lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Terengganu, Petronas Meterai Perjanjian Pelaburan Baharu
Terengganu, Petronas Meterai Perjanjian Pelaburan Baharu
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan PCC SE hari ini menandatangani Letter of Expression (EOI Letter) dengan Menteri Besar Terengganu (Incorporated) atau MBI, sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sejarah yang tercipta hari ini adalah satu lagi langkah ke arah memperkukuh pembangunan ekonomi Terengganu. Katanya, Petronas telah memainkan peranan penting dalam membangunkan Terengganu melalui pelbagai inisiatif seperti pendidikan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan serta alam sekitar. "Kami mengalu-alukan peluang ini untuk menjadi rakan strategik dalam PCGPCC, selain bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan di negeri ini. "Pelaburan 'oxyalkylates' PCG dan PCC SE yang berterusan akan menjana peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi untuk masyarakat setempat," katanya. Beliau berkata demikian semasa Majlis Menandatangani 'Expression Of Interest' (EOI) antara PETRONAS Chemicals Group (PCG) Berhad dan Menteri Besar Terengganu (Incorporated) dan PCC SE bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar. Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical Group Berhad (PCG) berkata negeri Terengganu sentiasa menyokong PETRONAS dan PCG dengan menyediakan infrastruktur dan sumber yang diperlukan untuk projek dan pertumbuhan kami. “Kami berharap usaha baharu ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan Kerajaan negeri,” katanya. Dalam pada itu, Ahli Pengurusan PCC SE, Peter Berger berkata pembinaan kemudahan Petronas dan PCG telah bermula pada 2021 dan pengeluaran dijadualkan bermula pada 2023.  "Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang itu akan menghasilkan sehingga 70,000 tan setahun bagi etoksilat khusus dan poliol polieter khusus.  "Projek ini merupakan loji dwi-kereta api pertama di Asia Tenggara (SEA) untuk oksialkilat, yang menyasarkan untuk menangkap permintaan yang semakin meningkat terutamanya di rantau SEA dan Asia Pasifik," ujarnya.  
29 Aug 22
803
Terengganu Inc Tarik Pelabur Menerusi Projek Berimpak Tinggi
Terengganu Inc Tarik Pelabur Menerusi Projek Berimpak Tinggi
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Syarikat induk pelaburan strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc, tekad menarik para pelabur dan mengembangkan landskap ekonomi negeri menerusi peluang pelaburan dalam pelbagai projek seperti projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Utara.   Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, konsep bandar terusan seluas 200 ekar itu merupakan konsep pembangunan tercanggih sepanjang 1.4 kilometer terletak di pesisir pantai Kuala Terengganu. "Oasis bandar tersebut menyediakan pelbagai potensi ekonomi melalui pembangunan infrastruktur seperti pejabat, kawasan perumahan, lot kedai dan lain-lain lagi. "KTCC Utara dijangka mampu menampung lebih 50,000 orang di kawasan perumahan, pusat hiburan dan ibu pejabat institusi awam atau swasta. “Projek yang dihubungkan dengan mercu tanda ikonik iaitu Jambatan Angkat KTCC ini mempunyai pelbagai potensi serta nilai komersial yang belum diterokai,” katanya dalam satu kenyataan pada majlis Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Invest Series Terengganu di MIDA Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jelasnya, antara kelebihan komersial projek KTCC Utara seperti lokasi strategik meliputi pasaran pengguna pantai timur, kesediaan infrastruktur serta kemudahan logistik (berhampiran Lapangan Terbang Kuala Terengganu). Dalam usaha menyokong hasrat kerajaan negeri, Terengganu Inc amat mengalu-alukan penyertaan pelabur menerusi komitmen penuh dalam memudahkan proses menjalankan perniagaan serta mempergiatkan promosinya penggiat industri pelaburan. Antara prospek pelaburan disediakan oleh Terengganu Inc ialah hab perindustrian berkeluasan 1,007 ekar, Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) yang dibangunkan pada model ‘plug and play’ supaya pelabur dapat menjalankan operasi dengan lebih efisyen. Peluang perniagaan lain juga termasuk pengembangan Pelabuhan Kemaman sebagai pintu masuk baharu ke Rantau Asia Pasifik, dengan 600 tersedia berhampiran Teluk Kalong. "Peringkat pertama pembesaran pelabuhan akan meningkatkan kapasiti pengendalian kargo di Dermaga Timur daripada 12 juta tan kepada 32 juta tan. "Terengganu Inc juga akan kekal komited dengan kapasiti dan kekuatan yang ada dalam usaha menyumbang serta memacu pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu demi memanfaatkan pelaburan untuk rakyat," katanya.
