lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Pengalaman Tun M Bantu 4 Negeri PN Tingkat Pelaburan
Pengalaman Tun M Bantu 4 Negeri PN Tingkat Pelaburan
KUALA TERENGGANU, 15 September – Pengalaman yang luas dimiliki Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu empat negeri naungan Perikatan Nasional (PN) dalam sektor pelaburan. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata melalui kerjasama ‘State-Government 4’ atau SG4 dapat kukuhkan lagi potensi yang ada di keempat negeri tersebut. Katanya, empat negeri ini diketuai oleh Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. “Saya rasa tidak ada rakyat Malaysia yang menafikan peranan Tun Mahathir dalam membangunkan Negara Malaysia. “Tun Mahathir juga mempunyai hubungan yang baik dengan pelabur-pelabur luar negara seperti Jepun, Korea dan sebagainya,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang selepas majlis Perasmian Simposium Pelaksanaan Syariah dalam Itqan Al-Muluk Biya’dil Assuluk bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu di sini semalam. Tambah Ahmad Samsuri, Mantan Pedana Menteri itu sentiasa memberi pesanan terhadap urus tadbir yang cekap. Tambahnya, usaha itu diperlukan oleh kerajaan negeri supaya segala kelulusan projek dapat dilaksanakan secara efisien. “Sekiranya tidak efisien boleh menyebabkan para pelabur hilang kepercayaan dan lari dari negeri tertentu. “Pada peringkat ini, kita meminta nasihat secara tidak rasmi dahulu daripada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu," ujarnya. Seterusnya, kita akan lihat keperluan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri setelah beberapa penelitian dan kajian telah dijalankan.
15 Sep 23
474
Empat Negeri PN Bersetuju Wujudkan SG4
Empat Negeri PN Bersetuju Wujudkan SG4
KUALA TERENGGANU, 11 September - Empat buah negeri di bawah Perikatan Nasional bersetuju untuk mewujudkan kerjasama antara negeri dikenali sebagai 'State-Government 4' atau SG4. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerjasama yang melibatkan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis telah dipersetujui untuk diwujudkan pada 2 September yang lalu. "Kerjasama strategik mengikut bidang kuasa (empat) negeri ini akan memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf (kehidupan) rakyat di negeri terbabit. "Dengan mengenalpasti aset, kekuatan, kerjasama strategik dan sebagainya yang boleh dilaksanakan," ujarnya melalui satu kenyataan, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Dr Ahmad Samsuri mendoakan agar agenda kebaikan rakyat di empat negeri ini dapat dijayakan dengan baik.  
11 Sep 23
26199
Tun M Puji Pelaburan, Tarikan Pelancongan Terengganu
Tun M Puji Pelaburan, Tarikan Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 September – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji negeri Terengganu yang mempunyai banyak potensi termasuk kemasukan dan peluang pelaburan. Tun Mahathir berkata sektor pelancongan juga begitu banyak daya tarikan dengan keindahan khazanah alam yang terdapat di negeri ini. “Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atas jemputan ke Bengkel Hala Tuju Portfolio Exco Negeri Terengganu pagi tadi. “Dengan pengalaman yang ada dalam pentadbiran Kerajaan bolehlah saya kongsikan sedikit sebanyak bagaimana sesebuah Kerajaan itu dapat dibangun dan dijayakan. “Jika idea-idea baik dilaksana dan kena pada caranya saya yakin negeri ini dapat maju dan hebat setanding dengan negeri di pantai barat,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada hari ini. Tambah Tun Mahathir, kita juga perlu cekap dalam pentadbiran, orang politik perlu tahu bekerja dengan pegawai Kerajaan agar kerenah birokrasi dapat dielakkan dalam apa jua urusan Kerajaan. Beliau berkata, kelulusan sesuatu permohonan misalnya tidak perlu dilengahkan sehingga orang jauh hati berurusan dengan Kerajaan.  Katanya, ini penting terutama apabila berurusan dengan pelabur serta disiplin dan beramanah, budaya kerja baik perlu sentiasa jadi amalan. “Saya sempat kongsikan ketika menjadi Menteri Perdagangan dan Industri, saya dapati kakitangan suka pulang awal, seawal jam 3 petang.  “Bila ditanya kepada Ketua Setiausaha Kementerian, katanya mereka perlu pulang awal untuk elak sesak jalanraya. “Saya fikir ini sikap tidak beramanah dan berdisiplin, kerana itu selepas dilantik jadi Perdana Menteri, kad perakam waktu diperkenal supaya kakitangan bekerja mengikut waktu dan jadual kerja sepatutnya,” ujarnya. Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur diperkenal kerana budaya dan cara kerja yang wajar jadi contoh dalam usaha memajukan negara. "Selamat maju jaya diucap dan saya harap program sebegini mampu eratkan orang politik dan kumpulan pelaksana di peringkat Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan semua peringkat berada dalam landasan dan objektif yang sama,” jelasnya.  
