lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
Syarikat Perniagaan Perlu Tunai Zakat
KUALA TERENGGANU,30 Oktober - Syarikat korporat dan perniagaan di negeri ini diingatkan agar menunaikan zakat melalui Majlis Agama dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu. Yang Dipertua MAIDAM Terengganu, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia bagi membolehkan jumlah kutipan tersebut diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan. Katanya, kebanyakan pemilik syarikat terbabit tidak menyerahkan zakat terus kepada agensi kerajaan negeri itu sebaliknya menyalurkan sendiri bantuan tersebut menerusi Program Tanggungjawab Sosial (CSR). "Kita sedang berurusan dengan syarikat-syarikat yang belum lagi mengeluarkan zakatnya, dan untuk makluman pendapatan zakat tertinggi selama ini adalah daripada zakat gaji ataupun zakat pendapatan individu dengan perolehan sebanyak RM75 juta manakala perniagaan RM35 juta. "Bagi saya pegawai kerajaan ataupun beberapa individu sedar mengenai zakat, cuma ahli perniagaan saya melihat secara 'random' tidak mengeluarkan zakat kerana telah dibahagikan secara sendiri di kampung-kampung dengan niat itu zakatnya, apa yang saya maksudkan di sini tidak sampai kepada MAIDAM. "Tetapi bagi kita kalau ikut fatwa Mufti Terengganu, jika tidak dikeluarkan kepada amil ia tidak dipanggil sebagai zakat, kerana kita (MAIDAM) akan uruskan harta zakat itu supaya sampai kepada golongan yang berhak,"katanya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas menerima penyerahan wang zakat perniagaan di Duyong Marina & Resort berjumlah RM42, 159.65 kepada MAIDAM, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, katanya, jumlah kutipan zakat di Terengganu setakat ini RM157 juta dan menyasarkan untuk mencapai RM240 juta sebelum berakhir tahun ini. "Insya-Allah mudah-mudahan kita dapat mencapai target peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lepas dan berhasrat hendak membelanjakan dengan sepenuhnya, alhamdulillah pada tahun ini kita telah membelanjakan RM162 juta,"ujarnya. Katanya dengan agihan tepat kepada MAIDAM bantuan akan dapat diagihkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan berdasarkan data yang dimiliki. "Mengikut data jumlah mereka (asnaf) yang melebihi usia 40 tahun adalah seramai 2,000 orang, mereka mendapat bantuan kewangan bulanan manakala yang miskin daripada golongan muda tidak diberikan bantuan kewangan bulanan sebaliknya diberikan bantuan galakan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. "Dengan diberikan alatan seperti mesin pemotong rumput, atau yang minat berniaga diberikan gerai menjalankan perniagaan,"katanya.
30 Oct 22
287
Ladang Solar RM400 Juta di Marang Manfaatkan 55,000 Rakyat
Ladang Solar RM400 Juta di Marang Manfaatkan 55,000 Rakyat
MARANG, 27 Oktober - Projek ladang solar Coara di Marang yang bernilai RM400 juta mampu membekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira 55,000 isi rumah. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu Dr Mamad Puteh berkata, projek penjanaan tenaga solar berkapasiti 116 Megawatt (MW) itu beroperasi sepenuhnya semalam. Katanya, projek yang bermula pada Februari tahun lalu meliputi kawasan seluas 245 hektar dan merupakan ladang PV solar yang terbesar di Malaysia. “Projek yang bermula pada awal Februari tahun lepas telah menelan kos sebanyak RM400 juta mampu mencapai kecekapan pengeluaran tenaga maksimum sehingga 116 Megawatt (MWp), dengan anggaran penghantaran tenaga bersih sebanyak 230 GWj setahun. “Katanya penghasilan tenaga itu akan membantu meningkatkan kemampanan alam sekitar dengan mengurangkan pelepasan sehingga 120,000 tan karbon dioksida setahun,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Ladang Solar Coara Marang yang bertempat di Jalan Felda Rantau Abang 1, Marang, semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato’ Mohamad Razif Abdul Mubin, Pengarah Eksekutif Coara Sdn. Bhd., Susan Hemming dan Pengarah Syarikat ib voght GmbH, Anton Milner. Sementara itu, Susan Hemming berkata, pihaknya berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menjana tenaga bersih yang mampan dan tidak menghasilkan pelepasan gas rumah hijau serta mengurangkan pencemaran udara. Untuk rekod, projek ladang solar ini merupakan ladang solar yang keempat di Terengganu selepas projek di Pulau Kerengga (Marang), Paka (Dungun), dan di kawasan Kemaman.  
