lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
EPIC Berhad, MRL Kerjasama Teroka Integrasi ECRL
KUALA TERENGGANU, 9 Oktober - Anak Syarikat Kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Corporation Berhad (EPIC Berhad) dan Malaysian Rail Link Sdn Bhd (MRL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai langkah menjalinkan kerjasama strategik bagi mengintegrasikan operasi syarikat terbabit dengan rangkaian Projek Laluan Rel Pantai Timur (REL). Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, memorandum yang ditandatangani itu selari dengan usaha kerajaan negeri untuk memaksimakan potensi Pelabuhan Kemaman sebagai hab maritim dan logistik serantau. "Bertepatan dengan kerancakkan semula industri perdagangan dan perkapalan global, bukan sekadar 'oil and gas' semata-mata. "Ini dapat memastikan kelancaran integarasi operasi logistik Epic Berhad dengan rangkaian ECRL, khususnya di laluan pemisah atau 'spurline' di Pelabuhan Kemaman. "Sekali gus meningkatkan kecekapan pengendalian kargo selain merealisasikan sasaran menjadikan Pantai Timur sebagai hab logistik pilihan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU tersebut di Dewan Gamelan 3, Primula Beach Hotel, di sini, hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Ts. Muhtar Suhaili dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri merakamkan penghargaan kepada Loke atas usaha untuk memaksimakan impak positif dalam projek infrastruktur berskala besar. "Seperti ECRL ini yang merentasi beberapa negeri khususnya Negeri Terengganu, tentunya kerjasama seperti ini adalah amat penting agar ECRL ini dapat dimanfaatkan semaksimanya," ujar beliau.  
09 Oct 24
501
Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Lombong REE
Terengganu Lulus Dua Syarikat Laksana Kajian Lombong REE
KUALA NERUS, 3 Oktober - Kerajaan Terengganu sudah meluluskan permohonan dua syarikat untuk melakukan kajian awal bagi menentukan skop perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dua syarikat itu diberi tanggungjawab melakukan proses penerokaan sejak Ogos lalu bagi menentukan tahap kedalaman sebelum proses perlombongan. Ujarnya, dari lapan syarikat yang memohon untuk terlibat dalam proses membabitkan REE tersebut hanya dua syarikat sahaja yang diluluskan setakat ini. "Kerana mereka telah memohon dalam tempoh yang begitu lama bagi melakukan kajian tahap kedalaman melombong termasuk perincian proses menggerudi kawasan perlombongan, semua itu ada kiraannya yang tersendiri. "Selepas kerja awal itu barulah sumber itu boleh dikeluarkan dengan kadar maksimum. "Hasrat kita memang hendak beri kelulusan kepada lapan-lapan syarikat yang telah memohon ini, kita berikan selepas proses kajian dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Dialog EXCO di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Kuala Nerus, di sini, kelmarin. Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim. Mengulas lebih lanjut, Nurkhuzaini berkata selepas kajian dilakukan fasa seterusnya akan dapat dilakukan. "Kita jangka dalam Jun tahun hadapan kita akan luluskan lesen perlombongan untuk keluarkan hasil tersebut. "Dalam masa yang sama kita tengah jalinkan hubungan dengan 'player industry' untuk keluarkan karbonat dahulu yang akan diproses untuk dibuat magnet yang menghasilkan kuasa lebih 70 kali ganda, ia digunakan dalam menghasilkan kereta elektrik," ujarnya.  