10 Sep 23
4542
Penjagaan Kesihatan Sumbang Kejayaan Prestasi TDM Keseluruhan
Penjagaan Kesihatan Sumbang Kejayaan Prestasi TDM Keseluruhan
KUALA TERENGGANU, 4 September - Bahagian penjagaan kesihatan Kumpulan TDM Berhad (TDM) meningkat 16 peratus dari tahun ke tahun daripada RM62.2 juta kepada RM72.0 pada suku kedua tahun ini. Pengarah Eksekutif TDM, Najman kamaruddin berkata, pencapaian luar biasa itu sangat mengembirakan pihak syarikat. "Kami gembira dengan kemajuan luar biasa yang dibuat oleh bahagian penjagaan kesihatan kami pada suku ini. "Objektif kami adalah untuk meluaskan jejak kumpulan ke kawasan yang penting secara strategik, sebagai tindak balas kepada permintaan yang meningkat daripada pesakit global. "Juga menjadi aspek penting dalam inisiatif strategik kami yang akan datang," ujarnya melalui satu kenyataan, baru-baru ini. Dalam pada itu katanya, pihaknya pada masa akan datang tetap teguh dalam dedikasi bagi meningkatkan kelestarian Bahagian Perladangan. "Kami komited untuk memanfaatkan teknik inovatif dalam menambahbaik kecekapan operasi, meningkatkan mekanisasi dan mencapai hasil jangka panjang yang optimum," ujarnya.  
04 Sep 23
144
Dr Sam Jumpa Mantan Menteri Ekonomi Bincang Hala Tuju Pembangunan
Dr Sam Jumpa Mantan Menteri Ekonomi Bincang Hala Tuju Pembangunan
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengadakan perjumpaan dengan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Seri Mustapa Mohamed bagi membincangkan kesenjangan pembangunan di empat negeri 'Malay Belt' . Menurut Ahmad Samsuri, antara perkara yang turut dibincangkan dalam satu pertemuan khas bersama dengan tokoh negara tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai Tok Pa adalah membabitkan isu-isu mikro di negeri turut fokus mengenai pembangunan aset negeri. "Bagi meningkatkan hasil, peningkatan tahap ekonomi negeri, peningkatan pelaburan, dan bagaimana empat negeri di bawah PAS/PN dapat mengadakan kerjasama bagi menanganinya. "Dalam kerangka kuasa Kerajaan Negeri di bawah Jadual Sembilan Perlembagaan Persekutuan," ujarnya melalui satu kenyataan di facebook rasminya, di sini, semalam. Mengulas lanjut katanya, pengalaman bekas Menteri kewangan Kedua pada tahun 1998 itu mahu dimanfaatkan bagi membantu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. "Pengalaman luas Tok Pa sejak sekian lama dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pelbagai kementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Pengajian Tinggi dan sebagainya diharap dapat membantu kami di empat negeri. "Insya-Allah perbincangan lanjut akan diadakan sesama pimpinan negeri," ujarnya. Untuk rekod, Mustapa berkecimpung dalam dunia politik lebih 25 tahun dan pernah menyaksikan ketika beliau menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, pelaburan asing pernah mencapai tahap memberasangkan.  