27 Aug 22
321
Terengganu Jadi Negeri Pilihan Pelabur
Terengganu Jadi Negeri Pilihan Pelabur
KUALA LUMPUR, 29 Ogos -Terengganu mencatatkan rekod pelaburan sebanyak RM2.3 billion dengan 29 projek pembuatan diluluskan dari 2017 sehingga Jun 2022 dan menjadi antara negeri pilihan para pelabur.  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Penggalakan dan Fasilitasi Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Mr Sivasuryamoorthy Sundara Raja berkata, lebih separuh daripada pelaburan terbabit melibatan sumber asing dengan mencatatkan rekod berjumlah RM1.27 bilion.  "Projek-projek ini telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan lebih 1,727 peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang produk petroleum (termasuk petrokimia), kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam, kayu dan produk kayu, serta mesin dan peralatan. "Selain itu, dari Januari hingga Mac 2022, pelaburan bernilai RM 7.2 juta telah diluluskan dalam industri pembuatan makanan dan produk kayu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis MIDA Invest Series: Unfolding States Business Potential - A Briefing by Invest Terengganu di Perdana Hall, MIDA.  Sivasuryamoorthy berkata, MIDA gembira melihat syarikat terkenal memanfaatkan infrastruktur dan rangkaian perkhidmatan sokongan berpengalaman Terengganu yang mantap. Beliau berkata, antara syarikat yang terlibat adalah JXR Manufacturing Sdn Bhd, CJ Bio Malaysia Sdn Bhd, Syarikat Bitumen Kemaman Sdn Bhd, Arkema Thiochemicals Sdn Bhd, Encompass Industries Sdn Bhd, dan Eastern Steel Sdn Bhd. "Syarikat-syarikat ini menjanjikan banyak kerjasama dan peluang untuk perniagaan tempatan kita. "MIDA akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat dan perniagaan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi meningkatkan peluang pertumbuhan," katanya.  Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kerajaan Negeri Terengganu komited untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dengan menambah lebih banyak taman perindustrian iaitu Taman Perindustrian Kerteh Terengganu, Taman Perindustrian Pulau Kerengga dan Lembah Silika Terengganu.  "Ini adalah satu lagi langkah ke arah memastikan terdapat prospek yang baik bukan sahaja sekarang tetapi pada masa hadapan di Terengganu," ujarnya.     
25 Aug 22
321
Terengganu Miliki Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif
Terengganu Miliki Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif
KUALA TERENGGANU, 14 Ogos- Berdasarkan kajian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dari 2016 sehingga 2020 lalu, Malaysia dianggarkan memiliki 15.2 juta tan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) yang telah dikenalpasti terdapat di Terengganu. Selain negeri ini, ia juga dikenalpasti terdapat di sekitar kawasan pedalaman Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Pembangunan NR-REE di Malaysia ini akan menjadi peluang baharu yang harus digunakan sebaiknya oleh pihak kerajaan bagi merancakkan semula industri mineral negara. Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peluang berkenaan sewajarnya dimanfaatkan oleh kerajaan kerana harga mineral itu bakal  melonjak besar dalam tempoh dua dekad kelak. Jelasnya, jika dinilai daripada trend semasa, pengeluaran sumber berkenaan dijangka akan terus meningkat dan akan menjadi keperluan utama kepada ledakan bidang Revolusi Industri Keempat (4IR). "Berdasarkan penemuan sumber NR-REE yang bernilai tinggi ini, saya yakin negara kita mampu untuk bersaing di peringkat global bagi menjadi pemain utama serantau dalam membekalkan sumber ini. "Rantaian pengeluaran domestik tidak hanya akan menguntungkan rakyat Malaysia, tetapi turut dapat menarik minat pelaburan asing, terutama ketika ekonomi dunia berusaha mempelbagaikan sumber bekalan mereka selain dari negara China," katanya dalam ucapan perasmian Simpomin NR-REE Kali Ke-10, di Putrajaya, kelmarin. Mengulas lanjut katanya, kementeriannya sudah menetapkan beberapa sasaran utama yang merangkumi penumpuan terhadap pembangunan keseluruhan rantaian nilai NR-REE khusnya bagi peringkat pertengahan dan hiliran. "Antarnya penggunaan sumber NR-REE secara optimum melalui penghasilan nilai tambah produk mineral tempatan, menarik kemasukan pelabur dari dalam dan luar negara bagi mewujudkan industri yang memiliki rantaian mineral yang lengkap dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam industri ini. "Terutamanya dari aspek pemindahan teknologi, Kepakaran dan Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) dan akan turut membuka peluang pekerjaan melalui pewujudan ekosistem pembangunan industri mineral dan mengekalkan kelestarian alam sekitar. "Melalui amalan prinsip perlombongan secara bertanggungjawab dan mampan,"ujarnya. Ujarnya lagi, harganya juga dijangka akan meningkat sehingga 700 peratus kerana mendapat permintaan yang tinggi. "Kerana bahan mentah ini jika diproses boleh digunakan untuk sektor pembuatan terutamanya bagi penghasilan kereta elektrik, komputer, telefon pintar, industri bateri, magnet berintensiti tinggi,pembuatan kaca dan banyak lagi produk," katanya.  
