lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Terengganu, Jepun Jalin Kerjasama Pelaburan
Terengganu, Jepun Jalin Kerjasama Pelaburan
KUALA LUMPUR, 8 November - Terengganu menjalin kerjasama antara beberapa pelabur di Jepun melalui pertemuan dalam lawatan kerja di sini. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata pihaknya telah bertemu dengan beberapa pelabur daripada Jepun yang bakal mendirikan kilang di Kemaman. “Kilang tersebut berfokuskan pada ‘Lithium-ion batteries’ dan komponen utama untuk ‘Electric Vehicle (EV)’. “Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Meiwa Corporation yang telah memilih Terengganu sebagai destinasi pelaburan.  “Kita mengharapkan pelaburan ini dapat direalisasikan dan insya-Allah pada pertengahan tahun depan akan dimaklumkan keputusannya,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada hari ini. Tambah Nurkhuzaini, Meiwa Corporation telah ke Teluk Kalong iaitu lokasi kilang yang bakal dibina pada malam semalam. “Pada hari ini kami bertemu sekali lagi di Kuala Lumpur sebelum mereka berlepas balik ke Tokyo. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada EPIC, ECERDC dan MIDA yang banyak membantu bagi memudahkan dan merealiasasikn pelaburan ini di negeri Terengganu," katanya.  
08 Nov 23
1097
Terengganu Bakal Bangunkan Industri Hidrogen Hijau
Terengganu Bakal Bangunkan Industri Hidrogen Hijau
KUALA TERENGGANU, 7 November - Kerajaan Terengganu sedang mengorak langkah bagi membangunkan industri hidrogen hijau yang mampu menjadi sumber pendapatan baharu negeri. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa usaha sedang digarap termasuk perbincangan bersama pakar dari Korea Selatan dalam bidang terbabit. Katanya, langkah tersebut akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat Terengganu di masa depan. "Kerajaan Terengganu juga telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan Sarawak yang melaksanakan inisiatif penyimpanan karbon serta ekonomi berasaskan hidrogen. “Isi perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan ‘Initiative Towards Green Economy in Sarawak – Hydrogen Roadmap'," jelasnya. Ahmad Samsuri berkata demikian di laman Facebook rasminya selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari di Petrajaya, Kuching, Sarawak semalam. Ujar Ahmad Samsuri, perbincangan itu adalah lanjutan daripada pembentangan Primier Sarawak pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang di pengerusikan oleh Perdana Menteri pada minggu lepas. “Perbincangan itu adalah bagi mengetahui bagaimana Negeri Terengganu dapat sama-sama menerokai ekonomi baharu ini dan membentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara Terengganu dan Sarawak. "Insya-Allah negeri ini sedang bergerak ke arah ekonomi hijau yang akan mendatangkan manfaat kepada negeri dan rakyat Terengganu.
07 Nov 23
1117
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 November - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dua syarikat perusahaan makanan di Kuala Terengganu semasa lawatan kerja sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4) di sini. Menurutnya, beliau bangga kerana ada pengusaha Melayu yang menggunakan cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Saudi, Ireland dan lain-lain.  Katanya, penggunaan mesin boleh percepat dan perbanyakkan produk mereka di samping menjaga konsistensi sesuatu produk.  “Lawatan tersebut diadakan di kilang pengusaha AdeqSue yang menyediakan makanan siap masak dalam bentuk pek (package), dan Muslim Food Industries. “Perusahaan tersebut mengeluarkan makanan seperti bihun, mee, laksa, kuetiau, bebola ikan dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasmi miliknya kelmarin. Tambah Tun Dr Mahathir, kedua-dua perusahaan itu menggunakan jentera mesin yang boleh hasilkan pengeluaran dalam jumlah besar dan memenuhi permintaan.  “Ia merupakan contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha lain yang berminat dalam bidang sebegini. "Industri pembuatan dan pembungkusan seperti ini mempunyai permintaan harian kerana barang makanan biasanya diperlukan setiap hari,” katanya. Selain itu, perusahaan ini juga memerlukan pengurusan logistik yang cekap bagi menentukan ia sampai ke pasaran. Jelasnya lagi, apabila sesuatu industri diadakan, ianya membuka peluang kerja kepada orang tempatan dan sekeliling.  Beliau berkata, keperluan logistik menghantar produk itu tadi juga adalah peluang kerja kerana kenderaan memerlukan pengendali seperti kelindan dan pemandu.  “Ini sahaja sudah beri pendapatan kepada orang tempatan dan kitaran ekonomi berlaku secara tidak langsung.  “Selain peluang kerja, saya dapati perusahaan seperti ini mengajar peniaga bagaimana membekal mengikut permintaan.  “Jika kita masak secara manual dalam jumlah sedikit, ini sekadar memenuhi permintaan sekeliling kita sahaja.  “Tetapi jika kita guna mesin atau jentera dan adaptasi kaedah pengeluaran secara besar-besaran, bukan sahaja permintaan sekeliling boleh dipenuhi malah permintaan di luar kawasan termasuk di luar negara juga kita mampu penuhi dan kuasai. “Kita perlu hantar barangan kita ke negara-negara lain, jadi pasaran bukan lagi sekadar di kampung atau dalam negara tetapi terus ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.        
