Artikel "Ekonomi" Terkini
Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri
KUALA TERENGGANU, 1 November - Sebuah pintu sempadan antarabangsa baharu di Terengganu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan lokasi di Lembah Silika Terengganu termasuk tiga lagi pintu di Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, di Telok Melano dan Baleh, Sarawak.
Katanya, melonjakkan lagi sektor ekonomi di negeri terbabit dijangka siap pada tahun hadapan.
"Pembukaan berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika rentas sempadan dibenarkan kelak bahkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terlibat.
“Bagi pintu sempadan tersebut, Terengganu tidak lama lagi dalam tahun ini atau awal tahun depan dibuka juga yang sedang pembinaan yang telah bermula bulan Julai lalu,” katanya.
Terdahulu, kerajaan kini dalam usaha mewartakan pintu masuk imigresen baharu melibatkan laluan laut di Sabah dan Terengganu selain laluan darat di Sarawak.
01 Nov 21
1360
TDM Salur RM1.87 Juta Keuntungan Kepada LTAWNT
KUALA TERENGGANU, 27 Oktober - Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad hari ini membayar RM1,867,934 hasil keuntungan syarikat itu kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
Pengarahnya, Najman Kamaruddin berkata, langkah itu merupakan perjanjian perkongsian keuntungan bersama untuk usaha sama kedua-dua syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
"Keuntungan itu hasil prestasi yang cemerlang daripada bahagian perladangan, pencapaian ini turut disumbangkan melalui pelaksanaan pelan perniagaan strategik syarikat yang dijalankan secara berdisiplin dan mendapat sokongan berterusan tidak berbelah bahagi daripada kakitangan syarikat yang berdedikasi.
"Di samping amalan pengurusan risiko yang berhemat sejak penularan wabak koronavirus berlaku. Bagi tahun berakhir 2020, perniagaan perladangan TDM telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM24.8 juta, ia merupakan pemulihan luar biasa berbanding kerugian sebelum cukai yang dialami pada tahun sbelumnya sebanyak RM24.5 juta.
"Bahagian ini juga mencatatkan EBITDA yang lebih besar iaitu sebanyak RM89.8 juta berbanding RM42.4 pada tahun sebelumnya," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Replika Cek Perkongsian Keuntungan kepada LTAWNT di hadapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Wisma Darul Iman, pada hari ini.
Mengulas lanjut, katanya pembayaran dividen berterusan itu juga memberi gambaran jelas akan kemapuan syarikat dalam menguruskan 1,336 hektar ladang kelapa sawit yang terletak di Ladang Air Putih.
"Ia juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada rakan perniagaan di atas sokongan yang diberikan. Bayaran keuntungan itu juga merupakan bukti komitmen TDM dalam memberikan pulangan yang mampan kepada pemilik tanah yang telah diamanahkan kepada kami untuk menguruskannya," ujarnya lagi.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berbangga dengan pencapaian TDM yang secara tidak langsung membantu melonjakkan ekonomi negeri.
"Sebanyak RM1.8 juta dibayar ke LTAWNT dan jumlah ini meningkat berbanding tahun lepas yang hanya sekitar RM1.05 juta, ini adalah hasil pelan pelaksanaan syarikat," jelasnya.
27 Oct 21
440
BKP Diagihkan Mulai Hari Ini
PUTRAJAYA, 26 Oktober - Bantuan Kehilangan Pekerjaan( BKP) akan mula diberikan secara one-off bermula pada hari ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan Keluarga Malaysia berada dalam keadaan sejahtera setelah mengharungi detik sukar dalam kehidupan akibat Pandemik Covid-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 870,000 akan menerima manfaat bantuan sebanyak RM500 yang membabitkan individu hilang sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.
"Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Mengulas mengenai semakan status kelululusan bantuan berkenaan, Ismail berkata ia boleh disemak melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.
Untuk mengetahu maklumat terperinci, penerima juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimunat naik di portal tersebut.