14 Aug 22
3582
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
ECERDC Lahir 2,447 Usahawan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) berjaya melahirkan 2,447 usahawan di bawah bimbingannya di Terengganu sejak 2018. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat, berkata melalui program ini, pihaknya membangunkan modal insan, terutama dalam golongan B40, penganggur, suri rumah yang berkelapangan dan mereka yang memerlukan bimbingan perniagaan. "Kita menggabungkan elemen latihan dan bimbingan dengan memberikan pendedahan tentang pengetahuan teknikal, kemahiran pengurusan serta kemahiran berkaitan pemasaran digital bagi membantu mereka menjalankan perniagaan secara formal. "Dalam masa yang sama pihak kami mewujudkan satu jalinan kerjasama dengan universiti setempat bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta,"katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan dan Penyerahan Kit Permulaan Perniagaan Program Pembangunan Usahawan Mikro Baharu Empower ECER, di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. Dalam majlis tersebut, seramai 450 peserta dari empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Setiu, menerima kit permulaan perniagaan bernilai RM1,500 dalam bentuk barangan. Menurutnya, kesemua peserta tersebut akan diberi bimbingan berterusan dari peringkat memulakan perniagaan hingga ke pemasaran produk. Tambahnya, ECERD juga menyasarkan pelaburan sehingga RM70 bilion, 120 ribu peluang pekerjaan dan 60 ribu peluang perniagaan di wilayah ini bermula 2018 hingga 2025. "Tiga elemen penting menjadi tumpuan iaitu membawa masuk pelaburan, menjana peluang pekerjaan dan perniagaan di wilayah Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) di Kelantan,Terengganu, Pahang dan daerah Mersing, Johor," ujar beliau. Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata agenda kesejahteraan rakyat akan terus diperkukuhkan menerusi penyediaan fasilitasi serta kemudahan kepada usahawan dan bakal usahawan termasuklah mereka yang menjalankan perniagaan secara tidak formal. "Pada tahun 2022, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta dibawah Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera  (TUGAS) khusus bagi pengukuhan kepada usahawan mikro di Negeri Terengganu yang diuruskan dibawah Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU). "Kita juga telah memperuntukkan sejumlah RM2.0 juta bagi Program Tunas Usahawan khususnya kepada para belia.  "Ini termasuk pelbagai aktiviti keusahawanan termasuklah latihan, promosi, penyediaan infra bimbingan berterusan terus dilaksanakan oleh agensi dibawah kerajaan negeri serta agensi persekutuan di Negeri Terengganu," katanya.    