05 Nov 23
3082
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
KUALA TERENGGANU, 3 November - Kadar pengangguran di Terengganu mencatat penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding 4 peratus tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kadar itu bukan sahaja lebih rendah berbanding paras nasional iaitu 3.9 peratus malah lebih baik ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada November tahun lalu iaitu antara 3.7 peratus hingga 3.9 peratus. Kerajaan negeri katanya melaksanakan tiga strategi penting menerusi Urus Setia Pekerjaan Negeri (UPNT) yang turut dianggotai Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). "Strategi pertama adalah memasarkan maklumat pekerjaan dengan lebih meluas terutama kepada pencari kerja graduan dan belia. "Ini termasuk mendaftarkan pencari kerja dan majikan dalam satu ekosistem iaitu 'MYFutureJobs' dan membangunkan Sistem Maklumat Pekerjaan Akar Umbi (SAMPAI)," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen ke-5 Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini semalam  Turut hadir Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Sendirian Berhad, Sulaiman Sulong, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Mohd Iskandar Muhammad Aziz, Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej TESDEC, Prof Madya Dr Berhanundin Abdullah, dan Ketua Eksekutif Kolej TESDEC, Encik Mat Azam Husain. Tambah Wan Sukairi, Strategi kedua pula menurut adalah menghubungkan pencari kerja dengan pihak industri atau bakal majikan dan menganjurkan program pemadanan pekerjaan di peringkat daerah dan Dewan Undangan Negeri (DUN). "Manakala stategi ketiga adalah dengan meningkat kebolehkerjaan dan kebolehpasaran pencari kerja, mengadakan program 'career grooming', membimbing penyediaan resume, membangun kemahiran insani dan kemahiran teknikal yang berkaitan pekerjaan," katanya. Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam seterusnya berkata semua inisiatif tersebut adalah untuk memastikan setiap graduan mendapat ruang dan peluang yang sama dalam mendapatkan pekerjaan sekali gus memperoleh pendapatan yang akhirnya mengubah landskap ekonomi dan sosial di negeri Terengganu. "Saya tahu cabarannya besar, namun saya lebih percayakan bakat dan potensi yang ada pada kita semua rakyat Terengganu," ujarnya lagi.
03 Nov 23
284
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
KUALA TERENGGANU, 2 November – Kerajaan Negeri melalui Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) bersedia membantu graduan membuka perniagaan atau perusahaan sendiri selepas berjaya menamatkan pengajian di institusi itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata sijil keluaran TESDEC diiktiraf dan diterima baik dalam pelbagai industri. Beliau berkata alumni TESDEC antara graduan yang peluang pekerjaan mereka cukup terjamin dengan skill dan akademi yang dimiliki. "Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri sangat menggalakkan para graduan TESDEC mencipta peluang pekerjaan sendiri. “TESDEC pula sedang berusaha menambah program inovasi dan membina jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) supaya mana-mana alumni yang berhasrat untuk membuka perusahaan atau perniagaan sendiri, kerajaan negeri menjadi pemudah cara untuk tujuan tersebut,” jelas beliau. Wan Sukairi berkata demikian di Sidang Media selepas Majlis Konvokesyen TESDEC ke 5 di Dewan Kenanga, Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini semalam. Turut hadir Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah TESDEC Sendirian Berhad, Sulaiman Sulong dan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Mohd Iskandar Muhammad Aziz. Terdahulu, Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam dalam ucapan perasmiannya berkata, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan dan latihan yang berlaku di Terengganu dalam memastikan setiap graduan yang dilahirkan oleh institusi di negeri ini sentiasa mendapat tempat dalam industri dan sektor memerlukan. Katanya, kolaborasi dengan pemain industri sentiasa dijalankan bagi mewujudkan kesinambungan jalinan saling melengkapi daripada aspek keterampilan graduan selaras dengan keperluan guna tenaga dalam industri. "Pada masa yang sama juga, kerajaan melalui Terengganu Skills (TESDEC) turut menawarkan program berbentuk 'reskilling' dan peningkatan tahap kemahiran yang lebih kompetitif," ujarnya.  
