lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

Budayakan al-Quran Dalam Kehidupan
Budayakan al-Quran Dalam Kehidupan
  KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Pembudayaan dengan cara memahami dan menghayati al-Quran mampu melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab, amanah serta berintegriti tinggi sekali gus menjamin kecemerlangan sesebuah organisasi dan kesejahteraan negeri. Bagi membudayakan amalan itu di samping mengimarahkan bulan Ramadan, Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan Program Terengganu Bertadarus Majlis Khatam Al-Quran Perdana  di Masjid At-Taqwa Durian Burung, di sini, baru-baru ini Seramai 490 peserta di mana setiap 70 peserta mewakili setiap daerah kecuali Besut terlibat  dengan program selama tiga hari bermula  7 Mei Manakala penutup program yang dirasmikan Timbalan Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ridzuan Hashim,  menglibatkan 100 peserta. Peserta yang terlibat adalah kakitangan pejabat DUAT, Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Ridzuan berkata, program itu bertepatan dengan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan sebuah legasi masyarakat yang bertindak dan berfikir menurut acuan al-Quran. “Lebih penting penganjuran itu sebagai medium dan peluang kepada masyarakat terutama penjawat awam negeri ini untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal,” katanya. Jelasnya, kerajaan negeri menyokong penuh usaha murni seumpama ini dalam memastikan masyarakat khususnya yang beragama Islam sama ada di peringkat bangku sekolah mahupun usia emas dapat mengambil peluang dan memastikan al-Quran itu sentiasa dekat di hati. "Ia sebenarnya mengajak masyarakat mendalami intipati al-Quran dan tidak sekadar membaca dan menghafaz tanpa mampu menghayati isi dan pesanan yang disampaikan oleh Allah SWT,” katanya.  
12 May 21
318
OIC, Liga Arab Digesa Bertindak Tegas Terhadap Israel
OIC, Liga Arab Digesa Bertindak Tegas Terhadap Israel
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan seluruh dunia Islam perlu mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel. Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pihak berkuasa juga disaran untuk membela umat Islam di Masjid al-Aqsa yang menjadi mangsa tentera zionis   “Saya mengecam sekeras-kerasnya serangan biadap rejim Zionis Israel ke atas umat Islam di Masjid al-Aqsa sehingga mencederakan lebih 178 orang rakyat Palestin yang sedang berkumpul di perkarangan masjid. “Mereka bertindak biadap dengan melemparkan bom tangan dan bom asap, malah melakukan serangan dengan menembak para jemaah di dalam Masjid al-Aqsa menggunakan peluru getah.  “Tentera rejim Zionis Israel juga turut menahan ramai jemaah Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin yang berlindung di dalam mahupun di pekarangan Masjid al-Aqsa,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Presiden PAS itu berkata, tindakan biadap itu sangat tidak berperikemanusiaan dan menambah luka umat Islam tatkala sedang menunaikan solat serta beribadat di penghujung Ramadan. “Ketegangan semakin memuncak sejak beberapa hari lalu dengan pertengkaran hampir setiap hari mengenai ancaman Israel terhadap pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka dan tangkapan beberapa orang rakyat Palestin serta serangan yang dilancarkan di perkampungan Sheikh Jarrah,” ujarnya. Melihat perkembangan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam dan meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds. 