04 Aug 22
552
Terengganu Paling Telus Urus Kewangan
Terengganu Paling Telus Urus Kewangan
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Terengganu diisytiharkan sebagai kerajaan paling telus membentangkan belanjawan atau pengurusan kewangan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dalam satu kenyataan berkata, ketelusan tersebut dinilai menerusi ‘Malaysia Open Budget Index’ (MyOBI). Jelas IDEAS, MyOBI menilai ketersediaan awam fail belanjawan serta kualiti mekanisme penyeliaan proses bajet melalui penerbitan empat dokumen utama dan tahap perincian yang diberikan dalam anggaran pendapatan dan perbelanjaan. "Dapatan menunjukkan hanya negeri Terengganu yang menerbitkan kesemua empat dokumen belanjawan dan memberikan butiran terperinci dalam anggaran perbelanjaan serta hasil. "Penilaian ini dibentuk berdasarkan piawaian yang ditetapkan dalam Tinjauan Belanjawan Terbuka (OBS), satu penilaian antarabangsa berasaskan fakta untuk mengukur ketelusan belanjawan," ujar kenyataan itu. Tambah IDEAS, ketelusan amat penting terhadap kerajaan negeri kerana mereka menyediakan kemudahan-kemudahan asas, perkhidmatan awam, dan rangsangan kepada pembangunan ekonomi pada peringkat tempatan. "Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui cara kerajaan negeri memperuntukkan dan membelanjakan sumber awam," ujar kenyataan itu. Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Tricia Yeoh, pihaknya tidak melakukan penilaian ini bersendirian sebaliknya telah bekerjasama dengan beberapa organisasi masyarakat sivil dan individu berfikiran sivik untuk menjalankan dan menyemak penilaian tersebut. "Untuk turut mengukur kualiti penyeliaan, MyOBI menilai penglibatan Dewan Undangan negeri (DUN) termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) dalam menilai dokumen belanjawan. "Lima negeri - Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor dan Sabah - telah menerbitkan tiga jenis dokumen belanjawan penting, tetapi tidak memberikan tahap perincian yang sama seperti Terengganu dalam anggaran perbelanjaan dan hasil mereka,” tambah Tricia.
29 Jul 22
2642
JTDLKM Beri Penjimatan Sempena Hari Raya
JTDLKM Beri Penjimatan Sempena Hari Raya
MARANG,9 Julai- Penganjuran Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) membantu masyarakat mendapatkan keperluan harian lebih rendah dari harga pasaran setempat. Usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu dilihat sebagai satu lagi kaedah untuk mengoptimumkan penjimatan kepada masyarakat lebih-lebih lagi pada perayaan Aidiladha ini. Ketua Pengarah Dato'Zainal Abidin Yang Razali memaklumkan, sempena hari raya Aidiladha yang akan disambut esok, FAMA telah melaksanakan JTDLKM khas di 97 lokasi sejak Khamis lalu. "Bermula 1 Jun, sebanyak 267 program telah dilaksanakan di dengan nilai jualan terkumpul RM3.1 juta. "Apabila kita secara purata menawarkan harga sebanyak 10 peratus lebih murah, maka lebihan pendapatan telah dapat dinikmati oleh pengguna. "Dalam program-program yang dilaksanakan, sebanyak RM316 ribu nilai penjimatan telah dipulangkan semula rakyat," katanya kepada pemberita selepas meninjau JTDLKM di Medan Jaya, Rusila di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah FAMA Terengganu, Nukman Hashim dan Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman. Jelasnya, di Terengganu sahaja JTDLKM telah dianjurkan di 22 lokasi membabitkan 359 usahawan. "JTDLKM sebenarnya adalah usaha membantu usahawan untuk memasarkan sendiri produk mereka. "Selain itu, ia turut membina pasaran setempat secara tetap dalam komuniti tersebut," katanya. Tambahnya, FAMA menyasarkan kekerapan sebanyak 840 kali penganjuran di 70 lokasi seluruh negara sehingga hujung tahun ini dengan sasaran nilai jualan sebanyak RM10.5 juta.            
