Artikel "Agama" Terkini
Ibadah Haji Tangguh : Belum Ada Keputusan Rasmi
Zulkilfli Mohamad Al-Bakri. Foto ihsan - The Star.PUTRAJAYA, 8 April - Semua pihak disaran menunggu kenyataan rasmi kerajaan Arab Saudi berkenaan isu urusan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, setakat ini tiada sebarang arahan yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berhubung isu tersebut."Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia, TYT Mahmoud Hussien Saeed Qattan memaklumkan belum ada sebarang arahan daripada pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang info tidak sahih berkait perkara itu."Sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T menghilangkan wabak ini (COVID-19) dan kita mampu beribadat seperti biasa," tambah beliau.
08 Apr 20
50
COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau
Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu."Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap agar semua rakyat jelata dalam negeri Terengganu bersabar menghadapi ujian ini."Dan baginda berdoa agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," kata kenyataan itu.
29 Mar 20
233
Hidupkan Majlis Ilmu Di Setiap Jabatan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 13 Mac - Program berbentukMajlis ilmu perlu dihidupkan di setiap jabatan sama ada kerajaan ataupun swasta bagi memberi pendedahan awal kepada kakitangan.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, penyampaian ilmu harus berterusan dari hari ke hari tanpa mengira had umur.“Ilmu amat penting bagi membentuk dan mengukuhkan sesebuah organisasi dari sebarang ancaman dan dugaan."Para kakitangan digalakkan untuk terus menuntut ilmu bagi memperbaiki dan menambah baik kualiti dalam kerja untuk melancarkan sesuatu urusan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Surau Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA), Jerteh pada semalam.Menurutnya, program sebegini amat sesuai diadakan selaras dengan hasrat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera."Saya berharap usaha murni ini akan terus disuburkan bagi menjamin keharmonian rakyat setempat," ujar beliau.Tambah beliau, program Kuliah Dhuha kali ini melibatkan semua kakitangan Pejabat KETARA Jerteh.
12 Mar 20
78
‘Gi Mayang Jemaah, Boleh RM2’ - Shafizi
Kanak-kanak yang hadir ke masjid.Oleh: Mohd IzriSETIU, 27 Februari - Peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai menggambarkan inisiatif Masjid As-Salam di Batu Rakit yang menggalakkan remaja dan kanak-kanak di kawasan itu menunaikan solat Subuh berjemaah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, Kempen Solat Subuh berjemaah melalui pemberian insentif duit saku RM2 setiap seorang mendorong golongan itu hadir ke masjid sebelum ke sekolah setiap pagi.“Cabaran bagi kita untuk bangun dari tidur adalah sangat berat. Jika ibu, bapa atau pasangan tidak bangunkan kita dari tidur, hampir pasti kita terlepas solat atau terlewat bangun.“Jadi, atas sebab itu sebagai usaha untuk menggalakkan golongan muda datang ke masjid kita bagi duit belanja kepada pelajar sekolah pada hari Ahad sehingga Khamis,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bulan Penghayatan Ibadah Solat di sini kelmarin.Shafizi merasmikan Bulan Penghayatan Ibadah Solat.Katanya lagi, idea untuk melaksanakan pemberian insentif hadir ketika berbincang bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid.Tambah beliau, selain pemberian wang saku kepada kanak-kanak, masjid itu turut menyediakan aktiviti lain seperti Kelas Mengaji Al-Quran secara percuma untuk 50 penduduk bermula 1 Mac.“Ia akan dilaksanakan tiga kali seminggu dan program seterusnya kita akan hidupkan aktiviti memanah pada 14 Mac nanti.“Semoga usaha ini dapat dicontohi masjid-masjid di kawasan lain dalam usaha mengimarahkan institusi perpaduan umat Islam itu,” jelasnya.
26 Feb 20
89
Liqa’ i-MiTS Setiu Selaras Kefahaman, Tindakan Petugas
Oleh : Fahmi IzzuddinSETIU, 25 Februari - Sudah menjadi rutin bulanan bagi Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Parlimen Setiu mengadakan Liqa’ i-MiTS bagi menyelaraskan kefahaman dan tindakan petugas.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, program yang menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan i-MiTS di daerah itu melibatkan empat DUN iaitu Batu Rakit, Langkap, Permaisuri dan Jabi.“Program ini sangat penting kerana kita semua adalah penghubung bagi rakyat dengan pihak kerajaan negeri, malah beberapa perkara mampu diselesaikan dalam masa yang singkat hasil usaha kita bersama.“Tambahan pula, sebagai sebuah agensi yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat, sememangnya pelbagai kerenah dan ujian yang sentiasa menguji kesabaran kita dalam menjalankan tugas,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntung Luar, di sini semalam.Majlis perasmian penutup Liqa’ tersebut disempurnakan oleh Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah.Kamaruzaman dalam ucapannya berharap agar aktiviti seperti itu diteruskan pada masa akan datang dan menasihatkan agar semua kakitangan sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.