27 Oct 22
1597
EPIC Agriprentice Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
EPIC Agriprentice Bantu Golongan B40 Jana Pendapatan
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) telah menganjurkan EPIC Agriprentice Program Ternakan Kelulut untuk membantu meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40) melalui ternakan kelulut.  Sebanyak RM30,000 telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial koperat tersebut melibatkan penyertaan 10 peserta terpilih dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ridzuan Ali, objektif utama program itu adalah membantu golongan pendapatan rendah yang ingin menjana pendapatan sampingan serta menggalakkan mereka menceburi industri kecil dan sederhana. “Pelaksanaan EPIC Agriprentice Program Ternakan Kelulut merupakan sebahagian dari program tanggungjawab sosial syarikat dalam menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Terengganu. "Ia juga bertujuan membimbing pengusaha ternakan kelulut yang baru bermula dan kita turut membantu menambahbaik peralatan bagi memenuhi kehendak pasaran dalam dan luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis. Menurut beliau lagi, program tersebut diisi dengan tujuh modul pengendalian dan latihan praktikal asas memasang ‘topping’ serta proses penyedutan hasil madu kelulut oleh Pengasas Galeri Madu Kelulut Bukit, Sufian Mat Nor. Di samping itu, para peserta juga diberikan tiga set sarang lebah kelulut dan alat penyedut madu selepas menghabiskan kursus ternakan kelulut itu.  Program tersebut telah diadakan di Galeri Madu Kelulut Bukit dengan kerjasama Galeri Madu Kelulut Bukit dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk. Turut hadir dalam program ini Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah & Kelulut dari Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Shamsul Bahri Abd. Razak, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu, Mohamad Wisam Mejam dan Pegawai Khas ADUN Batu Buruk, Abdul Fatah Ghani @ Abdul Ghani.  
06 Oct 22
454
Pengusaha Aiskrim Terima Peralatan Perniagaan
Pengusaha Aiskrim Terima Peralatan Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 26 September – Empat unit peralatan perniagaan dengan anggaran kos RM20,000 telah disumbangkan kepada seorang pengusaha perniagaan aiskrim melalui Geran Agropreneur Muda daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi diiringi oleh Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Nukman Hashim dan Ketua Unit Agropreneur Muda FAMA Negeri Terengganu, Azizie Mohd. Pengusaha Aiskrim Harmoni, Muhammad Mohd Rosle, 24, menzahirkan rasa syukur setelah menerima sumbangan itu kerana ia dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan tersebut.  “Sebelum ini saya hanya menggunakan modal duit sendiri, jadi untuk mengembangkan perniagaan ini agak susah dengan modal yang terhad. “Saya rasa bersyukur dengan sumbangan yang saya terima ini dan insya Allah akan dimanfaatkan sebaiknya,” kata Muhammad ketika ditemui pemberita.  Beliau yang mengusahakan perniagaan aiskrim berjenama Aiskrim Harmoni telah memulakan perniagaan tersebut sejak tahun 2019. Menurutnya lagi, produk aiskrim tersebut setakat ini hanya dipasarkan ke 3 buah kedai dan sebuah pasaraya yang terletak di Losong.  Antara hasil produk Aiskrim Harmoni “Selain itu juga, saya ada menyediakan perkhidmatan katering untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.  “Perancangan saya pada masa akan datang ingin meluaskan lagi pasaran perniagaan ini dan membuka sebuah kafe aiskrim,” katanya. Muhammad menerangkan sebagian proses pembuatan aiskrim  
