lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

Rezeki Berkat Rezeki Yang Digunakan Ke Arah Kebaikan
Rezeki Berkat Rezeki Yang Digunakan Ke Arah Kebaikan
MARANG, 27 Oktober - “Rezeki ni ada manfaatnya, jika kita gunakan ke arah kebaikan. Jika sebaliknya, rezeki itu menjadi tidak berkat". Penyelia Parlimen institut Modal insan Terengganu Sejahtera (iMiTS), Ahmad Maarof Ismail berkata, "Nak tahu rezeki kita tidak berkat boleh nilai kehidupan keluarga kita samaada bermasalah atau tidak", “Rezeki yang Allah kurniakan ini luas. Bukan dalam bentuk makanan, minuman sahaja. Tetapi ilmu pengetahuan, isteri dan anak itu pun sebahagian daripada rezeki.” Ujarnya ketika dalam Kuliah Dhuha Mingguan secara atas talian. Ahmad Maarof menjelaskan, “Apa yang kita nak, tidak sama dengan apa yang Allah beri, Allah beri ikut kemampuan kita dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita hari ini sudah tentu tidak akan sama dengan hari esok", "Rezeki ini ada dua jenis. Pertama adalah rezeki umum yang diberi kepada semua manusia berbentuk kesihatan, ada juga  dalam bentuk kekayaan bagi orang yang berusaha walaupun seseorang itu bukan Islam. Yang keduanya ialah rezeki khas iaitu iman kepada seseorang. Jadi, orang Islam bila dapat rezeki bersyukur dan gunakan untuk manfaat", katanya. Di samping itu, Ahmad Maarof juga memberi tips untuk menjemput rezeki, iaitu dengan bersedekah, berselawat, beristighfar, menggembirakan ibu bapa, membaca surah Al-Waqiah setiap malam, hadir ke majlis ilmu, tinggalkan dosa-dosa dan buat perkara yang mendatangkan pahala. "Cara-cara untuk luaskan rezeki dengan sempatkan diri untuk beribadat, ingat kepada Allah, tolong orang terutamanya keluarga sendiri, buat kebajikan yang banyak,  jalinkan hubungan sillaturahim, menunaikan solat dhuha, dan berzikir di waktu pagi dan petang", Akhir sekali, beliau mengingatkan semua supaya bersyukur dengan rezeki yang diberi melalui cara bersedekah, jujur dalam kehidupan, selesaikan hutang dan berbuat baik pada binatang . Menghulurkan sedekah  juga merupakan solusi kepada masalah yang kita hadapi. Ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Pejabat Pas kampung Rusila.
27 Oct 20
786
Elak Dicekup, Cubaan Lari Melalui Tingkap Gagal
Elak Dicekup, Cubaan Lari Melalui Tingkap Gagal
MARANG, 25 Oktober - Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri melalui tingkap bagi mengelakkan dirinya dicekup gagal apabila berjaya dikawal dan ditahan oleh penguatkuasa. Pasangan yang masing-masing berusia awal 40-an dicekup dalam satu serbuan di sebuah rumah kira-kira jam dua pagi semalam. Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata, satu serbuan telah dilakukan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Marang setelah menerima aduan daripada penduduk setempat. Keadaan motor yang disembunyikan di dalam semak “Dipercayai individu terbabit telah menyembunyikan motosikal miliknya di dalam semak bagi mengelakkan perbuatannya ke rumah wanita tersebut dihidu oleh orang kampung. “Namun, perbuatannya itu tetap berjaya dikesan oleh si pengadu kerana pelik dan syak setelah kerap menjumpai motosikal disembunyikan di kawasan tersebut,"katanya Katanya, pada malam ini, setelah mendapat maklumat, skuad Amar telah turun membantu Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) bagi membanteras perkara tidak bermoral ini. “Kerjasama ini akhirnya berjaya dengan bantuan bilangan ahli dan sukarelawan Skuad Amar yang cukup sewaktu proses serbuan dijalankan di mana kita lihat cubaan melarikan diri berjaya digagalkan,” tambahnya lagi. Pasangan tersebut akan didakwa di mahkamah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganh) 2001, Seksyen 29, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