03 Nov 23
188
Peningkatan Pelaburan Perlu Lonjak Pendapatan Negeri
Peningkatan Pelaburan Perlu Lonjak Pendapatan Negeri
KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - Peningkatan pelaburan di Terengganu diharap dapat memberi pulangan serta hasil yang baik bagi meningkatkan pendapatan negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, keadaan demikian sewajarnya menjadi faktor bertambahnya pendapatan di negeri ini. "Kita sebenarnya sangat mengalu-alukan pelaburan dari luar untuk tujuan penambahan hasil bagi kerajaan negeri. "Walau bagaimanapun kita melihat ia tidak besar sebagaimana pelaburan yang berlaku, mungkin hasil diperolehi hanya daripada premium tanah dan hasil-hasil cukai yang tidak besar. "Oleh itu kita mengharapkan kontrak-kontrak yang dijalankan dengan pelabur asing ini memberi pulangan yang lebih besar kepada negeri kita," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Sesi Perbahasan Ke Atas Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Mizan di Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, dengan meningkatnya pelabur ke negeri ini kerajaan negeri perlu mengambil kesempatan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. "Apabila bertemu dengan mereka yang menyatakan minat untuk melabur antara perkara yang dibangkitkan ialah adakah kerajaan Terengganu boleh menyediakan tenaga kerja untuk keperluan industri mereka," katanya. Dalam pada itu katanya, DUN Telemong yang selama ini merupakan tempat yang paling kecil berlaku pelaburan berupaya untuk dijadikan sebahagian 'free trade zone' "Kerana itu kita mengharapkan agar berlakunya sambungan lebuhraya antara Kuala Telemong dengan Jeneris supaya memberi suatu nilai impak yang lebih besar kepada industri di Hulu Terengganu agar ia selari dengan keperluan pertanian bagi membolehkan rakyat mengecapi kemajuan ini, insya-Allah," ujar beliau.
03 Oct 23
172
MAIDAM Mahu Setiap Masjid Ada Koperasi
MAIDAM Mahu Setiap Masjid Ada Koperasi
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sedang giat mengerakkan usaha bagi memastikan setiap masjid di negeri ini mewujudkan koperasi. Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata setakat ini hanya 28 buah masjid yang mewujudkan koperasi. Menurutnya antara yang paling aktif koperasinya ialah Masjid Nur Bakti (Kuala Nerus), Masjid Binjai (Kemaman) dan juga Masjid Tok Ku (Kuala Terengganu). "Kita hendak memastikan ia bertambah supaya setiap masjid dalam negeri supaya institusi ini juga berfungsi sebagai pusat ekonomi setempat. "Sekarang ini kita sedang dalam usaha untuk mempromosikan perkara ini bersama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan mengadakan seminar bagi menerangkan kepada masjid apa kegiatan yang sewajarnya dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media, di Pejabat MAIDAM, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, bagi mewujudkan kegiatan ekonomi di institusi berkenaan dengan membincangkan usaha tersebut di peringkat jawatankuasa masjid dan akan memberi impak yang sangat baik untuk masjid melakukan pelbagai agenda dan perancnagan termasuk membantu golongan miskin. "Melaluinya 'food bank' pun kita boleh buat, juga kita boleh fokuskan untuk masjid memiliki dana sendiri bagi mengurus segala aktiviti," katanya.
03 Oct 23
366
SG4 Langkah Luar Biasa
SG4 Langkah Luar Biasa
KUALA TERENGGANU, 25 September - Langkah empat negeri menubuhkan 'State-Government 4 (SG4)' merupakan satu langkah pembaharuan yang berani dan dianggap luar biasa. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, usaha merupakan satu inovasi gandaan ekonomi, pelaburan dan sosioekonomi bagi Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang mempunyai tarikan serta keunikan tersendiri. Tegasnya, agenda itu tidak mempunyai kepentingan politik sebaliknya adalah untuk kebaikan rakyat di setiap negeri ini. "Timbul kegerunan di peringkat Persekutuan, malah tukang karut kepimpinan tertinggi dalam UMNO yang kini semakin ketandusan idea mula meletakkan propaganda kosong mereka (berkait SG4). "Apabila kurang maklumat dan tidak tahu apa-apa berhubung SG4 menampakkan kedangkalan UMNO ini tiada langsung jiwa besar untuk 'move on' tujuannya adalah untuk kebaikan dan kepentingan di empat negeri dan bukan untuk berpolitik. "Sebenarnya ia hanya untuk membangunkan empat negeri yang sentiasa dianggap mundur oleh kerajaan Persekutuan," katanya melalui hantaran di facebooknya, di sini, baru-baru ini. Ujarnya, SG4 akan menjadi titik permulaan merubah persepsi dangkal yang mana negeri yang ditadbir 100 peratus Melayu adalah mundur. "Malahan ada cuba-cubaan untuk melagakan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, SG4 adalah satu gerakan murni di bawah PN, di samping mengambil kesempatan mencedok pemikiran unggul Tun Dr Mahathir Mohamad dan kumpulan pemikirnya dari dalam negara dan luar negara," katanya.