08 May 21
317
Baca, Fahami Dan Aplikasi Al-Quran Dalam Kehidupan
Baca, Fahami Dan Aplikasi Al-Quran Dalam Kehidupan
KUALA TERENGGANU,  8 Mei -  Program World #QuranHour yang diadakan serentak seluruh negara pada tahun ini dengan bertemakan surah Al-Mulk harus disambut baik semua pihak demi memartabatkan al-Quran tercapai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, supaya masyarakat sedar akan kepentingan menjadikan ia sebagai panduan utama dalam aktiviti seharian.  "Dalam erti kata yang lain boleh diibaratkan satu pekeliling dari langit yang membawa arahan daripada Allah SWT demi memastikan kehidupan kita ini terarah sebagaimana yang dikehendaki. "Supaya kita tidak tersesat dan menyimpang daripada tujuan sebenar kehidupan di dunia ini. Jika kita tidak fahami dan hayati maka kita tidak akan selamat. "Oleh kerana itu saya menasihati diri saya dan juga seluruh masyarakat agar mendampingi al-Quran dengan mengamalkannya melalui tuntutan sebenar yang terkandung di dalamnya," ujar beliau. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan program World #QuranHour, di Dewan Teater, Perpustakaan Awam negeri baru-baru ini. Mengulas lanjut, Ridzuan berkata program yang bertemakan 'Dunia Berbudi dan Penyayang' tersebut diharap mampu memberi galakkan dan didikan kepada rakyat untuk mengamalkan nilai-nilai positif. "Juga berupaya memupuk budaya kerja yang cemerlang serta melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang dilakukan. "Melalui peringatan bahawa setiap apa yang dilakukan di dunia ini semuanya akan dihisab dan dibawa ke hadapan pengadilan Allah untuk menerima balasan yang setimpal. "Dengan semangat itu mudah-mudahan akan menjadikan seluruh masyarakat adalah manusia yang terbaik dalam semua perkara," katanya.   Dalam pada itu Pengarah PPAT, Norliza Ismail berkata penyertaan rakyat negeri ini dalam menjayakan program berkenaan saban tahun berlaku peningkatan yang tinggi. "Terdiri daripada segenap lapisan masyarakat daripada pegawai, kakitangan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian. "Telah meletakkan negeri ini kekal mengungguli tempat pertama dalam menyertai program ini,"ujarnya.    
08 May 21
236
Aset Penting Kerajaan, 200 Asatizah Dirai
Aset Penting Kerajaan, 200 Asatizah Dirai
KUALA TERENGGANU, 3 Mei – Golongan pendakwah, guru pondok serta asatizah yang menjadi aset penting kerajaan negeri diraikan dalam majlis Kalam Nuqaba Ramadan di Hati dan Iftar Jamaei bersama Murabbi Ummah baru-baru ini sebagai menghargai jasa mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas segala curahan ilmu agama dan nasihat dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti penat lelah.  “Majlis kali ini bukan saja iftar, tetapi meraikan ustaz dan ustazah yang membantu dan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan segala usaha dakwah yang dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT),” ucapnya ketika merasmikan majlis tersebut, dekat sini, baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Pemuafakatan Barakah Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Pengarah Akademi (DUAT), Ustaz Ramlan Hj Mahmood, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT), Ustaz Nasir Abdul Razak. Menurut Mohd Nor, momentum kecemerlangan dakwah yang ada hari ini perlu dikekalkan dan diperluaskan ke peringkat-peringkat lain. “Ada tugas-tugas dakwah yang ada ruang-ruang yang perlu disempurnakan.  “Maka dalam menyempurnakan kerja dakwah khususnya yang melibatkan pendakwah-pendakwah yang tidak ada ikatan dengan pejabat agama, Yayasan Islam Terengganu atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) perlu dikumpulkan dan digerakkan, perlu dipegang tangan masing- dalam melaksanakan kerja dakwah ini. “Alhamdulillah, sudah tentulah di hadapan saya ini memiliki peranan yang besar dalam melaksanakan semua dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan negeri khususnya dalam memperkasakan usaha dakwah, bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di luar masjid seiring bersama membangunkan negeri dengan gerak kerja dakwah yang bersepadu dan usaha yang jitu di seluruh pelusuk kampung,” katanya. Beliau turut menyeru agar para daie bukan sahaja pandai berkata-kata dan menjadi penonton tetapi libatkan diri secara langsung dalam menyeru berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran sama ada secara bersemuka ataupun dalam talian.