22 Oct 20
430
Islam 'The Way Of Life'
Islam 'The Way Of Life'
MARANG 25 Oktober - Islam adalah acuan hidup manusia yang mesti diterjemahkan dalam hidup kita secara efektif dengan nilai profesionalisme dengan tiga Indeks Prestasi Utama (KPI) iaitu sebagai hamba, khalifah dan golongan yang menunaikan amanah kepada Allah. Ibu bapa merupakan pencorak utama bagi mendidik anak-anak sama ada mahu menyahudikan, menasranikan atau memajusikan si anak itu. Pendakwah Bebas, Zulkhairi Ngah berkata, kita perlu mempunyai ‘salimah aqidah’ iaitu aqidah yang sejahtera dengan menjadikan Allah sebagai matlamat diri dan perlu memiliki jiwa ketuhanan yang sedar diri iaitu status hamba kepada Allah. "Selain menjadikan Allah sebagai matlamat, kita perlu menjiwai diri sebagai penyelamat dengan dua perkara, iaitu yang pertama mengajak orang kepada kebaikan bagi memenuhi nilai modal insan dan yang kedua mencegah kemungkaran dengan membina rangkaian manusia yang mencegah kemungkaran untuk mendidik ummah. "Untuk melakukan dua kerja tersebut kita perlu mempunyai kekuatan diri dari segi rohani dan jasmani, sebagai penunai amanah kepada Allah", ujarnya. Tambahnya lagi, zaman Rasulullah umat Islam sedikit tapi ‘ada bisa’. Sedangkan zaman sekarang jumlah umat Islam ramai tetapi ‘tiada bisa’, Kuliah Dhuha ini telah disampaikan oleh jemputan khas di Pejabat Pas Kawasan Marang di kampung Rusila. "kita perlu berusaha untuk membina semula jadi diri sebagai umat Islam dengan rasa wara’, qanaah kepada Allah disertai sikap fokus, cermat dan penuh teliti”, Pesan beliau.
22 Oct 20
292
Allah Cinta Kepada Orang Yang Memuliakan Tetamu
Allah Cinta Kepada Orang Yang Memuliakan Tetamu
MARANG, 18 Oktober - Allah Taala mencintai orang-orang yang memuliakan tetamu yang berkunjung ke rumahnya kerana mempunyai kelebihan dan rahmatNya. Pada zaman sahabat, mereka merebut rahmat untuk menerima tetamu dan Allah mengampuni penghuni rumah tersebut atas perlakuannya memuliakan tetamu. Penyelia institut Modal insan Terengganu Sejahtera (iMiTS) Parlimen Marang, Ahmad Maarof Ismail berkata, "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamu. Beliau berkata, adab-adab yang perlu dilakukan oleh tuan rumah adalah menyediakan hidangan terbaik "Selain itu, kita mestilah bercakap dengan lemah lembut, menghormati tetamu dan tidak memerli. "Meskipun tetamu itu tidak kita kenali, kita mestilah menjaga adab-adab yang digariskan dalam Islam kerana terdapat keraguan dalam diri kita tetamu tersebut boleh memudaratkan kita," tambahnya lagi dalam siri Kuliah Dhuha mingguan itu. Dalam Islam, bertamu ke rumah jiran ada cara dan tertib yang diajarkan untuk dijadikan amalan masakini. Beberapa perkongsian dan kisah menarik zaman Rasulullah ada diceritakan oleh Penyelia (iMiTS) itu. "Antaranya, memberi salam, makan dengan segera apa yang dihidang, tidak meminta- minta hidangan, jauhi ucapan menyakitkan, pilih waktu yang sesuai untuk bertandang, tidak terlalu lama di rumah jiran dan layan tetamu yang bermalam wajib tiga hari tiga malam,"katanya.. Kuliah Dhuha itu telah disampaikan selepas selesai solat dhuha pada pada setiap hari Ahad di Pejabat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Kampung Rusila.