21 Aug 23
514
T-HRDC Bantu Lebih 20,000 'Job Hunter' Sepanjang Penubuhan
T-HRDC Bantu Lebih 20,000 'Job Hunter' Sepanjang Penubuhan
BESUT, 9 Ogos - Lebih 20,800 rakyat Terengganu berjaya mendapatkan pekerjaan melalui inisiatif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) yang diwujudkan kerajaan negeri pada penggal lalu. Calon PAS bagi kerusi DUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang diamanahkan menerajui agensi berkenaan sebelum ini berkata, T-HRDC menjadi medium antara pencari kerja dan nelayan yang sangat berjaya. "Data itu (20,800 penerima) adalah data sahih di dalam MYFutureJob, satu sistem yang dikendalikan PERKESO dan dikongsikan bersama selepas kita mengadakan perjanjian persefahaman dengan kerajaan negeri melalui T-HRDC. "Tenaga kerja Terengganu sangat berdaya saing dan kebanyakannya mempunyai kelayakan yang tinggi. "Namun, tidak timbul isu kerja tidak menepati kelayakan sebagaimana dakwaan sesetengah pihak, kerana majikan sudah pasti mengambil orang yang layak dengan peluang ditawarkan. "Ini kerana, mereka ada penilaian untung rugi syarikat," katanya. Tambahnya, sebahagian 'job hunter' yang diterima oleh majikan-majikan sebelum ini turut mendapat peluang kenaikan pangkat sekalipun mereka bermula pada peringkat bawah. "Contohnya, Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY), antara syarikat terawal yang bekerjasama dengan T-HRDC. "Mereka ambil operator pada awalnya, tetapi mereka sangat menggunakan pakai kenaikan dalaman dan ramai tenaga kerja yang kita hantar berjaya dinaikkan ke kedudukan yang sesuai dengan kelayakan mereka," ujarnya. Dalam pada itu, Nurkhuzaini menyifatkan, kritikan berkenaan tenaga kerja yang dihantar keluar berbanding bekerja di dalam negeri mempunyai asas yang longgar. Mengakui peluang yang agak terhad bagi menampung semua tenaga kerja dalam negeri, beliau menyeru semua pihak menggunakan satu sifir yang betul dalam menilai perkara itu. Menurutnya, penghantaran tenaga kerja secara proaktif tanpa menanti peluang yang hanya ada dalam Terengganu, sebenarnya turut menyumbang peningkatan aliran tunai ke dalam negeri. "Apabila kita hantar 400 orang ke Shah Alam dan 380 pekerja ke Senai, kita telah ada 780 tenaga kerja. "Mereka diberi tempat tinggal, pengangkutan disediakan dan gaji mereka hanya untuk belanja dan makan. "Kalau 780 orang ini menghantar sebahagian gaji mereka ke kampung setiap bulan, bayangkan pengaliran duit masuk ke dalam negeri boleh bernilai puluhan dan ratusan ribu. "Ia realistik dalam meningkatkan taraf hidup keluarga di kampung sekaligus memberi suntikan kepada ekonomi setempat," jelasnya.  
09 Aug 23
184
30 Vs 10, Kupas Realistik Dalam Retorik
30 Vs 10, Kupas Realistik Dalam Retorik
BESUT, 8 Ogos- Sekalipun Tawaran 30 Akujanji Barisan Nasional (BN) Terengganu dilihat lebih 'menggiurkan' rakyat negeri itu, parti PAS yang menjadi lawan tunggal dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke-15 merasakan Manifesto PAS lebih realistik. Calon PAS bagi kerusi DUN Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pengundi perlu menilai realiti dalam retorik yang dibentangkan. "Tawar sebanyak 30 atau lebih, terpulang kepada mereka. Tetapi, seperti mana yang diputuskan kepimpinan kita, manifesto yang kita buat ini berpijak di bumi nyata kerana kita menyedari kemampuan dan menyelaraskan tawaran dengan sumber pendapatan kita. "Kalau hendak komen kepada akujanji mereka, contohnya mahu memberi RM1,500 sebulan kepada lepasan ijazah yang tidak bekerja (Skim Latihan Graduan). "Ia suatu angka yang tidak jelas kos dan nilainya tanpa mengambil kira kantung kewangan negeri. "Bagi saya, ini menimbulkan kerisauan ia tidak akan dapat dilaksanakan (kerana jumlahnya tidak jelas)," katanya. Tambah Nurkhuzaini, perkara itu jelas memperlihatkan perbezaan antara tawaran daripada kedua-dua pihak. Jelasnya, walaupun ada sumber kewangan sebagai pentadbir negeri, tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya membelanjakan wang begitu sahaja. "Apabila kita sebut dalam manifesto, kita jelaskan, contohnya geran sebanyak RM5 juta untuk Tabung Geran Usahawan Belia dan Tabung Bantuan Pertanian, Penternak dan Nelayan sebanyak RM10 juta. "Di sini, perbezaan jelas antara kedua tawaran berdasarkan logik akal dan disebabkan itu, manifesto yang kita tawarkan lebih nyata untuk dilaksanakan," katanya. Kenyataan beliau itu diperkukuhkan lagi dengan rekod PAS Terengganu ketika mentadbir negeri pada penggal 2018-2023.   Sepanjang pentadbiran, PAS berjaya melaksanakan 20 manifesto yang dijanjikan secara berperingkat walaupun berdepan tempoh kritikal ketika pandemik COVID-19 dan 20 manifesto itu akan terus berjalan. "Sebelum ini, kita sudah berjaya melaksanakan 20 manifesto dan kali ini kita menggunakan penelitian yang sama oleh pakar-pakar yang sama dikepalai Dato' Dr Alias Razak," katanya.