26 Sep 22
620
Bekalan Ikan Cukup Sepanjang Musim Tengkujuh
Bekalan Ikan Cukup Sepanjang Musim Tengkujuh
HULU TERENGGANU, 25 September - Bekalan ikan di negeri ini mencukupi bagi menghadapi musim tengkujuh melalui unjuran tangkapan ikan yang sentiasa meningkat setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, melalui data yang diperolehi daripada hasil tangkapan ikan pada tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya dilihat sentiasa meningkat dan tidak perlu dibimbangkan. Katanya, bagi tempoh Januari hingga Julai lalu, 17,000 tan metrik hasil tangkapan didaratkan berbanding tempoh sama tahun lalu, pendaratan ikan direkodkan ialah 16,000 tan metrik. “Musim tengkujuh juga merupakan musim di mana ikan-ikan melimpah dan amat menguntungkan bagi nelayan ketika itu. “Kebiasaannya pada musim itu keadaan laut mula bergelora namun nelayan tempatan masih keluar ke laut namun ianya bergantung kepada keadaan cuaca," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Input Pertanian Tahun 2022 di Kompleks Pertanian Ajil baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Datuk Zulkepli Amin Mat Jusoh. Sementara itu, musim tengkujuh dilihat memudahkan bagi nelayan untuk menangkap ikan kerana ikan yang biasanya berada di laut dalam akan berada ke pesisir untuk bertelur. Tambah Dr Azman, pada musim biasa, nelayan perlu mengharungi perjalanan sehingga 10 jam untuk menangkap ikan namun pada musim tengkujuh, mereka hanya perlu bergerak dua hingga tiga jam ke destinasi untuk menangkap ikan. “Kita rasa insya-Allah bekalan ikan akan mencukupi bagi musim tengkujuh ini dan langkah sewajarnya sudah diambil oleh kerajaan bagi menjamin stok ikan supaya terus berada di pasaran,” ujarnya.  
25 Sep 22
481
Tiada Unsur Jenayah Dalam Kebakaran Kampung Cina
Tiada Unsur Jenayah Dalam Kebakaran Kampung Cina
KUALA TERENGGANU, 20 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu tidak menemui sebarang unsur jenayah yang dikatakan menjadi punca kebakaran membabitkan deretan rumah kedai di Kampung Cina di sini, malam Ahad lalu. Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, pihaknya kini memfokuskan kepada elemen lain yang disyaki menjadi punca kebakaran yang melibatkan 12 rumah kedai itu. “Pihak bomba telah datang semalam untuk buat siasatan dengan bantuan unit pengesan (K9) dari Kuala Lumpur mengenai punca kebakaran, namun unit K9 mendapati tiada unsur jenayah berlaku. "Kita akan fokuskan kepada punca lain yang mungkin disebabkan oleh pendawaian elektrik dan kita juga tidak menolak punca lain," jelasnya. Beliau berkata demikian selepas mengiringi Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini  Tambah Hillman, proses penggalian juga perlu dilakukan di lokasi kejadian untuk mencari punca sebenar, namun jengkaut tidak boleh digunakan memandangkan terdapat laluan air di bawah tapak kebakaran. Md Hillman berkata terdapat lebih 50 bangunan lama di kawasan Kampung Cina yang dibina sejak 1940. "Selagi siasatan di tempat kejadian tidak selesai, kita akan tutup kawasan ini dan tidak benarkan orang awam masuk," ujarnya. Katanya, beliau juga turut mencadangkan kepada pemilik bangunan-bangunan lama agar membuat pendawaian elektrik baharu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.   