19 Oct 20
1332
COVID-19 : Jemaah Positif, Masjid Paya Resak Ditutup
COVID-19 : Jemaah Positif, Masjid Paya Resak Ditutup
  MARANG, 8 Oktober - Masjid Kampung Paya Resak di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat jemaah yang dikesan positif COVID-19 telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, arahan itu berkuatkuasa sehingga 10 Oktober depan supaya proses nyahkuman dapat dijalankan dengan rapi. “Terdapat individu disahkan positif COVID-19 semalam dan individu terbabit dipercayai telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober lalu. “Jadi masjid ini ditutup bagi kerja-kerja nyahkuman yang dilakukan mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak jangkitan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
08 Oct 20
6671
Panel Pemikir Dakwah Diwujudkan Di Setiap DUN Terengganu
Panel Pemikir Dakwah Diwujudkan Di Setiap DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Oktober - Panel Pemikir Dakwah Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Penolong Pegawai DUAT bakal diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi merintis kerjasama membangunkan gerak kerja dakwah. Pengarah Akademi DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood berkata, posisi itu penting bagi memastikan gerak kerja dakwah dapat dilakukan secara lebih bersasar ahli masyarakat.  "Secara umumnya, setiap DUN mempunyai anggota masyarakat yang berbeza baik dari segi budaya dan sosialnya, pegawai DUAT DUN ini ditugaskan untuk mengkaji ‘uslub’ dan pembawakan dakwah yang sesuai dan berimpak tinggi bagi masyarakat di kawasan masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Daurah Mutun Islamiyyah peringkat daerah Kuala Terengganu di Dewan Auditorium, Kompleks Sukan Negeri Terengganu dekat sini baru-baru ini. Katanya lagi, para pegawai DUAT DUN berkenaan juga bertanggungjawab merencana penyatuan dan penyelarasan antara pondok atau pusat pengajian agama di tempat mereka agar kebajikan serta peranan mereka tidak terabai. “Usaha mewujudkan pegawai DUAT setiap DUN itu telah dimulakan dan setakat ini kita telah melantik seramai 27 pegawai DUAT yang ditempatkan di DUN masing-masing,” tambah beliau. Untuk rekod, program Daurah Mutun Islamiyyah diadakan di setiap daerah dengan pembelajaran kitab dan dikendalikan ahli panel yang berbeza-beza latar pendidikan
07 Oct 20
820
COVID-19 : Solat Hajat Seluruh Terengganu Malam Ini
COVID-19 : Solat Hajat Seluruh Terengganu Malam Ini
KUALA TERENGGANU, 6 Oktober - Seluruh masjid dan surau di Terengganu diminta untuk mengadakan solat hajat selepas solat isyak hari ini sebagai ikhtiar bagi menghadapi ancaman wabak COVID-19 yang kembali meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, orang ramai yang tidak berkesempatan ke masjid dan surau juga digalakkan solat hajat di kediaman masing-masing. “Solat hajat ini dibuat bagi memohon pertolongan ALLAH SWT agar segera mengangkat wabak dan malapetaka dari bumi ini. "Saya menyeru pada semua rakyat di Terengganu untuk mengambil langkah penjagaan diri, anggota keluarga dan orang yang di bawah jagaan mereka ketika berdepan dengan ancaman pandemik. "Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
06 Oct 20
2059
200 Hadiri Kursus Tahsin Al-Quran
200 Hadiri Kursus Tahsin Al-Quran
BESUT, 4 Oktober - Seramai 200 orang hadir mengikuti Kursus Tahsin Al-Quran bersama johan qari antarabangsa 2003, Dato' Ahmad Faizul Ghazali, yang berlangsung di Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja. Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor menyeru hadirin agar berusaha belajar dan mendalami al-Quran. "Saya menyeru tuan-tuan dan puan-puan, dalamilah al-Quran kerana Nabi SAW bersabda, "sebaik baik kamu adalah barangsiapa yang mengajarkan dan belajar al-Quran". "Nabi juga menunjukan bagaimana cara mengajar dan belajar al-Quran melalui malaikat Jibril. Dengan erti kata, ada ruang hubungan, 'musyafahah', 'talaqi' di antara kita dengan pendidik dan para alim al-Quran untuk kita mudah faham tentang al-Quran," katanya ketika berucap merasmikan kursus tersebut di sini. Hadir sama dalam kursus anjuran Pejabat Daerah Besut itu, para imam, bilal dan masyarakat setempat dengan kehadiran yang ditetapkan adalah terhad.  Dalam perkembangan lain, beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kerana pesakit wabak COVID-19 sudah melebihi angka tiga juta di seluruh dunia sekarang.  