24 Feb 20
78
Valentine’s Day Bertentangan Dengan Ajaran Islam – Zuraida
Foto Ehsan: GoggleOleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 14 Februari – Umat Islam dinasihatkan agar tidak meraikan Hari Kekasih (Valentine’s Day) kerana ia adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata demikian setelah merujuk kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 (22 -24 November 2005).“Pada 14 Februari setiap tahun, ia sinonim bagi muda-mudi di Malaysia menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine's Day. Bahkan segelintir masyarakat kita tanpa segan silu menyambut serta memperingati sambutan ini.“Asimilasi budaya barat ini wajib dihentikan segera oleh masyarakat Islam kerana ia menjerumus kepada pembudayaan maksiat." Umum mengetahui bahawa amalan menyambut Valentine's Day di dalamnya menggalakkan budaya bercinta, 'dating' (janji temu), memberi hadiah dan sebagainya”, ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial ' facebook' beliau baru-baru ini.ZuraidaKatanya, lebih menggusarkan apabila Valentine's Day ini boleh mendorong anak muda ke arah perbuatan zina."Zina adalah perbuatan yang keji dan buruk dalam Islam. Ia merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah serta membuka pintu kemaksiatan dan gejala sosial yang lain," ujarnya lagi.Menurut Zuraida, agama Islam sama sekali tidak melarang umatnya untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang namun, berkasih sayanglah mengikut tatacara yang telah dianjurkan dalam syariat Islam.“Semoga kita semua pada hari ini kembali berpegang teguh kepada acuan al-Quran dan as-Sunnah dengan memelihara maruah diri dan menjauhi perkara yang dilarang bagi membentuk masyarakat negara yang sihat rohani dan jasmani.“Sungguh, bercinta dan berkasih sayang selepas nikah itu jauh lebih indah," ujar beliau.
14 Feb 20
91
Islam Akan Menguasai Itali
Dato' Seri Abdul Hadi bersama cenderahati yang diterimanya ketika berkunjung ke Sabah baru-baru ini.MARANG, 3 Januari – Islam akan menang menguasai Itali (Rom) sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagaimana pun ramai orang Islam tidak percaya perkara itu akan berlaku.Katanya, ramai dari paderi Kristian di Itali telah memeluk Islam sekali gus sebagai petanda Islam mula berkembang di Itali.Beliau berkata demikian ketika menyampai Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.Dato’ Seri Abdul Hadi berkata, apa yang disabdakan Nabi s.a.w. tidak semestinya berlaku di zaman baginda tetapi selepas beberapa lama baginda wafat.Sebagai contoh katanya, Islam menguasai Kota Kostantinople (Istanbul Turki) selepas 1,000 tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Yang penting katanya, janji Nabi s.a.w. akan tetap berlaku walaupun selepas Nabi s.a.w. wafat.
02 Jan 20
114
Rohani Dan Jasmani Yang Sihat Jadikan Hidup Lebih Bermakna
Alias Harun
Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN, 6 Mei - Kesihatan tubuh badan iaitu jasmani dan rohani perlu dijaga sebaik mungkin untuk menjadikan kehidupan yang lebih bermakna.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, kesihatan merupakan aspek terpenting dalam menjamin kehidupan yang bahagia bersama keluarga.
Jelasnya, kesihatan yang tidak dijaga dengan baik bukan hanya akan menggangu keharmonian rumah tangga tetapi turut dilarang dalam agama.
“Kita mesti menjaga fizikal kita, tubuh badan kita, jangan kita rosakkan, sesiapa yang merosakkan tubuh badan, dengan dia tahu perkara-perkara yang menyebabkan fizikalnya makin hari susuk makin lemah ini amat dimurkai Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program ‘Family On Alert’ di Dewan Sivik Seberang Pintasan, di sini, semalam.
Alias turut berkata, kesihatan rohani juga memainkan peranan dalam memelihara keharmonian sesebuah keluarga.
Tambah beliau, kekuatan rohani itu akan lahir apabila setiap ahli keluarga mendekatkan diri dengan perkara-perkara berbentuk keagamaan.
"Kita tidak boleh lari, kita kena dekatkan dengan al-Quran kerana al-Quran merupakan penyembuh bagi setiap penyakit yang ada.
“Apabila badan dan rohani kita sihat maka sebagai ketua keluarga, maka kita akan dapat menjalankan tanggungjawab untuk mencari nafkah dan akan hidup bahagia tanpa terpaksa dibebani tugas tersebut kepada isteri yang sepatutnya menguruskan anak-anak,” katanya lagi.
Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu adalah untuk memberi pemahaman serta kemahiran kepada keluarga Orang Kena Pengawasan (OKP) untuk bersama-sama berganding bahu membanteras dadah dan membebaskan anggota keluarga daripada musuh negara itu.
05 May 19
418
Islam Benar Perubatan Untuk Elak Mudarat
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Program Kesedaran Kepentingan Immunisasi anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam (12 Oktober).
Oleh: Aslam Wira
MARANG - Agama Islam membenarkan perubatan yang bertujuan untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan penyakit berjangkit.
Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, di dalam Quran ada menunjukkan bahawa Allah membenarkan hamba-Nya mencari ikhtiar yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
"Firman Allah SWT, tanyalah mereka yang berilmu dalam bidang mereka sekiranya kami tidak tahu. Dalam bidang perubatan tanyalah pakar dan ahlinya tentang nasihat mereka kerana mereka mempunyai ilmu berkenaan dengannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hukum-hukum dalam sudut perubatan ekoran daripada peningkatan kes Penyakit Demam Campak (MEASLES) dalam Program Kesedaran Kepentingan Immunisasi anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Marang di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam (12 Oktober).
Dalam perkembangan yang sama, Pakar Perubatan Keluarga (FMS) Kementerian Kesihatan Kuala Abang, Dr Suhazeli Abdullah turut menyentuh berkenaan isu sensitif injeksi immunisasi vaksin untuk mengelakkan campak.
“Saya menolak sama sekali bahawa vaksin ini adalah haram di mana ianya dikatakan mengandungi bahan dan unsur campuran haiwan haram khinzir dan juga janin.
"Ini kerana di Malaysia tiada campuran dan kandungan dalam vaksin yang dibenarkan seperti yang diwar-warkan tersebut.
“Oleh itu, saya ingin menyeru ibu bapa supaya dapat bekerjasama bagi membantu Jabatan Kesihatan untuk pemberian vaksin kepada anak-anak untuk mencegah penyakit bukan sahaja campak tetapi juga penyakit berjangkit yang lain," ujarnya.
Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan kepentingan injeksi immunisasi vaksin kepada anak-anak.
Di samping itu, ianya untuk menjawab segala kemusykilan agar penyakit berjangkit yang boleh membawa komplikasi tidak diingini dapat dihapuskan.
Turut hadir sama dalam program kesedaran tersebut, Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahad Osman, Pegawai Epidemilogi Pejabat Kesihatan Marang, Dr Kartik, serta Pakar Rawatan Keluarga dan Kanak-Kanak Klinik Kesihatan Marang, Dr Zaleha Yusof.
12 Oct 18
216
'Seks Songsang' LGBT, Atasi Dengan Pendidikan Agama
Dr Haji Alias- Foto Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Tidak cukup sekadar penguatkuasaan undang-undang bagi mengatasi masalah aktiviti 'Seks Songsang' bahkan ia perlu digabungjalinkan dengan pendidikan agama dan pemantauan dari ibu bapa.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Haji Alias Razak berkata, ibu bapa perlu memberi pendedahan kepada anak remaja mereka tentang bahayanya amalam seks bebas.
Katanya, di peringkat jabatan kesihatan juga dibuat kempen penerangan di sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan tentang bahayanya jangkitan penyakit HIV/AIDS dan cara mengatasinya.
"Remaja diberi penjelasan tentang bagaimana bahayanya perbuatan seks songsang ini dari segi kesihatan.
"Dari segi agama satu bab tetapi ia bahaya dari segi kesihatan kerana penyakit ini belum ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pengidapnya seperti biasa," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pantai Batu Burok di sini baru-baru ini.
Sementara itu Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohammad Omar dilaporkan sebagai berkata, jabatannya memandang serius terhadap peningkatan kes daripada amalan seks bebas ini terutama daripada risiko homoseksual dan biseksual.
Katanya, berdasarkan rekod sejak 1988 hingga Jun lalu, 1,083 kes dikesan berpunca daripada risiko seksual.
“Jumlah itu daripada keseluruhan sebanyak 9,816 kes HIV yang didaftarkan di negeri ini dengan 84.9 peratus berpunca daripada risiko perkongsian jarum suntikan di kalangan pengguna dadah.
“Namun begitu kes jangkitan HIV di kalangan pengguna dadah menerusi suntikan telah menunjukkan penurunan agak ketara.
“Jangkitan kes HIV akibat risiko seksual menunjukkan trend peningkatan, sebanyak 27.1 peratus kes HIV dilaporkan pada 2017 berbanding 20.1 peratus pada tahun 2010 dan 0.62 peratus pada 2005...ini cukup membimbangkan pihak kami,” kata Mohammad.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Sihat Tanpa Aids 2018 ‘ Eksplorasi Menuju Sifar’ di Dataran Waterfront Kuala Berang, baru-baru ini.
Jelas beliau, melalui Majlis Aids Malaysia (MAC), mereka juga bergerak lebih agresif untuk memberi lebih kesedaran kepada orang ramai terutama pengamal homoseksual mengenai bahaya jangkitan HIV/AIDS dalam usaha mengawal wabak berkenaan daripada terus meningkat.
“Antara inisiatif ialah mendekati golongan ‘mak nyah’ atau pondan di negeri ini dengan memberikan kesedaran kepada mereka di samping anggota masyarakat yang lain agar mencegah aktiviti seks bebas.
“Mereka ini perlu menjauhi semua aktiviti berisiko seperti seks luar nikah dan aktiviti seks luar tabi’e selain memperkasakan golongan ini untuk mengatakan tidak kepada seks luar nikah,” ujar Mohammad.
26 Aug 18
314