Artikel "Ekonomi" Terkini
‘Sate Ikan Aya’ Inovasi Terbaharu Di Jabi
Dr Azman merasmikan produk sate ikan aya.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 7 September – Jabi cukup terkenal sebagai lubuk sate yang tersedia dengan pelbagai menu sama ada ayam, daging atau pun arnab sehingga menarik pengunjung dari seluruh negara.Terbaharu, produk ‘Sate Ikan Aya’ dilancarkan hasil kajian Jabatan Perikanan dan inovasi sejak setahun lalu yang diubah daripada ikan tuna kepada ikan aya (tongkol).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, inovasi tersebut selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempelbagaikan industri hiliran daripada produk-produk mentah.“Kita keluar sedikit daripada penggunaan ikan aya ini orang selalu buat nasi dagang, ikan singgang, rebus goreng dan sebagainya. Kali ini kita cuba pelbagaikannya. “Alhamdulillah petang ini memberi peluang kepada para tetamu dan masyarakat sekitar untuk merasainya. Kita juga ada dapatkan komen daripada mereka dan saya yakin bahawa produk baru ini boleh pergi jauh,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sate Ikan Aya di Kedai Sate Suria, di sini petang kelmarin. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, produk itu akan diperkenalkan sempena Hari Peladang dan Penternak Negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Pekan Jabi pada 25 hingga 28 September akan datang.“Saya mengambil kesempatan untuk mengundang seluruh rakyat negeri Terengganu malah seluruh rakyat Pantai Timur yang berjiran untuk memenuhi Dataran Pekan Jabi untuk bersama mengambil manfaat daripada program tersebut.“Mungkin selepas ini jabatan bersedia untuk mengadakan kursus dalam bentuk kursus Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi kita menambah lagi bilangan pengusaha dan kemahiran dalam menghasilkan sate,” tambah beliau.
07 Sep 19
525
Usahawan Muda Tokoh Maal Hijrah OKU Terengganu
Ahmad Safuan.KUALA TERENGGANU, 1 September - Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 31, yang mencipta kejayaan dalam perniagaan seluar jeans sehingga ke peringkat antarabangsa menerima Anugerah Tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.Pemilik jenama pakaian ‘Raw Denim House’ (RDH) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Ahmad Safuan yang mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan itu memulakan perniagaan di Jerteh, Besut pada tahun 2011 bersama abang dan rakan karibnya.“Alhamdulillah, sehingga kini banyak tempahan telah diterima daripada pelanggan bukan sahaja dari dalam negara tetapi dari seluruh dunia seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan Switzerland.“Anugerah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus fokus dalam bidang ini agar RDH menjadi satu jenama terkenal di peringkat global dan mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau yang memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti TATI berkata pada tahun ini, RDH turut menerima pembiayaan dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebanyak RM200,000 untuk operasi kilang baharu syarikatnya di Jertih.Ketika ini, beliau turut bergerak aktif sebagai penceramah dalam program keusahawanan yang melibatkan golongan belia di seluruh Terengganu.“Dalam masa terdekat, syarikat saya akan melancarkan laman web sendiri dan bekerjasama dengan sebuah platform perniagaan dalam talian untuk memasarkan produk RDH secara lebih sistematik,” tambah beliau.
01 Sep 19
755
Gadai Nyawa Buru ‘Emas’ Tualang
Rosli Hashim (dua dari kanan).Oleh : Ariss AliasSETIU, 1 September – Kualiti madu tualang atau madu lebah hutan banyak diperkatakan sebagai madu terbaik sehingga menyebabkan orang ramai membayar pada harga yang tinggi untuk mendapatkannya.Perkara itu menyebabkan sesetengah orang kampung bergadai nyawa mencari manisan ‘emas’ demi meningkatkan taraf ekonomi, kumpulan terbabit dikenali sebagai kumpulan ‘Tualang Chalok’.Pengasas kumpulan itu, Rosli Hashim, 49, berkata, beliau mula mengambil madu lebah bunga Gelam sebelum timbul minat untuk mengutip madu lebah Tualang kerana memberikan hasil yang lebih lumayan.“Saya menubuhkan kumpulan ‘Tualang Chalok’, ahlinya seramai tujuh orang berasal dari sekitar Mukim Chalok pada tahun 2003 dan kekal sehingga sekarang bagi memudahkan kerja seharian.“Rekod bagi kami ialah kami pernah mengutip madu daripada 37 buah sarang dalam satu pokok. Tempoh masa untuk ambil mengutip madu biasanya dalam lima hingga enam jam, biasa bermula selepas Isyak dan akan selesai sebelum Subuh.“Hasil paling banyak kami pernah perolehi pernah mencecah RM40 ribu yang akan dibahagikan antara ahli kumpulan,” ujarnya ketika ditemui pemberita.Madu tualang.Bagi anggota kumpulan terbabit, Ridzwan Hussin, 37, mengatakan dia menghadiri kursus yang dianjurkan oleh jabatan perhutanan dan pihak Agro Setiu sebelum mahir dalam kerja itu.“Kaedah ini (yang dipelajari) diakui sebagai paling moden dan selamat menjadikan saya yakin untuk bekerja.“Masa yang diambil untuk mengutip madu bagi satu adalah sekitar 30 minit,” katanya lagi. Bagi veteran kumpulan itu yang berpengalaman lebih 20 tahun, Abdul Majid Deraman, 56, pelbagai lokasi telah dikunjungi di Terengganu untuk mencari madu lebah.“Jenis madu yang dikutip terdiri daripada jenis madu lebah Kampong, lebah Bunga Gelam hinggalah ke madu Tualang, Kumpulan kami biasanya ke kawasan Tasik Kenyir dan paling jauh ke daerah Kemaman,” ujarnya.Gadai nyawa demi sesuap nasi.