25 Oct 21
435
ADTEC Kemaman Rintis Program Jurukimpal Bawah Air
KEMAMAN, 21 Oktober - Projek perintis, program Kimpalan Bawah Air di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) bakal melahirkan juru kimpal tempatan dan membuka peluang kerjaya berpendapatan tinggi bagi rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 10 orang peserta telah terpilih menerusi syarat ketat daripada 160 orang pemohon yang terdiri daripada lulusan bidang Teknologi Kimpalan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).
Katanya, program melibatkan empat modul tersebut dibiayai menerusi dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Menurutnya, industri minyak dan gas di Malaysia menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir yang kompeten daripada kalangan warga tempatan sebagai 'Juru Kimpal Bawah Air' atau lebih dikenali sebagai 'Underwater Welder'.
“Saya melihat penganjuran program khas 'Underwater Welding' ini amat wajar bagi mengurangkan kebergantungan kepada warga asing selari dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan.
“Di industri minyak dan gas, juru kimpal bawah air berupaya memperoleh pendapatan enam angka setahun,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kompetitif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Bagi Program Kimpalan Bawah Air Di ADTEC Kemaman, hari ini.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Shakib Ahmad Shakir dan Pegawai Daerah Kemaman Mohd Sophian Abu Bakar.
Jelasnya, yuran pembiayaan untuk menjalani kursus Kimpalan Bawah Air adalah sangat tinggi mencecah RM46 ribu seorang, kerana kursus tersebut melibatkan pensijilan oleh badan antarabangsa.
“Harapan supaya perintis ini dapat melebarkan usaha melatih anak tempatan lain melalui bakal juru kimpal sedia ada hari ini, itu diantara objektif utama kami," katanya lagi.
21 Oct 21
1665
KPDNHEP Pantau Ketulenan Emas, Logam Berharga
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas ketulenan logam berharga melalui Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga 1994) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, ia bagi memastikan pematuhan peniaga ke atas peruntukan undang-undang ini dipatuhi sepenuhnya.
"Sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021, sebanyak 42 tindakan kes telah diambil berhubung isu logam berharga ini melibatkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM53,463.00 manakala sebanyak RM7,700.00 kompaun telah dikeluarkan dan denda sebanyak RM20,000.00 telah dikenakan kepada syarikat atau individu yang terlibat.
"Sepanjang tahun 2021 pula, sehingga Oktober 2021, sebanyak 11 aduan telah diterima oleh KPDNHEP dan sembilan tindakan kes telah disiasat melibatkan nilai rampasan sebanyak RM3,950.00," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Azman, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan ke atas pemeriksaan logam berharga itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan, KPDNHEP melalui Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) telah membuat perolehan bagi dua set peralatan pengujian ketulenan logam berharga pada tahun 2020.
"Setiap set peralatan ini mengandungi beberapa alat termasuk Radas Sinaran Sinar-X (Thermofisher Scinentific NITON DXL 800) atau lebih dikenali sebagai alat XRF.
"Alat XRF merupakan suatu alat pengujian ketulenan logam berharga yang menggunakan kaedah pengujian tanpa musnah (Non-Destructive Testing Method) ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lainnya," jelasnya.
Mengulas lanjut, menurutnya, KPDNHEP juga akan menambah lebih banyak alat ujian XRF ini berserta Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Pekerja Sinaran (PS) dari semasa ke semasa bagi membolehkan lebih ramai anggota penguat kuasa KPDNHEP berkelayakan untuk mengendalikan alat ini.
"Ini sekali gus akan menyebabkan tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berkesan di seluruh negara," katanya.
Setakat ini, KPDNHEP telah menjalankan tiga siri pemeriksaan ketulenan logam berharga di Jalan Masjid India (Kuala Lumpur), Pekan Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan juga AEON Mall Shah Alam (Selangor).
Secara keseluruhan, sebanyak 11 premis kedai emas telah diperiksa dengan menggunakan alat XRF ini. Barang kemas yang diperiksa adalah emas yang berupa gelang, cincin, loket, rantai dan juga subang.