03 Oct 20
489
210 Imam, Bilal Dimantapkan
210 Imam, Bilal Dimantapkan
KEMAMAN, 26 September - Seramai 210 peserta melibatkan imam dan bilal di daerah ini menjalani Seminar Tahsin Imam dan Bilal Peringkat Daerah Kemaman yang berlangsung di Dewan Darul Iman Terengganu Centre (DITC), kelmarin. Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkiply Muda melihat seminar yang diadakan ini mempunyai tujuan yang tersendiri dan ianya penting bagi seseorang yang bergelar imam dan bilal. "Seminar ini lebih membincangkan kepada soal peranan imam dan bilal kerana sebenarnya mereka ini merupakan salah satu yang tergolong dalam kalangan pemimpin masyarakat.  Seminar ini juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan soal hukum dan sebagainya," ujarnya. Katanya lagi, selain daripada itu, seminar ini dapat meningkatkan kefahaman berkaitan Al-Quran.  Beliau yang dijemput sebagai salah seorang penceramah turut berterima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya bagi berkongsi ilmu dan sebagainya kepada peserta yang hadir. "Semoga apa yang dikongsi pada hari ini membuahkan hasilnya," ujarnya ketika ditemui pemberita. Seminar anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu itu turut menjemput Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Dr. Azizul Hassan sebagai penceramah. Seminar itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Turut bersama, Pegawai Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek.
24 Sep 20
720
Skuad Amar 'Buru' Remaja Lepak
Skuad Amar 'Buru' Remaja Lepak
KUALA TERENGGANU, 24 September - Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar (Skuad Amar) Marang secara berterusan meningkatkan rondaan di  daerah ini bagi mendidik dan menasihati remaja lepak di tengah malam. Ketua Skuad Amar, Nasaruddin Samsudeng berkata, dalam tinjauan di beberapa lokasi gelap yang dilakukan, pihaknya mendapati ada remaja yang meluangkan masa dengan melepak walaupun masih perlu ke sekolah pada keesokan hari. Katanya, dia berharap, ibu bapa lebih tegas dalam memantau anak-anak, lebih-lebih lagi berkaitan keberadaan mereka apabila melebihi jam 12 malam kerana ada diantara mereka hanya menghabiskan waktu tanpa perkara faedah. "Pada mulanya, tinjuan ini adalah bagi menyiasat lokasi panas yang dikatakan menjadi tempat meneguk minuman keras serta tempat tumpuan bagi pasangan melakukan aktiviti tidak sopan “Oleh kerana tempat tersebut gelap dan tiada lampu, ramai diantara mereka mengambil kesempatan bagi melakukan perkara-perkara tidak berfaedah dan sebagainya,”katanya. Menurutnya, larangan dan didikan secara berterusan sangat wajar dilakukan bagi menjaga kesejahteraan negeri kita terutamanya berkaitan masalah kerosakan akhlak dan moral generasi muda. “Tinjauan yang bermula pada jam 11 malam tersebut dilakukan dengan kerjasama, Sukarelawan Amar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,”katanya.. Turut hadir adalah Ketua Skuad Amar Negeri, Yusuf Abdul Hadi.
24 Sep 20
384