20 Sep 22
420
Mangsa Kebakaran Kg Cina Terima Bantuan Tambahan RM2,000
Mangsa Kebakaran Kg Cina Terima Bantuan Tambahan RM2,000
KUALA TERENGGANU, 20 September - Bantuan tambahan sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada mangsa kebakaran rumah sederet di Jalan Bandar, Kampung Cina, Ahad lalu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata selain peruntukan itu pihaknya akan membangunkan semula kawasan kebakaran dengan mengekalkan ciri-ciri warisan yang sedia ada di kawasan tersebut. Katanya, kerajaan negeri juga akan cuba mengekalkan suasana di kawasan tersebut menjadi warisan atau tempat sejarah yang dibangunkan kembali akibat kebakaran. “Sebahagian bangunan yang terbakar itu mempunyai nilai-nilai warisan dan sejarah tersendiri di perkampungan tradisi Cina itu. “Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan pemilik bangunan yang terbakar itu kerana sebahagian kawasan tersebut merupakan tanah milik persendirian," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika melawat tapak kebakaran di Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini.  Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Hilman Abd. Rashid. Tambah Dr Samsuri, bantuan berkaitan yang diperlukan oleh mangsa kebakaran akan terus disalurkan bagi meringankan beban mereka. “Perkara ini tidak boleh diselesaikan dalam masa sekelip mata sahaja tetapi kita akan cuba bantu sedaya upaya,” katanya. Pada masa sama, beliau menasihatkan pemilik bangunan warisan di negeri ini supaya meningkatkan tahap keselamatan termasuk memeriksa sistem pendawaian elektrik dari semasa ke semasa. "Antara premis perniagaan terlibat dalam kebakaran tersebut ialah kedai emas, restoran, kedai kain dan kedai membaiki kunci dengan kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah jutaan ringgit," jelasnya.  
20 Sep 22
432
Sultan Mizan Rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Sultan Mizan Rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 September - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.  Perasmian jambatan ikonik itu bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Keputeraan baginda. Mengiringi baginda pada upacara itu, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu serta yang Amat Mulia Paduka anakanda-anakanda Sultan Terengganu; Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu. Sultan Mizan kemudiannya berkenan bertitah dengan mengisytiharkan dan merasmikan jambatan itu dikenali sebagai Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Terdahulu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan tersebut telah bermula pada bulan Ogos 2014 dan berjaya disiapkan pada Ogos 2019.  Menurutnya, projek yang menelan belanja sebanyak RM249 juta itu terdiri daripada struktur jambatan sepanjang 838 meter, empat struktur menara serta dua skybridge yang merupakan jambatan pertama di Asia Tenggara dengan reka bentuk tersebut.  Katanya, kerajaan negeri merakamkan penghargaan atas sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam merancang dan melaksanakan projek tersebut. “Kerajaan negeri percaya pelaksanaan projek ini telah memberikan impak yang besar kepada pembangunan negeri serta menjadi produk baharu sektor pelancongan yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Negeri Terengganu,” katanya. Tambar Dr Samsuri, sehingga Julai 2022, seramai 379,900 pengunjung telah direkodkan hadir ke jambatan ikonik berkenaan.  
15 Sep 22
556
Pelaburan Petronas, Firma Jerman Janji Pulangan Lumayan Buat Rakyat
Pelaburan Petronas, Firma Jerman Janji Pulangan Lumayan Buat Rakyat