04 Oct 24
2652
Koperasi Terengganu Catat Peningkatan Perolehan
Koperasi Terengganu Catat Peningkatan Perolehan
KUALA TERENGGANU, 3 Oktober - Koperasi Terengganu mencatatkan peningkatan yang ketara dari segi  jumlah koperasi dan perolehan di negeri ini. Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Awang Ruslli Mohammad, menyatakan bahawa bilangan koperasi di negeri ini telah meningkat daripada 828 kepada 839 buah pada 31 Disember 2023. “Pencapaian koperasi negeri Terengganu menunjukkan peningkatan yang positif. “Perolehan di peringkat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri Terengganu juga menunjukkan peningkatan dan pada 31 Disember 2023, jumlah perolehan hampir mencecah RM700 juta. "Dalam masa yang sama apabila kita lihat data pada tahun 2024 setakat bulan Jun kita memperolehi RM380 juta, penambahan RM30 juta berdasarkan data Jun,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi (MPKN) peringkat Negeri Terengganu siri kali pertama di Menara Majis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Darul Iman, Kuala Terengganu, pada kelmarin. Menurutnya, pada tahun 2023 sebanyak enam buah koperasi negeri Terengganu telah disenaraikan dalam 100 koperasi terbaik Malaysia. “Banyak koperasi contoh yang terbaik dan ada koperasi memang luar bandar contoh Koperasi 3K Berhad, Koperasi Peserta-peserta Felcra Seri Bandi Kemaman Berhad, dua koperasi ini berada di luar bandar. “Insya-Allah, dengan 828 buah koperasi yang ada di negeri Terengganu, impak diberikan kepada masyarakat kita di peringkat negeri adalah signifikan.  “Bantuan yang telah disalurkan kepada koperasi negeri Terengganu hampir mencapai RM0.5 juta. "Begitu juga, pinjaman yang telah diluluskan kepada seluruh koperasi negeri Terengganu pada tahun 2024 juga hampir mencecah RM3,000,000,” ujar beliau. Sebagai contoh katanya lagi, KOGURU telah memberi pinjaman sebanyak RM50,000 kepada anggotanya dan menyediakan tanah lot untuk keluarga yang memerlukan. "Dengan pinjaman tambahan untuk membina rumah, koperasi ini telah membantu keluarga tersebut mendapatkan tempat tinggal yang selesa. “Di peringkat kita, apabila beroperasi sebagai koperasi, kita boleh merancang aktiviti yang akan dilaksanakan. "Pada masa yang sama, kita berusaha untuk mensejahterakan masyarakat, terutama di kawasan luar bandar. "Banyak aktiviti yang telah kita laksanakan, seperti jualan Madani dan jualan murah untuk rakyat di luar bandar,” tambah beliau lagi.
03 Oct 24
303
Sasar Tubuh 150 Koperasi Baharu Dalam Tempoh Tiga Tahun
Sasar Tubuh 150 Koperasi Baharu Dalam Tempoh Tiga Tahun
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Dalam usaha memperkasa sektor koperasi di negeri ini, Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan penubuhan 150 koperasi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman mengumumkan sasaran itu dalam mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri Terengganu (MPKN) kali pertama untuk tahun 2024. “Di Terengganu kita ada 505 buah masjid dan 28 buah koperasi.  “Kami telah berbincang dan mendapat persetujuan MAIDAM, maka kita sasarkan dalam masa 3 tahun untuk menubuhkan 150 buah koperasi. “Ini azam dan akan bekerja dan bergerak ke arah itu,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi (MPKN) peringkat Negeri Terengganu siri pertama di Menara Majis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Darul Iman, Kuala Terengganu, pada semalam. Menurut Ariffin, terdapat 828 koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di negeri Terengganu yang memberikan impak positif kepada masyarakat, terutama di kawasan luar bandar.  "Dengan adanya bantuan dan geran daripada SKM, koperasi-koperasi ini boleh buat pelbagai aktiviti dan dapat meningkatkan produk serta program di peringkat masing-masing,” katanya. Beliau juga menegaskan kepentingan koperasi masjid dalam membangunkan masyarakat qariah. “Koperasi tidak hanya berpusat di bandar, tetapi juga hadir di luar bandar, di mana ia memberi impak yang besar kepada kariah dan masyarakat setempat.  “Kehadiran koperasi di kawasan luar bandar bukan sahaja melibatkan penubuhan, tetapi juga keaktifan dalam menjalankan operasi mereka. “Kita memfokuskan mesyuarat kali ini untuk memperkasakan penubuhan koperasi dan berusaha menubuhkan konsortium peruncitan masjid.  “Kami akan mewujudkan sebuah konsortium dengan menggunakan 'warehouse' yang ada, bertujuan untuk memusatkan operasi perniagaan dan ini termasuk penubuhan kedai koperasi di masjid serta membantu kedai-kedai runcit terdapat di sekitar masjid dan qariah.  “Dengan cara ini, koperasi masjid dapat berfungsi secara aktif dan membantu masyarakat menghadapi cabaran peruncitan di negeri Terengganu, terutamanya apabila terdapat pasaral raya besar yang dibuka, menyebabkan kedai-kedai kecil terpaksa menutup perniagaan mereka,” ujar Ariffin. Selain memperkasakan koperasi masjid, kerajaan negeri berazam untuk mempergiatkan bantuan kepada semua koperasi di seluruh negeri Terengganu.  “Bagi koperasi yang sudah ditubuhkan, kita akan memberikan latihan untuk meningkatkan pengurusan mereka, manakala bagi koperasi baru, kita akan mendedahkan mereka kepada pelbagai insentif yang tersedia melalui SKM Terengganu.  “Ini adalah antara pelbagai kaedah yang kita laksanakan untuk meningkatkan keberkesanan koperasi di negeri Terengganu,” katanya. Ariffin turut menyentuh tentang kerjasama yang dijalankan melalui koperasi untuk menjual barang dengan harga murah menerusi inisiatif jualan rahmah. “Kita ada buat kerjasama melalui koperasi seperti  jualan murah melalui Koperasi Jualan Rahmah dan KPDN, melalui portfolio saya sendiri, kita telah memperkenalkan Pasar Berkat. “Kita telah buat 'trademark' Pasar Berkat yang kita dah buat di Parlimen Kuala Terengganu dan Marang, kemudian kita perturunkan di DUN-DUN untuk mengatasi isu-isu masyarakat. "Apaila kita buat Jualan Rahmah, ia mendapat sambutan yang sangat baik dna ini menandakan bahawa rakyat sekarang ini memang sangat susah. “Kos sara hidup ada turun ada naik tetapi penurunan yang berlaki tidak banyak bahkan semakin hari semakin meningkat,” tambah Ariffin lagi.
02 Oct 24
186
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
KUALA TERENGGANU, 30 September - Penganjuran Pesta Buku terbesar peringkat negeri di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang bermula 25 September lalu akan berakhir esok. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Ridzuan Hashim berkata Pesta buku kali ini merupakan program paling ditunggu-tunggu oleh para penulis, pembaca dan peminat buku yang sentiasa dahagakan ilmu. Katanya, program yang diadakan setiap tahun bermula 2018 itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta tajaan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO). "Seramai 73 penerbit dari tempatan dan luar turut hadir. Selain itu, jualan alat bantuan mengajar dan juga alat tulis turut diadakan pada Pesta Buku kali ini. "Pelbagai kategori bahan bacaan juga dijual seperti novel, komik, buku pelajaran dan bahan bacaan umum dengan harga promosi berpatutan, pelbagai pengisian program disediakan kepada pengunjung yang hadir sepanjang tempoh tujuh hari pesta buku ini berlangsung dengan pelbagai kategori bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. "Antara aktiviti menarik turut diselitkan adalah pertandingan mewarna, bercerita, kuiz, busana perpaduan, jigsaw puzzle, ceramah kekeluargaan, bicara karya, ulasan sukan spontan, permainan tradisional, pertunjukan wayang kulit, busking dan banyak lagi program disediakan, pesta kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung," katanya kepada media. Selain itu katanya, jualan makanan daripada peniaga-peniaga food truck dan Bazar PPAT, dan juga kehadiran figura terkenal tanah air bagi memeriahkan lagi suasana. “Antara figura terkenal tersebut iaitu Datuk Imuda, Ben Wong, Sharina Elisa, Muzuza, Adik Dhani, Hudanajwa dan ramai lagi masing-masing mempunyai slot khas. “Semasa berlangsungnya Pesta Buku ini, perkhidmatan Perpustakaan juga telah dilanjutkan sehingga jam 10 malam, melibatkan bahagian kanak-kanak dan pinjaman dewasa. “Turut memeriahkan Pesta buku kali ini pembukaan kaunter semakan Wang Tak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, perkhidmatan kaunter bergerak oleh MAIDAM, pameran robotik daripada TATIUC. “Saya amat mengharapkan agar semua pihak terlibat semasa Pesta Buku kali ini sentiasa komited dalam usaha meneruskan dan memajukan industri media cetak dan seterusnya membangunkan masyarakat berilmu pengetahuan, jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan buku kegemaran dengan harga mampu milik,” ujarnya.