01 Sep 19
447
Hab Petroleum Pulau Kerengga Tarik Minat Pelabur Dubai, China
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Dua syarikat besar dari Dubai dan negara China berminat untuk melabur dalam rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, permohonan untuk membangunkan kawasan itu telah diterima dan kerajaan negeri sedang meneliti perancangan syarikat terbabit sebelum membuat keputusan lanjut.Jelasnya, kedua-dua syarikat tersebut akan datang ke Terengganu pada 4 September ini bagi membincangkan perancangan mereka bersama kerajaan negeri dan mereka turut akan dibawa melawat ke kawasan hab petroleum kedua itu.“Jika ada persefahaman segalanya berjalan mengikut perancangan antara syarikat Dubai atau China ini, dijangka ia akan mewujudkan 10 hingga 15 ribu peluang pekerjaan, apa pun kita akan teliti perancangan syarikat terbabit.“Sebelum ini pembangunan hanya rancak di sebelah selatan (kemaman) jadi apabila wujudnya hab ini di Marang nanti, pembangunan turut rancak, mungkin pelabuhan akan diwujudkan sekali gus membuka ruang untuk perniagaan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan Jalur Gemilang bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, di Pasar Besar Bukit Besar, di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan pihaknya sudah menerima pelan utama untuk melaksanakan projek Terengganu Silica Valley (TSV) yang memerlukan dana sebanyak RM4 billion“Sekarang kita sedang aktif mencari dan menjemput pelabur-pelabur yang nak melabur dan membangunkan prasarana kawasan itu bersama kerajaan negeri.“Kita sudah mengenal pasti beberapa syarikat yang besar dalam dunia ini, respon mereka positif untuk projek itu,” ulas beliau.Untuk rekod, hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
27 Aug 19
311
TDM Catat Hasil RM99.5 Juta Bagi Suku Kedua 2019
KUALA TERENGGANU, 27 Ogos – Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) mencatatkan hasil pendapatan berjumlah RM99.5 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2019 (2QFY2019) iaitu peningkatan sebanyak 2 peratus daripada RM97.6 juta pada 2QFY2018.Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata sementara itu penyelarasan EBITDA yang direkodkan bagi separuh tahun pertama 2019 adalah berjumlah RM32.4 juta berbanding dengan separuh tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM34.0 juta.Katanya, berdasarkan kepada prestasi, bahagian Penjagaan Kesihatan terus kukuh pada separuh tahun pertama dimana pendapatan meningkat sebanyak 16 peratus dan jumlah pelarasan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga turut meningkat sebanyak 61 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Walaubagaimanapun, perniagaan perladangan kami terkesan daripada penurunan harga minyak sawit yang menyebabkan ianya berada dibawah tekanan bagi separuh tahun pertama 2019 memandangkan ketidakstabilan musim dan stok minyak sawit.“Bahagian perladangan mencatatkan pendapatan yang rendah bagi separuh tahun pertama 2019 iaitu sebanyak 21 peratus dimana berkemungkinan besar disebabkan oleh penurunan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan juga Isirong Sawit (PK) di mana masing-masing sebanyak 18 peratus dan 42 peratus. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan yang dapat dilihat pada separuh tahun pertama 2019 dari segi harga minyak sawit iaitu CPO dan juga PK meningkat sebanyak 16 peratus dan lapan peratus berbanding separuh tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Tambah YM Raja Dato’ Idris lagi, pihaknya akan terus melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) untuk mengukuhkan lagi platform bagi pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa yang panjang. “Dengan pelaksanaan VCP ini, kami berharap dapat mencapai pelarasan EBITDA yang lebih baik berbanding tahun yang lalu dan kami juga telah menjalankan beberapa pendekatan VCP yang sama bagi operasi di Kalimantan. “Walaupun kami memperolehi hasil yang lebih rendah bagi separuh tahun pertama 2019, sebahagian daripada VCP operasi kami di Kalimantan berada di landasan yang tepat bagi mencapai target pemulihan yang telah kami sasarkan bagi tahun 2019,” ujarnya. Sementara itu, bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dalam pendapatan