lightning-solid
Berita :

Artikel "Agama" Terkini

DUAT Lancar Buku Panduan Ramadan Untuk Rakyat
DUAT Lancar Buku Panduan Ramadan Untuk Rakyat
KUALA TERENGGANU, 18 April - Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) melancarkan Buku Marhaban Ya Ramadan sebagai panduan rakyat Terengganu khususnya dalam mengimarahkan Ramadan.  Pelancaran buku berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika Majlis Iftar Jamaie Unit-Unit Tubuh Kerajaan Negeri di sini, baru-baru ini. Kata Ustaz Muhammad Khalil, buku tersebut merupakan naskah yang kedua diterbitkan oleh Akademi DUAT selepas cetakan pertama berkisar intipati perihal puasa. "Kedua-dua terbitan bertujuan agar pembaca dapat mengaplikasikannya dalam menunaikan tuntutan puasa dengan sempurna seperti yang dikehendaki-Nya. “Bertemakan 'Ramadan Berkat, Ummah Sejahtera' saya mewakili kepimpinan kerajaan negeri mendoakan agar Ramadan kali ini membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada rakyat Terengganu seluruhnya. “Semoga penghasilan buku ini dapat memberi impak dan manfaat yang besar kepada rakyat Terengganu dalam memaknakan Ramadan pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang," katanya. Untuk rekod, sebanyak 3,000 naskah buku tersebut telah dicetak dan sebahagiannya telah pun diedarkan secara percuma kepada golongan sasar.  
18 Apr 22
288
Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan
Madinah Ramadan Usaha Dakwah Yang Berterusan
KUALA TERENGGANU, 9 April – Program Madinah Ramadan yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini merupakan antara usaha dakwah yang berterusan dalam Negeri Terengganu.  Menurut Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Shukri Faiz Jusoh meskipun pada tahun lepas agak suram kerana penularan wabak Covid-19, namun ia tidak membantutkan usaha dakwah tersebut. “Dalam program ini kita sasarkan kepada mereka yang berada di sekitar Pantai Batu Buruk untuk disajikan kepda mereka dengan kuliah santai pada waktu petang. “Kami juga meyediakan tempat untuk solat berjemaah bagi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan Pantai Batu Buruk,” katanya. Sekitar Majlis Perasmian Madinah Ramadan Daerah Kuala Terengganu Beliau berucap dalam satu Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan berhampiran Dataran Pantai Batu Buruk baru-baru ini. Beliau juga menyatakan program ini bertepatan dengan tema yang diangkat oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini iaitu Tahun Semarak Dakwah. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu. “Marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk kita isi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. “Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita untuk menghidupkan program-program seperti ini bukan hanya pada bulan Ramadan malah pada bulan-bulan yang lain juga sepanjang masa,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan perasmiannya.  Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Hj. Mohd Ariffin Abdullah dan  Ketua Penolong Pesuruhjaya Pengurusan Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Ustaz Muhammad Zamri Nik. Ucapan perasmian ADUN Batu Buruk  
09 Apr 22
463
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
Kempen Solat Jumaat Semarak Usaha Dakwah
KUALA NERUS, 8 April- Kempen Solat Jumaat diketengahkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) Terengganu dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut. Pengerusinya, Mohd Nor Hamzah berkata, kempen tersebut diuar-uarkan supaya masyarakat lebih peka dengan ibadah berkenaan lebih-lebih lagi selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam ibadah solat jemaah tanpa penjarakan sosial dikuatkuasakan awal April ini. "Sesiapa yang mendengar kempen kita pada hari ini dan seterusnya, mohon agar ambil peringatan supaya jangan meninggalkan ibadah wajib ini. Ibu-ibu, kakak-kakak, tolong ingatkan suami kita. Tolong ingatkan anak-anak lelaki kita agar bersiap khususnya di bulan Ramadan untuk mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT. "Jangan kita mengundang murka Tuhan. Denda dan penjara itu (hukuman) atas dunia sahaja, yang kita takutnya adalah azab Allah SWT di Akhirat," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi peringatan kepada orang awam dalam kempen yang diadakan di Pasar Teluk Ketapang dan Dataran Austin, di sini hari ini. Tambahnya, dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 Seksyen 16, Tidak Menunaikan Sembahyang Jumaat (Pindaan 2016), menjelaskan mana-mana orang lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya. "Kami turun ke kawasan ini untuk berkempen bersama kedua-dua jabatan, kita sedarkan masyarakat dan semua umat Islam agar jangan lupa untuk menunaikan sembahyang Jumaat hari ini dan hari-hari Jumaat yang lain. "Ingatlah semua, jaga ibadat,  Allah Taala akan jaga hidup kita insya-Allah," katanya.   