"Pihak KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga yang menjual logam berharga ini agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menjual logam berharga yang tidak tulen kepada pengguna.
"Syarikat atau individu yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi individu didenda tidak melebih RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya," katanya.
Sekiranya pengguna mempunyai maklumat berkenaan salah laku peniaga berhubung perkara ini bolehlah melaporkan kepada KPDNHEP melalui saluran berikut:
i. Portal e-aduan.kpdnhep
ii. Call Centre 1-800-886-800
iii. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
iv. Ez ADU KPDNHEP
v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245
vi. Whatsapp 019-279 4317
18 Oct 21
1108
Pemburu Kerja Disaran Rebut Elaun Cari Kerja Sehingga RM400
BESUT, 11 Oktober – Para pemburu kerja dalam negeri ini disaran merebut elaun mencari pekerjaan atau dikenali sebagai SIP Prihatin 2.0 yang menawarkan Elaun Persediaan Bekerja dalam bentuk one-off sebanyak RM400.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pencari kerja dapat menikmati elaun tersebut jika menghadiri sesi temuduga sebanyak satu kali dan diterima kerja oleh pihak majikan.
“Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi 2.0 (PEMULIH), perluasan Elaun Mencari Pekerjaan bernilai RM300 telah disediakan oleh pihak PERKESO kepada pencari kerja yang menghadiri temuduga sebanyak 3 kali temuduga selama dua bulan.
“Manakala Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi dibawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan.
“Bakal warga kerja khususnya anak-anak negeri perlu mengambil peluang inisiatif kerajaan ini dalam membantu usaha penempatan pekerjaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program 'Outreach' Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Edisi Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Dato’ Mohd Sahar Darusma menceritakan jumlah permohonan bagi SIP Prihatin 2.0 secara keseluruhannya adalah sebanyak 4,991 orang.
“128 permohonan telah diluluskan dengan jumlah perbelanjaan setakat ini adalah sebanyak RM56,300.
“Setakat ini, jumlah rakyat Terengganu secara umumnya yang telah berdaftar dibawah portal MYFuture Jobs adalah seramai 38,287 orang.
“2,550 orang adalah daripada kawasan Jerteh, Besut. Manakala Majikan pula, jumlah telah berdaftar adalah sebanyak 1,590 majikan dan 40 majikan adalah berasal dari kawasan Jerteh," ujarnya.
Katanya lagi, pihaknya akan membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan lagi pemohonan rakyat Terengganu untuk mendapatkan insentif pelan disediakan sejak berkuatkuasa pada 15 Julai lalu.
Pencari kerja perlu menggunakan portal MYFuture Jobs iaitu Portal Pencarian Pekerjaan Kebangsaan bagi memuat naik aktiviti pencarian pekerjaan.
11 Oct 21
461
Program 'Outreach' Pekerjaan Bantu Rakyat Dapat Kerja
BESUT, 11 Oktober – Usaha kerajaan negeri dalam membuka peluang pekerjaan kepada rakyat diteruskan dalam siri pertama Program 'Outreach' dengan menyasarkan kekosongan 800 jawatan di syarikat Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) dipenuhi.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, 'outreach; itu sudah bermula hari ini di Besut dan akan berakhir esok.
Katanya, buat julung kalinya ia diadakan secara bersemuka di peringkat negeri dan pihaknya menyasarkan 200 orang pemburu kerja hadir di daerah tersebut.
“Sehingga kini seramai 33 orang telah ditemubual dan daripadanya 25 orang telah diterima kerja dengan dua orang lagi telah bermula kerja di Kilang bertempat di Shah Alam, Selangor bersama syarikat gergasi teknologi Jepun tersebut.
“Sesiapa yang berjaya memenuhi kekosongan itu juga bakal menikmati elaun mobiliti sehingga RM1,000, penginapan dan pengangkutan percuma dan lain-lain lagi manfaat.
“Sambutan melalui media sosial juga amat memberangsangkan dengan kebanyakkan pencari kerja tidak mengetahui insentif ‘one-off’ yang dijalankan kerajaan bagi memudahkan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program 'Outreach' Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Edisi Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, pagi tadi.
Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Ahmad Farhan Abdul Wahab, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Dato’ Mohd Sahar Darusma dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), Aminuddin Omar.
Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera menjelaskan antara objektif lain penganjuran tersebut bagi memberi maklumat tentang insentif PEMULIH yang disediakan oleh kerajaan kepada para pencari kerja.
“Di samping menggalakkan mereka mencari pekerjaan secara aktif, ia turut memberi rakyat peluang untuk mendaftar dan melibatkan diri dalam program pekerjaan yang melayakkan mereka mendapat manfaat daripada insentif ini,” jelasnya lagi.
Menurutnya juga, maklumat peserta menerusi Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di setiap DUN akan digembleng bagi program penempatan pekerjaan diteruskan lagi di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan daerah lain.
“Kita bergantung kepada permintaan majikan (PAPAMY), jika kita berjaya merancang di tiga daerah lain, maka kita akan lihat kekosongan lain lagi pada masa akan datang,” katanya lagi.
Terdahulu, T-HRDC telah menandatangani Memorandum Persefahaman kerjasama dengan PAPAMY pada 23 September dengan persetujuan bagi menghebah peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.
11 Oct 21
904
SEAmEQ Tawar Lebih 100 Kekosongan Sebagai Agen Jualan Sampingan
KUALA NERUS, 9 Oktober – Syarikat Keropok ikan segera, SEAmEQ membuka peluang kepada warga dalam dan luar Terengganu mendapat pendapatan sampingan sebagai agen jualan.
Produk keluaran syarikat Maperow Sdn. Bhd. (Maperow) itu menawarkan sehingga 100 lebih kekosongan terutamanya anak tempatan dan mereka yang boleh memasarkan kudapan pelbagai perisa itu ke luar negeri.
Pengurus Pemasarannya, Nurfarzana Tajul Arifin berkata, pihaknya peka akan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara melibatkan mereka yang kehilangan kerja dan punca pendapatan.
“Jadi kami sediakan ruang ini untuk semua bagi bantu mereka yang berminat berniaga pelbagai pilihan produk kami terutamanya keropok segera berasaskan isi ikan.
“Antara manfaatnya, agen boleh membeli stok daripada kami dengan harga lebih murah dan boleh menetapkan harga jualan sendiri yang bersesuaian. Ganjaran tambahan juga diberikan kepada para agen setiap bulan.
“Setakat ini kami mempunyai lebih 70 agen dalam negara dengan peratusan besar beroperasi di Kuala Lumpur, sasaran SEAmEQ akan mempunyai 200 wakil jualan pada tahun ini,” katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini.
Tambah Nurfarzana, antara contoh agen SEAmEQ berjaya adalah daripada Kelantan yang berjaya meraih hasil sehingga RM13,000 hasil jualan kira-kira 1,500 ribu paket keropok segera.
“Selain itu, tiada yuran pendaftaran dikenakan kepada mereka yang berminat, dengan modal rendah sahaja diperlukan,” katanya lagi.
Menurutnya juga, selain keropok segera lima perisa, perniagaannya turut menjual produk berasaskan ikan seperti keropok lekor, keropok keping, satar goreng dan lain-lain lagi.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi SEAmEQ HQ di talian 60127648528 atau media sosial; Instagram: seameqhq dan FB Page: Seameq HQ.
09 Oct 21
1527
Projek ECRL Capai Kemajuan 23.96 Peratus
KUALA LUMPUR, 6 Oktober - Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) setakat 31 Ogos lalu mencapai kemajuan sebanyak 23.96 peratus berbanding yang dijadualkan sebanyak 25 peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata, kelewatan sebanyak 1.04 peratus adalah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, bagi Seksyen A, iaitu dari Kota Bharu ke Dungun, skim kereta api telah diluluskan pada 14 Mei tahun lalu merangkumi pembinaan enam buah stesen, iaitu di Kota Bharu, Pasir Putih, Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun.