sepanjang tempoh iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus dan pelarasan EBITDA mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. “Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah bilangan pesakit luar dan pesakit dalam sebanyak 11 peratus dan tujuh peratus berbanding tahun lepas. Jumlah bilangan hari pesakit dalam yang tertinggi adalah sebanyak 10 peratus turut menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. “Selain itu, terdapat peningkatan jumlah bilangan katil daripada 92 kepada 122 dan juga pembukaan Pusat Kardiologi di Kuantan Medical Centre turut menyumbang kearah positif kepada bahagian penjagaan kesihatan pada tahun 2019,” katanya lagi. Menurut YM Raja Dato’ Idris, pihaknya amat gembira dengan prospek yang membolehkan mereka menjayakan suku kedua bagi tahun ini yang telah memberi galakan dengan melihat momentum yang sedia ada dan juga perancangan strategik serta usaha dalam bidang operasi yang telah diterap melalui portfolio kesemua hospital. “Kami yakin bahawa prestasi kami akan terus meningkat dengan adanya penambahahan bilangan katil hospital yang beroperasi dan ini memberi peluang yang lebih besar untuk kami terus berkembang,” jelasnya. Beliau juga berkata, disebabkan oleh persaingan yang kuat dan juga situasi yang tidak dapat dijangka, Kumpulan telah mengambil langkah yang optimis dalam mengekalkan kestabilan prestasi di bahagian operasi bagi kewangan tahunan 2019.“Di bahagian perladangan, kami amat berdedikasi dalam agenda kelestarian dimana sijil RSPO dan MSPO yang kami perolehi telah membolehkan kami untuk menikmati premium yang lebih baik daripada untung jualan CSPO dan CSPK kami termasuk memberi fokus dalam mengoptimumkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti operasi dan memulihkan pengeluaran yang mampan sekaligus meningkatkan keuntungan pada permintaan masa hadapan di bahagian perladangan dan juga bahagian penjagaan kesihatan.“Prestasi bagi suku kedua boleh dijadikan sebagai gambaran kepada potensi sebenar projek kami yang akan datang. Pembukaan Pusat Kardiologi yang baru di Kuantan Medical Centre yang telah kami jayakan pada awal tahun ini, turut menyumbang kepada peningkatan yang memberangsangkan kepada TDM, dan kami menjangkakan pertumbuhan yang positif pada tahun yang akan datang,” tambahnya.
27 Aug 19
41
Tinggalkan Kerjaya Di ExxonMobil, Raih RM25,000 Semusim Sebagai Petani
Zakaria Harun.Oleh : Ariss AliasSETIU, 26 Ogos – Seorang Juruteknik ExxonMobil nekad meninggalkan kerjayanya dengan mengusahakan tanaman cempedak sehingga mampu memperoleh pendapatan RM25,000 semusim.Zakaria Harun, 65, berkata tanaman itu diusahakan di atas tanah miliknya yang berkeluasan dua ekar di Kampung Kubang Puyu. Dia berkata, keunikkan rasa buah cempedak yang ditanam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap itu menjadi rebutan ramai sehingga dipasarkan ke luar negeri seperti Kuala Lumpur dan Johor.“Hasil yang dikeluarkan pada mulanya tidak banyak membuatkan datang keinginan untuk meningkatkan cempedak melalui kaedah membela ikan keli di dalam tangki pada tahun 2009. “Air ikan keli yang disalin ini akan dialirkan ke pokok-pokok cempedak bertindak sebagai baja membuatkan pokok subur dan mengeluarkan hasil yang banyak dan sedap,” tambah beliau lagi.Terdahulu Zakaria berkata, keinginan untuk membangunkan kampung serta adanya masa lapang sewaktu cuti bekerja menyebabkan dia nekad meninggalkan jawatan juruteknik di ExxonMobil walaupun bergaji belasan ribu sebulan.“Jadual kerja saya seminggu bekerja dan seminggu cuti, ia membuatkan saya terfikir untuk membuat sesuatu pada masa lapang di tanah ini yang dahulunya ditanam dengan tanaman getah.“Bermula daripada itulah saya mula menanam pokok cempedak ini pada tahun 1985 secara kecil-kecilan di atas tanah seluas dua ekar,” ujarnya ketika ditemui media semalam.Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof berkata, Langkap sememangnya terkenal dengan pengeluaran buah-buahan yang berkualiti sehingga menjadi salah satu kawasan pengeluaran buah di negeri ini.“Setiap kali musim buah-buahan, peniaga membuka gerai kecil di tepi jalan bermula dariKampung Sungai Tong hingga ke Chalok. Ini salah satu kemeriahan yang tidak ada di kawasan lain,” katanya.