08 Apr 22
469
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
Madinah Ramadan Kembali, Angkat Pengisian Rohani
KUALA TERENGGANU, 7 April- Terengganu membuka kembali tirai Madinah Ramadan bagi menghidupkan suasana dakwah dan ilmu di kalangan masyarakat sempena bulan mulia ini.  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah menzahirkan kegembiraan apabila program yang penuh pengisian ilmu itu dapat kembali diadakan setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik berikutan Covid-19. "Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat melaksanakan semula program Madinah Ramadan. Walaupun begitu, tahun ini agak kecil sedikit jika dibandingkan dengan penganjuran awal kita buat dahulu.  "Walau demikian, kita laksanakan juga atas asas untuk menghidupkan Ramadan. Insya-Allah, sesiapa sahaja boleh datang berbuka dan juga boleh datang untuk mendengar tazkirah di Madinah Ramadan yang kita sediakan berhampiran dengan bazar-bazar Ramadan di tempat-tempat tumpuan masyarakat setempat," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Madinah Ramadan Negeri Terengganu di Dataran Drawbridge, semalam. Jelasnya, Madinah Ramadan akan diisi dengan tazkirah serta pelbagai program keilmuan seperti pengisian untuk muslimah dan sebagainya sepanjang bulan ini. "Usaha ini memberi peluang pengunjung di bazar-bazar untuk melihat dan merasai kemeriahan Ramadan disamping memenuhi ibadah puasa mereka dengan perkara bermanfaat," katanya. Tahun ini, program Madinah Ramadan akan diadakan pada skala kecil dan sederhana berhampiran bazar-bazar Ramadan seluruh negeri bagi menyebar luaskan usaha dakwah dan penyampaian ilmu kepada masyarakat Terengganu.     
07 Apr 22
793
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
Lima Tanggungjawab Terhadap Al-Quran
KUALA TERENGGANU, 5 April – Bulan Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran kepada Baginda Rasulullah SAW dan umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap mukjizat terbabit.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata yang pertama, kita perlu membaca al-Quran. “Kedua, kita perlu menghayati Al-Quran dengan melihat makna ayat yang kita baca itu dan melihat tafsiran kepada ayat-ayat tersebut.  “Seterusnya, kita perlu menghafal ayat-ayat Al-Quran sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah yang merupakan antara rukun dalam solat,” kata Ustaz Muhammad Khalil. Tambah beliau lagi, antara tanggungjawab yang seterusnya ialah beramal dengan ayat-ayat al-Quran kerana ia merupakan panduan hidup bagi orang Islam.  Tanggungjawab kelima ialah mempertahankan al-Quran daripada musuh-musuh Islam.   Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh beliau selepas solat zohor di Surau pejabat Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Terengganu.  
05 Apr 22
539
226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan
226 Masjid ,Surau Setiu Terima Sumbangan Ihya’ Ramadhan
  SETIU, 5 April – Sebanyak 73 buah masjid dan 153 buah surau di daerah ini telah menerima sumbangan Ihya' Ramadan pada kali ini. Ahli parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, sumbangan tersebut bagi menghidupkan institusi berkenaan sepanjang Ramadan bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti keagamaan di komuniti setempat. Justeru itu, beliau memperuntukkan untuk menyumbang kepada masjid dan surau. “Alhamdullilah, ini bukanlah kali pertama kita memberi sumbangan sedemikian rupa. Tapi ia sudah diagihkan pada tahun-tahun sebelum ini. “Saya berharap semoga dengan sumbangan ini ia dapat menghidupkan lagi program-program keagamaan sepanjang bulan ini dalam kita mengejar fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini," ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan tersebut di Dewan Serbaguna Sg Tarom, di sini, semalam. Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan Pegawai Pejabat daerah, Faiz Azuan. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan jemaah mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP)  terkini yang mesti dipatuhi walaupun sudah berada di fasa endemik dalam mengentikan penularan wabak Covid-19. “Saya mohon jawatankuasa masjid dan surau sentiasa memperingatkan para jemaah untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan ,"katanya.  
