lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Pesara Perlu Manfaat Pengalaman Bantu Kerajaan
Pesara Perlu Manfaat Pengalaman Bantu Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia disaran untuk terus menjadi denyut nadi kestabilan kerajaan dalam membekalkan idea-idea positif yang dijana melalui pengalaman lalu sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali berkata, walaupun sudah berusia dan bersara, masih lagi boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan untuk kebaikan bersama. "Apa yang penting ialah pengalaman kita yang dalam pelbagai bidang, tidak kira perjawatan kita sebagai pegawai takbir di peringkat federal atau negeri, badan berkanun atau guru ianya ialah pengalaman hidup yang boleh membantu kerajaan dalam memberi pandangan. "Kerajaan negeri mengiktiraf NGO Persatuan Pesara Kerajaan sebagai 'stakeholder' yang mana kita mahu manfaatkan pengalaman yang ada itu sebagai pemberian imput kepada kerajaan dalam pelbagai cara dan ruang yang ada," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap Merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Negeri Terengganu Kali ke-30 di Dewan Teater Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. Turut sama hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah, dan Timbalannya, Abdullah Mamat. Dalam pertemuan ini juga, hadiah penghargaan daripada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia telah disalurkan kepada beberapa orang pesara, ianya sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memberi perkhidmatan yang terbaik selama berkhidmat.  
23 May 22
256
Perantau Terengganu Terima Bayaran Pertama i-Perantau
Perantau Terengganu Terima Bayaran Pertama i-Perantau
KUALA LUMPUR, 15 Mei- Seramai 650 rakyat Terengganu di perantauan menerima sumbangan kerajaan negeri melalui agihan dana i-Perantau dalam Majlis Sambutan Hari Raya Anak Terengganu di Perantauan, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menzahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan pembayaran pertama yang dilaksanakan. Jelasnya, jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 2,500 perantau yang layak menerima i-Perantau dalam jumlah RM1.5 juta yang diperuntukkan kerajaan.  “Saya sangat berpuas hati dan ramai diantara mereka menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri kerana ingat kepada perantau.  “Hakikatnya, selama ini pun idea dan lontaran pemikiran daripada anak-anak rantau ini memang ada kita terima dan laksanakan dalam proses pembangunan dan pentadbiran negeri kita. “Hari ini, i-perantau juga merupakan idea sebahagian anak rantau yang melihat perkembangan negeri Terengganu selama empat tahun ini, apa yang boleh kita buat kita akan buat,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan yang berlangsung di MAEPS Serdang, hari ini. Dalam majlis tersebut, gimik penyampaian i-Perantau dirasmikan sendiri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir meluangkan masa merakam kenangan bersama pengunjung selain meraikan kanak-kanak yang hadir dengan sumbangan duit raya. Hadir sama, Tengku Seri Bijaya Raja Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman. Turut hadir, sebahagian ahli-ahli parlimen Terengganu dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri meraikan sekitar 6,000 anak-anak Terengganu yang berkunjung ke majlis itu. Menurut Hanafiah, kerajaan negeri telah bersetuju menyampaikan dana tunai i-fitri dan i-perantau yang terhenti berikutan pandemik Covid-19 setelah mengambil kira keperluan lebih besar. “Sebelum ini, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan beratus juta ringgit untuk menangani kesan pandemik, membantu membasmi dan memutuskan rantaian Covid-19 selain memastikan kesan minimum pandemik kepada rakyat. “Sehinggakan sambutan raya secara bersemuka  juga tidak dapat diadakan dan kerana ini, kerajaan memutuskan tiada dana raya sepanjang dua tahun lepas,” katanya. Selain itu, Hanafiah memaklumkan pembayaran seterusnya akan diadakan di Johor Bharu pada hujung Mei ini. Tambahnya, kerajaan negeri juga sekali lagi akan melakukan pembayaran pencen warga emas sebanyak RM600 kepada penerima yang layak pada penghujung Julai ini. “Sesungguhnya kekayaan yang yang diperolehi akan kita kumpulkan dan akhirnya kita akan sumbangkan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk disalurkan kepada rakyat.  “Bagi portfolio saya, sebanyak RM100 juta dibelanjakan pada tahun ini melalui pelbagai aktiviti dan saluran agihan. “Jadi, kami (kerajaan negeri) amat berharap kepada semua perantau yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam pilihan raya lalu bersiap siaga menghadapi pilihan raya ke-15 dan memberi peluang pimpinan PAS terus mentadbir negeri Terengganu. “Dalam empat tahun ini, semua perantau telah melihat apa yang telah dibangunkan oleh pentadbiran kerajaan negeri dan kita berharap kepemimpinan ini dikekalkan untuk kita terus membina kemajuan yang dirancang dan sedang dilaksanakan,” katanya.          