26 Aug 19
246
FAMA Bantu Pasarkan Duku Terengganu
HULU TERENGGANU, 19 Ogos-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan terus membantu mempromosi dan memasarkan buah duku Terengganu bagi menjamin kestabilan harga untuk mengatasi risiko lambakan buah tersebut di pasaran.Pengarah Kanan Khidmat Pemasaran ( Segar) FAMA Ibu Pejabat, Mohd Anis Mohd Yasin berkata pihaknya mensasarkan pengeluaran hampir 5,000 tan duku tahun ini menerusi ladang seluas 404 hektar yang membabitkan lebih 1,000 petani di seluruh negeri Terengganu.Katanya, pengeluaran tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lalu dan perkembangan itu sedikit sebanyak dapat merealisasikan usaha untuk memartabatkan duku Terengganu antara duku terbaik di Malaysia."Selain pembelian oleh FAMA, kita juga menggalakkan petani ini terlibat sendiri dalam pemasaran supaya mereka dapat hasil yang lebih baik," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Antara FAMA dengan Usahawan Duku Terengganu di Kampung Durian Bador, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah FAMA negeri, Fauzi Mohamed.Menurutnya, pembelian buah duku berkenaan dibuat menerusi 11 pusat pembelian yang diwujudkan oleh Fama di kawasan sasaran.Jelasnya lagi, harga duku di peringkat ladang kini antara RM2.20 manakala harga runcit kira-kira RM4.00 sekilogram.Sementara itu, FAMA masih lagi membuat kajian dan mencari satu kaedah bagi membolehkan duku Terengganu yang menjadi buah pengenalan negeri ini dapat berada di pasaran sepanjang masa.Tambah Mohd Anis, duku merupakan sejenis buah yang boleh bertahan dalam tempoh tiga hari dan ia perlu segera dipasarkan selepas dituai."Setakat ini, ia hanya dieksport ke Singapura dan Indonesia kerana jangka hayatnya yang pendek dan cepat rosak."Pelbagai usaha telah dibuat untuk komersialkan duku tetapi setakat ini belum menemui jalan penyelesaian namun kita akan usaha lagi untuk mencari kaedah alternatif bagi masalah ini," ujarnya.
19 Aug 19
364
Abdul Hadi, Model Pengusaha Itik Berjaya
Oleh: Aslam WiraMARANG, 16 Ogos - Seorang anak muda yang berusia 31 tahun merupakan contoh model pengusaha berjaya dalam ternakan itik telur semenjak dua tahun lalu.Muhammad Abdul Hadi Salleh mengusahakan hampir 100 ekor itik telur bagi memenuhi pasaran jualan telur itik kepada pembeli dan peminat telur masin.“Dalam masa satu hari, saya boleh dapatkan 80 biji telur dan seminggu ianya mencapai 500 biji telur."Namun tidak mencukupi kerana permintaannya mencecah 1000 biji dalam satu masa," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di rumahnya di Kampung Sentul Patah, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman , Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; kakitangan Jabatan Veterinar Marang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sentul Patah.Menurut Abdul Hadi lagi, seterusnya adalah usaha bagi mencapai sasaran bagi memenuhi permintaan ramai lebih-lebih lagi penggemar telur masin.Sementara itu, Wahab Osman berkata pengusaha itik di kalangan anak muda tidak ramai dan ini adalah peluang yang baik memandangkan permintaan agak tinggi terhadap telur yang dihasilkan.Menurutnya lagi, orang muda perlu menjadikan Hadi sebagai contoh, kerana bersungguh-sungguh melakukan pengusahaan itu walaupun ia nampak seperti agak kekampungan.“Minat dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah salah satu jaminan untuk membuktikan kejayaannya dalam pengusahaan ini. Tambahan pula, itik telur ini mudah diuruskan.”“Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pula akan cuba mewujudkan ternakan secara berkelompok untuk belia dan anak muda bagi menambah peluang perkerjaan," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Veterinar Marang yang hadir juga menawarkan khidmat yang mampu diberikan oleh jabatan mereka.Antaranya adalah memberikan khidmat nasihat, menawarkan kursus khas, penyediaan ubatan seperti “ubat stress” dan penyelidikan penyakit melalui sampel najis yang dikutip.