04 Apr 22
442
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
Pergiat Usaha Banteras 'Geng Plastik Hitam'
KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha membanteras 'geng plastik hitam' melalui pelbagai usaha dan pendekatan bagi mewujudkan kesedaran kepada golongan terbabit sepanjang Ramadan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, cadangan bagi mengadakan operasi secara besar-besaran telah dikemukakan kepada Pegawai Penguatkuasa Syariat untuk mengerakkan usaha ini dengan mengenal pasti kawasan yang menjadi 'hot spot'. "Tindakan yang bakal diambil nanti akan mewujudkan perasaan takut terhadap undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan melalui enakmen syariah takzir yang sedia ada di mana orang yang tidak berpuasa boleh dijatuhkan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan. "Di samping kita mencadangkan pada setiap Jumaat supaya pihak masjid memberikan peringatan kepada jemaah mengenai perkara ini dalam masa yang sama beberapa program juga telah dirangka untuk kita turun padang dan mengadakan 'street dakwah' bagi bertemu masyarakat. "Kita akan pastikan pada kali ini tidak akan ada lagi tempat atau kawasan yang akan menjadi sarang dan tumpuan untuk melakukan perbuatan ini, biasanya kawasan yang menjadi pilihan adalah perkampungan non-Muslim," ujarnya. ​​​​​Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyempurnakan perasmian Program Aspirasi Keluarga Malaysia TerengganuFM Sempena Hari RTM Ke-76, di Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu, Bukit Pak Apil, di sini, pada semalam. Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu, Sabri Mansor. Mengulas lanjut katanya, operasi yang diadakan itu akan turut melibatkan kerjasama jawatankuasa masjid mengikut ketetapan enakmen sedia ada. "Semoga dengan ini tidak akan ada pihak yang cuba mencipta alasan untuk tidak berpuasa tanpa uzur syarie kerana sudah tentu pihak masjid sudah mengenali penduduk setempat, walau bagaimanapun nasihat akan diberikan dahulu sebelum dikenakan hukuman. "Pada kebiasaan yang ditangkap adalah golongan muda, kadang-kadang yang terlibat itu adalah 'mat gian'. Bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini daripada tindakan yang diambil, kita juga akan  bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRRM). "Kita doakan agar perancangan ini berjalan dengan lancar, kita akan memainkan peranan untuk memberikan kesedaran menyeluruh kepada anggota masyarakat agar dapat mencegah dan menyekat daripada terus berlaku," ujarnya lagi.    