03 May 21
206
Generasi Al-Quran Tonggak Masa Hadapan
Generasi Al-Quran Tonggak Masa Hadapan
HULU TERENGGANU, 2 Mei - Generasi al-Quran terutamanya golongan belia dan beliawanis menjadi harapan semua pihak untuk memimpin negeri di masa hadapan dengan acuan Islam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagi memenuhi hasrat itu semua pihak harus memberi kepercayaan dan tidak jemu untuk berusaha melahirkan anak muda berwibawa. "Kerana itu pembangunan belia menjadi keutamaan kerana kita tahu mereka akan menyambung kepimpinan negeri.  "Sebagai sebuah kerajaan yang menjadikan Maju, Berkat dan Sejahtera sebagai 'tagline' perkara tersebut sangat dititikberatkan.  "Supaya al-Quran berada di dalam jiwa agar belia dan beliawanis ini beramal dengan al-Quran melalui tindak tanduk, budi pekerti dan sebagainya yang menjamin masa depan negeri serta negara agar gemilang dan terbilang," ujarnya.  Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Belia Terengganu Bertadarus, di Masjid Ar-Ridha, di sini, kelmarin.  Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun, Urusetia Belia Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) , Mohd Nasir Abdul Razak dan Pengerusi  Persatuan Belia Sahabat Sejahtera Terengganu (PBSST), Mohamad Yusuf Abdullah.  Mengulas mengenai penganjuran program tersebut, beliau berkata ia sangat baik serta bertepatan dengan usaha kerajaan selama ini.  "Saya mengucapkan syabas kepada PBSST dan UBSNT, ia sangat baik perlu diteruskan, bukan hanya dilakukan pada bulan Ramadan ini sahaja," katanya.  Sementara itu, Yusuf berkata program yang diadakan tersebut merupakan julung-julung kali diadakan selepas tertubuhnya persatuan berkenaan pada dua tahun lepas.  "Melibatkan seluruh belia dan beliawanis bermula 16 Ramadan dilaksanakan di seluruh daerah dan pada malam ini menjadi kemuncak program.  "Tujuan diadakan sebagaimana hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi cakna al-Quran yang menjadikanya panduan hidup.  "Kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan di negeri ini, dalam usaha bagi memastikan ia dihayati sebagai kitab panduan yang paling agung," katanya.     
01 May 21
375
'Lebarkan Syukur, Sulam Intipati Al-Quran Dalam Diri' - MB
'Lebarkan Syukur, Sulam Intipati Al-Quran Dalam Diri' - MB
KUALA TERENGGANU, 29 April - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak rakyat negeri itu menyatakan kesyukuran kerana dapat bersama dalam memperingati peristiwa yang amat besar ertinya kepada umat Islam iaitu peristiwa Nuzul Al-Quran. "Peristiwa penurunan al-Quran yang berlaku pada bulan Ramadan bukan sekadar peristiwa biasa tetapi merupakan suatu titik permulaan penyebaran cahaya Islam ke seluruh alam bagi menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliah. "Manusia wajib beriman kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai petunjuk dan kayu ukur dalam menjalani kehidupan individu, bermasyarakat sehinggalah bernegara," nasihatnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Tengku Tengah Zaharah, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri. Dr. Samsuri turut memetik kata-kata tokoh sarjana dalam bidang tafsir, Syeikh Muhammad bin al-Tahir bin Asyur yang menyatakan objektif utama daripada penurunan al-Quran adalah untuk merealisasikan penambahbaikan individu dan masyarakat. "Al-Quran dijadikan rujukan utama dalam model pembangunan modal insan seorang Muslim kerana sifatnya yang menyeluruh, meliputi duniawi dan ukhrawi. "Usaha kita hari ini adalah satu permulaan kepada hasrat dan cita-cita kita bagi memuliakan al-Quran, bukan sekadar membacanya tetapi mengambil intipati dan panduan yang merupakan mukjizat yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW," katanya.        