15 May 22
881
3,000 Terima i-Fitri, Rakyat Lafaz Syukur
3,000 Terima i-Fitri, Rakyat Lafaz Syukur
KUALA NERUS, 24 April - Pemberian i-Fitri yang mula diagihkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, hari ini diterima dengan penuh syukur di kalangan penerima. Salah seorang penerima, Mazini Said, 48, berkata, bantuan berkenaan sedikit sebanyak telah meringankan beban beliau dalam penyediaan persiapan hari raya tahun ini. "Saya amat berterima kasih dengan Kerajaan Terengganu atas bantuan sebanyak RM 400 hari ini, sekurang-kurangnya ia dapat juga membantu mengurangkan kos membeli baju raya untuk keluarga," katanya. Seorang lagi penerima, Mohd Razi,32, dari Kampung Telaga Daeng menyifatkan, bantuan yang disalurkan kerajaan negeri itu sesuai dengan keadaan semasa hari ini di mana rakyat dapat menggunakannya bagi menyambut hari raya nanti. "Selain itu, sebenarnya ia turut meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi semasa ekonomi hari ini," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan i-Fitri yang disampaikan dalam majlis ringkas di Dewan Serbaguna Tok Jembal, hari ini. Penyelaras DUN, Mohd Fadhil Wahab memaklumkan, seramai 3111 ketua isi rumah di DUN berkenaan menerima bantuan i-Fitri yang mula diagihkan hari ini dan esok.  "Agihan i-Fitri hari ini dikeluarkan merangkumi dua kategori penerima iaitu RM 400.00 bagi penerima isi rumah berpendapatan bawah RM2,5000 dan sebanyak RM250.00 bagi penerima isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. "Untuk makluman, selain bantuan yang ada ini, kerajaan negeri juga telah membuka bantuan i-Perantau sebagai sokongan daripada kerajaan kepada perantau dari negeri Terengganu sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam. "Jadi, anak-anak perantauan pastikan memohon sekiranya layak untuk kerajaan negeri agihkan dana khas berjumlah RM1.5 juta itu," katanya. Tambahnya, maklumat berkaitan permohonan boleh dirujuk pada sistem i-Bantuan kerajaan negeri bermula hari ini. Hadir sama dalam majlis agihan i-Fitri hari ini ialah Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairil Ghazali dan Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Seberang Takir(MTD), Rashid Abdullah.