MARANG, 31 Ogos- Perjanjian yang dimeterai antara syarikat usahasama Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) dan frima Jerman, PCC SE bersama syarikat milik kerajaan Terengganu, Menteri Besar Terengganu (Incorporated) atau MBI, mampu memberikan pulangan lebih baik kepada kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, persefahaman itu membolehkan kerajaan negeri melanjutkan usaha memiliki lima peratus kepentingan projek pengeluaran bahan mentah kimia, Oxyalkylates di Kerteh. “Sebagaimana yang kita lihat keadaan sekarang dan sebelum ini, kebanyakan projek yang dijalankan di negeri Terengganu adalah diantara usahasama syarikat-syarikat tertentu sahaja, samada melibatkan syarikat tertentu dan konglomerat besar seperti Petronas dan ExxonMobil dan sebagainya tanpa ada penglibatan daripada kerajaan negeri. “Apa yang berlaku semalam adalah satu proses di mana kerajaan negeri melalui MBI memulakan satu inisiatif untuk membuat melakukan ‘due diligence’ (usaha wajar) untuk membolehkan kita melihat seluruh perkara berkenaan projek tersebut dan potensi untuk kerajaan negeri memperolehi ekuiti sebanyak lima peratus daripada keseluruhan projek berkenaan. “Dengan kerajaan negeri mempunyai ekuiti tertentu walaupun  apa jua peratusannya, tentulah ada hasil kepada kerajaan negeri secara langsung berbanding dengan projek-projek yang dilaksanakan melalui usahama syarikat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat sempena Penyerahan Suratan Hakmilik Tanah dan Notis Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN Pengkalan Berangan di Dewan Sivik Merchang, di sini hari ini. Jelasnya, kerajaan negeri berjaya mendapatkan persetujuan due diligence bagi membolehkan kerajaan negeri melihat dokumen-dokumen secara menyeluruh. “Itulah tujuan kita menandatangani surat hasrat (Expression Of Interest atau EOI letter) semalam, setelah selesai barulah kita tahu jumlah atau nilai komitmen berdasarkan ekuiti lima peratus yang dipegang MBI sebenarnya. “Selepas itu, akan ada hasil kepada kerajaan negeri berdasarkan ekuiti kita dalam projek berkenaan,” katanya. Sementara itu, Ahli Pengurusan PCC SE, Peter Berger memaklumkan, pembinaan kemudahan Petronas dan PCG telah bermula pada 2021 dan pengeluaran dijadualkan bermula pada 2023.  "Apabila beroperasi sepenuhnya, kilang itu akan menghasilkan sehingga 70,000 tan setahun bagi etoksilat khusus dan poliol polieter khusus.  "Projek ini merupakan loji dwi-kereta api pertama di Asia Tenggara (SEA) untuk oksialkilat, yang menyasarkan untuk menangkap permintaan yang semakin meningkat terutamanya di rantau SEA dan Asia Pasifik," ujarnya. Pelaburan 'oxyalkylates' PCG dan PCC SE yang berterusan dijangka akan menjana peluang pekerjaan, termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi untuk masyarakat setempat.  
31 Aug 22
590
TIAF Pacu Ekonomi Luar Bandar
TIAF Pacu Ekonomi Luar Bandar
BESUT, 30 Ogos- Penganjuran Terengganu Air Festival (TIAF) yang pertama kali diadakan mampu memacu kerancakan aktiviti ekonomi dalam negeri khususnya di daerah Besut. Pengerusi Jawatankuasa. Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro. Dan Hal Ehwal Penjaja Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penganjuran program yang berlangsung selama tujuh hari itu berpotensi diadakan secara tahunan melibatkan lebih banyak penyertaan. "Sepanjang berlangsungnya TIAF, semua sektor dapat digemblengkan. Kita lihat para usahawan kita dapat menumpang berniaga dan aktiviti-aktiviti juga bukan terhad kepada sukan luncur udara. Kita ada juga pertandingan memancing, boating selain berlangsung acara seperti fun ride di mana aktiviti sederhana dan lasak itu boleh dijalankan serentak. "Kalau di bandar, mungkin berlakunya kesesakan dari segi penganjuran program-program. Itulah kita hendak cari serta menaikkan tempat-tempat di luar bandar tetapi suasananya bertaraf antarabangsa dan saya rasa Bukit Bubus ini memiliki potensi dari segi pemandangan juga ekosistemnya. "Cuma kita berharap, kerajaan negeri boleh melihat perkara ini dengan lebih dekat supaya kita tidak sahaja berada di paras sederhana dan rendah sebaliknya, penganjuran ini dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di TIAF yang berlangsung di Bukit Bubus Paragliding Park, semalam. Dalam program tersebut, seramai 65 peluncur udara melakukan 'Merdeka Fun Fly' sempena meraikan kemerdekaan negara sebagai acara terbesar yang diadakan. "Kepada penganjur, dan pihak Majlis Daerah dan Tanah Besut terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik. Mudah-mudahan ini bukan yang pertama dan terakhir ia dilangsungkan. Saya harap, ini langkah pertama dan akan terus dijayakan lagi supaya ia dapat dikenali lagi samada di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.    
29 Aug 22
291