02 Apr 22
723
Ikut Garis Panduan Ditetapkan, Jangan Cabar Kerajaan
Ikut Garis Panduan Ditetapkan, Jangan Cabar Kerajaan
KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri mengingatkan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan aktiviti berunsur hiburan di negeri ini supaya menghormati garis panduan hiburan ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tindakan penganjur program yang menampilkan penyanyi berpakaian mencolok mata di sebuah hotel pada 25 Mac lalu bercanggah dengan peraturan sedia ada. Susulan itu kata beliau, pihaknya akan bertemu pihak hotel tersebut pada hari Ahad ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut. "Kita mahu mendengar mereka mengemukakan sebab dan alasan kenapa dibenarkan konsert seumpama itu berlaku," tegasnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Aspirasi Keluarga Malaysia TerengganuFM sempena Hari RTM ke-76, di Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu, Bukit Pak Apil, di sini, pada hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Sabri Mansor. Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata, penganjur sepatutnya merujuk Pihak Berkuasa Tempatan terlebih dahulu sebelum menjalankan program seumpama itu. "Secara umumnya orang dah tahu Terengganu ada garis panduan, melainkan sengaja hendak melakukan provokasi bagi membesarkan sesuatu isu agar apabila tindakan diambil maka mereka mula hendak menunjukkan belang. "Dengan menuduh bahawa kita sebuah kerajaan yang sangat keras sedangkan kita sentiasa bersedia untuk memberikan pandangan, penjelasan dan menerangkan hala tuju yang jelas tentang garis panduan kerajaan negeri ini," ujarnya. Tegasnya lagi, jika masih ada pihak yang ingkar terhadap garis panduan berkenaan, tindakan akan boleh diambil kerana telah sengaja mencetuskan kemarahan bukan sahaja pihak kerajaan bahkan rakyat negeri ini. "Masyarakat di negeri ini mempunyai kesedaran agama yang sangat tinggi serta pegangan yang kuat terhadap agama dan ia sudah diketahui umum, bahkan secara umumnya masyarakat di negara ini sudah mengenali bahawa Terengganu sangat sinonim dengan rakyatnya yang rata-ratanya sangat memahami ajaran Islam," ujarnya.  
01 Apr 22
1098
Terengganu Semarakkan Usaha Dakwah Pasca Pandemik
Terengganu Semarakkan Usaha Dakwah Pasca Pandemik
KUALA TERENGGANU, 30 Mac- Pelaksanaan Tahun Semarak Dakwah Peringkat Terengganu bakal merealisasikan usaha kerajaan negeri dalam memantapkan lagi usaha dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berharap dengan pelancaran program berkenaan, masyarakat akan kembali bangkit dan penuh bersemangat untuk melakukan kerja-kerja dakwah serta kebajikan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang ada. “Selama 22 bulan kita dikurung dan disekat untuk mengamalkan budaya dakwah seperti sebelum berlakunya pandemik ini, maka hari ini kita telah diberikan sedikit kebebasan untuk beramal kembali kepada budaya dakwah seperti sebelumnya. “Menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku memperkenankan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), maka Tahun Semarak Dakwah ini dilaksanakan untuk menyuburkan lagi dakwah di negeri Darul Iman ini,” katanya dalam ucapannya sempena majlis pelancaran berkenaan, hari ini. Pelancaran Tahun Semarak Dakwah Peringkat Terengganu disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, yang dihadiri pegawai-pegawai serta kakitangan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan, sebentar tadi. Tambahnya, dakwah adalah tanggungjawab yang paling penting dan mereka yang diberi amanah perlu memasukkan roh Islam dalam semua perkara termasuk menyusun program-program untuk beri kesedaran dan mendidik masyarakat tentang peranan seorang Muslim. “Majlis hari ini bakal membawa perubahan terbaik dalam meningkatkan modal insan di negeri ini seiring dengan hala tuju dalam mewujudkan negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” katanya.
30 Mar 22
329
Kes Jenayah Syariah Terengganu Menurun Lebih 50 Peratus
Kes Jenayah Syariah Terengganu Menurun Lebih 50 Peratus
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Jumlah kes kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah menurun sebanyak 50 peratus bagi tahun 2021 berbanding 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, statistik kes kesalahan tersebut menurun dengan ketara bagi tahun 2021.  “Berdasarkan laporan statistik yang direkodkan, jumlah kes kesalahan jenayah syariah bagi tahun 2020 adalah sebanyak 969 kes manakala bagi tahun lepas (2021) menurun hingga 426 kes. “Bagi tahun 2021, kesalahan tertinggi yang direkodkan adalah kes khalwat iaitu sebanyak 297 kes diikuti kesalahan berhubung akad nikah 26 kes,” tambah beliau ketika menjawab soalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Satiful Bahri menyebut angka tersebut bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkenaan bilangan kes jenayah syariah di negeri.  Menurutnya juga, kesalahan-kesalahan jenayah syariah itu termaktub dalam Enakmen Kesalahan jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
23 Mar 22
836