08 Aug 23
244
564 Rumah Bakal Dibina di Alor Limbat
564 Rumah Bakal Dibina di Alor Limbat
MARANG, 28 Julai- Sebanyak 564 unit rumah mampu milik (RMM) dan bercampur akan dibina di Kampung Alor Limbat, di sini menjadikannya projek perumahan terbesar dalam daerah Marang. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang dimajukan secara usaha sama di antara KOPERAT sebagai pemaju dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) selaku pemilik tanah itu dibangunkan di atas tanah yang berkeluasan 49 ekar. "Ini adalah satu komitmen kerajaan negeri untuk kenyediakan RMM dan kediaman kepada rakyat. "Ini juga salah satu cara mengerakkkan ekonomi di kawasan yang tak jauh dengan stesen ECRL selain pembangunan ECRL stesen itu sendiri dan kawasan sekitar betul-betul yang 'attach' dengan stesen itu sendiri. "Kita berharap pembangunan projek ini akan menyumbang pembangunan sosioekonomi pendiduk setempat dan berharap penduduk kawasan ini dapat mengambil manfaat selain terlibat dalam aktiviti ekonomi yang berlangsung," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pecah Tanah Pembangunan RMM dan Bercampur di tapak projek, di sini semalam. Jelasnya, projek berkenaan merangkumi pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Jenis A (119 unit) dan RMM Jenis B (175 unit). Selain itu terdapat juga Rumah Teres Jenis C (147 unit), Rumah Berkembar 1 Tingkat (112 unit) dan juga Rumah Kedal Dua Tingkat (12 unit). Tambahnya, perumahan tersebut akan dibangunkan di bersama kemudahan infrastruktur termasuk tangki air menara, loji rawatan kumbahan, pencawang TNB, taman permainan dan pembesaran jalan masuk. Projek perumahan itu akan dimulakan pada September ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027.  
28 Jul 23
829
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Korea
Terengganu Terima Kunjungan Duta Besar Korea
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Kerajaan Terengganu hari ini menerima kunjungan Duta Besar Republik Korea, Tuan Yang Terutama (TYT) Yeo Seung-Bae. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kunjungan tersebut bertujuan bagi membincangkan isu kepentingan bersama dan kerjasama memperkukuh hubungan Terengganu-Korea Selatan. "Duta Besar Republik Korea bersama delegasi itu sempat singgah di Kertih Industrial Park sebelum ke sini. "Semoga ada kerjasama yang dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak yang memberi manfaat kepada yang terlibat khususnya rakyat Terengganu," jelasnya. Beliau berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini. Ahmad Samsuri sempat berseloroh, untung orang Korea tahun ini, jadi muda setahun atau dua. “Sebelum ini, Korea mempunyai sistem mereka tersendiri dalam pengiraan umur.  “Biasanya akan lebih tua setahun atau dua berbanding usia di peringkat global atau biasa disebut ‘international age’. Unik sungguh budaya yang berbeza ini,” ujarnya.    
25 Jul 23
97
Pelbagai Usaha Tingkat Ekonomi Terengganu
Pelbagai Usaha Tingkat Ekonomi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 Julai – Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri berkata beberapa potensi sedang dipertimbangkan supaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini. Katanya, pelbagai perancangan diperolehi yang bakal dilaksanakan melalui perbincangan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. “Perbincangan tersebut diadakan di Pejabat Menteri, Menara MITI di sini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya pada hari ini. Tengku Zafrul melahirkan ucapan terima kasih atas kunjungan hormat Menteri Besar Terengganu ke Pejabat MITI. “Kami telah bertukar pandangan mengenai peranan kerajaan negeri untuk membawa matlamat pembangunan ekonomi di Terengganu agar manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat. “Kami juga turut membincangkan halatuju pembangunan ekonomi untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan menghasilkan pendapatan baharu kepada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman," ujarnya. Tengku Zafrul sempat berseloroh, waktu datang ke Terengganu tempoh hari, Menteri Besar belanja makan nasi dagang ikan aya, minta maaf, kat MITI tak ada menu istimewa.  
13 Jul 23
371