15 Aug 19
1049
Terengganu Tawar Skim Pembiayaan ‘Food Truck’
Nurkhuzaini menegaskan skim itu menawarkan 'Food Truck' pada harga yang berpatutan.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan Skim Pembiayaan ‘Food Truck’ dengan had maksimum pembayaran sebanyak RM75,000.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Koperasi Istiqamah Terengganu Berhad (KITAB) akan menjadi pembekal ‘Food Truck’ kepada YPU apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak terbabit.Jelasnya, ia secara tidak langsung akan memudahkan usahawan untuk memilih ‘Food Truck’ pada harga yang lebih rendah dengan aspek perkhidmatan terbaik.“Ini adalah satu lagi kemudahan untuk usahawan-usahawan kita yang nak berkecimpung dalam bidang ‘Food Truck’ atau kenderaan saji ini.“Istimewanya skim ini ialah pembekal akan membekalkan kenderaan saji mengikut kehendak pemohon tersebut, contohnya jika mahu menjual keropok, pembekal akan bekalkan kenderaan dalam tempoh enam minggu mengikut rekaan bersesuaian dengan jenis perniagaan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dan Pertukaran MOU antara YPU Dengan KITAB di Dewan Serbaguna YPU, di sini semalam.Pertukaran MoU antara YPU dan KITAB.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Anuar Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Nurkhuzaini lagi, usahawan yang berminat juga akan diberikan latihan khusus bagi mengendalikan kenderaan itu sebelum memulakan sepenuhnya perniagaan.“Kaedah mengurus ‘food truck’ seperti cara servis akan diajar dengan teliti selama enam bulan, selepas itu usahawan akan diberikan kebebasan sepenuhnya.“Ilmu pengurusan akaun turut akan diselitkan dalam skim ini bagi memantapkan lagi usahawan, kita sedar ramai usahawan yang berminat, tetapi kurang pakar dalam ilmu tersebut,” katanya.Tambah beliau lagi, majlis pelancaran khas berkenaan skim terbabit akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.“Sekarang kita dah ada lima pemohon, kalau ikut tempoh siap kenderaan iaitu enam minggu, maka kita jangka pelancaran oleh Menteri Besar dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang,” jelasnya.
09 Aug 19
286
Raih RM8,000 Sebulan Hasil Kudapan Tradisi
KUALA NERUS, 2 Ogos-Mysisme, jenama produk Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof 63, berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.Ibu kepada sembilan anak berkata, usia bukan penghalang untuk menjelajah dalam usaha mempromosikan kudapan istimewa dari Terengganu disamping meningkatkan lagi pendapatan syarikat milik keluarga."Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata."Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan."Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di gerai jualannya di tapak Pekan Budaya Kuala Nerus, Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Kini dengan bantuan tujuh anaknya yang menguruskan bahagian pemasaran dan jualan, Mysisme dikembangkan lagi dengan produk baharu seperti bunga durian, kuih siput, jala emas, tahi itik, mas sejemput dan puding raja termasuk menerima tempahan daripada orang ramai.Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo dan pekan budaya oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan."Macam hari ni, makcik boleh dapat RM1,000 sejak dibuka jam 10 pagi tadi dan berharap akan lebih lagi pada hari seterusnya."Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya.Tambah Maimunah, kejayaanya hari ini juga banyak dibantu oleh pihak pelancongan negeri dalam mempromosikan Mysisme di luar negeri dalam setiap program yang dianjurkan."Sememangnya Tourism banyak membantu saya khususnya Mysisme untuk kenalkan produk dalam penganjuran pelbagai program di luar contohnya di Singapura, Thailand dan sebagainya."Pernah diberi peluang untuk mengikuti Le Tour De Langkawi dan hasilnya memang lumayan walaupun rasa letih kerana terpaksa berpindah tempat dalam tempoh masa singkat,"ujarnya.
02 Aug 19
753