29 Apr 21
104
Ihya’ Ramadhan: Usaha Dakwah Perlu Dipergiat
Ihya’ Ramadhan: Usaha Dakwah Perlu Dipergiat
Oleh : Hafiz Sahidi KUALA NERUS 19 April– Usaha dakwah dan penghayatan bulan Ramadhan perlu dipergiatkan agar dapat memberi kesan yang lebih mendalam kepada masyarakat beragama Islam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, program-program menghidupkan bulan Ramadhan perlu dilakukan dan dijalankan secara berkala dalam menghayati kesucian bulan ini.  “Usaha YADIM dalam menghidupkan bulan ramadhan ini sepatutnya disambut baik oleh semua pihak dalam kita menghayati dan memperbanyakkan amal ibadat kita di bulan suci ini” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Bicara Dakwah dan Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit pada 19 April. Turut diadakan dalam majlis ini ceramah Bicara Dakwah bertajuk “Rahsia Sihat Bulan Ramadhan” yang disampaikan oleh Prof. Dr Harmy Yusof dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA), Timbalan Presiden 1, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. Kira-kira 100 orang peserta daripada kalangan kakitangan dan mahasiswa IPG menyertai program Bicara Dakwah yang dianjurkan ini. Turut hadir ke majlis ini, Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abd. Rashid Che Ali dan Timbalan Pengarah IPG Dato’ Razali Ismail, Aminuddin Abu Bakar.  
21 Apr 21
263
Modul Itqan Insani Bangunkan 10 Segmen Masyarakat
Modul Itqan Insani Bangunkan 10 Segmen Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 21 April – Modul Itqan Insani menyasarkan pembangunan insan secara holistik kepada 10 segmen masyarakat selaras dengan dasar Islam yang dibawa kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia merupakan komitmen kerajaan dalam membangunkan aspek fizikal, intelektual dan spiritual melalui penghayatan modul yang digerakkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMiTS). “Segmen yang terlibat bermula daripada pegawai dan penjawat agama negeri sehinggalah ke peringkat tenaga buruh. “Ia juga akan melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Guru KAFA di bawah kerajaan negeri, pimpinan ulamak dan pendakwah bebas, mahasiswa, remaja (belia dan beliawanis), peniaga dan usahawan serta golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)," katanya. Beliau berkata demikian semasa mempromosikan Modul Itqan Insani, di perkarangan Wisma Darul Iman hari ini. Mohd Nor turut mengajak seluruh masyarakat menyertai majlis pelancaran modul tersebut pada 28 April ini secara maya. “Insya-Allah, perasmian akan dibuat oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dapat ditonton secara rasmi di laman Facebook Urus setia Penerangan Darul Iman (UPDI), TV Darul Iman atau ‘Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS),” katanya lagi. Untuk rekod, sebanyak RM3.75 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan modal tersebut bersama Program Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) sebahagian daripada teras pertama iaitu meneguhkan pelaksanaan agenda islam dan pembangunan modal insan. Sementara itu, Mohd Nor turut mengajak warga islam dalam mengikuti program Ramadan Di Hati bersama Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang berlangsung sepanjang bulan tersebut. “Antara pengisian adalah program Sahur Rohani (5.30 pagi) dan Ihya Ramadan (10.00 pagi) yang diadakan secara langsung di Facebook DUAT dari Ahad hingga Khamis, manakala setiap hari akan diisi dengan rancangan seperti 'Time for Quran' (1.30 petang) dan 'Time for Hadis' (5.00 petang),” jelasnya. Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari halaman page di Facebook @DUATterengganu.   