24 Apr 22
724
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
Geran RM2.9 Juta Bantu Usahawan Terengganu Terjejas Bencana Banjir
KUALA TERENGGANU, 19 April - Seramai 962 usahawan informal dan mikro negeri ini yang terkesan banjir menerima geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM2.9 juta oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya TEKUN Nasional. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan berkenaan akan selesai diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri dengan masing-masing akan menerima RM3,000 secara 'one-off' "Peruntukan secara keseluruhan adalah sebanyak RM50 juta akan memberikan manfaat kepada lebih 16,000 usahawan di seluruh negara di mana permohonan untuk geran ini telah bermula 22 Februari 2022 lalu dan telah ditutup pada 19 Mac 2022," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui kenyataan medianya selepas merasmikan, Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia, di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengerusi TEKUN Nasional merangakap Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd kadir, Ketua Pegawai Eksekuti TEKUN Nasional, Dato' Adam Abd Ghani, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia, Mohamed Shamir Abdul Aziz serta Pengurus TEKUN Negeri Terengganu, Ghazali Hussin. Dalam pada itu Noh berkata, pinjaman RM100,000 untuk usahawan yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) masih lagi dibuka dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM100 juta dan mengharapkan agar seramai mungkin pengusaha industri membuat permohonan. Sementara itu, Shaharizukirnain berkata bantuan serta inisiatif seumpama itu sangat penting dalam membantu usahawan memantapkan kembali keupayaan dan perusahaan mereka setelah berhadapan tempoh sukar sebelum ini. "Agensi di bawah KUSKOP seperti TEKUN Nasional, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Rakyat misalnya akan mampu membantu untuk menambahkan modal perniagaan dan seterusnya melonjakkan pendapatan dan taraf hidup usahawan. "Saya juga berharap agar agensi-agensi di bawah KUSKOP ini akan mempertingkatkan usaha bagi memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederahana (PMKS)," ujarnya. Mengenai bantuan BBKM, kata Shaharizukirnain ia sangat wajar bagi memulihkan kembali PMKS. "Ini terbukti melalui data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, menunjukkan bahawa sumbangan PMKS ini kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 38.2 peratus, ia menjadi indikator sebagaimana yang ditunjukkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman bahawa industri berkenaan telah menyumbang lebih 50 peratus kepada KDNK negara berkenaan. "Saya ingin melahirkan perasaan bangga kepada usahawan-usahawan yang terlibat ini kerapada dapat hidup berdikari secara 'self-employment dan telah menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan yang diceburi untuk keperluan diri dan keluarga selain mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang lain melalui perusahaan ini," ujarnya.    
19 Apr 22
453
ECRL Bebas Banjir
ECRL Bebas Banjir
KUALA TERENGGANU, 15 April - Infrastruktur projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dibina lebih tinggi, serta reka bentuk jajaran itu berdasarkan kala purata ulangan (average recurrence interval-ARIL) 100 tahun bagi memastikan ia bebas daripada bencana banjir. Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, beberapa lokasi banjir termasuk negeri ini telah dikenalpasti. "Kerana itu reka bentuknya berdasarkan ARI 100 tahun bagi memastikan landasan dibina lebih tinggi daripada paras banjir tertinggi yang pernah berlaku dalam tempoh 100 tahun dan ditambah lagi 20 peratus. "Sebagai contoh di Pahang, mengikut statistik ketinggian paras banjir yang pernah berlaku membabitkan Sungai Pahang adalah 38 meter (m) dan landasan yang akan kita bina adalah setinggi 51.2 m, bermakna jajaran dibina adalah lebih tinggi daripada paras banjir yang paling tinggi,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama MRL Sdn Bhd, di sini, kelmarin. Dalam pada itu, pihaknya yakin projek berkenaan akan siap sepenuhnya pada Disember 2026. "Dimana secara keseluruhan ia sudah mencapai kemajuan sebanyak 28.57 peratus dan di Terenggang pula sudah mencapai kemajuan kerja sebanyak 27.86 peratus. "Dengan harapan rakyat akan mendapat satu sistem pengangkutan yang lebih maju, moden dan efisien dalam usaha kita memantapkan perjalanan rakyat daripada setu negeri ke negeri lain,"ujarnya lagi. Untuk rekod, rangkaian rel sepanjang 665 KM itu merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 km, serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127 km, dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion.
15 Apr 22
848
Hutang Persekutuan : MB Jumpa Menteri Kewangan Dalam Masa Terdekat
Hutang Persekutuan : MB Jumpa Menteri Kewangan Dalam Masa Terdekat
KUALA TERENGGANU, 30 Mac - Kerajaan Terengganu akan terus berusaha mendapatkan bayaran balik baki hutang daripada kerajaan Persekutuan dalam bentuk tunai. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan membuat permohonan dalam memastikan bayaran secara tunai diterima semaksimum mungkin. “Sepatutnya, saya bertemu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 28 haribulan lalu, tetapi beliau ada keuzuran pada tarikh itu selepas pulang dari luar negara. “Jadi, dalam masa terdekat ini maknanya dalam paling kurang seminggu yang akan datanglah (perjumpaan),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Tahun Semarak Dakwah Peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Jelasnya, berdasarkan keputusan semasa, ada perkembangan positif terhadap isu berkenaan apabila diikuti dengan penyediaan Kertas Kabinet mengenai isu Hutang LPT2 yang akan diadakan pada masa terdekat. “Insya-Allah kita berdoa begitu sebab hasil perbincangan awal itu ke arah itu (pembayaran tunai). “Tetapi, saya tak nak bagi apa-apa ‘hint’ lagilah sebab saya pun tidak ada gambaran sebenarnya ke arah mana sebenarnya kita nak dan yang mungkin akan dipertimbangkan,” katanya. Terdahulu, sebahagian bayaran balik yang telah dilunaskan adalah sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek iaitu Jalan FT3 Awana Kijal bernilai RM118.5 juta dan Projek Perumahan Mampu Milik (RM100 juta) dan pendahuluan tunai (RM200 juta). Ini bermakna, hutang sebanyak RM1.85 bilion itu masih berbaki RM1.43 bilion.