25 Sep 23
1144
Ahmad Samsuri Nafi SG4 Musuhi Persekutuan
Ahmad Samsuri Nafi SG4 Musuhi Persekutuan
KUALA NERUS, 18 September - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan pembentukan empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu State-Government 4 atau SG4 sebagai langkah mahu memusuhi Kerajaan Persekutuan. Beliau sebaliknya menegaskan, pembentukan SG4 itu adalah untuk meningkatkan potensi empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis melalui kerjasama erat dalam bidang industri, pelancongan dan ekonomi. "Semua yang kita laksanakan ini, cari jalan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara untuk meningkatkan tahap ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan di negeri-negeri yang ditadbir PN. "Apa juga usaha yang kita buat, dari kecil sehingga besar (termasuk pembentukan SG4) adakah itu dah dikira tak hormati Kerajaan Persekutuan?," soalnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya pembentukan SG4 adalah seolah-olah memusuhi kerajaan Persekutuan. Tambahnya, pembentukan SG4 adalah antara inisiatif demi manfaat rakyat di negeri masing-masing tanpa wujudnya sebarang sentimen anti Kerajaan Persekutuan. "Pada peringkat ini pun kita sedang bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensi dan kementerian," katanya. "Saya pun baru minggu lepas hadir mesyuarat dengan ECRL, jadi tak timbul isu kita tidak hormati kerajaan persekutuan. Saya percaya untuk kita capai satu matlamat, kita harus guna pelbagai cara. Kiri kanan, atas bawah asalkan tercapai objektif yang kita ingin capai," katanya. Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah antara bukti betapa eratnya hubungan kerajaan negeri Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan selama ini. Ditanya mengenai pemilihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi untuk SG4 pula, Ahmad Samsuri berkata peranan Tun Mahathir dalam menerajui kepimpinan negara selama ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya. "Saya boleh katakan dalam pertemuan pertama antara Tun dengan kakitangan kerajaan negeri Terengganu sempena Program Retreat Exco baru-baru ini, beliau tak sentuh pun soal politik sepanjang 40 minit ucapannya. "Tun hanya sentuh mengenai pentadbiran dan bagaimana untuk meningkatkan kecekapan. "Adakah menjadi satu kesalahan bagi kami (SG4) untuk ambil ilmu dari individu yang telah terbukti kehebatan dan pencapaiannya selama ini," katanya. Tambahnya, pada tahun 2018 juga, kerajaan negeri Terengganu telah melantik bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai penasihat untuk hal ehwal ekonomi dan pelaburan serta pelbagai perkara yang berkaitan. 
18 Sep 23
795
MB Mahu Menteri Perkasa Projek ECRL, Pelabuhan Kemaman
MB Mahu Menteri Perkasa Projek ECRL, Pelabuhan Kemaman
KUALA TERENGGANU,  17 September - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mahu Menteri Pengangkutan memberi tumpuan kepada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelabuhan Kemaman bagi meningkatkan ekonomi Terengganu. Katanya, hasrat itu telah disampaikan beliau kepada Anthony Loke dalam pertemuan rasmi yang diadakan di Ibu Kota baru-baru ini. "Kami berbincang supaya peranan ECRL membabitkan Permaisuri dan Jerteh dapat diperkukuh dan dapat digunakan juga sebagai hub kargo (berat medium dan kecil). "Ini akan membolehkan negeri kita menyediakan kawasan industri yang sesuai di situ untuk meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat di dua daerah berkenaan," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini. Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, perbincangan selama sejam itu berlangsung dalam suasana ceria dan positif. "Ini adalah tanda bahawa perlunya sikap positif dalam hubungan Kerajaan Persekutan dan Negeri walapun pegangan politik berbeza. "Hal ini juga berkaitan dengan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri sebagaimana termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan. "Jadual Kesembilan (Perkara 74,77), Senarai I-Senarai Persekutuan 9 dan 10, Senarai II-Senarai Negeri 2 (a)," jelasnya.
17 Sep 23
849