21 Apr 21
726
Sebar Kebaikan Menerusi Media Sosial
Sebar Kebaikan Menerusi Media Sosial
SETIU, 20 April - Rakyat di negeri ini digesa agar membudayakan penggunaan media sosial bagi menyampaikan mesej yang mengandungi unsur kebaikan serta mempromosikan indahnya kehidupan mengikut syariat yang telah digariskan oleh Islam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, sikap gemar menyebar luas perkara yang tidak tepat hanya akan mengelirukan anggota masyarakat apatah lagi perkara yang bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri. "Sehingga timbul kerunsingan di pihak kerajaan apabila cerita yang tidak benar, mengarut disebarkan begitu sahaja sehingga ia berlegar-legar di kalangan pengguna media sosial. "Paling utama sepatutnya menyebarkan bahan yang membina masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik serta memberi kesedaran tentang kepentingan hidup mengikut batas-batas agama. "Kerana ia perlu dijaga dan diamalkan secara menyeluruh sama ada pada diri, keluarga, juga masyarakat dalam negeri dan negara agar terus berdaulat serta keharmonian terpelihara," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Bicara Dakwah Dan Pelancaran Irsyad 360 darjah, dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) bersama Institut Pengajian Guru (IPG) di Dewan IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, semalam. Mohd Noor berkata, program yang diadakan berkenaan merupakan suatu insiatif yang sangat baik serta bertepatan dengan bulan Ramadan. "Semoga program seumpama ini akan memberi manfaat serta membantu masyarakat untuk lebih menghayati serta melaksanakan ibadat dengan lebih tekun. "Alhamdulillah YADIM dan agensi-agensi kerajaan sedang berperanan ke arah memandu masyarakat negeri ini ke arah keimanan dan ketakwaan. Semoga setiap program ini dapat disebarkan secara meluas agar dapat diikuti oleh semua rakyat," katanya. Antara program yang diaturkan oleh YADIM sepanjang bulan ini adalah YADIM Maya, Peduli dan Interaktif dengan menayangkan video dakwah secara atas talian, fokus menyampaikan sumbangan bantuan kepada asnaf dengan kolaborasi bersama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) serta sumbangan juadah berbuka puasa kepada asnaf, ceramah secara maya juga tahsin ibadah takzir.
20 Apr 21
532
Kerajaan Negeri 'Menuntut' Dengan Tuan Guru Pondok
Kerajaan Negeri 'Menuntut' Dengan Tuan Guru Pondok
KUALA TERENGGANU, 19 April - Ziarah Ramadan diatur bagi mendekati dan mendapatkan pandangan tuan-tuan guru pondok di Terengganu sebagai salah satu medium semak dan imbang kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan negeri sangat menghargai dan mengalukan perbincangan bersama mereka demi manfaat rakyat. "Kami atur program ziarah Ramadan ke rumah tuan-tuan guru pondok di Terengganu. Alhamdulillah, saya bersama YB (Yang Berhormat) Ustaz Sulaiman Sulong (ADUN Pengkalan Berangan) serta wakil-wakil jabatan berkesempatan berkunjung dan bertemu mesra dengan Tok Ayah. "Tok Ayah atau dikenali dengan gelaran Ayah Ku ialah Tuan Guru Pondok Al Ansar Kenanga Wakaf Tapai yang juga salah seorang guru Ustaz Azhar Idrus (UAI). "Kami sangat teruja mendengar penjelasan Tok Ayah tentang politik, fiqh, dakwah dan pendidikan Islam. "Saya meneliti kesungguhan Tok Ayah dan keprihatinan tentang perkembangan semasa. Tok Ayah agak komited dengan penyatuan ummah. "Jelas Tok Ayah, kita fokus untuk menyatukan ummah dan bertolak ansur dalam kepelbagaian pendapat dan jangan cepat menyalahkan orang lain," katanya dalam satu status di Facebook rasmi beliau, semalam. Hadir sama dalam kunjungan tersebut, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said serta wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT). Dalam perkembangan sama, Mohd Nor turut meminta komen Tok Ayah tentang Kerajaan Terengganu. "Saya mohon Tok Ayah komen tentang kerajaan. Tok Ayah sebut teruskan kebaikan dan bersikap terbuka. "Sesiapa sahaja boleh buat kesilapan tetapi yang penting kesepakatan," ujarnya.    
19 Apr 21
1377