30 Mar 22
1035
Peniaga Bazar Ramadan Disaran Guna Plastik Mesra Alam
Peniaga Bazar Ramadan Disaran Guna Plastik Mesra Alam
KUALA TERENGGANU, 22 Mac- Peniaga-peniaga bazar Ramadan seluruh negeri Terengganu disaran beralih kepada penggunaan beg plastik mudah urai (biodegradasi) bagi menyambut Kempen Tiada Beg Plastik dan Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan yang dilaksanakan kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan kempen itu adalah kesinambungan pelan hala tuju Malaysia ke arah sifar plastik 2018-2030. "Pelaksanaan kempen diteruskan di hampir 63 bazar Ramadan dengan penglibatan 5,342 orang peniaga. "Semua yang terlibat juga perlu menyediakan alternatif lain seperti menggantikan penggunaan beg plastik dengn beg boleh berulang kali digunakan iaitu 'woven bag', mengamalkan memberi penyedut minuman (straw) berdasarkan permintaan sahaja dan pengunaan straw mesra alam. "Pengunjung juga disaran membawa bega dan bekas makanan sendiri bagi meminimakan penggunaan beg plastik sekali guna," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen berkenaan di Wisma Darul Iman, hari ini. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak memaklumkan, kempen tersebut boleh dilaksanakan peniaga dalam pelbagai alternatif. "Kita galakkan peniaga untuk tawarkan plastik mudah urai kepada pelanggan yang tiada beg dengan mengenakan caj yang bersesuaian. "Saya bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan turun memantau mana-mana individu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj bagi plastik sekali guna," katanya kepada pemberita. Menurutnya, bagi jangka masa panjang, kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan plastik mesra alam (mudah urai) dalam syarat perlesenan kepada peniaga. Kempen Tiada Beg Plastik merangkumi dua fasa iaitu Fasa 1 bermula pada tahun 2018-2021 yang dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu bertumpu kepada premis kekal seperti pasar raya besar, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kefai rangkaian dan farmasi. Manakala, Fasa 2 dilaksanakan lebih meluas kepada jenis premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya.
22 Mar 22
595
Kewangan Terengganu Stabil
Kewangan Terengganu Stabil
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Kedudukan kewangan kerajaan Terengganu bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 secara keseluruhannya menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) adalah stabil. Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan kerajaan pada akhir tahun 2020 adalah berjumlah RM466.20 juta, iaitu menurun sebanyak RM131.36 juta berbanding RM597.56 juta pada akhir 2019. "Akaun Hasil Disatukan menunjukkan defisit semasa berjumlah RM54 juta. Kutipan hasil menurun sebanyak RM927.49 juta atau 36.2 peratus menjadi RM1.633 bilion berbanding RM2.561 bilion pada 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu katanya, perbelanjaan mengurus (sebelum pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan) pada 2020 pula berjumlah RM1.187 bilion, menurun sebanyak RM394.84 juta atau 25 peratus berbanding RM1.582 bilion pada 2019. Baki Akaun Hasil Disatukan kerajaan negeri bagi tahun kewangan 2020 pula mencatat lebihan sejumlah RM203.36 juta berbanding RM257.36 juta pada 2019. Nik Azman berkata, prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan negeri pada 2020 adalah berada pada kedudukan yang baik, iaitu sejumlah RM605.80 juta atau 86.6 peratus telah dibelanjakan berbanding RM699.29 juta peruntukan yang diluluskan. "Sebanyak 4,426 projek telah dirancang, dengan 4,294 projek (97 peratus) telah disiapkan sepenuhnya, 52 projek (1.2 peratus) sedang dilaksanakan dan 80 projek (1.8 peratus) belum dimulakan,” katanya. Sementara itu, baki Pinjaman Boleh Dituntut Kerajaan Terengganu telah menurun sebanyak RM11.67 juta atau 6.2 peratus daripada RM189.20 juta pada 2019 kepada RM177.53 juta pada 2020. -Bernama.   
