kepada negara secara amnya.“Hubungan yang baik ini akan diteruskan, dan saya percaya inilah yang kita mahu bukan sahaja dalam negeri Terengganu, bahkan di semua negeri dalam Malaysia ini,” katanya.
18 Feb 20
36
Empty Image
ECRL Pacu Pertumbuhan Ekonomi Terengganu - MB
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman. Foto oleh - Hishamuddin Abdullah.KUALA LUMPUR, 18 Februari - Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi ‘game changer’ atau pembawa perubahan kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM44 bilion itu dijangka membuka lebih 20,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negeri itu."Ini secara tidak langsung berupaya memangkin taraf ekonomi rakyat, perkembangan industri dan teknologi ke tahap yang lebih baik di masa hadapan serta menyemarakkan sektor pelancongan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL), di sini hari ini.Ahmad Samsuri berkata, memorandum berkenaan adalah bagi kerjasama strategik kepada pelaksanaan ECRL.Mengulas lanjut beliau memaklumkan, pembangunan di kawasan ECRL tidak hanya tertumpu semasa tempoh pembinaan projek sahaja."Tetapi ia akan terus ditambah baik melalui peranan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam merangkumi aspek-aspek pembangunan pusat industri dan logistik," jelasnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak yang hadir sama berkata, kolaborasi strategik itu sudah berada pada momentum terbaik.Darwis Abdul Razak."Ia dijangka akan terus memacu pembangunan infrastruktur dan pengangkutan di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu."Kerjasama ini memberikan pendekatan holistik kepada projek ECRL kerana tidak terhad kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga meneroka dan mengenal pasti pembangunan ekonomi lain di Terengganu," tambah beliau.
18 Feb 20
174