30 Sep 24
974
Meterai Perjanjian Bersejarah dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga
Meterai Perjanjian Bersejarah dalam Tenaga Hijau dan Kecekapan Tenaga
KUALA TERENGGANU, 22 September - Memorandum Perjanjian Tenaga Hijau adalah lambang kepercayaan terhadap tenaga yang diperbaharui sebagai jalan utama dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mengurangkan pergantungan kepada bahan bakar fosil. Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Berhad, Mohd Iskandar  Muhammad Aziz berkata, kerajaan negeri berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tenaga hijau dan kecekapan tenaga yang mampan. “Tenaga hijau dan kecekapan tenaga adalah dua aspek kritikal yang saling melengkapi.  "Tenaga hijau menawarkan kita alternatif yang lestari, manakala kecekapan tenaga memastikan penggunaan tenaga dilakukan secara optimum, mengelakkan pembaziran, dan menyumbang kepada pengurangan jejak karbon,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Memorandum Perjanjian Persefahaman Tenaga Hijau Dan Efficiency Management di antara TESDEC Services Sdn.Bhd. dengan Alka System Sdn.Bhd di Permai Hotel pada hari ini. Menurutnya, penggunaan sumber seperti tenaga solar, angin, dan hidro memberikan keyakinan bahawa masa depan tenaga hijau akan menjadi cerah. “Hari ini adalah satu detik yang amat berharga dan bersejarah menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Perjanjian (MOA) mengenai Tenaga Hijau dan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam Pengurusan Kecekapan Tenaga di Negeri Terengganu. “Memorandum Persefahaman mengenai Pengurusan Kecekapan Tenaga pula adalah langkah strategik yang membolehkan kita menerapkan budaya kecekapan dalam penggunaan tenaga. “Ini tidak hanya menjimatkan kos, tetapi juga meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam industri,” katanya. Justeru itu, beliau berharap perjanjian pada hari ini bukan sekadar di atas kertas, tetapi suatu simbol dedikasi dalam memperjuangkan kemapanan tenaga untuk masa hadapan. “Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, kami menyedari pentingnya bekerjasama dengan semua pihak kerajaan, industri, dan masyarakat. “Ini adalah tugas kita bersama untuk memastikan generasi akan datang mewarisi dunia yang lebih bersih dan hijau,” tambahnya.
22 Sep 24
236
Untung Tiga Tahun Berturut-turut, Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM1.8 Bilion
Untung Tiga Tahun Berturut-turut, Terengganu Inc Sasar Pendapatan RM1.8 Bilion
KUALA TERENGGANU, 12 September - Selepas merekodkan prestasi memberangsangkan selama tiga tahun berturut-turut, syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Terengganu, Kumpulan Terengganu Inc menyasar pendapatan sebanyak RM1.8 bilion pada tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sasaran itu ditingkatkan 24 peratus iaitu RM358 juta lebih tinggi berbanding tahun lalu susulan pencapaian keseluruhan kumpulan tersebut menunjukkan peningkatan bermula dari tahun 2018. “Pendapatan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM964 juta dan pada tahun 2023 telah meningkat kepada RM1.5 bilion, peningkatan 58 peratus.  “Pada tahun 2018, kerugian sebelum cukai sebanyak RM43 juta telah bertukar kepada keuntungan sebelum cukai sebanyak RM78 juta pada tahun 2021, RM76 juta 2022 dan RM46 juta pada 2023. “Bagi tahun 2024 ini, Kumpulan Terengganu Inc menyasarkan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion dengan keuntungan sebelum cukai dianggarkan akan mencecah RM100 juta,” kata pengerusi syarikat induk pelaburan milik kerajaan negeri itu.  Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Program Latihan Korporat Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Terengganu Inc, di Kuala Terengganu, kelmarin. Bergerak ke hadapan, Terengganu Inc telah dan akan mengambil beberapa langkah signifikan untuk memastikan keuntungan tersebut berterusan. “Antaranya kita akan mengurangkan kebergantungan kepada tanaman kelapa sawit dengan tidak menambah kawasan tanaman baharu. Terengganu Inc akan memperkenalkan langkah penambahbaikan dalam operasi dan peningkatan kecekapan di ladang sedia ada. “Kita juga bersungguh-sungguh mengusahakan program Carbon Credit unntuk menjana hasil baharu kepada kerajaan. Setakat ini Terengganu Inc telah mengadakan perbincangan dengan PETRONAS dan kita dalam proses mewujudkan dua projek rintis dalam merealisasikan sumber pendapatan baharu,” katanya. Jelas Ahmad Samsuri lagi, sektor penjagaan kesihatan juga sedang dikembangkan susulan kadar pertumbuhan yang tinggi sejak tiga tahun lalu. “Pendapatan dijangka mencecah RM900 juta pada 2030 berbanding lebih RM300 juta yang dicatatkan ketika ini. “Selain itu, ada satu projek bernilai RM1.5 bilion yang boleh dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC)…yang saya tidak boleh sebut lagi. Insya-Allah mempunyai potensi yang tinggi untuk memperoleh projek berkenaan,” katanya. Tambah beliau, jika semua berjalan lancar, ia akan melonjakkan prestasi dan keuntungan Terengganu Inc sekali gus memberi banyak manfaat kepada rakyat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
12 Sep 24
1173
Terengganu Naikkan Tajaan Biasiswa Pelajar Cemerlang B40 ke RM1 Juta
Terengganu Naikkan Tajaan Biasiswa Pelajar Cemerlang B40 ke RM1 Juta
KUALA TERENGGANU, 11 September - Kerajaan negeri mengumumkan tajaan biasiswa YT-TI 'Young Talent Scholarship Programme' bagi tahun pengajian 2025\2026 akan dinaikkan sebanyak RM500,000 kepada RM1 juta setahun. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ir Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengumumkan berita baik itu, merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Terengganu Inc yang telah menjadi penyumbang program berkenaan yang kini memasuki tahun ketiga. "Program tajaan biasiswa bermula pada tahun 2022 dengan tajaan sebanyak RM500,000 kepada 10 pelajar cemerlang dari golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama. "Terengganu Inc juga pada tahun ini telah berkolaborasi dengan Yayasan Pendidikan Maidam bagi program biasiswa Tunas Scholar dengan dana awal sebanyak RM1.3 juta pada tahun 2024. "Program ini mensasarkan golongan anak-anak asnaf fakir, miskin dan fisabilillah yang layak bagi melanjutkan pengajian dalam bidang diploma kejururawatan dan fisio terapi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan 'Terengganu Inc Group Corporate Director's Programme' (CDP 2024) di Pusat Konvensyen Duyong Marina, semalam. Program berkenaan menghimpunkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat di bawah kerajaan Terengganu sebagai usaha memastikan keberkesanan dalam melaksanakan tugas sekali gus dapat mengembalikan manfaat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat. Tambahnya, Kumpulan Terengganu Inc telah membelanjakan sebanyak RM7.3 juta bagi enam bulan pertama 2024 untuk tujuan CSR. "Perbelanjaan CSR ini  disasarkan kepada kopmuniti, pendidikan. persekitaran, sukan, keagamaan dan sebagainya merangkumi sumbangan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. "Oleh kerana dana agak terhad, maka bermula saat ini hingga seterusnya, kita akan aturkan CSR mengikut kumpulan sasar dengan objektif lebih khusus di tempat yang lebih bersasar. "Jumlah ini selari dengan jumlah CSR Kumpulan Terengganu Inc sebanyak RM11-12 juta setahun yang dibelanjakan syarikat itu sejak tahun 2018," ujarnya.          