“Kelulusan ini bertepatan dengan program kerja penyediaan tapak yang telah dilaksanakan mulai pertengahan tahun lalu. Setakat 31 Ogos lalu, kemajuan kerja fizikal mencapai 11.59 peratus, berbanding sasaran sebanyak 12.01 peratus,” katanya menjawab soalan lisan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) di Dewan Rakyat, semalam.
Ka Siong berkata, kerja fizikal juga sedang giat dilaksanakan di Seksyen B, iaitu jajaran dari Dungun ke Temerloh dan sejak disambung semula pada Julai 2019, kemajuan kerja fizikal di seksyen ini mencapai 28.04 peratus berbanding sasaran sebanyak 26.90 peratus.
Katanya, ini merangkumi kerja tanah dan pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan, manakala kerja awalan pembinaan terowong di Gambang, Sri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir, juga giat dijalankan.
Beliau berkata, bagi Seksyen C, iaitu dari Temerloh ke Pelabuhan Klang, kerajaan mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan ECRL memberi impak ekonomi yang maksimum kepada rakyat seperti yang diumumkan pada 5 April lalu.
“Dalam hal ini, adalah penting ECRL dipastikan tersambung secara strategik dengan jaringan logistik rel kebangsaan. Kelebihan logistik ini akan dicapai tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan penumpang, sekali gus menjadikan ECRL sebagai pemangkin ekonomi,” katanya.
Dalam hal ini, katanya cadangan penjajaran balik kepada jajaran utara asal, iaitu Temerloh-Gombak-Serendah dan dilanjutkan ke Pelabuhan Klang telah dipertimbangkan oleh Kabinet pada 21 Ogos 2020 dan Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara pada 13 Ogos 2020 serta diluluskan secara prinsip oleh Kabinet pada 21 Ogos 2020 dan 2 September 2020.
“Susulan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan mengadakan lebih 37 sesi libat urus melibatkan 17 jabatan dan agensi kerajaan Selangor serta 12 jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan.
“Ini bertujuan memperkemaskan cadangan penyelesaian teknikal untuk mengatasi isu sosial dan alam sekitar seperti Permatang Kuarza dan Empangan Batu seperti yang diwar-warkan. Apabila jajaran ECRL dikembalikan ke jajaran asal, semua perkara ini telah diambil kira,” katanya.
Beliau berkata, jajaran utara ECRL telah sekali lagi diangkat untuk pertimbangan Kabinet pada 31 Mac lalu dan diluluskan pada hari yang sama.
Pada masa ini, katanya Kementerian Pengangkutan menjangkakan tarikh penyiapan bagi Seksyen A, B masih kekal seperti yang dijadualkan, iaitu pada 31 Disember 2026, namun pembinaan Seksyen C dijangka mengalami kelewatan selama 12 bulan, iaitu pada 31 Disember 2027.
--HARAKAHDAILY
06 Oct 21
536
111 Nelayan Terima Peralatan Menangkap Ikan
KUALA NERUS, 6 Oktober - Seramai 111 nelayan dari daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu menerima peralatan menangkap ikan daripada kerajaan negeri.
Jumlah keseluruhan dianggarkan RM300 ribu ringgit membabitkan kelengkapan yang diagihkan ialah 'fish finder', pukat tangsi, kawat bubu dan 'toolbox'.
Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata, 40 nelayan dari Kuala Terengganu manakala 71 daripada Kuala Nerus bersempena Tahun Pertanian Terengganu 2021.
“Terima kasih kepada Exco Pertanian atas sumbangan ini kepada golongan nelayan bagi menambahkan keupayaan hasil tangkapan ikan.
“Terima kasih juga Perikanan Terengganu dan pihak YB (Yang Berhormat) Exco yang membuat penyerahan peralatan hari ini,” tambahnya lagi.
Sementara itu, seorang nelayan, Zolkepeli Ghani, 54, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan dan perikanan kerana telah memberi bantuan.
“Peralatan kepada nelayan saya hargai sangat-sangat. Semoga kekal istiqamah dengan masalah nelayan,” katanya.
05 Oct 21
463