21 Mar 22
1872
Sasar RM4 Bilion Pelaburan 2,800 Peluang Pekerjaan
Sasar RM4 Bilion Pelaburan 2,800 Peluang Pekerjaan
KUALA TERENGGANU,15 Mac - Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu di Terengganu tahun ini. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri amat memuji usaha yang dilakukan ECERDC dalam memacu pelaburan kukuh. "Dengan strategi ekonomi yang tepat dan pembangunan infrastruktur pengupaya, Terengganu sememangnya sebuah destinasi pelaburan yang menarik," ujarnya melalui kenyataannya di Facebook rasminya, semalam. Menurut Ahmad Samsuri, ECERDC juga turut menyasarkan pelaburan RM2 bilion yang akan direalisasikan pada tahun ini.    
16 Mar 22
480
Tangani Peningkatan Kadar Inflasi Di Terengganu
Tangani Peningkatan Kadar Inflasi Di Terengganu
DUNGUN, 14 Mac - Kerjasama yang erat antara kerajaan Terengganu dan Persekutuan melalui jabatan serta agensi yang berkaitan perlu memberi perhatian untuk menangani peningkatan kadar inflasi di negeri berkenaan.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berharap langkah berkesan secara lebih menyeluruh perlu diambil kerana kadar inflasi itu berkait dengan kadar pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran.  "Sekiranya tiada langkah wajar diambil segera, saya risau hal ini akan menjejaskan sasaran Kerajaan Negeri Terengganu untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) antara 3.0 peratus hingga 3.4 peratus," ujarnya.  Beliau dipetik berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Katanya, walaupun purata Indeks Harga Pengguna Tahunan Terengganu adalah yang terendah dan harga barangan serta perkhidmatan di negeri ini masih rendah berbanding negeri-negeri lain, trend inflasi perlu diberi tumpuan. Tambahnya, dengan trend inflasi seperti yang dihuraikan sebelum ini, tidak mustahil situasi akan berubah jika masih tiada perhatian dan pendekatan munasabah diberikan oleh pihak berkuasa. "Saya ingin merujuk kepada hasil penyelidikan dari Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) pada awal bulan ini yang menyatakan secara telus tentang isu kenaikan inflasi yang berlaku di Negeri Terengganu.  "Saya juga mengambil peluang untuk menyuarakan isu ini di Parlimen pada minggu lepas agar isu ini mendapat perhatian segera oleh pihak berwajib," jelasnya.  Menurutnya, walaupun secara umumnya inflasi Terengganu adalah sama trendnya dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, namun perubahan kadarnya adalah amat membimbangkan dan memperlihatkan peningkatan kos sara hidup yang ketara di negeri ini.  "Faktanya, kadar inflasi Terengganu telah mengatasi paras inflasi Semenanjung Malaysia sejak Julai 2020. "Bagi tempoh sebelum itu, kadar inflasi Terengganu adalah yang terendah iaitu di kedudukan antara yang kesembilan dan kesebelas berbanding kesemua 11 negeri (atau kumpulan negeri) di Semenanjung Malaysia," ujarnya  Sebaliknya, tambahnya, bermula Julai 2020, kadar inflasi Terengganu termasuk dalam kelompok yang teratas di kedudukan keempat bagi tempoh Julai hingga November 2020, seterusnya di tempat ketiga pada Disember 2020.  " Kemudiannya di tempat paling atas sejak Januari 2021. Sekiranya trend ini berterusan, dijangkakan julat perbezaan kadar inflasi Terengganu dan Semenanjung Malaysia akan terus melebar," jelasnya.
14 Mar 22
307