11 Sep 24
1366
Ladang Solar Tasik Kenyir Bakal Hasilkan 2,000 MW Tenaga Elektrik
Ladang Solar Tasik Kenyir Bakal Hasilkan 2,000 MW Tenaga Elektrik
KUALA TERENGGANU, 11 September- Ladang solar terapung di Tasik Kenyir yang akan dimulakan dalam masa enam bulan akan datang, dijangka dapat menghasilkan sehingga 2,000 MW (megawatt) tenaga elektrik. Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kumpulan Terengganu Inc telah mengorak langkah bekerjasama dengan TNB Genco bagi melaksanakan projek berkenaan dengan fasa pertama sebanyak 400MW yang menelan belanja sebanyak RM2 bilion. "Semua ini dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan baharu negeri. "Usaha ini selari dengan matlamat kerajaan negeri bagi menghasilkan 1,000 MW bersamaa 1 GW (gigawatt) tenaga dari solar dalam tempoh lima tahun mendatang yang akan meningkatkan kapasiti penjanaan melebihi 30 peratus menjelang tahun 2025. "Selain itu, Terengganu turut sama menjayakan agenda nasional dengan menggalakkan semua subsidiari menjana tenaga solar menerusi pemasangan panel di premis perniagaan mereka, sebagai contohnya di Primula Beach Hotel, PESAKA Terengganu Berhad, Permint Plywood, pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU dan Permai Hotel," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Program Latihan Korporat Lembaga Pengarah Syarikat Kumpulan Terengganu Inc (CDP 2024) di Pusat Konvensyen Duyong Marina, semalam. Hadir sama ialah pengasas & pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr Jeffrey Cheah, pengasas & pengerusi Weststar Group of Companies, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim serta mantan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad. Majlis berkenaan menghimpunkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat di bawah kerajaan Terengganu dalam persidangan selama sehari pada hari ini. Bertemakan 'Empowering Tomorrow : Investing In ESG for a Sustainable Future', Program CDP 2024 akan berlangsung dengan lima sesi pembentangan dan satu sesi forum yang akan dibarisi oleh panelis yang berkaliber daripada pelbagai bidang dan kepakaran.
11 Sep 24
498
SG4 Tarik Minat Pelabur Korea, Jepun Dan China
SG4 Tarik Minat Pelabur Korea, Jepun Dan China
BANGI, 2 September – Syarikat antarabangsa termasuk dari Korea dan Jepun merupakan antara pelabur terawal yang akan melabur dalam syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. di bawah gabungan Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Pengerusi Majlis Menteri Besar SG4, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, SG4 Group Sdn. Bhd. juga dalam perbincangan untuk membawa masuk pelaburan dari China. “Syarikat yang ditubuhkan merupakan entiti korporat untuk menyelaras dan membawa masuk pelaburan-pelaburan baharu rentas negeri SG4,” katanya dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak SG4 di Bangi, di sini hari ini. Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Tambah Menteri Besar Terengganu itu, pembangunan negeri-negeri Pantai Barat yang menuju ke arah saturasi serta kekangan sumber membuka ruang kepada negeri-negeri SG4 untuk menarik pelaburan berpotensi tinggi kerana masih memiliki zon industri lebih luas dan kos lebih efektif.  “Entiti korporat ini dimiliki dengan pegangan hak milik yang sama rata setiap negeri dan berkerjasama dengan GLC sedia ada, bagaimanapun hasil akan diagih secara adil (tidak semestinya sama nilai) iaitu mengikut sumber dan lain-lain perkiraan. “Keberhasilan kerjasama SG4 adalah peningkatan kesejahteraan hidup rakyat menerusi pentadbiran yang berintegriti dan cekap, kewangan yang kukuh, sosioekonomi yang mampan, serta pembangunan lestari yang berimpak tinggi,” tegasnya. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, entiti korporat SG4 ketika ini masih lagi dalam proses untuk ditentukan dari segi pengurusan syarikat memandangkan ia baru ditubuhkan.
02 Sep 24
392