09 Jul 22
163
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
Terengganu, ECERDC Sasar Tarik Pelaburan RM5 Bilion Dari Korea
KUALA TERENGGANU, 7 Julai - Kerajaan Terengganu dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyasarkan untuk menarik pelaburan berpotensi dari Korea Selatan yang dianggarkan bernilai RM5 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri Terengganu, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar serta Ketua Pegawai Eksekutif Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Baidzawi Che Mat telah ke Korea Selatan pada bagi mempromosi wilayah ECER sebagai destinasi pelaburan pilihan. Baidzawi berkata, misi lawatan ke negara terbabit bermula dari 25 Jun hingga 2 julai adalah kesinambungan komunikasi berterusan antara pihaknya dengan pelabur sasaran di Korea Selatan sejak tahun lalu. Beliau menaruh keyakinan tinggi bahawa syarikat-syarikat di Korea Selatan akan melabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), khusunya di Terengganu. "Pelaburan daripada firma terkemuka di negara berkenaan yang terbabit dalam sektor petrokimia, bahan kimia khusus dan bahan termaju berpotensi untuk membangunkan kilang-kilang pembuatan baharu di Terengganu. "Rakan kongsi strategik kami turut sama menyertai delegasi ini bagi memudahcara proses rundingan dalam memenuhi sebarang keperluan bakal pelabur, sekali gus menambahkan keyakinan mereka untuk melabur," ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin. Semasa berada di sana, menurut Baidzawi delegasi telah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil dari subsektor berpotensi lain yang turut menunjukkan minat untuk melabur dalam bidang bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui dan perkhidmat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). "Misi ini dijangka mampu mengukuhkan hubungan dua hala dan menarik lebih banyak pelaburan berpotensi daripada kalangan syarikat Korea Selatan ke ECER dan pihak ECERDC menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak MIDA di Seoul sepanjang misi ini,"ujarnya. Untuk rekod, Korea Selatan merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah RM79.78 bilion pada tahun 2020.
07 Jul 22
406
Rakyat Terima Manfaat Projek Perlombongan Bijih Besi
Rakyat Terima Manfaat Projek Perlombongan Bijih Besi
KUALA TERENGGANU, 6 Julai - Rakyat Terengganu akan menerima limpahan manfaat daripada aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun yang diusahakan Qew Group Bhd (QCB) dengan tiga syarikat lain. Pengerusi Eksekutif QCB, Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad berkata, tiga syarikat yang akan bekerjasama dengan pihaknya itu ialah, Cahaya Kurnia Sdn Bhd, imbasan Damai Sdn Bhd dan Prospect Global Resources Sdn Bhd. Beliau berkata, projek berskala besar  dengan Kos Pembangunan Kasar (GDC) sebanyak RM800 juta itu akan meningkatkan ekonomi setempat yang merupakan jangkaan pihaknya bagi aktiviti perlombongan di kawasan seluas 243  hektar dalam tempoh lima tahun akan datang. "Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan selain memberikan jalinan kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setempat. "Projek pembangunan ini mampu menjana pendapatan lumayan yang boleh dikongsikan bersama pemegang saham utama, pemegang taruh, rakan kongsi dan rakyat dan ia akan memberikan kesan ekonomi yang menyeluruh," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam taklimat media QCB di Kuala Lumpur, sebagaimana dilaporkan Berita Harian, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya berkeyakinan ia akan memberikan kesan positif yang siginifikan kepada pendapatan kumpulan kerana perlombongan itu mempunyai prospek yang tinggi berdasarkan harga pasarannya ketika ini serta permintaan tinggi dalam pasaran global. "Berasarkan kebiasaan dalam aktiviti perlombongan, hasil daripada nilai pelaburan adalah sebanyak tiga kali ganda," ujarnya lagi.
06 Jul 22
2455
'Cub Prix' Rancakkan Ekonomi Setempat
'Cub Prix' Rancakkan Ekonomi Setempat
KUALA NERUS, 25 Jun - Penganjuran Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 mampu menjadi sebahagian daripada pelancongan sukan bagi negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penganjuran aktiviti sukan seperti itu boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat apabila berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung. "Sudah tentunya ia boleh beri manfaat ekonomi pada penduduk di negeri Terengganu sendiri dari segi perhotelan, pelancongan dan impak kepada kedai-kedai yang lain di dalam negeri. "Jadi, saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Petronas dan penaja-penaja yang telah menjadikan perlumbaan pada kali ini satu realiti, kita sangat terbuka untuk menerima penganjuran yang sama di waktu akan datang. "Kepada pelumba-pelumba, saya juga mengharapkan mereka teruskan meningkatkan keupayaan diri masing-masing bukan sekadar untuk pasukan mereka semata-mata, bahkan mungkin sampai satu peringkat mewakili negara ke perlumbaan antarabangsa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kategori CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Pemotoran Terengganu, hari ini. Turut menyampaikan hadiah, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abd Aziz. Dalam perlumbaan yang berlangsung itu, Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor muncul juara, menewaskan rakan sepasukannya, Nazirul Izzat Md Bahauddin di tempat kedua. Manakala, pelumba kelahiran Terengganu yang mewakili Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran berjaya menduduki tempat ketiga.      
25 Jun 22
526